You are on page 1of 3

DALAM MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

KES NO. : 22/4-1314/22

ANTARA

ABDUL SALAM BIN AHMAD


(No K/P: 640124-02-5687) …PENUNTUT

DAN

HANG NEE ENTERPRISE SDN BHD


(No Syarikat: 716351-H) …SYARIKAT

REJOINDER

1. Berkenaan dengan perenggan 2 Pernyataan Jawapan, pihak Penuntut


menafikan dan meletakkan beban bukti yang kukuh terhadap pihak Syarikat
untuk membuktikannya. Seterusnya, pihak Penuntut menegaskan bahawa
pelantikan beliau sebagai Pengarah Projek bukanlah secara ad-hoc
sebagaimana didakwa oleh pihak Syarikat tetapi sebagai pekerja tetap dimana
pihak Penuntut adalah bertanggungjawab untuk menguruskan operasi di
pejabat tapak perlombongan di Kampung Permatang Arang dan perkara-
perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pekerja pihak Syarikat serta
berurusan dengan agensi-agensi kerajaan.

2. Berkenaan dengan perenggan 3 Pernyataan Jawapan, setahu pihak Penuntut,


pihak Syarikat telah bersetuju untuk membayar gaji, sewa dan elaun kepada
pihak Penuntut. Apa-apa bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) dan bayaran caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
adalah tanggungjawab statutori pihak Syarikat yang patut dipatuhi oleh pihak
Syarikat.
3. Pihak Penuntut menafikan perenggan 4 Pernyataan Jawapan dan menegaskan
bahawa bayaran sewa merupakan salah satu syarat sebelum pihak Penuntut
dilantik sebagai Pengarah Projek pihak Syarikat.

4. Berkenaan dengan perenggan 5 Pernyataan Jawapan, pihak Penuntut


menegaskan pelantikan di antara Penuntut dan pihak Syarikat adalah secara
lisan yang merupakan amalan biasa pihak Syarikat untuk mengambil pekerja
tanpa menyediakan surat perlantikan dan pihak Penuntut telah bekerja
sehingga perkhidmatan Penuntut telah dihentikan secara ‘unlawful dismissal’.

5. Berkenaan dengan perenggan 6 Pernyataan Jawapan, pihak Penuntut


menafikan perenggan tersebut dan meletakkan beban bukti yang kukuh
terhadap pihak Syarikat untuk membuktikannya. Seterusnya, pelantikan pihak
Penuntut adalah sebagai Pengarah Projek dan dengan itu, tidak ada terma
berkenaan dengan permohonan cuti sakit serta waktu masuk dan keluar kerja.

6. Pihak Penuntut menafikan perenggan 7 Pernyataan Jawapan khususnya


penegasan pihak Syarikat yang mengatakan pihak Penuntut menguruskan
projek syarikat secara ad-hoc. Tambahan, surat bertarikh 23.03.2020
mengesahkan bahawa pihak Penuntut telah dilantik sebagai Pengarah Projek.

7. Berkenaan dengan perenggan 8 Pernyataan Jawapan, pihak Penuntut


menafikan perenggan tersebut dan meletakkan beban bukti yang kukuh
terhadap pihak Syarikat untuk membuktikannya.

8. Pihak Penuntut menafikan perenggan 9 Pernyataan Jawapan dan pihak


Penuntut mengulangi dan mengguna pakai perenggan 11 Pernyataan Kes
sebagai jawapan. Tambahan, isu caruman PERKESO adalah tanggungjawab
statutori pihak Syarikat. Seterusnya, pihak Penuntut menegaskan bahawa
dakwaan oleh pihak Syarikat bahawa pihak Penuntut tidak mahu digajikan dan
diambil bekerja atas alasan peribadi merupakan alegasi-alegasi yang kosong
dan tidak benar.
9. Berkenaan dengan perenggan 10 Pernyataan Jawapan, pihak Penuntut
menegaskan bahawa pihak Penuntut mengulangi dan mengguna pakai
perenggan 12 Pernyataan Kes sebagai jawapan.

10. Berkenaan dengan perenggan 11 Pernyataan Jawapan, pihak Penuntut


menafikan perenggan tersebut dan menegaskan bahawa beban bukti adalah
terhadap pihak Syarikat dan bukan sebaliknya.

11. Pihak Penuntut memohon Mahkamah yang Mulia ini memutuskan award
sebagaimana dipohon dalam perenggan 16 Pernyataan Kes.

Bertarikh pada 27 haribulan Disember 2022

AKRamanNair
...........................................................
Tetuan A K Raman Nair
Peguamcara bagi Penuntut

REJOINDER ini difailkan oleh Tetuan A K Raman Nair, peguamcara bagi pihak
Penuntut, yang beralamat di No. 99-3A, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000
Kajang, Selangor Darul Ehsan.
(Tel: 03-87336993) (E-mail: ashokakrj@gmail.com)

You might also like