You are on page 1of 13

JENIS

PENYELIDIKAN
4 JENIS:

• Penyelidikan Asas

• Penyelidikan Gunaan

• Penyelidikan Tindakan

• Penyelidikan Penilaian
PENYELIDIKAN ASAS

• Kajian yang dijalankan sebagai permulaan sesuatu kajian


ke atas fenomena atau isu/situasi sebelum menjalankan
kajian yang selanjutnya.
• Biasanya dijalankan untuk menguji sesuatu teori dalam
tingkah laku sosial, menguji sama ada sesuatu teori
berkenaan masih boleh digunakan dalam keadaan semasa
atau memerlukan penambahbaikan supaya mengikut
keadaan semasa.
P. ASAS

• Mempunyai orientasi yang lebih umum. Menambah


pengetahuan kepada yang sedia ada dalam disiplin tersebut.
• Dikenali juga dengan penyelidikan tulen atau faundamental,
dapatan penyelidikan berbentuk teori.
• Matlamatnya mengembangkan dan memajukan teori tanpa
mengira keaplikasian ilmu yang ditemui.
• Fokus utama memungut data emperikal bagi memahami
dan menjelaskan fenomena dan hubungannya.
P. ASAS

• Bukan membantu menyelesaikan masalah.


• Menambah gedung ilmu yang sedia ada.
• Menjalankan eksperimen berkaitan: pembelajaran dalam
persekitaran makmal.
• Tujuan eksperimen itu ialah untuk menyumbang kepada
pengetahuan berkenaan cara pembelajaran berlaku.
P. ASAS

• Eksperimen tersebut boleh memfokus kepada satu atau


beberapa faktor yang terhad berkaitan pembelajaran seperti
perbezaan yang berlaku/terhasil apabila bahan pembelajaran
dipersembahkan melalui gambar rajah atau lisan.
• Contoh: penyelidikan yang fokus pada memahami dan
menjelaskan sistem ingatan manusia.
PENYELIDIKAN GUNAAN

• Menggunakan penyelidikan asas yang telah dijalankan oleh


penyelidik sebelumnya atau kajian sebelum ini.
• Mengaplikasi dan menguji dapatan dan teori yang dihasilkan
dalam persekitaran semula jadi seperti persekitaran kerja.
• Difokuskan untuk menjawab persoalan sebenar dunia, soalan
praktikal untuk memberi penyelesaian segera yang relatif.
• Untuk mengenalpasti impak sesuatu fenomena atau teori ke
atas sesuatu isu.
P.GUNAAN
• Dijalankan untuk menerokai masalah bagi tujuan merancang strategi dan
tindakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Topik bagi penyelidikan
gunaan biasanya dipandu oleh masalah semasa yang menjadi perhatian
pembuat polisi
• Dalam pendidikan, fokus menyelesaikan masalah dan menambah baik
perancangan, pentadbiran dan amalan pendidikan.
• Termasuk penyelidikan yang mengenal pasti ciri sekolah berkesan dan
menyiasat keberkesanan sesuatu kaedah mengajar dan pencapaian pelajar.
CONTOH:

• Menjalankan satu tinjauan (survey) terhadap guru sekolah


rendah dalam sistem persekolahan untuk mengenal pasti
kegemaran(preferences) dan pandangan berkaitan beberapa
program bacaan yang ada.
• Tinjauan ini mungkin dijalankan oleh jawatankuasa kurikulum
atau pentadbiran sistem sekolah yang prihatin dengan masalah
memilih program bacaan atau bahan yang hendak dibeli.
Keputusan tinjauan dapat memberi maklumat penting untuk
membuat keputusan pembelian bahan tersebut
PENYELIDIKAN TINDAKAN

• Suatu kajian sistematik bertujuan menambah baik amalan


pendidikan oleh sekumpulan individu melalui tindakan praktik
dan refleksi kendiri pada kesan tindakan (Kemmis &
McTaggart, 1988).
• Suatu bentuk inkuiri reflektif kendiri yang dijalankan oleh
individu (contohnya guru) dalam situasi sosial bertujuan
menambah baik rasionaliti, keadilan dan kefahaman mereka
berkenaan (i)amalan mereka sendiri (ii) amalan umum dan (iii)
situasi tempat amalan itu dipraktikkan (Carr& Kemmis, 1986).
• Kepentingan Penyelidikan Tindakan:
• Tujuan kajian ini ialah untuk mengambil tindakan.
• Penyelidikan ini adalah untuk mencari cara perlaksanaan
yang paling berkesan bagi sesuatu projek.
• Sejenis penyelidikan gunaan.
PENYELIDIKAN PENILAIAN

• Penyelidikan Penilaian
• Penyelidikan ini adalah untuk menilai prestasi sesuatu program, kempen dan
skim.
• Ia juga dikenali sebagai 'Impact Assesment'.
• Tujuannya adalah untuk menilai pencapaian matlamat sesuatu projek.
• Dibahagikan kepada dua jenis bergantung kepada tujuan
penilaian.
• Apabila tujuan utama penilaian ialah untuk mengarah kepada
penilaian (judgment) mengenai bagaimana program itu boleh
dibaiki, ia dipanggil penilaian formatif.
• Apabila tujuan utama penilaian untuk mengarah kepada
penilaian (judgment) mengenai sama ada program itu efektif
dan adakah ia patut diteruskan ia dipanggil penilaian sumatif.

You might also like