You are on page 1of 10

Journal of Contemporary Islamic Law, (2018) Vol.

3(2)
e-ISSN: 0127-788X

Journal of Contemporary Islamic Law, (2018) Vol. 3(2): 20-27


e-ISSN: 0127-788X

Keperluan Saksi Dalam Permohonan Pengesahan Kes Hibah


Di Mahkamah Syariah
The Necessity of Witness in Hibah Application in Sharia Court

AMIRUL ADLI, Universiti Kebangsaan Malaysia


NOOR LIZZA MOHAMED SAID, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kewujudan elemen saksi untuk membuktikan hibah benar-benar berlaku ataupun hibah sebenarnya tidak berlaku
mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh Hakim Mahkamah Syariah. Asalnya hibah tetap sah dan
perpindahan pemilikan hendaklah dilakukan meskipun hibah tidak disaksikan oleh saksi yang hadir ketika akad
berlangsung. Namun, dalam sesetengah kes Mahkamah Syariah mempertikai permohonan pengesahan hibah
sekiranya tidak disokong oleh mana-mana saksi yang kukuh. Justeru, timbul persoalan tentang sejauh manakah
elemen saksi diperlukan dan adakah saksi menjadi keperluan semasa untuk meletakkan syarat saksi dalam akad
hibah. Di samping itu, apakah konsep kesaksian yang ditetapkan syarak bagi melayakkan seseorang menjadi saksi.
Data kajian diperoleh daripada fakta-fakta kes di Mahkamah Syariah dan perbandingan mazhab berkenaan konsep
kesaksian. Hasil kajian mendapati kesaksian menurut syarak memerlukan kriteria-kriteria yang tertentu bagi
membolehkan seseorang menjadi saksi. Melihat kepada keputusan Hakim Syarie yang menolak permohonan
pengesahan hibah apabila tidak disokong oleh saksi yang kukuh dapat membuktikan bahawa elemen saksi
merupakan elemen yang penting semasa akad hibah berlangsung. Oleh yang demikian, saksi dalam konteks
pelaksanaan hibah diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga apatah lagi jika berlakunya sebarang pertikaian.

Kata kunci: saksi, hibah, Mahkamah Syariah, pengesahan hibah, Hakim Syarie.

ABSTRACT

The element of witnesses’ existence in proving that hibah is materialized or not, affects the decision that will be
made by the Sharia Court judges. Originally, hibah is valid and the displacement of ownership must be done with
or without the existance of the hibah’s witnesses to witness the displacement during the contract. However, in
certain cases, the Sharia Court disputed the application of hibah validation made without being supported by any
reliable witness. Hence, questions arise wheather the witness element is needed, and does it become a current
requirement while setting the conditions of witnesses in the akad of hibah. In addition, what is the concept of
testimonies addressed by the Islamic Law to qualify one to become a witness? The research data is derived from the
facts of cases in the Sharia Court and comparative view of Islamic law schools on the concept of testimonies. The
research outcomes reveal that testimonies according to Islamic law require certain criteria to enable a person to
become a witness. Analysis of the Syarie judges’ decisions to disqualify the hibah validation application made
without being supported by a reliable witness proves that witness is an important element in hibah. Therefore,
witness in the context of hibah implementation is required as a precaution to any future disputes.

Keywords: witness, hibah, Sharia court, validation of hibah, Sharia Judges.

PENDAHULUAN sangat signifikan untuk diamalkan bersesuian dengan


keadaan dan adat masyarakat Islam setempat
Perkembangan produk hibah sebagai mekanisma (Muhammad Fadzil ‘Atif 2016). Perkara ini juga
perancangan dan pengurusan harta orang Islam dapat dibuktikan apabila permohonan pengesahan
semakin bertambah maju apabila industri tersebut hibah di Mahkamah Syariah semakin meningkat
telah menawarkan pelbagai produk yang sebagaimana menurut Adilah dan Mohd Zamro
berkonsepkan akad hibah. Hal ini kerana hibah (2018) sebanyak 22 kes hibah telah dipohon
dilihat sebagai salah satu jalan keluar kepada sepanjang tahun 2010 sehingga 2014 di Selangor.
permasalahan yang melibatkan isu-isu harta pusaka Angka ini secara tidak langsung menunjukkan
yang tidak dapat diselesaikan saban tahun serta ianya

20
Journal of Contemporary Islamic Law, (2018) Vol. 3(2)
e-ISSN: 0127-788X

bahawa hibah semakin mendapat tempat dalam pertikaian di antara pihak berakad daripada menjadi
kalangan masyarakat Islam setempat serta tahap panjang dan rumit. Perkara ini juga turut disokong
kesedaran umat Islam terhadap perancangan awal oleh Muham-mad Fadzil ‘Athif (2016) menyatakan
harta semakin bertambah baik (Noor Lizza, Mohd dokumentasi hibah tidak lengkap jika hanya dibuat
Ridzuan & Amir Husin 2012). melalui surat ikatan hibah. Kehadiran saksi ketika
Hibah merupakan akad tabarruc yang dilakukan hibah dibuat perlu bagi membuktikan pemberian
secara sukarela semasa hayat seseorang tanpa hibah dan proses penyerahan pemilikan telah
mengharapkan apa-apa balasan (al-Shatiri 2014). berlaku. Kemajuan teknologi juga perlu
Secara asalnya hibah terlaksana dengan memenuhi dimanfaatkan oleh pihak industri seperti merakam
segala rukun dan syarat yang terdiri daripada video semasa akad berlangsung di samping
pemberi hibah (al-wāhib), penerima hibah (al- disaksikan oleh dua orang saksi (Muhammad Fadzil
mawhūb lah), harta yang dihibahkan (al-mawhūb), ‘Atif 2016). Dalam menyediakan garis panduan
sighah ijāb dan qabūl serta al-qabḍ antara pemberi penyediaan dokumen hibah, Adilah dan Mohd Zamro
dan penerima hibah. Tidak terdapat mana-mana (2018) juga menggariskan supaya akad hibah yang
fuqaha mazhab yang meletakkan syarat bahawa akad dibuat hendaklah disaksikan oleh sekurang-
hibah hendaklah disaksikan oleh beberapa orang kurangnya dua orang saksi lelaki yang hadir ketika
saksi bagi membenarkan proses pemindahan milik akad hibah sedang berlangsung.
berlaku (al-Nawawi 2013; Ibn ‘Abidin 1992; al- Justeru, artikel ini mengkaji sejauh manakah
Bahuti t.th.; Ibn Rushd 2004). Sebagaimana keperluan saksi dalam penyediaan dokumen hibah
kebanyakan akad muamalah yang lain, hibah tidak serta keperluannya dalam konteks semasa dengan
memerlukan saksi sebagai syarat tambahan untuk menganalisis keputusan Hakim Syarie berkaitan
membolehkan harta tersebut berpindah milik. Saksi kewujudan elemen saksi yang menjadi faktor sama
hanya diperlukan apabila timbul pertikaian di antara ada permohonan pengesahan hibah ditolak ataupun
pihak yang berakad. Sebaliknya Mahkamah Syariah diterima. Konsep kesaksian menurut Islam dihurai
dalam sesetengah kes menolak permohonan secara ringkas supaya saksi-saksi yang dikemukakan
pengesahan hibah sekiranya dakwaan tersebut timbul menepati kriteria yang ditetapkan oleh syarah di
tanpa mendatangkan saksi sebagai bukti. Oleh yang samping mematuhi apa yang telah diperuntukkan
demikian timbul persoalan sejauh manakah elemen dalam akta dan enakmen-enakmen keterangan
saksi diperlukan dan adakah ia menjadi keperluan negeri-negeri di Malaysia.
semasa untuk meletakkan syarat saksi ketika hibah
berlangsung. KESAKSIAN MENURUT SYARAK
Keperluan saksi dalam akad hibah sama ada
hibah yang dibuat menerusi agensi-agensi penyedia Kesaksian menurut bahasa Arab berasal daripada
dokumen ataupun secara lisan sahaja juga dapat perkataan shahāda yang mengandungi beberapa
dibuktikan apabila merujuk kepada kes-kes maksud tertentu (al-Wizārah al-Awqaf 2004) sama
pengesahan hibah yang telah diputuskan oleh ada ia bermaksud perkhabaran yang pasti, kehadiran
Mahkamah Syariah. Ketiadaan saksi sebagai bukti dan pemberitahuan, sumpah, ikrar, kalimah tauhid
bahawa hibah telah berlaku menyebabkan pihak dan kematian di jalan Allah SWT. Menurut al-
hakim menolak permohonan pengesahan hibah yang Sharbini (2009), kesaksian berasal daripada
akan mengugurkan hak-hak pihak berkepentingan. perkataan shuhūd yang bermaksud al-huḍūr iaitu
Sebagaimana yang disebutkan oleh Mukhtar kehadiran. Seseorang itu telah dikatakan
Abdullah (2016) dalam sesetengah situasi apabila menyaksikan anak bulan apabila dia turut hadir
seseorang memberi hibah tanpa disaksikan oleh ketika peristiwa tersebut sedang berlaku (al-Qurtubi
beberapa orang saksi, perkara ini bakal menyulitkan 1999). Dalam sesetengah keadaan, shahāda
proses pembuktian terutama apabila pemberi hibah bermaksud al-muacyanah sebagaimana dalam firman
mening-gal dunia. Mahkamah Syariah terutamanya Allah SWT:
َۡ َ ْ ََ ً َ َ ‫ك َة ذٱَّل‬
‫ِين ُه ۡم ع َِب َٰ ُد ذ‬ َ َٰٓ َ َ ۡ ْ ُ َ َ َ
‫ٱلرِنَٰمۡح إِنَٰثا ۚ أش ِه ُدوا خلق ُه ۡ ۚم‬
akan meminta plaintif untuk memberi keterangan dan
ِ ‫وجعلوا ٱلملئ‬
َ ُ َ ۡ ُ َ ۡ ُ ُ َ َٰ َ َ ُ َ ۡ ُ َ
pembuktian bagi mengesahkan perkara tersebut.
Menurut Alias Azhar (2017) pertikaian hibah berlaku ١٩ ‫سلو‬ ‫ستكتب شهدتهم وي‬
di Mahkamah Syariah adalah disebabkan berlakunya Maksudnya: Dan mereka pula menyifatkan malaikat
kematian salah seorang daripada pemberi atau yang juga menjadi hamba-hamba Allah Yang Maha
penerima hibah. Waris si mati menuntut pengesahan Pemurah itu jenis perempuan. Adakah mereka
hibah dan defendan menafikan kewujudan hibah. menyaksikan kejadian malaikat itu? Akan dituliskan
Dalam situasi ini, persoalan yang timbul adalah sama kata-kata mereka (yang dusta itu) dan mereka akan
ada hibah benar-benar berlaku serta disaksikan oleh ditanya kelak (serta akan menerima balasannya).
yang mendengar hibah tersebut. Di samping itu, al-Raghib al-Is̟ fahāni (1992) menjelaskan
kehadiran saksi semasa akad hibah berlangsung bahawa maksud penggunaan shahādah dalam ayat
boleh meringkaskan masa perbicaraan di mahkamah ini adalah adakah mereka benar-benar menyaksikan
dan memudahkan bagi pihak defendan mengakui dengan cayn al-basīrah kejadian malaikat sehingga
tuntutan pemohon tersebut (Alias Azhar 2017). Oleh mendakwa malaikat itu sebenarnya perempuan.
yang demikian perkara ini dapat mengelakkan Melihat kepada penggunaan terma-terma shahādah

21
Journal of Contemporary Islamic Law, (2018) Vol. 3(2)
e-ISSN: 0127-788X

yang pelbagai menunjukkan istilah tersebut sebahagian pendapat golongan Malikiyyah


mempunyai maksud yang berbeza untuk digunakan yang mengharuskan saksi dari kalangan
mengikut kesesuian situasi. kanak-kanak dengan syarat kesaksian tersebut
Shahādah menurut istilah fiqh digunakan dalam dibuat hanya melibatkan kes di antara mereka
beberapa bab yang tertentu seperti ikrar, tuduhan sahaja (Ibn Farihūn 1986). Menurut Ibn
zina dan kesaksian (al-Wizārah al-Awqaf 2004). Qudāmah (1996) ijma’ ulama telah
Artikel ini hanya memfokuskan penggunaan istilah menegaskan kesaksian yang dilakukan oleh
tersebut dalam topik perbincangan kesaksian. seorang yang tidak berakal tidak diterima
Kesaksian bermaksud perkhabaran dengan kebenaran pakai dalam apa jua keadaan sekalipun. Hal
tentang sesuatu kejadian menggunakan lafaz ini kerana mereka tidak mampu untuk
shahādah di hadapan majlis perbicaraan atau qadi memahami apa yang mereka bicarakan apatah
daripada seseorang terhadap orang lain (al-Jurjāni lagi mensifatkan sesebuah pembuktian (al-
2012). Para fuqaha mempunyai pelbagai takrifan Wizārah al-Awqaf 2004).
dalam mendefiniskan istilah tersebut. Ibn Hamam 2. Seorang yang beragama Islam. Saksi yang
(2003) mentakrifkan shahādah sebagai suatu terdiri daripada golongan non-muslim tidak
perkhabaran tentang kebenaran untuk mensabitkan diterima sama ada kesaksian tersebut dibuat ke
sesebuah hak dengan lafaz shahādah dalam majlis atas orang Islam ataupun dalam kalangan
qada’. Begitu juga menurut golongan Syafi’iyyah mereka sendiri (al-Sharbīnī 2009). Namun,
kesaksian bermaksud perkhabaran oleh seseorang Imam Abu Hanifah berbeza pandangan dalam
tentang kebenaran yang dilakukan untuk seseorang hal ini di mana beliau menerima kesaksian
yang lain dengan menggunakan lafaz ashhad (al- kafir ke atas kafir sebagaimana Imam Ahmad
Shāṭiri 2014). Adapun golongan Hanafiyyah menerima kesaksian kafir ke atas muslim
mendefinisikan shahādah sebagai perkhabaran dalam permasalahan wasiat (Ibn al-Qudāmah
tentang sesuatu yang diketahuinya dengan lafaz 1996).
ashhad ataupun shahadtu (al-Wizārah al-Awqaf 3. Seorang yang adil. Tiada perselisihan dalam
2004). Meskipun para fuqaha mazhab mempunyai kalangan fuqaha dalam meletakkan adil
pelbagai takrifan dalam mendefinisikan maksud sebagai syarat untuk menjadi saksi (al-
shahādah namun ianya bukanlah suatu perbezaan Wizārah al-Awqaf 2004). Adil bermaksud
yang ketara. Hal ini dapat dilihat apabila mereka seorang yang menjaga hal-hal agamanya
bersepakat mengatakan bahawa shahādah dengan menjauhi dosa-dosa besar, menjaga
merupakan suatu perkhabaran yang dipercayai daripada melakukan dosa kecil, menunaikan
sumbernya untuk membutikan atau mensabitkan amanah, muamalah yang baik serta
sesebuah hak dengan menggunakan lafaz yang keadaannya yang lebih banyak berbuat
tertentu iaitu shahādah. Hal ini juga membezakan kebaikan berbanding kejahatan (al-Wizārah al-
konsep kesaksian dengan konsep ikrar dan dakwaan. Awqaf 2004). Oleh yang demikian para
Ini kerana kedua-dua konsep tersebut dibuat ke atas fuqaha bersepakat menolak kesaksian yang
orang lain untuk hak yang terdiri ke atas pembuat dibuat oleh seorang yang fasiq (al-Zuhaylī
dakwaan. 2008).
Kewujudan saksi merupakan elemen yang 4. Seorang yang boleh melihat dan bertutur.
sangat penting dalam mensabitkan sesebuah hak Dalam erti kata lain, saksi bukanlah seorang
kerana shahādah merupakan salah satu bentuk al- yang buta ataupun bisu. Seorang yang buta
bayyinah yang diterima oleh syarak. Sebagaimana tidak mampu untuk membezakan orang yang
menurut Ruzman Md. Noor (2008) konsep dinaik saksikan olehnya serta dia juga tidak
shahādah, iqrar, al-yamin dan al-qarinah merupakan mampu membezakan pengisyaratan ketika
bentuk-bentuk keterangan yang diguna pakai bagi penyaksian dibuat melainkan dengan
membuktikan kebenaran sesuatu perkara. Namun mengecam suara yang bersifat shubḥah (al-
begitu, individu yang dipilih untuk menjadi saksi Zuhaylī 2008). Begitu juga dengan seorang
hendaklah memenuhi ḍawābiṭ yang ditetapkan oleh yang bisu, kesaksiannya ditolak meskipun
syarak agar kesaksian yang dibuat tidak dapat isyarat yang diberikan mampu difahami (al-
disangkal dan dapat diterima sebagai bukti. Nawāwī 2012). Ini kerana shahādah menuntut
sesuatu yang diyakini untuk diterima sebagai
SYARAT KELAYAKAN UNTUK pembuktian (al-Zuhaylī 2008). Dalam hal ini,
MENJADI SAKSI kedua-dua keadaan tersebut merupakan
keadaan yang tidak diyakini secara pasti.
Secara umumnya saksi boleh dibuat oleh mana-mana 5. Tidak mempunyai unsur-unsur tomahan.
individu yang memenuhi syarat kelayakan menjadi Tomahan menurut fuqaha boleh wujud dalam
saksi sebagaimana yang telah digariskan oleh para beberapa bentuk sama ada disebabkan
fuqaha. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut: wujudnya kepentingan mahupun menolak
1. Seorang yang berakal dan baligh. Kesaksian kemudaratan (al-Wizārah al-Awqaf 2004).
yang dibuat oleh seorang kanak-kanak tidak Kedua-dua unsur ini boleh menafikan
diterima oleh jumhur fuqaha melainkan kelayakan seseorang untuk menjadi saksi.

22
Journal of Contemporary Islamic Law, (2018) Vol. 3(2)
e-ISSN: 0127-788X

Oleh kerana itu, saksi oleh seorang waris kehadiran saksi amatlah perlu semasa akad hibah
kepada pewaris, orang-orang yang saling dibuat. Saksi-saksi yang dikemukakan juga perlulah
bermusuhan, ayah kepada anak, cucu dan ke memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh syarak selari
bawah atau sebaliknya serta kesaksian seorang dengan apa yang telah diperuntukkan dalam undang-
suami terhadap isterinya adalah tidak diterima. undang Keterangan Mahkamah Syariah.
Namun, fuqaha Syafi’iyyah berpendapat harus Hal ini dapat dibuktikan menerusi beberapa kes
bagi seorang suami untuk menjadi saksi bagi yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah seperti
pihak isterinya ataupun sebaliknya (al-Ramly kes Saharin bin Nordin v Noraidah binti Nordin
1976). (10000-044-0006-2007) [2008] JH 26(1). Fakta kes
Para fuqaha meletakkan syarat-syarat yang ini adalah kedua-dua perayu dan responden
ketat untuk menjadi saksi demi menjaga kepentingan merupakan anak kandung kepada si mati
kedua-dua belah pihak yang bertikai. Ia juga Allahyarham Hjh. Sapiah @ Safiah binti Ahmad.
bertujuan untuk mengelak sebarang ketidakadilan Responden dalam keterangan mendakwa bahawa ibu
yang mungkin akan berlaku sekiranya disaksikan mereka telah menghibahkan secara lisan sekeping
oleh mana-mana individu yang dirasakan sesuai tanah berserta rumah teres setingkat nombor HS(D)
tanpa mengambil kira syarat-syarat di atas. Justeru, 2865 PT 6501, Mukim Dengkil Sepang, Selangor
pihak industri perlulah mengikuti garis panduan yang (semua bahagian) kepada beliau. Responden
ditetapkan syarak dalam menentukan saksi ketika mendakwa bahawa hibah tersebut telah berlaku pada
dokumen hibah dibuat agar tiada isu-isu yang boleh April atau Mei 2001 pada tahun yang sama sebelum
menggugat kesahan hibah apabila melibatkan arwah ibu mereka meninggal dunia. Perayu walau
penghakiman di Mahkamah Syariah. Dengan adanya bagaimanapun meragui pemberian hibah yang telah
akta dan enakmen keterangan di seluruh negeri di dibuat oleh ibu kandung mereka dan telah membuat
Malaysia seperti Akta Keterangan Mahkamah rayuan terhadap keseluruhan keputusan Hakim
Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bicara ke Mahkamah Rayuan Syariah. Hakim
Seksyen 83(1) yang menyebut: Mahkamah Rayuan Syariah dalam memutuskan
Tertakluk kepada seksyen ini semua orang Islam adalah rayuan tersebut telah meneliti kesemua rukun dan
kompeten untuk memberikan syahadah atau al- syarat hibah yang telah didakwa dan mendapati
bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka kesemua elemen tersebut telah dipenuhi melainkan
adalah aqil, baligh, adil, mempunyai ingatan yang baik lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul antara ibu
dan tidak berprasangka.
dan responden dalam kes ini telah tidak dinyatakan
Ia sepatutnya menjadi panduan bagi pihak secara jelas. Responden walau bagaimanapun telah
penyedia dokumen serta orang awam untuk mendatangkan dua orang saksi yang merupakan adik
mengambil saksi yang benar-benar menepati syarak beradik kandung Responden/Pemohon dalam kes ini.
di samping dapat memenuhi kehendak pihak Menurut YA Hakim kesaksian yang dibuat oleh
Mahkamah Syariah dalam menerima kesaksian bagi saksi-saksi dalam kes ini adalah tidak jelas yang
sesebuah kes. hanya menyatakan dalam keterangannya bahawa
arwah telah memberikan “aset tersebut” kepada
KEPELUAN SAKSI DALAM PENGESAHAN Responden/Pemohon sahaja.
HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH Berdasarkan penghujahan yang dibuat, Hakim
Syarie mendapati ijab dan qabul dalam kes ini telah
Meskipun saksi bukanlah elemen utama dalam akad tidak dapat dibuktikan langsung dan seolah-olah
hibah, bahkan tidak termasuk dalam mana-mana perkara tersebut tidak wujud. YA Hakim juga
rukun atau syarat, namun kewujudan saksi menolak kesaksian yang dibuat oleh adik beradik
merupakan satu keperluan yang mencapai tahap kepada Responden/Pemohon dalam kes ini kerana
hajīyyat terutama apabila melibatkan pertikaian saksi-saksi tersebut merupakan pihak yang
antara pembuat akad. Sebagaimana yang dijelaskan berkepentingan. Dengan merujuk kepada Enakmen
oleh al-Zuhayli (2004) hajīyyat merupakan perkara- Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
perkara tambahan yang memudahkan urusan 2003 seksyen 83(6) Mahkamah Rayuan
kehidupan manusia. Sekiranya perkara hajīyyat tidak membatalkan keputusan YA Hakim Bicara yang
dijaga ia akan menyebabkan kesusahan dan mengesahkan hibah dibuat dan memerintahkan
kepayahan dalam mencapai maksud sesuatu perkara perbicaraan semula kes ini.
(al-Zuhaylī 2004). Ketiadaan saksi semasa akad Dalam kes ini Mahkamah mempertikaikan
hibah berlangsung bakal menimbulkan kepayahan kedudukan saksi yang dikemukakan oleh Perayu
dalam mensabit atau mengugurkan hak antara pihak kerana kedudukan mereka yang mempunyai
yang berkepentingan. Para Hakim Syarie tidak dapat kepentingan di antara salah satu pihak yang bertikai.
memutuskan sesebuah kes dengan hanya dakwaan Penulis bersetuju dengan keputusan YA Hakim
semata-mata. Pembuktian melalui apa-apa dokumen dalam kes ini kerana hubungan adik-beradik di antara
ataupun saksi akan menguatkan fakta sesebuah kes di saksi dan pihak yang bertikai merupakan salah satu
samping memudahkan urusan penghakiman dibuat. unsur tomahan yang boleh menegah seseorang
Justeru, bagi mengelakkan timbulnya perkara yang daripada menjadi saksi. Kedudukan saksi sangat
boleh menafikan hak-hak pihak berkepentingan berpengaruh dalam kes ini apabila Mahkamah

23
Journal of Contemporary Islamic Law, (2018) Vol. 3(2)
e-ISSN: 0127-788X

Rayuan membatalkan pengesahan hibah yang telah kepadanya. Fakta dalam kes ini bahawa tanah
dibuat oleh Hakim Bicara. tersebut telah dipusakai oleh tiga orang iaitu Harun
Begitu juga dalam kes Mohd Mokhtar Hj bin Kassim, Ismail bin Kassim dan Mat Yusoff bin
Abdullah v Fadhilah Hj Abdullah & Yang Lain Kassim. Mahkamah yang bersidang tidak berpuas
(03000-044-0001-2005) [2006] 1 CLJ (SYA) 212. hati terhadap hujah dan keterangan yang diberikan
Fakta bagi kes ini adalah Wan Yah binti Che Kar oleh perayu dengan mendatangkan hanya seorang
merupakan ibu kepada perayu dan responden- saksi sahaja. Keterangan yang diberikan oleh saksi
responden telah menghibahkan suatu hartanah iaitu Yusof bin Yaakob bahawa beliau telah
kepada anak-anaknya kecuali perayu semasa mendengar si mati Mek Som binti Ibrahim
hayatnya. Mahkamah Tinggi Kelantan telah mengatakan:
memutuskan bahawa hibah tersebut adalah sah “Him (perayu), aku hendak beri kepadamu Him tanah
dengan memenuhi segala rukun dan syarat hibah pesaka”, kemudian Mek Som kata “mu buat kedai atas
termasuklah telah berlaku al-qabḍ oleh kesemua tanah ini”.
penerima dengan berlakunya perpindahan pemilikan. Dalam alasan penghujahan, mahkamah
Namun begitu, perayu iaitu Mohd Mokhtar Hj menegaskan kesaksian yang dilakukan oleh saksi
Abdullah tidak bersetuju dengan keputusan Perayu tidak jelas serta tidak mencukupi untuk
Mahkamah Tinggi dan membawa kes ini ke menyokong dakwaan Perayu. Mahkamah dalam kes
Mahkamah Rayuan. Perayu mendakwa bahawa si ini tidak mempersoalkan rukun dan syarat hibah
mati ketika hidupnya telah menarik balik hibah mahupun syarat kelayakan saksi namun, bilangan
tersebut serta mengamanahkan supaya hartanah saksi yang hanya seorang sahaja tidak mampu
dibahagikan sama rata di antara perayu dan dijadikan hujah yang kukuh untuk mengesahkan
responden-responden. Dakwaan perayu dikemukakan dakwaan hibah telah dibuat. Justeru, Mahkamah
melalui Responden ke-4 Meria @ Maznah bt Hj Rayuan menolak rayuan Perayu serta mengekalkan
Abdullah yang telah membuat akuan sumpah di keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu
hadapan Pesuruhjaya Sumpah dengan menyatakan bahawa hibah oleh si mati Mek Som binti Taib tidak
satu minggu sebelum arwah meninggal dunia beliau berlaku kepada Perayu.
telah menarik balik hibah tersebut dan Saksi merupakan perkara utama yang
mengamanahkan supaya harta dibahagikan sama rata diperbesarkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes ini
di antara kesemua anak-anaknya. Hakim Syarie tanpa mempersoalkan isu hibah sama ada memenuhi
dalam kes ini meskipun mengiktiraf keharusan rukun atau syarat hibah. Hal ini membuktikan
penarikan balik hibah yang dibuat dengan merujuk kewujudan saksi bukan hanya suatu keperluan dalam
pendapat fuqaha Syafi’iyyah, namun menolak penyediaan dokumen hibah bahkan kedudukan saksi
dakwaaan tersebut kerana tidak dikemukakan bukti bakal menentukan status akad hibah sama ada
yang boleh mengesahkan perkara tersebut. disahkan atau dibatalkan oleh pihak yang berautoriti
Mahkamah tidak disediakan sama ada bukti bertulis iaitu Mahkamah Syariah.
atau saksi yang membenarkan penarikan balik hibah Hakim Mahkamah Syariah juga menolak
dibuat. permohonan pengesahan hibah apabila tiada saksi
Oleh sebab itu, Mahkamah Rayuan yang yang kukuh untuk menyokong dakwaan hibah
bersidang memutusan bahawa hibah yang dibuat oleh sebagaimana kes Che Alias Muda v Abdul Mutalib
si mati adalah sah serta dakwaan penarikan balik Muda [2008] 1 CLJ (SYA) 136. Fakta mengenai kes
hibah tidak boleh diterima kerana dakwaan tersebut ini adalah Responden Abdul Mutalib Muda
tidak disokong oleh mana-mana saksi. Kesahan hibah merupakan anak tiri kepada arwah Wok binti Yusof
yang dibuat dalam kes ini bergantung kepada saksi @ Che Wook binti Yusof yang juga merupakan ibu
yang dikemukakan. kandung kepada Perayu. Responden telah membuat
Sekiranya Mahkamah Rayuan diberikan saksi permohonan pengesahan hibah yang didakwa dibuat
untuk menyokong dakwaan penarikan hibah tersebut, oleh arwah ibu tirinya kepada beliau terhadap tanah
penulis beranggapan Mahkamah akan menerima yang memakai hakmilik GM 58 Lot 1662 Mukim
dakwaan tersebut serta membatalkan hibah yang Batu Buruk, Kuala Terengganu (1/2 bahagian)
telah dibuat oleh arwah dalam kes ini. Justeru, berserta rumah di atasnya. Hakim Bicara telah
kewujudan saksi ketika akad hibah bukanlah suatu mensabitkan hibah tersebut dengan keterengan-
perkara yang boleh dipandang remeh lebih-lebih lagi keterangan yang telah diberikan di hadapannya.
bagi pihak penyedia dokumen hibah. Perayu dalam kes ini tidak bersetuju dengan
Keperluan saksi dalam akad hibah juga dapat keputusan Hakim Bicara dan membawa kes ini ke
dilihat menerusi kes Ibrahim Harun v Mat Yusoff Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu. Responden
Mat Kassim (03000-044-0005-2015) yang mendakwa bahawa tanah tersebut telah dihibahkan
dibicarakan di Mahkamah Rayuan Syariah Negeri kepadanya pada 30 tahun yang lepas dengan
Kelantan. Perayu dalam kes ini iaitu Ibrahim Harun mengemukakan beberapa orang saksi. Namun begitu,
telah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan mendapati keterangan-
Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan seterusnya keterangan yang diberikan oleh saksi tidak
membuat rayuan untuk mengesahkan hibah hartanah menyokong dakwaan responden malah saksi-saksi
yang telah dibuat oleh Mek Som binti Ibrahim yang dikemukakan tidak hadir ketika lafaz ijab

24
Journal of Contemporary Islamic Law, (2018) Vol. 3(2)
e-ISSN: 0127-788X

dibuat oleh si mati kira-kira 30 tahun dahulu. kepada perayu yang bertujuan untuk membayar
Mahkamah juga tidak dikemukakan saksi selain hutangnya kepada perayu berjumlah RM4,000.00.
daripada yang dikemukakan oleh responden untuk Berikutan surat Akuan Berkanun tersebut perayu
menyokong dakwaan hibah yang dibuat kepada memohon Mahkamah Tinggi Syariah Pahang
Responden. Disebabkan itu, Mahkamah Rayuan membuat pengesahan hibah atau wasiat ke atas tanah
membenarkan rayuan perayu dan membatalkan Lot 1885 yang dibuat bagi manfaat dirinya.
keputusan Hakim Bicara yang mengesahkan hibah Mahkamah menolak permohonan perayu dan
kepada Responden. seterusnya kes ini dibicarakan di Mahkamah Rayuan.
Dalam kes ini, Mahkamah Rayuan tidak Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan
menyentuh isu kesahan hibah yang dibuat dalam Syariah menolak rayuan perayu dan mengekalkan
alasan penghujahan hakim. Sebaliknya mahkamah keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi
mempertikaikan adakah hibah yang dibuat 30 tahun Syariah di Pahang. Alasan penghakiman dalam kes
yang lepas benar-benar berlaku dengan ini adalah hibah yang dibuat oleh si mati tidak
mengemukakan saksi ataupun dokumen yang memenuhi rukun hibah iaitu ijab dan qabul.
berkaitan. Meskipun keterangan yang diberikan oleh saksi
Berbeza dalam kes Zanani binti Mohd Noor v perayu yang mendengar bahawa si mati ingin
Awang bin Merah & Satu Yang Lain (03000-044- memberikan Lot 1885 kepadanya, perkara tersebut
0002-2008) [2008] 26(2) JH 241, hakim menerima tidak menguatkan dakwaan kerana hakim mendapati
permohonan perayu apabila dikemukakan dengan tiada tindakan susulan oleh perayu bagi memindah-
dokumen yang kukuh bagi membuktikkan hibah milikan Lot 1885 kepadanya (seperti memeterai
dibuat meskipun tiada saksi yang hadir. Dalam kes pindah milik di pejabat tanah). Kewujudan saksi
ini perayu merupakan anak saudara dan juga anak dalam kes ini dilihat tidak dapat dijadikan bukti yang
angkat kepada arwah Che Limah binti Awang Mat. kukuh. Selain itu, mahkamah juga turut mengambil
Arwah semasa hidup telah mendapat pemilikan tanah kira bukti-bukti lain yang wujud bagi membolehkan
hasil dari usahanya terhadap tanah tergendala yang pengesahan tuntutan dibuat.
telah diterokai oleh suaminya pada tahun 1957. Melalui keputusan-keputusan Hakim Mahka-
Perayu telah menfailkan rayuan terhadap keputusan mah Syarie, dapat dirumuskan bahawa keperluan
Mahkamah Kadi Khas Tanah Merah, Kelantan yang saksi semasa akad hibah berlangsung amatlah
menolak permohonan pengesahan pemberian hidup penting. Ketiadaan saksi sebagai elemen pembuktian
(hibah) terhadap tanah Lot PT 3374 dan Lot 1805 sama ada untuk membuktikan hibah telah benar-
Mukim Jeli yang dibuat oleh arwah Che Limah benar berlaku mahupun menafikan hibah yang dibuat
kepadanya. Ketika hibah dibuat oleh arwah, perayu boleh menyebabkan para hakim menolak
masih belum cukup umur untuk dinamakan sebagai permohonan serta menggugurkan hak pihak yang
penama di dalam geran tanah. Oleh yang demikian, berkepentingan hanya kerana tidak dapat
arwah Che Limah telah membuat surat perlantikan membuktikan perkara tersebut. Meskipun saksi tidak
menjadi pemegang amanah di Pejabat Tanah Jajahan diperlukan dalam akad hibah, kewujudan elemen
Tanah Merah ke atas tanah-tanah tersebut pada tahun tersebut amat penting sebagai langkah berjaga-jaga
1974. untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan
Walau bagaimanapun, ketika perbicaraan di berlaku pada masa hadapan. Saksi diperlukan sebagai
Mahkamah Kadi Khas Tanah Merah surat pemegang bukti bahawa akad hibah telah berlaku. Rentetan
amanah berkenaan tidak dapat dibawa untuk daripada itu, adalah lebih baik untuk meletakkan
dijadikan bukti atas sebab-sebab teknikal. Namun, saksi semasa akad hibah dibuat sama ada menerusi
selepas surat berkenaan diperolehi dari Pejabat borang hibah yang disediakan pihak industri
Tanah Jajahan Jeli, mahkamah menerima rayuan mahupun hibah secara lisan sahaja. Saksi-saksi yang
perayu dan mensabitkan tanah-tanah yang dituntut dikemukakan juga perlulah menepati kriteria yang
sebagai pemberian hibah yang sah mengikut syarak. ditetapkan syarak yang mana secara tidak langsung
Walaupun saksi tidak dikemukakan dalam kes ini, menepati apa yang telah diperuntukkan dalam statut
mahkamah tidak menolak permohonan perayu tetapi yang telah sedia ada. Para Hakim Syarie juga
mengesahkan pemberian tersebut apabila dibuktikan perlulah melihat kepada kewujudan bahan-bahan
dengan adanya surat pemegang amanah. Justeru, pembuktian lain seperti adanya dokumen hibah dan
pembuktian tidak hanya terikat dengan kewujudan berlakunya tasarruf ke atas harta hibah bagi
saksi sahaja bahkan hakim akan menilai kewujudan mengesahkan hibah telah benar-benar berlaku.
dokumen-dokumen lain yang berkaitan untuk
dijadikan bukti yang kukuh. KESIMPULAN
Begitu juga dalam kes Ibrahim Hj Abu Bakar v
Mohd Seh Mohd Ali & Satu Lagi [2005] CLJ (SYA) Meletakkan saksi dalam akad hibah bukanlah perkara
177. Fakta kes ini adalah si mati Azhari bin Mohd yang dilarang syarak bahkan saksi merupakan salah
Ali telah meninggal dunia pada tahun 1982. Selepas satu kehendak maqasid syariah dalam soal penjagaan
7 tahun kematian si mati, satu surat Akuan Berkanun harta supaya hak pemilikan penerima hibah dapat
telah diiqrarkan oleh 11 orang saksi menyatakan si dijaga. Perkara ini merupakan langkah berjaga-jaga
mati telah mewasiatkan sebidang tanah (Lot 1885) sekiranya timbul sebarang pertikaian yang boleh

25
Journal of Contemporary Islamic Law, (2018) Vol. 3(2)
e-ISSN: 0127-788X

mengugurkan hak pihak yang berakad. Ketiadaan Ibn Qudamah, ‘Abd Allah bin Ahmad. 1996. al-
saksi semasa akad hibah berlangsung tidak Mughni. Juz. 10. Beirut: Dār al-Kitāb al-‘Arabi.
membatalkan akad hibah serta perpindahan Ibn Rushd, Muhammad bin Ahmad. 2004. Bidayah
pemilikan tetap berlaku. Di samping itu, kaedah- al-Mujtahid wa Niḥāyah al-Muqtasid. Jil 4.
kaedah pembuktian selain daripada saksi seperti Kaherah: Dār al-Hadith.
pengakuan bertulis atau dokumen hibah turut Jurnal Hukum. 2008. Jabatan Kehakiman Syariah
diperlukan terutama apabila kedudukan saksi tidak Malaysia. 26(1): 73.
begitu kukuh untuk dijadikan elemen pembuktian. Jurnal Hukum. 2008. Jabatan Kehakiman Syariah
Melihat kepada keputusan Mahkamah Syariah Malaysia. 26(2): 241.
dapatlah disimpulkan bahawa saksi merupakan al-Jurjāni, Ali bin Muhammad. 2012. Kitāb al-
elemen yang penting untuk diletakkan dalam setiap Ta’rifāt. Beirut: Dār al-Kitāb al-‘Arabi.
penyediaan borang hibah ataupun hibah yang dibuat Mukhtar Abdullah. 2016. Aplikasi & Tuntutan Hibah
secara lisan agar hak-hak pihak berakad dapat di Mahkamah Syariah di Malaysia.
diserahkan dengan adil. Saksi-saksi yang Terengganu: Skybiz Resources.
dikemukakan juga perlulah menepati kehendak Muhammad Fadzil ‘Athif. 2016. Penawaran produk
syarak seperti tidak mempunyai unsur tomahan di hibah patuh syariah: kajian di Wasiyyah
antara pihak bertikai. Kriteria-kriteria saksi yang Shoppe Sdn. Bhd. Disertasi Sarjana, Jabatan
telah diperuntukkan dalam undang-undang Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Keterangan Mahkamah Syariah seharusnya dijadikan Kebangsaan Malaysia.
garis panduan oleh semua pihak termasuklah pihak al-Nawawi, Abu Zakaria Muhyiddin bin Syarf. 2012.
industri dan orang awam. Hal-hal seperti ini timbul Rawḍah al-Ṭalibīin. Jil. 6. Dimashq: Dār al-
disebabkan masih tiada statut khusus berkaitan hibah Fayhā’.
yang digubal sedangkan produk tersebut semakin al-Nawawi, Abu Zakaria Muhyiddin bin Syarf. 2013.
mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Minḥaj al-Ṭalibīn. Dimashq: Dār al-Fayḥa’.
Justeru, penulis mencadangkan agar satu garis Noor Lizza Mohamed Said, Mohd Ridzuan Awang
panduan rasmi dikeluarkan oleh pihak berautoriti & Amir Husin Mohd Nor. 2012. Hibah dengan
sama ada dalam bentuk statut berkenaan pelaksanaan syarat balasan menurut pandangan fuqaha dan
hibah agar pelaksanaannya lebih selaras dan kedudukannya dalam undang-undang sivil
sistematik. Jordan. Jurnal Syariah 2(3): 309-328.
al-Qurtubi, Muhammad bin Ahmad. 1999. al-Jamic li
Ahkām al-Qur’an. Juz. 2. Kaherah: Dār al-
RUJUKAN Qalām.
al-Ramly, Shams al-Din bin Abi al-‘Abbas Ahmad
al-Qur’ān al-Karīm. bin Hamzah bin Shiyab al-Din. 1976. Niḥāyah
Adilah Mohd Sa’afie & Mohd Zamro Muda. 2018. al-Muhtāj cila Syarḥ al-Minhāj. Jil. 8. Kaherah:
Garis panduan dalam penyediaan borang hibah al-Maktabah al-Muṣṭafā al-Halābi.
di Mahkamah Tinggi Syariah. Journal of al-Raghib al-Isfahānī, Abu al-Qasim al-Hussein bin
Contemporary Islamic Law 3(1): 1-9. Muhammad. 1992. al-Mufradāt fī Gharīb al-
Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah- Qur’ān al-Karīm. Dimashq: Dar al-Qalam.
wilayah Persekutuan) 1997. Ruzman Md. Noor. 2008. Kesaksian dalam konteks
Alias Azhar. 2017. Praktis Hibah di Malaysia. undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah
Kedah: Penerbitan UUM Press. di Malaysia: analisis dari perspektif mazhab
al-Bahuti, Mansur bin Yunus bin Salahuddin bin Syafi’i. Seminar Jabatan Fiqh 22-23 Ogos
Hassan bin Idris. t.th. Kasshaf al-Qina’ ‘an 2017. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Matn al-‘Iqna’. Jil. 3-4. Beirut: Dār Kutub al- al-Sharbīnī, Shams al-Din Muhammd bin Muhammd.
‘Ilmiyyah. 2009. Mughni al-Muḥtāj ‘la Ma’rifat al-Alfāẓ
Ibn ‘Abidin, Muhammad Amin bin ‘Umar bin al-Minḥāj. Dimashq: Dār al-Fayhā’.
‘Abdul al-‘Aziz. 1992. al-Dur al-Mukhtār wa al-Shaṭiri, Ahmad bin ‘Umar. 2014. al-Yāqūt al-Nāfis
Ḥāshiyah Ibn ‘Abidin. Jil 6. Beirut: Dār al-Fikr. fi Madhhab Ibn Idris. Beirut: Dār al-Minhāj.
Ibn Farihūn, Ibrahim bin ‘Ali bin Muhammad. 1986. al-Wizārah al-Awqaf wa al-Shu’un al-Islam̄miyyah
Tabṣirah al-Ḥukkām. Juz. 2. Kaherah: al-Kuwaīt. 2004. al-Mawsucah al-Fiqhiyyah al-
Maktabah al-Kulliyāt al-Azhariyyah. Kuwaītiyyah. Kuwait: Wizarah al-Awqaf wa
Ibn al-Hamam, Kamal al-Din Muhammad bin Abd. Shu’un Islamiyyah.
Wahid. 2003. Sharḥ Fatḥ al-Qadir cala al- al-Zuhayli, Wahbah Mustafa. 2008. al-Fiqh al-
Hidāyah. Jil. 7. Beirut: Dar al-Kutub al- Islāmiy wa ‘Adilatuh. Dimashq: Dar al-Fikr.
Ilmiyyah. al-Zuhayli, Wahbah Mustafa. 2004. al-Qawā’id al-
Fiqhiyyah ‘ala Madhhab al-Hanafi wa al-
Shāfi’iyyah. Kuwait: Jāmicah al-Kuwayt

Amirul Adli,
amiruladli9402@gmail.com

26
Journal of Contemporary Islamic Law, (2018) Vol. 3(2)
e-ISSN: 0127-788X

Pelajar Sarjana,
Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor,
MALAYSIA.

Noor Lizza Mohamed Said


lizza@ukm.edu.my
Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor,
MALAYSIA.

27
JOURNAL OF CONTEMPORARY ISLAMIC LAW (2018) 3(2)

KANDUNGAN / CONTENTS

Hukum Penggunaan Plasenta Haiwan dalam Produk Kecantikan 1-10


di Malaysia
The Legal Status on the Use of Animal Placenta in Beauty Products in
Malaysia
Siti Maryam Abdullah, Che Maryam Ahmad

Teknik Dakwaan Melampau dalam Pemasaran Produk Pengguna 11-19


Menurut Perspektif Hukum Islam
Overclaim Technique in the Marketing of Consumer Product
According to Islamic Ruling Perspective
Mohd Anuar Ramli, Mohammad Naqib Hamdan, Muhammad Izzul
Syahmi Zulkepli

Keperluan Saksi dalam Permohonan Pengesahan Kes Hibah 20-27


di Mahkamah Syariah
The Necessity of Witness in Hibah Application in Sharia Court
Amirul Adli, Noor Lizza Mohamed Said

Analisis Hukum Penggunaan Dana Zakat untuk Pembangunan 28-36


Model Takaful Mikro
An Analysis on the Ruling of Using Zakat Fund for the Development of
Micro Takaful Model
Nik Abdul Rahim Bin Nik Abdul Ghani, Nurul Ilyana Muhd Adnan,
Ahmad Dahlan Salleh, Salmy Edawati Yaacob, Rubayah Yakob,
Hendon Redzuan
Journal of Contemporary Islamic Law Published by:
Centre for Contemporary Fiqh and Sharia
(2018) Vol. 3(2) Compliance,
Faculty of Islamic Studies,
Editor-In-Chief Universiti Kebangsaan Malaysia,
Dr. Mohd Al Adib Samuri 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
Co-Editor
Assoc. Prof. Dr. Salmy Edawati Yaacob Suggested citation style:
Author, (2018), Title, Journal of Contemporary
Secretary Islamic Law, 3(2), pages, http://www.ukm.my/jcil
Dr. Nurul Ilyana Muhd Adnan
eISSN 0127-788X
Senior Editors
Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad Copyrights:
Prof. Dr. Mohd Nasran Mohamad
This work is licensed under a Creative Commons
Assoc. Prof. Dr. Shofian Ahmad
Assoc. Prof. Dr. Zaini Nasohah Attribution-Noncommercial-No Derivative Works
Assoc. Prof. Dr. Ibnor Azli Ibrahim 3.0 Unported License
Assoc. Prof. Dr. Zuliza Mohd Kusrin (http://creativecommons.org/licenses/by-nc-
nd/3.0/). You can download an electronic version
Chief Managing Editor online. You are free to copy, distribute and transmit
Dr. Mat Noor Mat Zain the work under the following conditions:
Attribution – you must attribute the work in the
Arabic Copy Editor
Anwar Fakhri Omar manner specified by the author or licensor (but not
in any way that suggests that they endorse you or
Bahasa Copy Editor your use of the work); Noncommercial – you may
Dr. Mohd Zamro Muda not use this work for commercial purposes; No
Md. Yazid Ahmad Derivate Works – you may not alter, transform, or
build upon this work.
Editor
Dr. Mohammad Zaini Yahaya
Dr. Nik Abd. Rahim Nik Abdul Ghani
Dr. Azlin Alisa Ahmad
Mohd Hafiz Safiai

You might also like