You are on page 1of 16

WMSWH

lwn.
Pendakwa Syarie Selangor

[Mahkamah Tinggi Syariah (Rayuan) Selangor di Shah Alam. Rayuan Jenayah No: 10500-
143-0023-2019 (YA Puan Nenney Shuhaidah Shamsuddin, HMTS)]

[6 Jamadilakhir 1439H bersamaan 22 Mei 2019]

Undang-Undang Jenayah Syariah – Kesalahan Khalwat – Seksyen 29 (1)(a)-Tahanan di


Baitul Iman– Seksyen 54 (2) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman Tertuduh Lelaki -


Seksyen 97 (2)(b) – Campur tangan Mahkamah Yang Mendengar Rayuan – Seksyen 138 –
Rayuan Takat Hukuman – Seksyen 136 - Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri
Selangor) 2003.

Undang-Undang Pentadbiran – Rayuan Terhadap Hukuman – Seksyen 63 (1)(a) Enakmen


Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fakta Kes

[1] Tindakan di dalam kes ini merupakan rayuan terhadap keputusan Puan Maryam
Jameelah Ali Sabri, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Ampang (selepas ini
disebut Hakim Bicara) dalam kes Jenayah No: 10012-143-0023-2017 yang telah
diberikan pada 21 Mac 2017. Hakim Bicara telah menjatuhi hukuman di atas pengakuan
salah Perayu dengan menjatuhkan hukuman tahanan selama tempoh enam bulan di Pusat
Pemulihan Aqidah Baitul Iman.

[2] Berdasarkan Seksyen 54 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan dibaca
bersama Seksyen 97(2)(b) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003,
sebagai ganti kepada hukuman penjara sebulan (1 bulan), Hakim Bicara memerintahkan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Perayu hendaklah ditahan selama enam bulan di rumah kebajikan yang disediakan oleh
Majlis Agama Islam Selangor iaitu Pusat Pemulihan Aqidah Baitul Iman.

Diputuskan
SETELAH MAHKAMAH melihat Rekod Rayuan bertarikh 14 Mei 2018 DAN setelah
meneliti Hujahan pihak Perayu bertarikh 21 September 2018, Hujahan Balas Responden
bertarikh 30 Oktober 2018, Jawapan Kepada Hujah Balas pihak Perayu bertarikh 8 Februari
2019 dan autoriti-autoriti yang dikemukakan, MAKA DENGAN INI, MAHKAMAH
MEMUTUSKAN SEPERTI BERIKUT:

1) Mahkamah menerima rayuan Perayu, WMSWH (No. K/P: XXXXXX)

2) Mahkamah meminda perintah Puan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ampang dalam
kes Jenayah No: 10012-143-0023-2017 dengan mensabitkan hukuman terhadap tertuduh
dan mengenakan hukuman denda sebanyak RM 3 000.00 terhadap Perayu ATAU 2 bulan
penjara jika gagal melaksanakan bayaran denda tersebut.

3) Mahkamah memutuskan hukuman tahanan selama tempoh enam bulan di Pusat Pemulihan
Aqidah Baitul Iman bagi Perayu adalah diketepikan.

Peguam Syarie

1. Peguam Perayu : diwakili oleh Tn. Abd. Muiz Samsuri daripada Tetuan Muiz
Samsuri & Co.
2. Peguam Responden : diwakili oleh Tn. Hj. Fairus Bin Hj. Jaafar, Pendakwa Syarie
Negeri Selangor.

Ayat al-Quran yang dirujuk

1. Surah Al-Isra’: ayat 32.


2. Surah An-Nisa’: ayat 59.

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Kitab Yang Dirujuk

1. Abdul Qadir Audah. Al-Tasyri’ Al-Jinaie Al-Islamie. Juz. 1. Beirut: Risalah Publisher.
2. Wahbah Al-Zuhaily. 2005Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh. Terjemahan oleh Ahmad
Shahbari Salamon et.al. Kitab Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid VI. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Undang-undang yang dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 63


2. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 - s. 129, s. 136, s. 138
3. Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1985 - s. 29

Kes-Kes Yang Dirujuk

1. Mohd. Ibrahim Bin Mohd. Sharif lwn. Pendakwa Syarie Pulau Pinang, JH XII (2).
2. Abdul Kahar Bin Ahmad lwn. Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Kes Jenayah (Rayuan
Selangor) No : 10000-136-0006-2010, 10000-108-0007-2010, 10000-109-0008-2010,
10000-134-0009-2010, 10000-107-0010-2010 Mahkamah Rayuan Syariah (Selangor)
Shah Alam [Tidak dilaporkan].
3. Public Prosecutor lwn. Kanadasan A/L Sankaran & Anor, [2010] 1 MLJ 297.
4. Public Prosecutor lwn. Ooi Kwang Lai, [2010] 6 MLJ 622.
5. Muhammad Faris Bin Ismail & Shahidah Binti Abd Wahab lwn. Ketua Pendakwa
Syarie Negeri Melaka, JH 32 (1).
6. Noralisham Bin Ramli lwn. Ketua Pendakwa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan,
JH XV (2).
7. Abdul Karim lwn. Regina, [1954] MLJ 86.
8. Tukiran lwn. PP, [1955] MLJ 24.
9. Shanmuganathan lwn. PP, [1967] 1 MLJ 204.
10. PP lwn. Ng Ah Tak, [1959] MLJ 19.
11. Sau Soo Kim lwn. PP, [1975] 2 MLJ 137.

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Penghakiman YA Puan Nenney Shuhaidah Shamsuddin, HMTS.

[3] Berdasarkan Petisyen Rayuan dan penghujahan oleh Perayu, Mahkamah dapati terdapat
2 isu utama yang perlu diulas di dalam rayuan ini iaitu:

[i] Kewajaran penerimaan petisyen-petisyen Perayu; dan


[ii] Kewajaran hukuman gantian dilaksanakan.

[4] Walaupun di dalam kes ini tidak dibangkitkan bantahan berhubung dengan bidang kuasa
Mahkamah ini, namun begitu sukacita dinyatakan beberapa peruntukan asas yang
menjadi sandaran kepada Mahkamah ini dalam menilai dan seterusnya memutuskan
rayuan yang dikemukakan oleh Perayu.

[5] Asas bidang kuasa rayuan Mahkamah ini sepertimana yang termaktub di dalam
peruntukan Seksyen 63 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
[EPAIS 2003] iaitu:

(1) Rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah daripada apa-
apa keputusan sesuatu Mahkamah Rendah Syariah –

(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, oleh pihak pendakwa atau oleh
orang yang telah disabitkan, dan rayuan itu boleh sama ada
terhadap pembebasan, sabitan atau hukuman atau mana-mana
daripadanya;
(b) .........
(c) .........

(2) Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh –

(a) dalam perkara jenayah, menolak rayuan, mensabitkan dan


menghukum pihak yang merayu, memerintahkan Mahkamah
perbicaraan memanggil pembelaan atau membuat siasatan
lanjut, menambah atau meminda hukuman, memerintahkan
4

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
perbicaraan semula, atau meminda, atau mengakaskan apa-apa
perintah Mahkamah perbicaraan; dan

[6] Manakala Seksyen 138 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
[ETJS 2003] berkenaan dengan tatacara rayuan pula telah memperuntukkan:

(1) Tertakluk kepada seksyen 136 dan 137, mana-mana orang yang tidak
berpuas hati dengan mana-mana penghakiman, hukuman atau perintah yang
diumumkan oleh mana-mana Mahkamah Rendah Syariah dalam sesuatu kes
atau perkara jenayah yang kepadanya dia ialah suatu pihak, boleh membuat
rayuan kepada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap penghakiman, hukuman
atau perintah itu berkenaan dengan apa-apa kesilapan undang-undang atau
fakta atau atas alasan bahawa mana-mana hukuman dikatakan keras
berlebih lebihan atau dikatakan tidak memadai, dengan mengemukakan,
dalam masa empat belas hari dari masa penghakiman, hukuman atau
perintah itu dijatuhkan atau dibuat, kepada Penolong Pendaftar Mahkamah
Rendah Syariah itu atau suatu notis rayuan dalam lima salinan yang
dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

[7] Peruntukan Seksyen 138 ETJS 2003 tersebut menjelaskan tentang fungsi Mahkamah
yang mendengar rayuan di dalam memutuskan sesuatu rayuan. Sebelum sesuatu rayuan
diputuskan, Mahkamah hendaklah memastikan terlebih dahulu di dalam kes yang
dirayu itu telah wujud apa-apa kesilapan undang-undang atau fakta atau atas alasan
bahawa mana-mana hukuman yang diberikan oleh Hakim Bicara dalam sesuatu kes
adalah keras berlebih-lebihan atau tidak memadai.

[8] Fungsi Mahkamah yang mendengar rayuan ini telah dijelaskan di dalam kes Mohd. Ibrahim
Bin Mohd. Sharif lwn. Pendakwa Syarie Pulau Pinang, JH XII (2), hlm. 185, yang mana
YAA Dato' Abdul Hamid Bin Hj. Mohamed menyatakan:

Mengenai rayuan terhadap hukuman, prinsip yang dipakai di Mahkamah


Sivil ialah bahawa Mahkamah Rayuan tidak akan mengubah hukuman yang
dijatuhkan oleh Mahkamah yang lebih rendah melainkan jika Mahkamah itu
5

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
tersilap pada prinsipnya atau hukuman itu terlalu berlebihan - Teo Siew
Peng v. Public Prosecutor.

Dalam kes Public Prosecutor v. Mohamed Nor & Ors Mahkamah Agung antara
lain berkata, adalah suatu prinsip kukuh (establish) bahawa Mahkamah Rayuan
keberatan untuk campur tangan atau mengganggu sesuatu hukuman yang
dijatuhkan oleh Mahkamah yang lebih rendah melainkan ianya jelas silap dalam
ertikata ianya tak sah atau tak bersesuaian dengan fakta yang terbukti atau
keadaan kes itu. Saya berpendapat prinsip ini juga boleh dipakai di Mahkamah
Syariah. (Kes Muhammad Ridhwan Bin Tokiri & Seorang Lagi lwn. Ketua
Pendakwa Syarie, JH 34 (2) juga adalah dirujuk.

[9] Perayu telah memfailkan Notis Rayuan pada 12 Disember 2017 dengan menyatakan
tidak berpuas hati “terhadap keputusan kes tersebut yang menjatuhkan hukuman ke
atas Perayu dengan hukuman terrtuduh ditahan di suatu rumah kebajikan yang
disediakan oleh Mais iaitu Pusat Pemulihan Aqidah Baitul Iman Hulu Yam Baharu
selama tempoh 6 bulan”.

[10] Frasa tersebut membawa maksud bahawa Perayu ingin merayu terhadap keputusan
yang dibuat oleh Hakim Bicara di dalam kes tersebut yang melibatkan takat hukuman
yang dikenakan keatasnya. Oleh kerana Perayu telah membuat pengakuan salah di
hadapan Hakim Bicara, rayuan ini hanya akan memfokuskan berkenaan takat hukuman
yang telah dijatuhkan oleh Hakim Bicara sahaja. Rayuan ini adalah bersandarkan
kepada peruntukan Seksyen 136 ETJS 2003 yang menyatakan:

Apabila seseorang tertuduh telah mengaku salah dan disabitkan oleh


Hakim atas akuan itu, maka tiada rayuan boleh dibuat kecuali tentang
takat atau keesahan hukuman itu.

[11] Bagi kesalahan ini, Perayu telah dipertuduhkan di bawah peruntukan berdasarkan
Seksyen 29 (1)(a), EJS 1995 iaitu:

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
(1) Mana-mana –
(a) Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang
atau lebih daripada
seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;
di mana-mana tempat terselindung atau di dalam rumah atau bilik
dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka
sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah
melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

[12] Justeru, berdasarkan peruntukan Seksyen 29 (1)(a), EJS 1995, Seksyen 136 dan 138
ETJS 2003 di samping peruntukan Seksyen 63 (1) dan (2) EPAIS 2003, Mahkamah ini
berkompeten dan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan rayuan
Perayu terhadap keputusan yang dibuat oleh Hakim Bicara di atas kesalahan khalwat.

[13] Sebelum menilai rayuan yang dikemukakan oleh Perayu, Mahkamah telah dibekalkan
dengan sesalinan Rekod Rayuan yang mengandungi pertuduhan, catatan prosiding,
Alasan Penghakiman Hakim Bicara, Notis Rayuan, Petisyen Rayuan, dan beberapa
dokumen yang berkaitan. Mahkamah akan menjelaskan beberapa dokumen yang terdapat
di dalam Rekod Rayuan bagi memberi gambaran situasi kes ini serta dokumen-dokumen
tersebut bakal memberi impak kepada rayuan ini.

Isu Pertama: Hakim Bicara Telah Khilaf Dari Segi Undang-Undang Dan Hukum Syarak
Apabila Tidak Mengambil Kira Kesalahan Ini Merupakan Kesalahan Kali Pertama Tertuduh

[14] Mahkamah – Bagi kes ini, secara jelasnya Mahkamah mengakui bahawa ia merupakan
kesalahan kali pertama Perayu kerana tiada dinyatakan di dalam Rekod Rayuan bahawa
Perayu pernah dituduh dengan kesalahan yang sama ataupun mana-mana kesalahan
yang lain oleh Pendakwa Syarie. Mahkamah berpandangan apabila kesalahan lampau
tidak dibangkitkan oleh pihak Pendakwa Syarie, maka Mahkamah hendaklah
menganggap bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Perayu adalah merupakan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
kesalahan kali pertama. Ini bersesuaian dengan pandangan YAA Dato’ Hussin Bin Hj.
Harun dalam kes Noralisham Bin Ramli lwn. Ketua Pendakwa Jabatan Agama Islam
Negeri Sembilan, JH XV (11), hlm. 165, yang menyatakan:

Kesalahan pertama yang dilakukan oleh Perayu juga wajar diambilkira


sebagai qarinah sebagai Perayu mahu kembali ke pangkal jalan dan tidak
mengulangi kesalahannya buat kali kedua. Oleh itu, isu kesalahan kali
pertama Perayu wajar diambil kira oleh Mahkamah ini dalam mendengar
rayuan Perayu. Perayu tidak pernah disabitkan atau didakwa di bawah
mana-mana kesalahan undang-undang yang berkuatkuasa mengenai agama
Islam sebelum ini dan setelah dijatuhi hukuman.

[15] Mahkamah mengakui dan mengesahkan bahawa rekod bersih Pesalah boleh
mempengaruhi keputusan Mahkamah iaitu menjadi faktor peringanan sesuatu
hukuman. Pendekatan ini jelas diterimapakai di Mahkamah Sivil seperti kes-kes yang
dikemukakan oleh Peguam Perayu iaitu Abdul Karim lwn. Regina, [1954] MLJ 86,
Tukiran lwn. PP, [1955] MLJ 24, Shanmuganathan lwn. PP, [1967] 1 MLJ 204,
Melvani lwn. PP, [1971] 1 MLJ 137 dan PP lwn Leo Say & Or,s [1955] 2 CLJ 155.

[16] Namun begitu, rekod bersih seseorang Pesalah / Tertuduh untuk meringankan hukuman
boleh diketepikan sekiranya kesalahan jenayahnya adalah berat dan serius seperti yang
diputuskan di dalam kes PP lwn. Ng Ah Tak, [1959] MLJ 19 iaitu kesalahan
membaling asid yang mana denda $400.00 telah diganti dengan penjara 3 tahun dan 6
kali sebatan kerana Mahkamah Rayuan telah mengambil pandangan serius terhadap
kesalahan sedemikian. Hakim menyatakan:

Adalah kejam dan tidak layak menerima keampunan memandangkan mereka


tidak menunjukkan belas kasihan terhadap orang yang mereka serang.

[17] Berkaitan dengan pengakuan bersalah Tertuduh ini, Mahkamah sememangnya


mengakui bahawa pengakuan bersalah Tertuduh telah mempercepatkan proses dan
mengurangkan kos Pendakwa Syarie, saksi-saksi Pendakwa Syarie, kos Mahkamah
serta kos kerajaan dan boleh diambil kira sebagai faktor yang boleh meringankan
8

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
hukuman. Mahkamah merujuk beberapa kes iaitu antaranya keputusan yang
diputuskan oleh Hakim Besar Borneo, Lee Hun Hoe di dalam kes Sau Soo Kim lwn.
PP, [1975] 2 MLJ 137 iaitu:

Ini kerana pengakuan salah bukan sahaja menjimatkan negara daripada


perbelanjaan yang besar untuk satu perbicaraan yang panjang tetapi juga
menjimatkan masa dan kesusahan orang ramai khususnya saksi-saksi.

[18] Pengakuan salah bukanlah satu faktor yang bersifat mandatori kepada peringanan
hukuman bahkan perlu diambilkira bersama-sama dengan lain-lain faktor yang wujud
di dalam sesuatu kes. Perkara ini diutarakan dalam kes rujukan yang dikemukakan oleh
Peguam Perayu iaitu kes Muhammad Faris Bin Ismail & Shahidah Binti Abd Wahab
lwn. Ketua Pendakwa Syarie Negeri Melaka, JH 32 (1) dan juga kes Public
Prosecutor lwn. Ooi Kwang Lai, [2010] 6 MLJ 622.

[19] Selain daripada itu, kes Abdul Kahar Bin Ahmad lwn. Ketua Pendakwa Syarie
Selangor, yang dirujuk sebelum ini juga menjelaskan berkaitan prinsip pemakaian
faktor pengakuan salah terhadap Perayu. Berdasarkan kes-kes rujukan yang
dikemukakan, Mahkamah berpandangan bahawa bukanlah menjadi satu prinsip yang
utama dan automatik bagi setiap kesalahan pertama dan pengakuan bersalah ini menjadi
faktor peringanan hukuman terhadap Perayu. Hakim Bicara dikehendaki
menimbangkan faktor tersebut dengan mengambilkira faktor sampingan yang lain
sebelum hukuman dijatuhkan. Sebagai perbandingan dan pemahaman prinsip tersebut,
Mahkamah merujuk kepada kes yang telah diputuskan di Mahkamah Sivil iaitu Public
Prosecutor lwn. Kanadasan A/L Sankaran & Anor, [2010] 1 MLJ 297, Tengku
Baharudin Shah, KN Segara dan Sulong Matjeraie, Hakim ketika itu menegaskan:

Tidak ada peraturan automatik bahawa seorang pesalah akan diberikan 1/3
diskaun apabila mengaku bersalah. Mahkamah-Mahkamah mesti
mempertimbangkan fakta-fakta dalam setiap kes sebelum menjatuhkan
hukuman.

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[20] Bagi kes ini, Hakim Bicara langsung tidak membangkitkan isu kesalahan kali pertama
dan tidak langsung mempertimbangkan perkara ini sama ada diterima sebagai faktor
peringanan atau tidak. Setelah meneliti pendapat Hakim Bicara di dalam Alasan
Penghakiman, Mahkamah ini bersetuju dan berpuashati bahawa Hakim Bicara telah
meneliti dan mempertimbangkan fakta berkaitan pengakuan bersalah yang dibuat oleh
Perayu dengan penuh berhati-hati.

[21] Oleh yang demikian, Mahkamah ini tidak meragui cara pertimbangan Hakim Bicara
dalam menilai pengakuan bersalah Perayu di dalam kes ini. Namun begitu, di dalam kes
ini, Hakim Bicara tidak mempertimbangkan langsung faktor pengakuan bersalah dan
kesalahan pertama itu menjadi faktor kepada peringanan hukuman kepada Perayu tetapi
menjadi sebaliknya. Mahkamah bersetuju dengan hujahan Perayu bahawa Hakim
Bicara langsung tidak menyentuh tentang isu kesalahan kali pertama di dalam Alasan
Penghakimannya kecuali dua perkara yang dilihat oleh Hakim Bicara iaitu kadar kecil
atau besar kesalahan dan mitigasi/rayuan Perayu sahaja.

[22] Justeru, Mahkamah berpendapat bahawa faktor pengakuan salah dan kesalahan kali
pertama sewajarnya dikira sebagai pertimbangan peringanan hukuman, di samping
faktor sampingan lain yang perlu dilihat di dalam kes rayuan ini. Berdasarkan ulasan
yang Mahkamah berikan, Petisyen Kedua dalam Rayuan Perayu adalah diterima
Mahkamah dan ia akan dipertimbangakan dengan faktor-faktor yang lain.

Isu Kedua: Hakim Bicara Telah Khilaf Dari Segi Hukum Syarak Apabila Menyatakan
Bahawa Dengan Perlaksanaan Tahanan di rumah kebajikan Pencegahan Umum Dan
Pencegahan Khusus Telah Terlaksana

[23] Mahkamah - Merujuk kepada petisyen dan berdasarkan hujahan Responden dan
pandangan Peguam Perayu, Mahkamah berpuashati menyatakan bahawa hukuman
tahanan di rumah kebajikan adalah sama sekali tidak bertentangan dengan Hukum
Syarak. Mahkamah merujuk kembali kepada firman Allah SWT di dalam Surah Al-
Isra’: ayat 32 yang berbunyi:

10

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
‫اء َسبِيال‬ ِ ِ
َ ‫َوال تَ ْق َربُوا ال ِِّزََن إنَّهُ َكا َن فَاح َشةً َو َس‬
Bermaksud:

Dan janganlah kamu menghampiri perbuatan zina kerana zina itu satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

[24] Tindakan Perayu yang berada di dalam sebuah bilik urut di dalam bilik No.9 Safari
Traditional Massage tanpa ikatan perkahwinan merupakan tindakan menghampiri
perzinaan dan perbuatan Perayu ini telah melanggar larangan Allah SWT. Keadaan
Perayu ini bakal mengundang kepada gejala-gejala yang tidak sihat seperti berzina dan
kehamilan tanpa nikah. Oleh itu, kesalahan khalwat ini adalah kesalahan yang berat dan
serius kerana jelas melanggar larangan Allah SWT tersebut.

[25] Berkaitan dengan kesalahan khalwat ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguam
Perayu bahawa ia adalah kesalahan takzir dan bukannya kesalahan hudud. Perkataan
takzir sebagaimana yang ditafsirkan oleh Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaily, terjemahan
oleh Dr. Ahmad Shahbari Salamon, et. Al dalam kitab Al-Fiqh Al-Islami Wa
Adillatuh, Jilid VI, hlm. 208 yang menyatakan:

Dari segi bahasa al-ta’zir bermakna halangan dan antaranya ta’zir


digunakan dengan makna pertolongan kerana ia menghalang musuh
seseorang daripada menyakitinya. Kemudian kalimah ta’zir menjadi
popular dengan makna memberi pengajaran dan penghinaan kurang
daripada hukuman hadd. Ini disebabkan ta’zir dapat menghalang
penjenayah daripada mengulangi melakukan kesalahan.

Menurut istilah syara’ al-ta’zir ialah hukuman keseksaan syara’ terhadap


perbuatan maksiat atau jenayah yang tidak dikenakan hukuman hadd dan
kifarat.

11

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[26] Hukuman yang diperuntukkan di dalam Seksyen 29 (1)(a) EJS 1995 adalah berbentuk
takzir dengan menggunakan kaedah fiqh dinamakan ‫ سد الزرائع‬yang mana digunakan oleh

pemerintah untuk menyekat pintu kefasadan. Hak menentukan hukuman kesalahan


takzir diserahkan kepada badan-badan perundangan dan kehakiman. Maka adalah
menjadi tanggungjawab semua untuk mengikuti dan mematuhinya sepertimana firman
Allah SWT dalam surah An-Nisa’: ayat 59 yang berbunyi:

         

…         

Bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya


dan pemimpin-pemimpin di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan
pendapat tentang sesuatu maka hendaklah kembalikan ia kepada Allah (Al-
Quran) dan Rasul-Nya (Sunnah).

[27] Oleh kerana ruang lingkup hukuman yang ditaqninkan adalah hukuman takzir, maka
kewajaran bentuk hukuman yang dikenakan kepada Tertuduh mestilah dalam ruang
lingkup kerangka hukuman tersebut. Berdasarkan Seksyen 29 (1) (a) EJS 1995, bentuk
hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang adalah denda sebanyak RM 3 000.00
atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Maka Hakim Bicara hanya boleh
menjatuhi hukuman terhadap Perayu berdasarkan hukuman-hukuman tersebut sahaja
secara umumnya.

[28] Bagi semua kesalahan di bawah EJS 1995 atau penalti di bawah EUUKIS 2003, suatu
hukuman di bawah peruntukan tersebut boleh dijatuhkan setelah ia disabitkan atas
kesalahan tersebut sama ada melalui pengakuan salah atau melalui perbicaraan. Namun
begitu, jika Tertuduh telah disabitkan dengan suatu kesalahan sama ada di bawah EJS

12

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
1995 atau EUUKIS 2003, ada dua situasi hukuman bakal dijatuhkan ke atasnya setelah
pertimbangan terhadap faktor peringanan dan pemberatan diambil dikira iaitu:

[i] Mengenakan hukuman yang diperuntukkan kepadanya sama ada denda, penjara,
sebatan atau mana-mana kombinasi yang ada dalam hukuman tersebut; atau

[ii] Mengenakan suatu bon terhadapnya dalam tempoh yang difikirkan sesuai oleh
Mahkamah sepertimana Seksyen 129 ETJS 2003.

[29] Sukacita Mahkamah jelaskan bahawa walaupun kesalahan ini adalah kesalahan takzir,
Hakim Bicara mempunyai budibicara dalam menentukan hukuman terhadap Perayu.
Mahkamah kemukakan beberapa kes yang telah diputuskan sebelum ini yang
menggambarkan kuasa budibicara Mahkamah di dalam membuat pilihan hukuman
adalah sangat luas.

[30] Seseorang Hakim Bicara hendaklah diberi ruang yang seluas-luasnya di dalam
menentukan setiap hukuman yang dikenakan bagi sesuatu kesalahan itu sama ada
dimulai dengan perkataan “hendaklah dihukum” atau “bolehlah dihukum”
berdasarkan kes-kes di atas tersebut. Ini bersesuaian dengan pandangan Dr. Abdul
Qadir Audah dalam kitabnya Al-Tasyri’ Al-Jinaie Al-Islamie, Jilid 1, halaman 615
yang menyatakan bahawa:

Adapun bagi kesalahan-kesalahan ta’zir, syariat memberi kebebasan kepada


Hakim di dalam memilih hukuman yang sesuai di antara sekumpulan
hukuman. Sebagaimana juga diberikan kebebasan kepada Hakim di dalam
menetapkan kadar hukuman dan kebebasan menentukan pemilihan hal
keadaan jenayah dan hal keadaan penjenayah (dalam persoalan meringan
atau memberatkan hukuman). Sekiranya Hakim berpendapat bahawa hal
keadaan jenayah dan hal keadaan penjenayah tidak menghendaki
peringanan, maka Hakim hendaklah menghukum penjenayah mengikut
hukuman yang selayaknya dengan jenayah yang dilakukannya. Sekiranya
Hakim berpendapat hal keadaan penjenayah menghendaki peringanan

13

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
hukuman, maka hakim hendaklah menghukum dengan hukuman yang sesuai
dengan keperibadiannya, hal keadaannya dan hal keadaan kehidupannya
serta akhlaknya. Sekiranya pula bahawa hal keadaan jenayah menghendaki
pemberatan hukuman, sedangkan hal keadaan penjenayah menghendaki ia
diringankan, maka Hakim hendaklah menghukum dengan hukuman
pertengahan, dia tidak boleh memberatkan hukuman dan tidak juga boleh
meringankannya.

[31] Mahkamah sangat berkeyakinan dengan panduan daripada kes-kes terdahulu bahawa
isu setiap hukuman yang dikenakan bagi sesuatu kesalahan takzir itu, Hakim Bicara
diberi ruang yang secukupnya untuk membuat pemilihan hukuman ke atas suatu
kesalahan dengan pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya. Mahkamah bersetuju
dengan pihak Pendakwaan bahawa setiap hukuman yang diberikan oleh Mahkamah
berkehendakkan supaya dapat memberi pengajaran. Sebarang bentuk hukuman yang
dikenakan kepada Tertuduh sama ada denda, penjara atau hukuman alternatif yang lain
bermatlamatkan untuk memberi pengajaran kepada Tertuduh. Dr. Abdul Qadir Audah
dalam kitab yang sama pada hlm. 611, menyatakan bahawa:

Asas hukuman ada dua iaitu memerangi bentuk jenayah itu sendiri
bertujuan memelihara jamaah (masyarakat) daripada melakukan jenayah
dan hukuman ke atas pelaku jenayah bertujuan memulihkannya daripada
mengulangi serta menggerunkan yang lain daripada mencontohinya.

Kewajaran Hukuman Gantian Dilaksanakan

[32] Pada 7 Disember 2017, Hakim Bicara telah menjatuhkan hukuman atas pengakuan
salah Tertuduh dengan memerintahkan Tertuduh ditahan di rumah kebajikan yang
diluluskan oleh Majlis bagi lelaki (Baitul Iman) berdasarkan Seksyen 97 (2)(b) ETJS
2003.

[33] Merujuk kepada Alasan Penghakiman Hakim Bicara atau Nota Keterangan di dalam
Rekod Rayuan, Mahkamah dapati bahawa Hakim Bicara langsung tidak menjustifikasi
sebarang alasan kenapa beliau menggunakan hukuman gantian selain hukuman penjara
14

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
dan denda yang beliau hukumkan kepada Tertuduh berdasarkan Seksyen 29 (1)(a) dan
EJS 1995.

[34] Melihat situasi tersebut, dukacita dinyatakan bahawa perintah hukuman gantian
tersebut tidak dapat dipertahankan oleh Mahkamah ini. Oleh itu, Perayu seharusnya
diberi kelebihan berhubung rayuan yang dikemukakan ini.

[35] Kesimpulan - Berdasarkan penjelasan yang Mahkamah kemukakan terhadap isu-isu


yang dibangkitkan di dalam kes ini, Mahkamah dapati Hakim Bicara tidak
mempertimbangkan sewajarnya pengakuan salah dan kesalahan kali pertama yang
dilakukan oleh Perayu di dalam pertimbangannya sebelum menjatuhkan hukuman
terhadap Perayu. Justeru itu, Perayu wajar diberi kelebihan kerana wujudnya kekhilafan
Hakim Bicara di dalam pertimbangannya semasa memutuskan hukuman terhadap
Perayu. Kewujudan kekhilafan ini menyebabkan hukuman yang diputuskan itu dilihat
berlebihan kerana Hakim Bicara gagal mempertimbangkan dari pelbagai sudut dan
fakta kes.

[36] Fakta kes menyatakan bahawa Tertuduh sedang bekerja di Singapura dan masih
menanggung dua orang anak yang berumur 3 dan 2 tahun. Perayu juga masih
mempunyai seorang isteri yang perlu ditanggung selain menyatakan sudah benar-benar
insaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan ke mana-mana rumah urut
selepas ini. Atas sebab faktor tersebut, Mahkamah percaya dengan penahanan selama
tempoh enam bulan sepertimana yang diperintahkan oleh Hakim Bicara dalam
penghakimannya akan menjejaskan masa depan tertuduh.

[37] Tertuduh telah mengaku bersalah dan mahu disabitkan dengan hukuman denda namun
tidak mahu ditahan di mana mana pusat tahanan kerana terdapat banyak tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan. Atas sebab itu, Mahkamah yakin dengan menghilangkan
kemudharatan yang lebih besar dan menggugurkan dharar yang kecil akan dapat
memberi pengajaran yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

[38] Peluang yang Mahkamah berikan kepada Tertuduh diharap dapat digunakan dengan
sebaik mungkin untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Sekiranya kesalahan
15

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
yang sama masih berulang, Mahkamah tidak akan teragak-agak untuk mengenakan
hukuman semaksima mungkin kepada tertuduh kelak.

[39] Justeru, Mahkamah berpendapat bahawa rayuan Perayu wajar dibenarkan dengan
pindaan terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadap Perayu dengan pengubahsuaian
hukuman denda RM 3 000.00 atau penjara 2 bulan jika gagal membayar denda.
Manakala hukuman tahanan selama 6 bulan di Pusat Pemulihan Aqidah Baitul Iman
adalah wajar diketepikan.

[40] Keputusan Mahkamah terhadap rayuan ini adalah seperti berikut:

KEPUTUSAN

SETELAH MAHKAMAH melihat Rekod Rayuan bertarikh 14 Mei 2018 DAN setelah
meneliti Hujahan pihak Perayu bertarikh 21 September 2018, Hujahan Balas Responden
bertarikh 30 Oktober 2018, Jawapan Kepada Hujah Balas pihak Perayu bertarikh 8 Februari
2019 dan autoriti-autoriti yang dikemukakan, MAKA DENGAN INI, MAHKAMAH
MEMUTUSKAN SEPERTI BERIKUT ;

1) Mahkamah menerima rayuan Perayu, WMSWH (No. K/P: XXXXXX).

2) Mahkamah meminda perintah Puan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ampang dalam
kes Jenayah No: 10012-143-0023-2017 dengan mensabitkan hukuman terhadap tertuduh
dan mengenakan hukuman denda sebanyak RM 3 000.00 terhadap Perayu ATAU 2 bulan
penjara jika gagal melaksanakan bayaran denda tersebut.

3) Mahkamah memutuskan hukuman tahanan selama tempoh enam bulan di Pusat Pemulihan
Aqidah Baitul Iman bagi Perayu adalah diketepikan.

16

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

You might also like