You are on page 1of 3

2.1.

1 Keadaan yang Membolehkan Remedi Habeas Corpus Dipohon Beserta Contoh-


Contohnya

Di dalam undang-undang, terdapat beberapa keadaan-keadaan yang membolehkan


seseorang individu itu memohon Habeas Corpus kepada pihak Mahkamah Tinggi. Tidak
semua orang layak untuk memohon Habeas Corpus, hanya individu yang termasuk di dalam
keadaan yang membolehkan sahaja yang boleh memohon Habeas Corpus bagi pihak dirinya
sendiri ataupun untuk orang lain. Keadaan-keadaan yang membolehkan seseorang memeohon
Habeas Corpus adalah seperti berikut:
a) Salah Penahanan
Penahanan seseorang individu yang salah ataupun tidak mengikut kepada
undang-undang merupakan salah satu keadaan yang membolehkan seseorang individu
tersebut membuat permohonan Habeas Corpus dan Habeas Corpus boleh dikeluarkan
oleh pihak Mahkamah Tinggi. Contoh kes yang kita boleh lihat adalah kes Ooi Ah
Phua lawan Officer in Charge of Criminal Investigation, Kedah pada tahun 1975 (2
MLJ 198). Di dalam kes ini, tertuduh telah ditahan oleh pihak pentadbiran kerana
disyaki dengan satu jenayah rompakan bersenjata. Semasa di bawah tahanan perintah
majistret, tertuduh telah memohon Habeas Corpus. Walaubagaimanapun, permohonan
tertuduh telah ditolak, hal ini kerana penahanan tertuduh adalah sah disisi undang-
undang. Peguam tertuduh telah memberikan ulasan bahawasanya tertuduh telah
dinafikan haknya untuk berjumpa dengan peguam sendiri semasa di dalam tahanan
perintah majistret dan ini diperuntukkan dalam Perkara 5(3) Perlembagaan Malaysia.
Walaupun mahkamah telah menolak Habeas Corpus yang dipohon oleh tertuduh
kerana tertuduh ditahan dengan sah disisi undang-undang, tetapi mahkamah tidak
menolak hak tertduuh untuk berjumpa dengan peguamnya kerana hal ini telah
menunjukkan bahawa tertuduh telah dinafikan haknya yang termaktub dalam Perkara
5(3) Perlembagaan Malaysia.
Disini, dapat dilihat bahawa remedi ini hanya akan mempersoalkan tentang
sama ada penahanan seseorang individu tersebut adalah sah ataupun tidak dan ianya
bukanlah tentang persoalan bagaimana atau cara tahanan individu tersebut.
b) Perbicaraan Berulang
Seseorang yang telah dibebaskan atau perbicaraan yang berulang-ulang tidak
boleh dibicarakan atas tuduhan yang sama kecuali pembatalan telah diputuskan atas
kesalahan pembabitan tersebut atau perbicaraan tersebut dikeluarkan oleh mahkamah
yang kedudukan lebih tinggi berbanding mahkamah yang telah membebaskan
petuduh, hal ini berdasarkan kepada Perkara 7(2) Perlembagaan Malaysia. Habeas
Corpus boleh dimohon oleh tertuduh sekiranya tertuduh ditahan dan telah dibebaskan
untuk ditahan untuk kali yang kesetrusnya di sebabkan oleh tuduhan yang sama.
Kes yang boleh kita lihat adalah kes Abdul Hamid lawan PP pada tahun 1934
(1 MLJ 46) dimana tertuduh telah ditahan dan dibebaskan kerana tidak mempunyai
justifikasi dan bukti yang cukup dan kukuh di atas kesalahannya oleh Mahkamah
Agong. Tertuduh telah ditahan semula diatas tuduhan yang sama dengan kesalahan
sebelum ini, maka Mahkamah telah memberikan Habeas Corpus kepada teetuduh
kerana ianya salah untuk membuat penahanan kepada seseorang dalam tuduhan yang
sama kerana tertuduh telah dibebaskan sebelum ini. Hal ini kerana ianya telah
melanggar kebebasan hak asasi berdasarkan Perlembagaan Malaysia.
c) Juvana yang Dikenakan Tahanan Keselamatan
Seorang juvana yang ditahan adalah merupakan seseorang individu yang
belum mencapai umur dewasa semestinya diberi perbezaan dengan penahanan orang-
orang dewasa, ini adalah berdasarkan Akta Mahkamah Juvana. Keadaan ini boleh
dilihat berdasarkan kes Superintendant of Pulau Jerjak lawan Wong Chong Ho pada
tahun 1980 (1 MLJ 154). Di dalam kes ini, tertuduh merupakan seorang juvana
(seorang remaja bawah 18 tahun / kanak-kanak) yang telah ditahan di bawah
Emergency (Public Order and prevention of Crime) Ordinance 1969. Oleh yang
demikian, Habeas Corpus telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada tertuduh
kerana tahanan kepada tertuduh yang di bawah Ordinan tersebut adalah tidak sah yang
mana tertuduh merupakan seorang juvana.
d) Tahanan yang Panjang
Di dalam keadaan ini, tempoh tahanan seseorang individu tersebut yang
panjang bukanlah salah satu sebab yang membolehkan tertuduh memohon Habeas
Corpus jika didapati tempoh tahanan tersebut adalah sah disisi undang-undang dan
tidak dibatalkan oleh pihak mahkamah. Contoh yang boleh diketengahkan adalah di
dalam kes Minister of Home Affairs lawan Chu Choon Yong pada tahun 1977 (2 MLJ
20) yang mana di dalam kes ini tertuduh lebih dari enam tahun ditahan di bawah
Banishment Act 1959. Penahanan beliau adalah disebabkan untuk menunggu dihantar
keluar daripada Malaysia, malah tiada negara yang menerima beliau. Maka dengan
itu, Mahkamaj Persekutuan telah memberi keputusan bahawa jika penahanan tersebut
sah pada peringkat awalnya, tetapi perintah tahanan itu hanya akan sah sehingga
perintah tahanan tersebut dibatalkan oleh pihak Mahkamah.
Disini kita dapat lihat bahawa Mahkamah Tinggi akan memberikan Habeas
Corpus kepada tertuduh walaupun penahanan tersebut pada peringkat awalnya adalah
sah disisi undang-undang. Malah, ianya menjadi tidak sah berdasarkan Seksyen 34(1)
di mana Seksyen 34(1) adalah bukan bertujuan untuk memberikan kuasa pihak yang
menahan tertuduh untuk menahan bagi satu tempoh yang sangat panjang dan tidak
menentu tetapi ianya bertujuan untuk selenggara pemindahan tersebut.

You might also like