You are on page 1of 36

For Academic Purposes Only

Injunksi Mareva
Permohonan untuk Injunksi Mareva
Permohonan difailkan pada 28 Jun 2021

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU


DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
NCVC 1

[NO. GUAMAN: JA-22NCC-32-06/2021]

ANTARA

JESVANT SINGH A/L CHANAN SINGH …PLAINTIF


(NO. K/P: 791207-14-6343)
(Beramal di bawah firma guaman Chambers of Jesvant Singh)

DAN

CHARANJIT KAUR A/P HARBAJAN SINGH …DEFENDAN


(NO. K/P: 830526-14-5546)

PERAKUAN SEGERA

Saya, MUHAMMAD KAUSAR MOHD KHAIRI (NO. K/P: 980419-14-6225)


peguamcara yang mengendalikan yang beralamat di 12-02, AL 704, Bangunan Akademik 2,
Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan, dengan ini memperakui bahawa Notis Permohonan Ex Parte untuk perintah Injunksi
Mareva oleh Plaintif ini adalah perlu disegerakan perbicaraannya oleh Mahkamah yang Mulia ini
berdasarkan alasan-alasan yang berikut:-

1
For Academic Purposes Only

1. Plaintif adalah peguambela dan peguamcara di Chambers of Jesvant Singh (“CJS”) dan
merupakan sole equity dan rakan pengurusan CJS manakala defendan adalah bekas
pengurus pejabat CJS.

2. Pada 4 Februari 2019 defendan telah memberitahu plaintif bahawa dana berjumlah RM1
juta dari akaun klien dari pejabat CJS-JB telah digunakan untuk mengurus pejabat di
Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

3. Pada 12 Januari 2020, plaintif dapat tahu dari seorang kerani, Rozita, bahawa dana
tersebut telah dipindahkan dari akaun klien oleh defendan untuk kegunaan peribadi.

4. Plaintif kemudian memohon gambar cek-cek dari bank. Setelah menerima gambar -
gambar cek tersebut, pada 13 Januari 2020, plaintif berjumpa dengan defendan dan
membuat laporan polis.

5. Plaintif mempunyai kes yang boleh dibahaskan dengan baik bahawa Defendan telah
pecah amanah dalam mengendalikan akaun utama klien di pejabat Johor Bahru dengan
memindahkan sejumlah RM1 juta Ringgit ke dalam akaun-akaun Defendan untuk
kegunaan persendirian.

6. Plaintif percaya bahawa Defendan mempunyai aset dalam bidang kuasa mahkamah yang
merangkumi:
a. Wang yang telah dipindahkan dari akaun bank pejabat, dalam berbentuk cek yang
bertarikh 20hb Mei 2019 dan disimpan dalam akaun bank peribadi Defendan di
Malayan Bank Berhad (Maybank), yang bernombor, 16202932321 dengan jumlah
sebanyak RM500,000.00.
b. Wang yang telah dipindahkan dari akaun bank pejabat, dalam berbentuk cek
bertarikh 12hb Disember 2019 dan disimpan di dalam akaun bank kad kredit
Defendan di CIMB Bank Berhad, sejenis kad kredit CIMB Enrich World Elite
bernombor 1203-8472-9309-8765 dengan jumlah sebanyak RM500,000.00.

2
For Academic Purposes Only

7. Plaintif percaya terdapat risiko sebenar dimana wang RM1 juta dalam simpanan
Defendan akan dilupuskan oleh Defendan di luar bidang kuasa Malaysia sebelum
perbicaraan bermula atas sebab berikut:
a. Defendan telah memindahkan RM1 juta Ringgit iaitu jumlah wang daripada
akaun pejabat di Johor Bahru ke akaun persendirian Maybank dan juga ke dalam
akaun kad kredit CIMB dimana Defendan mempunyai kawalan ke atas kedua -
dua akaun bank tersebut.

8. Oleh itu, Plaintif memohon agar tarikh perbicaraan untuk Notis Permohonan Injunksi
Mareva disegerakan oleh Mahkamah yang Mulia ini.

Bertarikh 28 Jun 2021

………………………………
Peguam Plaintif

PERAKUAN SEGERA ini telah difailkan oleh Tetuan Kausar Khairi & Co., Peguambela &
Peguamcara bagi Pemohon yang mempunyai alamat penyampaian di Tetuan Kausar Khairi &
Co, 12-02, AL 704, Bangunan Akademik 2, Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi
MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
(Ruj: TKK/JS/280621/01/MI)

3
For Academic Purposes Only

Injunksi Mareva
Permohonan untuk Injunksi Mareva
Permohonan difailkan pada 28 Jun 2021

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU


DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
NCVC 1

[NO. GUAMAN: JA-22NCC-32-06/2021]

ANTARA

JESVANT SINGH A/L CHANAN SINGH


(NO. K/P: 791207-14-6343) …PLAINTIF
(Beramal di bawah firma guaman Chambers of Jesvant Singh)

DAN

CHARANJIT KAUR A/P HARBAJAN SINGH


(NO. K/P: 830526-14-5546) …DEFENDAN

NOTIS PERMOHONAN (EX-PARTE)


(Permohonan Plaintiff untuk Injunksi Mareva
dibawah Aturan 29 k 1 Kaedah - Kaedah Mahkamah 2012)

BENARKAN SEMUA PIHAK hadir di hadapan Mahkamah Tinggi di Johor Bahru pada
hari Isnin ; pada haribulan 28 JUN 2021 pada pukul 9.00 pagi untuk mendengar suatu
permohonan daripada Plaintiff untuk mendapatkan Injunksi Mareva terhadap Defendan di
bawah Aturan 29 k 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 seperti berikut:

1) Untuk melarang atau menahan Defendan samada sendiri atau melalui pegawai -
pegawainya, pekerja - pekerjanya, ejen - ejennya, kakitangannya, atau sesiapa pun
secara bersama atau berasingan, daripada mengeluarkan daripada bidang kuasa
mahkamah, dan daripada melupuskan atau mengendalikan aset Defendan dalam
bidang kuasa mahkamah, atau mencuba untuk membuang aset luar bidang kuasa
mahkamah sehingga perbicaraan tindakan ini atau perintah selanjutnya; tetapi tidak
terhad kepada aset - aset berikut:

a. Akaun bank Malayan Banking Berhad (selepas ini dirujuk sebagai


"Maybank") , No. Akaun Simpanan: 16202932321 di, Lot 1-22, Tingkat 1, 2
& 3, Bandar Johor Bahru, 106-108, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru,
Johor
For Academic Purposes Only

b. Akaun Kad Kredit Commerce International Merchant Bankers Berhad (selepas


ini dirujuk sebagai "CIMB Bank"), No. Akaun Kad Kredit:
1203-8472-9309-8765 di, Bangunan Umno, 51, Jalan Segget, Bandar Johor
Bahru, 80000 Johor Bahru.

2) Bahawa satu tarikh kembalian ditetapkan untuk pendengaran inter-parte permohonan


ini dalam masa 14 hari;

3) Bahawa satu perintah ini hendaklah diserahkan kepada defendan dalam masa 7 hari;

4) Kos permohonan ini dibayar oleh Defendan; dan

Alasan - alasan permohonan adalah seperti berikut:

1) Plaintif mempunyai kes yang boleh dibahaskan dengan baik bahawa Defendan telah
pecah amanah dalam mengendalikan akaun utama klien di pejabat Johor Bahru
dengan memindahkan sejumlah RM500,000 ke dalam akaun simpanan Defendan, dan
RM500,000 ke dalam akaun kad kredit Defendan untuk kegunaan persendirian.

a. Akaun bank simpanan Defendan adalah seperti berikut: Malayan Banking


Berhad (selepas ini dirujuk sebagai "Maybank") , No. Akaun Simpanan:
16202932321 di, Lot 1-22, Tingkat 1, 2 & 3, Bandar Johor Bahru, 106-108,
Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor

b. Akaun Kad Kredit Defendan adalah seperti berikut: Commerce International


Merchant Bankers Berhad (selepas ini dirujuk sebagai "CIMB Bank") , No.
Kad Kredit: 1203-8472-9309-8765 di, Bangunan Umno, 51, Jalan Segget,
Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru.

2) Plaintif percaya bahawa Defendan mempunyai aset dalam bidang kuasa mahkamah
kerana, Defendan merupakan warganegara Malaysia dan mempunyai kawalan
terhadap akaun - akaun bank di atas dan aset - aset dalam Malaysia.

3) Terdapat risiko sebenar dimana Defendan akan melupuskan aset - aset yang
disenaraikan di atas sebelum perbicaraan bermula atau sebelum penghakiman
diberikan oleh mahkamah, disebabkan Defendan telah memindahkan RM1 juta
Ringgit iaitu jumlah wang daripada akaun pejabat di Johor Bahru ke akaun
persendiriannya dimana Defendan mempunyai kawalan keatas akaun bank tersebut.

4) Plaintif telah mendedahkan fakta yang penuh dan berterus terang.


For Academic Purposes Only

Segala perincian lanjut dan alasan permohonan ini telah dinyatakan dalam afidavit sokongan
oleh Jesvant Singh A/L Chanan Singh (NO. K/P:791207-14-6343), yang diikrarkan pada
28 Jun 2021 dan difailkan pada 28 Jun 2021.

Bertarikh 28 Jun 2021

……………………..
Penolong Kanan Pendaftar,
Mahkamah Tinggi Johor Bahru

Kepada:
Defendan yang dinamakan
di atas dan/atau Peguamcaranya
Tetuan Eeman Hakim & Partners
Suite 3, AL 702, Bangunan 2,
Fakulti Undang-Undang,
Universiti Teknologi MARA,
40450, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
(No. Ruj: JS/P/28/06/MI)

NOTIS PERMOHONAN ini telah difailkan oleh Tetuan Kausar Khairi & Co, Peguambela
dan Peguamcara yang mewakili Plaintif yang beralamat di 12-02, AL 704, Bangunan
Akademik 2, Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara 40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. (Ref: TKK/JS/280621/01/MI)
For Academic Purposes Only

Injunksi Mareva
Permohonan untuk Injunksi Mareva
Permohonan difailkan pada 28 Jun 2021

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU


DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
NCVC 1

[NO. GUAMAN: JA-22NCC-32-06/2021]

BETWEEN

JESVANT SINGH A/L CHANAN SINGH


(NO. K/P: 791207-14-6343) ...PLAINTIF
(Beramal di bawah firma guaman Chambers of Jesvant Singh)

AND

CHARANJIT KAUR A/P HARBAJAN SINGH


(NO. K/P: 830526-14-5546) …DEFENDAN

AFIDAVIT SOKONGAN
(Permohonan Plaintiff untuk Injunksi Mareva
dibawah Aturan 29 k 1 Kaedah - Kaedah Mahkamah 2012)

Saya, Jesvant Singh A/L Chanan Singh (NO. K/P: 791207-14-6343) seorang warganegara
Malaysia yang cukup umur dan mempunyai alamat penyampaian di 3-7-10, The Residence
Condominium, Jalan Rahim Kajai 7, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:

A. LATAR BELAKANG

1) Saya adalah seorang peguambela dan peguamcara yang beramal di Batu Pahat, Johor.
Saya merupakan seorang peguamcara yang beramal sejak 16 Jun 1987 dan sedang
beramal di firma yang dikenali di bawah nama dan gaya Chambers of Jesvant Singh.
Firma tersebut banyak terlibat dalam kerja-kerja pindahmilik tanah dan litigasi sivil.

Sesalinan Surat Perakuan Pendaftaran Firma Guaman daripada Majlis Badan


Peguam Malaysia adalah dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit - E1
For Academic Purposes Only

2) Pada sekitar 1 April 1999, perniagaan firma saya makin berkembang maju dan saya
telah memutuskan untuk membuka cawangan lain di Johor Bahru. Alamat firma saya
adalah seperti berikut:
a) Alamat firma Johor Bahru : Aras 7C Bangunan Perisint 8 Jalan Bukit
Timbalan 80000, Johor Bahru, Johor Darul Takzim

a) Alamat firma Batu Pahat : 4, 1/2 Mile Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor
Darul Takzim,

3) Pada semua masa yang material, firma Chambers of Jesvant Singh mengendalikan
dua akaun iaitu:-

a) Akaun pejabat Rashid Hussein Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai
"RHB Bank") No. Akaun Simpanan: 14105369287 di 89, Jalan Rahmat, Batu
Pahat, 83000 Johor Bahru, Johor

b) Akaun pelanggan di Johor Bahru, Public Bank Berhad (selepas ini dirujuk
sebagai "Public Bank") No. Akaun Simpanan: 24220605651 di Komtar, G53,
Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

4) Sejak membuka cawangan firma saya di Johor Bahru, saya telah melantik defendan
sebagai pekerja saya untuk menjaga dan memantau kerja-kerja di Johor Bahru.

Sesalinan Surat Perlantikan Pekerjaan adalah dilampirkan dan ditandakan sebagai


Ekshibit - E2

5) Hubungan saya dan defendan bermula sejak awal 80an di mana saya telah bekerja
sebagai pembantu undang-undang di Batu Pahat, Johor. Selama saya bekerja, saya
telah mengenali defendan termasuk ibu-bapanya dan mula menjadi rapat antara satu
sama lain.

6) Pada 2 haribulan April 1999, saya telah melantik defendan sebagai pengurus pejabat
untuk cawangan firma saya di Johor Bahru.

7) Sebagai pengurus pejabat, tugas-tugas defendan adalah seperti berikut:


a) Menyelaras dan membuat pelan untuk hal pentadbiran firma
b) Menyelaras kerja kerja perkeranian di semua department di firma
c) Bekerja bersama-sama dengan department Sumber Manusia untuk
pengambilan pekerja
d) Menyelaras dan memperkenal polisi, peraturan dan regulasi di firma
e) Menyelaras sesi ‘training’ dan ‘induction’ bagi pekerja baru
f) menguruskan keperluan kemudahan di setiap department
g) Menyelaras department akauntan dalam mengendalikan transaksi kewangan
h) Mengendalikan dan menyelaras belanjawan bagi firma
For Academic Purposes Only

8) Pada 3 haribulan Mac 2005, defendan telah melantik seorang kerani akaun bernama
Rozita Chik Wan (selepas ini dirujuk sebagai Rozita) untuk bekerja di firma
cawangan Johor Bahru.

9) Pada 4 haribulan Februari 2019, saya telah dimaklumkan oleh defendan bahawa
sejumlah wang RM 1 juta telah dipindahkan dari akaun pelanggan ke akaun pejabat
bagi tujuan menampung perbelanjaan operasi cawangan pejabat Johor Bahru. Saya
mula menyiasat pergerakan wang tersebut daripada Rozita dan berjaya mendapat
butiran mengenai pindahan wang tersebut.

B. PENEMUAN

10) Dalam tempoh Februari hingga Disember 2019, saya mula mengesyaki bahawa
wang RM 1 juta tersebut telah disalah gunakan dan mula menyiasat perkara ini.
Walau bagaimanapun, Rozita menjelaskan dan menyatakan bahawa wang tersebut
digunakan untuk menampung perbelanjaan operasi cawangan firma Johor Bahru
sahaja. Saya mempercayai nya kerana terlalu sibuk dengan kes-kes litigasi dan urusan
pejabat di Batu Pahat.

11) Namun pada 12 haribulan Januari 2020, Rozita telah berjumpa dengan saya di Hotel
Pan Pacific, Johor Bahru dimana beliau telah memaklumkan kepada saya bahawa
wang RM 1 juta tersebut telah digunakan oleh defendan untuk kegunaan sendirinya di
mana wang tersebut disimpan dengan firma plaintif bagi tujuan:

a) perkara conveyancing
b) pembayaran khusus bagi badan-badan statutori untuk tujuan tertentu
c) wang pelanggan yang dipegang sebagai Pihak Berkepentingan

12) Rozita telah memberitahu saya bahawa beliau tidak selesa dengan kelakuan defendan
yang seringkali mengarahkan beliau untuk melakukan transaksi pemindahan wang
tersebut ke dalam akaun peribadi defendan. Rozita sering membantah arahan
defendan namun kerana risau akan pekerjaannya, Rozita tidak ada pilihan lain tetapi
untuk menurut arahan defendan. Antara arahan defendan adalah menyuruh Rozita
untuk melakukan transaksi pemindahan wang ke dalam akaun peribadi defendan dan
juga membuat bayaran ke atas kad kredit defendan.

13) Selepas itu, pada keesokan hari, 13 Januari 2020, saya telah mengarahkan pihak bank
iaitu pihak Maybank dan pihak CIMB Bank untuk mendapatkan semua salinan imej
cek-cek tersebut.

Sesalinan imej cek-cek adalah dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit - E3


For Academic Purposes Only

14) Hasil daripada imej cek yang dikeluarkan oleh pihak bank telah mengesahkan bahawa
RM 500, 000 telah dipindahkan ke akaun Maybank peribadi defendan pada tarikh
20hb Mei 2019 manakala, RM 500, 000 lagi telah dipindahkan ke akaun kad kredit
CIMB Bank milik defendan pada 12hb Disember 2019.

15) Semua transaksi ini dibuat tanpa pengetahuan saya.

16) Setelah mendapat maklumat mengenai cek-cek tersebut, saya telahpun berhadapan
dengan Defendan pada 1 haribulan Februari 2020 untuk mendapatkan penjelasan dari
padanya. Pada hari yang sama, saya telah membuat repot polis juga berkenaan hal ini.
Segala maklumat dan pendakwaan telah diberikan kepada pihak polis oleh saya pada.

Sesalinan laporan pihak polis adalah dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit -
E4

C. BUTIR-BUTIR PEMINDAHAN WANG TIDAK SAH

17) Berdasarkan segala maklumat-maklumat yang didapati, saya sesungguhnya


menyatakan bahawa butir-butir dibawah tersebut adalah butir-butir bagi pindahan
wang yang dilakukan oleh Defendan:

a) Terdapat dua pindahan wang berlaku, khususnya pada tarikh 20hb Mei 2019,
pindahan wang berjumlah RM500,000 daripada akaun bank pejabat (Public
Bank) telah berlaku. Seterusnya, sekali lagi, pada tarikh 12hb Disember 2019
pula, terbukti juga pemindahan wang telah berlaku sebanyak RM500,000
daripada Public Bank.

Sesalinan penyata akaun bank pejabat daripada bulan Mac 2019 sehingga
bulan Mei 2020 adalah dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit - E5.

b) Sehubungan dengan itu, merujuk rekod-rekod sedia ada, telah didapati bahawa
butir-butir pemindahan wang bertarikh 20hb Mei 2019 telah pun direkodkan
dalam bentuk baucar pembayaran pejabat yang bernombor ‘00076891’. Di
dalam baucar pembayaran ini, tujuan pemindahan wang yang diterterakan
adalah untuk dimasukkan kepada nombor akaun Maybank 16202932321 dan
ia merupakan akaun simpanan peribadi defendan.

c) Bagi pemindahan wang yang bertarikh 12hb Disember 2019 pula telah
direkodkan didalam baucar pembayaran juga, yang bernombor ‘00076901’.
Tujuan pemindahan wang ini yang tertera di dalam baucar tersebut adalah
untuk dipindahkan kepada akaun kad kredit CIMB Bank yang bernombor
1203-8472-9309-8765 dan ini merupakan CIMB Bank kad kredit peribadi
defendan berjenis kad kredit CIMB Enrich World Elite.
For Academic Purposes Only

Sesalinan baucar-baucar pembayaran pejabat yang dinyatakan seperti diatas


adalah dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit - E6.

d) Pada semua masa yang material, segalah pindahan yang dilakukan oleh
defendan adalah merupakan tindakan yang tidak wajar sekali. Hal ini kerana,
defendan tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas wang RM1 juta tersebut.
Disebabkan tindakan defedan yang merungsingkan ini, saya telah pun
memecat defendan dengan melalui satu pemberian notis pemecatan pada
tarikh 3hb Februari 2020.

Sesalinan notis pemecatan terhadap defendan adalah dilampirkan dan


ditandakan sebagai Ekshibit - E7.

D. KAUSA TINDAKAN

18) Selaras dengan pernyataan saya di atas ia amat jelas bahawa defendan telah
melakukan tindakan fraud dan pecah amanah. Saya memohon untuk mendapatkan
relif-relif seperti yang terkandung dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang
difailkan pada tarikh 28 haribulan Jun 2021.

19) Saya telah dinasihati oleh peguamcara saya bahawa saya mempunyai kes yang
baik dan boleh dibahaskan mengenai pemindahan wang dari pemindahan akaun
pelanggan ke akaun peribadi defendan yang kesemuanya dibuat tanpa pengetahuan
saya untuk kegunaan defendan.

20) Saya telah mengalami kerugian sebanyak RM 1 juta seperti yang dibutirkan di
dalam perenggan di atas.

E. RISIKO WANG 1 JUTA DILESAPKAN DEFENDAN

21) Saya sesungguhnya menyatakan bahawa defendan mengalami masalah kewangan


melalui perbualan WhatsApp pada 2 Januari 2019. Defendan telah memindahkan
wang sebanyak RM1 juta iaitu wang daripada akaun pejabat di Johor Bahru ke akaun
persendiriannya di mana Defendan mempunyai kawalan keatas akaun bank tersebut.
Oleh sebab itu, saya percaya bahawa disebabkan masalah kewangan ini defendan
akan menggunakan wang RM1 juta untuk menyelesaikan masalahnya. Sekiranya
Injunksi Mareva tidak diberikan oleh mahkamah terhadap defendan, terdapat risiko
sebenar dimana defendan akan melupuskan wang tersebut serta bukti yang lain
sebelum penghakiman diberikan oleh mahkamah ataupun sebelum perbicaraan
bermula.

Sesalinan benar kandungan perbualan WhatsApp berkenaan di atas dan ditandakan


sebagai Ekshibit - E8.
For Academic Purposes Only

F. INJUNKSI

22) Saya telah dinasihati oleh peguamcara saya dan sesungguhnya percaya bahawa:

a) Fakta - fakta yang membawa kepada tuntutan terhadap defendan dan relif
interlokutori telah dibutirkan dalam perenggan 1 sehingga perenggan terakhir
diatas.
b) Hasil daripada permohonan injuksi yang dipohon di sini dan kemungkinan
defendan akan melesapkan wang berjumlah 1 juta tersebut, ia adalah mustahak
untuk permohonan ini didengar secara ex-parte kerana apa apa notis akan
menggagalkan perintah perintah yang dipohon.
a) Saya tiada pengetahuan atas apa apa jawapan defendan terhadap tuntutan atau
permohonan ini
b) Saya peraya bahawa tiada apa apa permohonan yang serupa dibuat kepada
hakim yang lain dan perintah itu dibuat ke atas permohonan itu
c) Saya percaya bahawa saya telah membuat semua pendedahan yang penuh dan
jujur keatas fakta fakta yang material disini.
d) Atas sebab alasan alasan diatas, saya percaya bahawa semua keperluan dan
syarat dalam Aturan 29 Kaedah 1 Kaedah - Kaedah Mahkamah 2012, telah
dipenuhi

23) Tambahan itu, saya juga percaya apa apa perintah untuk kerugian adalah tidak
memadai atas sebab sebab seperti berikut:

a) Wang RM 1 juta yang telah diselewengkan, merupakan wang pemegang


taruhan untuk anak guam saya dan ini akan menjejaskan reputasi firm saya.
b) Defendan mempunyai masalah kewangan yang teruk dan tidak mungkin
berupaya untuk membuat bayaran ke atas kerugian yang telah dipohon di sini
c) Saya mengaku janji utk mematuhi apa apa perintah untuk kerugian daripada
mahkamah yang mulia ini sekiranya relief relief yang dipohon di dalam
permohonan ini ditolak.
d) saya mengaku janji untuk memaklumkan defendan sebaik permohonan ini
dibenarkan.

G. KESIMPULAN

24) Saya telah dinasihati oleh peguam saya, dan dengan sesungguhnya percaya
bahawa Plaintiff mempunyai kes yang boleh dibahas dengan baik ke atas Defendan.

25) Saya percaya bahawa Defendan mempunyai aset didalam bidang kuasa
mahkamah dimana Defendan merupakan warganegara Malaysia dan mempunyai
kawalan terhadap akaun - akaun bank dan aset - aset yang berada dalam bidang kuasa
mahkamah.
For Academic Purposes Only

26) Saya dengan sesungguhnya percaya bahawa selagi Injunksi Mareva tidak
diberikan oleh mahkamah terhadap Defendan, akan terdapat risiko sebenar dimana
Defendan akan melupuskan aset - aset yang disebutkan sebelum penghakiman
diberikan oleh mahkamah ataupun sebelum perbicaraan bermula.

27) Saya percaya bahawa permohonan untuk mendapatkan Injunksi Mareva patut
dilakukan secara ex - parte kerana perkara ini perlu disegerakan pada pandangan saya,
adalah bahaya untuk membiarkan Defendan berurusan dengan aset dan akaun -
akaunnya yang berada dalam bidang kuasa mahkamah. Ini dapat dibuktikan dengan
fakta dimana Defendan telah pecah amanah dan memindahkan sejumlah RM500,000
daripada akaun pelanggan di Johor Bahru ke dalam akaun simpanan persendiriannya,
dan RM500,000 ke dalam akaun kad kreditnya untuk kegunaan sendiri.

28) Saya bersetuju untuk mematuhi keputusan yang diperintahkan oleh Mahkamah
yang Mulia ini, dan Defendan harus dipertanggungjawabkan ke atas tuntutan ganti
rugi yang dipohon.

29) Saya dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah yang Mulia ini untuk satu
perintah dipohon.

Berkenaan dengan afidavit oleh seorang )

deponen bernama JESVANT SINGH A/L )

CHANAN SINGH. Diangkat sumpah pada )

28 haribulan JUN 2021, di Johor Bahru. ) …………………………………


JESVANT SINGH A/L CHANAN
Penterjemahan tidak diperlukan ) SINGH
(NO. K/P: 791207-14-6343)

Dihadapan,

……………………..
Pesuruhjaya Sumpah

AFIDAVIT SOKONGAN ini telah difailkan oleh Tetuan Kausar Khairi & Co, Peguambela
dan Peguamcara yang mewakili Plaintif yang beralamat di 12-02, AL 704, Bangunan
Akademik 2, Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara 40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. (Ref: TKK/JS/280621/01/MI)
DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU
DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
NCVC 1

[NO. GUAMAN: JA-22NCC-32-06/2021]

ANTARA

JESVANT SINGH A/L CHANAN SINGH


(NO. K/P: 791207-14-6343) …PLAINTIF

DAN

CHARANJIT KAUR
(NO. K/P: 830526-14-5546) …DEFENDAN

PERAKUAN EKSHIBIT

Saya, dengan ini mengakui bahawa Ekshibit yang bertanda sebagai “Ekshibit – E1” yang
dirujuk di dalam Afidavit yang telah diikrarkan oleh Jesvant Singh a/l Chanan Singh (NO.
K/P: 791207-14-6343) di hadapan saya pada 28 Jun 2021.

……………………….
Pesuruhjaya Sumpah
Ekshibit 1: Surat Perakuan Pendaftaran Firma Guaman daripada Majlis Badan
Peguam Malaysia bertarikh 11.04.1998
DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU
DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
NCVC 1

[NO. GUAMAN: JA-22NCC-32-06/2021]

ANTARA

JESVANT SINGH A/L CHANAN SINGH


(NO. K/P: 791207-14-6343) …PLAINTIF

DAN

CHARANJIT KAUR
(NO. K/P: 830526-14-5546) …DEFENDAN

PERAKUAN EKSHIBIT

Saya, dengan ini mengakui bahawa Ekshibit yang bertanda sebagai “Ekshibit – E2” yang
dirujuk di dalam Afidavit yang telah diikrarkan oleh Jesvant Singh a/l Chanan Singh (NO.
K/P: 791207-14-6343) di hadapan saya pada 28 Jun 2021.

……………………….
Pesuruhjaya Sumpah
Our Ref : JV/EL/1999/0204
Your Ref No. : Letter of Employment
Date : 2 April 1999

Dear Charanjit Kaur,


Letter of Employment

This letter is to certify that, you, Charanjit Kaur, has been employed as Office Manager
(Position) at Chambers of Jesvant Singh, addressed at Aras 7C,Bangunan Presint 8 Jalan Bukit
Timbalan 80000, Johor Bahru, Johor Darul Takzim , since 2nd of April 1999. This position is a
permanent full-time position.

Should you have any questions, please do not hesitate to contact me.

Yours Truly,

Jesvant Singh A/L Chanan Singh


Senior Partner
Chambers of Jesvant Singh
DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU
DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
NCVC 1

[NO. GUAMAN: JA-22NCC-32-06/2021]

ANTARA

JESVANT SINGH A/L CHANAN SINGH


(NO. K/P: 791207-14-6343) …PLAINTIF

DAN

CHARANJIT KAUR
(NO. K/P: 830526-14-5546) …DEFENDAN

PERAKUAN EKSHIBIT

Saya, dengan ini mengakui bahawa Ekshibit yang bertanda sebagai “Ekshibit – E3” yang
dirujuk di dalam Afidavit yang telah diikrarkan oleh Jesvant Singh a/l Chanan Singh (NO.
K/P: 791207-14-6343) di hadapan saya pada 28 Jun 2021.

……………………….
Pesuruhjaya Sumpah
DATE : 13.01.2021
CHEQUE IN BY : CHARANJIT KAUR
CHEQUE INTO : 16202932321
RECEIVED BY : SAMANTHA SMITH (BANK OFFICER MAYBANK, JB)
DATE : 13.01.2021
CHEQUE IN BY : CHARANJIT KAUR
CHEQUE INTO : 12038472930
RECEIVED BY : KIRAN BIN KADIR(BANK OFFICER CIMB, JB)
DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU
DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
NCVC 1

[NO. GUAMAN: JA-22NCC-32-06/2021]

ANTARA

JESVANT SINGH A/L CHANAN SINGH


(NO. K/P: 791207-14-6343) …PLAINTIF

DAN

CHARANJIT KAUR
(NO. K/P: 830526-14-5546) …DEFENDAN

PERAKUAN EKSHIBIT

Saya, dengan ini mengakui bahawa Ekshibit yang bertanda sebagai “Ekshibit – E4” yang
dirujuk di dalam Afidavit yang telah diikrarkan oleh Jesvant Singh a/l Chanan Singh (NO.
K/P: 791207-14-6343) di hadapan saya pada 28 Jun 2021.

……………………….
Pesuruhjaya Sumpah
Balai : IBU PEJABAT POLIS DAERAH JOHOR BAHRU (SELATAN)
Daerah : JOHOR BAHRU
Kontinjen : JOHOR
No Repot : JOHORBAHRU/20200201/004
Tarikh : 1/2/2020
Waktu : 0630PM
Bahasa Diterima : B.MALAYSIA

Butir-Butir Penerima Repot


Nama : HASAN BIN HUSIN No. Personel : RF51576 Pangkat :L/KPL
Butir-butir Jurubahasa (Jika Ada)
Nama : -- No K/P(Baru) : -- No Polis/Tentera : --
No Paspot : -- Bahasa Asal : --
Alamat: --

Butir-butir Pengadu
Nama : JESVANT SINGH A/L CHANAN SINGH
No KP(Baru): 791207-14-6343 No Polis/Tentera : No Paspot : --
No Sijil Beranak : --
Jantina : LELAKU Tarikh Lahir : 7/12/1979 Umur : 42
Keturunan : SINGH Warganegara : MALAYSIA
Pekerjaan : PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA

Alamat TINGGAL 3-7-10, THE RESIDENCE CONDOMINIUM, JALAN RAHIM KAJAI 7, TAMAN TUN DR.
ISMAIL, 60000 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Alamat Ibubapa : --
Alamat Pejabat : --
Tel. Rumah :-- No Tel. Pejabat : -- No Tel. Bimbit : 019-4569876

Pengadu Menyatakan:-
PADA 4 HARIBULAN FEBRUARI 2019, SAYA TELAH DIMAKLUMKAN OLEH DEFENDAN
BAHAWA SEJULAH RM 1 JUTA TELAH DIPINDAHKAN DARI AKAUN PELANGGAN KE AKAUN
PEJABAT FIRMA SAYA. SEJAK DARIPADA BULAN FEBRUARI HINGGA DISEMBER 2019, SAYA
MULA MENGESYAKI BAHAWA WANG RM 1 JUTA TERSEBUT TELAH DISALAH GUNAKAN DAN
MULA MENYIASAT PERKARA INI. PADA TARIKH 12 HARIBULAN JANUARI 2020, SAYA TELAH
DIMAKLUMKAN OLEH KERANI AKAUN DARI FIRMA SAYA, CIK ROZITA CHIK WAN, WANG RM
1 JUTA TERSEBUT TELAH DIGUNAKAN OLEH DEFENDAN UNTUK KEGUNAAN SENDIRINYA DI
MANA WANG TERSEBUT DISIMPAN DENGAN FIRMA SAYA BAGI TUJUAN PERKARA
CONVEYANCING, PEMBAYARAN KHUSUS BAGI BADAN BADAN STATUTORI UNTUK TUJUAN
TERTENTU DAN WANG PELANGGAN YANG DIPEGANG SEBAGAI STAKEHOLDERS. CIK ROZITA
JUGA ADA MEMBERITAHU SAYA BAHAWA BELIAU TIDAK SELESA DENGAN KELAKUAN
DEFENDAN YANG SERIKNGKALI MENGARAH BELIAU UNTUK MELAKUKAN TRANSAKSI
PEMINDAHAN WANG KE AKAUN PERIBADI BELIAU DAN SERING MEMBANTAH. SAYA JUGA
TELAH MENGARAHKAN PIHAK BANK IAITU MALAYAN BANKING BHD DAN PIHAK CIMB
BHD UNTUK MENDAPATKAN SEMUA SALINAN IMEJ CEK CEK TERSEBUT DAN HASIL
DARIPADA IMEJ CEK TERSEBUT TELAH DISAHKAN OLEH PIHAK BANK BAHAWA RM 500,000
TELAH DIPINDAHKAN KE AKAUN PERIBADI DEFENDAN DAN RM500,000 LAGI KE KAD
KREDIT CIMB DEFENDAN. SEMUA TRANSAKSI INI DIBUAT TANPA PENGETAHUAN SAYA.
SEKIAN, LAPORAN SAYA.

Tandatangan Pengadu: Tandatangan Jurubahasa(Jika ada) : Tandatangan Penerima:

------------------------------- ------------------------------------- -----------------------------------


DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU
DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
NCVC 1

[NO. GUAMAN: JA-22NCC-32-06/2021]

ANTARA

JESVANT SINGH A/L CHANAN SINGH


(NO. K/P: 791207-14-6343) …PLAINTIF

DAN

CHARANJIT KAUR
(NO. K/P: 830526-14-5546) …DEFENDAN

PERAKUAN EKSHIBIT

Saya, dengan ini mengakui bahawa Ekshibit yang bertanda sebagai “Ekshibit – E5” yang
dirujuk di dalam Afidavit yang telah diikrarkan oleh Jesvant Singh a/l Chanan Singh (NO.
K/P: 791207-14-6343) di hadapan saya pada 28 Jun 2021.

……………………….
Pesuruhjaya Sumpah
Customer's Name : Jesvant Singh A/L Chanan Singh
Customer's Address : Aras 7C Bangunan Presint 8 Jalan Bukit Timbalan 80000, Johor
Bahru, Johor Darul Takzim
Issue Date : 25 May 2020

Account Summary

Date Sender / Reference / Categor Paid Out Paid In (RM) BALANCE


Beneficiary's Recipient y (RM)
Name Reference

Balance Brought Forward 4,355,666.77

21.3.2019 ABMB PYMT Successful Transfer 700,000.00 4,355,666.77


SAMYVELLU

20.5.2019 MBB PYMT Successful Cheque 500,000.00 3,655,666.77


CHARANJIT
**

22.8.2019 PBE PYMT Successful Cheque 1,000,000.00 4,155,666.77


MOHD KHAI*

12.12.2019 CIMBB PYMT Successful Cheque 500,000.00 3,155,666.77


CHARANJIT
**

5.2.2020 RHB PYMT Successful Transfer 600,000.00 3,655,666.77


JULIA FARI**

17.4.2020 MBB PYMT Successful Cheque 800,000.00 3,055,666.77


ZAINAL SHA*

24.5.2020 ABMB PYMT Successful Branch 200,000.00 2,255,666.77


SAMYVELLU Transa*

Komtar, G53, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor


DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU
DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
NCVC 1

[NO. GUAMAN: JA-22NCC-32-06/2021]

ANTARA

JESVANT SINGH A/L CHANAN SINGH


(NO. K/P: 791207-14-6343) …PLAINTIF

DAN

CHARANJIT KAUR
(NO. K/P: 830526-14-5546) …DEFENDAN

PERAKUAN EKSHIBIT

Saya, dengan ini mengakui bahawa Ekshibit yang bertanda sebagai “Ekshibit – E6” yang
dirujuk di dalam Afidavit yang telah diikrarkan oleh Jesvant Singh a/l Chanan Singh (NO.
K/P: 791207-14-6343) di hadapan saya pada 28 Jun 2021.

……………………….
Pesuruhjaya Sumpah
CLIENT’S NAME CHARANJIT KAUR
SUM OF RINGGIT MALAYSIA 500, 000.00
PURPOSE Debited into 16202932321 (MAYBANK) CHARANJIT KAUR
TOTAL AMOUNT RM 500, 000. 00
CASH/CHEQUE NO. 057771

RECEIVED BY: APPROVED BY:

.................................................................. .........................................................................

ROZITA CHIK BINTI WAN CHARANJIT KAUR


CLIENT’S NAME CHARANJIT KAUR
SUM OF RINGGIT MALAYSIA 500, 000.00
PURPOSE Transferred into 12038472930 (CIMB) CHARANJIT KAUR
TOTAL AMOUNT RM 500, 000. 00
CASH/CHEQUE NO. 057784

RECEIVED BY: APPROVED BY:

.................................................................. .........................................................................

ROZITA CHIK BINTI WAN CHARANJIT KAUR


DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU
DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
NCVC 1

[NO. GUAMAN: JA-22NCC-32-06/2021]

ANTARA

JESVANT SINGH A/L CHANAN SINGH


(NO. K/P: 791207-14-6343) …PLAINTIF

DAN

CHARANJIT KAUR
(NO. K/P: 830526-14-5546) …DEFENDAN

PERAKUAN EKSHIBIT

Saya, dengan ini mengakui bahawa Ekshibit yang bertanda sebagai “Ekshibit – E7” yang
dirujuk di dalam Afidavit yang telah diikrarkan oleh Jesvant Singh a/l Chanan Singh (NO.
K/P: 791207-14-6343) di hadapan saya pada 28 Jun 2021.

……………………….
Pesuruhjaya Sumpah
Our Ref : JV/TL/2020/0302
Your Ref No. : Termination of Employment
Date : 3 February 2020

Dear Charanjit Kaur,


Re: Termination of Employment

As discussed, this letter represents a formal notice that your employment with Chambers of
Jesvant Kaur is terminated effective immediately 3rd of February for just cause, due to
misappropriation of the firm’s client’s account.

In view of these circumstances, we have no alternative but to dismiss you immediately for just
cause without notice or pay in lieu of notice. A cheque for outstanding salary and vacation pay in
the amount is enclosed.

Yours truly,

Jesvant Singh A/L Chanan Singh


Senior Partner
Chambers of Jesvant Singh
DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU
DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
NCVC 1

[NO. GUAMAN: JA-22NCC-32-06/2021]

ANTARA

JESVANT SINGH A/L CHANAN SINGH


(NO. K/P: 791207-14-6343) …PLAINTIF

DAN

CHARANJIT KAUR
(NO. K/P: 830526-14-5546) …DEFENDAN

PERAKUAN EKSHIBIT

Saya, dengan ini mengakui bahawa Ekshibit yang bertanda sebagai “Ekshibit – E7” yang
dirujuk di dalam Afidavit yang telah diikrarkan oleh Jesvant Singh a/l Chanan Singh (NO.
K/P: 791207-14-6343) di hadapan saya pada 28 Jun 2021.

……………………….
Pesuruhjaya Sumpah
For Academic Purposes Only

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU


DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
NCVC 1

[NO. GUAMAN: JA-22NCC-32-06/2021]

ANTARA

JESVANT SINGH A/L CHANAN SINGH


(NO. K/P: 791207-14-6343) …PLAINTIF

DAN

CHARANJIT KAUR A/P HARBAJAN SINGH


(NO. K/P: 830526-14-5546) …DEFENDAN

DIHADAPAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI


TUNKU AHMAD MUNAWWIR BIN TUNKU A. MUSTAFFA DALAM KAMAR
PADA 29 JUN 2021

PERINTAH INJUNKSI (EX-PARTE)

ATAS PERINTAH EX-PARTE Plaintif yang dinamakan di atas dipanggil untuk pendengaran
ex-parte hari ini DAN SETELAH MEMBACA Notis Permohonan Ex-Parte Plaintif bertarikh
28.06.2021 Afidavit Sokongan Plaintif yang diikrarkan oleh Jesvant Singh A/L Chanan Singh
bertarikh 28.6.2021 yang kesemuanya difailkan di sini DAN SETELAH MENDENGAR
Muhammad Kausar bin Mohd Khairi bersama-sama Jihan binti Azman, Sofia Adani binti Azhar,
Siti Deelora binti Nor Ahmad Rajkumar dan Hannann Syoffeeya binti Zainal Shahrir
peguamcara bagi Plaintif DAN SETELAH Plaintif melalui peguamnya berakur janji untuk
mematuhi sebarang keputusan ganti rugi yang dibuat oleh Mahkamah Yang Mulia ini sekiranya
Mahkamah Yang Mulia ini akhirnya memutuskan bahawa relief yang dituntut di dalam
permohonan ini tidak patut diberi. MAKA IA ADALAH DIPERINTAHKAN seperti yang
berikut:-
For Academic Purposes Only

1. Melarang dan/atau menahan defendan sama ada melalui pegawai-pegawainya,


pekerja-pekerjanya, kakitangan-kakitangan ajen-ajennya atau sesiapapun sama ada
bersesama atau berasingan daripada mengeluarkan dari bidang kuasa mahkamah
mengalihkan, melupuskan, menggadaikan dan atau berurusan dengan aset-aset yang
didaftarkan atas nama Defendan dibawah kawalannya yang tidak melebihi RM
1,000,000.00 termasuk tetapi tidak terhad kepada aset aset seperti berikut, akaun bank
seperti berikut:

a. Butiran akaun Maybank milik Charanjit Kaur a/p Harbajan Singh

No. Akaun : 16202932321

Jenis Akaun : Akaun Simpanan Maybank

Cawangan : Lot 1-22, Tingkat 1, 2 & 3, Bandar Johor Bahru, 106-108,

Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor

b. Butiran akaun Kad Kredit CIMB Bank milik Charanjit Kaur a/p Harbajan Singh

No. Kad Kredit : 1203-8472-9309-8765

Jenis Kad Kredit : CIMB Enrich World Elite

Cawangan : Bangunan Umno, 51, Jalan Segget, Bandar Johor Bahru,

80000 Johor Bahru, Johor

2. Satu tarikh kembalian ditetapkan untuk pendengaran interparte permohonan ini dalam
masa empat-belas (14) hari dari tarikh perintah ini.
3. Bahawa Perintah ini hendaklah diserahkan kepada Defendan dalam masa tujuh (7) hari
dari tarikh perintah ini selara dengan Aturan 29 Kaedah Mahkamah 2012
For Academic Purposes Only

4. Kos dalam kausa ini.

Bertarikh pada 29 Jun 2021

……………………..
Penolong Kanan Pendaftar,
Mahkamah Tinggi Johor Bahru
For Academic Purposes Only

PERINGATAN AMBIL PERHATIAN bahawa sekiranya kamu tidak mematuhi Perintah di


atas, Prosiding Penguatkuasaan boleh diambil terhadap kamu kerana memungkiri Perintah
Mahkamah

SELANJUTNYA AMBIL PERHATIAN bahawa ia adalah penghinaan Mahkamah untuk


mana-mana orang atau pihak yang telah dimaklumkan Perintah ini untuk dengan maklumnya
membantu atau membenarkan satu pelanggaran Perintah ini dan sesiapa yang membuat
sedemikian boleh dikenakan proses pelaksanaan untuk tujuan memaksa pematuhan.

PENGENDORSAN SELARAS DENGAN ATURAN 45 KAEDAH 7(4) KAEDAH


KAEDAH MAHKAMAH 2012

“Jika kamu, Charanjit Kaur a/p Harbajan Singh yang dinamakan di sini sama ada melalui diri
sendiri, atau melalui agen-agen atau pekerja-pekerja kamu enggan, gagal dan/atau cuai untuk
mematuhi dan/atau tidak mematuhi Perintah ini, kamu akan bertanggungjawab dan/atau boleh
dikenakan proses pelaksanaan untuk tujuan memaksa kamu mematuhi Perintah ini.”

……………………..
Penolong Kanan Pendaftar,
Mahkamah Tinggi Johor Bahru

PERINTAH ini difailkan oleh Tetuan Kausar Khairi & Co. beralamat di 12-02, AL 704,
Bangunan Akademik 2, Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara 40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. (Ref: TKK/JS/280621/01/MI)

You might also like