You are on page 1of 25

DRAF

Pemuliharaan Dan Pembangunan


Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
Tadahan Air & Sumber Air Tanah
Pemuliharaan Dan Pembangunan
Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
Kawasan tadahan Air & Sumber Air Tanah

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
2014
Cetakan Pertama 2014
© Hakcipta
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Hakcipta Terpelihara

Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula,


disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,
ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara,
sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada Penerbit terlebih dahulu

Diterbitkan di Malaysia
oleh
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Pemberitahuan

Garis panduan ini mengandungi 12 garis panduan yang perlu dibaca secara bersama iaitu-

GP007-A(1) : Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan


(GPPPP) Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) – Pengenalan
GP007-A(2) : GPP Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut (akan
diterbitkan pada 2014);
GP007-A(3) : GPPPP KSAS Persisiran Pantai;
GP007-A(4) : GPPPP KSAS Tadahan Air dan Sumber Air Tanah;
GP007-A(5) : GPPPP KSAS Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong,
Tasik Dan Sungai;
GP007-A(6) : GPPPP KSAS Simpanan Mineral dan Bencana Geologi;
GP007-A(7) : GPPPP KSAS Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal;
GP007-A(8) : GPPPP KSAS Kawasan Pertanian Makanan;
GP007-A(9) : GPPPP KSAS Habitat Hidupan Liar;
GP007-A(10) : GPPPP KSAS Hutan Simpan Kekal;
GP007-A(11) : GPP Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi (telah
diterbitkan pada 2009); dan
GP007-A(12) GPPPP KSAS Warisan Kebudayaan dan Warisan Semulajadi .

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan dan Negeri,
GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang telah diluluskan oleh
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009,
GP Perancangan Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut yang telah diluluskan oleh
Jemaah Menteri pada 1 November 2013 serta lain-lain keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan.

Garis panduan ini juga disediakan untuk menyokong garis panduan sedia ada jabatan-jabatan
Kerajaan dan agensi-agensi lain.

2014

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR DAN SUMBER AIR TANAH
i
ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN I : KAWASAN TADAHAN AIR


1. SKOP ..................................................................................................1
2. LATAR BELAKANG KAWASAN TADAHAN AIR .......................................3
2.1 Kawasan Tadahan Air Sebagai KSAS 3
3. DEFINISI KAWASAN TADAHAN AIR .................................................... 4
4. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN ..................................................... 5
4.1 Melaksanakan Pembangunan Yang Seimbang 5
4.2 Pemeliharaan Fungsi Kawasan 5
5. GARIS PANDUAN UMUM .....................................................................5
5.1 Pematuhan Terhadap Dasar Dan Perundangan Sedia Ada 5
5.2 Perancangan Kawasan Tadahan Empangan 6
5.3 Perancangan Kawasan Tadahan Di Kawasan Takat Pengambilan Air 6
6. GARIS PANDUAN KHUSUS ..................................................................7
6.1 Perancangan Zon Penampan 7
6.2 Garis Panduan Khusus Perancangan dan Pemuliharaan KSAS Kawasan
Tadahan Air 7
7. LATAR BELAKANG KSAS SUMBER AIR TANAH ................................... 10
8. DEFINISI SUMBER AIR TANAH ......................................................... 10
9. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN ................................................... 12
10. GARIS PANDUAN UMUM ................................................................... 12
11. GARIS PANDUAN KHUSUS ................................................................ 14

RUJUKAN
LAMPIRAN

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR
ii
SENARAI FOTO
Foto 1: Contoh keadaan kawasan tadahan air di Tasik Pedu, Kedah yang mana
kawasan hutan simpan kekal diterokai secara berleluasa tanpa pengawalan
telah menjejaskan kualiti sumber air brsih bagi kawasan di Utara
Semenanjung Malaysia. ............................................................................ 3

SENARAI JADUAL
Jadual 1: Panduan Khusus Perancangan dan Pemuliharaan KSAS Kawasan Tadahan Air... 8

SENARAI RAJAH
Rajah 1 (a): Contoh Menunjukkan Ciri-Ciri Kawasan Tadahan Air ................................... 4
Rajah 1 (b): Contoh Menunjukkan Kawasan Di Kawasan Empangan Tadahan Air................ 4
Rajah 2: Kawasan Sumber Air Tanah ..................................................................... 11
Rajah 3: Klasifikasi Jarak Zon Tampan Mengikut Kawasan Abstraksi Air Tanah Dan
Kawasan Imbuhan Air Tanah .................................................................... 13

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR DAN SUMBER AIR TANAH
1

1. SKOP

Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan


dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam
Sekitar (GPPP KSAS) Kawasan Tadahan Air
Dan Sumber Air Tanah ini terbahagi
kepada 2 bahagian, iaitu-

Bahagian I : GPPPP KSAS Tadahan Air;


dan

Bahagian II : GPPPP KSAS Sumber Air


Tanah.

Tafsiran-tafsiran berkenaan dengan


sumber air adalah seperti di Lampiran I.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


BAHAGIAN I
KAWASAN TADAHAN AIR
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR
3
2. LATAR BELAKANG KAWASAN Kawasan tadahan air dan sumber air
TADAHAN AIR mentah perlu dilindungi agar manusia dan
hidupan dapat menikmati bekalan air yang
Permintaan bekalan air semakin meningkat berterusan pada masa kini dan generasi
sejajar dengan pertambahan penduduk. akan datang.
Namun, sumber air mentah semakin
berkurangan akibat pemusnahan kawasan
tadahan air, pencemaran sungai, kemarau
dan pembalakan haram. Ini menyebabkan
kuantiti air mentah berkurangan dan
kualitinya tercemar, dan seterusnya
mengakibatkan kos rawatan air yang lebih
tinggi.

Sumber air termasuklah mana-mana


sungai, lembangan sungai, air tanah
(ground water) atau badan air.
Kawasan tadahan air membekalkan sumber
air mentah, kawasan rekreasi, habitat
tumbuhan dan haiwan serta flora dan Foto 1: Contoh keadaan kawasan tadahan air
di Tasik Pedu, Kedah yang mana
fauna, pengairan dan industri perikanan.
kawasan diterokai secara berleluasa
tanpa pengawalan telah menjejaskan
2.1 Kawasan Tadahan Air Sebagai kualiti sumber air bersih bagi
KSAS kawasan di Utara Semenanjung
Malaysia (reword).
Kawasan tadahan air merupakan kawasan
Sumber:
utama untuk menakung air. Kualiti bekalan
air mentah amat bergantung kepada kualiti
kawasan tadahan air. Justeru, kawasan
tadahan air dikategorikan sebagai KSAS di
mana ia mempunyai fungsi sokongan hidup
yang tinggi. Sekiranya kawasan tadahan
air tidak dipulihara atau dilindungi maka
kualiti bekalan air mentah negara akan
terjejas.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR
4

3. DEFINISI KAWASAN TADAHAN


AIR

Secara umumnya, kawasan tadahan air


ialah kawasan air yang ditampung
secara semula jadi melalui
landskapnya dan kawasan air yang
ditampung secara buatan melalui
pembinaan empangan (Bahagian
Pantai, JPS). Air hujan dan air yang
dialirkan keluar dari kawasan ini akan
mengalir ke dalam tasik, sungai dan laut.

Ciri-ciri kawasan tadahan air adalah–

i. Bahagian tanah yang disaliri oleh


sungai dan beberapa anak sungai Rajah 1 (a): Contoh Menunjukkan Ciri-Ciri
yang mengalir ke hilir dan bertemu Kawasan Tadahan Air (JPBD,
dengan sungai utama dan 2008)
seterusnya mengalir ke laut;

ii. Terbentuk oleh kawasan geografi


yang ditentukan oleh had garisan
tadahan air, air permukaan dan air
tanah mengalir ke kuala; dan

iii. Bersempadankan ciri-ciri topografi


seperti puncak bukit, gunung dan
banjaran di mana semua air hujan,
air larian permukaan lain akan
mengalir ke suatu destinasi yang
sama seperti sungai atau tasik
hinggalah ke kawasan empangan Rajah 1 (b): Contoh Menunjukkan Kawasan
atau takat pengambilan air di Di Kawasan Empangan
sesebuah kawasan. Tadahan Air (JPBD, 2008)
Rajah 1 (a) dan (b) menunjukkan ciri-ciri
kawasan tadahan air dan tadahan air untuk
empangan dan takat pengambilan air.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR
5
4. PRINSIP-PRINSIP
PERANCANGAN 5. GARIS PANDUAN UMUM

Prinsip-prinsip perancangan bagi Garis panduan umum bagi perancangan


perancangan dan pemuliharaan KSAS pemuliharaan KSAS kawasan tadahan air
kawasan tadahan air adalah– meliputi-

4.1 Melaksanakan Pembangunan 5.1 Pematuhan Terhadap Dasar Dan


Yang Seimbang Perundangan Sedia Ada

Pemeliharaan kawasan hijau, alam semula i. Perundangan Berkaitan


jadi dan sumbernya bagi memastikan
keseimbangan di antara pembangunan dan a) Kanun Tanah Negara 1965 [Akta
kawasan sensitif seperti kawasan tadahan 56].
air dan dataran banjir. b) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
[Akta 127].
4.2 Pemeliharaan Fungsi Kawasan c) Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974
[Akta 129].
Kawasan tadahan air perlu dipelihara dan d) Akta Jalan Parit dan Bangunan
diurus sebagai satu unit yang tersendiri 1974 [Akta 133].
supaya dapat menghasilkan kuantiti dan e) Akta Kerajaan Tempatan 1976
kualiti air yang tinggi. Pengurusan yang [Akta 171].
bersepadu dan pengawalan f) Akta Perancangan Bandar dan Desa
pembangunan di sekitarnya perlu 1976 [Akta 172].
dijalankan untuk memelihara kawasan g) Akta Perhutanan Negara 1984
tersebut. [Akta 313].
h) Akta Pemuliharaan Tanah 1960
[Akta 385].
i) Akta Industri Perkhidmatan Air
2006 [Akta 655].
j) Akta Pembangunan Mineral 1994
[Akta 525]

ii. Dasar Perancangan

a) Agenda 21 (Bab 18)

Perlindungan kualiti dan pembekalan


sumber air bersih bagi memastikan
keperluan air bersih sesuatu negara adalah

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR
6
memuaskan ke arah pembangunan Resources Management - IWRM) dan
mampan. Antara strategi yang digariskan- Integrated River Basin Management (IRBM)
yang perlu dilaksanakan secara
 Perlindungan kawasan tadahan dan berintegrasi dengan pengurusan sumber
takungan air serta menangani isu air dan perancangan guna tanah.
pemindahan air.
5.2 Perancangan Kawasan Tadahan
 Pengurusan hutan yang mampan dan Empangan
berterusan bagi melindungi kawasan
tadahan air. i. Aktiviti pembangunan, kemudahan
infrastruktur, aktiviti pembalakan
b) National Conservation Strategy dan pertanian tidak dibenarkan.
(NCS), 1993
ii. Kualiti air perlu berada di
 Majlis Sumber Air Negara (MSAN) perlu lingkungan Kelas I hingga II
mempertimbangkan pengurusan mengikut Piawaian Interim Kualiti Air
sumber air secara holistik termasuk selaras dengan kehendak Jabatan
pengurusan kawasan tadahan tadahan. Alam Sekitar.

 Perlu mengenalpasti dan memelihara iii. Kemudahan pengolahan kumbahan


kawasan tadahan air sebagai kawasan dan tapak pelupusan sisa tidak
empangan. dibenarkan dalam kawasan tadahan
air empangan. Efluen kumbahan
 Lokasi kritikal kawasan tadahan air tidak terawat tidak dibenarkan
bagi pengambilan air dan sungai- dialirkan ke empangan.
sungai utama perlu dikenalpasti.
5.3 Perancangan Kawasan Tadahan
 “Permanent Forest Estate” (PFE) perlu Di Kawasan Takat Pengambilan
diwujudkan di lokasi-lokasi yang Air
strategik diseluruh negara bagi
memelihara sumber air dan kawalan i. Kualiti air tidak melebihi Kelas II
hakisan. mengikut Piawaian Interim Kualiti
Air.
c) Rancangan Fizikal Negara 2 (RFN
2) ii. Tapak pelupusan sisa pepejal tidak
dibenarkan dalam kawasan tadahan
Badan air perlu diurus dan pelihara dari takat pengambilan air.
segi biodiversiti dan akuatiknya bagi
mencapai matlamat sungai yang mampan. iii. Pembangunan dan aktiviti sedia ada
Oleh itu, RFN 2 mencadangkan Pengurusan perlu dikenal pasti, dikawal selia dan
Sumber Air Bersepadu (Integrated Water diurus dengan rapi.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR
7
iv. Kawasan rekreasi dan sistem 6. GARIS PANDUAN KHUSUS
komunikasi dibenarkan dengan
syarat penyediaan pelan pengurusan 6.1 Perancangan Zon Penampan
alam sekitar dijalankan terlebih
dahulu. a) Aktiviti pembalakan dan
pengusahahasilan tidak dibenarkan
v. Mematuhi peraturan "Pembangunan dalam jarak 1.5km sekiranya
yang melibatkan Sungai dan Rizab bersempadan dengan tanah
Sungai" yang dikeluarkan oleh kerajaan atau 500m sekiranya
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). bersempadan dengan hutan simpan
kekal (Majlis Perhutanan Negara).
vi. Apa jua aktiviti pembangunan di
kawasan tadahan perlu mengambil b) Bahan kumbahan, buangan
kira faktor Total Maximum Pollution kediaman, industri dan sebagainya
Loading (TMPL) bagi memastikan dilarang dialirkan terus ke dalam
kadar isi padu pencemaran efluen sungai. Bahan kumbahan hendaklah
sama ada dari loji rawatan kumbahan dirawat terlebih dahulu sehingga ke
atau industri yang dirawat yang Kelas II (River Of Life) sebelum
mengalir kembali ke alur sungai tidak dialirkan keluar ke dalam “outlet”
melebihi isi padu air sungai yang utama terlebih dahulu.
menyebabkan kurangnya faktor
pencairan terutamanya pada musim c) Semua pembangunan di luar zon
kemarau, yang menyebabkan air penampan adalah dibenarkan
sungai tidak mampu menguraikan tertakluk kepada syarat-syarat dan
atau menyerap pencemaran secara garis panduan umum sedia ada.
semula jadi. Contohnya; kejadian
larutan amonia yang berlaku di Loji
Rawatan Air Cheras Batu 11 dan
6.2 Garis Panduan Khusus
Bukit Tampoi. (keseluruhan - tajuk
Perancangan dan Pemuliharaan
baru?)
KSAS Kawasan Tadahan Air

Garis panduan khusus perancangan dan


pemuliharaan KSAS kawasan tadahan air
adalah seperti Jadual 1.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR
8
Jadual 1: Panduan Khusus Perancangan dan Pemuliharaan KSAS Kawasan Tadahan Air
Kesensitifan Aktiviti dibenarkan dengan
syarat
Aktiviti
Tahap

KSAS/
tidak Catatan / Garis panduan
Kategori
Aktiviti Syarat dibenarkan

 Penyelidikan bukan untuk tujuan pembalakan


termasuk teknik mesra alam bagi mengelak
pembalakan di kawasan yang luas.
Tadahan Air Penyelidikan  Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan
(yang (terlalu umum- Semua aktiviti sedia ada.
diwartakan atau *1 perlu Tiada tidak  Zon penampan tadahan air tersebut hendaklah
untuk perincian/ dibenarkan 100m lebar.
empangan) pencerahan)  Aktiviti pembalakan hendaklah dijalankan 1.5km
dari sempadan.
 Kualiti air dikekalkan di antara Kelas I dan II
mengikut Piawaian Interim Kualiti Air.

 Mematuhi peraturan Rizab Sungai seperti yang


ditetapkan oleh JPS (2001), "Pembangunan yang
Tadahan Air  Kawasan Penyediaan Tiada aktiviti melibatkan Sungai dan Rizab Sungai".
untuk takat rekreasi pelan lain selain  Kualiti air dikekalkan di antara Kelas II dan III
*2
pengambilan air  Sistem pengurusan yang mengikut Piawaian Interim Kualiti Air.
(Berhutan) komunikasi alam sekitar dibenarkan.  Zon penampan hijau sekurang-kurangnya 50m
perlu dikekalkan sepanjang sungai utama untuk
kawasan 5km hulu takat pengambilan air.

 Memastikan bahawa tidak ada air sisa yang


mengalir terus ke dalam sungai.
Melaksanakan  Mematuhi peraturan Rizab Sungai seperti mana
program yang ditetapkan oleh JPS (Jabatan Pengairan dan
Tadahan Air
mengitar Saliran Malaysia - JPS (2001), "Pembangunan yang
untuk takat
semula efluen Industri besar melibatkan Sungai dan Rizab Sungai".
pengambilan air *3 Industri kecil
serta menuju perkilangan  Kualiti air dikekalkan di antara Kelas II dan III
(kawasan
kepada konsep mengikut Piawaian Interim Kualiti Air.
membangun)
pelepasan  Tangki simpanan minyak (diesel)perlu mempunyai
sifar. zon penampan sekurang-kurangnya 500m daripada
sungai utama di kawasan hulu takat pengambilan
air.

Nota:
Tahap kesensitifan:
Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti perlancongan alam
KSAS Tahap 1: semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan.
KSAS Tahap 2: Tiada pembangunan atau pertanian . Pembalakan secara mampan dan pelancongan alam semula jadi
berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat
KSAS Tahap3: Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan hdikawal bergantung kepada ciri-ciri
halangan.

Sumber: JPBD (2010), “Rancangan Fizikal Negara Negara Ke-2“, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
BAHAGIAN II
SUMBER AIR TANAH
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS SUMBER AIR TANAH
10
7. LATAR BELAKANG KSAS SUMBER 8. DEFINISI SUMBER AIR TANAH
AIR TANAH
Secara umumnya, air tanah bermaksud air
Kebanyakan air tawar yang digunakan di yang wujud di subpermukaan (di bawah
Malaysia adalah dari air permukaan seperti permukaan bumi) dalam liang (pore)
air hujan, sungai dan tasik (termasuk butiran, rongga atau gegua (JMG) yang
bekas lombong). terdapat di bawah permukaan tanah dalam
rongga lapisan geologi (rujuk Rajah 2).
Air tanah merupakan simpanan air tawar
tertinggi di sesuatu kawasan dan menjadi i. Kawasan air tanah terbahagi kepada
pilihan yang sesuai bagi membekalkan air dua zon iaitu zon tidak tepu dan zon
bersih ke kawasan yang pesat tepu.
pembangunannya.
a) 1Zon tidak tepu adalah zon yang
7.1 Sumber Air Tanah Sebagai KSAS terdapat di atas aras air tanah.

Air merupakan satu sumber yang penting b) 2Air tanah diklasifikasikan sebagai
untuk memenuhi keperluan domestik, sejenis sumber mineral kerana ia
pertanian dan industri. Walaupun kawasan wujud di dalam tanah atau batuan.
di mana terdapatnya air tanah adalah (JMG akan semak semula)
dibawah kategori KSAS, Sokongan Hidup,
proses mengabstraksi, terutamanya akuifer ii. Air tanah boleh tersimpan di dalam
jenis aluvium boleh mendatangkan batuan daripada beberapa meter
bencana kepada kawasan sekeliling di sehingga beratus atau beribu meter di
mana air tanah dipam secara berlebihan bawah permukaan bumi. Kebanyakan
boleh menyebabkan pemendapan tanah. air tawar yang didapati di bumi
sebenarnya wujud sebagai air tanah
Kadar atau takat maksimum penurunan
tanah atau amblesan boleh berlaku
tertakluk kepada berapa banyak air dipam
secara berlebihan dan sifat-sifat geologi 1
Air yang terdapat pada zon tidak tepu biasanya dikenali
kawasan berkenaan, jangka masa sebagai lembapan tanah (soil moisture). Manakala, bagi
pengepaman dilakukan dan kelemahan zon tepu adalah semua bahagian di bawah muka air tanah
tanah aluvium di kawasan sekeliling. (water table) statik dan air yang didapati di dalamnya
merupakan akuifer di bawah zon tepu. (JMGM akan beri
write-up)
2
Air tanah bertindak sebagai media yang mengisi liang-
liang antara butir-butir atau serpihan sedimen dan batuan.
Ia juga mengisi ruang retakan dan rekahan batuan keras di
merata tempat di bawah permukaan bumi. Semua liang-
liang di dalam sedimen, tanah-tanih atau batuan yang telah
dipenuhi dengan air tanah dirujuk sebagai akuifer.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS SUMBER AIR TANAH
11
yang terletak tidak melebihi 1 km di
bawah permukaan bumi.

iii. Air tanah bergerak dengan perlahan di


dalam batuan dengan kadar yang
berlainan. Ia hanya dapat diekstrak
daripada sedimen dan batuan yang
dianggap sebagai akuifer. Akuifer
adalah batuan atau sedimen tak
terkonsolidat yang mengandungi air
yang dapat diabstraksi. Biasanya air
tanah bergerak dengan lebih cepat di
dalam akuifer dibandingkan dengan
batuan keras.

Rajah 2: Kedudukan Air Tanah Dalam Kitaran Semula Jadi Air

Sumber: JPBD (2008). ”Kajian Garis Panduan Perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar,” tidak diterbitkan
(gantikan dengan rajah Berita Harian 20/4/2014)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS SUMBER AIR TANAH
12
9. PRINSIP-PRINSIP 10. GARIS PANDUAN UMUM
PERANCANGAN
10.1 Pematuhan Terhadap
Permintaan untuk menggunakan sumber Perundangan Dan Peraturan
air tanah di Malaysia biasanya adalah di Sedia Ada
kawasan pedalaman yang mana bekalan
air paip tidak mencukupi atau tidak Perkara berkenaan air merupakan bidang
terdapat bekalan air langsung. Air tanah kuasa Negeri di bawah Perlembagaan
digunakan pada skala yang besar untuk Persekutuan. Sehubungan itu, dasar dan
keperluan bekalan air awam terutamanya perundangan berkaitan air dinyatakan
Kelantan dan Sarawak manakala dengan dalam Enakmen Negeri berkenaan dan
skala yang lebih kecil di negeri-negeri lain. peraturan dan arahan-arahan yang
Selain skim-skim yang utama, beberapa dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan
ratus ribu penduduk pedalaman Geosains Malaysia serta Suruhanjaya
bergantung kepada air tanah yang mereka Perkhidmatan Air Negara dan Akta
perolehi melalui telaga cetek yang digali Penyiasatan Kaji Bumi 1974.
untuk memenuhi keperluan harian. Air
tanah juga diekploitasi oleh pelbagai sektor 10.2 Pemeliharaan Kawasan Sumber
termasuk perkilangan, ladang dan Air Tanah
penternakan, dan juga pengeluaran
komersial air mineral. i. Kajian kawasan bermasalah bekalan
air perlu dijalankan terlebih dahulu
Justeru, kawasan yang dikenal pasti bagi membolehkan keperluan
mempunyai sumber bekalan air tanah menggunakan sumber air tanah di
harus dilindungi dan diurus sumber air kawasan berkenaan diadakan.
berkenaan secara mampan dan optimum.
ii. Pemeliharaan kawasan sumber air
tanah mesti disertai dengan kajian
akuifer air tanah untuk mengenal
pasti potensi air tanah di dalam
batuan keras dan aluvium bagi
memenuhi keperluan domestik,
pertanian dan industri.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS SUMBER AIR TANAH
13
iii. Penggerudian telaga tiub Rajah 3: Klasifikasi Jarak Zon Tampan
pengeluaran air tanah dan telaga- Mengikut Kawasan Abstraksi Air
telaga kawalan yang mencukupi Tanah Dan Kawasan Imbuhan
mesti dibuat untuk tujuan Air Tanah
memperolehi maklumat hidrogeologi
akuifer tersebut. Ujian luahan
mampan mesti dibuat dan data
dikutip tentang semua aspek akuifer.
Berdasarkan permodelan dengan
data yang diperolehi penghasilan air
tanah mampan dan kemungkinan
kawasan imbuhan (recharge) mesti
ditetapkan. penampan

iv. Rajah 3 menunjukkan kawasan


khas sumber air tanah keseluruhan, telaga empangan
kawasan abstraksi air tanah dan (well field)
kawasan imbuhan air tanah.

v. Badan-badan pengurusan air yang


berkenaan mempunyai kuasa untuk
menjalankan penyiasatan atau
mengarahkan mana-mana pihak penampan

menjalankan kajian atau


penyiasatan tentang kawasan yang
dicadangkan untuk diisytiharkan
sebagai kawasan sumber air tanah.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS SUMBER AIR TANAH
14

11. GARIS PANDUAN KHUSUS

Aktiviti Dibenarkan dengan


KSAS / Tahap syarat Aktiviti tidak
Catatan / Garis panduan
Kategori Kesensitifan dibenarkan
Aktiviti Syarat

1.Kawasan Air *3 Pembangunan  Pelupusan  Tidak perlu zon penampan


Tanah (Untuk intensiti Kajian EIA bahan sisa kecualinya yang dicadangkan
Menyeluruh Mengelakkan tinggi. perlu toksik dan sisa menerusi kajian terperinci untuk
(Bagi akuifer pencemaran Aktiviti dijalankan bila pejal. mengisytiharkan kawasan sebagai
Air Tanah Air Tanah) melibatkan air tanah  Kilang kimia KSAS sumber air tanah.
dalam pemajuan dipamkan 1 racun, toksik  Mengikut syarat-syarat atau
batuan keras pengorekan juta gelen atau cadangan kajian menerusi kajian
dan dalam air tanah. (4500m3) atau menggunakan terperinci untuk mengisytiharkan
sedimen tak lebih sehari. bahan kawasan sebagai KSAS sumber air
terkonsolidat (Pekeliling EIA) radioaktif. tanah.
atau
aluvium) Kajian hidraulik  Penternakan  Aktiviti seperti penanaman,
perlu khinzir. perikanan, penternakan (kecuali
dijalankan bagi penternakan khinzir) perhutanan,
aktiviti yang pembinaan kediaman,
tidak tertakluk perindustrian ringan,
kepada pembangunan infrastruktur dan
prescribed transmisi, kereta api, resort dan
activities. rekreasi, tadahan air dan eko-
pelancongan dibenarkan.

2.Kawasan *3 Kebanyakan Semua aktiviti  Pembangunan  Zon penampan 50 meter


Imbuhan Air (Untuk aktiviti ini tidak secara besar- mengelilinginya.
Tanah mengelakkan pembangunan mendatangkan besaran.  Jika kawasan diterusi oleh saliran
(Bagi akuifer pencemaran dan rekreasi pencemaran  Pelupusan kecil, zon penampan 100 meter
Air Tanah Air Tanah dengan kapada sumber bahan sisa atas lembangan dari sempadan
dalam dalam intensiti air imbuhan. toksik dan sisa Kawasan Imbuhan Air Tanah.
batuan keras akuifer) rendah. pepejal.
dan dalam  Hanya aktiviti intensiti rendah
sedimen tak  Kilang kimia seperti penanaman, resort dan
terkonsolidat racun toksik rekreasi, tadahan air, eko-
atau atau yang pelancongan boleh dibenarkan jika
aluvium) menggunakan EIA dibuat.
bahan  Semua aktiviti yang menghasilkan
radioaktif. bahan kimia beracun, toksik atau
 Penternakan beradioaktif tidak dibenarkan.
khinzir.  Zon penampan 30 meter bagi
Kawasan Abtraksi Air Tanah
adalah tertakluk kepada keadaan
geologi, geomorfologi dan geologi
kejuruteraan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
KSAS SUMBER AIR TANAH
15
Aktiviti Dibenarkan dengan
KSAS / Tahap syarat Aktiviti tidak
Catatan / Garis panduan
Kategori Kesensitifan dibenarkan
Aktiviti Syarat

3. Tapak *3 Aktiviti seperti Pembangunan  Semua aktiviti  Zon tampan 30 meter mengelilingi
Abstraksi Air (Untuk rekreasi dan struktur tidak yang telaga tiub yang digunakan untuk
Tanah mengawal penanaman. dibenarkan. memerlukan mengabstraks air tanah.
(Bagi akuifer berisiko pembinaan.  Semua pembangunan struktur
air tanah bencana  Pelupusan tidak dibenarkan kecuali yang
dalam amblesan bahan sisa digunakan untuk pengabstraksi Air
sedimen tak atau toksik dan sisa Tanah tersebut.
terkonsolidat penurunan pepejal.
atau  Hanya aktiviti penanaman,
tanah)  Kilang kimia rekreasi, tadahan air, hutan
aluvium)
racun, toksik simpan dibenarkan pada zon
atau yang tampan ini.
menggunakan
bahan
radioaktif.
 Penternakan
khinzir.

4. Tapak *3  Semua aktiviti  Aktiviti seperti penanaman,


Abstraksi Air yang perikanan, penternakan (kecuali
Tanah memerlukan penternakan khinzir) perhutanan,
(Bagi akuifer pembinaan. pembinaan kediaman,
air tanah  Pelupusan perindustrian ringan,
dalam bahan sisa pembangunan infrastruktur dan
batuan toksik dan sisa transmisi, kereta api, resort dan
keras) pepejal. rekreasi, tadahan air dan
ekopelancongan dibenarkan.
 Kilang kimia
racun, toksik
atau yang
menggunakan
bahan
radioaktif.
 Penternakan
khinzir.
Nota:
Tahap kesensitifan:
Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti
KSAS Tahap 1:
perlancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan.
KSAS Tahap 2: Tiada pembangunan atau pertanian . Pembalakan secara mampan dan pelancongan
alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat
KSAS Tahap3: Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan dikawal bergantung
kepada ciri-ciri halangan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


RUJUKAN

 Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56].


 Akta Fi 1951 Perintah Fi (Taman Laut Malaysia), 2003.
 Akta Fi (Taman Laut Malaysia) (Pengesahan) 2004 [Akta 635].
 Akta Pemuliharaan Tanah 1960 [Akta 385].
 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127].
 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].
 Akta Perikanan 1985 [Akta 317].
 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
 Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].
 Akta Taman Negara 1980 [Akta 226].
 Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 [Akta 129].
 Akta Air 1920 [Akta 418]
 Peraturan Notification of Well Development and Excavation
 Dasar Alam Sekitar Negara, 2002.
 Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan (DKBK), 1998.
 Dasar Bio-Teknologi Negara, 2005.
 Dasar Perhutanan Negara, 1978 (Pindaan 1992)
 Dasar Sumber Air Negara, 2012
 Garis Panduan Eko Pelancongan Kebangsaan.
 Garis Panduan JPS 1/97: Kawalan Hakisan Berikutan dari Pembangunan di Kawasan
Pantai.
 IPCC (2007), “IPCC Fourth Assessment Report: Climate Change 2007 (Synthesis Report)”,
Intergovernmental Panel on Climate Change.
 Kajian Garis Panduan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, 2008. JPBD.
 Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Persisiran Pantai 1997. JPBD.
 Guideline For Preparation Of Coastal Hydraulic Study and Impact Evaluation. JPS.
 Marine Parks Malaysia Order, 1994.
 National Integrated Coastal Zone Management Policy, 2005. Unit Perancang Ekonomi.
 Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP).
 Perintah Kualiti Alam Sekitar 1987 (Penilaian Kesan Alam Sekitar – Aktiviti yang
Ditetapkan).
 Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (2010-2015).
 Rancangan Fizikal Negara Ke-2, 2010.
 Rancangan Fizikal Zon Pesisiran Pantai Negara (RFZPPN), 2010. JPBD.
 Salm & Clark (2000), “Marine And Coastal Protected Areas: A Guide For Planners And
Managers”, IUCN, Gland,Switzerland And Cambridge, UK.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


LAMPIRAN I

TAFSIRAN-TAFSIRAN BERKAITAN KAWASAN TADAHAN DAN SUMBER AIR TANAH

Sungai ertinya mana-mana anak sungai, alur air semula jadi, atau apa-apa cawing sungai,
sama ada semula jadi, diubah suai atau buatan, dan mana-mana kepungan di dalam alur.
("Sungai" ertinya mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semula jadi,
dan apa-apa cawangan sungai, alur-delta atau lencongan buatan darinya - KTN)

Lembangan sungai ertinya mana-mana sungai dan kawasan tanah ia mengalir.

Air tanah ertinya air subpermukaan yang terdapat di bawah permukaan tanih dan formasi
geologi.

Badan perairan ertinya sungai, tasik, kolam, wetland, air pinggir laut, air tanah dan badan
perairan yang lain sama ada semula jadi atau buatan termasuk tebing dan lapisan atau
mana-mana bahagian tersebut atau persekitarannya.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan


Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Tel: 03-2081 6000


Faks: 03-2094 1170
Laman web: www.townplan.gov.my
mytownnet.blogspot.com
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur

ISBN 978-983-41729-5-4

You might also like