You are on page 1of 14

Hanipah Bi Daud & Satu Lagi

[2006] 1 MSLR lwn. Abdul Rahiman Dawood & Satu Lagi 235

HANIPAH BI DAUD & SATU LAGI


lwn.
ABDUL RAHIMAN DAWOOD & SATU LAGI

Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur


Zulfikri Yasoa H
[Kes Mal No: 14600-044-0074-2006]
21 Disember 2006

PENGHAKIMAN

Zulfikri Yasoa H:

[1] Kes ini adalah satu permohonan interlokutori yang dibuat oleh pemohon-
pemohon bagi menahan penerima dan pengurus yang dilantik oleh pemegang
debentur sementara Pengistiharan Hibah dalam kes 14200-044-0402-2005
dilaksanakan. Dalam kes tersebut yang melibatkan pihak-pihak yang sama.
Kes tersebut telah selesaikan dibicarakan dan diselesaikan dengan persetujuan
bersama antara pihak pemohon-pemohon dan responden pertama pada 14
Disember 2005. Dalam kes tersebut satu perintah dikeluarkan yang berbunyi:

1. Bahawa mahkamah mengesahkan pengisytiharan Hibah yang


dibuat di antara responden dan pemohon-pemohon melalui surat
hibah bertarikh 14 November 2000.

2. Pengisytiharan hibah tersebut mengikat semua wakil, waris, orang


yang diserahkan kedua-dua belah pihak atau mana-mana pihak ketiga
yang lain untuk membuat transaksi dan/atau urusan ke atas eset yang
dinyatakan di dalam hibah tersebut.

[2] Dalam surat deklarasi hibah yang dibuat oleh responden pertama,
responden pertama telah menghibahkan 10% daripada sahamnya di dalam
Azrahi Hotel Sdn Bhd kepada pemohon pertama, 10% daripada sahamnya
juga kepada pemohon kedua dan 10% daripada sahamnya juga kepada
penerima hibah lain yang bernama Fatimah binti Dawood (KP: 1301084).
Surat deklarasi hibah itu ditulis dalam Bahasa Inggeris yang berbunyi:

Re: Declaration Of Hibah

Property: Azrahi Hotel Sdn Bhd held under PT No 5744 and 5330
Town and District of Seremban, State of Negeri Sembilan Darul
Khusus

I, Abdul Rahman Bin AS Dawood (Nric No 8372034) hereby


solemnly and voluntarily give by way of 'Hibah' 10% of my undivided
share on the abovesaid property as to Fatimah Binti Dawood [Nric:
1301084], 10% my undivided share on the abovesaid Property to
Hanipah Bi Binti Daud [Nric: 1301083]; and 10% of my undivided
Hanipah Bi Daud & Satu Lagi
236 lwn. Abdul Rahiman Dawood & Satu Lagi [2006] 1 MSLR

share on the abovesaid Property to Jamilah Binti Sheikh Daud [Nric


No 1301064] by consideration of my love and affection.

[3] Dalam kes ini mahkamah tidak ditunjukkan berapakah jumlah saham yang
dimiliki oleh responden di dalam Azrahi Hotel semasa hibah dibuat. Namun
untuk membuat keputusan dalam kes ini, mahkamah telah berpeluang
meneliti alasan penghakiman dalam kes 14200-044-0402-2005. Dalam kes
tersebut ada dicatatkan di dalam Borang 24 Akta Syarikat 1965 (P6) bahawa
Azhari Hotel dimiliki 100% oleh Drard Holding Sdn Bhd Drard Holding Sdn
Bhd pula dimiliki 100% oleh Azrahi Holding Sdn Bhd Azrahi Holding
dimiliki oleh responden 1 dan responden 2 dengan kadar 50% setiap seorang.
Oleh kerana perintah berkenaan dengan hibah tersebut telah disahkan, maka
pemilikan saham Azrahi Hotel menjadi berubah. Responden 1 telah
menghibahkan 30% daripada sahamnya. Oleh kerana kadar saham responden
1 hanya 50%, maka kadar saham yang dihibah adalah 15% dari keseluruhan
saham Azrahi Hotel. Oleh itu, selepas hibah, Drard Holding memiliki 85%
saham Azrahi Hotel dengan reponden 1 sebanyak 35% saham dan responden
2 sebanyak 50% saham. Setiap penerima hibah pula memiliki 5% saham
Azrahi Hotel.

[4] Semasa hibah itu dibuat hartanah (Azrahi Hotel) berkenaan dalam cagaran
kepada Affin Bank Berhad (Dahulu dikenali sebagai 'BSN Commercial Bank
Bhd). Daripada affidavit pemohon-pemohon mahkamah mendapati bahawa
pihak responden telah gagal membuat bayaran kepada bank pembiaya yang
menyebabkan pihak bank (Affin Bank) telah melantik penerima dan pengurus
bagi menjamin kepentingan bank dalam hartanah berkenaan. Perlantikan
dibuat berdasarkan s 186(1) Akta Syarikat 1965. Dalam eks. HJ5, pihak Affin
Bank telah melantik En Lim Tian Huat sebagai penerima dan pengurus
hartanah berkenaan di dalam borang 59 Akta Syarikat 1965 berdasarkan kuasa
dalam debentur bertarikh 13 Jun 1997. Perlantikan tersebut dibuat pada 31
Januari 2005.

[5] Pada 14 November 2005, responden telah membuat perakuan di bawah s


48 Akta Setem 1949, Surat Hibah yang bertarikh 4 November 2000 dengan
nilai setem hasil sebanyak RM100 di Pejabat Setem Seremban. Surat Hibah
inilah yang menjadi perkara pokok dalam perkara hibah ini. Mahkamah ini
tidak berhajat untuk menyentuh keesahan Hibah yang dibuat, oleh kerana
Hibah tersebut telah diisytiharkan sah oleh mahkamah dalam kes 14200-044-
0402-205 pada 14 Disember 2005.

[6] Sebelum mendapat perintah pengisytiharan tersebut pemohon telah


menghantar surat bertarikh 25 November 2005 kepada penerima dan pengurus
yang dilantik oleh pemiutang kepada harta yang dihibah itu supaya tidak
mengganggu, berurusan, membuat transaksi, transfer, caj dan membahagi apa-
apa saham dan aset di bawah Azrahi Hotel Sdn Bhd dengan alasan kes 14200-
044-0402-2005 di Mahkamah Tinggi Syariah masih dalam prosiding.
Penerima dan pengurus yang dilantik oleh pihak bank telah membalas surat
tersebut pada 8 Disember 2005 menyatakan bahawa penerima dan pengurus
tidak terikat dengan permintaan pemohon dan seterusnya menyatakan
bahawa aset Azrahi Hotel hendaklah diuruskan mengikut terma dalam
Hanipah Bi Daud & Satu Lagi
[2006] 1 MSLR lwn. Abdul Rahiman Dawood & Satu Lagi 237

debentur dan peruntukan dalam Akta Syarikat 1965. Pada 12 Januari 2006,
pemohon sekali lagi menghantar surat kepada penerima dan pengurus iaitu En
Lim Tian Huat dengan mengepilkan perintah kes 14200-044-0402-205
bertarikh 14 Disember 2005.

[7] Pada 14 April 2006 pula pemohon telah menfailkan kes ini. Dalam kes ini
pemohon memohon:

i. Selari dengan Perintah Pengiystiharan Hibah bertarikh 14 Disember


2005 yang mengikat mana-mana pihak ketiga daripada membuat apa-
apa transaksi dan urusan ke atas aset yang dinyatakan di dalam hibah
bertarikh 14 November 2000, pihak-pihak ketiga adalah termasuk
penerima (receiver) dan pengurus (manager) ke atas aset tersebut.
Oleh yang demikian, perlantikan penerima dan pengurus yang dibuat
ke atas aset tersebut adalah ditahan dan diberhentikan serta-merta
sementara Perintah Pengisytiharan Hibah bertarikh 14 Disember 2005
dilaksanakan dan dimuktamadkan.

ii. Atas dasar pemeliharaan dan penjagaan aset tersebut dan bagi
membolehkan responden 1 dan responden 2 menyempurnakan
Pengisytiharan Hibah bertarikh 14 November 2000 tersebut secara
langsung atau tidak langsung, maka;

ii(a) Apa-apa prosiding undang-undang lain, selain dari prosiding


Mahkamah Syariah yang relevan, terhadap responden 1 dan
responden 2 sama ada secara terus atau terhadap syarikat-syarikat
nomini milikan mereka, digantung sementara perintah Pengisytiharan
Hibah tersebut disempurnakan; dan

ii(b) Apa-apa persetujuan, perjanjian konsesi dan/atau amanah yang


memberi manfaat kepada responden 1 dan 2 dan atau syarikat-syarikat
nomini milikan, secara spesifiknya seperti berikut: Surat Awad
Jabatan Bekalan Air, Negeri Sembilan bertarikh 16 April 1997,
Konsesi penswastaan bekalan air Negeri Sembilan, hendaklah
disempurnakan dan dimuktamadkan.

iii. Apa-apa perintah dan relif yang difikirkan wajar dan patut oleh
Mahkamah Yang Mulia ini, dan

iv. Kos guaman dan mahkamah ditanggung oleh pihak masing-


masing.

[8] Dalam kes ini pemohon-pemohon telah membawa tuntutan ini terhadap
responden 1 dan 2. Namun jika diperhatikan secara mendalam, perintah yang
dipohon sebenarnya adalah untuk menahan penerima dan pengurus yang
dilantik Affin Bank iaitu En Lim Tian Huat dari menjalankan tugasnya
mengikut kuasa yang ada dalam debentur bertarikh 13 Jun 1997 dan juga
perintah yang menghendaki Kerajaan Negeri Sembilan melaksanakan
perjanjian Konsesi penswastaan bekalan air di Negeri Sembilan kepada
syarikat responden
Hanipah Bi Daud & Satu Lagi
238 lwn. Abdul Rahiman Dawood & Satu Lagi [2006] 1 MSLR

[9] Pada hari sebutan pertama kes ini pada 18 April 2006, semua pihak telah
hadir. Pihak responden telah menyatakan kepada mahkamah bahawa
responden-responden bersetuju dengan permohonan pihak pemohon. Adalah
tidak menghairankan mahkamah dengan pendirian pihak responden kerana
perintah yang dipohon bukanlah dihasratkan untuk dilaksanakan oleh
responden-responden bahkan kepada penerima dan pengurus yang dilantik
oleh Affin Bank dan juga terhadap Kerajaan Negeri Sembilan. Berdasarkan
perintah yang dipohon pihak yang sewajarnya menjadi responden-responden
ialah penerima dan pengurus dan/atau Affin Bank Bhd serta Kerajaan Negeri
Sembilan, bukannya responden-responden sekarang.

[10] Oleh kerana tiada apa-apa bantahan oleh responden-responden, kes ini
ditetapkan untuk pemohon-pemohon memasukkan hujah pada 18 Jun 2006.
Mahkamah telah tetapkan tiga isu utama yang perlu dihujahkan oleh
pemohon-pemohon:

1. Sama ada penerima dan pengurus yang dilantik oleh Affin Bank
Berhad boleh dimasukkan dalam pengertian pihak ketiga seperti yang
terdapat di dalam perintah dalam Perintah Pengisytiharan Hibah
dalam kes 14200-044-0402-2005.

2. Kuasa-kuasa penerima dan pengurus mengikut Akta Syarikat 1965.

3. Sama ada liabiliti-liabiliti barang yang dihibah berpindah kepada


penerima hibah tersebut.

[11] Pada 19 Jun 2006, semua pihak hadir dan pemohon telah memohon
tangguhan kerana hujahan masih belum disiapkan. Kes ditangguhkan pada 19
Julai 2006. Sebutan pada 19 Julai 2006 juga ditangguhkan kerana hakim
terpaksa menghadiri kursus dan seterusnya kes ditangguh pada 27 September
2006. Pada 27 September 2006 hujah telah dimasukkan oleh pemohon-
pemohon dan kes ditangguhkan pada 12 Disember 2006, namun pada tarikh
tersebut mahkamah tidak bersidang dan kes ditangguhkan pada hari ini 21
Disember 2006 untuk keputusan.

[12] Setelah mahkamah meneliti kes ini mahkamah mendapati tiga isu utama
yang perlu diputuskan oleh mahkamah.

1. Sama ada mahkamah berbidangkuasa mendengar permohonan ini.

2. Sama ada responden adalah pihak yang betul dalam permohonan


ini.

3. Sama ada perintah yang diminta wajar diberikan oleh mahkamah.

Isu Pertama: Sama Ada Mahkamah Berbidangkuasa Mendengar Permohonan


Ini

[13] Mahkamah setelah menerima tuntutan ini mendapati bahawa ia


Hanipah Bi Daud & Satu Lagi
[2006] 1 MSLR lwn. Abdul Rahiman Dawood & Satu Lagi 239

mempunyai kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini menurut ss


46(1) dan 46(2)(b)(vi) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-
Wilayah Persekutuan) 1993 iaitu:

46. (1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang


kuasa di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah
diketuai oleh seorang Hakim Syarie.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua


tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam
dan yang berhubung dengan:

(i)...

(ii)...

(iii)...

(vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa


balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang oleh
seseorang Islam;

[14] Seperti yang saya telah jelaskan tadi, kes ini bukanlah satu tuntutan untuk
mendapatkan perintah sama ada hibah yang dibuat oleh responden 1 sah
ataupun tidak tetapi satu tuntutan untuk perintah penerima dan pengurus yang
dilantik oleh pihak Affin Bank sebagai pemegang gadaian untuk menahan diri
dari melakukan sebarang urusan terhadap hartanah yang digadai itu sehingga
hibah itu dilaksanakan. Oleh itu jelas, isunya ialah sama ada mahkamah
berbidangkuasa mengeluarkan perintah injunksi berkenaan perkara ini. Dalam
s 46 di atas tidak menyebut tentang kuasa mahkamah bagi mengeluarkan
perintah injunksi. Injunksi adalah suatu remedi, ianya bukan "subject matter".
Pendekatan yang betul dalam hal ini ialah dengan melihat sama ada
mahkamah ini berbidangkuasa atau tidak dalam "subject matter" perkara yang
menjadi persoalan. Pendekatan seperti ini telah diputuskan oleh Mahkamah
Tinggi Sivil dalam kes Abdul Shaik Md Ibrahim & Anor v. Hussein Ibrahim &
Ors [1999] 1 MLRH 713; [1999] 3 CLJ 539; [1999] 2 AMR 2472, YA Abdul
Hamid bin Mohammed dalam kes berkenaan telah tidak mengikut kes
terdahulu yang diputuskan olehnya sendiri dalam kes Majlis Agama Islam
Pulau Pinang lwn. Isa Abdul Rahman & Yang Lain [1992] 1 MLRA 240; [1992]
1 CLJ (Rep) 201 tetapi mengikuti prinsip dalam kes Soon Singh Bihar Singh v.
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah & Anor [1999] 1
MLRA 115; [1999] 2 CLJ 5; [1994] 1 AMR 923 yang mengamalkan
pendekatan 'subject matter' berbanding dengan pendekatan 'remedy prayed
for'. Pendekatan yang diambil oleh Hakim Abdul Hamid boleh dilihat di
dalam ms 546 dan 547:

The other point is in determining whether the matter before the court
falls under the jurisdiction of which court, the syariah or this court,
Hanipah Bi Daud & Satu Lagi
240 lwn. Abdul Rahiman Dawood & Satu Lagi [2006] 1 MSLR

should the court look at the subject matter of the action or the
remedies prayed for.

This issue is relevant in this case because the first two prayers of the
plaintiffs are for declarations.

In Majlis Agama Islam Pulau Pinang v. Isa Abdul Rahman & Satu Yang
Lain, the subject matter of the suit was 'wakaf'. The plaintiff/appellant
prayed for an injunction. The Supreme Court held that the claim could
only be heard by the High Court. The reason is that the
Administration of Muslim Law Enactment 1959 (Penang) did not
provide for the remedy of injunctions and therefore the syariah court
in Penang does not have the jurisdiction to issue an order of
injunction. The remedy of injunction is provided by the Specific Relief
Act 1950 (and the rules are to be found in O 53 RHC 1980) which
power is given to the High Court. Therefore, a claim for perpetual
injunction can only be heard by the High Court. That is what that case
decides.

It must be pointed out even under the Administration of Muslim Law


Enactment 1993 which replaced the 1959 Enactment, there is no
provision for the remedy of injunction or declaration and, until today,
there is still no Civil Procedure Rules or Enactment for the syariah
courts in Penang. However, there is provision for a specific kind of
injunction, that is, injunction against molestation under s 107 of the
Islamic Family Law Enactment 1985 (Penang) which is not applicable
here. So, if I were to adopt the approach laid down in Isa Abdul
Rahman regarding the two prayers, even at the outset the syariah court
has no jurisdiction to grant them.

I have, with the greatest of respect to the Supreme Court, pointed out
in Lim Chan Seng that the judgment may give rise to an undesirable
effect: a party may by the inclusion of a prayer for a remedy not
provided in the law applicable to the syariah court, remove a matter,
the subject matter of which is within the jurisdiction of the syariah
court, to the civil court.

It appears to me that the Federal Court has now adopted the 'subject
matter' approach rather than the 'remedy prayed for' approach. This is
to be found in the passage which I have reproduced earlier which
perhaps I may be excused for reproducing part of it again:

... whilst we agree with the approach adopted by Abdul


Hamid J following Habibullah, that when there is a challenge
to jurisdiction the correct approach is to look at the State
Enactments to see whether or not the syariah courts have been
expressly conferred jurisdiction on a given matter... [Emphasis
Added]

It is also important to note that in Soon Singh's case itself the remedy
Hanipah Bi Daud & Satu Lagi
[2006] 1 MSLR lwn. Abdul Rahiman Dawood & Satu Lagi 241

sought was for a declaration. Yet, the Federal Court considered the
question of jurisdiction purely on the 'subject matter' approach.

In the circumstances, I think I am no longer bound by Isa Abdul


Rahman's case. Therefore, in this case the fact the remedy prayed for
in two of the prayers is, ie, declaration does not remove the case from
the jurisdiction of the syariah court. In other words, in the present case
I do not hold that the syariah court has no jurisdiction over this matter
merely because the plaintiffs have prayed for the remedy of
declarations.

[15] Dalam kes ini "subject matter"nya ialah berkenaan dengan Hibah. Oleh
itu mahkamah ini mempunyai bidangkuasa mengeluarkan injunksi berkenaan
perkara tersebut. Kuasa mahkamah memberikan injunksi juga boleh dilihat di
dalam s 200(1) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1998. Seksyen tersebut berbunyi:

200. (1) Atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana kausa


atau perkara, sebelum atau selepas pendengaran kausa atau perkara
itu, Mahkamah boleh memberikan injunksi, sama ada atau tidak
tuntutan untuk mendapatkan injunksi itu telah dimasukkan dalam
saman, tuntutan balas atau notis pihak ketiga, mengikut mana-mana
yang berkenaan.

[16] Persoalan kedua ialah, apakah boleh mahkamah ini mengeluarkan


perintah ke atas penerima dan pengurus yang dilantik oleh pihak Affin Bank?
Apakah penerima dan pengurus tersebut termasuk dalam takrifan pihak ketiga
yang disebut di dalam perintah mahkamah dalam kes 14200-044-0402-2005?
Bagi membantu mahkamah memutuskan persoalan ini, mahkamah telah
meminta pihak pemohon menghujahkan isu ini dalam penghujahannya.
Dalam penghujahan pemohon yang diterima pada 26 September 2006,
pemohon langsung tidak menyentuh isu ini. Penghujahan tersebut hanya
berkisar tentang sama ada hibah tersebut itu sah atau tidak. dengan
hormatnya, mahkamah nyatakan di sini bahawa, mahkamah ini tidak
berhasrat untuk membuat apa-apa keputusan yang menyentuh tentang sama
ada hibah tersebut sah atau tidak. Isu keesahan hibah itu telah diputuskan oleh
mahkamah dalam kes 14200-044-0402-2005. Bukanlah kuasa mahkamah ini
untuk mempertikai atau mengakas keputusan tersebut. Keputusan tersebut
hanya boleh diakas atau dipertikai oleh mahkamah yang lebih tinggi iaitu
Mahkamah Rayuan Syariah.

[17] Oleh kerana isu yang diarahkan oleh mahkamah tidak dihujahkan oleh
pemohon bagi membantu mahkamah, mahkamah ini akan membuat
kesimpulan berdasarkan maklumat yang terhad di hadapan mahkamah sahaja.
Dalam kes ini, salah satu pihak ketiga yang dimaksudkan oleh pemohon-
pemohon ialah penerima dan pengurus yang dilantik oleh Affin Bank.
Penerima dan pengurus tersebut ialah En Lim Tian Huat (K/P: 541128-04-
5235). Soalnya apakah En Lim Tian Huat ini bertanggungan menurut perintah
Mahkamah Syariah? Tidak ada disebut di dalam affidavit pihak pemohon
bahawa Lim Tian Huat adalah seorang Islam. Dalam uruf masyarakat
Hanipah Bi Daud & Satu Lagi
242 lwn. Abdul Rahiman Dawood & Satu Lagi [2006] 1 MSLR

Malaysia, seseorang yang Islam ada terdapat pada namanya menunjukkan


nama yang digunakan oleh masyarakat Islam di Malaysia. Walaupun tidak
salah untuk menggunakan nama tersebut bagi seseorang Islam, tetapi urufnya
di Malaysia nama Lim Tian Huat bukanlah nama yang menunjukkan
pemunyanya seorang yang Islam. Oleh itu pada pendapat mahkamah,
berdasarkan nama berkenaan dan tiadanya keterangan lain yang menunjukkan
Lim Tian Huat seorang Islam, maka Lim Tian Huat adalah seorang yang
bukan Islam. Sekiranya begitu, apakah Mahkamah Syariah mempunyai
bidangkuasa ke atasnya. Bidangkuasa mahkamah telah dinyatakan di dalam s
46(2)(b) berbunyi:

dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua


tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam.

[18] Jelas sekali perintah Mahkamah Syariah hanya berkuatkuasa ke atas


orang-orang Islam semata-mata. Dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri di
dalam Jadual ke Sembilan Senarai Dua memperuntukkan bahawa kuasa
Mahkamah Syariah hanya terhad kepada orang-orang Islam sahaja. Dalam
jadual tersebut diperuntukkan:

Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan


Putrajaya,... keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-
mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke
atas orang-orang yang menganut agama Islam....

[19] Oleh itu perintah Mahkamah Syariah tidak berkesan ke atas Lim Tian
Huat.

Isu Kedua Ialah Sama Ada Responden Adalah Pihak Yang Betul Dalam
Permohonan Ini

[20] Dalam kes ini, di dalam borang MS 49 yang diisi oleh pemohon-
pemohon, ditujukan kepada responden 1 dan responden 2 bahawa perintah
yang dipohon seperti berikut:

i. Selari dengan Perintah Pengisytiharan Hibah bertarikh 14 Disember


2005 yang mengikat mana-mana pihak ketiga daripada membuat apa-
apa transaksi dan urusan ke atas aset yang dinyatakan di dalam Hibah
bertarikh 14 November 2000, pihak-pihak ketiga adalah termasuk
penerima (receiver) dan pengurus (manager) ke atas aset tersebut.
Oleh yang demikian, perlantikan penerima dan pengurus yang dibuat
ke atas aset tersebut adalah ditahan dan diberhentikan serta-merta
sementara Perintah Pengisytiharan Hibah bertarikh 14 Disember 2005
dilaksanakan dam dimuktamadkan.

ii. Atas dasar pemeliharaan dan penjagaan aset tersebut dan bagi
membolehkan responden 1 dan responden 2 menyempurnakan
Pengisytiharan Hibah bertarikh 14 November 2000 tersebut secara
langsung atau tidak langsung, maka:
Hanipah Bi Daud & Satu Lagi
[2006] 1 MSLR lwn. Abdul Rahiman Dawood & Satu Lagi 243

a) Apa-apa prosiding undang-undang lain, selain dan


prosiding Mahkamah Syariah yang relevan, terhadap
responden 1 dan responden 2 sama ada secara terus atau
terhadap syarikat-syarikat nomini milikan mereka, digantung
sementara perintah Pengisytiharan Hibah tersebut
disempurnakan; dan

b) Apa-apa persetujuan, perjanjian konsesi dan/atau amanah


yang memberi manfaat kepada responden 1 dan 2 dan atau
syarikat-syarikat nomini milikan, secara spesifiknya seperti
berikut: Surat Awad Jabatan Bekalan Air, Negeri Sembilan
bertarikh 16 April 1997, Konsesi penswastaan bekalan air
Negeri Sembilan, hendaklah disempurnakan dan
dimuktamadkan.

[21] Daripada perintah yang dipohon dalam perenggan (i) tersebut, perintah
yang dicadangkan itu bermaksud hendak dilaksanakan oleh penerima dan
pengurus yang dilantik ke atas asset tersebut. Perenggan (ii)(a) pula hendak
dilaksanakan terhadap pemegang gadaian iaitu Affin Bank. Manakala bagi
perenggan (iii) pula dihasratkan dilaksanakan ke atas Kerajaan Negeri
Sembilan.

[22] Tidak ada satu pun perintah yang dipohon dicadangkan untuk
dilaksanakan oleh responden 1 dan responden 2. Oleh itu adalah tidak
menghairankan mahkamah jika responden 1 dan responden 2 mengambil
sikap untuk tidak menentang permohonan ini.

[23] Jika begitu, apakah responden adalah pihak yang betul dalam prosiding
ini? Kepentingan menamakan pihak yang betul dalam satu-satu prosiding
boleh dilihat dalam satu kes Mahkamah Persekutuan iaitu kes Sia Kwee Hin v.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan [1999] 1 MLRA 57; [1999] 2 CLJ 1;
[1999] 2 AMR 1205. Dalam kes tersebut perayu telah merayu kepada
Mahkamah Persekutuan atas isu kuasa Mahkamah Sivil dalam persoalan
murtad. Salah satu isu lain yang dibangkitkan oleh Peguam Negara yang
mewakili responden ialah perayu telah tersalah menamakan responden
sebagai satu pihak dalam kes tersebut. Pihak yang sepatutnya menjadi pihak
dalam kes tersebut ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Isu ini
menjadi salah satu isu yang diambil kira oleh Mahkamah Persekutuan dalam
menolak rayuan perayu.

[24] Perintah injunksi dipohon terhadap penerima dan pengurus yang dilantik
oleh Affin Bank. Sebelum mahkamah membuat apa-apa keputusan tentang
injunksi yang dipohon, mahkamah perlu dimaklumkan tentang terma-terma
debentur di antara responden dan pihak Affin Bank. Mahkamah juga perlu
dihujahkan tentang kuasa yang dimiliki oleh penerima dan pengurus yang
diberikan oleh undang-undang. Dalam hal ini, mahkamah telah meminta
pihak pemohon untuk berhujah berkenaan isu kuasa-kuasa penerima dan
pengurus mengikut Akta Syarikat 1965. Namun adalah malang sekali, di
dalam hujahannya pemohon langsung tidak menyentuh apa yang diminta oleh
Hanipah Bi Daud & Satu Lagi
244 lwn. Abdul Rahiman Dawood & Satu Lagi [2006] 1 MSLR

mahkamah. Oleh itu, tanpa bantuan dari peguam pemohon, mahkamah


terpaksa membuat penyelidikan sendiri tentang isu ini. Dalam Akta Syarikat
1965 di dalam bahagian VIII ada peruntukan khusus berkenaan dengan
penerima dan pengurus. Seksyen 183(1) akta tersebut memperuntukkan
tentang tanggungjawab penerima dan pengurus:

183(1) Any receiver or other authorized person entering into


possession of any assets of a company for purpose of enforcing any
charge shall, notwithstanding any agreement to the contrary, but
without prejudice to his right against the company or any person, be
liable for debts incurred by him in the course of receivership or
possession for services rendered goods purchased or property hired
leased used occupied.

[25] Apabila penerima dan pengurus bagi sesuatu harta syarikat (property of a
corporation) dilantik, segala urusan yang menggunakan nama syarikat tersebut
hendaklah mengandungi 'penerima dan pengurus dilantik'. Ini telah
diperuntukkan di bawah s 187(1) Akta Syarikat 1965. Perlantikan penerima ini
tidak memberi sebarang kuasa untuk mereka menjalankan perniagaan
syarikat. Tugasnya hanyalah mendapatkan milikan dan melindungi harta dan
kepentingan pihak yang melantiknya.

[26] Dalam kes ini pihak yang sepatutnya dinamakan sebagai responden ialah
penerima dan pengurus iaitu En Lim Tian Huat, pemegang debentur iaitu
Affin Bank Berhad dan juga Kerajaan Negeri Sembilan dan bukannya pihak
responden kerana merekalah yang akan menerima kesan perintah yang
dipohon. Walau bagaimanapun, oleh kerana Lim Tian Huat bukan beragama
Islam, maka beliau tidak boleh menjadi pihak dalam kes ini. Timbul pula
persoalan, bagaimana dengan Affin Bank dan Kerajaan Negeri Sembilan.
Apakah Affin Bank dan Kerajaan boleh menjadi pihak dan termasuk di dalam
tafsiran 'orang' yang boleh didakwa? Dalam hal ini, mahkamah merujuk
kepada Akta Tafsiran 1948 dan 1967. Mahkamah dapati bahawa tafsiran
'person' (orang) di dalam Akta tersebut berbunyi: "person" includes a body of
person, corporate or incorporate. Oleh itu bank dan kerajaan negeri adalah
badan yang boleh mendakwa dan didakwa. Mahkamah dapati responden
adalah pihak yang tidak sepatutnya dinamakan sebagai responden dalam
permohonan ini.

Isu Ketiga Ialah Sama Ada Perintah Yang Diminta Wajar Diberikan Oleh
Mahkamah

[27] Dalam permohonan pihak pemohon-pemohon perintah yang diminta


ialah:

1. Perlantikan penerima dan pengurus yang dibuat ke atas aset


tersebut adalah ditahan dan diberhentikan serta-merta.

2. Apa-apa prosiding undang-undang lain, selain dari prosiding


Mahkamah Syariah yang relevan, terhadap responden 1 dan
responden 2 sama ada secara terus atau terhadap syarikat-syarikat
Hanipah Bi Daud & Satu Lagi
[2006] 1 MSLR lwn. Abdul Rahiman Dawood & Satu Lagi 245

nomini milikan mereka, digantung sementara.

3. Apa-apa persetujuan, perjanjian konsesi dan/atau amanah yang


memberi manfaat kepada responden 1 dan 2 dan atau syarikat-syarikat
nomini milikan, hendaklah disempurnakan dan dimuktamadkan.

[28] Aset yang menjadi subjek kepada pengisytiharan hibah ialah Azrahi Hotel
Sdn Bhd dipegang di bawah hak milik PT No 5744 53300 Bandar Seremban,
Negeri Sembilan, yang dibuat di antara responden dan pemohon-pemohon
melalui surat hibah bertarikh 14 November 2000. Surat pengistiharan hibah itu
disahkan dengan meterai setem hasil mengikut Akta Setem pada 14 November
2005. Asset tersebut telah dicagarkan kepada Affin Bank (dahulu dikenali
sebagai 'BSN Commercial Bank Bhd) melalui debentur bertarikh 13 Jun 1997.
Debentur ialah dokumen yang dikeluarkan oleh sesuatu syarikat yang
menyatakan syarat-syarat pinjaman. Apabila sesuatu syarikat hendak
meminjam wang, syarikat perlulah mencagar asetnya sebagai jaminan. Ianya
mungkin dalam bentuk cagaran tetap atau cagaran terapung atau kedua-
duanya sekali. Sekuriti terhadap harta syarikat dapat diperolehi dalam bentuk
debentur. Dalam kes ini tidak dinyatakan dengan jelas apakah-apakah syarat-
syarat yang terkandung di dalam debentur berkenaan. Jika debentur ini
bercagar, maka pemegang debentur mempunyai hak biasa pemiutang yang
bercagar. Dalam kes ini, Azrahi Hotel itu sendiri yang dicagarkan kepada
Affin Bank sebagai cagaran tetap bagi mendapatkan pinjaman daripada bank.

[29] Remedi biasa pemegang debentur apabila syarikat berada dalam keadaan
kemungkiran berkaitan dengan wang ialah membawa tindakan terhadap
syarikat untuk mendapat bayaran dan menguatkuasakan cagarannya. Jika
debentur memberi kuasa nyata untuk menjual harta yang dicagar dan ini
dikeluarkan melalui meterai biasa syarikat, maka dia mempunyai kuasa statut
untuk menjual harta itu atau melantik seorang penerima dalam keadaan
apabila syarikat gagal membuat pembayaran. Ini ditetapkan di bawah s 271
Akta Kanun Tanah Negara dan inilah yang sedang berlaku dalam kes ini.

[30] Dalam kes ini, responden telah menghibahkan sahamnya di dalam Azrahi
Hotels Sdn Bhd kepada pemohon-pemohon. Oleh kerana keterangan
berkenaan saham Azrahi Hotels Sdn Bhd tidak dimuatkan di dalam kes ini,
mahkamah telah menyemak fakta tersebut di dalam kes 14200-044-0402-2005.
Dalam eks P6 kes berkenaan, Azrahi Hotels Sdn Bhd telah ditukar nama
daripada Virtual Amber Sdn Bhd pada 7 Mei 1996. Syarikat ini mempunyai
30,000,000 saham biasa dengan nilai nominal RM1 setiap saham. Syarikat ini
dimiliki 100% oleh Drard Holding Sdn Bhd Drard Holding Sdn Bhd pula
dimiliki 100% oleh Azrahi Holding Sdn Bhd Azrahi Holding dimiliki oleh
responden 1 dan responden 2 dengan kadar 50% setiap seorang. Oleh itu
secara mudahnya responden 1 memiliki 15,000,000 saham dalam Azrahi
Hotels Sdn Bhd melalui Drard Holding Sdn Bhd Daripada jumlah ini,
sebanyak 30% saham tersebut dihibahkan kepada pemohon 1, pemohon 2 dan
seorang lagi penerima hibah yang lain. Hibah ini telah menyebabkan berlaku
perubahan dalam pemilikan saham Azrahi Hotel. Walaupun tidak ada
perubahan secara rasmi, Drard Holding Sdn Bhd kini memiliki 85% saham
Azrahi Hotel, 5% dimiliki oleh pemohon 1, 5% oleh pemohon 2 dan 5% oleh
Hanipah Bi Daud & Satu Lagi
246 lwn. Abdul Rahiman Dawood & Satu Lagi [2006] 1 MSLR

seorang lagi penerima hibah yang ketiga. Jadi jumlah saham dalam milikan
responden 1 menjadi 10,500,000 saham, pemohon 1, pemohon 2 dan
penerima hibah ketiga memiliki sebanyak 1,500,000 saham setiap orang.
Manakala responden 2 masih kekal pegangannya sebanyak 15,000,000 saham.
dengan kata lain, pemohon 1 dan pemohon 2, dan penerima hibah ketiga juga
sebagai salah seorang pemilik Azrahi Hotel Sdn Bhd Dalam hal berkaitan
syarikat yang diperbadankan, harta syarikat secara nyatanya dibezakan
daripada harta ahli dan ahli tidak mempunyai hak pemilikan secara langsung
terhadap harta syarikat tetapi hanyalah terhadap syer mereka. Oleh sebab
itulah dalam kes ini yang dihibah adalah syer atau saham.

[31] Perlu diingat bahawa hartanah milik Azrahi Hotel Sdn Bhd (PT No 5744
dan 5330 Daerah Seremban) telah dicagarkan kepada Affin Bank semasa
hibah ini dilakukan. Di dalam affidavit yang digunakan di dalam kes
pengesahan hibah iaitu kes 14200-044-0402-2005, soal tentang cagaran ini
tidak dinyatakan. Begitu juga di dalam hujahan pihak-pihak dalam kes
berkenaan. Di dalam alasan penghakiman kes berkenaan juga isu ini tidak
disentuh oleh hakim perbicaraan. Ianya seolah-olah isu ini tidak wujud dan
tidak perlu ditimbangkan dalam kes tersebut, sedangkan hakikatnya hartanah
tersebut masih dalam cagaran kepada pihak Affin Bank. Dalam kes tersebut,
mahkamah tidak berpeluang untuk merujuk kepada satu kes iaitu Mursida
Mustakim lwn. Hashim Abdullah [2005] 19(i) JH 143. Dalam kes tersebut, isu
yang relevan ialah berkaitan dengan dakwaan harta yang dipertikaikan itu
telah dihibahkan sedangkan harta tersebut di dalam gadaian bank. Mahkamah
Rayuan Syariah Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut:

Tambahan lagi syarat barang hibah juga tidak mencukupi seperti


mana yang dikehendaki syarak. Mengikut keterangan yang ada di
dalam kes ini, harta yang dikatakan dihibah itu masih di dalam
gadaian bank. Oleh yang demikian mahkamah berpendapat pemilikan
harta dalam kes ini, harta berkenaan adalah masih lagi dalam milik
pihak bank sehingga bayaran selesai barulah boleh dipindah milik.
Oleh yang demikian syarat harta yang dihibahkan sebagaimana yang
dijelaskan di atas telah tidak dapat dipenuhi kerana ia masih lagi
bukan milik penuh responden

[32] Jika sekiranya kes di atas tersebut dikemukakan pada mahkamah dalam
kes 14200-044-0402-2005, keputusannya mungkin berlainan. Keputusan
mahkamah dalam kes 14200-044-0402-2005 adalah betul berdasarkan apa
yang dikemukakan di hadapannya. Dalam kes ini, berkaitan isu yang sama,
pemohon telah berhujah dengan merujuk ciri-ciri yang dipakai oleh Amanah
Raya Berhad (ARB) dalam prinsip pemakaian Amanah Hibah. Ciri-ciri hibah
yang diterima oleh ARB adalah seperti berikut:

Ciri-ciri Penghibah:

1. Ada kapasiti untuk memiliki harta.

2. Tuan punya berdaftar harta.


Hanipah Bi Daud & Satu Lagi
[2006] 1 MSLR lwn. Abdul Rahiman Dawood & Satu Lagi 247

3. Sempurna akal, rela hati dan tanpa paksaan.

Ciri-ciri Penerima Hibah:

1. Ada kapasiti untuk memiliki harta.

2. Jika kanak-kanak, penjaga yang dilantik.

[33] Berdasarkan ciri-ciri itu, pemohon menghujahkan bahawa hibah yang


dibuat itu sah. Walau bagaimanapun isu ini tidak lagi menjadi persoalan oleh
kerana hibah yang dibuat oleh pihak responden telah diputuskan sah. Oleh
yang demikian, sebahagian dari pemilikan saham Azrahi Hotel berpindah
kepada penerima hibah. Persoalannya apakah liabiliti hartanah tersebut
(Azrahi Hotel) juga berpindah sama kepada penerima hibah? Berkaitan
dengan persoalan tersebut, mahkamah telah meminta pihak pemohon
berhujah tentang isu ini. Namun sayangnya, tiada hujah berkenaan dengan isu
tersebut dikemukakan kepada mahkamah. Mahkamah telah merujuk s 215
Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan:

1) Pemindahan mana-mana tanah bermilik di bawah Akta ini


hendaklah dilaksanakan dengan suatu suratcara dalam borang 14A.

2) Hakmilik hendaklah dihantar dan diberi hak kepada penerima


pindahmilik setelah pendaftaran mana-mana pemindahan, bersama-
sama dengan faedah dari mana-mana kepentingan berdaftar dari
tanah.

3) Penerima pindahmilik mana-mana tanah bermilik hendaklah


memegangnya tertakluk kepada:

a. Mana-mana pajakan, gadaian atau kepentingan berdaftar


lain yang diperolehi baginya ketika pemindahan tersebut
didaftarkan;

b. Tertakluk kepada sub-seksyen (3), s 213, mana-mana


penyewaan yang dikecualikan dari pendaftaran, yang diberi
oleh pindahmilik atau mana-mana bekas pemegang hakmilik;

c. Semua syarat-syarat dan sekatan-sekatan dalam


kepentingan yang boleh digunakan kepadanya; dan

d. Semua perkara-perkara lain yang wujud, dalam, atau


dirujuk kepada, daftar dokumen hakmilik.

[34] Berdasarkan seksyen berkenaan, mana-mana pajakan, gadaian atau apa-


apa kepentingan di dalam sesuatu tanah yang dipindah milik hendaklah
dipikul oleh penerima pindahmilik. Relevannya dalam kes ini, pemindahan
sebahagian saham Azrahi Hotel kepada penerima-penerima hibah,
Hanipah Bi Daud & Satu Lagi
248 lwn. Abdul Rahiman Dawood & Satu Lagi [2006] 1 MSLR

menyebabkan sebahagian liabiliti hartanah itu juga berpindah kepada


penerima hibah mengikut peratusan pemilikan masing-masing. Hak dan
kepentingan debentur di dalam harta yang dicagar tidak terjejas dengan apa-
apa transaksi sekalipun. Pemegang debentur adalah pemiutang syarikat. Ia
mempunyai hak untuk bertindak mengikut terma-terma di dalam debentur
berkenaan jika peminjam engkar atau gagal membuat bayaran-bayaran yang
sepatutnya. Hak tersebut boleh dilaksanakan sekalipun hartanah tersebut atau
sebahagian tanah tersebut telah dipindah milik.

[35] Dalam kes ini, walaupun sebahagian dari saham di dalam Azrahi Hotel
telah dipindahmilikkan kepada pemohon 1, 2 dan seorang lagi, ianya tidak
boleh menyebabkan pihak pemegang debentur kehilangan kepentingan
terhadap harta yang dicagarkan kepadanya. Pemegang debentur berhak
membawa tindakan terhadap syarikat untuk mendapat bayaran dan
menguatkuasakan cagarannya.

Keputusan

[36] Berdasarkan perkara-perkara di atas, mahkamah dengan ini membuat


keputusan seperti berikut:

1. Mahkamah menolak semua permohonan pemohon.

2. Kos ditanggung oleh pemohon.

You might also like