You are on page 1of 5

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI HULU LANGAT

DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN


SAMAN NO. : 10005-016-0433-2020

ANTARA
ASZLINA BINTI ROSMAN
[NO. K/P: 810901-10-5788] ...PLAINTIF
DENGAN
MOHAMMAD BIN YUSOFF
[NO. K/P: 790102-06-6123] …DEFENDAN

PERNYATAAN TUNTUTAN

[TUNTUTAN MUT’AH]

1. Plaintif, ASZLINA BINTI ROSMAN (NO. K/P: 810901-10-5788) beralamat di No. 23,
Kampung Sentosa, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan adalah bekas isteri
kepada Defendan.

“Sesalinan kad pengenalan dilampirkan dan ditandakan sebagai


Lampiran “AR-1”

2. Defendan, MOHAMMAD BIN YUSOFF (NO. K/P: 790102-06-6123) yang beralamat


di No. 22A-1, Jalan Sunway 3/2A, Bandar Sunway Semenyih, 43500 Semenyih,
Selangor Darul Ehsan adalah merupakan bekas suami kepada Plaintif.

3. Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 29.05.2004 di Daerah Hulu Langat dan
telah didaftar dengan nombor bilangan daftar nikah A 647/2004. Plaintif dan
Defendan telah bercerai kali pertama pada 13.10. 2012 dengan talak dua (2) secara
talaq rajie di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah yang mana telah disahkan oleh
Mahkmah Rendah Syariah Hulu Langat melalui kes Saman No. 10005-054-26633-
2012.

4. Plaintif dan Defendan telah rujuk semula pada hari yang sama perceraian berlaku
dan rujuk tersebut telah didaftar di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dengan
nombor bilangan daftar rujuk 126/2019.

5. Hasil dari perkahwinan Plaintif dan Defendan tersebut, mereka dikurniakan 3 orang
cahayamata iaitu:-

i. Faris Hilmie Bin Mohammad


1
[No. K/P: 050629-10-1737 / No. Sijil Kelahiran: BN 09650]
ii. Hezriq Shah Bin Mohammad
[No. K/P: 071207-10-1115 / No. Sijil Kelahiran: BY 36430]
iii. Mia Airisya Binti Mohammad
[No. K/P: 120206-10-0928 / No. Sijil Kelahiran: CQ 85316]

(selepas ini dirujuk sebagai “anak –anak tersebut”).

“Sesalinan Sijil kelahiran anak tersebut dilampirkan dan ditandakan sebagai


Lampiran “AR-2”

6. Sepanjang tempoh perkahwinan Plaintif dan Defendan, Plaintif telah menjalankan


tanggungjawab sebagai isteri yang taat dan ibu yang baik kepada anak-anak
tersebut sewajarnya mengikut hukum Syara’ dan peruntukan undang-undang.

7. Plaintif dan Defendan kemudiannya telah bercerai kali kedua pada 10.05.2019
dengan talak satu kali ketiga berjumlah tiga (3) talak secara talaq bain kubra di luar
dan tanpa kebenaran Mahkamah yang mana telah disahkan oleh Mahkamah
Rendah Syariah Hulu Langat melalui kes Saman No. 10027-054-0804-2019.

“Sesalinan Penghakiman bertarikh 11.11.2019 dilampirkan dan ditandakan sebagai


Lampiran “AR -3”

3. Sehingga kini, tiada sebarang perintah dari mana-mana Mahkamah diputuskan


berhubung dengan tuntutan mut’ah Plaintif.

4. Sejak awal perkahwinan lagi dan sepanjang tempoh 15 tahun perkahwinan,


Defendan mendapat layanan yang cukup baik dari Plaintif dengan menyediakan
pelbagai keperluan dan kemudahan yang diperlukan oleh Defendan, bahkan Plaintif
tidak pernah sama sekali menyakiti Defendan secara mental dan/atau fizikal
sehinggalah Defendan mulai berubah sikap dan mula mengabaikan Plaintif sebagai
isteri yang sah kepada Defendan.

5. Plaintif memplidkan bahawa pada awal perkahwinan Plaintif bekerja sebagai kerani
di sebuah syarikat firma guaman dengan gaji sebanyak RM1,200.00. Plaintif
kemudiannya telah berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa untuk
memberi tumpuan sepenuhnya untuk menjaga makan pakai dan kebajikan Defendan
dan anak-anak mereka.

2
6. Dalam tempoh perkahwinan tersebut, Defendan telah menubuhkan syarikat
perniagaan elektrikal Edisi Mahir Engineering sekitar tahun 2009 hingga kini.
Defendan telah menggunakan nama Plaintif sebagai rakan kongsi. Pendapatan dari
perniagaan Defendan boleh mencecah RM65,000.00 hingga RM100,000.00 atau
lebih sebulan namun, Plaintif tidak pernah dibayar apa-apa gaji, elaun atau hasil
keuntungan dari perniagaan tersebut. Meskipun begitu, Plaintif tidak pernah
merungut malah masih setia berada di sisi Defendan dan menjalankan
tanggungjawab sebagai isteri yang taat.

7. Plaintif menyatakan bahawa bukan sahaja Plaintif tidak dibayar sebarang imbuhan
dari perniagaan tersebut, malah Plaintif telah berhadapan dengan masalah besar
apabila pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) membawa tindakan
tuntutan sivil terhadap Plaintif untuk menuntut cukai pendapatan yang terhutang
kepada kerajaan sebanyak RM92,855.13 dan akibatnya, nama Plaintif telah
disenarai hitam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen dan
dihalang dari keluar Malaysia.

8. Masalah ini timbul kerana Defendan telah menipu pihak LHDN kononnya Plaintif ada
menerima hasil keuntungan perniagaan Edisi Mahir Engineering dan Defendan telah
meniru tandatangan Plaintif. Akibat tindakan Defendan, Plaintif telah mengalami
tekanan perasaan dan terpaksa berulang alik ke LHDN selama setahun untuk
membersihkan nama Plaintif dan supaya tindakan terhadap Plaintif digugurkan.

9. Sepanjang tempoh pernikahan, Defendan adalah seorang yang panas baran, kaki
pukul dan selalu menipu Plaintif. Pada 04.12.2018, Defendan pernah memukul
Plaintif di bahagian tangan kiri sehingga lebam ketika Plaintif membangkitkan isu
tindakan pihak LHDN terhadap Plaintif.

10. Defendan juga pernah menumbuk Plaintif dibahagian kepala sehingga berdarah.
Kejadian berlaku pada bulan puasa tahun 2018 ketika Plaintif dan Defendan berada
di dalam kereta dan kejadian disaksikan oleh anak-anak mereka. Kejadian berlaku
apabila Defendan marah kerana Plaintif menghalang Defendan dari keluar berbuka
bersama rakan-rakan bikers beliau sedangkan Defendan telah berjanji untuk berbuka
puasa bersama anak-anak dan membawa mereka keluar membeli baju raya.

11. Plaintif telah lama bersabar dengan sikap Defendan dan cuba mempertahankan
rumah tangga yang dibina selama 15 tahun, namun apabila Defendan telah

3
menggunakan kekerasan dan mencederakan Plaintif, perceraian adalah jalan yang
terbaik buat Plaintif dan anak-anak.

12. Sepanjang tempoh perkahwinan, sebagai seorang isteri, Plaintif telah banyak
memberi sokongan moral untuk memastikan Defendan berjaya dalam perniagan
Defendan.

13. Sepanjang tempoh tersebut juga, Plaintif terpaksa berkorban mengambil alih tugas-
tugas Defendan dalam menguruskan anak-anak dan rumahtangga dan Defendan
melepaskan tanggungjawab tersebut sepenuhnya atas bahu Plaintif atas alasan
Plaintif suri rumah sepenuh masa. Sedangkan Defendan selalu keluar malam
melepak bersama rakan-rakan bikers dan hanya pulang ke rumah sekitar pukul 4 5
pagi.

14. Plaintif memplidkan bahawa Plaintif bahawa Plaintif sebenarnya berhak dan layak
untuk mendapatkan mut’ah sebanyak RM 200,000.00 daripada Defendan dengan
mengambil kira jasa dan pengorbanan Plaintif memandangkan Defendan telah
menceraikan Plaintif tanpa alasan yang munasabah setelah 15 tahun hidup bersama
sebagai suami isteri.

15. Plaintif amat yakin bahawa Defendan mempunyai kemampuan untuk membayar
tuntutan mut’ah kepada Plaintif sebanyak RM200,000.00 hasil perniagaan Defendan
yang telah beroperasi sejak tahun 2009 yang mana anggaran pendapatan dari
perniagaan Defendan boleh mencecah RM65,000.00 hingga RM100,000.00 atau
lebih sebulan.

16. Oleh yang demikian, Plaintif yakin dan percaya Defendan adalah seorang yang
berkemampuan untuk membayar tuntutan mut’ah tersebut.

17. Plaintif dengan rendah hati memohon dari Mahkamah Yang Mulia ini perintah seperti
berikut:-

(a) Bahawa Defendan diperintahkan membayar Plaintif Mut’ah saguhati


Perceraian sebanyak RM200,000.00 di bawah Seksyen 58 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

4
(b) Cara bayaran Mut’ah hendaklah dibuat dengan cara deposit ke dalam
akaun Plaintif bernama ASZLINA BINTI ROSMAN, Nombor Akaun:
12195020114190 Bank: BANK ISLAM MALAYSIA

(c) Kos bagi tindakan ini ditanggung oleh Defendan; dan

(d) Apa-apa relief yang difikirkan sesuai dan munafaat oleh Mahkamah Yang
Mulia ini.

Bertarikh pada 20 haribulan, Julai , 2020.

………………………………
Peguam Syarie Plaintif

PERNYATAAN TUNTUTAN TERPINDA ini difailkan oleh Tetuan Najmuddin & Partners,
Peguam Syarie bagi Plaintif yang beralamat di No. 5-A, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman
Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor.
No. Tel : 03-87343743 / 019-3709183

You might also like