You are on page 1of 9

Subject : LAW684

Task : Grouping Asessment


Lecturer : Puan Roziana Binti Mat Amin
Tutorial Group : LAW632B

NO NAME STUDENT ID
1. TAHIRA KALYISAH BINTI MUSTAFA KAMAL 2022897674
2. NUR LIYANA IZZATI BT ABD AZIZ 2022897712
3. AMIRAH NUR AQILAH BT ABD RAZAK EFENDI 2022281422
4. IDA SYAHINDAH BINTI SUDIN 2022897662
5. NOR BAITI BINTI MAHADI 2022897676
6. MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ BIN MOHD SUFIAN 2022897624
Soalan 3

a) Jelaskan syarat-syarat sah ikrar menurut Hukum Syara’. Dan adakah ikrar
yang dilakukan oleh Sayyora Mahmudova dan Ibrahim di hadapan
Pegawai Penyiasat sah di sisi undang-undang.

Definisi Iqrar dari segi Bahasa, bermaksud tetap, pengakuan, atau pengiktirafan dan
lawan kepada iqrar ialah ingkar. Sesetengah ulama menyifatkan iqrar dari segi Bahasa
dan Istilah adalah sama sahaja iaitu pengiktirafan atau pengakuan terhadap sesuatu
perkara. Ibn Qudamah pula mengatakan Iqrar ialah mengiktiraf sesuatu perkara atau
perbuatan. Menurut Seksyen 17, Akta Keterangan Mahkamah Syariah (AKMS)
Wilayah Persekutuan 1997 membawa maksud Iqrar ialah suatu pengakuan yang
dibuat oleh seseorang secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan
bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan
dengan sesuatu hak.

Syarat – syarat sah Iqrar mempunyai 4 perkara iaitu, Muqir, Muqar Lahu, Muqar Bihi
dan Sighah. Pertama Muqir perlulah seorang yang berakal dan berfikiran waras.
Baligh, tidak dihalang menggunakan harta sendiri (al-Mahjur), sukarela dan tidak
timbul tomahan terhadap orang yang berikrar. Seterusnya, Muqar Lahu adalah syarat
orang yang diiqrarkan baginya adalah diketahui dan jelas.

Kedua, Orang yang diiqrarkan baginya ialah mempunyai keahlian dalam pemilikan
atau ahliyyah tamalluk walaupun untuk masa akan datang. Ketiga syarat bagi Muqir
Lahu, Orang yang diikrarkan itu tidak menafikan ikrar ke atas dirinya. Muqar Bihi pula,
Benda yang hendak diiqrarkan ialah sesuatu yang ada nilai dari segi syarak, seperti
pemilikan rumah, tanah dan sebagainya. Perkara yang diiqrarkan hendaklah logik,
perkara yang diiqrarkan hendaklah dimaklumi seperti jumlah hutang dan
seumpamanya. Seterusnya, Sighah pula, sighah ikrar boleh dibuat dalam bentuk
lafaz, kitabah dan isyarat, Sighah ikrar dalam bentuk serta merta dan tidak berkaitan
dengan mana – mana syarat.

Ikrar yang dilakukan oleh Sayyora Mahmudova dan Ibrahim di hadapan pegawai
penyiasat tidak sah disisi undang-undang atas beberapa sebab. Pertama, dibawah

2
Seksyen 18 AKMS Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 memperuntukkan yang
sesuatu iqrar itu tidak boleh diterima sekiranya antara lain, subseksyen (1)(e), iqrar
itu tidak dibuat secara sukarela. Apabila Sayyora dan Ibrahim tidak mengaku bersalah
ketika mana dibacakan pertuduhan keatas mereka di Mahkamah, ianya dapat
menimbulkan satu syak bahawa pengakuan mereka di hadapan pegawai penyiasat
berkemungkinan dilakukan secara terpaksa dan dilakukan dibawah tekanan yang
mungkin timbul.

Antara sebab yang lain, walau secara asasnya pengakuan oleh Sayyora dan Ibrahim
adalah iqrar ghairu qaha’i (dilaksanakan di luar Mahkamah, secara lisan di hadapan
saksi tanpa melibatkan hakim) boleh diterima penghakiman apabila memenuhi syarat
dan syarak, namun dalam kes-kes tertentu seperti kes Zina, menurut Imam Abu
Hanifah, iqrar ghairu qaha’i itu harus diulangi dan dibuat juga di hadapan hakim kerna
pensabitannya berdasarkan iqrar dan bukanlah syahadah. Apabila Sayyora dan
Ibrahim tidak mengaku bersalah, makanya tergugurlah penerimaan dari sudut
perundangan ikrar yang telah diberikan di hadapan pegawai penyiasat itu.

Sebab yang terakhir adalah tiada pematuhan syarat di dalam pengakuan di hadapan
pegawai penyiasat itu sendiri kerana di bawah Seksyen 17(2)(b) akta yang sama,
iqrar di luar Mahkamah hendaklah dilakukan di hadapan dua orang saksi lelaki yang
‘aqil, baligh dan ‘adil, sedangkan di dalam kes ini, hanya seorang sahaja pegawai
penyiasat yang Sayyora dan Ibrahim telah memberikan pengakuan mereka.

3
b) Apakah yang perlu dilakukan oleh sayyora dan Ibrahim untuk mencabar
kredibiliti saksi utama pendakwaan iaitu siti Endah?

Bagi mencabar kredibiliti saksi iaitu Siti Endah. Sayyora dan Ibrahim perlu
membuktikan sama ada cukup atau tidak syarat-syarat saksi yang dimiliki oleh Siti
Endah. Antara syarat-syarat bagi kelayakan saksi adalah melihat kepada konsep
Syarat Syahadah iaitu Ada’ yang bermaksud menyampaikan kesaksian. Dalam
memenuhi kriteria syarat-syarat kelayakan saksi tersebut perlulah memenuhi syarat-
syarat tersebut antaranya Islam, berakal, baligh, adil, tidak ada tohmahan, tidak
berprasangka, mempunyai ingatan yang baik dan tidak menerima hukuman hudud
bagi kes Qazaf. Jadi, Menurut undang-undang, ianya telah diperuntukkan di dalam
Seksyen 83(1) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003
yang memperuntukkan bahawa semua orang Islam adalah kompeten untuk
memberikan Syahadah atau bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka
adalah aqil, baligh, adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka.

Di dalam kes di atas, Siti Endah tidak layak untuk SIti Endah tidak memenuhi syarat-
syarat saksi yang mana telah wujud tohmahan oleh Ibrahim terhadap SIti Endah iaitu
dengan menyatakan bahawa Siti Endah ingin membalas dendam terhadap Ibrahim.
Bukan itu sahaja, SIti Endah juga menerima tohmahan bahawa dirinya mempunyai
kelakuan yang buruk dan bekerja sebagai pelayan di kelab malam. Oleh yang
demikian, dapat disimpulkan bahawa Siti Endah telah tidak memenuhi syarat-syarat
dalam menjadi saksi.

Selain itu, memandangkan kes Sayyora dan Ibrahim adalah berkenaan persetubuhan
luar nikah. Maka, perlulah melihat bilangan saksi bagi mengesahkan jenayah tersebut.
Bagi bilangan saksi terhadap kes persetubuhan luar nikah adalah Ulama’ Mazhab
Syafie telah berpendapat bahawa bilangannya perlulah empat (4) orang saksi lelaki.
Bilangan saksi ini juga telah diperuntukkan di dalam Seksyen 86(1) EKTMS 2003
berkenaan bilangan saksi.

Oleh itu, kredibiliti Siti Endah sebagai saksi adalah tidak boleh dijadikan sebagai
keterangan ini kerana saksi yang melihat kejadian Sayyora dan Ibrahim melakukan
jenayah persetubuhan luar nikah hanyalah Siti Endah sahaja tanpa wujud mana-mana
orang lain seperti yang telah ditetapkan oleh pendapat Mazhab Syafie. Boleh juga jika

4
wanita yang menjadi saksi bagi jenayah persetubuhan luar nikah tetapi bilangan
tersebut perlulah digandakan dengan 2 orang menjadi 8 orang wanita, ini kerana
jenayah persetubuhan luar nikah memerlukan tahap pembuktian yang sangat tinggi
melalui iqrar atau empat orang saksi lelaki. Perkara ini juga telah dijelaskan di dalam
Surah An-Nur ayat 13 yang bermaksud: “Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak
mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Olah karena mereka tidak
mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang
dusta.”

5
c) Di dalam konsep as-syahadah, sila jelaskan apakah syarat tahammul dan
syarat ada’, serta nyatakan apakah perbezaan di antara keduanya.

Syahadah atau kesaksian merupakan salah satu kaedah pembuktian yang sangat
kuat selain iqrar yang sangat membantu hakim untuk mengenalpasti hak dan
kebenaran dalam sesuatu pertikaian yang secara tidak langsung membantu hakim
merealisasikan matlamat syarak.

Menurut Seksyen 3 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)


2003 [selepas ini dirujuk sebagai “Enakmen Keterangan”], syahadah merujuk kepada
apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan menggunakan
lafaz 'asyhadu untuk membuktikan suatu hak atau kepentingan. Seksyen 83(1)
Enakmen Keterangan juga telah memeruntukkan syarat-syarat saksi di mana
berdasarkan seksyen tersebut, semua orang Islam adalah kompeten untuk
memberikan syahadah atau Bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka
adalah ‘aqil, baligh, adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka.
Sementara itu subseksyen 83(2) hingga (7) pula bahawa orang yang tidak
memenuhi syarat-syarat di dalam Seksyen 83(1), yakni syarat-syarat untuk
memberikan syahadah adalah boleh memberikan keterangan sebagai saksi atas
dasar bayyinah dan bukan syahadah.

Syarat-syarat syahadah dibahagikan kepada dua (2) iaitu Syarat Tahammul dan
Syarat Ada’.

Syarat Tahammul merujuk kepada syarat penerimaan saksi, iaitu syarat wajib yang
perlu ada pada seseorang semasa menerima kesaksian atau semasa kejadian
tersebut. Dalam Tahammul ini, syarat-syarat seperti baligh, merdeka dan Islam
bukanlah satu keperluan. Syarat Tahammul ini terbahagi kepada tiga (3) iaitu berakal,
boleh melihat atau mendengar dan mengalami sendiri peristiwa yang disaksikan dan
bukannya diambil cerita dari orang lain.

Syarat berakal di mana seseorang saksi mestilah berakal telah disepakati oleh para
ulama’. Justeru itu, jika saksi tersebut merupakan kanak-kanak yang berakal, kanak-
kanak tersebut telah memenuhi syarat tahammul. Syarat Tahammul yang kedua ialah
boleh melihat atau mendengar di mana saksi tersebut telah melihat dan/atau

6
mendengar sendiri kejadian atau peristiwa tersebut. Mazhab Syafie dan Maliki
menerima kesaksian individu yang buta sekiranya individu tersebut mengecam suara
tetapi tidak diterima kesaksiannya berkaitan dengan perbuatan memandangkan
individu tersebut tidak melihat dengan sendiri perbuatan tersebut. Menurut Abu Yusuf,
sekiranya seseorang individu tersebut secara asalnya dapat melihat kemudian
menjadi buta maka kesaksiannya boleh diterima. Sesorang saksi juga haruslah
mengalami sendiri peristiwa yang disaksikan dan bukannya diambil atau mendengar
cerita dari orang lain (“hearsay”). Perkara ini adalah selaras dengan hadis Rasulullah
SAW yang bermaksud “Jika kamu melihatnya seperti kamu melihat matahari
(seterang itu), maka naik saksilah. Jika tidak tinggalkanlah ia”.

Syarat Ada’ pula merujuk kepada syarat memberi atau penyampaian kesaksian.
Antara syarat-syarat bagi penyampaian kesaksian ini adalah berakal, baligh,
beragama Islam, adil, tidak ada tohmah atau tidak berprasangkan, mempunyai
ingatan yang baik, merdeka, boleh berkata-kata, berakhalak mulia, boleh melihat dan
tidak menerima hukuman hudud bagi kes qazaf.

Saksi yang memberi kesaksian haruslah saksi yang baligh, justeru kanak-kanak yang
belum mumaiyiz tidak sah memberi kesaksian. Walaubagaimanapun, para ulamak
berselisih pendapat sama ada kanak-kanak yang sudah mumayyiz layak memberikan
kesaksian. Menurut mazhab Syafie, kanak-kanak, hamba dan orang kafir tidak
diterima kesaksian mereka. Tetapi jika semasa menyampaikan kesaksian (ada’ al-
syahadah) saksi berkenaan telah baligh, telah merdeka dan telah memeluk Islam,
maka kesaksiannya diterima. Pandangan Imam Syafie ini adalah selaras dengan
Seksyen 83(4) Enakmen Keterangan yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak
yang belum baligh hanya layak memberikan Bayyinah dan bukannya Syahadah.

Menurut syarat Ada’ juga, seseorang saksi perlu lah beragama Islam. Seorang yang
bukan Islam adalah tidak diterima kesaksiannya sebagai syahadah kerana mereka
tidak tergolong sebagai orang-orang yang adil. Syarat Islam ini juga adalah
berdasarkan perkataan atau frasa “di antara kamu” dan “di kalangan kamu” dalam
Surah Al-Maidah, ayat 106 dan Surah Al-Baqarah, ayat 282 di mana frasa-frasa
tersebut merujuk kepada saksi-saksi mestilah dalam kalangan orang Islam atau
mereka yang mempunyai sama agama dengan orang Islam. Seksyen 83(4)
Enakmen Keterangan juga jelas menyatakan orang-orang bukan Islam adalah
7
dibenarkan untuk memberi kesaksiaan namun kesaksian mereka hanyalah boleh
diterima sebagai Bayyinah dan bukannya Syahadah.

Syarat Ada’ juga memperuntukkan bahawa seseorang saksi tersebut haruslah adil.
Syarat saksi yang adil ini juga dinyatakan dalam Firman Allah dalam Surah Al-Talaq,
ayat 2 yang bermaksud “…dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu
(semasa kamu merujukkan atau melepaskannya)…. Mazhab-mazhab secara amnya
mempunyai pandangan yang berbeza bagi definisi perkataan adil ini. Imam Abu
Hanifah mentafsirkan adil dengan lebih fleksibal sebagai memadai dengan sifat
sebagai Muslim yang zahir dan tiada sifat tercela manakala mazhab Syafie pula
mentafsirkan adil sebagai menjauhi dosa besar dan tidak berterusa melakukan dosa
kecil. Menurut mazhab Hanbali pula, adil merujuk kepada individu yang menjalankan
kewajipan agama dengan sempurna, memelihara keperipadian/maruah dan
berakhlak mulia. Huraian di bawah Seksyen 83(1) Enakmen Keterangan pula telah
menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai maksud adil di mana seseorang Islam
adalah dianggap sebagai ‘adil jika beliau menunaikan obligasi agamanya.
melaksanakan kewajipan agama yang ditetapkan, menahan diri daripada melakukan
dosa besar dan tidak terus menerus melakukan dosa kecil.

Seseorang saksi yang memberi kesaksian juga mestilah tiada tohmahan atau tidak
berprasangka. Tohmah merujuk kepada keraguan kerana hubungan baik
(berkepentingan) atau hubungan buruk (permusuhan dan lain lain). Tohmah boleh
berlaku kerana hubungan perkahwinan, kekeluargaaan, pekerjaan, persahabatan,
permusuhan dan sebagainya. Berdasarkan syarat ini, saksi-saksi yang mempunyai
hubungan yang diragui atau ditohmah samada kerana hubungan baik atau tidak
dengan pihak-pihak dalam perbicaraan hanya diterima keterangan mereka atas dasar
bayyinah dan terpulang kepada pihak Mahkamah bagi menentukan status keterangan
berkenaan. Tohmahan boleh timbul dalam pelbagai situasi. Sebagai contoh, Imam Al-
Ramli berpendapat bahawa seorang suami tidak boleh menjadi saksi ke atas tuduhan
isterinya berzina meskipun bersama 3 saksi yang lain kerana itu adalah petunjuk
kepada wujudnya permusuhan yang paling buruk antara suami isteri tersebut.

Berdasarkan syarat-syarat Tahammul dan syarat-syarat Ada’ yang dinyatakan di atas,


perbezaan pertama antara kedua-dua syarat ini ialah, syarat Tahammul merupakan
syarat penerimaan saksi, iaitu syarat wajib yang perlu ada pada seseorang semasa
8
menerima kesaksian atau semasa kejadian tersebut manakala Syarat Ada’ pula
merupakan syarat yang ditetapkan kepada seseorang individu untuk menyampaikan
kesaksiaannya.

Seterusnya, antara perbezaan syarat Tahammul dan Syarat Ada’ ialah syarat
Tahammul memberikan syarat bahawa seseorang itu mestilah seorang individu yang
mendengar atau melihat. Manakala, syarat Ada’ pula ialah seseorang individu tersebut
mestilah seorang yang ingatannya kuat sehingga penyampaian yang diberikan
tersebut tidak tersalah.

Akhir sekali, perbezaan yang ketiga antara syarat Tahammul dan Syarat Ada’ ialah
syarat Tahammul ialah seorang individu tersebut mestilah mengalami sendiri peristiwa
yang disaksikan dan bukannya diambil cerita daripada orang lain. Manakala, Ada’ al
Syahadah pula ialah penyampaian kesaksian tersebut mestilah seorang Islam yang
boleh menyampaikan kesaksian tersebut untuk orang lain. Dimana, kesaksian
seorang yang kafir ke atas orang Islam adalah tidak diterima kerana, orang kafir
adalah seorang yang tidak adil menurut Jumhur Ulama’. Tetapi kesaksian untuk orang
Islam kepada orang kafir adalah harus kerana para Ulama’ bersepakat bahawa harus
orang Islam menjadi saksi terhadap kes-kes yang melibatkan orang kafir.

You might also like