You are on page 1of 6

LW601 DIPLOMA LEPASAN IJAZAH SYARIAH DAN AMALAN

LAW634: UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

PENTAKSIRAN INDIVIDU
ULASAN KES

DISEDIAKAN OLEH:

NURUL ATHIRAH BINTI MOHD SABRI

(2022640406) 1A

PENSYARAH:

TUAN MOHAMAD SHAHIDAN BIN ABDUL GHAPAR


Kamaruddin bin Bappu v Pendakwa Syarie [2018] 1 SHLR 53

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam

FAKTA KES:

Kes ini merupakan kes rayuan dimana perayu telah ditangkap berada di dalam premis judi
Sports Toto dan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah, atas kesalahan bawah s 17(1)
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (‘EJSS’) kerana berada di dalam premis judi.
Perayu mengaku bersalah dan disabitkan atas kesalahan. Dalam mitigasinya, perayu memohon
agar dikurangkan hukuman denda dan tidak dipenjarakan kerana dia seorang suami dan bapa
yang mempunyai tanggungan. Hakim bicara menjatuhkan hukuman penjara sepuluh hari dan
denda RM2,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda. Tidak berpuas hati, perayu
memfailkan rayuan ini.

ISU UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM:

Isu-isu yang timbul dalam kes induk adalah sama ada wujud perbuatan judi yang merujuk
kepada perbuatan menggunakan wang sebagai pertaruhan bagi mendapatkan pulangan wang
yang lebih banyak. Isu yang kedua merupakan sama ada perbuatan berada di tempat judi sama
ada rumah judi atau mana mana tempat yang digunakan untuk berjudi turut jatuh di bawah
kesalahan berjudi.

Alasan bagi kes rayuan pula adalah sama ada hakim bicara terkhilaf dari segi undang-undang
apabila gagal mempertimbangkan faktor-faktor peringanan hukuman dan dari segi fakta
apabila hanya melihat pada kepentingan umum dan bukan kepentingan diri perayu sebagai
suami dan bapa yang mempunyai tanggungan dan sama ada hukuman yang dijatuhkan wajar
diubah atau rayuan perayu wajar dibenarkan.

PENGHUJAHAN DI PIHAK PENDAKWA SYARIE:

Pada tarikh 21 Februari 2012 lebih kurang jam 10.30 pagi, perayu telah didapati berada di
dalam premis judi SPORTS TOTO yang beralamat di Jalan Menteri, 45400 Sekinchan,
Selangor. Perayu telah membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan ke

1
atasnya sebanyak tiga kali secara sukarela, tanpa paksaan atau dorongan mana-mana pihak.
Bahkan perayu juga mengakui telah memahami akibat pengakuan salah tersebut ketika disoal
oleh mahkamah.

PENGHUJAHAN DI PIHAK TERTUDUH/ PEGUAM BELA

Dalam kes induk, perayu telah mengaku bersalah dan disabitkan atas kesalahan.
Walaubagaimanapun dalam kes rayuan ini, perayu ingin merayu keputusan hakim bicara dalam
kes induk iaitu berkaitan pengurangan jumlah denda dan juga hukuman pemenjaraan yang telah
dijatuhkan oleh hakim bicara. Ini bersesuaian dengan fakta kes bahawa kesalahan perayu telah
disabitkan berdasarkan pengakuan bersalah perayu sendiri. Ini bermakna rayuan perayu ini
adalah tertakluk kepada peruntukan s 136 ETJS 2003 yang memperuntukkan seseorang
tertuduh yang telah mengaku salah dan disabitkan oleh Hakim atas akuan itu hanya boleh
membuat rayuan tentang takat atau keesahan hukuman itu. Perayu telah mengemukakan lapan
alasan rayuan sepertimana di dalam petisyen rayuannya yang menyatakan seperti berikut:

(a) Tuan hakim bicara telah khilaf dari sudut undang-undang dan fakta apabila gagal
mempertimbangkan faktor peringanan hukuman iaitu pengakuan bersalah (iqrar)
perayu yang dibuat secara sukarela tanpa sebarang desakan, paksaan dan pujukan
dari mana-mana pihak.
(b) Tuan hakim bicara telah khilaf dari sudut undang-undang apabila gagal
mempertimbangkan faktor peringanan hukuman iaitu kesalahan kali pertama
perayu.
(c) Tuan hakim bicara terkhilaf dari sudut fakta apabila gagal mengambilkira faktor
pengakuan bersalah perayu yang menunjukkan keinsafan dan kesedaran dalam diri
perayu terhadap kesalahan yang dilakukan.
(d) Tuan hakim bicara juga gagal dari sudut fakta apabila terus menerima pengakuan
bersalah perayu tanpa meneliti terlebih dahulu fakta-fakta semasa tangkapan.
(e) Tuan hakim bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan Hukum Syarak apabila
gagal meneliti faktor skala hukuman, peringanan hukuman dan kesannya.
(f) Tuan hakim bicara telah tersilap dari segi fakta dan undang-undang kerana gagal
menjalankan proses penyiasatan terhadap latar belakang diri perayu.

2
(g) Tuan hakim bicara telah tersilap dan khilaf apabila hanya melihat kepada
kepentingan umum dan bukan kepentingan diri perayu dari sebagai suami dan bapa
kepada anak-anak.
(h) Tuan hakim bicara telah tersilap dan khilaf dari sudut undang-undang kerana gagal
memperincikan dan memberi penelitian yang wajar terhadap rayuan perayu sebagai
orang awam sebelum hukuman dijatuhkan.

KEPUTUSAN DAN ALASAN PENGHAKIMAN / HUKUMAN:

Pada 24 Mei 2012, hakim bicara dalam kes induk telah mensabitkan kesalahan berasaskan
kepada pengakuan bersalah perayu dan telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 hari
dan denda sebanyak RM2,000 atau tiga (3) bulan penjara jika gagal membayar denda. Dalam
kes rayuan pula Setelah mahkamah meneliti rekod rayuan dan setelah meneliti hujahan pihak
perayu, hujahan responden dan hujahan balas perayu serta hujahan lisan kedua-dua pihak dan
autoriti-autoriti yang dikemukakan, maka dengan ini, mahkamah memutuskan seperti berikut:

(a) rayuan perayu diterima; dan


(b) hukuman denda sebanyak RM2,000 diubah kepada denda sebanyak RM3,000 atau
tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Setelah meneliti keseluruhan kes, mahkamah mendapati perayu hendaklah diberi kelebihan
kerana wujud kekhilafan di dalam pertimbangan hakim bicara semasa memutuskan hukuman
terhadap perayu. Akibat wujudnya kekhilafan hakim bicara tersebut menyebabkan hukuman
yang diputuskan itu dilihat berlebihan kerana hakim bicara gagal mempertimbangkan dari
pelbagai sudut sebagaimana prinsip yang diguna pakai di dalam kes Mohd Ibrahim bin Mohd
Sharif v Pendakwa Syarie Pulau Pinang [1998] 13 (2) JH 185 dimana berdasarkan rujukan kes
ini, mahkamah berpuas hati bahawa hukuman yang dijatuhkan kepada Perayu adalah
berlebihan dengan mengambilkira kegagalan hakim bicara dalam mempertimbangkan faktor-
faktor peringanan hukuman tersebut sebelum menjatuhkan hukuman ke atas perayu. Selain itu
juga, melihat kepada pertuduhan yang dibacakan ke atas perayu, kesalahan yang dilakukan
oleh perayu di dalam kes ini adalah kesalahan berada di premis judi yang mana ia adalah
berbeza dengan pertuduhan kesalahan berjudi yang sememangnya ada larangan yang khusus
dan jelas oleh Hukum Syarak.Justeru itu, rayuan perayu hendaklah diraikan dengan diberikan

3
sedikit merit pemberatan hukuman yang munasabah ialah melalui hukuman denda pada kadar
maksimum sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang.

ULASAN PELAJAR:

Berjudi merujuk kepada perbuatan atau permainan yang bergantung kepada nasib dan
meggunakan pertaruhan wang bagi mendapatkan wang yang lebih sebagai pulangan. Antara
bentuk judi yang ada adalah judi mesin slot/jackpot, judi nombor ekor, lumba kuda, judi tikam-
tikam, pertaruhan atas talian dan sebagainya. Dari segi kawalan terhadap orang Islam, agama
Islam sendiri memang menegah perbuatan berjudi kerana ia bukan sahaja merosakkan individu,
malah ketagihan berjudi mampu merosakkan eonomi, keluarga dan masyarakat.

Dalam surah al-Maidah ayat 90, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi,


(berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan
keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu
agar kamu beroleh keberuntungan.

Pendapat saya sebagai seorang pelajar, perbuatan judi adalah suatu jenayah syariah yang berat
dan sebagai seorang muslim, sewajarnya kita mengetahui bahawa perbuatan itu adalah haram.
Tambahan lagi sebagai sorang yang sudah berkeluarga perayu seharusnya menjadi contoh yang
baik terhadap keluarganya dengan mencuba sedaya upaya menunjukkan contoh muslim yang
baik. Saya berpendapat walaupun ini merupakan kesalahan kali pertama, perayu wajar
diberikan suatu hukuman yang akan meninggalkan kesan agar rasa mahu berubah terbit dalam
hati perayu. Selain itu, agar alasan kesalahan kali pertama tidak sewenang-wenangnya
digunakan oleh orang lain, pesalah kali pertama juga perlu diberi peringatan sewajarnya.

Secara kesimpulannya, pada kes induk, kes ini adalah suatu kes yang agak ringkas apabila
perayu mengaku akan kesalahannya. Namun kita masih dapat melihat bahawa undang-undang
jenayah islam berjaya dikuatkuasakan sepenuhnya apabila berlaku kesalahan yang menyalahi
undang-undang ini sepertimana yang tertakluk dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,
Seksyen 17 yang menyebut:

(1) Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi

4
tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.
(2) Tiada seorang pun boleh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini kerana
didapati berada di tempat yang merupakan rumah judi jika dia memuaskan hati
Mahkamah bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin tahu bahawa tempat itu
ialah rumah judi.
(3) Dalam seksyen ini, "rumah judi" ertinya mana-mana premis, termasuk bilik,
pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup , yang digunakan atau
disimpan bagi maksud penjalanan apa-apa permainan yang keputusannya
bergantung kepada nasib atau campuran nasib dan kemahiran, sama ada
dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk
mendapat wang atau nilai wang.

You might also like