You are on page 1of 8

Suppiah Mariappen & Satu Lagi

[2022] MLRSU 133 lwn. Msig Insurance (Malaysia) Bhd pg 1

SUPPIAH MARIAPPEN & SATU LAGI


lwn.
MSIG INSURANCE (MALAYSIA) BHD

Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur


Syajaratudur Abd Rahman M
[Guaman Sivil No: WA-A72NCvC-12954-12/2020]
23 Jun 2022

Kes-kes yang dirujuk:


Muhamad Haqimie Hasim & Anor v. Pacific & Orient Insurance Co Berhad
[2018] MLRAU 184 (dirujuk)
Petroleum Nasional Bhd v. Kerajaan Negeri Terengganu & Another Appeal
[2003] 1 MLRA 582; [2004] 1 MLJ 8; [2003] 4 CLJ 337; [2003] 5 AMR 696
(dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:


Road Transport Act 1987, ss 13, 109(1)
Rules of Court 2012, O 2 r 1, O 14A, O 92 r 4

Kaunsel:
Bagi pihak plaintif: Seetah; Tetuan M Manoharan & Co.
Bagi pihak defendan: Samreet; Tetuan Lovelace & Hastings

[Membenarkan tuntutan plaintif.]

PENGHAKIMAN

(Aturan 14A KKM 2012)

Syajaratudur Abd Rahman M:

Pendahuluan

[1] Semasa Pengurusan Kes bertarikh 13 Januari 2022, Mahkamah telah


mengarahkan pihak-pihak untuk memfailkan Afidavit-afidavit masing-masing
bagi memutuskan tuntutan Plaintif melalui Aturan 14A Kaedah-kaedah
Mahkamah 2012. Arahan ini diberikan setelah pihak-pihak memfailkan
dokumen-dokumen perbicaraan. Plaintif-plaintif kemudiannya memfailkan
Kandungan 52, iaitu permohonan di bawah A 14 walaupun mahkamah telah
secara spesifik menyatakan A 14A. Walaupun sedemikian, kesilapan ini tidak
mencacatkan keseluruhan prosiding sepertimana peruntukan di bawah A 2 k 1
dan/atau A 92 k 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

Tuntutan Plaintif

[2] Plaintif Pertama adalah seorang individu yang berniaga atas nama SVE
Suppiah Mariappen & Satu Lagi
pg 2 lwn. Msig Insurance (Malaysia) Bhd [2022] MLRSU 133

Enterprise, suatu perniagaan milikan tunggal dengan nombor pendaftaran


SA0204249-P. SVE Enterprise adalah dimiliki oleh Ecnisvaran a/l Sukumaran
(Plaintif Kedua) dari 3 November 2011 sehingga 14 Oktober 2019 dan
kemudianya dari 14 Oktober 2019 SVE Enterprise dimiliki oleh Suppiah all
Mariappen (Plaintif Pertama).

[3] SVE Enterprise adalah juga pemilik berdaftar satu kenderaan motorlori
treler dengan nombor pendaftaran BJC 2410. Melalui suatu kontrak Insuran
diantara SVE Enterprise dan Defendan, Defendan telah mengeluarkan satu
polisi insuran kepada SVE Enterprise bagi kenderaan tersebut dan pemegang
polisi tersebut ini adalah Plaintif Kedua.

[4] Pada 10 Julai 2014, SVE Enterprise telah memasuki satu kontrak
perjanjian dengan seorang bernama Siva a/l Krishnan untuk menjual
kenderaan tersebut pada harga sebanyak RM160,000.00 dan pemilikan
kenderaan tersebut akan hanya ditukar hakmilik setelah Siva a/l Krishnan
menjelaskan kesemua bayaran RM160,000.00 tersebut.

[5] Siva a/l Krishnan membayar RM30,000.00 sebagai deposit pada 10 Julai
2014 dan baki akan dibayar secara ansuran sebanyak RM5,000.00 pada setiap
7 haribulan setiap bulan bermula Ogos 2014 sehingga September 2016.

[6] Pada 22 Disember 2014, kenderaan tersebut telah dicuri dan suatu laporan
polis telah dibuat oleh Plaintif Kedua, Beranang Repot No.002074/14 di Balai
Polis Banting, Kuala Langat, Selangor. Plaintif Kedua kemudiannya
menuntut daripada Defendan jumlah wang yang diinsurankan bagi kehilangan
kenderaan tersebut.

[7] Melalui surat bertarikh 28 Ogos 2015, Defendan telah menolak tuntutan
PlaintifPlaintif tersebut dengan menyatakan bahawa SVE Enterprise tidak
mempunyai suatu kepentingan insuran (lnsurable interest).

[8] Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa kenderaan tersebut telah diinsurankan


bagi apa jua kejadian termasuk kecurian sebanyak RM60,000.00 bagi kepala
(Head/Prime Mover) dan RM30,000.00 bagi badan (Trailer).

[9] Melalui surat bertarikh 21 Mei 2015 pihak PDRM telah memaklumkan
kepada Defendan bahawa pihak PDRM tiada halangan sekiranya Defendan
ingin membayar pampasan kerugian kepada Plaintif-Plaintif akibat kehilangan
kenderaan tersebut disebabkan kecurian.

[10] Plaintif-plaintif menuntut daripada Defendan gantirugi khas sebanyak


RM90,000.00, faedah pada kadar 2% setahun atas gantirugi khas dari 22
Disember 2014 sehingga penghakiman dan 5% setahun dari tarikh
penghakiman sehingga penyelesaian penuh dan muktamad, gantirugi am,
faedah pada kadar 5% atas gantirugi am setahun dari tarikh penghakiman
sehingga penyelesaian penuh dan muktamad dan kos.

Pembelaan Dan Jawapan Defendan


Suppiah Mariappen & Satu Lagi
[2022] MLRSU 133 lwn. Msig Insurance (Malaysia) Bhd pg 3

[11] Defendan menyatakan bahawa;

a. Terdapat kemungkiran terma polisi apabila Plaintif lewat


memaklumkan kehilangan motorlori tersebut kepada Defendan;

b. Terdapat kemungkiran terma polisi insuran apabila Plaintif gagal


memaklumkan berkenaan penjualan motorlori tersebut kepada
Defendan; dan

c. Tiada kepentingan insuran apabila motorlori tersebut sudah dijual


kepada satu pihak yang lain.

[12] Selanjutnya, polisi insuran yang telah diperolehi tersebut adalah tidak sah
di sisi undang-undang kerana pihak Plaintif yang membeli polisi tersebut
sudah bukan merupakan pemilik motorlori tersebut. Penjualan motorlori
tersebut tidak pernah dimaklumkan kepada pihak Defendan dan ini
merupakan kemungkiran terma polisi insuran tersebut.

[13] Pihak Defendan telah dimaklumkan berkenaan kehilangan motorlori


tersebut pada 2 Januari 2015 iaitu selepas lebih kurang 11 hari selepas
kehilangannya. Defendan menyatakan bahawa terdapat kelewatan dalam
pemakluman kepada Defendan dan ini merupakan kemungkiran terma polisi
insuran tersebut. Lanjutan itu, polisi insuran tersebut adalah terbatal.

[14] Defendan juga menyatakan bahawa pihak PDRM tiada kaitan dan tidak
privi kepada tuntutan insuran mahupun polisi insuran di sini. Oleh yang
demikian surat bertarikh 21 Mei 2015 tersebut adalah tidak relevan.

[15] Tuntutan Plantif telah ditolak atas alasan bahawa sudah tidak lagi ada
kepentingan insuran dan polisi tersebut sudah tidak terpakai, terbatal dan tidak
sah di sisi undang-undang.

Undang-Undang

[16] Aturan 14A Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 memperuntukan seperti


berikut:

"14A Disposal of case on point of law

1. Determination of questions of law or construction (O 14A r 1)

(1) The Court may, upon the application of a party or of its own
motion, determine any question of law or construction of any
document arising in any cause or matter at any stage of the
proceedings where it appears to the Court that-

(a) such question is suitable for determination without the full


trial of the action; and

(b) such determination will finally determine the entire cause


Suppiah Mariappen & Satu Lagi
pg 4 lwn. Msig Insurance (Malaysia) Bhd [2022] MLRSU 133

or matter or any claim or issue therein.

2. On such determination the Court may dismiss the cause or matter


or make such order or judgment as it thinks just.

3. The Court shall not determine any question under this Order unless
the parties have had an opportunity of being heard on the question.

4. The jurisdiction of the Court under this Order may be exercised by a


Registrar.

5. Nothing in this Order shall limit the powers of the Court under O
18 r 19 or any other provisions of these Rules."

[17] Mahkamah juga merujuk kepada otoriti di dalam kes Petroleum Nasional
Bhd v. Kerajaan Negeri Terengganu & Another Appeal [2003] 1 MLRA 582;
[2004] 1 MLJ 8; [2003] 4 CLJ 337; [2003] 5 AMR 696, yang mana Mahkamah
Rayuan telah memutuskan seperti berikut:

"We have to consider the scope and efficacy of O 14A. The Order was
introduced into the RHC by PU(A) 342/2000. Its purpose is to
expedite the disposal of an action at interlocutory stage in order to
save costs and time. It was adopted from the English equivalent with
some modifications.

...

In a nutshell, the Order enables the court to determine any question of


law orconstruction of document where it appears to the court that
such question is suitable for determination without the full trial of the
action and such determination will finally determine the entire cause
or matter or any claim or issue therein. The Order is new to our civil
procedure and hence, the few local decisions of the High Court on the
ambit of O 14A are not instructive. For that reason, we are inclined to
refer to foreign cases decided on the equivalent of our O 14A. In
Korso Finance Establishment Anstalt v. John Wedge (unreported, 15
Feb 1994, CA Transcript No. 14/387), the English Court of Appeal
laid down the following principles on the ambit of O 14A:

1. An issue is "a disputed point of fact or law relied on by way


of claim or defence".

2. A question of construction is well capable of constituting an


issue.

3. If a question of construction will finally determine whether


an important issue is suitable for determination under O 14A
and where it is a dominant feature of the case a court ought to
proceed to so determine such issue.
Suppiah Mariappen & Satu Lagi
[2022] MLRSU 133 lwn. Msig Insurance (Malaysia) Bhd pg 5

4. Respondents to an application under O 14A are not entitled


to contend they should be allowed to hunt around for
evidence or something that might turn up on discovery which
could be relied upon to explain or modify the meaning of the
relevant document. If these were material circumstances of
which the court should take account in construing the
document, they must be taken to have been known, and could
only be such as were known, to the parties when the
agreement was made. In the absence of such evidence the
court should not refrain from dealing with the application.
(see The Supreme Court Practice 1999 Vol 1 para. 14A/2/5)."

[Underline Added]

Dapatan Mahkamah

[18] Setelah meneliti pliding, ikatan dokumen bersama serta isu-isu untuk
dibicarakan yang telah difailkan oleh pihak-pihak, mahkamah berpendapat
isuisu tersebut boleh diputuskan melalui A 14A KKM 2012 iaitu penentuan
boleh dibuat melalui dokumen-dokumen yang telah difailkan. Isu-isu yang
perlu diputuskan adalah;

i. Samada Plaintif mempunyai kepentingan insuran bagi motorlori


treler no pendaftaran BJC 2410 selepas dijual kepada pihak ketiga;

ii. Samada Defendan bertanggungjawab membayar pampasan


berjumlah RM90,000.00 atau apa apa jumlah lain untuk kehilangan
motorlori tersebut;

iii. Samada polisi insurans masih berkuatkuasa selepas perlanggaran


terma-terma dan syarat-syarat dalam polisi insurans.

Berikut adalah dapatan mahkamah.

[19] Plaintif-plaintif iaitu SVE Enterprise masih mempunyai kepentingan


insuran bagi motorlori treler no pendaftaran BJC 2410. Walaupun terdapat
perjanjian di antara Plaintif-plaintif/SVE Enterprise dan Pihak ketiga, antara
terma di dalam perjanjian adalah urusan pertukaran nama hanya akan dibuat
selepas semua bayaran dijelaskan oleh pihak ketiga iaitu pada 7 September
2016.

[20] Mahkamah merujuk kepada Klausa 2 di dalam Kontrak Perjanjian di


antara SVE Enterprise dan Siva a/l Krishnan bertarikh 10 Julai 2014 yang
menyatakan seperti berikut:

"PIHAK PERTAMA akan bertanggungjawab untuk mengambil dan


untuk urusan pertukaran nama daripada nama PIHAK PERTAMA
kepada nama PIHAK KEDUA di mana-mana cawangan Jabatan
Suppiah Mariappen & Satu Lagi
pg 6 lwn. Msig Insurance (Malaysia) Bhd [2022] MLRSU 133

Pengangkutan Jalan Malaysia selepas kesemua bayaran dijelaskan."

Di dalam perjanjian tersebut, bayaran terakhir akan dijelaskan pada 7


September 2016 oleh Siva a/l Krishnan.

[21] Selanjutnya, s 13 Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukan seperti


berikut:

"Tatacara mengenai pertukaran milikan kenderaan motor

13. (1) Apabila sesuatu kenderaan motor ditukar milikan secara


pindah milik secara sukarela yang dibuat oleh pemunya berdaftar-

(a) pemunya berdaftar hendaklah, dalam masa tujuh hari


selepas pertukaran milikan itu, mengemukakan kepada
Pengarah sesuatu kawasan pendaftaran, suatu penyata dalam
borang yang ditetapkan, dan hendaklah menyerahkan kepada
pemilik baru atau pemunya baru perakuan pendaftaran
berhubungan dengan kenderaan motor itu dan, melainkan jika
dia menyerahkan balik lesen di bawah s 19, lesen tersebut;.."

[22] Mahkamah juga merujuk kepada s 109(1) Akta yang sama berkenaan
pemunya berdaftar kenderaan yang mana menyatakan;

"Liabiliti pemunya berdaftar dan lain-lain

109. (1) Bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah


Akta ini, pemunya berdaftar suatu kenderaan motor hendaklah
disifatkan sebagai pemunya kenderaan motor tersebut."

[23] Di dalam kes ini, Plaintif-plaintif/SVE Enterprise masih tidak menukar


nama pemunya berdaftar motorlori tersebut sepertimana yang dikehendaki
oleh s 13 APJ 1987 kerana pindahmilik hanya akan dibuat selepas bayaran
akhir dibayar oleh Siva a/l Krishnan pada 7 September 2016. Berdasarkan
kepada s 109(1), pemunya berdaftar motorlori ini adalah masih dibawah nama
Plaintif-plaintif/SVE Enterprise. Semasa motorlori tersebut dilaporkan hilang
pada 22 Disember 2014, Plaintif-plaintif/SVE Enterprise masih pemilik asal
motorlori tersebut dan masih pihak yang diinsurankan oleh Defendan. Oleh
itu, Defendan mempunyai kewajipan untuk membayar pampasan kepada
Plaintif-plaintif.

[24] Seterusnya, Defendan mendakwa bahawa Plaintif-plaintif telah gagal


mematuhi terma-terma di dalam polisi insuran tersebut dengan rujukan
kepada Klausa 1 Duty of Disclosure dan Accidents and Claims Procedures.
Klausa 1 menyatakan seperti berikut:

"1. Duty of Disclosure

Non-Consumer insurance Contracts


Suppiah Mariappen & Satu Lagi
[2022] MLRSU 133 lwn. Msig Insurance (Malaysia) Bhd pg 7

Where You have applied for this Insurance wholly for purposes
related to Your trade, business or profession, You had a duty to
disclose any matter that You know to be relevant to Our decision in
accepting the risks and determining the rates and terms to be applied
and any matter a reasonable person in the circumstances could be
expected to know to be relevant otherwise it may result in avoidance
of Your contract of insurance, refusal or reduction of door claim(s),
change of terms or termination of Your contract of insurance."

[25] Mahkamah tidak dapat bersetuju dengan hujahan Defendan kerana,


pertama, tiada penukaran hakmilik yang berlaku di antara Plaintif-plaintif dan
Pihak Ketiga, oleh itu tiada keperluan untuk memaklumkan kepada
Defendan.

[26] Kedua, Plaintif-plaintif telah membuat laporan polis pada hari yang sama
motorlori tersebut dilaporkan hilang tanpa sebarang kelewatan (rujuk eksibit
EC-3 Afidavit Sokongan Plaintif-plaintif).

[27] Tambahan pula, di dalam Polisi Insuran tersebut pada Bahagian B


Liability to Third Parties Klausa 2(d), bagi kes kecurian, polisi insuran hanya
memperuntukan untuk Plaintif-plaintif membuat laporan polis without undue
delay dan memberikan kerjasama kepada Defendan untuk mendapatkan
sabitan terhadap pesalah. Laporan polis telah dibuat oleh Plaintif-plaintif pada
hari yang sama motorlori tersebut dilaporkan hilang.

[28] Kes Muhamad Haqimie Hasim & Anor v. Pacific & Orient Insurance Co
Berhad [2018] MLRAU 184 juga dirujuk yang mana Mahkamah Rayuan pada
ketika itu telah memutuskan seperti berikut:

"(i) The central issue for consideration here is whether the alleged
transfer of interest from Normala to Lalmiya had the effect of
rendering the policy ineffective or causing it to lapse.

(ii) Section 13 of the RTA sets out the procedure to be adopted upon
change of possession upon transfer pursuant to a sale. It requires that
the new possessor or new owner register himself within seven days of
such change of possession. This was not done in the instant case.

(iii) Section 109(1) deems the registered owner to be the owner of that
vehicle for the purpose of any inter alia proceedings under the RTA.
The current proceedings fall within the RTA.

(iv) Accordingly Normala is deemed to be the registered owner of the


vehicle, not Lalmiya. There is therefore no transfer of interest from
Normala to Lalmiya by operation of law.

(v) Therefore Normala remains the insured for the purposes of the
accident. As such it would follow that the insurer remains liable to
compensate the plaintiffs for any injuries suffered as a consequence of
Suppiah Mariappen & Satu Lagi
pg 8 lwn. Msig Insurance (Malaysia) Bhd [2022] MLRSU 133

the accident. That is the primary function of this part of the RTA."

[Underline Added]

[29] Berdasarkan kepada dapatan-dapatan ini, mahkamah mendapati


Plaintifplaintif/SVE Enterprise mempunyai kepentingan insuran bagi
motorlori treler no. pendaftaran BJC 2410 dan Defendan hendaklah
membayar pampasan selaras dengan terma-terma di dalam polisi insurans
tersebut.

[30] Mahkamah juga mendapati bahawa Plaintif-plaintif tidak memungkiri


manamana terma di dalam polisi insurans tersebut sepertimana yang didakwa
oleh Defendan.

[31] Walaubagaimanapun, mahkamah mengambil maklum bahawa jumlah


pampasan yang perlu dibayar oleh Defendan akan melibatkan beberapa faktor
seperti umur kenderaan dan harga pasaran dan faktor-faktor lain yang
diperuntukan di dalam polisi insurans tersebut.

[32] Oleh itu, atas imbangan kebarangkalian, mahkamah membenarkan


tuntutan Plaintif di bawah A 14A dan/atau Kandungan 52 untuk gantirugi am
iaitu pampasan yang perlu dibayar oleh Defendan untuk ditaksirkan, faedah
5% setahun dikira dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh dan
kos tindakan mengikut skala.

You might also like