You are on page 1of 27

 

Rosmah binti Suly & Seorang yang lain


lwn
Ismail bin Mohamad & Seorang yang lain
JH32 Bhg 2

[Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Y.A.A Tan Sri Ibrahim
 bin Lembut Pengerusi HMRyS, Y.A Dato’ Muhamad Asri bin Haji Abdullah, HMRyS dan
Y.A Datuk Hj. Md. Yusup bin Che Teh, HMRyS) 26 Jamadilawwal 1431H bersamaan 11
Mei 2010]

[Kes Mal Bil: 14000-039-0018-2008]

Undang-Undang Pentadbiran  – Bidang kuasa Mahkamah – Rayuan Penafian berlaku


wasiat – Samada pemberian simati sebagai Hibah atau Wasiat – Samada Hibah atau wasiat 
adakah sah di sisi Syara’ - Sama ada berlaku penerimaan (Al-Qabd ) atau tidak – S.46 Akta
 Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

Undang-Undang Keterangan  – Beban Pembuktian – Sama ada beban pembuktian


mengikuti Hukum Syara’- Surat Kuasa Wakil – Power of Attoney Act 1949 - Pengakuan
tentang tulisan, tandatangan atau meterai - 55 (1) Akta Keterangan Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 - Saksi-saksi adalah saudara kandung – Samada
Terdapat Tohmah dalam Penyaksian atau tidak – S.83, Akta Keterangan Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Fakta Kes
1.Tindakan rayuan yang dibawa ini adalah terhadap keseluruhan keputusan oleh Y.A Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diberikan pada
16 Oktober 2008 yang memutuskan bahawa:-

“Menolak keseluruhan tuntutan Perayu-perayu dan memerintahkan tanah di bawah hak 


1
 

milik GM No. 33, Lot 557, Kampung Padang Balang, Sentul Kuala Lumpur adalah
milik Responden Kedua yang dipegang secara amanah oleh Responden Pertama”

2. Fakta kes menunjukkan bahawa Perayu-perayu dan Responden 2 mempunyai


hubungan sebagai adik beradik kandung seibu sebapa. Selain itu terdapat 5 orang adik 
 beradik kandung seibu sebapa yang lain.

3.Allahyarham Suli bin Rangkota adalah bapa kandung kepada Perayu-perayu dan
Responden 2 yang telah meninggal dunia pada 27.01.1991. Allahyarham telah
meninggalkan harta pusaka yang telah dipindah milik kepada waris-warisnya melalui
 pembahagian harta pusaka mengikut Faraid oleh Pentadbir Tanah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.

4.Responden Pertama adalah tuan punya asal hartanah No. 33 Lot 557 Kampung Padang
Balang Sentul Kuala Lumpur yang kemudiannya telah dimiliki oleh si mati. Namun
 proses pindah milik telah tidak dapat disempurnakan semasa hayat si mati disebabkan
oleh usia Responden 2 yang masih kecil (15 tahun) dan status tanah yang belum
dipecahkan hak milik.

5. Pada 09.08.2000 Responden 1 telah memeterai Surat Kuasa wakil di mana Hartanah
tersebut telah diserahkan kepada Responden Kedua. Di peringkat Mahkamah Tinggi
syariah, Perayu-perayu memohon supaya Hartanah tersebut di tukar hak milik oleh
Responden 1 seterusnya diberi secara faraid kepada ahli-ahli waris.

6.Responden 2 tidak bersetuju dengan tuntutan Perayu-perayu dan mendakwa bahawa


 pemberian harta tersebut adalah berbentuk Hibah kepada dirinya oleh si mati dan
 bukannya harta pusaka Si mati .

7.Perayu-perayu telah mengemukakan 7 alasan rayuan yang kesemuanya menjurus bahawa


harta tersebut adalah harta pusaka yang perlu di bahagi secara faraid dan bukannya
harta Hibah. Alasan-alasan Perayu adalah :-
2
 

i. Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ter khilaf  dari segi


undang-undang dan fakta apabila menolak tuntutan Perayu-
 perayu dan mengisytiharkan hartanah No. 33, Lot 557, Kampung
Padang Balang, Sentul Kuala Lumpur adalah milik Responden
Kedua yang dipegang secara amanah oleh Responden Pertama
 berdasarkan prinsip Hibah sedangkan keterangan Responden-
responden dan saksi-saksi bertentangan dengan prinsip Hibah
atau pemberian waktu hidup seperti yang diplidkan oleh
Responden-responden di dalam pembelaannya.

ii. Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ter khilaf  dari segi


undang-undang dan fakta apabila mensabitkan wujudnya Hibah
untuk Responden Kedua sedangkan keterangan saksi-saksi
Responden tidak menunjukkan wujudnya penyerahan/penguasaan
(al-qabd - ) Hartanah tersebut daripada pemberi Hibah, Suli
 bin Rangkota (si mati) kepada Responden Kedua.

iii. Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ter khilaf  dari segi


undang-undang dan fakta apabila mensabitkan wujudnya Hibah
untuk Responden Kedua berdasarkan keterangan saksi
Responden-responden sedangkan keterangan tersebut adalah
 bertentangan dan tidak konsisten dengan keterangan Responden-
responden

iv. Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ter khilaf dari segi undang-


undang apabila memutuskan bahawa pemberian atau Hibah yang
didakwa oleh Responden adalah sah dan Hartanah tersebut
adalah milik Responden Kedua sedangkan Responden-responden
yang diwakili oleh Peguam hanya memfailkan pembelaan untuk 
menolak tuntutan Perayu-perayu tanpa memfailkan tuntutan balas
3
 

 berkaitan Hibah.

v. Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ter khilaf dari segi undang-


undang dan fakta apabila mensabitkan Hibah berdasarkan
keterangan saksi-saksi Responden sedangkan terdapat tohmah
terhadap saksi pertama Responden, SD1 (Zolkiflee bin Roslie)
dan saksi ketiga, SD3 (Rusni binti Rosli) yang mengakui tidak 
 baik langsung/tidak baik dengan Perayu-perayu manakala SD2,
(Mohd Rajil bin Suli) adalah pihak yang disaman oleh Responden
Kedua di Mahkamah Sivil.

vi. Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ter khilaf dari segi undang-


undang apabila bersetuju bahawa beban pembuktian untuk 
membuktikan wujudnya Hibah adalah di atas Responden-
responden dan pada masa yang sama menyatakan Perayu-perayu
gagal untuk membawa saksi menafikan wujudnya Hibah
sedangkan Perayu yang memerlukan keterangan sebagai Plaintif 
 perlu mendengar keterangan Responden-responden sebagai
mudda’i sebelum membawa saksi Perayu-perayu.
Memandangkan Perayu-perayu adalah plaintif, maka Perayu-
 perayu tidak mempunyai peluang membawa saksi menafikan
wujudnya Hibah setelah Responden-responden menutup kes
mereka.

vii. Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ter khilaf dari segi undang-


undang apabila mensabitkan wujudnya Hibah untuk Responden
Kedua sedangkan surat akuan Responden Pertama yang diakui
disediakan oleh peguam menyatakan bahawa si mati berwasiat
untuk memberikan Hartanah tersebut kepada Responden Kedua
dan keterangan lisan Responden Pertama untuk menyatakan
sebaliknya adalah tidak wajar diterima oleh Mahkamah.
4
 

8. Asal permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah telah dimulakan oleh Perayu bagi
tujuan mendapatkan perintah :-

i. Wasiat oleh Allahyarham Suli bin Rangkota kepada Responden 1,


sekiranya ada adalah tidak sah di sisi undang-undang dan Hukum Syara’

ii. Responden 1 hendaklah memindah milik hartanah No. 33 Lot 557


Mukim Setapak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada waris-waris
Allahyarham mengikut Faraid.

9. Walau bagaimanapun, Y.A hakim telah memutuskan Permohonan Perayu 1 dan 2


ditolak, dan memutuskan bahawa hartanah No. 33, Lot 557 kampung Padang Balang
Sentul Kuala Lumpur sebagai milik Responden 2 yang di pegang secara amanah oleh
Responden 1.

Diputuskan
SETELAH Kami meneliti rayuan Perayu-perayu dan alasan-alasan yang telah dikemukakan
Perayu-Perayu juga hujah yang telah dibentangkan oleh Peguam Syarie Perayu-perayu dan
Peguam Syarie Responden-responden serta alasan yang telah kami berikan dengan meruju’
kepada undang-undang dan Hukum Syara’ maka adalah dengan ini kami sebulat suara
memutuskan bahawa :-

i. Rayuan Perayu-Perayu terhadap keseluruhan keputusan Y.A Hakim Mahkamah Tinggi


Syariah W.Persekutuan Kuala Lumpur Kes Mal No. 14200-039-001-2003 yang diberikan pada 6
Oktober 2003 adalah ditolak.

ii. Perintah Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah W.Persekutuan Kuala Lumpur tersebut
adalah dikekalkan.

Peguam Syarie

5
 

Perayu :  Encik Ahmad Tarmizi bin Sharif dari Tetuan Tarmizi Marzuki &
Sulaiman bagi Perayu Pertama dan Perayu Kedua
Respondan :  Encik Mohd Fuad bin Hj. Jaafar dari Tetuan Mohd Fuad Jaapar &
 Associates

Surah Al-Quran Yang Dirujuk 


Surah Al-Baqarah ayat 177

Undang-Undang Yang Dirujuk 


1. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.
Sek.46.
2. Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Sek 55
(1), S.83.
3. Power of Attorney Act 1949

Kitab-Kitab Yang Dirujuk 


1. Ad-Dumyati, Abu Bakar (Al-Bakri) Bin Muhammad Syatta Ad-Dumyati. 1302H  I’anah
 Al-Talibin A’la Halli Alfaz Fathul Muin, Beirut, Lebanon : Dar al Kutub al ‘ilmiyyah. juzu’ 3, Hlm
245,254.
2. Syarbini, al-syeikh Muhammad bin Muhammad As-Syarbini al-Syafie al-Khatiibi.  Mughni
 Al Muhtaj Ila Ma’rifati Alfaz Al-Minhaj. Juz 3, Hlm 559. Juz 6. Hlm 421.
3. Zaydan, Karim (Dr). Nizam al-Qada’ fi Syariat al-Islamiyyah. Muassasah Al-Risalah. Hlm
102-103, 106.
4. Abdul Aziz Hussin. 2004. Surat Kuasa Wakil : Pengurusan Undang-undang . Kuala
Lumpur - DBP . Hlm 3.
5.  Mozley & Whiteley’s Law Dictionary.

Penghakiman Y.A.A Tan Sri Ibrahim bin Lembut Pengerusi HMRyS


6
 

1.Tindakan rayuan yang dibawa di hadapan kami ini adalah terhadap keseluruhan keputusan
oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang
diberikan pada 16 Oktober 2008 yang memutuskan bahawa:-

“Menolak keseluruhan tuntutan Perayu-perayu dan memerintahkan tanah di bawah hak 


milik GM No. 33, Lot 557, Kampung Padang Balang, Sentul Kuala Lumpur adalah
milik Responden Kedua yang dipegang secara amanah oleh Responden Pertama”

2. Fakta kes menunjukkan bahawa Perayu-perayu dan Responden 2 mempunyai


hubungan sebagai adik beradik kandung seibu sebapa. Selain itu terdapat 5 orang adik 
 beradik kandung seibu sebapa yang lain.

3. Allahyarham Suli bin Rangkota adalah bapa kandung kepada Perayu-perayu dan
Responden 2 yang telah meninggal dunia pada 27.01.1991. Allahyarham telah
meninggalkan harta pusaka yang telah dipindah milik kepada waris-warisnya melalui
 pembahagian harta pusaka mengikut faraid oleh Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur.

4.Responden pertama adalah tuan punya asal hartanah No. 33 Lot 557 Kampung Padang
Balang Sentul Kuala Lumpur yang kemudiannya telah dimiliki oleh Si mati. Namun
 proses pindah milik telah tidak dapat disempurnakan semasa hayat Si mati disebabkan
oleh usia Responden 2 yang masih kecil (15 tahun) dan status tanah yang belum
dipecahkan hak milik.

5.Pada 09.08.2000 Responden 1 telah memeterai Surat Kuasa wakil di mana Hartanah
tersebut telah diserahkan kepada Responden Kedua. Di peringkat Mahkamah Tinggi
syariah, Perayu-perayu memohon supaya Hartanah tersebut di tukar hak milik oleh
Responden 1 seterusnya diberi secara Faraid kepada ahli-ahli waris.

6.Responden 2 tidak bersetuju dengan tuntutan Perayu-perayu dan mendakwa bahawa

7
 

 pemberian harta tersebut adalah berbentuk Hibah kepada dirinya oleh si mati dan
 bukannya harta pusaka si mati .

7.Perayu-perayu telah mengemukakan 7 alasan rayuan yang kesemuanya menjurus bahawa


harta tersebut adalah harta pusaka yang perlu di bahagi secara faraid dan bukannya
harta Hibah. Alasan-alasan Perayu adalah :-

i. Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ter khilaf  dari segi


undang-undang dan fakta apabila menolak tuntutan Perayu-
 perayu dan mengisytiharkan hartanah No. 33, Lot 557, Kampung
Padang Balang, Sentul Kuala Lumpur adalah milik Responden
Kedua yang dipegang secara amanah oleh Responden Pertama
 berdasarkan prinsip Hibah sedangkan keterangan Responden-
responden dan saksi-saksi bertentangan dengan prinsip Hibah
atau pemberian waktu hidup seperti yang diplidkan oleh
Responden-responden di dalam pembelaannya.

ii. Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ter khilaf  dari segi


undang-undang dan fakta apabila mensabitkan wujudnya Hibah
untuk Responden Kedua sedangkan keterangan saksi-saksi
Responden tidak menunjukkan wujudnya penyerahan/penguasaan
(al-qabd  - ) Hartanah tersebut daripada pemberi Hibah, Suli
 bin Rangkota (si mati) kepada Responden Kedua.

iii. Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ter khilaf  dari segi


undang-undang dan fakta apabila mensabitkan wujudnya Hibah
untuk Responden Kedua berdasarkan keterangan saksi
Responden-responden sedangkan keterangan tersebut adalah
 bertentangan dan tidak konsisten dengan keterangan Responden-
responden.

8
 

iv. Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ter khilaf dari segi undang-


undang apabila memutuskan bahawa pemberian atau Hibah yang
didakwa oleh Responden adalah sah dan Hartanah tersebut
adalah milik Responden Kedua sedangkan Responden-responden
yang diwakili oleh Peguam hanya memfailkan pembelaan untuk 
menolak tuntutan Perayu-perayu tanpa memfailkan tuntutan balas
 berkaitan Hibah.

v. Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ter khilaf dari segi undang-


undang dan fakta apabila mensabitkan Hibah berdasarkan
keterangan saksi-saksi Responden sedangkan terdapat tohmah
terhadap saksi pertama Responden, SD1 (Zolkiflee bin Roslie )
dan saksi ketiga, SD3 ( Rusni binti Rosli) yang mengakui tidak 
 baik langsung/tidak baik dengan Perayu-perayu manakala SD2,
(Mohd Rajil bin Suli) adalah pihak yang disaman oleh Responden
Kedua di Mahkamah Sivil.

vi. Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ter khilaf dari segi undang-


undang apabila bersetuju bahawa beban pembuktian untuk 
membuktikan wujudnya Hibah adalah di atas Responden-
responden dan pada masa yang sama menyatakan Perayu-perayu
gagal untuk membawa saksi menafikan wujudnya Hibah
sedangkan Perayu yang memerlukan keterangan sebagai Plaintif 
 perlu mendengar keterangan Responden-responden sebagai
mudda’i sebelum membawa saksi Perayu-perayu.
Memandangkan Perayu-perayu adalah Plaintif, maka Perayu-
 perayu tidak mempunyai peluang membawa saksi menafikan
wujudnya Hibah setelah Responden-responden menutup kes
mereka.

vii. Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ter khilaf dari segi undang-


9
 

undang apabila mensabitkan wujudnya Hibah untuk Responden


Kedua sedangkan surat akuan Responden Pertama yang diakui
disediakan oleh peguam menyatakan bahawa si mati berwasiat
untuk memberikan Hartanah tersebut kepada Responden Kedua
dan keterangan lisan Responden Pertama untuk menyatakan
sebaliknya adalah tidak wajar diterima oleh Mahkamah.

8. Asal permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah telah dimulakan oleh Perayu bagi
tujuan mendapatkan perintah :-

i. Wasiat oleh Allahyarham Suli bin Rangkota kepada Responden 1, sekiranya


ada adalah tidak sah di sisi undang-undang dan Hukum Syarak.

ii. Responden 1 hendaklah memindah milik hartanah No. 33 Lot 557 Mukim
Setapak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada waris-waris Allahyarham
mengikut Faraid.

9. Walau bagaimanapun, Y.A hakim telah memutuskan Permohonan Perayu 1 dan 2


ditolak, dan memutuskan bahawa hartanah No. 33, Lot 557 kampung Padang Balang
Sentul Kuala Lumpur sebagai milik Responden 2 yang di pegang secara amanah oleh
Responden 1.

10. Keputusan oleh Y.A Hakim ini bercanggah dengan tuntutan asal Perayu-perayu iaitu
mengenai penafian berlakunya wasiat. Namun di dalam Penyata Pembelaan
Responden 1 dan Responden 2 kami dapati Responden-responden turut menafikan
dakwaan Perayu-perayu dengan menyatakan si mati telah menyerahkan harta itu
sebagai hadiah atau Hibah dan bukannya sebagai wasiat. Oleh itu, pada pendapat kami
Y.A Hakim telah memberikan keputusan bersandarkan alasan pihak Responden-
responden iaitu harta tersebut telah diberi sebagai Hibah dan bukannya wasiat.

11. Setelah kami teliti kepada alasan yang dikemukakan oleh Peguam Syarie pihak-pihak 
10
 

 juga hujah yang difailkan, kami dapati terdapat beberapa isu yang menjadi persoalan di
dalam kes ini iaitu:-

i. Sama ada pemberian oleh Si mati kepada Responden 2 sebagai pemberian Hibah atau
wasiat; dan jika Wasiat atau Hibah telah berlaku, apakah wasiat atau Hibah itu telah sah menurut
Hukum Syara’.

ii. Sama ada beban pembuktian kes oleh pihak yang mendakwa telah dipenuhi sebagaimana
kehendak Hukum Syara’.

ISU PERTAMA : Sama ada pemberian oleh Si mati kepada Responden 2 sebagai
 pemberian Hibah atau wasiat; dan jika Wasiat atau Hibah telah berlaku, apakah wasiat atau
Hibah itu telah sah menurut Hukum Syara’.

12. Persoalan mengenai sama ada berlakunya Hibah ini timbul akibat dari penafian
Perayu-perayu mengenai dakwaan bahawa berlakunya wasiat sebaliknya Responden-
responden mengatakan telah berlaku pemberian semasa hidup (  Inter vivos gift  ) atau
Hibah. Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pula berpendapat bahawa hartanah No.
33, Lot 557 Kampung Padang Balang sentul Kuala Lumpur adalah milik Responden 2
yang dipegang secara amanah oleh Responden 1.

13. Alasan yang diberikan oleh Y.A Hakim, istilah wasiat oleh saksi-saksi tidak 
menggambarkan rumah tersebut sebagai wasiat arwah dan berpendapat walaupun
terminologinya yang dipakai oleh Saksi Responden 2 adalah wasiat tetapi ia bukan
wasiat dalam erti kata sebenar, ia istilah yang dipakai oleh saksi Responden 2 dalam
menyatakan peringatan dari bapanya sebelum bapanya meninggal dunia. Y.A Hakim
turut menghuraikan bahawa pemilikan harta itu kepada Responden 2 berlaku selepas
kematian arwah, namun fakta perlakuan arwah semasa hidupnya tidak menampakkan
niat arwah untuk menjadikan ia wasiat.

14. Kekeliruan di dalam kes ini mungkin disebabkan wujudnya Surat Kuasa Wakil yang
11
 

dibuat oleh Responden 1 bertarikh 09 Ogos 2000 yang menyebut bahawa hartanah
tersebut diserahkan kepada Responden 2. Proses ini berlaku selepas kematian
Allahyarham Suli bin Rangkota yang meninggal dunia pada 27 Januari 1991.

15. Bagi menghurai kekeliruan ini, kami ingin membawa semua pihak melihat semula
kepada perbezaan antara Hibah dan wasiat. Secara mudahnya wasiat adalah pemberian
oleh Si mati kepada seseorang dan pelaksanaannya selepas berlaku kematian. Berbeza
dengan Hibah yang pemberian sebelum kematian dan pemilikan juga sebelum berlaku
kematian si pemberi Hibah.

16. Secara lebih terperincinya, Hibah merupakan suatu pemberian hak milik sesuatu harta
kepada seseorang tanpa perlu menukar ganti dengan harta atau benda yang lain, atau
dengan wang pada kadar nilaian yang tertentu yang dibuat semasa pemberi Hibah
masih hidup, dan ia dilakukan secara sukarela. Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-
 Baqarah ayat 177 :-

‫ﭒ‬  ‫ﭠ ﭟ ﭞ ﭝ ﭜ ﭛ ﭚ ﭙ ﭘ ﭗ ﭖ ﭕ ﭔ ﭓ‬
‫ﭢ ﭡ‬  ‫ﭯ ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪ ﭩ ﭨ ﭧ ﭦ ﭥ ﭤ ﭣ‬ 
‫ ﭺ ﮀ‬  ‫ﭹﭰ ﭿ ﭾ ﭽ ﭼ ﭻ‬   ‫ﭸ ﭷ ﭶ ﭵ ﭴ ﭳ ﭲ ﭱ‬
‫ ﮅ‬  ‫ﮈ ﮇ ﮆ‬  ‫ﮁﮄ‬  ‫ﮃ ﮂ‬ 
 Bermaksud:
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu
menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi
kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah,
dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab,
dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan
hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum
kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan
orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada

12
 

orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan


hamba-hamba abdi;

17. Manakala menurut istilah syara’ pula, Hibah bermaksud suatu akad pemberian (al-
atiyyah) atau pemindahan hak milik ain sesuatu harta kepada seseorang tanpa apa-apa
 balasan (i‘wad ) semasa pemberi milik itu masih hidup, dan ia dilakukan secara
sukarela dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul.

18. Dalam Kitab  I’aanah al-Talibin, ( al-Allamah Abi Bakr Othman bin Muhammad
Shatta al Dimyati al-Bakr, I’anat al Talibin, 1995, Beirut, Lebanon : Dar al Kutub al
‘ilmiyyah, jil.3, hlm. 245) telah dijelaskan perkara berkaitan dengan Hibah :-

 Bermaksud :
 Hibah menurut pengertian syarak ialah memberi milik 
 sesuatu barang kepada seseorang yang lain, yang mana
barang itu adalah sah untuk dijual beli, atau diberi hutang 
oleh ahli yang tabarru’, tanpa adanya sebarang balasan
atau tukaran.

19. Manakala di dalam  Kitab Mughni al-Muhtaj , Juz 3,TAHUN 2000/1421H, hlm. 559
 pula menyatakan bahawa :-

 Bermaksud :

13
 

 Hibah ialah suatu pemberian milik sesuatu benda tanpa


ada timbal balas atau tukaran sewaktu seseorang masih
hidup dan ia dilakukan secara sukarela.

20. Peruntukan mengenai Hibah dan wasiat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
dinyatakan pada seksyen 46 (2)(b)(v)(vi) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) yang menyebut :-

Seksyen 46. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah--


(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan
memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana
 semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan
dengan--

(v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang si


mati Islam;

(vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat 


tanpa  balasan yang memadai dengan wang atau nilaian
wang, oleh seseorang Islam;

21. Meskipun tidak disebut perkataan Hibah di dalam peruntukan tersebut, namun
 perkataan “alang semasa hidup” sudah jelas membawa maksud Hibah. Begitu juga
dengan perkataan “ penyelesaian yang dibuat tanpa balasan” yang turut membawa
maksud Hibah dan tidak bercanggah dengan tafsiran Hukum Syara’ sebagaimana yang
telah kami bentangkan tadi.

22. Berdasarkan kepada tafsiran dan perbezaan di antara wasiat dan Hibah yang telah
dinyatakan, Pihak-pihak telah diberi panduan sama ada pemberian yang berlaku oleh
14
 

Si mati ke atas hartanah No. 33 Lot 557 Kampung Padang Balang Sentul Kuala
Lumpur kepada Responden kedua sama ada telah berlaku secara Hibah atau wasiat.

23. Perayu-perayu menghujahkan bahawa pemberian yang berlaku oleh Si mati adalah
secara wasiat kerana tiada pemberian secara mutlak kepada Responden 2 ketika hayat
Suli bin Rangkota (si mati). Bahkan, keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi
Responden iaitu Saksi 1, Saksi 2, Saksi 3 dan juga Responden 1 serta Responden 2
sendiri menunjukkan bahawa pemberian secara mutlak kepada Responden Kedua (jika
ada) hanya berkuat kuasa selepas si mati meninggal dunia. Ini bertentangan dengan
konsep Hibah yang mengkehendaki sebarang pemberian atau pemindahan hak milik 
mesti dilakukan ketika hidup dan bukannya selepas mati. Jika ia dilaksanakan selepas
kematian maka ia dikategorikan sebagai wasiat.

24. Responden-responden pula berpendapat telah berlaku pemberian secara mutlak semasa
si mati masih hidup lagi berdasarkan kepada keterangan empat orang saksi termasuk 
Responden 1 yang semuanya menyokong bahawa hartanah tersebut adalah milik 
Responden kedua secara mutlak di atas pemberian sewaktu hidup.

25. Perbezaan pendapat di dalam kes ini disebabkan terdapatnya keterangan dan dokumen
yang menyatakan bahawa Allahyarham telah mengatakan kepada Responden 1 bahawa
hartanah No. 33 ( Lot 557 ) Kampung Padang Balang Sentul, Kuala Lumpur diberikan
kepada Responden 2. Dokumen yang dimaksudkan adalah Surat Kuasa Wakil No.
Pendaftaran 72953120000 yang dibuat oleh Responden 1 di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur bertarikh 9 Ogos 2000 dan di sahkan lagi melalui surat dari Responden 1
kepada Peguam Perayu bertarikh 10 April 2003.

26. Dokumen-dokumen ini mengesahkan bahawa hartanah tersebut adalah milik 


Responden 1 yang merupakan tuan punya berdaftar 3.72/160 dari keseluruhan 45/160.
Responden 1 telah memberi kebenaran kepada si mati untuk mendiami hartanah yang
terdiri di atasnya sebuah rumah kedai. Hartanah tersebut diberikan keizinan untuk si

15
 

mati mendiaminya sebagai gantian atas hartanah kepunyaan si mati yang telah diambil
oleh Responden 1 untuk dimajukan.

27. Namun demikian, dokumen Surat Akuan Responden 1 yang ditandatangani bertarikh
12 Mei 2003 menunjukkan bahawa Responden 1 sebagai pemilik telah menyerahkan
hartanah tersebut kepada si mati. Hartanah tersebut diserahkan sebagai balasan kepada
si mati yang menyerahkan satu tanah beliau untuk dibangunkan secara usaha sama
 pada sekitar tahun 1975.

28. Responden 1, di dalam Surat Akuan tersebut turut menegaskan bahawa si mati telah
 berwasiat kepada beliau bahawa hartanah tersebut diserahkan kepada Responden 2
yang pada ketika itu masih kecil.

29. Meskipun, Responden 1 menggunakan perkataan wasiat di surat Akuan tersebut


mahupun di dalam surat kepada Peguam Syarie Perayu-perayu, perbuatan itu tidak 
menunjukkan berlakunya wasiat sebaliknya pemberian tersebut berlaku semasa Si mati
masih hidup. Hal ini, berdasarkan qarinah yang si mati tidak meletakkan namanya
terlebih dahulu sebaik sahaja penyerahan oleh Responden 1. Si mati terus bersetuju
supaya hartanah tersebut hendaklah diberikan kepada Responden 2 yang gagal untuk 
dilaksanakan disebabkan usia Responden 2 yang masih kecil.

Kaedah Fiqh ada menyebut bahawa setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan
 binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.

Kaedah fiqh tersebut menyebut:

Bermaksud:

"Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan


makna, bukan lafaz dan susunan kalimat" .

16
 

30. Berdasarkan kepada keadaan itu, pemberian telah berlaku semasa hidup Si mati lagi
dan kenyataan ini di sokong lagi oleh Surat Kuasa Wakil ( Power of Attorney) yang
dikemukakan oleh Responden 1. Pengakuan oleh Responden 1 terhadap dokumen ini
semasa memberikan keterangan di Mahkamah Bicara telah mematuhi kehendak 
Seksyen 55 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997 iaitu Pengakuan mengenai tulisan, tandatangan atau meterai.

55 (1) Pengakuan tentang tulisan, tandatangan atau


meterai hendaklah diterima sebagai pengakuan orang yang 
menulis atau yang menyempurnakan dokumen itu.

31. Alasan di atas telah menjawab mengenai isu yang pertama iaitu pemberian hartanah di
 No. 33 Lot 557 Kampung Padang Balang sentul Kuala Lumpur, yang berlaku antara Si
mati kepada Responden adalah pemberian berbentuk Hibah. Seterusnya kami akan
melihat pula, sama ada Hibah tersebut telah berlaku secara sah atau tidak menurut
Hukum Syara’.

32. Alasan kedua perayu-perayu adalah pertikaian mengenai al-Qabd ( ) , Perayu-


 perayu mendakwa bahawa al-Qabd atau penyerahan dan penguasaan hartanah tersebut
dari Si mati (Pemberi Hibah) kepada Responden 2 tidak berlaku. Kami bersetuju
dengan hujah Balas Responden yang menyatakan bahawa Responden 2 di dalam
keterangannya menyatakan :-

“Beliau bersama ayahnya (si mati) pernah pergi ke pejabat 


 En. Ismail (Responden 1) untuk memasukkan nama
 Responden 2 ke dalam geran bagi menyempurnakan
 pemilikan akan tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana
masalah teknikal seperti yang disahkan oleh Responden 1
iaitu hartanah tersebut masih lagi berstatus pertanian dan
belum ditukar kepada status perumahan dan ia ditolak oleh

17
 

 pejabat tanah. Akan tetapi nama Responden 2 ada tercatat 


di dalam rekod Sri Alam Sdn. Bhd. (pemaju) sebagai
 pemilik beneficial hartanah tersebut dan selari dengan itu
 satu surat Kuasa Wakil bertarikh 9 Ogos 2000 telah dibuat 
oleh En. Ismail bin Mohamad (Responden 1) mengesahkan
 pemilikan Responden 2.

31. Kami tertarik kepada Surat Kuasa Wakil tersebut, di dalam kes ini, kami akan
menghuraikan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan Surat Kuasa Wakil atau
Power of Attorney dan bagaimanakah kesannya. Mengikut  Mozley & Whiteley’s Law
 Dictionary mentakrifkan:

“Surat Kuasa Wakil adalah suatu kuasa atau autoriti yang 


diberi oleh seseorang kepada seseorang lain untuk 
bertindak bagi pihaknya semasa ketiadaannya (atau
 semasa ketidakhadirannya ) Misalnya untuk memindahkan
tanah, menerima hutang, mendakwa dan lain-lain lagi.
 Pihak yang diberi kuasa untuk bertindak sedemikian
dipanggil wakil pihak yang memberi kuasa atau autoriti
berkenaan”

32. Buku bertajuk  Surat Kuasa Wakil : Pengurusan Undang-undang  oleh Abdul Aziz
Hussin, DBP , Kuala Lumpur 2004 muka surat 3 telah membawakan kes yang di
 putuskan oleh Hakim Idris Yusuf di dalam kes Wee Tiang Peck lwn Teoh Poh Tin
setelah merujuk Jowitt’s Dictionary of English Law memberi takrif Surat Kuasa Wakil,
iaitu :-

“Suatu instrumen ( surat cara ) rasmi dengan mana


 seseorang memberi kuasa kepada seseorang lain
mewakilinya atau bertindak bagi pihaknya untuk tujuan-
tujuan atau maksud-maksud tertentu”

18
 

33. Merujuk kepada Power of Attorney Act 1949, menjelaskan bahawa Surat Kuasa Wakil
sebagai satu instrument yang memberikan kuasa kepada Pemegang Amanah (attorney)
untuk bertindak bagi pihak Pemberi ( Penghibah ) semasa ketidakhadiran PengHibah
untuk menuntut aset Hibah daripada Institusi yang memegang aset Hibah itu. Surat
Kuasa ini hendaklah didaftarkan di Mahkamah dan akan digunakan untuk menuntut
aset Hibah selepas kematian penghibah.

34. Surat Kuasa Wakil oleh Responden telah memenuhi kehendak  Power Attorney Act 
kerana telah disempurnakan termasuklah di tandatangani Responden di hadapan
 Advocate & Solicitor dan tidak ada pertikaian pihak-pihak di dalam kes ini.

35. Bukanlah tujuan kami untuk memberi penjelasan mengenai Surat Kuasa Wakil,
sebaliknya kami ingin kaitkan syarat al-Qabd  dengan Hibah yang telah berlaku. Jika
dilihat kepada Surat Kuasa Wakil tersebut, Responden 1 telah memberi kuasa yang
luas kepada Responden 2 bagi tujuan pemilikan hartanah tersebut. Terdapat 22 item
yang disebut dan diberi kuasa kepada Responden 2 oleh Responden 1 terhadap
hartanah tersebut termasuklah untuk disewa (to let ), dijual (to sell ), dibayar (to paid )
dan sebagainya.

36. Pemberian kuasa melalui Surat Kuasa Wakil ini menunjukkan bahawa Responden 1
telah mengetahui bahawa pemilikan ke atas hartanah tersebut adalah kepunyaan
Responden 2. Sekatan dan kelewatan membuat Surat Kuasa Wakil tidak menjejaskan
hak Responden 2 di sebabkan penama milik ke atas hartanah tersebut masih lagi atas
nama Responden 1. Jika Si mati sebagai pemilik geran, nescaya pemberian yang
 berlaku boleh dianggap sebagai wasiat ataupun harta pusaka yang perlu dibahagi
secara faraid.

37. Usaha si mati dan Responden 2 yang berulang alik sama ada ke pejabat tanah mahupun
ke pejabat Responden 1 iaitu Syarikat Sri Alam menunjukkan qarinah kesungguhan si

19
 

mati untuk membuat tukaran nama sebagai memenuhi tuntutan undang-undang bagi
tujuan pendaftaran nama Responden 2 di Pejabat Tanah.

38. Kalau dilihat pula didalam kitab “al-Fiqh al-Manhaji” jilid 3 hlm 16 ada
membahagikan qabd  kepada 3 bahagian :

: 1.

1-  Bagi barangan jenis harta boleh alih, bentuk qabad 


(penerimaannya) boleh berlaku dengan cara
mengambil dengan tangan jika barangan tersebut 
boleh diambil dengan tangan. Contohnya seperti baju,
buku atau sebagainya.

  2.

2- Jika barangan tersebut tidak boleh diambil dengan


tangan seperti kereta, haiwan atau sebagainya, maka
qabadnya (penerimaannya) boleh dilakukan dengan
cara memindahkan barangan tersebut 

: 3.

3- Manakala bagi barangan yang tidak boleh alih


 seperti rumah dan Tanah, qabad (penerima) boleh
berlaku dengan cara penjual melepaskan haknya
20
 

kepada pembeli atau menguasainya atau penjual 


mengenepikan segala halangan semasa
 penyerahannya atau dengan penyerahan kunci jika
barangan tersebut seperti rumah atau sebagainya

39. Berpandukan kepada tafsiran yang diberikan, kami ingin menarik perhatian pihak-
 pihak kepada pengertian Qabd menurut syara’ yang menetapkan bahawa harta tersebut
mestilah dikuasainya dengan cara yang dibenarkan oleh Syara’. Di dalam kes ini,
Responden 2 telah menguasai harta yang disenaraikan sebagaimana Surat Kuasa Wakil
tersebut dan berupaya untuk membuat apa sahaja ke atas hartanah tersebut tanpa ada
sekatan. Rentetan itu, pendapat kami pemberian yang berlaku adalah secara Hibah dan
Hibah itu telah memenuhi kehendak Hukum Syara’.

Di dalam Kitab  Hasiyah Ia’nah al Tholibin, Bab Fii al-Hibah , Terbitan Dar al-Kitab
al-‘Alamiyyah muka surat 254 menyebut :-

)   )

 Bermaksud :
engan akad sahaja belum berlaku Hibah bahkan hendaklah
dengan adanya pemilikan ( Qabd ), demikian menurut 
 pendapat al-Syafie yang baru.

40. Istilah wasiat yang digunakan oleh Responden 1 di dalam kandungan surat Responden
1 kepada Peguam Syarie Perayu-perayu bertarikh 10 April 2003, juga Surat Akuan 12
Mei 2003 tidak boleh dijadikan pegangan bahawa pemberian yang berlaku sebagai
suatu wasiat. Kesilapan menggunakan istilah mungkin disebabkan kekeliruan dan
 pemahaman mengenai cara pemberian tersebut. Namun takrifan Syara’ yang telah
kami bawa boleh dijadikan panduan sama ada sesuatu pemberian itu berlaku secara
Hibah ataupun wasiat.

21
 

41. Jika diteliti kepada Surat Akuan Responden 1 bertarikh 12 Mei 2003 ada menunjukkan
kekeliruan pemahaman antara Hibah dan wasiat. Petikan akuan di perenggan 2, baris 3
yang terakhir ada menyebut :-

“Allahyarham telah berwasiat kepada saya bahawa


hartanah tersebut beliau serahkan kepada Rosilawati binti
Suli yang pada ketika itu masih kecil”

42. Istilah wasiat di dalam akuan berkenaan adalah tidak bersesuaian kerana perkataan
‘serahkan kepada Rosilawati binti Suli yang pada ketika itu masih kecil’ menunjukkan
 perbuatan Hibah kerana penyerahan yang berlaku semasa hidup dan bukannya wasiat.

ISU KEDUA : Sama ada beban pembuktian kes oleh pihak yang mendakwa telah dipenuhi
sebagaimana kehendak Hukum Syara’.

43. Isu beban pembuktian kami kupas berdasarkan kepada alasan Perayu-perayu iaitu pada
alasan yang pertama, kedua, ketiga,kelima dan keenam. Kehendak konsep al-Bayyinah
menurut Islam ini adalah sesuatu yang perlu diikuti supaya keadilan dan kesaksamaan
diperolehi oleh pihak-pihak yang bertikai di Mahkamah Syariah.

44. Asas yang perlu dilihat ialah siapakah yang memikul beban pembuktian dan siapakah
 pula yang boleh memberikan keterangan dan seterusnya diterima untuk pertimbangan
hakim. Dr. Abdul Karim Zaidan dalam hal ini menulis dalam kitabnya Nizam al-
Qadha di hlm. 106. Beliau mengatakan bahawa mengetahui dan membezakan antara
“al-mudda’ie” dan “al-mudda’a alaih” adalah suatu pengetahuan yang wajib dikuasai
oleh seseorang hakim dan pihak-pihak yang bertikai supaya ia boleh menentukan siapa
al-mudda’ie yang ditanggung atasnya dengan keterangan dan siapa al-muddai’a alaih
yang ditanggung ke atasnya dengan ‘yamin” apabila ia menafikan dakwaan pihak 
mudda’ie sebagaimana yang dikehendaki Hadis Nabi berkenaan. Betapa pentingnya
 pengetahuan berkenaan dengan perkara ini diungkapkan oleh beliau dengan kata-kata
seperti berikut:
22
 

Bermaksud: 
“cara yang boleh menentukan siapa al-mudda’ie dan siapa
 pula al-mudda’ alaih adalah dengan mengetahui
 perbezaan antara keduanya. Jangan lupa bahawa kadang-
kadang perbezaan antara keduanya tidak begitu jelas dan
tidak ketara kerana bukanlah semua orang yang menuntut 
(Plaintif) adalah muddaie dan bukan semua orang yang 
kena tuntut itu (Defendan) adalah al-mudda’a alaih.
 Kerana itu Para Fuqaha telah memasukkan dalam takrif 
mereka beberapa ciri yang dapat membezakan antara
keduanya.

Beliau di dalam m.s. 102-103 telah memperturunkan beberapa takrif yang diberikan oleh
fuqaha, antaranya;

 Bermaksud:
(1) “ muddaie ialah seseorang yang mendakwa sesuatu perkara yang 
tersembunyi, almudda’a alaiah pula adalah orang yang mendakwa sesuatu yang 
 zahir lagi jelas” ( 2 ) “al-muddai’e ialah orang yang kata-katanya menyalahi

23
 

asal atau 24dapat kebiasaan (‘urf) manakala al-mudda’a alaih pula orang yang 
kata-katanya menepati asal atau ‘urf.”

Takrif ini adalah selari takrif yang diberikan di dalam Kitab Mughni Muhtaj, Jilid 6, hlm 421
menyebutkan:

 Ertinya: “mengikut pendapat yang terkuat (yang distilahkan sebagai azhar) al-
muddaie ialah orang yang kata-katanya menyalahi zahir sesuatu perkara,
manakala orang yang didakwa (al-mudda’a alaih) ialah orang yang kata-
katanya menepati zahir sesuatu perkara”

45. Di dalam kes ini, kami bersetuju dengan penghakiman Y.A Hakim yang menyebut :

“Oleh sebab pihak Plaintif ( Perayu ) mendakwa sesuatu yang muafiq ( selari )
dengan sesuatu yang asal iaitu tidak wujudnya, manakala defendan ( Responden
2 ) yang menyatakan wujudnya Hibah, maka beban untuk membuktikan
wujudnya Hibah seperti yang didakwa adalah ditanggung oleh pihak yang 
mendakwa iaitu pihak defendan ( Responden 2 )”

46. Sehubungan itu, beban pembuktian adalah terletak di atas bahu Responden. Semua
 pihak tidak mempertikaikan mengenai hak milik harta tersebut kecuali secara undang-
undang. Ini disebabkan pemilik sebenar iaitu Responden 1, Perayu-perayu, Responden
2 mahupun saksi-saksi mengakui bahawa hartanah tersebut milik Si mati Allahyarham
Suli bin Rangkota. Pertikaian yang timbul hanya mengenai cara pemberian dari Si mati
kepada Responden. Isu ini telah kami jawab sebentar tadi dan tumpuan kami sekarang
sama ada pihak yang mendakwa ( Responden 2 ) telah berjaya membuktikan kes dan
dakwaannya.

24
 

47. Di Peringkat Mahkamah Tinggi Syariah, Responden 2 telah mengemukakan 4 orang


saksi termasuklah responden 1 sendiri. Setelah kami meneliti kepada nota keterangan
dan rekod rayuan, kami dapati kesemua saksi sepakat mengatakan bahawa hartanah
tersebut adalah hak milik Responden 2 yang diberikan oleh Si mati semasa hayatnya.
Saksi 1,2 dan 3 adalah merupakan adik-beradik dengan Responden 2.

48. Alasan perayu-perayu bahawa wujudnya tohmah untuk saksi 1,2 dan 3 berdasarkan
kepada hubungan baik sebagai adik-beradik dan mengaku tidak baik langsung dengan
Perayu-perayu, kami perlu melihat kepada peruntukan undang-undang mengenai
tatacara keterangan di Mahkamah Syariah.

49. Seksyen 83 Akta Keterangan Mahkamah Syariah ( Wilayah-Wilayah Persekutuan ) ada


menjelaskan mengenai siapa yang boleh memberikan keterangan sebagai saksi.

 sek. 83 (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, semua orang Islam adalah
kompeten untuk memberikan syahadah atau bayyinah sebagai saksi dengan
 syarat bahawa mereka adalah 'aqil, baligh, 'adil, mempunyai ingatan yang baik 
dan tidak berprasangka.
 
 Huraian-Seseorang Islam adalah disifatkan 'adil jika dia menunaikan obligasi
agamanya, melaksanakan kewajipan agama yang ditetapkan, menahan diri
daripada melakukan dosa besar dan tidak terus menerus melakukan dosa kecil.

(2) Seseorang yang bukan Islam adalah kompeten untuk memberikan bayyinah
untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut Hukum Syarak.

 Huraian-Bayyinah seorang pakar bukan Islam terhadap seorang Islam boleh


diterima, jika dikehendaki.

(3) Seseorang yang tidak 'adil adalah kompeten untuk memberikan bayyinah
tetapi tidak kompeten memberikan syahadah.

25
 

(4) Seseorang yang belum baligh atau seseorang yang tak sempurna akal 
adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk 
memberikan syahadah.

 Huraian-Bayyinah seorang orang belum dewasa dalam kes kecederaan yang 


dilakukan oleh beberapa orang belum dewasa ke atas yang lain boleh diterima
dengan syarat bahawa antara mereka tiada perselisihan faham dan mereka
berada di tempat kejadian itu.

(5) Seseorang yang mempunyai ingatan yang lemah atau yang pelupa atau
mengidap hilang ingatan adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi
tidak kompeten untuk memberikan syahadah.

(6) Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan baiknya


dengan dan mempunyai kepentingan dalam pihak menentang adalah kompeten
untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.

(7) Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan buruknya


dengan pihak menentang adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi
tidak kompeten untuk memberikan syahadah.
 
50. Peruntukan di atas memperlihatkan bahawa seseorang saksi itu masih boleh memberikan
keterangan jika terdapat tohmah namun keterangannya secara bayyinah dan bukannya
syahadah. Kami bersetuju dengan alasan Y.A Hakim bahawa memandangkan ketiga-
tiga mereka menafikan hak ke atas hartanah berkenaan, maka mereka tidak mempunyai
tohmah dan boleh menjadi saksi.

51. Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi dan dokumen yang difailkan maka kami
 berpuashati bahawa telah berlaku Hibah dari Si mati kepada Responden 2 berasaskan
kepada Rukun-rukun Hibah sebagaimana yang ditetapkan oleh Hukum Syarak iaitu :-
26
 

i. al-‘Aqidan iaitu al-Wahib ( pemberi Hibah ) dan al-Mawhub lahu ( penerima Hibah )
ii. al-Hibah/al-Mauhub ( perkara atau barang yang diHibahkan )
iii. Sighah iaitu ijab dan Qabul ( beri dan terima )
iv. al-Qabd ( serahterima )

37. Berdasarkan alasan-alasan yang telah kami berikan maka kami putuskan kes ini seperti
 berikut :-

KEPUTUSAN

SETELAH Kami meneliti Rayuan Perayu-perayu dan alasan-alasan yang telah


dikemukakan Perayu-Perayu juga Hujah yang telah dibentangkan oleh Peguam Syarie
Perayu-Perayu dan Peguam Syarie Responden-responden serta alasan yang telah kami
 berikan dengan meruju’ kepada undang-undang dan Hukum Syara’ maka adalah dengan ini
kami sebulat suara memutuskan bahawa :-

i. Rayuan Perayu-Perayu terhadap keseluruhan keputusan Y.A Hakim Mahkamah Tinggi


Syariah W.Persekutuan Kuala Lumpur kes Mal No. 14200-039-001-2003 yang diberikan pada 6
Oktober 2003 adalah ditolak.
ii. Perintah Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah W.Persekutuan Kuala Lumpur tersebut
adalah dikekalkan.

Penghakiman kes ini telah dibaca dan dipersetujui oleh Y.A Dato’ Muhamad Asri bin
Haji Abdullah, HMRyS dan Y.A Datuk Yusop bin Che Teh, HMRyS.

27

You might also like