You are on page 1of 13

DRAF: 21/4/2014

Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan


Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal
Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan
Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
2014
Cetakan Pertama 2014
© Hakcipta
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Kementerian Kesejateraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Hakcipta Terpelihara

Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula,


disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,
ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara,
sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada Penerbit terlebih dahulu

Diterbitkan di Malaysia
oleh
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Pemberitahuan

Garis panduan ini mengandungi 12 garis panduan yang perlu dibaca secara bersama iaitu-

GP007-A(1) : Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan


(GPPPP) Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) – Pengenalan
GP007-A(2) : GPP Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut (akan
diterbitkan pada 2014);
GP007-A(3) : GPPPP KSAS Persisiran Pantai;
GP007-A(4) : GPPPP KSAS Tadahan Air dan Sumber Air Tanah;
GP007-A(5) : GPPPP KSAS Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong,
Tasik Dan Sungai;
GP007-A(6) : GPPPP KSAS Simpanan Mineral dan Bencana Geologi;
GP007-A(7) : GPPPP KSAS Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal;
GP007-A(8) : GPPPP KSAS Kawasan Pertanian Makanan;
GP007-A(9) : GPPPP KSAS Habitat Hidupan Liar;
GP007-A(10) : GPPPP KSAS Hutan Simpan Kekal;
GP007-A(11) : GPP Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi (telah
diterbitkan pada 2009); dan
GP007-A(12) GPPPP KSAS Warisan Kebudayaan dan Warisan Semulajadi .

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan dan Negeri,
GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang telah diluluskan oleh
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009,
GP Perancangan Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut yang telah diluluskan oleh
Jemaah Menteri pada 1 November 2013 serta lain-lain keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan.

Garis panduan ini juga disediakan untuk menyokong garis panduan sedia ada jabatan-jabatan
Kerajaan dan agensi-agensi lain.

2014
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
i
ISI KANDUNGAN

1. LATAR BELAKANG 1
1.1 Definisi Kawasan Tapak Pelupusan Sisa 1
1.2 Kawasan Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal
Dalam Konteks KSAS 1
2. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 2
3. GARIS PANDUAN UMUM 2
3. 1 Mematuhi Dasar dan Perundangan Sedia Ada 2
4. GARIS PANDUAN KHUSUS 4
BIBLIOGRAFI 4

SENARAI FOTO

Foto 1: Contoh tapak pelupusan sisa pepejal 1

SENARAI JADUAL

Jadual 1: Dasar Sedia Ada Berkait Dengan Pelupusan Sisa Pepejal 3

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
1
1. LATAR BELAKANG 1.2 Kawasan Bekas dan Tapak
Pelupusan Sisa Pepejal Dalam
1.1 Definisi Kawasan Tapak Konteks KSAS
Pelupusan Sisa
Proses perbandaran yang semakin pesat
Kawasan bekas dan tapak pelupusan sisa menyumbang kepada pertambahan
pepejal dalam GP ini meliputi definisi buangan sisa-sisa pepejal di negara ini. Hal
seperti berikut: ini menyebabkan meningkatnya keperluan
kepada tapak pelupusan sisa pepejal yang
i. Tapak Pelupusan Sisa luas serta pengendalian yang sistematik
supaya tidak memberi kesan negatif
Tempat atau kawasan di mana sisa kepada alam sekitar dan kesejahteraan
dilupuskan dengan selamat di sesuatu orang ramai.
kemudahan penimbusan tanah atau yang
lain-lain kemudahan yang bergantung Bekas dan tapak pelupusan sisa pepejal
kepada jenis dan ciri-ciri bahan sisa berpotensi mencemarkan alam sekitar dan
tersebut. membahayakan kesihatan manusia jika
tidak dilupus, dirawat dan disimpan dengan
ii. Sisa Pepejal betul.

―Sisa pepejal‖ menurut Akta Pengurusan Oleh itu, kawasan bekas dan tapak
Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta pelupusan sisa pepejal merupakan KSAS
672) termasuklah— yang memerlukan tindakan pemuliharaan
yang menyeluruh untuk mengelakkan
a) apa-apa bahan sekerap atau benda berlakunya implikasi negatif.
lebihan lain yang tidak dikehendaki
atau keluaran yang ditolak yang timbul Kawasan bekas dan tapak pelupusan sisa
daripada penggunaan apa-apa proses; pepejal dikategorikan juga sebagai KSAS
berisiko bencana kerana berisiko
b) apa-apa benda yang dikehendaki berlakunya kebakaran, pencemaran alam
dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, sekitar, pembebasan gas merbahaya dan
tercemar atau selainnya rosak; atau sebagainya. Justeru, pembangunan di
kawasan tapak pelupusan sisa pepejal
c) apa-apa bahan lain yang mengikut tanpa kawalan boleh mengakibatkan risiko
Akta ini atau mana-mana undang- bencana.
undang bertulis lain dikehendaki oleh
pihak berkuasa supaya dilupuskan. Foto 1: Contoh tapak pelupusan sisa pepejal

Lain-lain tafsiran yang berkait dengan sisa


pepejal seperti di Lampiran 1.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
2
Pembangunan di kawasan tadahan dikawal.
Tapak yang sesuai dan tidak memberi
kesan negatif kepada pembangunan lain di
sekitarnya.

iii. Mencukupi dan Berkesan

Kemudahan yang disediakan adalah


mencukupi, selamat dan efisien.

3. GARIS PANDUAN UMUM

i. Sistem pengumpulan air resapan dan


gas di tapak sedia ada perlu dinaik
taraf merujuk kepada Jabatan Alam
Sekitar (JAS).

ii. Tapak sedia ada perlu dipagar dan


dilandskap.

iii. Semua tapak baru perlu mempunyai


sistem rawatan pengumpulan air
resapan, sistem pengumpulan gas dan
suatu lapisan tidak telus cecair (liner)
di dasar tapak berkenaan. Reka bentuk
sistem saliran tapak pelupusan ini perlu
2. PRINSIP-PRINSIP
merujuk kepada Jabatan Pengairan dan
PERANCANGAN
Saliran (JPS).
i. Keselamatan
iv. Semua tapak baru tidak dibenarkan
Tapak pelupusan sisa pepejal bersanitari menerima sisa terjadual atau sisa
adalah selamat pada setiap masa tanpa toksid.
kesan negatif kepada alam sekitar.
v. Sebarang bentuk pembangunan semula
Zon khas dibentuk untuk tapak pelupusan bagi bekas tapak pelupusan perlu
sisa pepejal serta menyediakan zon merujuk GP Pembangunan Semula
penampan yang secukupnya. Kawasan Brownfield.

ii. Pemeliharaan 3. 1 Mematuhi Dasar dan


Perundangan Sedia Ada

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
3
Perancangan dan pembangunan KSAS i. Perundangan Berkaitan
perlu merujuk kepada dasar dan
perundangan sedia ada yang berkaitan a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta
dengan KSAS persisiran pantai adalah 267);
seperti yang diterangkan di dalam Jadual b) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta
1. 171);
c) Akta Perancangan Bandar dan Desa
1976 (Akta 172);
d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta
133);
e) Akta 672 - Akta Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
f) Akta 673 - Akta Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 2007

Jadual 1: Dasar Sedia Ada Berkait Dengan Pelupusan Sisa Pepejal

Dasar Penerangan

Agenda 21 (Bahagian 7) Promoting sustainable human settlement development.


Menggalakkan penyediaan bersepadu infrastruktur alam sekitar
untuk air, perparitan, perawatan najis dan pengurusan sisa
pepejal bagi meningkatkan kualiti sosial, ekonomi dan alam
sekitar penempatan dan tempat bekerja. (akan direword oleh
JPSPN)

Basel Convention on the Mengurangkan pengeluaran dan pemindahan sisa berbahaya, dan
Control of Transboundary melupuskannya sedekat mungkin dengan puncanya. (akan
Movement of Hazardous direword oleh JPSPN)
Waste
Rancangan Fizikal Negara Mengutamakan kaedah mengurangkan pembuangan sisa
melalui teknologi pengurangan sisa (Waste minimization
technologies).
Mempertimbangkan kesan membina kemudahan pelupusan sisa
tambahan berbanding dengan kemudahan off-site recovery dan
sebaliknya.
Mempertimbangkan pembinaan stesen pemindahan di wilayah
timur dan utara.

Dasar Pengurusan Sisa Sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu,

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
4
Dasar Penerangan
Pepejal Negara kos efektif dan mampan.
Memberi keutamaan kepada pengurangan sisa melalui 3R,
rawatan perantaraan dan pelupusan akhir.

4. GARIS PANDUAN KHUSUS

Tahap Aktiviti Dibenarkan Aktiviti


KSAS/
Kesen- tidak Catatan / Garis panduan
Kategori Aktiviti Syarat
sitifan dibenarkan
Tapak *1 Penyelidikan - Semua aktiviti Perancangan dan pembinaan tapak
pelupusan pembangunan pelupusan sisa baru perlulah mematuhi
sisa tidak undang-undang dan peraturan sedia
pepejal dibenarkan ada bagi mengurangkan impak kepada
alam sekeliling:
Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974;
dan
―Environmental Impact
Assessment (EIA) Guidelines for
the Municipal Solid Waste and
Sewage Treatment and Disposals
Projects‖ yang disediakan oleh JAS
Semua tapak pelupusan sisa baru tidak
dibenarkan ditempatkan di dalam
kawasan tadahan air atau dalam
lingkungan 5 km sungai utama atau
500 m dari anak-anak sungai.
Tiada pembangunan perumahan,
sekolah, hospital dan pengambilan air
tanah di dalam zon penampan sekitar
500 meter dari tapak pelupusan sisa
pepejal.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
5
Tahap Aktiviti Dibenarkan Aktiviti
KSAS/
Kesen- tidak Catatan / Garis panduan
Kategori Aktiviti Syarat
sitifan dibenarkan
Bekas *2 Penyelidikan Dengan Semua aktiviti Tanah tercemar bekas pelupusan
tapak Kawasan perakuan pembangunan tapak pepejal tidak sesuai
pelupusan lapang/hijau JAS tidak dibangunkan untuk sebarang
sisa dibenarkan pembangunan sekurang-kurangnya
pepejal Solar/ 20 tahun disebabkan risiko
extract gas pemendapan tanah, kebakaran dan
Aktiviti pembebasan gas merbahaya.
pertanian Kajian terperinci diperlukan sebelum
dengan kawasan tersebut boleh dibangunkan
kebenaran semula.
JPSPN (?).
Penanaman pokok utama berakar
tunjang tidak dibenarkan untuk
mengelakkan kejadian leachate.

Zon *3 Komersial - Tiada aktiviti Tiada


penampan Industri lain selain
500m bagi komersial dan
tapak industri.
pelupusan
sisa
pepejal

Nota:

Tahap kesensitifan:

KSAS Tahap 1: Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti
perlancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan.

KSAS Tahap 2: Tiada pembangunan atau pertanian . Pembalakan secara mampan dan pelancongan
alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat

KSAS Tahap3: Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan hdikawal bergantung
kepada ciri-ciri halangan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


BIBLIOGRAFI

 Akta Fi 1951 Perintah Fi (Taman Laut Malaysia), 2003.


 Akta 635, Akta Fi (Taman Laut Malaysia) (Pengesahan), 2004.
 Akta Pemuliharaan Tanah, 1960 (Akta 385).
 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127).
 Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172).
 Akta Perikanan, 1985 (Akta 317).
 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Act 716).
 Akta Perhutanan Negara, 1984 (Pindaan 1993).
 Akta Taman Negara, 1980 (Akta 226).
 Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 (Akta 129).
 Dasar Alam Sekitar Negara (2002).
 Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan (DKBK) 1998.
 Dasar Bio-Teknologi Negara, 2005.
 Dasar Perhutanan Negara, 1978 (Pindaan 1992)
 Garis Panduan Eko Pelancongan Kebangsaan.
 Garis Panduan JPS 1/97: Kawalan Hakisan Berikutan dari Pembangunan di Kawasan
Pantai.
 IPCC (2007), “IPCC Fourth Assessment Report: Climate Change 2007 (Synthesis Report)”,
Intergovernmental Panel on Climate Change.
 JPBD, Kajian Garis Panduan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, 2008.
 JPBD, Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Persisiran Pantai 1997.
 JPS, Guideline For Preparation Of Coastal Hydraulic Study and Impact Evaluation.
 Kanun Tanah Negara, 1965 (Akta 56).
 Marine Parks Malaysia Order, 1994.
 National Integrated Coastal Zone Management Policy, 2005, Unit Perancang Ekonomi.
 Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP)
 Perintah Kualiti Alam Sekitar 1987 (Penilaian Kesan Alam Sekitar – Aktiviti yang
Ditetapkan).
 Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (2010-2015).
 Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (2010).
 Rancangan Fizikal Zon Pesisiran Pantai Negara, (RFZPPN) 2010 (JPBD).
 Salm & Clark (2000), “Marine And Coastal Protected Areas: A Guide For Planners And
Managers‖, IUCN, , Gland,Switzerland And Cambridge, UK.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan


Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Tel: 03-2081 6000


Faks: 03-2094 1170
Laman web: www.townplan.gov.my
mytownnet.blogspot.com

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur

ISBN 978-983-41729-5-4

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

You might also like