You are on page 1of 4

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM

DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA


(BAHAGIAN SIVIL)
SAMAN PEMULA NO: BA-24C(ARB)-4-06/2017

Dalam Perkara Timbangtara di antara


EK Integrated Construction Sdn Bhd
dan Rimbunan Melati Sdn Bhd);

Dan

Dalam Perkara Aturan 69 Kaedah-


Kaedah Mahkamah 2012;

Dan

Dalam Perkara Aturan 92 Kaedah 4


Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan
bidangkuasa yang sedia ada Mahkamah
yang Mulia ini.

ANTARA

RIMBUNAN MELATI SDN BHD


(No.Syarikat: 304034-U) PLAINTIF
DAN

EK INTEGRATED CONSTRUCTION SDN BHD


(No.Syarikat: 584788-T) DEFENDAN

AFIDAVIT JAWAPAN PLAINTIF

Saya, AZMIR MERICAN BIN AZMI MERICAN(NO K/P: 710303-07-5023),


seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan mempunyai alamat di No.2, Jalan

1
Serene Kiara 6, Villa Serene Kiara, 50480 Kuala Lumpur dengan sesungguhnya dan
seikhlasnya mengikrarkan dan menyatakan seperti berikut:

1. Saya merupakan Direktor kepada Plaintif sepertimana yang dinyatakan di atas. Saya
telah diberikan kuasa sepenuhnya untuk mengikrarkan afidavit bagi pihak Plaintif.
Melainkan seperti yang dinyatakan sebaliknya, fakta- fakta yang dideposkan di sini
adalah dalam pengetahuan peribadi saya dan/atau diperolehi daripada dokumen-
dokumen dimana saya mempunyai akses tidak terhad.

2. Saya mengikrarkan afidavit jawapan kepada Afidavit Jawapan Defendan yang


diikrarkan oleh Cheong Fook Chee pada 10.7.2017 (Afidavit Defendan).

3. Saya merujuk kepada perenggan 4 kepada Afidavit Defendan. Saya telah dinasihati
oleh peguamcara-peguamcara Plaintif dan sesungguhnya percaya bahawa tuntutan
Plaintif terhadap Defendan untuk kos yang ditanggung dalam menjalankan kerja-
kerja pembaikan adalah berpremiskan kepada kedua-dua Kontrak-kontrak
Pembinaan dan Piling Mahkamah yang Mulia ini diberikuasa untuk memberikan
perintah seperti yang dipohon oleh Plaintif disini untuk mengelakkan perintah
bercanggah dan inkonsistensi dibuat. Plaintif sentiasa bersedia dan rela untuk
pertelingkahan dalam kedua-dua kontrak-kontrak dibicarakan oleh satu orang.

4. Saya merujuk kepada perenggan 5 kepada Afidavit Defendan. Saya menyatakan


bahawa tidak ada bukti yang dikemukakan oleh Defendan untuk menunjukkan
bahawa Plaintif melambatkan atau mengecewakan timbangtara di antara pihak-
pihak di bawah Kontrak Pembinaan. Malah, Plaintif telah menghadiri mesyuarat
awal yang berkaitan dengan timbangtara di antara pihak-pihak di bawah Kontrak
Pembinaan dan telah mendapat arahan-arahan daripada Tribunal.

5. Berhubung dengan perenggan 6 dan 7 kepada Afidavit Defendan. Saya menyatakan


bahawa Plaintif tidak diwajibkan untuk membayar sebarang jumlah kepada
Defendan disebabkan Defendan mungkir dalam menjalankan kerja-kerjanya

2
mengikut terma-terma dan syarat-syarat kepada kedua-dua Kontrak Pembinaan dan
Piling dan Kontrak Pembinaan telah menyebabkan Plaintif rugi dalam jumlah lebih
kurang RM10.9 million.

6. Saya merujuk kepada perenggan 8 kepada Afidavit Defendan. Saya menyatakan


bahawa Plaintif telah menyediakan laporan-laporan oleh perunding bebas yang
menunjukkan retakan-retakan dan settlement adalah disebabkan oleh kegagalan
Defendan dalam dalam menjalankan kerja-kerja mengikut terma-terma dan syarat-
syarat kepada kontrak-kontrak. Defendan sebaliknya tidak mengemukakan sebarang
bukti untuk mematahkan dapatan oleh perunding- perunding bebas.

7. Berhubung dengan perenggan 9 kepada Afidavit Defendan. Saya menyatakan


bahawa tuntutan Plaintif adalah di bawah kedua-dua Kontrak Pembinaan dan
Piling. Saya selanjutnya menyatakan bahawa Plaintif berhak untuk menahan dan
menolak sebarang wang bayaran kepada Defendan yang ditemui oleh Ajudikasi
yang bijaksana.

8. Saya merujuk kepada perenggan 10 dan 11 kepada Afidavit Defendan. Saya


menyatakan bahawa fakta-fakta yang dinyatakan dalam afidavit sokongan saya yang
diikrarkan pada 8.6.2017 menunjukkan bahawa Plaintif sedang menjalankan kerja-
kerja pembaikan secara berterusan sejak 2012. Justeru, Plaintif hanya mampu
menjumlahkan kerugian-kerugian pada 2016.

9. Berhubung dengan perenggan 12 kepada Afidavit Defendan, saya menyatakan


bahawa Defendan tidak berhak kepada sebarang wang atas sebab seperti yang
dinyatakan di perenggan 5 dan 7 di atas.
10. Saya merujuk kepada perenggan 13 kepada Afidavit Defendan. Saya menegaskan
perenggan 4 di atas dan menyatakan bahawa ia adalah penting dan praktikal supaya
pertelingakahan di bawah kedua-dua kontrak didengar bersama untuk mengelakkan
perintah bercanggah dan inkonsistensi dibuat.

11. Berpremiskan seperti di atas, Saya dengan rendah diri memohon untuk perintah
seperti terma-terma dalam aplikasi yang difailkan disini.
3
Kepada Afidavit oleh seorang Deponen )

AZMIR MERICAN BIN AZMI )


MERICAN

(NO K/P: 710303-07-5023) )

Diikrarkan pada )

Di )

(Penterjemahan adalah tidak diperlukan) )

Di Hadapan Saya,


Pesuruhjaya Sumpah

AFIDAVIT JAWAPAN PLAINTIF ini diikrarkan oleh AZMIR MERICAN BIN


AZMI MERICAN (NO K/P: 710303-07-5023) pada dan difailkan
pada oleh Tetuan Mohanadass Partnership, peguamcara-peguamcara
bagi Plaintiff sepertimana yang dinyatakan di atas dimana alamat penyampaiannya adalah
di B-21-8, The Vertical, Avenue 3, No. 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South City, 59200
Kuala Lumpur.
No Tel: (603) 2242 3395
No Fax: (603) 2242 3392
No Ruj : SMM/GK/RMSB/EKIC/16(2466)

You might also like