You are on page 1of 42

REHANAH BT MOHD DOM LWN.

ZAINAL
ABIDIN B. YUSOF & SEORANG LAGI

KES MAL (RAYUAN) : NO 10000-017-0007-2009

Disediakan oleh :

Mohamad Fuad Bin Ramlan (P87151)


Qurratuaini Binti Khalifah (P88677)
Nur Shafiqqah Binti Mudran (P88678)
Ain Akmal Binti Mohd Azali (P88679)
Nurul Atika Binti Rosli (P88680)
FAKTA KES
Merupakan kes rayuan yang dirayu oleh Pn. Rehanah Bt. Mohd
Dom selaku Perayu.
Allahyarham suami Perayu iaitu Shaharuddin B. Yusof (No.K/P:
410412-05-5051) telah meninggal dunia pada 1 Mei 1997.
Perayu dan Allahyarham telah berkahwin pada 28 Julai 1973.
Mereka tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. Oleh itu,
mereka mengambil 3 orang anak angkat.
Sepanjang tempoh perkahwinan, Allahyarham bekerja sebagai
juruwang (cashier) di Syarikat Bas Sri Jaya, manakala pihak
Perayu berniaga nasi lemak dan kuih muih di gerai.
Dalam tempoh perkahwinan tersebut, Allahyarham telah
memperolehi harta-harta berikut: -

i) Sebuah rumah teres No.1104, Jalan 18/45, Taman Sri Serdang,


43300 Seri Kembangan, Serdang, Selangor.
ii) Kereta Proton Saga no. pendaftaran BDJ 1110 dan Motorsikal
no. pendaftaran BCP 6267.
iii) Wang Simpanan dalam Amanah Saham Nasional Berhad
sebanyak RM 109,269.80.
iv) Wang Simpanan dalam Lembaga Tabung Haji berjumlah
RM 7,419.24.
Perayu tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang diputuskan pada 28
Mei 2009 dalam kes Mal No. 10100-017-0126-2005.
KEPUTUSAN KES MAL NO. 10100-017-0126-2005

i) Mahkamah mensabitkan sebuah rumah teres yang dikenali sebagai No.1104, Jalan
18/45, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Serdang, Selangor yang dipegang di
bawah hakmilik H.S (M) 4256 No. P.T 26634 1104 Mukim Petaling, Negeri Selangor
Darul Ehsan sebagai harta sepencarian.

ii) Mahkamah mensabitkan bahawa Plaintif berhak mengikut Nisbah 1/3 bahagian dan
Allahyarham Shaharuddin B. Yusof K/P: 410412-05-5051 berhak mengikut nisbah 2/3
bahagian ke atas rumah tersebut, mengikut nilaian semasa oleh penilai-penilai
bertauliah setelah diselesaikan kos-kos berkaitan.

iii). Kos guaman dan prosiding ditanggung oleh masing-masing.


SAMBUNGAN FAKTA KES
Di Mahkamah Tinggi Syariah, Perayu telah membuat tuntutan
terhadap Responden-Responden ke atas 5 harta peninggalan
Allahyarham suami Perayu.
Responden-Responden merupakan adik-beradik kepada
Allahyarham suami Perayu.
Dalam Penyataan Tuntutan, pihak Perayu menuntut seperti
berikut:
i) Rumah tersebut (iaitu rumah No. 1104, Jalan 18/45, Taman Sri
Serdang, 43300 Seri Kembangan, Serdang, Selangor)diisytiharkan
sebagai harta sepencarian secara mutlak;
ii) Plaintif diisytiharkan sebagai pemilik mutlak ke atas kereta (iaitu
Proton Saga No.Pendaftaran BDJ1110) dan motorsikal
(No.Pendaftaran BCP 6267).
atau secara alternatif
iii) daripada keseluruhan harta tersebut diisytiharkan sebagai harta
sepencarian dan baki dibahagikan mengikut faraid;
iv) Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor di bawah Seksyen 417
Kanun Tanah Negara memerintahkan mana-mana
Pendaftar/Pentadbir Tanah yang berkaitan untuk memindah milik
hartanah-hartanah tersebut kepada Plaintif.
v) Kos permohonan ini ditanggung oleh Defendan-Defendan
sepenuhnya; dan
v) Lain-lain Perintah/Relif yang difikirkan suaimanfaat, adil dan perlu
oleh Mahkamah Yang Mulia.
Responden-Responden dalam Penyata Pembelaan mengakui
kewujudan dan perolehan harta-harta tersebut dalam tempoh
perkahwinan tetapi menafikan sumbangan Perayu dalam
perolehan harta-harta tersebut dan menyatakan bahawa hasil
perniagaan gerai Perayu digunakan untuk kegunaan diri sendiri
sahaja.
Oleh itu, Responden-Responden menuntut supaya harta
tersebut dibahagikan mengikut faraid.
Perayu mengemukakan keterangan berbentuk dokumen
mengenai pemilikan dan pendaftaran harta milik Allahyarham
dan keterangan lisan 2 orang saksi yang memberikan
keterangan berhubung pengubahsuaian rumah No. 1104, Jalan
18/45, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Serdang,
Selangor serta pekerjaan Perayu dan Allahyarham semasa
hidup.
Responden-Responden memilih untuk tidak memberikan
keterangan serta memilih untuk terus berhujah.

Oleh itu, Mahkamah Tinggi Syariah hanya membuat keputusan


terhadap tuntutan rumah sahaja dan tuntutan terhadap harta-
harta lain diputuskan sebagai tuntutan yang fasid dan batal.
RUJUKAN AUTORITI
Al-Turq al-Hukmiyyah Fi al-Siasat al-
Shariyyah (Ibn Qayyim al-Jawwziyyah,
KITAB RUJUKAN
Abi Abd Allah Muhammad Bin Abu Bakr
Bin Ayyub).

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam


UNDANG-UNDANG
(Negeri Selangor) 2003. Sek 122(1)(2)
ALASAN RAYUAN
2) YA Hakim MTS khilaf & tidak teliti dlm memutuskan tuntutan perayu
1) YA Hakim MTS khilaf dlm undang- kerana YA Hakim hanya ambil alih kes dri Hakim Bicara di peringkat
undang & fakta apabila mensabitkan 1/3 keputusan & tidak berpeluang mengikuti keterangan perayu & saksi.
bahagian untuk perayu dlm rumah teres -YA Hakim tidak putuskan tuntutan perayu yang lain (sedar kesilapan bila
tersebut. timbul rayuan) dan alasan yg diberikan ttg tidak putuskan tuntutan yang
lain dipercayai adalah helah.
-dibeli oleh arwah suami perayu: RM34 -putuskan tuntutan perayu terhadap harta (2-5) fasid atau terbatal.
000 -YA Hakim khilaf apabila putuskan wang simpanan di ASB & Tabung Haji
adalah simpanan individu tanpa meneliti keterangan yang wang hasil
-ubahsuai rumah dengan duit perayu: RM50
perniagaan perayu juga dimasukkan oleh arwah ke dalam ASB.
000
-YA Hakim juga terkhilaf dari segi hukum dan syarak apabila mmutuskan
-bayaran duit muka dengan duit perayu: Mahkamah tidak ada bidangkuasa untuk mengisytiharkan (wang arwah
RM3000 suami) Perayu dalam ASB dan Tabung Haji sebagai harta sepencarian.

3) YA Hakim MTS terkhilaf apabila 4) YA Hakim MTS terkhilaf kerana mengandaikan


menggunakan kes tuntutan cerai hidup serta meletakkan beban bukti yang tinggi terhadap
sebagai sandaran dalam memutuskan kes perayu.
ini sedangkan bagi kes perayu adalah kes -perayu telah buktikan tuntutan harta sepencarian dgn
cerai mati. yakin & jelas serta disokong oleh 2 org saksi bebas.
ISU PERTAMA
Harta Yang Diisyitiharkan Sebagai Harta Sepencarian Oleh
Mahkamah Tinggi Syariah
Di Makamah Tinggi Syariah, Hakim hanya isyitihar rumah sahaja sebagai harta
sepencarian, Perayu mendapat sebanyak 1/3 bahagian dan Allahyarham mendapat
2/3 bahagian
Perayu tidak berpuashati, mendakwa menyumbang sebanyak RM50,000 untuk
ubahsuai rumah tersebut dan telah membayar duit muka sebanyak RM3,000, ia
melebihi kos yang Allahyarham keluarkan untuk membeli rumah tersebut iaitu
sebanyak RM35,000
Perayu berhujah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf memutuskan Perayu
gagal membawa sebarang pembuktian, Perayu telah kemukakan 2 orang saksi
bebas dan kedua-duanya mengesahkan perniagaan Perayu maju dan SP2 turut
mengesahkan bahawa ubahsuai rumah telah dilakukan oleh Perayu
Keterangan Perayu:
Gaji Allahyarham masa mula-mula kahwin ialah RM350 kemudian naik sehingga
RM800, gaji terakhir sebelum Allahyarham pencen pada 1996 adalah sebanyak
RM1,200

Mula berniaga kedai makan di Sri Serdang pada 1980an kerana ekonomi
Allahyarham tidak cukup, perniagaan beliau maju, untung bersih yang didapati
selama 10 tahun beliau berniaga (1984-1991) adalah sekitar RM1,800 hingga
RM2,200 sebulan,

Duit tersebut Perayu masukkan kedalam akaun ASB beliau, kadang-kadang


dalam akaun RHB, anggaran simpanan di dalam akaun ASB Perayu sepanjang
perniagaa beliau berjalan sehingga tahun 1991 adalah sekitar RM50,000,

Rumah tersebut juga telah diubahsuai oleh Perayu menggunakan duit


perniagaannya sebanyak RM50,000 pada tahun 1995
Keterangan SP1 (Jiran sebelah rumah Perayu dan Allahyarham):

SP1 menyatakan bahawa beliau tahu tentang perihal Perayu menjalankan


perniagaan kedai makan tersebut semasa Allahyarham suami Perayu masih hidup,
SP1 juga tahu tentang Perayu mengubahsuai rumah tersebut dan Perayu ada
menyumbang duit perniagaan beliau untuk menyara keluarga kerana pendapatan
Allahyarham tidak cukup

Allahyarham ada bagitahu SP1 yang duit gajinya tidak cukup dan Perayu ada
membantu dalam menyara keluarga menggunakan duit perniagaan beliau, jadi
SP1 menyatakan tidak mungkin wang Allahyarham lebih banyak dari Perayu
dalam mengubahsuai rumah tersebut
Keterangan SP2 (Kontraktor bebas yang juga jiran Perayu)

SP2 menyatakan bahawa dia ada membuat pengubahsuaian terhadap rumah


tersebut di bahagian dapur dan depan, kos adalah dalam RM50,000, ubahsuai
tersebut dilakukan pada tahun 1993 dan mengambil masa selama 3 hingga 4
tahun
Segala urusan berkaitan wang SP2 lakukan dengan Perayu, SP2 mengesahkan
bahawa dia telah menerima wang pengubahsuaian rumah tersebut daripada
Perayu
SP2 bersetuju bahawa sekiranya mengharapkan pendapatan Allahyarham untuk
mengubahsuai tersebut memang tidak cukup, dia juga turut menyatakan bahawa
dia yang membina gerai Perayu dan menyatakan bahawa perniagaan Perayu maju
kerana di kawasan tersebut ramai pelajar dan ramai yang mengunjunginya
Alasan penghakiman hakim Mahkamah Tinggi Syariah berkaitan isu
sumbangan kewangan Perayu dalam pengubahsuaian rumah tersebut
kedua-dua saksi Perayu gagal memastikan sumbangan kewangan Perayu
berkaitan Pengubahsuaian rumah tersebut dengan jelas, Perayu juga gagal
kemuka bukti dokumen bagi mengesahkan sumber kewangan tersebut adalah
dari Perayu atau Allahyarham

Mahkamah Rayuan syariah berpendapat bahawa hakim Mahkamah Tinggi


Syariah telah terkhilaf dalam kerana gagal ambil perhatian kepada satu
keterangan peting oleh SP2 iaitu bahawa wang kos pengubahsuaian rumah
tersebut sebanyak RM50,000 diterima oleh SP2 daripada Perayu. Penyerahan
wang oleh Perayu kepada SP2 adalah satu qarinah yang boleh mengesahkan
dakwaan Perayu bahawa kos pengubahsuaian tersebut dibayar daripada
wang beliau di bawah prinsip pembuktian yang disebut sebagai al-yad atau
pegangan, Mahkamah merujuk tulisan Ibn Qayyim Al-Jawwziyyah, Al-Turq al-
Hukmiyyah Fi Al-Siast Al-Shariyyah (1953), Kherah, hlm.304 iaitu:
Terjemahan:
Sesungguhnya dihukum berdasarkan pegangan (al-yad berserta sumpah
(yamin) orang yang memegangnya. Contohnya apabila sesorang lain menuntut
sesuatu benda yang berada di dalam penguasaannya, lalu dinafikan oleh orang yang
memegang benda tersebut. Kemudian orang yang menuntut itu meminta orang yang
memegang benda itu bersumpah menafikan tuntutan. Kemudian jika dia bersumpah
menafikannya maka ditolak tuntutan tersebut dan dibiarkan benda tersebut dalam
pegangannya kerana sumpah tersebut mentarjih orang yang memegang benda
tersebut sebagai pihak yang benar. Yamin disyariatkan pada pihak yang lebih kuat
dakwaannya daripada 2 orang yang saling mendakwa ke atas satu sama lain.
Penghakiman berdasarkan al-yad berserta sumpah ini hanya jika tidak ada qarinah-
qarinah yang membuktikan sebaliknya. Jika ada qarinah yang membuktikan
sebaliknya, maka al-yad tersebut tidak diambil kira dan pasti pegangan tersebut
diperolehi secara batil.
Dalam kes ini tiada qarinah-qarinah lain yang membuktikan bahawa
wang RM50,000 untuk ubahsuai rumah tersebut adalah bukan milik
Perayu, malah terdapat qarinah-qarinah lain yang yang membuktikan
bahawa wang tersebut adalah milik Perayu iaitu keterangan daripada 2
orang saksi Perayu bahawa Perayu menjalankan perniagaan warung dan
ianya maju. Fakta ini memungkinkan Perayu dapat menyimpan wang
sebanyak itu untuk perbelanjaan kos ubahsuai tersebut

Berdasarkan nas tersebut, Mahkamah menyatakan hakim Mahkamh


Tinggi Syariah telah terkhilaf kerana tidam mempertimbangkan
keterangan al-yad tersebut dan memperlakukannya sebagaimana yang
dirujuk oleh hukum syarak iaitu menjalankan proses sumpah.
Mahkamah turut menolak hujah Responden bahawa Perayu gagal
membuktikan beliau mengeluarkan wang RM50,000 untu kos
pengubahsuaian tresebut
Isu berbangkit: jika Perayu bersumpah dan dakwaan Perayu berhubung
sumbangan kos pengubahsuaian diterima, berapa bahagian yang Perayu
berhak ke atas rumah tersebut?

Perayu berhujah bahawa Perayu berhak kepada bahagian yang lebih besar berbanding
Allahyarham memandangkan sumbangan Perayu lebih besar berbanding
Allahyarham yang hanya menyumbangkan sebanyak RM35,000 untuk membeli
rumah tersebut, Perayu menuntut bahagian seperti di dala Penyata Tuntutannya

Mahkamah berpendapat bahawa hujah Perayu ini tidak tepat kerana memang betul
harga rumah tersebut adalah RM35,000 tetapi ia dibeli melalui pinjaman bank seperti
yang dinyatakan dalam keterangan Perayu ketika di Mahkamah Tinggi Syariah iaitu
Allahyarham membayar ansuran bulanan sebanyak RM350 selama 20 tahun dimana
sepanjang tempoh tersebut jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh Allahyarham
adalah sebanyak RM84,000, Cuma jumlah tersebut tidak mencapai angka itu kerana
menurut keterangan Perayu, pada tahun 1996 Allahyarham telah pencen dan
mendapat pampasan sebanyak RM140,000, Allahyarham telah melangsaikan
kesemua baki pinjaman tersebut dengan pihak bank.
Mahkamah Rayuan Syariah berpendapat bahawa jumlah
sumbangan Perayu tidaklah lebih besar berbanding sumbangan
Allahyarham, debgan ini Mahkamah berpendapat bahawa
bahagian Perayu tidak patut lebih besar berbanding
Allahyarham. Paling banyak Perayu berhak adalah bahagian
sahaja menurut peruntukan Seksyen 122 (1)(2) Akta Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
ISU KEDUA
Harta Yang Tidak Diisytiharkan Sebagai Harta Sepencarian Oleh
Mahkamah Tinggi Syariah
Perayu hujah :
Hakim bicara terkhilaf dari segi Undang-undang dan Hukum
Syarak apabila memutuskan tuntutan Perayu terhadap
harta-harta lain sebagai fasid;
Hal ini tidak dipersoalkan ketika bicara, Hakim Bicara buat
keputusan tentang fasid sebagai helah tutup kekhilafan
Jika fasid, sepatutnya tuntutan ditolak keseluruhannya
sebelum bicara
PENGHAKIMAN HAKIM RAYUAN
Persoalan : Hakim Bicara cuba tutup kekhilafannya
Merujuk kepada Nota Keterangan (28.05.2009) Hakim Bicara telah
menyediakan dan membacakan keputusan bertulis beliau (Alasan
Penghakiman).
Hakim Bicara hanya buat perintah tentang rumah sahaja, sedangkan
dalam alsan penghakimannya, beliau memberikan pendapat bahawa
tuntutan aset-aset lain adalah fasid, maka tidak betul Hakim Bicara cuba
tutup kekhilafan.
Namun cara Hakim Bicara keluarkan perintah tidak dengan kaedah yang
sepatutnya; sepatutnya setiap item atau perkara yang dituntut hendaklah
disebut dalam perintah sama ada diterima atau ditolak.
Persoalan: Sama ada betul tuntutan fasid atau tidak

MRS setuju bahawa Hakim Bicara telah terkeliru antara dakwaan fasid dan beban
pembuktian; Hakim Bicara memetik otoriti daripada penulisan Dr. Abdul Karim
Zaidan dalam Nidzam al-Qadha Fi Syariat al-Islamiah, hlm 93-95 berkaitan
penentuan sifat-sifat tuntutan fasid dan cara Hakim menanganinya, namun
ulasan-ulasannya adalah berkisar tentang soal beban pembuktian.
KERETA PROTON SAGA BDJ 1110
MTS: kereta Wira WHU 7665 (yang dibeli hasil daripada wang insuran kereta Saga
selepas dilupuskan, selepas kematian suami Perayu) tidak boleh dinilai sama ada
ianya harta sepencarian atau tidak kerana tidak dapat dipastikan sama ada ia dibeli
hasil dari insuran kereta Saga dan beliau tidak dapat menilai suatu yang tidak wujud
(majhul) kerana hanya geran kereta Saga dikemukan, tidak kereta Wira.

MRyS: Pengemukaan geran kereta Wira tidak bersangkutan dengan isu tuntutan sah
atau fasid. Responden (dalam Penyataan Pembelaan) mengakui kewujudan kereta
Saga dan diperolehi dalam tempoh perkahwinan. Tiada apa yang menjejaskan
keadilan untuk harta itu diputuskan oleh MTS walaupun telah berubah jenis.
MOTOSIKAL BCP 6267
MTS: Perayu gagal tunjukkan sebarang bukti penjualan dan pembelian yang
dilakukan ke atas motosikal tersebut.

MRyS: Responden mengakui kewujudan dan diperolehi dalam masa perkahwinan


(geran motosikal ada dikemukakan semasa bicara). Kegagalan Perayu kemukakan
bukti jual beli motosikal tidak menentukan sama ada tuntutan sah atau fasid.

Perayu harus bertanggungjawab terhadap penjualan harta yang mana ahli waris lain
punyai hak; harga motosikal itu perlu dinilai semula supaya ahli waris tidak
mengalami kerugian.
WANG ASN & TABUNG HAJI
MTS: Wang simpanan dalam bank adalah hak individu dan Mahkamah tiada
bidangkuasa untuk isytihar ianya sebagai harta sepencarian.

MRyS: Merujuk kepada peruntukan S.122 Enakmen Undang-undang Keluarga


Islam Selangor MRyS berpendapat apa-apa aset termasuklah wang simpanan
kerana ia adalah aset. Ia dikira harta sepencarian jika memenuhi 2 syarat; (1)
diperolehi dalam tempoh perkahwinan; (2) diperolehi degan uaha bersama atau
dengan usaha tunggal tetapi pihak satu lagi memberi sumbangan secara tidak
langsung.
WANG ASN & TABUNG HAJI
Syarat (1) : terbukti diperolehi dalam tempoh perkahwinan melalui pengakuan
Responden
Syarat (2) : Perayu hanya mendakwa bahawa ada wang hasil perniagaan Perayu
dimasukkan oleh arwah ke dalam akaun ASN namun tiada apa-apa keterangan untuk
menyokong. Oleh itu, tiada sumbangan secara langsung oleh Perayu.
Berhubung sumbangan secara tidak langsung, berdasarkan keterangan saksi-saksi
Perayu, dakwaan Perayu bahawa beliau ada membantu arwah dalam perbelanjaan
rumahtangga dari hasil perniagaan gerainya adalah disokong. Yang mana,
membantu mengurangkan beban kewangan arwah dan membolehkan arwah
bekerja dengan baik.
Maka, Hakim Bicara terkhilaf dalam persoalan ini.
MRyS : Mahkamah menjalankan proses sumpah Perayu atas fakta sumbangan
Perayu sebanyak RM50,000.00 untuk kos pengubahsuaian rumah. Pelaksanaan
hendaklah bermula dengan permintaan Responden dan ianya telah dilakukan.

Perayu sanggup bersumpah setelah diterangkan kesan dan akibat sumpah mengikut
Hukum Syarak, maka dakwaan Perayu adalah diterima
KEPUTUSAN
Berdasarkan yamin pihak Perayu bahawa beliau mengeluarkan RM
50,000.00 untuk mengubah suai rumah No.1104, Jalan 18/45,
Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Serdang, Selangor,
maka keputusan YA Hakim Bicara bahawa bahagian pihak Perayu
1/3 bahagian dalam rumah tersebut diubah kepada bahagian.

Wang Simpanan dalam ASN milik Allahyarham sebanyak RM


109,269.80 adalah harta sepencarian dan perlu dibahagikan
dengan kadar 1/3 bahagia kepada Perayu dan 2/3 bahagian kepada
Allahyarham.
Wang Simpanan dalam Tabung Haji sebanyak RM 7,419.24
adalah Harta Sepencarian antara Perayu dan Allahyarham dan
hendaklah dibahagikan dengan kadar 1/3 bahagian kepada
Perayu dan 2/3 bahagian kepada Allahyarham.

Kereta Proton Saga no. pendaftaran BDJ 1110 yang telah


dilupuskan dan ditukar kepada Proton Wira no. pendaftaran
WHU 7665 adalah Harta Sepencarian antara Perayu dan
Allahyarham dan hendaklah dibahagikan dengan kadar 1/3
bahagian kepada Perayu dan 2/3 bahagian kepada
Allahyarham mengikut nilaian pasaran semasa.
Motorsikal no. pendaftaran BCP 6267 yang telah dijual dengan
haraga RM 400.00 adalah Harta Sepencarian antara Perayu dan
Allahyarham dan hendaklah dibahagikan dengan kadar 1/3
bahagian kepada Perayu dan 2/3 bahagian kepada
Allahyarham dan motorsikal tersebut hendaklah dinilai semula
mengikut nilai pasaran semasa.
PRINSIP-PRINSIP KES
Pembuktian secara Al-Yad adalah diterima sebagai satu bentuk
keterangan sekiranya tidak ada Yamin yang menafikan keterangan
tersebut. [Ibn Qayyim Al-Jawaziyyah, Al Turq al-Hukumiyyah Fi Al-
Siasat Al-Shariyyah]

Bahagian yang diperuntukkan bagi pihak-pihak untuk harta


sepencarian setelah dibuat pertimbangan dari sudut takat
sumbangan, hutang bagi manfaat bersama dan keperluan anak-
anak yang belum dewasa mestilah dibuat secara sama banyak. [Sek
122(1)(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor
(2003)]
Setiap item atau perkara yang dituntut hendaklah disebut di dalam
Perintah sama ada diterima atau ditolak.

Suatu Perintah adalah ringkasan keseluruhan penghakiman seseorang


Hakim manakala Alasan Penghakiman adalah dokumen yang akan dirujuk
untuk kenal pasti sebab-sebab tuntutan diterima atau ditolak.

Penilaian bagi dakwaan atau tuntutan yang Fasid bukan berdasarkan


persoalan beban pembuktian. [ Dr. Abd Al Karim Zaidan : Nidzam al-
Qadha Fi Syariat al-Islamiah]
Pertukaran bentuk harta kepada harta yang lain tidak menjadikan tuntutan
tersebut majhul

Kegagalan pihak penuntut untuk mengemukakan bukti berkaitan harta


yang dituntut tidak menjadikan tuntutan tersebut sah atau fasid.

Bidangkuasa mahkamah dalam menentukan sesuatu harta yang dituntut


sebagai harta sepencarian adalah dengan merujuk Seksyen 122 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Selangor .
Frasa apa-apa aset termasuklah wang simpanan.
Harta sepencarian dapat ditentukan dengan melihat kepada 2 syarat iaitu :

Sekiranya ia diperolehi dalam tempoh perkahwinan

Sekiranya diperolehi dengan usaha bersama pihak-pihak atau dengan usaha tunggal
tetapi pihak yang satu lagi memberi sumbangan secara tidak langsung dengan
memelihara rumahtangga dan menjaga keluarga.

Fakta yang tidak dikemukakan dengan pembuktian memerlukan kepada


sumpah pihak yang mengemukakan fakta setelah diminta oleh pihak satu
lagi.
ULASAN KUMPULAN
YA Hakim Bicara perlu memutuskan kesemua tuntutan yang dibuat oleh pihak
Perayu dan dinyatakan di dalam perintah sama ada tuntutan tersebut diterima
atau ditolak.

Penentuan tuntutan atau dakwaan yang Fasid dinilai berdasarkan wujud atau
tidak kecacatan pada sebahagian sifat luarannya dan bukan berdasarkan beban
pembuktian bagi tuntutan tersebut.

Penentuan harta sepencarian perlulah berdasarkan kepada Seksyen 122


Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor.

Setuju dengan keputusan mahkamah di peringkat rayuan.


SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like