You are on page 1of 6

PERSATUAN ALUMNI SK RAGKAM TAMBUNAN SABAH

KERTAS KERJA

KANDUNGAN

MUKA
BIL BUTIRAN
SURAT
1 TAJUK 2

2 TUJUAN 2

3 LATAR BELAKANG 2
PERSETUJUAN AJK BAGI
4 3
PELAKSANAAN PROGRAM
5 OBJEKTIF 3

6 KOMPONEN PROGRAM 3

6.1 CADANGAN TARIKH 3

6.2 CADANGAN TEMPAT 4

6.3 KUMPULAN SASAR 4

6.4 BILANGAN PESERTA 4

6.5 BILANGAN PROGRAM 4

6.6 KAEDAH PELAKSANAAN 4–5

7 ANGGARAN PERBELANJAAN 5

8 FAEDAH / OUTCOME PROGRAM 6

9 KESIMPULAN 6
PROGRAM CINTAILAH SUNGAI KITA

1. TAJUK: PROGRAM CINTAILAH SUNGAI KITA


(a) Program Cintailah Sungai Kita
(b) Kategori: Hak Asasi
Sub-Kategori:Persatuan Alam Sekitar

2. TUJUAN
Untuk memelihara dan melindungi sungai dan persekitarannya daripada
terus merosot, adalah menjadi satu keperluan untuk menimbulkan
kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentingan sungai dan
peranan yang dimainkannya. Bagi mencapai tujuan ini Persatuan
Pencinta Sungai dan Alam Sekitar akan mengadakan program
kesedaran “Cintailah Sungai Kita” dengan menggalakkan
penglibatan orang awam dalam bersama-sama menjayakan program ini
dengan mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam
kehdupan setiap individu serta memperkenalkan langkah dan amalan
yang boleh menyumbangkan ke arah pengekalan keindahan semulajadi
sungai.

3. LATAR BELAKANG
Sungai memainkan peranan penting bagi sesuatu kawasan tadahan
malah menjadi nadi kehidupan kerana air adalah keperluan kehidupan
yang utama. Di samping itu, sungai juga berpotensi sebagai kawasan
rekreasi dan pelancongan. Pembangunan pesat yang berlaku masa
sekarang telah menimbulkan masalah kepada rakyat seperti banjir,
kekurangan sumber air dan yang lebih teruk lagi ialah kemusnahan
kepada alam sekitar iaitu flora dan fauna. Oleh itu, satu pelan
pengurusan sungai yang komprehensif dan lengkap adalah diperlukan
untuk memastikan keseimbangan pembangunan persekitaran dan
kawasan tadahannya.

Persatuan Pencinta Sungai dan Alam Sekitar dengan kerjasama


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) akan mengadakan
program kesedaran “Cintailah Sungai Kita” dengan menggalakkan
penglibatan orang awam dalam bersama-sama menjayakan program ini
dengan mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam
kehidupan seharian. Pihak persatuan mengalu-alukan pihak JPPM bagi
memantau perjalanan program ini.

4. PERSETUJUAN AJK BAGI PELAKSANAAN PROGRAM


Contoh:
( Program Cintailah Sungai Kita ) telah dipersetujui oleh Ahli
Jawatankuasa melalui ( Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan
Kali Pertama ) pada ( 11 Januari 2022 )

5. OBJEKTIF
i. Untuk menanam sikap bertanggungjawab, mewarisi, menyayangi
dan menghormati kepentingan memelihara dan memulihara
sungai-sungai di Malaysia;
ii. Untuk menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dan proaktif
oleh orang awam terhadap terhadap pemeliharaan dan
pemuliharaan sungai-sungai di Malaysia; dan
iii. Untuk mendidik segenap lapisan masyarakat mengena cara-cara
bagi memelihara dan memulihara sungai-sungai di Malaysia.

6. KOMPONEN PROGRAM
6.1 CADANGAN TARIKH
25 Julai, 25 Ogos, 25 September 2022
6.2 CADANGAN TEMPAT
(a) Cadangan Tempat :
i. Perkarangan Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor
ii. Air Terjun Kemensah, Hulu Kelang, Selangor
iii. Air Terjun Sungai Pisang, Gombak, Selangor

6.3 KUMPULAN SASAR


(a) Ahli-ahli Persatuan Pencinta Sungai dan Alam Sekitar
(b) Orang awam yang berminat dengan melayari Facebook
Persatuan Pencinta Sungai dan Alam Sekitar dan klik pada
pautan yang disediakan

6.4 BILANGAN PESERTA


Bilangan kumpulan sasar : 80 orang/ 1 program
Jumlah : 3 program
Jumlah keseluruhan (3 Program) : 240 orang

6.5 BILANGAN PROGRAM


(a) 3 kali program:
i. Program pendidikan dan ceramah mengenai kepentingan
dan kesedaran menjaga sungai
ii. Program ekspedisi sungai dan terokai keindahan sungai-
sungai di Malaysia
iii. Program pembersihan dan pengurusan persekitaran
sungai

6.6 KAEDAH PELAKSANAAN


(a) Tarikh: 25 Julai 2022
Tempat: Perkarangan Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor
Bilangan peserta: 80
Kaedah pelaksanaan: Program pendidikan dan ceramah
mengenai kepentingan dan kesedaran menjaga sungai

(b) Tarikh: 25 Ogos 2022


Tempat: Air Terjun Kemensah, Hulu Kelang, Selangor
Bilangan peserta: 80
Kaedah pelaksanaan: Program ekspedisi sungai

(c) Tarikh: 25 September 2022


Tempat: Air Terjun Sungai Pisang, Gombak, Selangor
Bilangan peserta: 80
Kaedah pelaksanaan: Program pembersihan dan pengurusan
persekitaran sungai

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah (RM) Jumlah


Keseluruhan
(RM)
1. Makan minum (80pax x 3 10 x 240pax 2,400.00
siri)
2. Percetakan publisiti 200 x 6 unit 1,200.00
meliputi kain pemidang
(banner/bunting/poster)
3. Sewa kenderaan (untuk 1 500 x 5 buah 2,500.00
hari bagi tujuan ekspedisi)
4. Perlindungan takaful 3,000 3,000.00
kelompok untuk aktiviti
berisiko tinggi seperti
aktiviti dalam hutan,
mendaki dan aktiviti air
(hanya untuk ahli
persatuan)
5. Bayaran penceramah/tour 900 900.00
guide
Jumlah Keseluruhan (RM) 10,000.00

Sumber kewangan yang akan disediakan oleh:


1. Peruntukan Pertubuhan sendiri = RM 2,500.00
2. Sumbangan kewangan daripada sumber lain (nyatakan agensi dan
jumlah peruntukan) = Tiada
3. Kutipan bayaran daripada peserta (jika ada) = Tiada
4. Peruntukan kewangan yang dimohon daripada JPPM = RM
10,000.00

8. FAEDAH/ OUTCOME PROGRAM


Program yang dijalankan akan dapat mengembangkan tahap pemikiran
setiap masyarakat yang selama ini tidak begitu mementingkan penjagaan
alam sekitar terutamanya sungai. Dengan adanya program ini, maka
masyarakat akan dapat menilai pentingnya sumber air dalam kehidupan
seharian khususnya sungai bagi kehidupan mereka.

9. KESIMPULAN
Program Cintailah Sungai Kita merupakan program yang dianjurkan
bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan
Persatuan Pencinta Sungai dan Alam Sekitar. Melalui program seperti
ceramah mengenai kepentingan dan kesedaran menjaga sungai,
program ekspedisi sungai dan terokai keindahan sungai-sungai di
Malaysia serta program pembersihan dan pengurusan persekitaran
sungai dapat memberi kesedaran bahawa pentingya penjagaan sungai
dan alam sekitar oleh masyarakat secara amnya.

You might also like