You are on page 1of 3

Bahaya Minuman 3-in-1 Dan Krimer Bukan

Tenusu
3 MARCH 2016 BY GENKIMOMMA

Masa kerja dulu, wajib ada stok minuman 3-in-1 di dalam laci. Yelah, pagi-pagi dah
kelam kabut uruskan hal anak-anak sebelum bertolak ke ofis. Jadi, mana lah sempat
nak bancuh air panas dan breakfast di rumah, apatah lagi nak bawa bekal air panas ke
tempat kerja.

Jadi, pagi-pagi biasanya minum minuman segera 3-in-1 aje.

Di pantry ofis pun ada disediakan vending machine percuma. Minuman yang ditawarkan pun
sedap-sedap juga macam white coffee, caffe latte, cappucino, dan coklat. Jadi, bila waktu
petang, wajib lah minum secawan lagi minuman yang menggunakan krimer bukan tenusu ini.

Malamnya, bila dah penat selesaikan urusan rumah, kadang-kadang bancuh lagi
secawan air panas sambil berehat menenangkan badan. Kat rumah pun kadang-
kadang guna minuman 3-in-1juga sebab nak cepat, dan tidak dinafikan,
minuman instant nie sedap-sedap belaka.

Haa sedar tak sedar, dalam sehari, lebih kurang 2-3 cawan juga kan kita minum
minuman 3 in 1, ataupun yang mengandungi krimer bukan tenusu nie. Ehh, macam

sama ke kita?

Bahaya Minuman 3 in 1
Minuman 3 in 1 boleh mendatangkan bahaya kerana minuman ini sebenarnya
mengandungi gula yang berlebihan dalam setiap hidangan, iaitu lebih dari 3 sudu teh
gula.

Namun, kita tak sedar minuman ini terlalu manis kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit
kopi.

Walaupun minuman ini digembar-gemburkan mengandungi ginseng, kacip fatimah dan


tongkat ali untuk menambahkan tenaga, namun kandungannya amat sedikit.
Bahaya Krimer Bukan Tenusu
Selain daripada itu, krimer yang digunakan bukanlah dari produk tenusu (non-dairy
creamer).

Sebaliknya, krimer bukan tenusu yang digunakan ialah daripada sumber minyak kelapa
sawit, dan merupakan sejenis lemak tepu.

Kesan buruk krimer bukan tenusu ini ialah ia boleh menyebabkan saluran arteri darah
tersumbat, seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar (strok). Bagi
anda yang sedia ada penyakit diabetes dalam badan, kekerapan minum minuman 3 in 1 akan
menyebabkan keadaan diabetes bertambah buruk.

Pernah dengar tak orang cakap yang krim bukan tenusu nie mudah terbakar?

Ianya bukan mitos kerana krim bukan tenusu memang boleh terbakar, seperti dalam
video ini.

Ini kerana, di antara kandungan non-dairy creamer ialah partially hydrogenated


soybean oil, yang mengandungi lemak trans. Lemak trans sintetik ini terkenal
menggalakkan pembakaran.

Ada sesetengahnya yang menggunakan krim bukan tenusu untuk menyalakan api
ketika berkhemah. Kalau dah tengok video tadi, mesti anda fikir 10x nak tambah krim

bukan tenusu ke dalam air kopi anda! Seram ok…

Bahaya Minuman 3-in-1 Yang Kita Wajib Tahu


Mengikut Pensyarah Program Diatetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti
Sains Malaysia, bahaya minuman 3 dalam 1 kepada kita ialah:

1. Minuman 3 in 1 mengandungi lebih dari 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit di dalam minuman 3 in
1 tersebut.
3. Minuman 3 in 1 menggunakan krimer bukan tenusu, yang dihasilkan daripada
minyak kelapa sawit, iaitu sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan
kesihatan.
4. Minuman 3 in 1 turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar
(palpitasi), dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
5. Setiap pek minuman 3 in 1 mengandungi sehingga 200 kalori.
6. Jumlah 200 kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
7. Jika di ambil 3 paket minuman 3 in 1 sehari, ia bersamaan 600 kalori, sekaligus
menyumbang kepada berat badan berlebihan.
8. Bagi minuman 3 in 1 yang dikatakan membantu meningkatkan tenaga, kandungan
seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana ianya
mahal dan sukar untuk diperolehi.

Wow, takut kan? 1 sachet minuman 3 in 1 = sepinggan nasi. Makan nasi lagi kenyang

Apapun, pengambilan minuman 3 dalam 1, ataupun krimer bukan tenusu bukanlah tak
dibolehkan langsung, tetapi perlulah diambil secara bersederhana, demi menjaga
kesihatan kita.

Kalau boleh, kita elakkan. Usahakanlah untuk membancuh minuman dengan cara yang
betul. Gunalah susu segar, dan elakkan penggunaan krimer bukan tenusu.

Tambahan lagi, kalau kita sedang berdiet. Tak pasal-pasal nanti berat tak turun-turun,
walaupun dah jaga makan dengan penuh disiplin. Gula putih perosak diet nombor 1
tau!

Teh Instant Shaklee


Alternatif bagi yang nak minum minuman segera juga, boleh cuba teh instant dari
Shaklee, yang dikenali sebagai Cinch Tea Mix. Cinch tea ini gabungan daripada white
tea, red tea dan green tea.

Teh Cinch ini bukan sahaja berkhasiat, tanpa pewarna atau pemanis tiruan, namun ia
juga membantu meningkatkan metabolisme badan, di samping mengurangkan rasa
ketagih terhadap minuman berkafien. Lebih dikenali sebagai teh kurus Shaklee.

Dalam sekotak Cinch Tea ini ada 28 sachet, yang mudah di bawa ke mana-mana. Nak
bancuh ketika outing pun senang aje. Harga sekotak RM139 sahaja. Kalau nak cuba,
boleh Order Online di sini.

You might also like