You are on page 1of 18

KES MAL

Wan Shahriman B. Wan Suleiman & Seorang Lagi


Lwn Siti Nurhayati Bt. Mohd Daud

Peguam Syarie:
Perayu : Zaidi Zain & Associates
Responden: Tentuan Kamar Ainiah, Razif dan Zashidi

Fakta Kes

1. Perayu di dalam kes ini merayu ke Mahkamah yang mulia ini terhadap
keseluruhan keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur bertarikh 1/4/2010 dalam Kes Mal No. 14200-
099-0222-2008. Keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah tersebut
adalah sebagaimana berikut:

"Bahawa bayaran ex-gratia yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia


kepada Siti Nurhayati bt. Mohd Daud sebanyak RM2 juta bukanlah
harta pusaka Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman b. Pawanteh tetapi
merupakan harta hibah kepada penerima"

2. Responden tidak bersetuju dengan rayuan ini dan telah memfailkan hujah
bertulis pada 6/9/2010 bagi menjawab alasan rayuan dan hujah pihak Perayu.

3. Perayu I dan Perayu 2 (selepas ini disebut "Perayu-Perayu) adalah anak


kandung Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman (selepas ini disebut
"Allahyarham") dari perkahwinan Allahyarham dengan bekas isterinya
Zaiton bt Mohd Din. Ibu kandung Perayu ini telah diceraikan oleh
Allahyarham pada 22/2/1979.

4. Responden adalah ibu tiri kepada Perayu. Responden telah berkahwin


dengan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman pada 2/11/1979. Ikatan
perkahwinan Responden kekal hingga Allahyarham meninggal dunia pada
14/1/2000. Beliau meninggalkan waris-waris iaitu Responden (isteri). Perayu
1(anak) dan Perayu 2 (anak).

5. Allahyarham adalah merupakan salah seorang dari enam (6) Hakim Kanan
Mahkamah Sivil yang dipecat semasa krisis badan kehakiman tahun 1988.
Ketika itu Allahyarham adalah salah seorang Hakim Mahkamah Agong.
Lima (5) orang lagi hakim yang terlibat ialah Tun Salleh Abas (ketika itu
adalah Ketua Hakim Negara), Datuk George Seah (ketika itu ialah Hakim
Mahkamah Agong), Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah
Mohamed Salleh dan Tan Sri Eusoffe Abdoolcader.
6. Pada 17/4/2008, Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dato' Seri Abdullah
Ahmad Badawi, dalam majlis makan malam Majlis Peguam Malaysia telah
mengumumkan langkah kerajaan menyemak terma perkhidmatan dan gaji
hakim-hakim serta bayaran ex-gratia sebagai penghargaan kepada hakim-
hakim yang terbabit dalam krisis badan kehakiman 20 tahun yang lalu.
Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bayaran ex-gratia tersebut
akan diberikan kepada enam (6) orang hakim yang telah dipecat dari
jawatannya ketika itu.

7. YAB Perdana Menteri berkata kerajaan mahu mengiktiraf sumbangan dan


komitmen mereka menegakkan keadilan dan mengakui penderitaan serta
kesengsaraan yang mereka lalui.

8. Pada 05/06/2008, Datuk Zaid Ibrahim yang ketika itu adalah Menteri di
Jabatan Perdana Menteri telah menyerahkan pembayaran ex-gratia kepada
tiga (3) dari enam (6) orang bekas hakim tersebut iaitu Allahyarham Tan
Sri Wan Suleiman, Datuk George Seah dan Tan Sri Wan Hamzah
Mohamed Salleh, Tan Sri Wan Hamzah dan Datuk George Seah telah
menerima sendiri pembayaran ex- gratia tersebut manakala Responden telah
menerima pembayaran bagi Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman.

9. Bayaran ex-gratia kepada 3 orang hakim yang lain telah dibuat pada
13/6/2008 termasuk kepada Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader.
Bayaran kepada Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdooleader telah diterima
oleh cucu tirinya iaitu Brenda Lee yang bukan beragama Islam.

10. Amaun pembayaran ex-gratia pada peringkat awal telah dirahsiakan atas
permintaan penerima. Ia hanya didedahkan oleh Dato' Seri Mohamed Nazri
Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengantikan Dato' Zaid
Ibrahim pada 6/11/2008 di Parlimen. Amaun yang diterima oleh Responden
adalah sebanyak RM2 juta.

11. Pembayaran ex-gratia tersebut telah dibuat melalui cek yang dikeluarkan
oleh Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam.

12. Selepas Responden menerima pembayaran ex-gratia dari pihak kerajaan,


Perayu selaku waris yang sah kepada Allahyarham, telah tidak dihubungi
oleh Responden untuk urusan pentadbiran mahupun urusan pembahagian
bayaran tersebut mengikut kaedah harta pusaka. Perayu berpendirian bahawa
bayaran ex-gratia tersebut merupakan harta pusaka Allahyarham bapanya.

13. Manakala pendirian Responden terhadap bayaran ex-gratia yang diterimanya


dari kerajaan adalah sebaliknya. Responden mendakwa ia merupakan
pemberian kerajaan kepadanya dan ia bukan harta pusaka Allahyarham.
Ekoran pendiriannya itu, Responden ada menawarkan kepada perayu untuk
memberi bahagian dari bayaran ex-gratia Allahyarham sebanyak
RM200,000.00. Perayu telah menolak tawaran tersebut kerana jumlah
tersebut kurang dari yang sepatutnya ia perolehi mengikut kaedah faraidh.

14. Perayu juga telah memohon kepada Amanah Raya Berhad untuk mentadbir
wang ex-gratia tersebut, tetapi ditolak oleh ARB.

15. Pada 17/6/2008 Perayu telah memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Syariah
Wilayah Persekutuan secara berasingan tetapi kandungan permohonan yang
difailkan adalah sama iaitu memohon kepada mahkamah agar
mengisytiharkan wang bayaran ex-gratia Allahyarham yang diterima oleh
Responden sebagai harta pusaka Allahyarham dan dibahagikan mengikut
hukum faraid kepada ahli ahli waris yang berhak. Perayu Pertama
menfailkan permohonan pada 17/6/2008 melalui Kes Mal No. 14200-099-
0222-2008 dan Perayu 2 memfailkan kes pada 12/2/2009 melalaui Kes Mal
No. 14200-099-0089-2009.

16. Pada 1/4/2010 Y.A Hakim telah memberi keputusan bagi kedua- dua kes
yang difailkan oleh Perayu dan perintah yang dikeluarkan adalah
sebagaimana berikut:

Bahawa bayaran ex-gratia yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia


kepada Siti Nurhayati bt. Mohd Daud sebanyak RM2 juta bukanlah
harta pusaka Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman b. Pawanteh tetapi
merupakan harta hibah kepada penerima"

17. Perayu telah tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut dan telah merayu
kepada Mahkamah yang mulia ini melalui Notis Rayuan bertarikh
13/04/2010.

18. Perayu di dalam dokumen Alasan Rayuan bertarikh 05/05/2010 telah


mengemukakan lima (5) alasan iaitu:-

18.1 Bahawa Yang Arif Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi Hukum
Syarak apabila gagal mengambil kira pernyataan YAB Perdana
Menteri Malaysia pada waktu itu bahawa pemberian. wang ex-gratia
oleh Kerajaan Malaysia adalah bagi mengenang jasa yang telah
diberikan oleh Allahyarham semasa hayat hidupnya, sedangkan YA
Hakim Bicara telah bersetuju bahawa antara harta yang boleh
dikategorikan sebagai pusaka adalah segala usaha si mati semasa
hidup tetapi hasilnya diperolehi selepas si mati meninggal dunia.
18.2 Bahawa YA Hakim Bicara telah tekhilaf dari segi Hukum Syarak
apabila berpendapat bahawa cara perolehan bayaran ex-gratia tidak
selari dengan takrifan harta yang diperolehi selepas kematiannya atas
usahanya semasa hidup sedangkan takrifan tersebut amat menepati
dengan kaedah perolehan bayaran ex-gratia yang jelas bersandarkan
kepada jasa, usaha dan sumbangan yang diberikan oleh Allahyarham
dan lima (5) hakim yang lain sewaktu mereka memegang jawatan
masing- masing.

18.3 Bahawa YA Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi Hukum Syarak
apabila berpendapat bahawa perkara yang perla dibuktikan dalam kes
ini ialah usaha-usaha yang telah dibuat oleh Allahyarham semasa
hidup untuk mendapatkan apa apa pampasan daripada pihak Kerajaan
atas pemecatanya sebagai Hakim semasa hidup, sedangkan telah jelas
daripada pihak Kerajaan bahawa pemberian wang ex-gratia tersebut
bukan kerana pemecatan Allahyarham sebagai hakim tetapi
sebaliknya wang ex-gratia tersebut diberikan kepada Allahyarham
kerana sumbangan beliau semasa menjawat jawatan hakim dan
pemberian tersebut bukan kerana tuntutan yang dibuat oleh mana-
mana hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman tersebut tetapi atas
dasar keikhlasan Kerajaan dan mengenang jasa yang telah diberikan
oleh enam (6) orang hakim terbabit.

18.4 Bahawa Yang Arif Hakim Bicara telah tesilap dari segi Hukum Syarak
apabila menyamakan pemberian wang ex-gratia oleh Kerajaan
Malaysia sebanyak RM2 juta kepada Responden seperti adat yang
diamalkan oleh masyarakat Malaysia apabila berlaku kematian, maka
orang ramai akan memberikan sumbangan dan bantuan yang berupa
kewangan kepada ahli keluarga yang masih hidup terutama balu jika
suami yang meninggal dunia, sedangkan pemberian wang ex-gratia
oleh Kerajaan Malaysia sama sekali tidak berkait dengan kematian
Allahyarham.

18.5 Bahawa YA Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi Hukum Syarak
apabila memutuskan bahawa bayaran ex-gratia sebanyak RM2 juta
kepada Responden merupakan harta hibah daripada Kerajaan kepada
Responden, sedangkan kedua- dua pihak Pemberi dan Penerima hibah
serta Barang Yang Dihibahkan telah tidak memenuhi rukun-rukun
dan syarat- syarat sah hibah mengikut Hukum Syarak.
Isu Kes

1. Setelah diteliti alasan-alasan rayuan Perayu, Rekod Rayuan, hujah bertulis


dan lisan kedua-dua pihak, isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ialah:

“Sama ada wang bayaran ex-gratia berjumlah RM 2 juta oleh Kerajaan Malaysia
boleh dikira sebagai harta tarikah (harta pusaka) Alalhyarham atau merupakan
hibah pihak kerajaan kepada kepada Responden"

2. Alasan Penghakiman YA Hakim Bicara yang terdapat di dalam Rekod


Rayuan di ms 168-182, jelas kepada kami bahawa keputusan YA Hakim
Bicara bahawa pembayaran Ex-Gratia ini bukan harta pusaka tetapi hibah
kepada Responden berdasarkan alasan-alasan bahawa:

2.1. Bayaran ex-gratia ini tidak selari dengan takrifan harta yang
diperolehi selepas kematiannya atas usahanya semasa hidup kerana
Allahyarham tidak membuat tuntutan atau mengambil sebarang
tindakan undang-undang terhadap Kerajaan;

2.2. Bayaran ex-gratia sama seperti adat yang diamalkan oleh masyarakat
Islam di Malaysia yang memberikan sumbangan dan bantuan kepada
ahli keluarga yang masih hidup. Jadi bayaran ex-gratia ini adalah
hadiah atau sumbangan kepada Responden.

Prinsip Undang-undang Dan Akta Yang Digunakan

1. Seksyen 45 (1) Akta Keterangan Syariah (Wilayah-Wilayah) Persekutuan


1997.

Penghakiman YAA Tan Sri Ibrahim Lembut. Pengerusi HMRyS

Berdasarkan peruntukkan seksyen 45 (1) Akta Keterangan Syariah (Wilayah-


wilayah Persekutuan) 1997-

"Tertakluk kepada subseksyen 17(2), tiada fakta perlu dibuktikan dalam mana-
mana prosiding jika pihak-pihak dalam prosiding itu atau ejen mereka bersetuju
untuk mengakuinya dalam pendengaran itu atau yang sebelum pendengaran itu
mereka bersetuju untuk mengaku dengan apa-apa tulisan di bawah tandatangan
mereka, atau yang menurut apa-apa kaedah pliding yang sedang berkuatkuasa,
mereka disifatkan telah mengakuinya dengan pliding mereka"

Keduanya, banyak dilaporkan di dalam akhbar-akhbar tempatan tentang niat dan


tujuan pihak Kerajaan membuat pembayaran ex-gratia ini dan tidak pernah
kedengaran bahawa pihak Kerajaan menyatakan laporan itu adalah s dan diminta
diperbetulkan. Berita ini telahpun heboh dan Tersebar luas. Jadi dalam konteks
Hukum Syarak, Mahkamah boleh berpegang dengan berita heboh yang dikenali
di bawah Hukum Syarka sebagai khabar istifadah.

Kami dengan hormatnya merujuk kepada kepada Kitab Turuq al- Hukmiyyah,
tulisan Imam Ibn Al-Qayyim, halaman 535 dan 537:

‫ وفاض بينهم‬، ‫ هي اإلشتهار الذي يتحدث بين الناس‬: ‫فاإلستفاضة‬.............


‫ وهي أقوى من‬. ‫ أن اإلستفاضة طريق من طرق العلم التي تنفي التهمة عن الشاهد والحاكم‬: ‫والمقصود‬
‫شهادة اثنين مقبولين‬.

Bermaksud:

"Berita yang tersebar luas adalah sesuatu berita yang telah menjadi masyhur dan
menjadi bualan orang ramai. Kedudukan khabar ini adalah antara martabat
khabar mutawatir dan khabar ahad..

Khabar yang masyhur merupakan salah satu cara mendapatkan pengetahuan yang
tidak boleh ditolak dalam konsep kesaksian dan kehakiman. Ia adalah lebih kuat
daripada kesaksian dua orang saksi yang diterima."

Oleh yang demikian, kami berpuas hati bahawa bayaran ex-gratia oleh pihak
Kerajaan kepada Allahyarham adalah suatu pampasan atau saguhati sebagai
membalas kesengsaraan dan kepayahan dialami Allahyarham dan sebagai
menghargai sumbangan besar serta komitmen mereka dalam menegakkan
keadilan.

Persoalan seterusnya yang kami perlu putuskan adalah apakah pampasan atau
saguhati ini boleh dipusakai. Ia hanya boleh dipusakai jika wang tersebut adalah
milik Allahyarham. Bagaimana Allahyarham boleh memilik wang tersebut
sedangkan ia diperolehi selepas kematiannya? Adakah pampasan atau saguhati
ini dimiliki oleh Allahyarham melalui kaedah hibah atau hadiah, sedekah atau
pemberian.

Oleh yang demikian, kami tidak ragu-ragu untuk menyatakan wang pembayaran
ex-gratia ini adalah harta pusaka Allahyarham. Sehubungan dengan itu,
keputusan Mahkamah Bicara bahawa ia bukan harta pusaka kerana tidak ada
usaha dibuat oleh Allahyraham untuk menuntutnya dari pihak Kerajaan adalah
suatu kekhilafan Kami dapati YA Hakim telah terkeliru dengan maksud usaha
tersebut.

Kami juga dapati YA Hakim Bicara terkhilaf apabila menyamakan pembayaran


ex-gratia ini dengan adat masyarakt Islam di Malaysia yang memberikan
sumbangan kepada ahli keluarga si mati apabila berlaku kematian. Ia tidak sama
kerana bayaran ex-gratia ini kerana balasan ke atas sumbangan Allahyarham
menegakkan keadilan.

Berhubung dengan hujah Responden bahawa ia adalah hibah kepada kerana


berlaku ijab dan qabul antara pihak Kerajaan dengan Responden.

Kami tidak bersetuju dengan hujah tersebut kerana berdasarkan dokumen D-8
yang dirujuk oleh Responden, kami dapati dalam surat tersebut Responden
sendiri mengakui bahawa surat tawaran yang diterima oleh Responden adalah
"berkenaan dengan pemberian Ex-Gratia kepada bekas hakim-hakim yang
dipecat pada tahun 1988." Oleh itu pihak status Responden dalam hal ini, boleh
disifatkan sebagai wasi dan bukan penerima hibah dan ia bersesuaian dengan
fakta yang diperolehi dari keratan akhbar yang telah kami ulas terdahulu iaitu
bayaran kepada hakim yang telah meninggal dunia akan dibuat kepada ahli waris
dan keluarga mereka

ANALISIS KES:

SETELAH Kami meneliti Alasan Rayuan, Rekod Rayuan serta hujah- hujah
kedua belah pihak, maka adalah dengan ini kami sebulat suara memutuskan
bahawa :-

1. Rayuan perayu diterima;

2. Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 01/04/2010


adalah diketepikan

3. Kami putuskan wang pembayaran Ex-Gratia oleh Kerajaan Malaysia


sebanyak RM2 juta adalah harta pusaka Allahyarham Tan Sri Wan Sulaiman
b. Pawan Teh dan ia hendaklah dibahagikan mengikut faraid.

Penghakiman ini telah dibaca dan dipersetujui oleh YA Dato’ Haji Md Yusup
Bin Che Teh HMRyS dan YA Datuk Aidi Bin Haji Mokhtar HMRyS.
KES JENAYAH SYARIAH

Jumadi b. Patomdang
Lwn Ketua Pendakwa Syarie WP

Undang-undang Jenayah - persetubuhan luar nikah - seksyen 23 (2) Akta


Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997- menukar
pengakuan kepada bersalah Perayu mohon diringankan hukuman - faktor-faktor
yang menjadi pertimbangan bagi seseorang Hakim dalam menjatuhkan hukuman
takzir - faktor-faktor pemberatan hukuman- Rayuan Perayu ditolak namun
hukuman sebatan diketepikan.

Nama Peguam Syarie


Perayu: En. Muhammad Nur Hafiz b. Roslan
Responden: Tuan Ibrahim b. Deris, Ketua Pendakwa Syarie

Fakta Kes

1) Dalam kes Perayu telah merayu terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah


Tinggi (Rayuan) Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya yang diberikan
pada 01/09/2010 dalam kes jenayah syariah No. 14400-142-00073-2010.
Dalam kes ini YAA Hakim telah memutuskan seperti berikut:-

1.1) Tertuduh didapati bersalah di bawah seksyen 23 Akta Kesalahan Jenayah


Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, iaitu persetubuhan luar nikah dan
dijatuhkan hukuman denda RM3000.00 DAN dipenjarakan selama tiga (3) bulan
DAN disebat empat (4) kali.

2) Perayu telah dituduh oleh pihak Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan


dengan kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang
perempuan Islam menurut peruntukkan seksyen 23 Akta Kesalahan Jenayah
Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Akta 559. Pertuduhannya
adalah seperti berikut:-

"Bahawa kamu antara bulan Jun 2009 dan bulan November 2009 di sebuah
rumah yang beralamat di 107-03-01, Bistari Condominium, Jalan 1/64D, Off
Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
telah melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang perempuan Islam iaitu
Andi Nurfarrah bt. Bandy (No. KP: 850327-15. 5006) yang bukan isteri kamu
yang sah.

Dengan itu, kamu dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 23 (1)
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1997, iaitu
persetubuhan luar nikah yang jika disabitkan kesalahan, kamu boleh dihukum
mengikut seksyen dan Akta yang sama iaitu denda tidak melebihi lima (5) ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau
disebat tidak melebihi enam (6) sebatan atau dihukum dengan mana-mana
kombinasi itu."

3) Pertuduhan tersebut telah didengar dihadapan YAA H Mahkamah Tinggi


Syariah Putrajaya pada 25/10/2010 deg kehadiran Perayu tanpa diwakili
Peguam Syarie. Seei pertuduhan dibacakan ke atas Perayu, Perayu mengaku
fi pertuduhan dan mengaku bersalah dan mengaku faham akh pengakuan
bersalah.

4) Pihak Pendakwaan selepas itu telah membentangkan faktin dan semua fakta
kes tersebut telah difahami dan dipersetujui ole pihak Perayu

5) Atas pengakuan bersalah Perayu dan persetujuan bel dengan fakta kes dan
setelah mendengar hujah-hujah p pendakwaan, YAA Hakim Bicara telah
mensabitkan kesalaha Perayu sebagaimana yang dipertuduhkan. Fakta-fakta
kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwa syarie adalah seperti beri

Bahawa kedua-dua OKT telah melakukan persetubuhan luar nikah antara bulan
Jun 2009 dan bulan November 2009- Bahawa OKT telah melakukan kesemua
atau sebahagian daripada persetubuhan luar nikah tersebut di sebuah rumah yang
beralamat di 107-03-01, Bistari Condominium, Jalan 1/64D, Off Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur - Bahawa OKT semasa melakukan kesalahan yang
dipertuduhkan bukan suami isteri yang sah Akibat persetubuhan luar nikah
tersebut. OKT perempuan semasa disiasat oleh Pegawai Penguatkuasa Agama
telah melahirkan seorang anak lelaki yang berumur lebih kurang 1 bulan. Bayi
tersebut dilahirkan sendiri oleh OKT Perempuan di sebuah rumah kuarters
kerajaaan di Blok 18R 13, Presint 18, Putrajaya dan OKT perempuan sendiri
yang memotong tali pusat bayi tersebut OKT melakukan kesalahan yang
dipertuduhkan secara sukarela dan telah dilakukan kerap kali OKT adalah
seorang Islam, baligh, berakal dan melakukan kesalahan yang dipertuduhkan
secara sukarela

6) Setelah itu YAA Hakim Bicara telah menangguhkan kes itu pada 01/09/2010
bagi memberi peluang kepada Perayu untuk membuat mitigasi sebelum
hukuman dijatuhkan. Manakala OKT perempuan dikeluarkan waran tangkap
terhadapnya kerana gagal hadir ke Mahkamah.

7) Pada tarikh yang ditetapkan untuk mitigasi, pihak Perayu telah membuat
membuat mitigasi meringankan hukuman dan Mahkamah juga mendengar
hujah pemberatan hukuman oleh pihak pendakwaan.
8) YAA Hakim Bicara sesudah itu telah menjatuhkan hukuman dengan didenda
RM3000.00 dan 3 bulan penjara serta 4 kali sebatan dan jika gagal
membayar denda ditambah penjara selama 2 bulan.

9) Perayu telah tidak bersetuju terhadap keseluruhan keputusan tersebut dan


telah merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah ini melalui Notis Rayuan
bertarikh 13/04/2010. Walau bagaimanapun hukuman denda sebanyak
RM3000.00 telah dijelaskan oleh pihak Perayu. Manakala hukuman
pemenjaraan dan sebatan telah digantung oleh YAA Hakim Bicara pada
03/09/2010 atas permohonan Perayu dan pihak Perayu telah dilepaskan
dengan jaminan sebanyak RM1000.00 dengan seorang penjamin.

Isu Kes

ISU: Sama ada hukuman yang dijatuhkan oleh YAA Hakim Bicara adalah berat
berlebihan.

Dalam memutuskan isu ini saya terlebih dahulu merujuk kepada prinsip atau
faktor-faktor yang menjadi pertimbangan bagi seseorang Hakim dalam
menjatuhkan hukuman takzir di bawah Hukum Syarak. Saya dengan hormatnya
merujuk sekali lagi kepada kitab al-Tasyri' al-Jinaie al-Islami, Jilid 1 hlm. 615
iaitu seperti berikut:-

‫أما يف القسم الثاين فترتك الشريعة احلرية للقاضي يف اختيار العقوبة املالئمة من بني جمموعة من‬
، ‫ كما ترتك له تقدير كمية العقوبة الالزمة وتقدير ظروف اجلرمية وظروف احملرم‬، ‫العقوبات‬
، ‫فإن رأى أن ظروف اجلرمية وظروف اجملرم ال تقتضى التخفيف عاقب احملرم مبا تستحقه جرميته‬
‫ وإن‬، ‫وإن رأى ظروف اجلاين تقتضى عاقبه بالعقوبة املالئمة لشخصه وظروفه وسريته وأخالقه‬
‫رأى أن ظروف اجلرمية التشديد وظروف اجلاين تقتضى التخفيف تقتضی توسط بني األمرين فلم‬
.‫يغلظ العقوبة ومل خيففها‬

Maksudnya: "Adapun bagi kesalahan-kesalahan takzir, syariat memberi


kebebasan kepada hakim di dalam memilih hukuman yang sesuai di antara
sekumpulan hukuman. Sebagaimana juga diberikan kebebasan kepada hakim di
dalam menetapkan kadar hukuman dan kebebasan menentukan pemilihan hal
keadaan jenayah dan hal keadaan penjenayah (dalam persoalan meringan atau
memberatkan hukuman). Sekiranya hakim berpendapat bahawa hal keadaan
jenayah dan hal keadaan penjenayah tidak menghendaki peringanan, maka hakim
hendaklah menghukum penjenayah mengikut hukuman yang selayaknya dengan
jenayah yang dilakukannya. Sekiranya hakim berpendapat hal keadan penjenayah
menghendaki peringanan hukuman, maka hakim hendaklah menghukum dengan
hukuman yang sesuai dengan keperibadiannya, hal keadaannya dan hal keadaan
kehidupannya serta akhlaknya. Sekiranya pula bahawa hal keadaan jenayah
menghendaki pemberatan hukuman, sedangkan hal keadaan penjenayah
menghendaki ia diringankan, maka hakim hendaklah menghukum dengan
hukuman pertengahan, dia tidak boleh memberatkan hukuman dan tidak juga
boleh meringankannya."

1) Berpandukan prinsip ini saya akan menganalisa sama ada hukuman yang
dijatuhkan oleh YAA Hakim Bicara menepatinya. Hasil rujukan saya kepada
Alasan Penghakiman YAA Hakim Bicara yang terdapat di mukasurat 22
Rekod Rayuan saya dapati beliau telah mengambil kira faktor-faktor berikut
dalam menjatuhkan hukumannya:-

i. Hukuman yang diperuntukkan;

ii. Perihal OKT semasa kesalahan dilakukan; 1) Pengakuan salah OKT

iii. Kesedaran atau keinsafan OKT

iv. Kesan kesalahan terhadap OKT dan masyakarat;

v. Kesan hukuman terhadap OKT.

1) Dari sudut pemberatan hukuman, YAA Hakim Bicara dalam Alasan


Penghakimannya di m.s 16-17 Rekod Rayuan telah t kepada fakta kes ini
iaitu akibat persetubuhan luar nikah yang merujuk dilakukan oleh Perayu
dengan pasangannya secara berulang-ula menyebabkan lahir seorang anak
dan beliau juga telah meruju kepada statistik yang diperolehi daripada
Jabatan Pendaftara Negara bahawa sejak tahun 2000 sehingga 2007 terdapat
257,000 kelahiran bayi yang dicatatkan tanpa bapa. Bagi YAA Hakim Bicara
angka tersebut mengambarkan betapa seriusnya perbuata persetubuhan luar
nikah. Angka tersebut tidak termasuk kes-kes pembuangan bayi dalam
keadaan mengeri dan tidak tidak diterima oleh akal. Di tambah lagi pihak
Perayu telah pun mempunyai isteri ketika melakukan kesalahan tersebut.

2) Manakala dari sudut faktor untuk meringankan hukuman ini, YAA Hakim
Bicara telah menyebut dalam Alasan Penghakimannya bahawa perbicaraan
kes ini telah dipercepatkan dengan pengak salah oleh OKT (Perayu) dan
tidak dinafikan pengakuan salah ini telah banyak menjimatkan masa dan
tenaga Mahkamah. YAA Hakim Bicara juga dalam Alasan Penghakimannya
menimbang kesan hukuman kepada OKT dari segi perkhidmatannya di
dalam PDRM yang mana boleh menyebabkan terjejas kedudukan OKT
3) Persoalanya sama ada berleluasanya perzinaan dan banyaknya anak hasil
perzinaan boleh menjadi faktor hukuman diberatkan. Dalam hal ini saya
bersetuju dengan hujah Responden bahawa perbuatan pihak Perayu ini boleh
mendatangkan bala benca kepada masyakarat seluruhnya. Ia digambarkan
dalam sebu hadis yang terdapat dalam kitab Al-Musnad karangan Iman
Ahmad ibn Hanbal, Edisi Ke 2, Dar al-Fikr, Jilid 10, hlm 246:-

‫اب اهلل فشا ولد الزنا فيوشك‬TT T‫إذا عز وجل بعق‬TT T‫ ف‬، ‫زال أمين خبري ما مل يغش فيهم ولد الزنا‬TT T‫وال ت‬
‫أن يعمهم‬
Maksudnya "Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama mana tidak
tersebar luasnya anak zina. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka,
maka hampir sahaja Allah 'Azzawajalla akan menurunkan azab siksa kepada
mereka seluruhnya."

4) Jadi dalam konteks hukuman takzir yang mana antara tujuannya adalah
sebagai suatu bentuk ancaman (inzar) supaya orang lain tidak melakukan
kesalahan yang sama agar ia tidak menjadi berleluasa kerana kesan atau
akibat jenayah adalah ke atas seluruh masyarakat, maka hukuman boleh
diberatkan sebagaimana pendapat Dr. Fathi bin al-Tayyib al-Khumasi dalam
kitabnya Fiqh al-Jinaie al-Islami, him. 431:-

‫را ملا‬TT‫ات على بعض اجلرائم نظ‬TT‫المية يف بعض العقوب‬TT‫ريعة األس‬TT‫ددة الش‬TT‫ لقد ش‬: ‫ددة‬TT‫باب املش‬TT‫األس‬
‫تقرارها وأمنها‬TT‫ام الدولة واس‬TT‫ان اجملتمع واألمة وهتدد نظ‬TT‫رة متس كي‬TT‫ورة مباش‬TT‫وي عليه من خط‬TT‫تنط‬
‫رب على يد كل من حياول زعزعة‬TT T T‫ديد العقوبة والض‬TT T T‫دعو لتش‬TT T T‫باب ت‬TT T T‫وهي يف حقيقة األمر أس‬
....‫النظام العام وبث الرعب فيقلوب املواطنني‬
Maksudnya: "Sesungguhnya syariat Islamiah memberatkan hukuman terhadap
sesetengah jenayah jika ia mendatangkan bahaya kepada hal keadaan masyarakat
dan umat Islam dan mengancam sistem Negara, kestabilan serta keamanannya.

Pada dasarnya ia adalah sebab-sebab yang mendorong kepada pemberatan


hukuman yang dikenakan ke atas setiap orang yang cuba mengoncang sistem
masyarakat dan orang yang menyebarkan ketakutan di dalam hati penduduk..."

5) Persoalannya seterusnya apakah hal keadaan pihak Perayu yang mana


faktanya adalah bahawa beliau seorang penjawat awam (anggota PDRM)
dan sudah mempunyai anak dan isteri yang mana hukuman pemenjaraan
akan menyebabkan tindakan tatatertib akan diambil oleh pihak kerajaan
boleh menjadi faktor peringanan hukuman. Dalam hal ini saya bersetuju
dengan hujah pihak Perayu bahawa hukuman pemenjaraan 3 bulan dan 4
sebatan boleh menyebabkan Perayu dibuang kerja dan/atau hilang mata
pencarian berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 P.U (A) 395/1993 di bawah Peraturan 33 bahawa seseorang
yang disabitkan kesalahan jenayah (termasuk sabitan di Mahkamah Syariah)
boleh sama sama ada dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat
atau selain dari hukuman buang kerja atau turun pangkat yang ditetapkan
dibawah Peraturan 38 iaitu amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh
pergerakan gaji, turun gaji. Hukuman tersebut adalah budi bicara Pihak
Berkuasa Tatatertib bergantung kepada jenis kesalahan dan keseriusannya
telah memburukkan imej perkhidmatan awam.

6) Jadi berdasarkan Peraturan Pegawai Awam tersebut, sabitan sahaja sudah


memadai untuk menjadi faktor kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk
mengambil tindakan buang kerja atau turun pangkat atau lain-lain hukuman
bergantung kepada sama ada ia telah mencemarkan imej perkhidmatan
awam.

7) Berdasarkan fakta tersebut, maka saya berpendapat telah wujud


pertembungan antara hal keadaan jenayah yang dilakukan oleh Perayu yang
memerlukan hukuman berat dan hal keadaan Perayu sebagai pesalah yang
memerlukan hukuman diringankan yang mana menurut pendapat fuqaha
pertembungan sebegini menghendaki hukuman pertengahan.

8) Jadi analisa saya yang seterusnya adalah sama ada hukuman yang dijatuhkan
oleh YAA Hakim Bicara adalah suatu hukuman yang pertengahan.

9) Secara jelasnya hukuman yang dijatuhkan oleh YAA Hakim iaitu denda
RM3000.00 DAN dipenjarakan selama tiga (3) bulan DAN disebat empat (4)
kali adalah hukuman pertengahan jika dibandingkan dengan hukuman
maksimun di bawah seksyen 23 iaitu denda RM5000.00 dan dipenjarakan
selama tempoh 3 tahun dan disebat enam sebatan berdasarkan perkiraan
Mahkamah

10) Bicara boleh menjatuhkan secara kombinasi ketiga-tiga hukuman tersebut.

11) Berdasarkan penelitian tersebut, maka adalah tidak betul hujah Perayu
bahawa YAA Hakim Bicara terkhilaf kerana tidak mengambil kira
pengakuan salah Perayu dan latar belakang Perayu dan hanya mengambil
kira kepentingan umum semata-mata. Ia telah diambil kira oleh YAA Hakim
Bicara dengan menghukum secara pertengahan.

12) Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan
oleh YAA Hakim Bicara adalah suatu hukuman yang setimpal.
Prinsip Undang-undang Dan Akta Yang Digunakan

1) Seksyen 23 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah


Persekutuan) 1997, Akta 559
2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 P.U (A)
395/1993

Penghakiman Dan Pandangan Hakim

Penghakiman YAA Tan Sri Ibrahim bin Hj Lembut bagi pihak Panel Mahkamah
Rayuan Syariah :

[1] Sebelum saya mengulas isu utama kes rayuan ini, saya terlebih dahulu ingin
menyentuh mengenai 2 isu tatacara yang terbit daripada perjalanan kes rayuan
ini, iaitu:-

i) Rayuan pihak Perayu ini adalah terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah


Tinggi Syariah yang dibuat pada 01/09/2010 di dalam kes persetubuhan haram
yang dipertuduhkan ke atas Perayu mengikut seksyen 23(1) Akta Kesalahan
Jenayah Syariah (Wilyah-wilayah Persekutuan) 1997, Akta 559 yang mana
Perayu sendiri telah mengaku bersalah. Rayuan terhadap keseluruhan keputusan
ini terdapat dalam Notis Rayuan pihak Perayu. Ini menjadikan pihak Perayu
bukan sahaja merayu terhadap takat hukuman, tetapi juga merayu terhadap
sabitan kesalahan oleh YAA Hakim Bicara kerana keputusan YAA Hakim
meliputi sabitan dan hukuman. Tetapi dalam kes ini, faktanya adalah sabitan dan
hukuman YA Hakim Bicara adalah berdasarkan pengakuan bersalah yang mana
menurut undang-undang, Perayu hanya dibenarkan untuk merayu terhadap takat
hukuman sahaja dan tidak boleh merayu terhadap sabitan kesalahan. Ia jelas
sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 136 Akta Tatacara Jenayah
Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, Akta 560:

"Apabila seseorang tertuduh telah mengaku salah dan disabitkan oleh Hakim atas
akuan itu, maka tiada rayuan boleh dibuat kecuali tentang takat atau kesahan
hukuman itu

Berhubung sabitan atas pengakuan salah, Pihak Perayu telah merujuk kepada
teguran Rasulullah s.a.w ke atas Abdullah b. Unai yang melempar tulang unta
kepada Maiz yang melarikan diri kerana merasa sakit akibat daripada hukuman
rejam yang sedang dilaksanakan ke atasnya. Nabi s.a.w bersabda (maksudnya):
"kenapa kamu tidak membiarkannya sahaja, mungkin dia telah bertaubat dan
diampun oleh Allah." Berpandukan kepada kisah Maiz ini, Perayu berhujah
bahawa keinsafan Perayu boleh memberi kesan kepada sabitan hukuman
walaupun beliau telah mengaku salah.
Saya percaya pihak Perayu telah tidak merujuk kepada pendapat Fuqaha
mengenai sama ada dalam kes selain kes rompakan, taubat atau keinsafan
penjenayah boleh menyebabkan digugurkan hukuman. Saya dengan hormatnya
merujuk kepada penulisan Dr. Abdul Kadir Audah dalam al-Tasyri' al-Jinaie al-
Islamie, Edisi Ke 4 (1998), al- Resalah Publisher: Beirut Lubnan, Jilid 1 hlm. 354
yang menyebutkan Jumhur Fuqaha yang terdiri daripada Imam Malik, Abu
Hanifah dan sebahagian fuqaha Mazhab Shafie dan sebahagian fuqaha Hanbali
berpendapat bahawa taubat tidak mengugurkan hukuman melainkan dalam kes
jenayah rompakan. Antara hujah Jumhur Fuqaha adalah bersandarkan kepada
kisah Maiz iaitu seperti berikut:-

‫وقد أمر رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يرحم ماعز والغامدية وقطع الذي أقر بالسرقة وكلهم جاءوا تالبين‬
‫ الرسول فعلهم توبة فقال فى حق‬، ‫معترفين على أنفسهم يطلبون أن يتطهروا من ذنوهم بإقامة الحد عليهم‬
)) ‫المرأة (( لقد ثابت وقد سمى توبة لو قسمت على سبعين من أهل المدينة لوسعتهم‬

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memerintahkan Maiz dan al-


Ghamidiyyah direjam dan memerintahkan dipotong tangan pencuri yang
mengaku mencuri. Semua mereka itu telah hadir di hadapan Rasulullah dalam
keadaan bertaubat dan mengaku kesalahan mereka dan meminta supaya mereka
dibersihkan daripada dosa-dosa mereka dengan pelaksanaan hukuman hudud ke
atas mereka. Sesunguhnya Rasulullah menamakan tindakan mereka sebagai
taubat Justeru itu Rasulullah bersabda untuk menghormati perempuan itu (al-
Ghamidiyyah): (( Sesungguhnya engkau telah bertaubat dengan suatu taubat yang
jika dibahagi-bahagikan taubat itu ke atas 70 puluh penduduk Madinah, nescaya
ia dapat menghapuskan dosa mereka semua )).

Saya juga tidak bersetuju dengan hujah Perayu bahawa pengakuan (igrar) pihak
Perayu adalah lemah yang menuru Perayu bahawa pengakuan tersebut dibuat 2
kali sahaja berbanding dalam kes Maiz yang dibuat sebanyak 4 kali.

Fath baru ✨, [21/6/2023 12:20 PM]


Hujah pihak Perayu ini tidak tepat kerana iqrar yang dibuat sebanyak 4 kali itu
adalah mewakili atau sebagai ganti kesaksian 4 orang saksi lelaki bagi
mensabitkan kesalahan hudud zina tetapi dalam kes Perayu ini yang hendak
disabitkan adalah kesalahan takzir yang mana menurut pendapat fuqaha ia boleh
disabitkan dengan kesaksian seorang lelaki sebagaimana yang disebut oleh Dr.
Abdul Kadir Audah, dalam kitabnya itu, m.s 84 iaitu seperti berikut:-

‫أما جرائم التعازير فتثبت بشهادة شاهد واحد‬

Maksudnya: Adapun jenayah-jenayah takzir, maka ia disabitkan dengan shahadat


seorang saksi.
Oleh itu saya berpendapat iqrar untuk kesalahan takzit memadai sekali sahaja
iaitu sebagai ganti kesaksian seorang lelaki. Malah dalam kes ini, pengakuan
salah pihak Perayu dibuat sebanyak 1 kali dan bukan 2 kali sebagaimana yang
terdapat di dalam Nota Keterangan di mukasurat 7 Rekod Rayuan

1) Keduanya, saya bersetuju bantahan pihak Responden dalam hujah bertulisnya


bahawa mengikut undang-undang pihak Perayu tidak boleh menggunakan alasan-
alasan rayuan kecuali setakat alasan yang dinyatakan dalam Petisyen Rayuan
pihak Perayu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 155 (2) Akta
560 yang menetapkan seperti berikut:-

Tiap-tiap petisyen rayuan hendaklah ditandatangani oleh Perayu atau Peguam


Syarienya dan hendaklah mengandungi butir-butir tentang perkara-perkara
undang-undang atau fakta yang berkenaan dengannya Mahkamah perbicaraan
dikatakan telah silap, dan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan Syariah,
Perayu tidak boleh semasa pendengaran rayuan itu dibenarkan bergantung atas
apa-apa alasan rayuan selain daripada yang dinyatakan dalam petisyen itu.

Berdasarkan penelitian kepada rekod-rekod kes ini, saya dapati pihak Perayu
tidak pernah mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan Syariah ini untuk
menambah apa-apa alasan baru pada mana-mana peringkat prosiding kes ini.
Justeru itu dalam memutuskan rayuan ini, saya tidak akan mengambil kira 3
alasan baru pihak Perayu ini, iaitu:-

i) YAA Hakim Bicara telah terkhilaf kerana tidak mengambilkira sebagai


kesalahan pertama Perayu dan tiada kesalahan lampau.

ii) YAA Hakim Bicara telah terkhilaf bahawa dalam kes takzir perlu
menggunakan budibicara yang lemah lembut, kasih sayang, tidak dengan
kebencian, tidak sampai menghancurkan hidup si pesalah dan hukuman
dilakukan secara bertahap.

i) YAA Hakim telah terkhilaf kerana tidak mengambil kira keputusan Mahkamah
Rayuan Syariah Selangor dalam kes Nur Ashida bt. Abu Hanifah Iwn Ketua
Pendakwa Syarie, JH 27 Bhg. 1, Disember 2008.

[2] Seterusnya saya beralih kepada isu utama rayuan ini yang mana setelah saya
meneliti dan memahami kesemua alasan rayuan pihak Perayu dan hujah-hujah
yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak, maka saya berpendapat isu yang
perlu saya putuskan dalam kes rayuan ini hanya satu sahaja, iaitu:-

"Sama ada hukuman yang dijatuhkan oleh YAA Hakim Bicara adalah berat
berlebihan".
[3] Manakala dari sudut keesahan hukuman oleh YAA Hakim Bicara, ia tidak
boleh dipertikaikan kerana hukuman yang dijatuhkan adalah di dalam bidang
kuasa hukuman yang boleh dijatuhkan oleh seseorang Hakim sebagaimana yang
terdapat di bawah seksyen 23 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah Syariah) yang
memperuntukkan jenis dan kadar hukuman bagi persetubuhan luar nikah adalah
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum
dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

[4] Hukuman yang dijatuhkan oleh YAA Hakim Bicara terhadap Perayu adalah
didenda RM3000.00 DAN dipenjarakan selama tiga (3) bulan DAN disebat
empat (4) kali iaitu masih dalam bidangkuasa hukuman yang ditetapkan.

ANALISIS KES

Setelah meneliti Alasan Rayuan Perayu, Rekod Rayuan serta hujah kedua-dua
belah pihak, maka kami sebulat suara memutuskan seperti berikut:

I. Rayuan Perayu untuk meringankan hukuman yang dijatuhkan oleh YAA


Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya dalam Kes Jenayah Bil: 14400-
142-00073-2010 pada 01/09/2010 adalah ditolak.

II. Walau bagaimanapun hukuman sebat sebanyak 4 sebatan kami ketepikan.

Dipersetujui bersama oleh YA Dato' Md. Yusup bin Che Teh dan YA Dato' Hj
Hussin bin Hj Harun.

You might also like