You are on page 1of 12

DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM

DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN


PERMOHONAN SEMAKAN NO: 10000 -103-0003-2014

ANTARA
ABDUL KAHAR BIN AHMAD … ORANG KENA TUDUH
DENGAN
KETUA PENDAKWA SYARIE NEGERI SELANGOR … PENDAKWA

Di Hadapan:

YA. Dato’ Hussin Bin Harun …Pengerusi


YA. Datuk Haji Mohamad Bin Abdullah …Ahli Panel
YA. Dato’ Haji Yusof Bin Musa …Ahli Penel

Pada : 29 September 2014

ALASAN PENGHAKIMAN

[1] Kami telah berpeluang membaca penghakiman sahabat kami yang


bijaksana YA Datuk Hj Mohamad bin Abdullah. Kami bersetuju dengan
keputusan tersebut. Walau bagaimanapun kami melihat semakan ini dari sudut
yang berbeza walaupun keputusan kami adalah sama.

1
[2] Kami telah menerima Permohonan Semakan Dari Ketua Hakim Syarie
Negeri Selangor melalui surat bertarikh 5/09/2014. Dalam surat tersebut, YAA
Hakim memohon semakan kepada Mahkamah Rayuan Syariah ini terhadap
hukuman yang telah dijatuhkan terhadap tertuduh dalam kes Jenayah no 10200-
108-00042-2005 yang berbunyi :

“Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,500 (Ringgit


Malaysia : Empat Ribu dan Lima Ratus sahaja) Dan Penjara selama
tempoh dua (2) Tahun . Sekiranya gagal membayar denda tersebut ,
hendaklah dipenjara selama tempoh satu (1) tahun. Mahkamah juga
mmerintahkan agar pesalah dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul
Iman, Hulu Yam Bharu, Selangor bagi mengikuti program Pemulihan
Akidah (Istitabah) selama tempoh enam (6) bulan yang terakhir sebelum
hukuman pemenjaraan ini tamat.”

[3] Semakan ini dibuat apabila pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Selangor telah menerima surat daripada Jabatan Penjara Malaysia memohon
penjelasan berkaitan dengan perlaksanaan hukuman alternatif ke atas orang
kena tuduh.

[4] Tertuduh, Abdul Kahar Bin Ahmad, No. Kad Pengenalan: 500427-10-
5719 yang beralamat di No. 44, Jalan Bunga Ros, Kg. Kemensah, Hulu Kelang,
Selangor Darul Ehsan telah dituduh atas 5 kesalahan di bawah Enakmen
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, iaitu;

2
1. Seksyen 7 (1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 iaitu
kesalahan berkaitan Doktrin Palsu.
2. Seksyen 8 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 iaitu
kesalahan berkaitan Dakwaan palsu.
3. Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 iaitu
kesalahan berkaitan Menghina Atau Menyebabkan Dipandang Hina, dll.,
Agama Islam.
4. Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 iaitu
kesalahan berkaitan Menghina Pihak Berkuasa Agama.
5. Seksyen 13 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 iaitu
kesalahan berkaitan Pendapat Yang Bertentangan Dengan Fatwa.

[5] YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 21/10/2010


telah mensabitkan kesalahan-kesalahan Tertuduh dan menjatuhkan hukuman
iaitu:-

a) Kesalahan Doktrin Palsu ( sek. 7 ( 1 ) EJS ). Kes Jenayah No.


10200-107-0042-2005. Tertuduh dihukum dengan pemenjaraan
selama tiga ( 3 ) tahun dan 6 kali sebatan.

b) Kesalahan Dakwaan Palsu ( sek. 8 ( a ) EJS ). Kes Jenayah No.


10200-108-0025-2005. Tertuduh dihukum dengan denda
RM4500.00 dan dipenjara 2 tahun. Jika gagal bayar denda,
dipenjarakan selama satu ( 1 ) tahun. Tertuduh diperintahkan juga
mengikuti program pemurnian Akidah di Baitul Imam Ulu Yam
Bharu selama tempoh 6 bulan yang terakhir sebelum hukuman
pemenjaraan tamat.

3
c) Kesalahan Menghina Atau Menyebabkan Dipandang Hina, dll,
Agama Islam ( sek. 10 EJS ). Kes Jenayah No. 10200-134-0045-
2005. Tertuduh dihukum dengan denda RM 4,500.00 dan
dipenjarakan selama dua ( 2 ) tahun. Jika gagal membayar denda,
dipenjarakan selama satu ( 1 ) tahun.

d) Kesalahan Menghina Pihak Berkuasa Agama ( s. 12 ( a ) EJS ) (


Kes Jenayah No. 10200-136-0043-2005 ). Tertuduh dihukum
denda RM3000.00 dan dipenjara satu ( 1 ) tahun. Jika gagal bayar
denda, dipenjarakan selama satu ( 1 ) tahun.

e) Kesalahan Pendapat Yang Bertentangan Dengan Fatwa ( sek. 13


EJS ). Kes Jenayah No. 10200-109-0044-2005. Tertuduh dihukum
denda RM 4,500.00 dan dipenjarakan selama dua ( 2 ) tahun. Jika
gagal membayar denda dipenjarakan selama satu ( 1 ) tahun.

[6] Kelima-lima hukuman pemenjaraan tersebut, diperintahkan oleh YA


Hakim Bicara berjalan secara berasingan menjadikan hukuman pemenjaraan
yang perlu dilalui oleh Tertuduh adalah selama 10 tahun. Manakala hukuman
denda keseluruhannya adalah RM16,500.00. Sebatan pula sebanyak 6 kali.

[7] Pada tarikh keputusan itu juga pihak Tertuduh telah memfailkan Notis
Rayuan terhadap keseluruhan keputusan hukuman Mahkamah Bicara. Kes-kes
rayuan Tertuduh didaftarkan dengan no kes 10000-136-0006-2010, 10000-108-

4
0007-2010, 10000-109-0008-2010, 10000-134-0009-2010 dan 10000-107-
0010-2010.

[8] Pada 06/03/2012, Mahkamah Rayuan Syariah telah menolak rayuan


Tertuduh dan mengesahkan hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh
Mahkamah Bicara.

[10] Dalam permohonan ini, perkara yang disemak ialah hukuman kes jenayah
no 10200-108-00042-2005 yang berbunyi :

“Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,500 (Ringgit


Malaysia : Empat Ribu dan Lima Ratus sahaja) Dan Penjara selama
tempoh dua (2) Tahun . Sekiranya gagal membayar denda tersebut ,
hendaklah dipenjara selama tempoh satu (1) tahun. Mahkamah juga
mmerintahkan agar pesalah dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul
Iman, Hulu Yam Bharu, Selangor bagi mengikuti program Pemulihan
Akidah (Istitabah) selama tempoh enam (6) bulan yang terakhir sebelum
hukuman pemenjaraan ini tamat.”

[11] Kes Jenayah No. 10200-108-00042-2005 ini adalah berkaitan dengan


kesalahan Kesalahan Dakwaan Palsu di bawah sek. 8 ( a ) Enakmen Jenayah
Syariah Negeri Selangor 1995. Peruntukan seksyen tersebut berbunyi;

“Mana-mana orang yang-

(a) mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain


sebagai rasul atau nabi, Imam Mahadi atau wali;

5
(b) ....
sedangkan perisytiharan, pernyataan atau dakwaan itu adalah palsu
serta bertentangan dengan ajaran Islam, adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya”.

[12] Dalam kes ini, Hakim bicara telah mengenakan hukuman tambahan selain
dari yang diperuntukkan di dalam seksyen 8 tersebut iaitu tertuduh juga di
hantar ke Pusat Permurnian Akidah. Dalam alasan penghakimannya Hakim
Bicara menyatakan beliau telah bertindak sedemikian mengikut seksyen 54 (1)
Enakmen Jenayah Syariah 1995. (m.s. 43 Alasan Penghakiman kes 10200-108-
00042-2005). Seksyen 54 tersebut berbunyi;

“54(1) Jika mana-mana Mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang


atas suatu kesalahan di bawah Bahagian II atau di bawah seksyen 9, 10
atau 11, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti hukuman yang dinyatakan
bagi kesalahan itu, memerintahkan supaya orang itu menjalani
kaunseling atau pemulihan di suatu pusat pemulihan diluluskan selama
tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan
dalam perintah itu”.

[13] Persoalannya bagaimana perintah di bawah seksyen 54 tersebut perlu


dibuat bagi membolehkan ianya dilaksanakan? Seksyen tersebut dengan jelas
menyatakan bahawa perintah kaunseling atau pemulihan adalah sebagai ganti
hukuman yang dinyatakan dalam seksyen yang dipertuduhkan. Ini bererti
hukuman kaunseling/pemulihan tersebut mestilah secara berasingan dan
bukannya serentak dengan hukuman yang diperuntukkan. Ini bermakna perintah

6
kemasukan tertuduh ke pusat pemulihan hendaklah diluar daripada skop
perintah hukuman yang asal.

[14] Oleh yang demikian perintah agar tertuduh dihantar ke Pusat Pemurnian
Akidah Baitul Iman, Hulu Yam Bharu, Selangor bagi mengikuti program
Pemulihan Akidah (Istitabah) selama tempoh enam (6) bulan yang terakhir
sebelum hukuman pemenjaraan ini tamat adalah satu perintah yang khilaf
kerana ianya termasuk dalam tempoh pemenjaraan yang dilaksanakan oleh
Jabatan Penjara Malaysia. Perintah kaunseling/pusat pemulihan sepatutnya
bermula setelah hukuman pemenjaraan tamat dan bukannya dalam tempoh
pemenjaraan.

[15] Tertuduh telah merayu perintah ini ke Mahkamah Rayuan Syariah.


Mahkamah Rayuan dalam kes 10000-108-0007-2010 telah mengekalkan
keputusan Mahkamah. Ini bermakna perintah tersebut telah menjadi perintah
Mahkamah Rayuan Syariah. Kami telah merujuk kepada petisyen rayuan dalam
kes rayuan tersebut dan mendapati isu ini tidak ditimbulkan oleh perayu dan
oleh itu ianya tidak menjadi isu dalam rayuan tersebut.

[16] Kegagalan peradilan jenayah yang disebabkan oleh pihak berkuasa tidak
sepatutnya dibebankan kepada tertuduh. Dalam kes Ketua Pendakwa Syarie lwn
Ahmad Rashid , [JH Jld 10 Bhg (1), hal 113], Mahkamah Rayuan Syariah
Negeri Sembilan telah mengekalkan keputusan hakim bicara yang
membebaskan tertuduh walaupun terdapat banyak kecacatan dalam perbicaraan
yang membolehkan kes tersebut dibicarakan semula. Dalam kes tersebut Tan
Sri Prof Ahmad Ibrahim telah memberikan penghakimannya berkata;

7
“Sungguhpun kami bersetuju terdapat kegagalan mematuhi kepada
prosedur yang ditetapkan bagi perbicaraan dalam kes ini seperti yang
dikemukakan oleh pihak pendakwa, kami berpendapat orang-orang
yang dituduh tidak harus dipersalahkan. Jika dihukum kes ini
dibicarakan semula ini adalah tidak adil kepada orang-orang yang
dituduh. Kami oleh kerana itu memutuskan bahawa keputusan Yang
Ariff Hakim hendaklah dikekalkan.”

[17] Dalam kes ini, tertuduh telah menjalani hukuman pemenjaraan yang
dilaksanakan oleh pihak jabatan penjara. Walau pun terdapat kekhilafan dalam
perintah kaunseling/pusat pemulihan ke atas tertuduh yang ianya menyebabkan
perintah tersebut tidak dapat dilaksanakan, tertuduh tidak harus dipersalahkan.

[18] Persoalan yang timbul ialah apakah boleh kami sebagai Hakim Rayuan
yang sama taraf dengan hakim yang telah mendengar rayuan dalam kes tersebut
dan mengekalkan perintah Mahkamah Bicara boleh membuat semakan atau
campurtangan dalam kes berkenaan. Dalam isu ini kami bersetuju dengan
penghakiman rakan bijaksana saya YA Datuk Hj Mohamad bin Abdullah
bahawa kami tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan Mahkamah
Rayuan Syariah yang lain.

[19] Walaupun begitu, kami bersetuju bahawa prinsip Syara’ membenarkan

keputusan mahkamah tertinggi disemak semula oleh hakim yang sama atau

suatu badan/tribunal lain dengan syarat kuasa tersebut diberikan dengan

nyata oleh pemerintah. Ini berdasarkan pandangan Dr Abdul Karim Zaidan

dalam kitab Nizam al-Qada’ Fi Syariat al-Islamiy yang berbunyi:


8
‫‪ 432‬؛ أﻧﮫ ﻣﻦ اﻟﻤﻤﻜﻦ ﻟﻮﻟﻲ اﻷﻣﺮ أن ﯾﻌﯿﻦ ﺛﻼﺛﺔ أﻧﻮاع ﻣﻦ اﻟﻘﻀﺎة وﯾﺠﻌﻞ اﺧﺘﺼﺎﺻﮭﻢ ﻋﻠﻰ‬
‫اﻟﻨﺤﻮ اﻟﺘﺎﻟﻲ ؛‬

‫اﻟﻨﻮع اﻷول ؛ ﻗﻀﺎة ﯾﺼﺪرون اﻷﺣﻜﺎم ﻓﻲ اﻟﺪﻋﺎوى اﻟﺘﻲ ﯾﻨﻈﺮوﻧﮭﺎ‪ ,‬وﻻ ﯾﺠﻖ ﻟﮭﻢ اﻋﺎدة اﻟﻨﻈﺮ‬
‫ﻓﯿﮭﺎ ﻷي ﺳﺒﺐ‪ ,‬وﻧﺴﻤﯿﮭﻢ اﺻﻄﻼﺣﺎ ﻗﻀﺎة اﻟﺪرﺟﺔ اﻷوﻟﻰ‬

‫اﻟﻨﻮع اﻟﺜﺎﻧﻲ ؛ ﻗﻀﺎة ﯾﻨﻄﺮون ﻓﻲ أﺣﻜﺎم ﻗﻀﺎة اﻟﺪرﺟﺔ اﻷوﻟﻰ‪ ,‬ﻛﻠﮭﺎ أو ﺑﻌﻀﮭﺎ ‪ ,‬وﯾﻜﻮن ﻣﻦ‬
‫ﺻﻼﺣﯿﺘﮭﻢ اﺑﺮام وﺗﺄﯾﯿﺪ ھﺬه اﻷﺣﻜﺎم ان رآوھﺎ ﺻﺤﯿﺤﺔ ‪ ,‬وﻓﺴﺨﮭﺎ واﺻﺪار ﺑﺪﻟﮭﺎ أﺣﻜﺎﻣﺎ ﺟﺪﯾﺪة ‪,‬‬
‫ان رآوھﺎ ﺗﺴﺘﺤﻖ اﻟﻔﺴﺦ ‪ ,‬وﺗﺴﻤﻲ ھﺬا اﻟﻨﻮع ﻣﻦ اﻟﻘﻀﺎة ﻗﻀﺎة اﻟﺪرﺟﺔ اﻟﺜﺎﻧﯿﺔ‬

‫اﻟﻨﻮع اﻟﺜﺎﻟﺚ ؛ ﻗﻀﺎة ﯾﻨﻈﺮوزن ﻓﻲ ﺑﻌﺾ أﺣﻜﺎم ﻗﻀﺎة اﻟﺪرﺟﺔ اﻷوﻟﻰ ‪ ,‬وﻓﻲ ﺟﻤﯿﻊ أو ﻣﻌﻈﻢ‬
‫ﻗﻀﺎة اﻟﺪرﺟﺔ اﻟﺜﺎﻧﯿﺔ ‪,‬‬

‫ﻓﻤﺎ رأوه ﻣﻮاﻓﻘﺎ ﻟﻠﺸﺮع أﺑﺮﻣﻮه ‪ ,‬وﻣﺎ ﻛﺎن ﻣﺨﺎﻟﻔﺎ ﻟﻠﺸﺮع ﻧﻘﻀﻮه ‪ ,‬وﻓﻲ ﺣﺎﻟﺔ اﻟﻨﻘﺾ ‪ ,‬ﯾﺼﺪرون‬
‫اﻷﺣﻜﺎم اﻟﻤﻨﺎﺳﺒﺔ ﺑﺪل اﻷﺣﻜﺎم اﻟﻤﻨﻘﻮﺿﺔ ‪ ,‬اﻻ اذا رأوا اﻋﺎدة اﻟﻘﻀﯿﺔ اﻟﻰ اﻟﻤﺤﻜﻤﺔ اﻟﺘﻲ أﺻﺪرت‬
‫اﻟﺤﻜﻢ ﻟﺘﻨﻈﺮ ﻓﯿﮭﺎ ﻋﻠﻰ اﻟﻮﺟﮫ اﻟﺬي ﯾﺄﻣﺮ ﺑﮫ ﻗﻀﺎة ھﺬا اﻟﻨﻮع وﻧﺴﻤﯿﮭﻢ ﻗﻀﺎة اﻟﻨﻘﺾ واﻻﺑﺮاﻣﺰ‬

‫‪ 435‬؛ ھﺬا وأن اﻷﺣﻜﺎم اﻟﺘﻲ ﯾﺼﺪرھﺎ ﻗﻀﺎة اﻟﻨﻘﺾ واﻻﺑﺮام ﻻ ﯾﺠﻮز اﻋﺎدة اﻟﻨﻈﺮ ﻓﯿﮭﺎ اﻻ ﻓﻲ‬
‫أﺣﻮال ﻣﺤﺪدة وﻋﻠﻰ ﺳﺒﯿﻞ اﻟﺤﺼﺮ ﯾﺤﺪدھﺎ وﻟﻲ اﻷﻣﺮ ‪ ,‬وﯾﻜﻮن طﻠﺐ اﻋﺎدة اﻟﻨﻈﺮ ﻓﯿﮭﺎ ﻣﻦ ﻗﺒﻞ‬
‫أﺻﺤﺎب اﻟﺸﺄن وﺿﻤﻦ ﻣﺪة ﻣﺤﺪدة ‪ ,‬وﯾﺮﻓﻊ اﻟﻰ ﻧﻔﺲ ﻗﻀﺎة اﻟﻨﻘﺾ واﻷﺑﺮام او اﻟﻰ ھﯿﺌﺔ ﺧﺎﺻﺔ‬
‫ﻣﻦ ﻏﯿﺮھﻢ ﻣﮭﺘﻤﮭﺎ اﻋﺎدة اﻟﻨﻈﺮ ﻓﻲ ھﺬا اﻷﺣﻜﺎم‬

‫) ﻧﻈﺎم اﻟﻘﻀﺎء ﻓﻲ اﻟﺸﺮﯾﻌﺔ اﻻﺳﻼﻣﯿﺔ ‪ ,‬اﻟﺪﻛﺘﻮر ﻋﺒﺪ اﻟﻜﺮﯾﻢ زﯾﺪان ‪ ,‬اﻟﻄﺒﻌﺔ اﻟﺜﺎﻟﺜﺔ ‪,‬‬
‫‪ , 1415 – 1995‬دار اﻟﺒﺸﯿﺮ اﻷرد(‬

‫‪Maksudnya:‬‬

‫‪Pihak berkuasa boleh melantik tiga peringkat hakim dan‬‬


‫‪menentukan bidangkuasa masing-masing seperti berikut:‬‬

‫‪9‬‬
Pertama : Hakim-hakim yang mengeluarkan hukuman pada
dakwaan-dakwaan yang mereka dengari, dan mereka tidak
mempunyai hak mengulangi mendengar dakwaan itu walau apa
sebab sekali pun. Kami namakan mereka itu pada istilah “Hakim-
hakim Peringkat Pertama”

Kedua : Hakim-hakim yang mendengar atau mengkaji keputusan-


keputusan dari hakim-hakim peringkat pertama, kesemua atau
sebahagian keputusan sahaja. Di antara tugas mereka ialah
mengesah dan menyokong keputusan-keputusan itu jika mereka
berpendapat ianya betul, dan membatal serta mengeluar hukuman
baru bagi mengganti yang dibatal jika mereka berpendapat ianya
perlu dibatalkan. Kami namakan hakim-hakim jenis ini “ Hakim-
hakim Peringkat Kedua” atau Hakim Ulangbicara.

Ketiga : Hakim-hakim yang mendengar sebahagian dari


keputusan-keputusan hakim tahap pertama, dan semua atau
kebanyakan hukuman yang dikeluarkan oleh hakim-hakim tahap
kedua. Maka apabila mereka dapati hukuman-hukuman itu
bersesuaian dengan syara’ hendaklah mereka sahkan dan yang
berlawanan dengan syara’ hendaklah mereka batalkan. Ketika
pembatalan dibuat, hendaklah mereka keluarkan hukuman-
hukuman yang munasabah bagi mengganti hukuman-hukuman
yang dibatalkan. Kecuali apabila mereka berpendapat perlu
dikembalikan kes itu kepada mahkamah yang mengeluarkan
hukuman itu agar ia mendengar semula berasaskan cara yang

10
diperintahkan oleh hakim-hakim ini. Kami namakan mereka itu
“Hakim-hakim Peringkat Ketiga” atau hakim-hakim pembatal dan
pengesah.

Hukuman dan keputusan yang dikeluarkan oleh para hakim


pembatal dan pengesah tidak boleh diulangkaji semula kecuali
dalam keadaan-keadaan tertentu dan amat terbatas yang
ditentukan oleh pihak berkuasa. Dan hendaklah permohonan minta
dikaji semula hukuman-hukuman itu datang dari pihak yang
berkenaan dan dalam tempoh tertentu dan diangkatkan kepada
para hakim pembatal dan pengesah itu juga, atau kepada satu
panel khas lain daripada hakim tersebut, yang mana bidang kuasa
mereka menyemak semula hukuman-hukuman ini.

[20] Dengan tidak ada kuasa khas yang diberikan kepada kami, kami

berpendapat kami tidak mempunyai kuasa untuk menyemak perintah yang

telah oleh Mahkamah Rayuan Syariah.

11
KEPUTUSAN

Setelah membaca dan meneliti rekod kes 10200-108-00042-2005 dan 10000-


108-0007-2010, saya membuat arahan seperti berikut:

1. Semakan ditolak

2. Mahkamah Rayuan Syariah tidak diberi kuasa untuk menyemak


keputusannya sendiri. Kes semakan bil. 10000 -103-0003-2014
dibatalkan

Penghakiman ini diberikan oleh :-


………………………………………………………..
1. YA DATO’ HUSSIN BIN HARUN
Pengerusi
Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor

Diipersetujui oleh:-

…………………………………………………………
3. YA DATO’ YUSOF BIN MUSA
Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor

Tarikh:...............................................

12

You might also like