You are on page 1of 15

a) Pengenalan kepada organisasi.

Pengenalan organisasi adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai


individu dengan kelebihan yang pelbagai daripada latar belakang, personaliti dan
kebolehan yang berbeza-beza bagi menjalankan tugas dengan sebaiknya dan peranan
yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama bagi memenuhi matlamat organisasi
itu. Oleh sebab itu, pencapaian matlamat organisasi terdiri daripada dua elemen yang
berbeza iaitu elemen kemanusiaan dan elemen bukan kemanusiaan. Hal ini dapat
dihuraikan lagi apabila, elemen kemanusiaan ini kebih merangkumi kepada
akauntabiliti dan komitmen terhadap organisasi manakala elemen bukan kemanusiaan
ialah proses, polisi, struktur dan teknologi. Oleh sebab itu, setiap elemen dalam
organisasi itu akan mempengaruhi sesebuah organisasi dalam tingkah laku individu
mahupun berkumpulan terhadap pencapaian organisasi. Hal ini demikian kerana,
tingkah laku seseorang akan mempengaruhi bagaimana cara sesebuah organisasi itu
bekerja dengan cara mereka mengaplikasikan pengetahuan tertentu bagi menjamin
kemajuan dan kecekapan sebuah organisasi. Justeru, tingkah laku organisasi sebaagai
satu bidang pengkhususan yang tersendiri, boleh ditakrifkan sebagai satu bidang
kajian pelbagai displin yang menggunakan kaedah-keadah saintifik bagi mengkaji
secara mendalam dan terperinci mengenai tingkah laku individu dan kumpulan serta
proses organisasi. Melalui temubual yang telah dilaksanakan, beberapa soalan telah
dirangka yang mana bertujuan untuk menilai amalan serta implikasi amalan
komunikasi terhadap mencapai matlamat organisasi. Kesemua soalan telah diajukan
kepada pegawai organisasi dan maklum balas daripada pegawai disimpulakan dan
dirumuskan bagi dijadikan isi utama penghuraian tugasan ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan organisasi kerajaan yang


dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk menjaga dan memberi maklumat
kesihatan kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum supaya terus terhindar
daripada penyakit yang berbahaya contohnya SARS, demam denggi dan COVID-19
malah sebagainya bagi membendung rakyat Malaysia dalam mengatasi penularan
wabak yang tinggi malah akan menyebabkan kematian. KKM ini ditubuhkan untuk
membantu seseorang individu mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan bagi
membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif malah
mereka menetapkan misi-misi untuk dicapainya bagi menjadikan rakyat Malaysia
menjadi seorang rakyat yang sihat. Misi Kementerian Kesihatan Malaysia adalah
meneraju dan berusaha bersama-sama bagi memudahkan dan membolehkan semua
rakyat di Malaysia mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan sebagai aset
paling berharga dengan mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi
kesihatan mereka. Selain itu, bagi memastikan sistem kesihatan mereka berkualiti
tinggi dengan mengutamakan semua pelanggan dengan adil dan saksama malah
mengikut peredaran teknologi bagi menyesuaikan dengan persekitaran inovatif iaitu
sifat penyayang, profesionlisme dan kerja sepasukan yang sememangnya perlu ada
dalam sesebuah organisasi yang besar seperti KKM. Kementerian Kesihatan Malaysia
telah menggunakan pelbagai medium untuk menyebarkan pelbagai maklumat
mengenai kesihatan melalui platform aplikasi Facebook, Twitter dan Instagram malah
di portal rasminya sendiri selain pelbagai informasi daripada surat khabar dan radio
serta majalah. Hal ini demikian kerana, masyarakat Malaysia boleh membaca
maklumat tersebut dengan cepat dan pantas tanpa mengira masa dan tempat kerana
dengan adanya kemudahan internet maka, KKM boleh menyalurkan segala berita
dengan cepat.

b) Huraikan bidang komunikasi yang dipilih.

Komunikasi massa merupakan bidang komunikasi yang paling banyak


digunakan pada era gobalisasi ini disebabkan dengan kemudahan internet yang sangat
pantas menyebabkan semua rakyat Malaysia dapat memperoleh sesuatu maklumat itu
dengan cepat dan pantas tidak kira mana-mana dan bila-bila masa. Komunikasi secara
amnya boleh ditakrifkan sebagai satu proses di mana manusia menghantar dan
menerima sesuatu mesej di samping manusia dapat berkongsi pendapat, informasi
mahupun perasaan dan bahan kerja. Ia merangkumi dua hubungan iaitu hubungan
linguistik iaitu komunikasi yang terhasil melalui percakapan, penulisan dan bahasa
isyarat manakala hubungan bukan linguistik ialah komunikasi yang melibatkan
pergerakan anggota badan seperti tangan, kaki, kepala dan muka malah sebagainya.
Oleh sebab itu, komunikasi massa pula dapat diperincikan sebagai informasi yang
dimuatnaik kedalam media sosial untuk dilihat oleh semua warga Malaysia bagi
memperoleh maklumat yang diperlukan untuk memastikan rakyat Malaysia tidak
seperti katak duduk di bawah tempurung. Hal ini demikian kerana, bukan setakat
media sosial seperti aplikasi Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp sahaja yang
digunakan dalam komunikasi massa malah berita, radio dan sebagainya turut
digunakan dalam talian dan penerima utusan ini lebih dikenali sebagai khalayak
massa kerana mereka boleh memperoleh maklumat hanya dihujung jari sahaja.

Media massa juga merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi dalam
bidang informasi dan komunikasi. Pengaruh media massa berbeza-beza terhadap
setiap individu kerana adanya perbezaan corak pemikiran, perbezaan sifat yang
terkesan pada pengambilan sikap, hubungan sosial sehari-hari dan perbezaan budaya.
Melalui media massa yang semakin banyak berkembang memungkinkan informasi
menyebar dengan mudah pada masyarakat dan informasi dalam bentuk apapun dapat
disebar dengan mudah malah cepat sehingga boleh mempengaruhi corak pandangan
gaya hidup, serta budaya suatu bangsa. Di samping itu, media massa mempunyai
peranan yang sangat penting dalam era teknologi canggih. Media massa merupakan
saluran yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan
media massa ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu media cetak dan media
elektronik. Media elektronik merangkumi televisyen, radio dan internet manakala
media cetak pula merangkumi akhbar, majalah buku dan sebagainya.

Namun begitu, media elektronik seperti internet merupakan saluran yang


paling banyak digunakan oleh masyarakat tak kira setempat mahupun luar bagi
menyampaikan atau menerima maklumat berkaitan sesuatu isu. Hal ini demikian
kerana, internet lebih cepat dan pantas dalam memberi atau menerima maklumat
selain media ini juga menjadi pencetus minda masyarakat kita kea rah lebih kreatif
dan kritis (S. A. Hamid, 2016). Kemajuan bidang informasi membawa kita memasuki
abad revolusi komunikasi iaitu dikenali sebagai ledakan komunikasi. Disebabkan
adanya pola pemikiran yang berbeza maka terjadinya perubahan-perubahan sosial
baik secara positif dan negatif malah menjadikan setiap manusia dihimpit dengan dua
pilihan iaitu satu pihak masyarakat perlu menerima teknologi malah sebaliknya
kehadiran teknologi moden justeru menimbulkan masalah-masalah yang bersifat
structural yang menambah di semua aspek kehidupan masyarakat.

Sebagai contohnya yang boleh kita perlihatkan sekarang apabila seluruh dunia
menghadapi dugaan dan cabaran dengan penularan wabak pandemik Covid-19 yang
bermula di Wuhan, China pada November 2019. Kita membaca, menonton dan
mendengar banyak mengenai Covid-19 di banyak platform dan media baik samaada
media cetak, penyiaran mahupun media baharu. Di samping itu juga, melalui media
kita dihidangkan dengan pelbagai akronim dan istilah yang jarang dan sukar malah
tidak pernah langsung didengari sebelum tercetusnya pandemic Covid-19 yang telah
meragut nyawa beratus-ratus ribu manusia malah menjangkiti sehingga hamper 18
juta manusia di seluruh dunia. Malah kerajaan juga telah membuat pengumuman
rasmi di seluruh media massa mengenai Perintah Kawalan Pergerakan bagi
membanteras dan membentung daripada penularan wabak Covid-19 yang
disampaikan secara langsung oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin
Yassin pada 18 Mac 2020. Pelbagai arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia melalui pelbagai media seperti medium yang sentiasa digunakan
ialag televisyen dan radio kerana untuk mendekati masyarakat dan segala berita dapat
dibaca, ditonton dan didengar di setiap portal berita dalam talian, malah pada era
globalisasi ini surat khabar sudah tidak menjadi kegilaan bagi masyarakat kini kerana
mereka merasakan bahawa teknologi yang sedia ada sudah cukup untuk mendapatkan
segala informasi dan maklumat semasa dengan menggunakan peranti di hujung jari
malah kandungan yang lebih visual dan interaktif lebih digemari, seperti kandungan
video, grafik, animasi, music dan podcast yang menjadikan masyarakat muda lebih
teruja untuk membaca.

Mengikut maklumat yang diperoleh, aplikasi Whatsapp, Telegram dan Twitter


juga telah menjadi tumpuan yang sangat besar daripada setiap generasi tanpa mengira
umur bagi mengakses dan berkongsi maklumat yang berkenaan. Sudah semestinya
penyampaian maklumat dan pemujukan perlu disesuaikan dengan pelbagai lapisan
masyrakat malah infografik, iklan bersiri di Youtube, ulasan oleh YouTuber atau
Instafamous serta iklan pesanan khidmat awam untuk mendekati masyarakat adalah
pilihan yang terbaik. Hal ini sebagai contohnya, seorang doktor gigi di Amerika dan
merupakan seorang YouTuber bernama Dr Dustin Pfundheller yang memuji langkah
kerajaan Malaysia menangani wabak Covid-19 dalam rakaman video menjadi tular
dan menjadikan rakyat Malaysia lebih semangat untuk mendengar arahan dan
menolong satu sama lain bagi membanteras Covid-19 bagi membuktikan bahawa
Malaysia yang merupakan negara underrated mampu menentangkan virus Covid-19
dengan adanya doktor-doktor pakar, pasukan yang sangat memgagumkan dan rakyat
yang sentiasa membantu. Hal ini juga menunjukkan bahawa kuasa media massa
membuatkan semua rakyat yang berbilang bangsa, agama, kaum dan budaya ini
bersatu padu bagai aur dengan tebing bagi menjadikan negara Malaysia negara yang
bebas daripada Covid-19. Malahan agensi kerajaan seperti Majlis Keselamatan
Negara (MKN) juga memanfaatkan aplikasi Telegram bagi menyebarkan maklumat
terkini dan kesahihan mengenai kes Covid-19 di Malaysia. Bilangan pengakses
saluran Telegram MKN kini melebihi 1.1 juta orang yang menunjukkan masyarakat
Malaysia inginkan sumber maklumat yang sahih malah tepat serta boleh dipercayai,
bukannya berita palsu yang boleh menimbulkan panik dan kecemasan kepada rakyat
Malaysia (N. A.Hamid, 2020).

Selain itu, kebergantungan berterusan kepada media dapat dilihat dalam


pelbagai aktiviti harian. Jadual kehidupan dan mod bekerja berubah hamper 100
peratus terutama yang tidak dibenarkan ke tempat kerja dan sekolah malah kita
“dipaksa” bekerja dari rumah dan menyesuaikan diri dengan pelbagai keperluan
termasuk pengubahsuaian jadual kerja, isu teknikal, perkakasan dan perisian, serta
persediaan mental dan emosi. Malah jika kita sekarang juga, kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) berubah daripda bersemuka ke 100 peratus dalam talian. Mod
synchronous dan asynchronous dan remote learning/teaching mula kedengaran dan
perlu difahami dan diaplikasikan dengan baik samaada pelajar mahupun guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan guru-guru menggunakan Google
Classroom (GC), jadi ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka mengakses dengan
baik bahan-bahan yang telah diberikan oleh para pendidik di GC manakala university
lebih fleksibel dan pelbagai dengan adanya yang mengajar menggunakan aplikasi
perbualan dalam talian dan siaran langsung seperti Webek, Google Meet, Skype,
Zoom dan Whatsapp.

c) Huraikan dengan terperinci amalan-amalan komunikasi tersebut.

Dalam kehidupan yang sentiasa membangunnya teknologi yang semakin maju


dan canggih, sudah semestinya kita mengetahui bahawa kegunaan media massa yang
sangat banyak memberikan kemudahan tidak kira dimana sahaja kita berada dan bila-
bila masa sahaja. Malah, media massa juga telah memainkan peranan yang cukup
besar dalam merealisasikan impian masyarakat kearah kehidupan yang lebih moden
dan maju sejajar dengan Wawasan 2020. Hal ini demikian kerana, media massa
dikatakan mampu mendidik rakyat tempatan dan mampu menentukan arah kehidupan
masyarakat Malaysia agar menjadi negara yang lebih maju dan mampu standing
dengan negara-negara maju yang lain seperti Amerika, China, Rusia dan Jepun yang
teknologi sangat mengagumkan dan membangun daripada semasa ke semasa. Seperti
yang semua sedia maklum bahawa, media massa merupakan penyebar saluran
maklumat yang utama di Malaysia. Ini kerana, saluran maklumat yang unggul terbukti
dengan wujudnya teknologi maklumat. Internet digunakan dengan meluas kerana
kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat walaupun maklumat itu
belum lagi dipastikan kesahihannya dan ketulenannya. Selain itu, maklumat juga
dapat diperoleh melalui cabang-cabang media massa yang lain seperti televisyen,
radio, akhbar majalah dan sebagainya. Maka, bertitik tolak dari situlah, media massa
mampu meningkatkan taraf sosial seseorang individu melalui penerimaan maklumat
terkini dan penggunaan peralatan moden dan sangat terkini. Berdasarkan temubual
yang telah dilaksanakan kepada pihak atasan organisasi yang telah dipilih, amalan
komunikasi media massa dapat menentukan arah kehidupan masyarakat ke tahap yang
lebih tinggi dan pemodenan negara dapat dilaksanakan.

Selain itu, melalui kemudahan internet dapat mewujudkan komunikasi massa


ini dan menerusi maklumbalas daripada temubual, Kementerian Kesihatan Malaysia
dapat menyalurkan pelbagai maklumat yang penting kepada masyarakat tentang
bagaimana perkembangan kesihatan rakyat di Malaysia seperti masalah kencing
manis, obesiti dan penyakit daah tinggi yang semakin banyak kes setiap hari.
Maklumat-maklumat seperti ini akan diubahsuai, direka dan dikreatifkan dengan
pelbagai warna-warni, video, bentuk grafik dan visual bagi memudahkan semua
masyarakat tidak kira lapisan generasi umur melihatnya dan memahami secara
terperinci. Hal ini demikian kerana, generasi muda pada masa kini lebih gemarkan
untuk melihat sesuatu yang lebih menarik daripada surar khabar yang hanya dihiasi
dengan tulisan dan gambar berwarna semata-mata. Melalui komunikasi media massa
juga, generasi yang berumur dapat juga melihatnya dengan cepat dan mudah dengan
hanya menggunakan hujung jari sahaja pada bila-bila masa dan tidak kira tempat. Hal
ini dapat dihuraikan secara terperinci apabila, hampir 60% pengguna aplikasi
Facebook dan Whatsapp adalah daripada kalangan 70an hinggan 80an membuat
mereka boleh memperoleh maklumat semasa ke semasa. Oleh sebab itu, Kementerian
Kesihatan Malaysia telah mengambil insiatif menggunakan komunikasi massa sebagai
satu medium dan platform untuk mereka menyebar maklumat kepada semua
masyarakat kerana organisasi ini tahu bahawa ramai rakyat Malaysia banyak
menghabiskan masa mereka dengan melayari media sosial untuk memenuhi masa
lapang mereka.

Di samping itu, melalui komunikasi massa juga rakyat Malaysia malah


organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia boleh menjadikan media ini sebagai
komunikasi dua hala. Hal ini dapat dihuraikan, apabila Kementerian Kesihatan
Malaysia memuatnaik mengenai cara-cara untuk mengatasi stress ataupun tekanan
dalam kehidupan harian mereka. Sebagai contohnya, untuk menghilangkan stress dan
tekanan, masyarakat hendaklah mempunyai masa tersendiri untuk berseronok dan
tidur yang mencukupi. Namun begitu, tidak semua lapisan masyarakat mempunyai
kaedah dan cara yang sama untuk menghilangkan stress ataupun tekanan seperti yang
dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh sebab itu, masyarakat juga
mempunyai hak yang tersendiri untuk mengutarakan pendapat dan pandangan
mengenai cara untuk menghilangkan stress ataupun tekanan dalam kehidupan mereka
jika perkara itu tidak akan memudaratkan dan tidak memberikan impak yang negatif
dalam diri mereka. Contohnya, sebagai seorang remaja cara saya menghilangkan
stress dengan memakan pelbagai jenis makan tetapi berkhasiat seperti buah, sayur dan
sebagainya kerana bagi pendapat saya makanan boleh membuatkan saya gembira dan
melupakan segala tekanan yang dilalui oleh saya selain saya juga sentiasa bersenam
untuk memastikan badan saya sentiasa dalam keadaan yang segar kerana apabila
bersenam badan saya akan menghasilkan peluh yang banyak dan itu merupakan
toksik yang dikeluarkan melalui liang-liang kulit. Oleh sebab itu, komunikasi massa
ini memberi peluang kepada semua masyarakat untuk meluahkan pendapat mereka
sendiri dan cara mereka bagi mengatasi sesuatu masalah itu agar menjadi lebih baik
selain kaedah yang diberikan oleh KKM juga boleh dijadikan sebagai contoh yang
boleh diikuti.

Seterusnya, Kementerian Kesihatan Malaysia menggunakan komunikasi


massa sebagai satu medium yang sangat terbaik dan inisiatif dalam menyedaran
masyarakat tentang peri pentingnya kesihatan dalam diri mereka. Pada masa kini,
sering kita lihat setiap Kementerian Kesihatan Malaysia memuatnaik pelbagai
maklumat dan cara-cara mengatasi virus Covid-19 yang semakin hari semakin
menambah bilangan kesnya dengan cara sentiasa membasuh tangan, melakukan
penjarakkan fizikal sentiasa memakai topeng muka. Dengan maklumat tersebut,
semua masyarakat dapat menyedari bahawa virus ini bukanlah sesuatu penyakit yang
boleh dibuat main malah ini boleh menyebabkan maut, maka mereka perlulah
melakukan perubahan dalam diri mereka supaya penyakit itu tidak berjangkiti dalam
diri, keluarga dan saudara-mara mereka dengan mengikuti segala arahan dan tindakan
kerana Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan segala arahan demi
kepentingan bersama-sama malah menyelamatkan nyawa kesemua rakyat Malaysia
daripada terkena virus yang boleh membawa maut itu. Oleh sebab itu, dengan
menggunakan komunikasi massa, masyarakat dapat menyedari bahawa segala
maklumat yang dikeluarkan dalam sesuatu media itu perlu diambil serius supaya tidak
seperti nasi menjadi bubur.

d) Kesan amalan komunikasi tersebut terhadap pencapaian matlamat organisasi.

Matlamat adalah sasaran ataupun sesuatu yang hendak dicapai bertujuan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah mahupun untuk mendapatkan sesuatu perkara ataupun
objektif. Setiap matlamat mempunyai perancangan yang terperinci dan tersusun untuk
mencapai matlamat tersebut. Secara amnya, setiap organisasi yang diwujudkan dan
dibangunkan merupakan himpunan individu samada dua atau lebih individu dalam
sesebuah organisasi yang menjalankan tugasan tersendiri yang kemudiannya akan
diselaraskan bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi
tersebut. Setiap organisasi mempunyai beberapa matlamat dan objektif yang perlu
dicapai bagi memastikan kebekersanan dan keberjayaan sesuatu organisasi. Amalan
komunikasi dalam sesebuah organisasi sangatlah penting dalam mencapai matlamat
organisasi. Setiap amalan-amalan komunikasi yang dilaksanakan dapat memberi
impak dan kesan positif kepada pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Jadi,
melalui temubual yang dijalankan, beberapa kesan amalan komunikasi terhadap
pencapaian matlamat organisasi dapat disimpulkan dan dihuraikan.

Hasil daripada temubual bersama pegawai organisasi, beberapa kesan amalan


komunikasi terhadap pencapaian matlamat organisasi secara spesifiknya dapat
dijelaskan dan dihuraikan. Seperti yang kita lihat, komunikasi massa adalah satu
platform yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memudahkan
mereka menyalurkan berita- berita terkini dan juga maklumat berkaitan dengan
kesihatan kepada rakyat Malaysia. Selain itu juga, seperti yang kita sedia maklum
bahawa seluruh dunia pada masa kini dibelenggu dengan ancaman pandemic Covid-
19 yang sehingga kini telah meragut ratusan ribu nyawa manusia yang mana virus ini
belum pernah lagi ditemui dan terjadi sebelum ini. Oleh yang demikian, negara kita
terpaksa akur dengan melaksanakan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang menyebabkan secara automatiknya gaya hidup rakyat Malaysia berubah
360 darjah dari kebiasaan ataupun dipanggil norma baharu. Saat-saat menghadapi
waktu getir ini, amalan komunikasi yang berkesan amatlah penting bagi memastikan
masyarakat dilengkapi dengan maklumat yang tepat dan membolehkan masyarakat
faham situasi sebenar yang berlaku. Hal ini juga membolehkan masyarakat membuat
keputusan yang bijak bagi sama-sama membendung serta melakukan langkah-langkah
bagi memberhentikan wabak ini agar tidak semakin teruk dan berleluasa (“COVID-
19: Kepentingan perancangan komunikasi bagi kesiapsiagaan dan pengurangan risiko
bencana – Berita UTHM,” n.d.). Masyarakat juga berhak mengetahui setiap maklumat
dan berita terkini kerana ianya sesuatu yang membimbangkan mereka dan
mengelakkan daripada menimbulkan suasana yang panik dalam kalangan masyarakat.
Keadaan ini akan mendesak masyarakat untuk segera mendapatkan maklumat serta
berita berkaitan dengan penyakit tersebut. Jika keadaan panik tersebut membelenggu
masyarakat, mereka akan menerima sahaja kesemua maklumat dan berita yang
mereka terimatidak kira dari sumber yang sahih mahupun tidak.

Oleh itu, dengan adanya komunikasi massa, Kementerian Kesihatan Malaysia


dapat mencapai matlamat organisasi mereka iaitu dapat menyalurkan maklumat dan
berita terkini yang tepat dan pantas kepada masyarkat. Hal ini kerana, pada masa kini
banyak yang kita lihat dan terima maklumat dan berita-berita palsu berkaitan dengan
pandemic Covid-19 yang disampaikan di komunikasi massa bagaikan cendawan yang
tumbuh selepas hujan. Jadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Majlis
Keselamatan Negara (MKN) mengambil inisiatif yang tepat dan pantas dengan
menggunakan menggunakan pelbagai medium komunikasi massa yang mana
kebanyakan masyarakat tidak kira peringkat umur menggunakannya untuk
menyampaikan berita dan maklumat. Organisasi tersebut mempunyai laman sesawang
rasmi dan juga channel Telegram yang mana masyarakat boleh mendapatkan info
terkini hanya dihujung jari sahaja. Dalam berdepan dengan penularan wabak Covid-
19 Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga tidak lekang untuk memdidik masyarkat
setiap hari dengan mengambil langkah bijak menghantar khidmat pesanan ringkas
(SMS) kepada semua pengguna telefon pintar untuk memberi peringatan kepada
masayarakat mengenai informasi semesa serta pesanan berkaitan langkah-langkah
berkenaan wabak ini.

Seterusnya, pihak organisasi Kemeterian Kesihatan Malsyaia (KKM) dan


Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat membanteras dan mengenalpasti pihak yag
menyebarkan maklumat palsu berkaitan dengan maklumat dan informasi berkaitan
dengan kesihatan. Seperti yang kita tahu, komunikasi massa kini banyak digunakan
untuk menyebarkan dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Tetapi kadang
kala, berita danmaklumat yang disampaikan adalah palsu dan tidak benar. Hal ini
kerana, masyarakat lebih suka berkongi maklumat yang tidak tahu kesahihannya
terlebih dahulu di media sosial. Jadi dengan adanya laman sesawang rasmi dan
platform rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara,
mereka dapat membanteras dan menyaman mereka yang mengongsi maklumat dan
berita palsu. Hal ini supaya pada masa kelak mereka tidak akan dipersalahkan dan
ditunding jari kearah mereka jika masyarakat menerima maklumat yang salah. Mereka
mempunyai medium rasmi mereka yang mana mereka hanya mengeluarkan maklumat
dan informasi yang tepat mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan
organisasi mereka. Oleh yang demikian, kredibiliti mereka sebagai pihak atasan yang
menguruskan hal-hal berkaitan kesihatan tidak akan diragui oleh masyarakat
Malaysia. Hal ini kerana, perkara ini berkait rapat dengan kepercayaan masyarakat
terhadap organisasi tersebut.

Selain itu juga, amalan komunikasi dapat mencapai matlamat sesebuah


organisasi dengan dapat membina kepercayaan masyarakat terhadap organisasi
tersebut. Kepercayaan merupakan prinsip utama dalam komunikasi antara masyarakat
dan juga organisasi dan dengan tidak adanya kepercayaan kepada sesebuah
organisasi,masyakat tidak mempercayai maklumat yang diberikan oleh orgaisasi
tersebut. Komunikasi dua hala yang dilakukan oleh pihak Kemeterian Kesihatan
Malaysia membolehkan masyarakat dapat membina kepercayaan kepada mereka.
Dengan adanya platform komunikasi alternatif seperti Telegram dan laman sesawang
rasmi, komunikasi dua hala dengen pihak berkepentingan dapat membolehkan
masyarkat mendapat maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan
organisasi tersebut juga boleh mendapatkan maklumat daripada masyarakat melaui
soal-selidik pantas seperti google form yang dibuat. Tambahan pula, Kemeterian
Kesihatan Malaysia sangat peka dengan setiap persoalan yang diutarakan di media
sosial dan memberi maklum balas di media sosial tersebut mahupun di siding media
yang dilakukan. Hal ini membuatkan masyarakat akan memberi kepercayaan
sepenuhnya kepada organisasi tersebut.
e) Bagaimana amalan komunikasi tersebut boleh dipertingkatkan lagi untuk
organisasi tersebut. (sidag media, dialog terbuka,

Komunikasi memainkan peranan penting dalam konteks kelangsungan


pengurusan sesebuah organisasi. Di dalam persekitaran sesebuah organisasi, keperluan
berinteraksi merupakan salah satu dimensi komunikasi yang penting. Hal ini
dipersetujui oleh pegawai yang telah ditembual di dalam organisasi tersebut. Dengan
adanya amalan komunikasi, organisasi tersebut bukan sahaja dapat berinteraksi antara
organisasi mereka malahan dapat berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat di
Malaysia. Hal ini membolehkan komunikasi dua hala dapat dilaksanakan untuk
organisasi tersebut. Beberapa langkah amalan komunikasi yang boleh dipertingkat lagi
dalam organisasi tersebut adalah seperti komunikasi keorganisasian, sidang media dan
dialog terbuka

Menurut hasil temubual pihak atasan organisasi, komunikasi organisasi


merupakan salah satu amalan komunikasi yang boleh dipertingkatkan lagi di dalam
organisasi. Komunikasi keorganisasian adalah antara pemangkin utama dan membetuk
perancangan strategik pembangunan modal insan sesebuah organisasi (Wan Sulaiman &
Mahbob, 2015). Walaubagaimanapun, kegagalan pihak atasan dalam organisasi
tersebut dalam membentuk satu system perancanagan strategik yang mantap boleh
membawa kepada kegagalan dalam melahirkan kakitangan yang berfikiran kreatif, kritis
dan mempunyai daya saing. Dengan adanya kecekapan oleh pihak atasan organisasi
dalam komunikasi yang berkesan dengan pekerja akan melancarkan lagi pengurusan
organisasi. Ini kerana, amalan komunikasi yang berkesan diantara pihak atasan dan
pekerja sesebuah organisasi dapat menghasilkan maklumat dan infomasi yang tepat
kerana komunikasi yang lancar dan bersemuka menjadikan hasil yang bagus dan baik.
Selain daripada itu, ketelusan penyebaran maklumat yang betul dan berguna adalah
salah satu isu penting di dalam sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, komunikasi
keorganisasian perlu dipertingkatkan lagi untuk organisasi bagi mengelakkan
kesalahfahaman antara maklumat yang disampaikan kepada masyarakat. Komunikasi
yang berkesan antara ahli organisasi tersebut boleh mewujudkan suasana yang
selesakepada mereka untuk menjalankan tanggungjawab mreka dengan tenang dan
ikhlas. Apabila suasana kerja selesa dan tenang, mereka akan ikhlas untuk menyebarkan
maklumat dan maklumat yang disalurkan lebih tepat dan telus.

Selain daripada itu, langkah lain yang boleh mempertingkatkan lagi amalan
komunikasi dalam organisasi tersebut adalah dengan mengadakan dialog terbuka antara
organisasi tersebut dengan masyarakat di Malaysia. Dialog terbuka adalah satu platform
khusus yang boleh dilaksanakan untuk mempertingkatkan lagi amalan komunikasi.
Dialog terbuka ini membolehkan masyarkat mengemukan atau mengajukan soalan
kepada pihak atasan berkaitan persoalan yang membelenggu mereka tidak kira di
platform mana pun. Oleh itu, pihak organisasi perlu lebih peka dengan persoalan yang
diajukan oleh masyarakat di setiap platform yang disediakan. Platform yang boleh
digunakan sama ada di aplikasi sosial media, portal rasmi mahupun email rasmi
organisasi tersebut. Sebagai contoh, disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19
yang melanda negara kita sekarang ini, masyarakat mempunyai pelbagai persoalan yang
membelenggu mereka berkaitan dengan isu tersebut. Maka dengan adanya dialog
terbuka, masyarakat dapat menajukan kepada pihak atasan persoalanyang ingi
ditanyakan malahan mereka juga dapat menyampaikan dan memberi maklumat yang
penting kepada pihak Kemeterian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Seperkara lagi yang boleh meningkatkan amalan komunikasi kepada


organisasi tersebut adalah dengan membuat sidang media lebih kerap lagi. Sidang media
merupakan satu medium yang diadakan untuk menyampaika suatu perkara baru, sesuatu
perkara yang positif, menjawab sesuatu isu ataupun membuat sesuatu pengumuman
yang disiarkan secara langsung menerusi platform komunikasi massa. Dengan
melakukan lebih kerap siding media dalam organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia,
pihak organisasi dapat juga menyebarkan dan menyampaikan maklumat terkini yang
berkaitan dengan penyakit ataupun tahap keadaan kesihatan masa kini. Sidang media
juga dapat meningkat amalan komunikasi yang mana ianya dapatmenjawab segala
persoalan yang diajukan kepada pihakatasan. Selain daripada itu, masyarkat juga dapat
menerima maklumat yang tepat dan sahih kerana ianya dating dari sumber yang betul
iaitu organisasi yang bertanggungjawab. Pengurusan sidang media yang berjaya dan
berkesan akan membantu membetulkan persepsi pelanggan terhadap organisasi tersebut.
Tamabahan pula, imej organisasi tersebut juga dapat dibina dan memberi kelebihan
kepada organisasi tersebut.

f) Kesimpulan

Menerusi tugasan ini, hasil dari temubual bersama pihak atasan oleh
organisasi tersebut untuk mendapatkan maklumat berhubung amalan dan implikasi
bidang komunikasi terhadap organisasi mereka bersama-sama dengan sokongan dari
rujukan ilmiah. Maka dengan ini, dapatlah disimpulkan bahawa komunikasi adalah
sangat penting dalam organisasi tidak kira dari segi sektor politik, ekonomi mahupun
sosial. Organisasi yang dibincangkan didalam tugasanini adalah pihak Kemeterian
Kesihatan Malaysia (KKM) bersama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Organisasi tersebut bertanggungjawab dalam menjaga dan menguruskan berkaitan
dengan kesihatan. Maka, amalan komunikasi dalam organisasi tersebut adalah elemen
yang penting untuk memastikanfungsi organisasi tersebutdapat dilaksanakan dan
mencapai matlamat mereka. Amalan komunikasi ini adalah sebagai satu usaha oleh
sesebuah organisasi (kerajaan atau swasta) untuk berkongsi maklumat, berita dan
informasi yang berkaitan dengan organisasi tersebut. Tambahan pula, melalui
komunikasi yang berkesan,semua maklumat boleh disampaikan dan dikongsi dengan
cepat dan tepat yang mana merangkumi dua hubungan iaitu hubungan linguistik dan
juga bukan linguistik. Oleh itu, komunikasi adalah penting dalam semua sektor dan
membawa pelbagai faedah kepada semua lapisan masyarakat dan organisasi.

Bidang komunikasi yang dihuraikan adalah komunikasi massa yang mana


pada komunikasi massa adalah salah satu bidang komunikasi yang giat dipergunakan
oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana kebanyakan orang
mempunyai telefon pintar yang didalamnya terkandung pelbagai aplikasi. Komunikasi
massa adalah suatu bentuk komunikasi yang datangnya dari pelbagaisumber seperti
mediacetak, elektronik mahupun media cyber (online). Komunikasi massa
mempunyai banyak manfaat dan faedah bagi semua orang jika digunakan dengan
betul. Komunikasi massa menjadi medium komunikasi untuk menghubungkan
manusia dan juga informasi dan maklumat yang sangat luas. Komunikasi massa juga
mempunyai fungsi yang tertetu seperti dapat menyebarkan informasi danjuga
menerima informasi. Hal ini dapat dilihat dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
dan Majlis Keselamatan Negara dalam menguruskan maklumat berkaitan
dengankesihatan di Malaysia. Organisasi tersebut bertanggungjawab dalam
penyebaran maklumat yang tepat dan cepat kepada segenap lapisan masyarakat.
Komunikasi massa juga digunapakai oleh organisasi tersebut kerana ianya sangat
smudah dan senang untuk masyarkat mendapatkan informasi, maklumat mahupun
berita terkini berkaitan kesihatan. Ianya hanya dihujung jari sahaja malahan
masyarakat juga seperti dapat berinteraksi dengan organisasi tersebut walaupun tidak
secara bersemuka. Hal ini kerana, segala maklumat yang dikeluarkan di portal rasmi
ataupun medium sosial media mereka adalah arahan daripada pihak atasan organisasi
mereka untuk memudahkan mereka berinterkasi dengan masyarakat.

Amalan-amalan komunikasi tersebut dapat memberi impak positif kepada


pencapaian matlamat organisasi mereka. Hal ini dapat dilihat melalui amalan
komunikasi yang digunakan oleh organisasi tersebut. Dengan adanya komunikasi
massa yang digunakan, kepercayaan dapat dibina oleh maysrakat terhadap organisasi
tersebut. Masyarakat mempercayai organisasi tersebut dapat menguruskan dan terus
memberikan khidmat yang terbaik dari segi penyebaran maklumat dan informasi
berkaitan kesihatan. Walaubagaimanapun, amalan komunikasi boleh dipertingkatkan
lagi untuk organisasi trsebut berdasarkan beberapa langkah. Hal ini bertujuan untuk
penambahbaikkan yang dapat dilakukan dalam menyebaran maklumat dan informasi
kepada masyarakat. Sebagai rumusan, amalan komunikasi adalah suatu element dan
prinsip penting dan utama dalam berinteraksi tidak kira dalam organisasi mahupun
kepada masyarakat.
Rujukan

COVID-19: Kepentingan perancangan komunikasi bagi kesiapsiagaan dan pengurangan


risiko bencana – Berita UTHM. (n.d.). Retrieved August 10, 2020, from
https://news.uthm.edu.my/ms/2020/04/covid-19-kepentingan-perancangan-komunikasi-
bagi-kesiapsiagaan-dan-pengurangan-risiko-bencana/

Hamid, N. A. (2020). Pandemik COVID-19 dan Kebergantungan Kepada Media. Retrieved


from https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1851891

Hamid, S. A. (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial Masyarakat.


Journal of Social Sciences and Humanities, 1–13. Retrieved from
file:///C:/Users/ARIF’/Downloads/15599-43467-1-SM.pdf

Wan Sulaiman, W. I., & Mahbob, M. H. (2015). Hubungan Komunikasi Keorganisasian


Dengan Perancangan Strategik Modal Insan Universiti Kebangsaan Malaysia
(Organizational Communication Relationship and Human Capital Strategic Plan).
Retrieved from Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 31(2), 1–14.
https://doi.org/10.17576/jkmjc-2015-3102-01

You might also like