You are on page 1of 2

Sejarah Pembangunan Negara Jepun

Apabila ada masyarakat yang menyebut tentang negara matahari terbit,


tentunya dalam pemikiran kita ialah negara Jepun dan akan sudah terbayang betapa
megahnya negara tersebut yang dipenuhi dengan teknologi-teknologi canggih,
rangkaian telekomunikasi yang tiada batas, robotik-robotik yang memudahkan
kehidupan seharian, sistem pengangkutan yang terbaik dan pelbagai lagi yang
membuatkan masyarakat dunia menyanjungi negara tersebut. Jika ingin diceritakan
tentang sejarah pembangunan negara Jepun, pastinya akan menjadi sangat panjang
kerana sejarah negara Jepun ini bermula daripada zaman prasejarah kepada zaman
klasik, zaman pertengaha dan zaman moden.

Semasa di zaman moden inilah, pembangunan negara Jepun bergiat aktif


dan semakin meningkat sehingga menjadikan negara Jepun memegang ekonomi
negara ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan China dari segi KDNK
nominal. Bukan itu sahaja, negara Jepun juga menduduki tangga ke-12 dalam
Indeks Kemudahan Berniaga yang menjadikan negara tersebut salah sebuah negara
maju dengan birokrasi paling sederhana dan negara Jepun juga merupakan negara
utama dalam penyelidikan saintifik terutama dalam bidang sains semula jadi dan
kejuruteraan.

Zaman moden di negara Jepun ini bermula pada tahun 1854 di mana ketika
itu Amerika Syarikat telah memaksa negara Jepun untuk membuka diri terhadap
dunia barat melalui persetujuan Kanagawa. Ketika ini, berlakunya pemberontakan di
negara tersebut dan apabila pemberontokan itu diselesaikan, negara Jepun
mengamalkan sistem politik, ketenteraan dan undang-udang mengikut acuan Barat.
Pada awal abad ke-20, semasa perang dunia I, Jepun telah berada di bawah pihak
sekutu di mana ketika ini pihak sekutu telah memenagi semua peperangan sekaligus
memperluaskan kawasan jajahan mereka. Pada perang dunia kedua, negara Jepun
telah banyak kehilangan wilayah jajahannya yang telah dimiliki pada perang dunia
pertama. Pertempuran negara Jepun dengan Amerika Syarikat menyebabkan
Amerika Syarikat melakukan pengeboman kea rah kawasan-kawasan negara Jepun
termasuklah Hiroshima dan Nagasaki. Akibat daripada peperangan besar ini, negara
Jepun banyak kehilangan nyawa sekaligus semua industri dan infrastruktur negara
tersebut hancur akibat peperangan.
Selepas Perang Dunia Kedua, negara Jepun telah mengalami pertumbuhan
ekonomi yang sangat pesat dan menempatkan negara Jepun sebagai negara yang
mempunyai kekuatan ekonomi kedua terbesar di dunia namun kepesatan
pertumbuhan ekonomi Jepun berakhir pada awal tahun 1990 kerana harga saham
dan harta tanah menjadi sangat mahal. Namun, walaupum kepesatan ekonomi
berakhir pada era 1990, ianya tidak mematahkan semangat dan perjuangan kerajaan
negara Jepun untuk menjadikan negara tersebut bukan sahaja maju dari segi
ekonomi, malah dari segi pembangunan, perindustrian, teknologi, sains,
pengangkutan, telekomunikasi dan pelbagai lagi. Semangat persaingan yang berada
dalam diri masyarakat Jepun banyak membatu kerajaan Jepun dalam memajukan
negara mereka sehinggakan banyak negara mengkagumi negara tersebut dan
menjadikan negara contoh dalam kemajuan dan pembangunan negara.

You might also like