You are on page 1of 9

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU

DI DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA


GUAMAN NO.: B53F-001-10 TAHUN 2019

ANTARA

SALEEM SAAED
(NO. K/PT: 651018-14-8893) … PLAINTIF

DAN

1. FAWAZ FAIRUZ
(NO. K/P: 691224-28-9801)

2. AWATNI NEWS SDN BHD


(NO. SYARIKAT: 6784930-MN)

3. BERITA 9 SDN BHD


(NO. SYARIKAT: 9984383-K) … DEFENDAN-DEFENDAN

ALASAN PENGHAKIMAN

LATAR BELAKANG

1. Defendan momohon perintah dibawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) dan/atau (d)


Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan
Plaintif melalui lampiran 7.

2. Plaintif menentang lampiran 7.

3. Mahkamah merujuk kepada antaranya suratcara-suratcara yang berikut:


3.1 Writ bertarikh 2.10.2019;
3.2 Pernyataan Tuntutan bertarikh 2.10.2019;
3.3 Pernyataan Pembelaan bertarikh 9.10.2019;
3.4 Jawapan kepada Pernyataan Pembelaan bertarikh 16.10.2019;

1
3.5 Notis Permohonan bertarikh 13.11.2019;
3.6 Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Fawaz Fairuz pada 13.11.2019;
3.7 Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Saleem Saaed pada 20.11.2019; dan
3.8 Afidavit Balasan yang diikarkan oleh Fawaz Fairuz pada 27.11.2019.

FAKTA MENYERLAH

4. Plaintif adalah seorang warganegara India yang bermastautin tetap di Malaysia dan
merupakan seorang Pendakwah Islam. Plaintif telah menyampaikan dakwah di
Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan pada 8.8.2019. Dalam dakwahnya, Plaintif
telah menyeru umat Islam untuk tidak mendiskriminasi orang lain berdasarkan
penampilan, status sosial atau kepercayaan mereka.

5. Pada 9.8.2019, Plaintif telah dituduh oleh Defendan Pertama dan Kedua melalui satu
siaran berita di Awatni. Plaintif juga telah dituduh oleh Defendan Ketiga melalui satu
terbitan akhbar Berita @ 9.

6. Pada 11.8.2019, Defendan Pertama telah membuat satu laporan polis ke atas Plaintif
kerana ceramah Plaintif telah mengganggu keharmonian kaum di Malaysia.

7. Plaintif telah mengeluarkan surat tuntutan bertarikh 3.9.2019 kepada Defendan


Pertama melalui peguamcaranya Tetuan Hanif Hassan & Co., antara lain menuntut
Defendan Pertama untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka.

8. Pada 2.10.2019, Plaintif telah memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan.

9. Defendan memohon kepada Mahkamah ini supaya menolak Writ dan Pernyataan
Tuntutan yang telah difailkan oleh Plaintif.

PERTIMBANGAN DAN KEPUTUSAN

10. Mahkamah telah mempertimbangkan suratcara-suratcara yang berkaitan bagi


menangani permohonan Defendan-Defendan pada lampiran 9.

2
11. Mahkamah mendapati bahawa terdapat kerugian serta kerosakan yang besar dihadapi
oleh Plaintif dari segi undang-undang yang telah dilakukan oleh Defendan-Defendan
berdasarkan tuduhan yang dilakukan, diterbitkan dan juga disiarkan terhadap Plaintif
yang merangkumi tort fitnah. Perkara ini menujukkan wujudnya kausa tindakan yang
munasabah iaitu isu perundangan untuk dibicarakan. Kerugian dan kerosakan yang
dialami oleh Plaintif ini juga menunjukkan bahawa Plaintif menuntut kembali haknya
melalui proses yang betul iaitu menerusi keadilan mahkamah. Justeru, tiada isu
penyalahgunaan proses mahkamah yang boleh dijadikan alasan untuk menolak
permohonan pembatalan pliding Plaintif.

12. Mahkamah juga telah mempertimbangkan bahawa kesalahan tort fitnah yang
dilakukan oleh Defendan-Defendan ini adalah diperuntukkan di bawah Akta Fitnah
1957. Kewujudan fitnah yang telah dibuktikan oleh Plaintif menunjukkan bahawa
Defendan-Defendan sememangnya bertanggungan di bawah peruntukan undang-
undang.

13. Mahkamah mempertimbangkan bahawa permohonan maaf adalah mencukupi untuk


menebus segala kerugian dan kerosakan yang dialami oleh Plaintif seperti yang diakui
oleh Defendan-Defendan dan seterusnya dijadikan alasan untuk membatalkan
permohonan pliding ke atas Plaintif, adalah amat tidak adil, tidak wajar dan tidak suai
manfaat.

14. Memandangkan hal di atas menunjukkan wujudnya kesalahan tort fitnah yang
dilakukan keatas Plaintif, adalah signifikan untuk mahkamah meneliti dan
mempertimbangkannya bagi mencapai satu keputusan yang adil.

15. Sekiranya keterangan afidavit menunjukkan bahawa terdapat tuduhan yang


dilemparkan oleh Defendan Pertama, diterbitkan dan disiarkan oleh Defendan Kedua
dan Ketiga ke atas Plaintif dimana ia adalah satu kesalahan dalam undang-undang tort
maka, isu dan persoalan undang-undang ini perlu dibicarakan oleh Mahkamah.
Justeru itu, permohonan pembatalan pliding perlu ditolak oleh Mahkamah. Mengenai
perkara ini Mahkamah merujuk kepada kes New Straits Times (Malaysia) Bhd v
Kumpulan Kertas Niaga Sdn Bhd & Anor [1984] 1 MLRA 771 dimana telah
diputuskan bahawa:-

3
“In respect of sub-paragraph (a) of r 19(1) only the four corners of the statement of
claim is considered to determine whether there is disclosed a reasonable cause of
action. The court does not consider any affidavit to determine this question. A
"reasonable cause of action" simply means a factual situation the existence of which
entitles one person to obtain from the court a remedy against another person. The test
to be applied is whether on the face of the statement of claim, the court is prepared to
say that the cause of action is obviously unsustainable.”

16. Mahkamah juga bersetuju dengan otoriti oleh Mahkamah Agung yang dikemukakan
oleh Plaintif iaitu kes Mahkamah Rayuan dalam kes Sivarasa Rasiah & Ors v Che
Hamzah Che Ismail & Ors [2012] 1 MLRA 255:-

“A striking out order should not be made summarily by the court if there is issue of
law that requires lengthy argument and mature consideration. It should also not be
made if there is an issue of fact that is capable of resolution only after taking viva
voce evidence during trial.. If one has to go into lengthy and mature consideration in
detail of the issues of law and/or fact, then the matter is not appropriate to be struck
out summarily. It must be determined at trial.”

17. Sebaliknya jika isu ini adalah tidak jelas dan memuaskan Mahkamah untuk
menghakiminya melalui bantuan keterangan afidavit, maka ia menjadi isu yang perlu
dibicarakan secara penuh. Dalam kes terkini iaitu kes Aldar For Construction And
Architecture v Majlis Agama Islam Negeri Johor [2020] 1 MLRH 191, mahkamah
memutuskan bahawa:

“The burden of proof remains on the plaintiff to prove its existence and its case
against the defendant. The materials put up by the defendant to disprove the existence
of the plaintiff was not clear enough, as the manner of registration of the plaintiff has
not been alluded to and cannot be determined summarily at this stage.On the matter
of the property which from the record showed that it belonged to other persons, I feel
that the right to sell can be derived from those owners. This by itself would raise a
triable issue, and not necessarily equate a fit and proper case for striking out.”
[Emphasis Added]

4
18. Mahkamah juga telah memutuskan bahawa isu ini tidak boleh diputuskan melalui
bantuan keterangan afidavit kerana isu ini memerlukan satu perbicaraan adil
dijalankan serta kes ini tidak boleh diadili dengan hanya melalui keterangan afidavit
yang tidak mencukupi dan jelas. Mengenai perkara ini mahkamah telah merujuk
kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu kes Ang Game Hong
& Anor v Tee Kim Tiam & Ors [2019] 6 MLRA 477:-

“Then by way of an originating summons, the plaintiff commenced an action against


the defendants, seeking for the overpaid sum. The 3rd defendant applied to strike out
the originating summons pursuant to O 18 r 19(1)(a), (b), (c) and (d) of the Rules of
Court 2012. In dismissing the defendant's application, the Judicial Commissioner
held that the originating summons was not a plain and obvious case for striking out
as there were triable issues which warranted a full hearing. The 3rd defendant
appealed to the Court of Appeal which allowed it.”

19. Dalam kes semasa, Plaintif telah berhujah bahawa permohonan pembatalan pliding
oleh pihak Defendan-Defendan adalah tidak wajar kerana terdapat isu yang perlu
dibicarakan serta bantuan keterangan afidavit daripada kedua-dua pihak juga tidak
mencukupi. Justeru, ini bukannya kes yang nyata dan mudah kerana ia memerlukan
perbicaraan yang penuh dan adil bagi meletakkan kembali hak Plaintif yang terjejas..
Mengenai perkara ini, mahkamah telah merujuk kepada kes Bandar Builder Sdn Bhd
v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 1 MLRA 611 dimana mahkamah
telah memutuskan bahawa:-

“The learned counsel for the plaintiff submitted that the cause of action of the writ
action was not obviously unsustainable as reflected in the affidavits that there were
triable issues involved. And the plaintiff should not be deprived of its day in court.”

20. Mahkamah berpuas hati bahawa Plaintif berjaya menunjukkan kepada Mahkamah
bahawa terdapat isu untuk dibicarakan melalui saksi yang perlu dipanggil semasa
perbicaraan.

5
21. Mengenai perkara di atas, mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan
iaitu kes Mohd Afrizan Hussain v Thein Hong Teck & Ors And Another Appeals
[2017] 5 MLRA 71 yang telah memutuskan bahawa:-

"[43] The facts, in our view, are not clear whether the partnership had only five
members at the time of the presentation of the winding up petition against the
partnership at the Malacca High Court. On the facts of the instant case we are of the
view that the issue of how many members of the partnership were there at the time of
the presentation of the winding up petition against the partnership could only be
determined in a full trial where witnesses ought to be called and to be cross-examined
so that full evidence on the matter are made available to the court for the court to
make a proper finding on the issue."

22. Justeru adalah wajar bagi mahkamah ini meneliti keterangan lanjut melalui proses lain
iaitu melalui keterangan daripada saksi-saksi yang diperiksa dan diperiksa balas
secara bicara penuh bagi membantu Mahkamah dalam memutuskan sama ada
Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga telah melakukan tort fitnah terhadap Plaintif.

23. Isu mengenai sama ada Defendan-Defendan adalah bertanggungan ke atas kerosakan
dan kerugian seperti yang diplidkan oleh Plaintif dalam Perenggan 8 Pernyataan
Tuntutan adalah isu yang hanya boleh diputuskan oleh Mahkamah ini setelah saksi-
saksi dipanggil untuk memberikan keterangan dan membantu mahkamah bagi
mengenalpasti sama ada tort fitnah telah dilakukan oleh Defendan-Defendan.

24. Sekiranya satu perbicaraan penuh dijalankan, Mahkamah berpuas hati bahawa
keterangan saksi menunjukkan defendan wajar bertanggungan dari segi undang-
undang dan adalah adil, wajar dan suai manfaat untuk Mahkamah ini memerintahkan
supaya tuntutan Plaintif dibenarkan.

25. Seterusnya, adalah menjadi tugas mahkamah sebagai sebuah institusi yang hanya
menegakkan keadilan untuk memberikan penghakiman sewajarnya terhadap pihak-
pihak dalam kes ini.

6
26. Oleh hal yang demikian, amat jelas bahawa keadilan dalam sesuatu kes sivil itu hanya
akan berlaku jika mangsa yang mengalami kerosakan dan kerugian akibat perbuatan
pelaku tort diberikan perintah bayaran gantirugi yang sewajarnya oleh Mahkamah.
Dalam kes semasa, keterangan saksi adalah diperlukan terlebih dahulu untuk
Mahkamah memutuskan isu perundangan yang wujud.

PANDANGAN MAHKAMAH MENGENAI HUJAHAN DEFENDAN

27. Defendan-Defendan berhujah bahawa Plaintif tidak mempunyai sebarang kausa


tindakan terhadap Defendan-Defendan kerana kenyataan yang dikeluarkan bukan
fitnah dan adalah fakta yang benar.

28. Mahkamah mendapati sukar untuk menerima hujahan ini kerana kenyataan tersebut
telah memenuhi elemen-elemen tort fitnah dan menimbulkan isu perundangan yang
kuat dan kukuh untuk dibicarakan yakni terdapat kausa tindakan yang munasabah.

29. Defendan-Defendan bergantung kepada kes Badrulshah Daud v Leonard Nathan &
Ors [2009] 7 MLRH 885.

30. Mahkamah telah mempertimbangkan kes ini dan mendapati bahawa hujahan
Defendan-Defendan gagal diperkukuh, maka tidak sepatutnya diterima.

31. Ini adalah kerana kes ini memutuskan bahawa elemen pertama tort fitnah iaitu
wujudnya kenyataan yang berunsur fitnah sudah memadai dan merit bagi asas-asas
(ingredients) lain tidak perlu dipertimbangkan lagi jika elemen tersebut tidak dipenuhi
dalam penetapan kausa tindakan yang munasabah. Ia menyatakan seperti yang
berikut:

“Since the words in the letter were not defamatory of the plaintiff it was not necessary
to consider the merits of the other ingredients. The plaintiff did not have a cause of
action against the defendants.”

32. Dalam kes terkini, kesemua elemen tort fitnah telah dipenuhi dan kandungan
Pernyataan Tuntutan Plaintif menunjukkan bahawa terdapat kausa tindakan yang

7
munasabah. Justeru pemakaian prinsip dalam kes di atas sebenarnya berpihak kepada
Plaintif.

33. Defendan-Defendan juga berhujah bahawa ganti rugi yang dikemukakan oleh Plaintif
adalah tidak berasas kerana tuntutan permohonan maaf sahaja sudah mencukupi untuk
membersihkan nama dan reputasi Plaintif dan ini menunjukkan Plaintif dengan
sengaja mengambil kesempatan terhadap Defendan-Defendan dan seterusnya
menyalahgunakan proses mahkamah.

34. Hujahan tersebut diperkuat dengan kes Ansa Teknik (M) Sdn Bhd v Cygal Sdn Bhd
[1989] 2 MLJ 423 seperti yang berikut:

“The contents of the statement of claim contained particulars that were intended to
embarrass the defendant and it was certainly an abuse of the process of the court
when the plaintiff filed the statement of claim together with the writ of summons.”

35. Mahkamah telah mempertimbangkan kes ini dan menolak perkaitan antara tuntutan
ganti rugi Plaintif dengan penyalahgunaan proses mahkamah.

36. Sebetulnya, penyalahgunaan proses mahkamah hendaklah dikaitkan dengan


kemunasabahan sesuatu kausa tindakan. Ini kerana kausa tindakan yang munasabah
menyimpulkan bahawa tindakan yang dibawa adalah bersifat bona fide, maka tiada
penyalahgunaan proses mahkamah.

KESIMPULAN

37. Atas alasan-alasan yang dinyatakan dan setelah dipertimbangkan suratcara-suratcara


yang berkaitan dan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah menolak permohonan
pembatalan pliding oleh Defendan dengan kos sebanyak RM 4,000.

8
Disediakan oleh:

t.t.
(SHAHRUL MIZAN BIN ISMAIL)
Hakim Sesyen 7
Mahkamah Sesyen 7
Kota Bahru
Kelantan
Bertarikh: 19 Februari 2020

Bagi pihak Plaintif:


Ayuna binti Yussoff
Natasha Adilla binti Mahazir
Anis Zafirah Iman binti Zaharuddin
Tetuan Hanif Hassan & Co.
P.O Box 15, Bilik Latihan Guaman,
Fakulti Undang-Undang UKM,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Bagi pihak Defendan:


Kuhan Pillai a/l Anbalakan
Dzvuriyah Velayit binti Hussein
Wong Yee Liin
Aqil, Aqilah, Adnin & Co.
P.O Box 14, Bilik Latihan Guaman,
Fakulti Undang-Undang UKM,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

You might also like