You are on page 1of 24

NA lwn AYMS

[Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor. Kes Mal Bil.: 10005-054-2827-
2017, (Tuan Mohd Firdaus Bin Mohed, HMRS)]

[28 JamadilAwal 1439h bersamaan 14 Februari 2018]

Undang-Undang Keluarga Islam - Pengesahan Perceraian - Permohonan pengesahan lafaz


cerai di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah - Mengikut seksyen 57 Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003.

Fakta Kes

[1] Kes ini merupakan tuntutan Plaintif NA (No. K/P: XXX) yang beralamat di XXX,
43000 Seri Kembangan, Selangor. Pihak Defendan, AYMS (No. K/P: XXX) yang
tinggal di alamat yang sama.

[2] Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 6 Januari 2001 dan didaftarkan dibawah
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan. Hasil daripada pernikahan
tersebut, mereka telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata.

[3] Plaintif failkan kes 27 Disember 2017, saman disempurnakan secara kediri pada hari
yang sama. Plaintif tidak diwakili peguam manakala Defendan diwakili oleh Peguam
Syarie Aimi Maryam Binti Hamidon.

[4] Kes kemudiannya disebut pada 24 Januari 2018, dan ketika ditanya oleh Mahkamah,
Defendan mengakui telah memahami tuntutan yang difailkan Plaintif. Plaintif dan
Defendan juga setuju fakta kejadian berkenaan tarikh yang tidak diperincikan Plaintif
dalam tuntutannya, iaitu merujuk pada tarikh 23 Disember 2017. Dan kes diteruskan
kepada perbicaraan.

[5] Plaintif dalam keterangannya, mendakwa satu kejadian lafaz cerai pada hari jumaat
bertarikh 23 Disember 2017 antara waktu 11.45 pagi hingga 12 tengahari yang berlaku
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
1
di rumah mereka di Seri Kembangan, Selangor. Di dalam rumah tersebut, lebih tepatnya
di dalam ruang bilik suami berkerja. Tiada saksi ketika kejadian berlaku. Plaintif dan
Defendan saling berhadapan. Plaintif meminta Defendan melafazkan cerai talaq tiga
dalam masa yang sama memegang kamera dan lensa milik syarikat Defendan bekerja,
sambil mengugut akan menghempaskannya ke lantai jika Defendan tidak melafazkan
cerai. Defendan melafazkan secara lisan, lafaz:" NA, aku ceraikan dikau dengan talaq
tiga".

[6] Pihak-pihak tidak ada mengemukakan sebarang saksi dan tiada apa-apa dokumen
ditender ke dalam mahkamah sama ada di pihak Plaintif mahupun pihak Defendan yang
diwakili peguam syarie sepanjang prosiding.

Diputuskan

1. Mahkamah meluluskan tuntutan Plaintif di bawah Seksyen 57 Enakmen Undang-


Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memutuskan lafaz cerai secara lisan yang dibuat oleh Defendan pada 23
Disember 2017 antara jam 11.45 pagi hingga ke 12 tengahari adalah sah dan
menjatuhkan talaq.
3. Mulai tarikh dan waktu tersebut, jatuhlah talaq tiga berjumlah tiga talaq secara talaq
bain-kubra terhadap Plaintif dengan beriddah selama tiga (3) bulan.
4. Mahkamah perintahkan perceraian ini didaftarkan di Pejabat Agama Islam Hulu Langat
dan Surat Perakuan Nikah No. Sijil: xx/2001 Negeri Sembilan dibatalkan.

Peguam Syarie

Plaintif : tidak diwakili oleh mana-mana peguam Syarie.


Defendan : diwakili oleh Aimi Maryam Binti Hamidon

Surah Al-Qur`an Yang Dirujuk

1. Surah Al-Ahzab: ayat 28


2. Surah Al-Baqarah: ayat 229
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
2
3. Surah At-Talaq: ayat: 1, 4

Kitab-kitab Yang Dirujuk

1. Abu Bakar ibni Muhammad Syatta’, 'Iaanah al-Taalibin Hashiah I’anatu Talibien, juzuk
4, terbitan Dar Al-Fikr (1998) .
2. Al-Imam Syafie, Al-Umm.
3. Al-Imam Taqiyuddin Abu Bakr bin Muhammad al-Husaini, Kifayah al-Akhyar fi Hall
Ghayah al-Ikhtishar.
4. Al-Mawardi, al-Hawi al-Kabir, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Juz. X, Hal. 119.
5. An-Nawawi, Raudhah al-Thalibin, Dar Alim al-Kutub, Arab Saudi, Juz. VI.
6. Dr. Wahbah Az-Zulaili, Fiqh Islami Wa Adillatuhu, juzuk 9, Dar al-fikr: cetakan
keempat, 1997.
7. Profesor Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim, Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia.
8. Syamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Khatib As-Syarbini, Mughni Muhtaj Ila
Ma’rifati Alfadzi Minhaj.
9. Tafsir Ibn Kathir.

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Arahan Amalan No. 9 Tahun 2001.


2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 – s.61 (2)(b)(i),
s.62(2)(b)
3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 –s.2 (1), s.4,
s.45 ( c) , s. 54(1), s.57

Kes-Kes Yang Dirujuk

1. Mohd Zuhdi Mohd Nawawi vs. Norsharifah Sharif, JH XVII/II , 1425h , ms 175-191.
2. Sharifah Laila bt Syed Shamdin lwn Abdul Latif bin Arshad (1994) 9 bhg. 1 J.H 16.

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
3
Penghakiman Tuan Hakim Mohd Firdaus bin Mohed, HMRS

[7] Di dalam menentukan sama ada sabit atau tidak berlakunya perceraian sebagaimana
lafaz yang didakwa oleh Plaintif, Mahkamah terlebih dahulu perlu meneliti beberapa
perkara berikut;
1. Bidang kuasa Mahkamah
2. Rukun dan syarat talak yang didakwa belum dipenuhi Defendan

[8] Mahkamah merujuk kepada Seksyen 62(2)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) Tahun 2003 (pindaan 2015) yang memperuntukkan bahawa "
Mahkamah Rendah Syariah, dalam bidangkuasa Mal; boleh mendengar dan
memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi dibenarkan
mendengar dan memutuskannya dalam mana jumlah atau nilai hal perkara yang
dipertikaikan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan
dengan wang ". Seksyen ini dibaca bersama Seksyen 61(2)(b)(i) Enakmen yang sama
yang memperuntukkan bahawa: Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dalam
bidangkuasa Mal mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam
mana semua pihak adalah orang Islam dan berkaitan dengan:
(i) Pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan perkahwinan (fasakh),
atau perpisahan (faraq).

[9] Selain dari itu, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun
2003 iaitu melalui Seksyen 57 yang mana secara khusus memberi kuasa kepada
Mahkamah Syariah untuk mengesah dan mendaftarkan perceraian yang berlaku di luar
Mahkamah. Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
Tahun 2003 memperuntukkan:

(1) Walau apa pun seksyen 55, seseorang yang telah menceraikan isterinya

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
4
dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah,
hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada
Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada


talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak.
(3) Jika Mahkamah berpuashati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah
sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada
seksyen 125—
(a) membuat perintah membenarkan perceraian dengan talaq;
(b) merekodkan perceraian itu; dan
(c) menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan
kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.

Dari peruntukan di atas, jelaslah bahawa kuasa menentukan sah atau tidaknya sesuatu
perceraian itu diberi kepada Mahkamah ini secara khusus.

[10] Permohonan ini juga telah memenuhi kehendak peruntukan Seksyen 4 dan juga Seksyen
45(c) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 dimana
Plaintif beralamat didalam bidangkuasa tempatan Mahkamah ini.

[11] Didalam kes Sharifah Laila bt Syed Shamdin lwn. Abdul Latif bin Arshad (1994) 9
1 J.H. 16, Mahkamah rayuan Syariah Selangor telah menyatakan bahawa perkataan
“mastautin” hanya mensyaratkan seseorang itu tinggal tetap dalam sesuatu kawasan atau
pada lazimnya tinggal di sesuatu kawasan, tidak disyaratkan hendaklah menjadi rakyat
negeri di dalam kawasan ia berada.

[12] Justeru diputuskan bahawa Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa untuk mendengar
dan memutuskan kes ini setelah berpuashati bahawa Plaintif telah memenuhi kesemua
syarat-syarat yang dinyatakan dalam kerangka perundangan syariah Negeri Selangor.

Adakah Wujud Lafaz Sighah Penceraian Yang Didakwa Plaintif.

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
5
[13] Mahkamah setelah menjalankan siasatan pada 24 Januari 2018 mendapati bahawa
dakwaan Plaintif berkenaan lafaz dan kejadian itu diakui sendiri oleh Defendan dan
bersetuju ada berlaku kejadian lafaz tersebut. Justeru, Mahkamah berpuashati
kewujudan lafaz ini tidak menjadi isu dan ulasan akan diteruskan dengan huraian rukun
dan syarat talak berdasarkan kejadian lafaz dalam kes ini.

Isu Kedua: Rukun Dan Syarat Talak Yang Didakwa Belum Dipenuhi Defendan

[14] Di dalam kitab 'Iaanah al-Taalibin oleh Abu Bakar ibni Muhammad Syatta’, juzuk
keempat muka 2, ada menyebut;

‫واركانه مخسة زوج وصيغة وقصد وحمل ووالية عليه‬


Bermaksud:

"Dan adapun rukun talaq itu ada lima, iaitu suami, lafaz yang digunakan, diqasadkan
talaq, kepada siapa talaq itu ditujukan, dan talaq itu dijatuhkan dengan kekuasaan
suami."

[15] Profesor Dr. Muhammad Az-Zuhailiy, di dalam kitabnya, Al-Muktamad Fi Al-Fiqh Al-
Shafei, juzuk keempat, cetakan pertama, 1428H/ 2007M, terbitan Darul Qalam,
Damsyek, Syria. Dalam kitab berkenaan, pada muka surat 153, Profesor Dr. Muhammad
Az-Zuhailiy menjelaskan;

‫ املطلِّق’وهوالزوج’وصيغةوهي اللفظ أومايقوم مقامه’وحمل‬: ‫أركان الطالق مخسة؛وهى‬

‫وهوالزوجة’وواليةللمطلق’وقصد’ولكل ركن شروط’ونبني ذلك تفصيال‬


Bermaksud:
‘Rukun talaq itu ada lima;
1) Orang yang menjatuhkan talaq, iaitu suami;
2) Sighah, iaitu lafaz talaq atau lafaz yang dikira sebagai lafaz talaq;
3) Tempat lafaz talaq dijatuhkan, iaitu isteri;
4) Kekuasaan yang dimiliki suami ketika melafazkan talaq; dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
6
5) Kesengajaan melafazkan talaq.
Dalam tiap-tiap rukun talaq itu ada syarat-syaratnya. Oleh yang demikian
kami akan membuat penerangan kesemua syarat-syarat itu secara terperinci.’

[16] Diperingkat ini adalah jelas, jika kelima-lima rukun talaq ini dipenuhi, maka talaq boleh
menjadi sah. Adapun setiap rukun ini yang tidak dilihat sebagai isu, tidak diperincikan
disini, namun perlu diulas agar pihak-pihak jelas dengan pendirian Mahkamah dalam
setiap rukun-rukun ini.

I. RUKUN WILAYAH

Mahkamah melihat tiada isu berkenaan rukun dan syarat yang perlu diulas panjang bagi
Rukun ‘Wilayah’ iaitu kekuasaan suami ke atas isterinya ketika membuat lafaz pada
waktu kejadian. Plaintif dan Defendan adalah suami isteri yang sah ketika kejadian
berlaku dan pernikahan masih lagi berkuatkuasa. Pihak-pihak bersetuju dan mengakui
secara ikrar tidak pernah bercerai dan disokong dengan Sijil Nikah Negeri Sembilan
bernombor siri A xxxxx dengan No. Sijil: xx/2001 dan tidak dipertikaikan oleh pihak-
pihak.

Oleh yang demikian, mahkamah memutuskan Rukun Wilayah telahpun dipenuhi


sepenuhnya dalam kes ini.

II. RUKUN SIGHAH

Keterangan diberikan oleh Plaintif dan Defendan pada 24 Januari 2018. Mahkamah
dapati lafaz yang didakwa Plaintif dalam penyata tuntutan dipersetujui oleh Defendan
dan disebutkan Defendan ketika keterangan iaitu: “NA, AKU CERAIKAN DIKAU
DENGAN TALAK TIGA” adalah lafaz yang tidak bercanggah dan digunapakai dalam
kes ini.

[17] Perbahasan ulama’ dalam rukun Sighah ini adalah meliputi banyak aspek, dan hanya
disentuh dalam alasan ini adalah setakat Soreh atau Kinayah Tanjiz, Mua’jjal Atau
Taklik, dan Perkataan 3 Dalam Lafaz Sighah.

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
7
Soreh Atau Kinayah

[18] Dalam kitab Kifayah al-Akhyar fi Hal Ghayah al-Ikhtishar ada disebutkan iaitu:

)‫صريح وكناية‬،‫(الطالق ضربان‬


bermaksud: Talaq itu ada dua bahagian, iaitu yang nyata (soreh) dan yang kiasan
(kinayah).

[19] Lafaz cerai dengan perkataan talaq adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah
Al-Baqarah ayat 229:

﴾ ‫ان‬ ٍ ‫اك ِِبَعر‬


ٍ ‫وف أَو تَس ِريح بِِإحس‬ ِ ِ َّ
َ ْ ٌ ْ ْ ُ ْ ٌ ‫﴿ الطالَ ُق َمَّرتَان فَإ ْم َس‬
Maksudnya: Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu boleh
ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang makruf (sepatutnya)
atau melepaskan (menceraikan) dengan cara yang baik.

[20] Manakala lafaz cerai dengan perkataan sarahah (lepas) pula sebagaimana firman Allah
dalam Surah Al-Ahzab ayat 28:

َّ ُ ‫ك إِ ْن ُكْن‬ ِ
‫ُسِّر ْح ُك َّن‬ َ ْ َ‫اْلَيَاةَ الدُّنْيَا َوِزينَتَ َها فَتَ َعال‬
َ ‫ني أ َُمتِّ ْع ُك َّن َوأ‬ ْ ‫ُت تُِرْد َن‬ ُّ ِ‫﴿ يَا أَيُّ َها الن‬
َ ‫َِّب قُ ْل أل َْزَواج‬
َِ ‫سراحا‬
﴾ ‫َجيال‬ ً ََ

Maksudnya: Wahai nabi (Muhammad s.a.w.) katakanlah kepada isteri-isteri mu, jika
kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya
kuberikan kepadamu mut`ah dan aku lepaskan (cerai) kamu dengan cara yang baik.

[21] Imam Taqiyuddin bin Abu Bakar dalam kitab Kifayah al-Akhyar ada juga menjelaskan
bahawa lafaz talaq yang soreh tidak lagi berhajat kepada niat, iaitu dengan memetik
pendapat Syeikh Abu Sujak;

)‫ وال يفتقر صريح الطالق إىل النية‬.‫ الطالق والفراق والسراح‬،‫(فالصريح ثالثة ألفاظ‬

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
8
Bermaksud: Lafaz talaq yang soreh itu ada tiga; At-Thalaq, Al-Firaq (pisah) dan As-
Sarah (lepas). Talaq soreh juga tidak berhajat kepada niat.

[22] Justeru, melihat kepada lafaz bagi kes ini, yang dibuat secara lisan, yang dipersetujui
pihak-pihak, iaitu “NA, aku ceraikan dikau dengan talak tiga”, lafaz ‘ceraikan’ dan
‘talak’ adalah lafaz dalam kategori lafaz soreh tanpa perlu lagi melihat kepada niat
Defendan kerana jelas perkataannya yang tidak ada maksud lain lagi yang boleh
ditafsirkan melainkan cerai dan talak semata-mata.

Tanjiz, Mua’jjal Atau Taklik


[23] Adapun keseluruhan lafaz Defendan tersebut pula mempunyai hukum lafaz yang
tersendiri pula. Dalam kitab Fiqh Islami Wa Adillatuhu, halaman 6966, disebutkan
pembahagian lafaz dari segi “waktunya” )‫(الزمن المرتبط به‬, iaitu serta merta jatuh talak
)‫(منجز‬, atau tertangguh )‫(معجل‬ atau bergantung kepada sesuatu )‫(معلق‬, ataupun
disandarkan kepada berlalu masa yang akan datang )‫(مضاف إلى المستقبل‬.

“Pertama – talak ‫) (منجز‬serta merta atau ‫ ) (معجل‬tertangguh : ia apa yang


dimaksudkan dengan keadaan waktu itu, sebagai contoh seorang lelaki berkata
kepada isterinya : kamu tertalak atau kamu orang yang ditalakkan atau aku
talakkan kamu. Hukumnya: berlaku jatuh talak serta merta )‫ (في الحال‬dan apa-apa
kesan yang terbit dari penceraian apabila rukun dan syarat penceraian bagi
suami dan isteri dipenuhi.”

Kedua – talak yang disandarkan: iaitu apa yang disandarkan kepada waktu
akandatang, seperti lelaki berkata pada isterinya: “kamu tertalak esok”
Hukumnya: berlaku jatuh talak ketika tiba waktu yang disandarkan kepadanya
apabila rukun dan syarat penceraian bagi suami dan isteri dipenuhikerana
kehendaknya bukan pada waktu itu.

Ketiga – talak Muallaq )‫ (معلق‬digantung pada sesuatu- iaitu berlakunya apabila


sesuatu perkara terhasil di masa akan datang, dengan adanya adat syarat ‫(أدوات‬
)‫ الشرط‬iaitu taklik (penggantungan) contoh jika, sekiranya, apabila dan lain-
lain.”
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
9
[24] Adapun dalam kes ini, setelah siasatan sewajarnya dibuat atas Plaintif dan Defendan
dengan lafaz Defendan: “NA, aku ceraikan dikau dengan talak tiga” tanpa ada
sandaran mahupun penggantungan perkataan cerai itu pada sesuatu, maka secara zahir
lafaz ini mahkamah melihat ianya adalah lafaz yang tanjiz yakni berkuatkuasa serta
merta pada waktu itu.
Perkataan Talak Tiga
[25] Lafaz Defendan iaitu: “NA, aku ceraikan dikau dengan talak tiga”. Secara
zahirnya, bilangan 'tiga' tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak ada disebut
secara lisan ketika kejadian, kerana tidak dipertikaikan.

[26] Kesan talak tiga dalam satu lafaz akan dihuraikan selepas ini. Diperingkat ini,
pertimbangan diambil bahawa bilangan 'tiga' tersebut ada disebut dan wujud dalam
lafaz sighah Defendan. Plaintif mengakui beliau ada meminta Defendan supaya
menceraikannya manakala Defendan buat tidak tahu sampai reda dari asakan.
Hinggalah Plaintif mengambil kamera Defendan dan mengugut mahu
menghempaskan kamera dan lensa ke lantai.

[27] Lafaz itu pada asalnya disebut oleh Plaintif, dan meminta Defendan untuk
melafazkannya. Defendan faham makna perkataan yang disebut oleh Plaintif. "NA"
adalah merujuk kepada isteri. "Dikau" merujuk kepada N. Dan Defendan
kemudiannya ada menyebut bilangan tiga dalam lafaznya.

[28] Defendan juga ketika disoal Mahkamah, pasti menyebut dengan bilangan tiga, dan
pasti tidak tersalah sebut bilangan tiga. Defendan juga mengaku tahu kesan talaq
tiga iaitu tidak boleh rujuk semula. Defendan mengakui seorang yang waras ketika
itu, boleh membezakan antara berlafaz talaq tiga itu atau kamera akan pecah.

[29] Lafaz talak bukanlah sembarangan lafaz yang boleh diucap sesukahati kerana kesan
yang terbit dari ucapan tersebut disisi Syarak sangat besar. Seperti yang dihurai
sebelum ini bahawa lafaz ini adalah dalam kategori lafaz soreh. Bilangan yang terbit
dari ucapan tersebut juga memberi kesan dan mempengaruhi bilangan talaq. Justeru

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
10
Mahkamah berpuashati bahawa perkataan 'tiga' ada disebutkan juga secara jelas dan
terang dalam kejadian lafaz Defendan dalam kes ini.

III. RUKUN ISTERI (MAHAL AT-TALAQ)

[30] Bagi rukun isteri, perbahasan ulama adalah berkisar dengan status perempuan atau
isteri tersebut dan penggunaan anggota tubuh badan yang ada pada perempuan
tersebut dalam lafaz cerainya. Samada perempuan tersebut dalam nikah yang sah,
atau nikah yang belum ada hubungan kelamin, masih dalam iddah talak rajie, talak
bain dan sebagainya sebagaimana dalam Kitab Fiqh Islami di halaman 6888.

[31] Maka dalam kes ini, Plaintif iaitu NA, telah dibuktikan berada dalam pernikahan
yang sah berdasarkan Sijil Nikah Negeri Sembilan dan sedang berkuatkuasa ketika
lafaz tersebut berlaku, dan tiada pernah berlaku penceraian antara Plaintif dan
Defendan sebelum ini dalam keterangan pihak-pihak.

[32] Plaintif dalam keterangannya secara ikrar mengakui ada meminta talaq tiga dan
tahu beza antara talaq-talaq tersebut. Plaintif juga mendakwa perkara meminta cerai
ini diluar kawalannya dan mengakui tiap kali bergaduh, Plaintif ada meminta cerai,
tapi pada kejadian ini, Defendan telah melafazkannya.

[33] Menceritakan kepada Mahkamah, Plaintif menyatakan Plaintif hilang kawalan


apabila pergaduhan berlaku antara lain isu majlis kahwin anak buah Plaintif.
Plaintif kemudiannya menyatakan bertindak luar kawal, memegang kamera
Defendan dan mengugut kalau tidak lafazkan, Plaintif akan kecaikan kamera itu.
Pada pengetahuan Plaintif, harga kamera itu dalam 25 ribu ringgit, manakala harga
lensa, Plaintif tidak tahu. Dan diakhirnya Defendan melafazkan lafaz tersebut.

[34] Plaintif mendakwa keadaannya tidak stabil, selama empat bulan lebih telah berubat
doktor, ada pendarahan tidak berhenti disebabkan ketumbuhan dalam rahim.
Plaintif tidak pasti ketika itu suci atau tidak, kerana darah sentiasa keluar. Plaintif
dalam keadaan sedar dan waras.

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
11
[35] Makanya diperingkat ini, Mahkamah berpuashati rukun bagi Mahal At-Talak ini
juga telah sempurna dipenuhi oleh Plaintif, sebagai isteri yang sah kepada
Defendan, dan Mahkamah ambil maklum tentang hal keadaan darah yang dialami
oleh Plaintif ketika kejadian lafaz ini berlaku.

IV. RUKUN QASAD

[36] Merujuk kepada kitab Fiqh Islami halaman 6886, Rukun Qasad bermaksud:
kesengajaan untuk berlafaz, walaupun tanpa niat bercerai, dengan kefahaman pada
lafaz 'cerai' yang dibuat. Maka terkeluar daripada ini orang-orang yang berlafaz
dengan tujuan untuk mengajar, menceritakan (berhikayat), dan orang mengucapkan
lafaz cerai dalam bahasa lain yang bukan bahasa difahaminya, serta orang yang
mengigau dan meracau dalam tidurnya.

[37] Justeru, rukun ini sebenarnya amat berkait rapat dengan rukun pada Sighah dan
rukun Suami. Dari keterangan semasa perbicaraan, Mahkamah melihat keadaan
ketika Defendan berlafaz talak kepada Plaintif adalah lafaz yang "disahajakan atau
disengajakan" sebutannya oleh Defendan, tanpa paksaan yang sabit disisi Syarak
serta Defendan faham perkara yang akhirnya diucapkan Defendan adalah perkara
berkenaan cerai setelah diminta oleh Plaintif.

[38] Cuma, Mahkamah mengambil perhatian, Defendan mengaitkan dirinya dipaksa


untuk melafazkan lafaz tersebut. Lafaz tersebut diucapkan oleh Plaintif terlebih
dahulu dan Defendan dipaksa untuk menyebut lafaz yang sama. Maka akan
dihuraikan selepas ini berkenaan isu paksaan yang berkait dengan rukun Qasad
selepas ini.

[39] Maka diperingkat ini, bergantung jika isu paksaan yang dibangkitkan boleh
diterima Mahkamah, maka rukun Qasad ini boleh terkesan dengan paksaan, dan
jika tiada paksaan, Mahkamah berpuashati rukun ini telah dipenuhi dan boleh
membawa kepada penceraian yang sah.

V. RUKUN SUAMI
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
12
[40] Merujuk pada kitab yang sama, di halaman 6881 – 6885 menyatakan: Disyaratkan
SUAMI seorang yang mukallaf (baligh cukup umur dan berakal). Dihuraikan
dengan panjang lebar, persoalan berakal juga melibatkan isu-isu:
• Gila,
• Marah,
• Mabuk,
• Safih (orang yang kurang akalnya disisi Syarak untuk menjalankan transaksi
berkaitan harta), dan
• Paksaan.

[41] Jadi secara terus dapat difahami, suami yang baligh, cukup umur, cukup akalnya,
serta tiada elemen-elemen yang menjejaskan kecukupan akalnya, maka suami
tersebut adalah cukup rukun dan syarat-syarat apabila beliau melafazkan lafaz
penceraian. Mahkamah berpegang kepada prinsip kaedah Fiqhiyyah:

‫االصل العدم‬
Bermaksud: “Asal keadaan sesuatu itu adalah tiada”

[42] Dalam keadaan normal atau asal, seseorang yang telah dibuktikan bernikah secara
sah disisi Undang-undang Keluarga Islam di mana-mana negeri pun Malaysia
adalah seorang yang Islam, telah baligh dan berakal sempurna. Berakal sempurna
itu adalah keadaan normal atau asal bagi seseorang, melainkan jika dia dibuktikan
tidak berakal sempurna pada sesuatu masa atau peristiwa. Kesimpulannya,
pembuktian diperlukan dalam perkara yang diluar dari kebiasaan asal. Dan beban
pembuktian perlulah dibuktikan dengan sewajarnya oleh yang mendakwa, seperti
disebutkan dalam satu lagi prinsip kaedah fiqhiyyah :

((‫أنكر‬ ‫البينة على المدعي واليمين على من‬ ))

Bermaksud: Keterangan diatas pihak yang mendakwa dan sumpah keatas pihak yang
.mengingkari dakwaan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
13
[43] Dalam memutuskan kesempurnaan rukun ini juga, siasatan telah dilakukan dengan
sangat berhati-hati dalam keterangan Plaintif dan Defendan untuk melihat
konsistensi penceritaan pihak-pihak. Keterangan diambil meliputi sebelum
kejadian lafaz, semasa dan selepas kejadian lafaz. Dalam keterangan Defendan
sendiri sebagai suami, mahkamah melihat Defendan dapat menceritakan semula
perkara yang berlaku daripada bermulanya perselisihan yang berlaku pada hari
tersebut hinggalah saat Defendan melafazkan lafaz dan juga Defendan dapat
menceritakan keadaan selepas terjadinya lafaz tersebut. Perjalanan penceritaan
dalam keterangan Defendan ini mahkamah dapati ada konsistensi dan
kesinambungan dalam keterangan Plaintif sebelum itu.

[44] Secara tersiratnya, kemampuan Defendan untuk mengingati urutan kejadian dalam
keterangannya menjadi qarinah bahawa Defendan dalam keadaan sedar dan waras.
Justeru, pembuktian perlu dikemukakan jika sekiranya Defendan mendakwa beliau
ketika berlafaz lafaz tersebut dalam keadaan elemen yang menjejaskan kesedaran
dan kewarasannya seperti gila, mabuk, safih mahupun terpaksa. Melalui
keterangan, isu gila, mabuk, safih, tidak sedar tidak ada dibangkitkan pihak-pihak
dan tidak menjadi isu dalam kes ini melainkan isu paksaan ketika kejadian.

PAKSAAN
[45] Dalam keterangan Plaintif dan Defendan, ada suatu keadaan yang melibatkan
kamera dan lensa kamera yang didakwa bernilai ribuan ringgit diugut oleh Plaintif
akan dikecaikannya jika Defendan tidak melafazkan cerai ketika itu. Kamera dan
lensa kamera itu adalah milikan syarikat Defendan bekerja iaitu sebagai jurugambar
media antarabangsa. Defendan mendakwa kamera dan lensa itu bernilai lingkungan
15 ribu ringgit.

Sebelum lafaz talaq


[46] Dalam situasi pergaduhan di bilik bekerja Defendan iaitu sebuah bilik komputer,
Defendan diasak oleh Plaintif untuk menceraikannya namun Defendan buat tidak
endah agar asakan Plaintif menjadi reda. Plaintif bertindak mengambil kamera dan
lensa tersebut, dan Defendan memberi respon dengan berkata:" kalau nak 5, 6, 7
pun saya tidak kisah", Defendan mengakui 5, 6, 7 itu adalah merujuk kepada talaq.
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
14
Semasa lafaz talaq
[47] Plaintif menyebutkan lafaz itu terlebih dahulu:" NA, aku ceraikan dikau dengan
talak tiga", dan kemudian baru Defendan menyebutkan lafaz yang sama. Dalam
soalan tambahan Mahkamah, Defendan akui ada ruang masa antara sebutan Plaintif
dengan lafaz yang diucap Defendan selama lebih kurang 5 saat. Defendan
melafazkan dengan lafaz talaq tiga kerana Plaintif kata nak tiga juga bukan satu
atau dua.

[48] Ketika lafaz, Defendan dihadapan Plaintif dengan kamera ditangannya. Defendan
menyatakan rasa dah habis ikhtiar untuk elakkan. Ketika ditanya Mahkamah
tentang ikhtiar Defendan, Defendan menyatakan bahawa merasa Plaintif boleh
lakukan, sedang jarak antara pihak-pihak dinyatakan sebagai agak dekat tanpa
dinisbahkan kepada suatu ukuran jarak yang boleh digambarkan. Defendan
menambah, tidak boleh merampas kamera dan lensa tersebut dari Plaintif, kerana
berisiko terlepas dari tangan Plaintif atau tangan Defendan sendiri.
[49] Defendan faham apa yang disebut, tapi terdesak, dan fikiran kosong ketika itu.
Kesan lafaz itu juga Defendan faham. Defendan menambah, lafaz itu cakap sahaja,
bukan sepenuh hati kerana dalam fikirannya masih berfikir untuk menyelamatkan
kamera pada masa itu juga. Dalam keadaan Defendan yang waras ketika itu,
Defendan masih boleh membezakan antara lafaz cerai talak tiga dengan kesan
kamera jatuh dan pecah. Defendan akhirnya memilih untuk lafazkan lafaz tersebut
dan menyatakan tiada pilihan.

Selepas lafaz talaq diucapkan


[50] Selepas lafaz diucapkan Defendan, Plaintif meletakkan kamera di atas kerusi,
Plaintif diam sahaja lalu keluar dari bilik dan pergi ke bilik Plaintif. Defendan
kemudian buat kerja dan pergi solat Jumaat.

Pendirian mahkamah terhadap isu paksaan ke atas Defendan


[51] Namun adakah ini boleh dikatakan paksaan dan adakah ia menepati syarat paksaan
disisi syarak?

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
15
[52] Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kitab Mughni Al-Muhtaj jilid 4, muka
surat 470-472 ada menyatakan bahawa talaq yang dilafazkan oleh seseorang yang
dipaksa ( ‫ ) المكره‬adalah tidak berlaku atau tidak gugur sebagaimana yang disebut ;

ٍ ِ ْ ‫ فَِإ ْن ظَ َه َر‬،ٍ‫” َوََل يَ َق ُع طََل ُق ُم ْك َره‬


َ ‫ أ َْو‬،‫ فَ َو َّح َد‬،‫ت قَ ِرينَةُ ا ْختيَا ٍر بِأَ ْن أُ ْك ِرَه َعلَى ثََلث‬
ٍ ‫ص ِر‬
‫يح‬

ِ ‫ح أ َْو بِالْعُ ُك‬


"‫وس َوقَ َع‬ َ ‫س َّر‬
َ َ‫ت ف‬ ٍ ِ‫أ َْو تَ ْعل‬
ُ ‫يق فَ َكنَّى أ َْو نَ َّج َز أ َْو َعلَى طَلَّ ْق‬

Yang bermaksud: Dan tidak berlaku talaq (bagi mereka) yang dipaksa (melafazkan
talaq). Jika sekiranya telah jelas bukti adanya pilihan sebagai contoh, dipaksa
menceraikan dengan talak tiga, maka dipilih talaq satu, atau dipaksa menceraikan
dengan lafaz soreh, atau taklik, maka dipilih lafaz secara kiasan atau dipilih lafaz
secara serta-merta atau lafaz aku telah menceraikan, maka dipilih dengan lafaz aku
lepaskan, atau dengan yang berlawanan dengan yang dipaksa dan yang dipilih, maka
jatuh talaq bagi semua hal keadaan ini.

[53] Dan disebut lagi berkenaan syarat-syarat paksaan;

‫ َو َع ْج ُز ال ُْم ْك َرهِ َع ْن‬،‫ب‬ ِ ‫اْل ْك َراهِ قُ ْد َرةُ ال ُْم ْك ِرهِ َعلَى تَ ْح ِق‬
ٍ ُّ‫يق َما َه َّد َد بِ ِه بِ ِوََليٍَة أ َْو تَ غَل‬ ِْ ‫ط‬ُ ‫َو َش ْر‬
ٍ ‫ب َش ِد‬ ٍ ‫صل بِتَ ْخ ِو‬
َ ِ‫يف ب‬
ٍ ‫ض ْر‬ ِ ِ ٍ ِ ِِ
ٍ ‫يد أ َْو َح ْب‬
‫س‬ ُ ُ ‫ َويَ ْح‬،ُ‫َدفْعه ب َه َرب َوغَْي ِره َوظَنِّه أَنَّهُ إ ْن ْامتَ نَ َع َح َّق َقه‬
ِ ‫أَو إتْ َل‬
ٍ ‫ف َم‬
،‫ال َونَ ْح ِو َها‬ ْ
Maksudnya:
“Dan disyaratkan pada paksaan itu, kemampuan/ keupayaan orang yang memaksa
untuk melaksanakan apa yang diugut itu samaada dengan kuasanya atau
kekuatannya yang mengatasi orang yang dipaksa, dan lemah (tidak upaya) orang
yang dipaksa itu untuk melawan, dan orang yang dipaksa itu pasti jika dia enggan
melakukan perkara yang dipaksakan itu, orang yang memaksa akan berbuat sesuatu
yang diugut ke atasnya dengan sebenar-benarnya.”

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
16
[54] Mahkamah sangat berhati-hati dalam menilai elemen paksaan yang didakwa dalam kes-
kes penceraian seperti ini. Benar, ugutan terhadap harta bernilai tinggi boleh menjadi
bentuk paksaan. Namun dalam memutuskan kes, selain melihat pada perkara yang
dipaksakan, taraf hidup orang yang dipaksa, Mahkamah perlu melihat dari konteks
berlakunya suasana lafaz itu secara keseluruhan.

[55] Menjadi satu trend di masa ini, budaya penceraian semakin menjadi-jadi. Apakah asal
seseorang dipaksa hartanya yang mahal akan dimusnahkan, maka boleh si suami
melafazkan talaq, bahkan tiga sekalipun? Buatlah apa jua paksaan, pastinya terlepas
dari sabitan, hanya kerana syarak tidak mengiktiraf talaq orang yang didakwa terpaksa
ini?

[56] Justeru setakat mana kesanggupan suami untuk ikhtiar TIDAK MELAFAZKAN
TALAQ TIGA menjadi semakin rendah dan sampai ke satu tahap nanti, melafazkan
talaq tiga adalah suatu yang lazim dalam setiap pergaduhan. Ugutan atau paksaan pada
harta benda untuk meminta cerai adalah menjadi kebiasaan. Dan akhirnya, talaq tidak
jatuh, fiqh semakin luas, kesempitan membawa keringanan hasil kaedah ‫(مشقة تجلب‬
)‫ تيسير‬yang berleluasa tanpa sempadan dalam apa jua keadaan.
[57] Dari penceritaan pihak-pihak, Mahkamah cuba membayangkan keadaan suasana ketika
itu. Defendan sedang berhadapan dengan Plaintif yang sedang memegang kamera dan
lensa yang bernilai ribuan ringgit. Sedang Defendan berkira-kira untuk menyelamatkan
kamera dari diugut Plaintif untuk dihempaskan jika Defendan tidak melafazkan lafaz
talak yang dipinta. Bagaimanapun, Mahkamah tidak dapat berpuashati situasi itu adalah
satu paksaan yang menghilangkan ketaklifan/ kesan hukum kepada apa yang terjadi,
atas alasan berikut:

1. Defendan masih ada pilihan ketika berhadapan dengan situasi itu. Defendan
waras dan dapat membezakan kesan serta akibat antara lafaz cerai talak tiga dan
kesan kamera yang akan musnah apabila dihempas. Lalu Defendan memilih
menyelamatkan kamera dari musnah berbanding 'menyelamatkan' pernikahan
pada ketika itu. Ia suatu pilihan dan Defendan telah membuat pilihannya.
Sedang Defendan sendiri dari awal lagi apabila dalam keterangan menyatakan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
17
fikirannya hanya tertumpu untuk menyelamatkan kamera semata berbanding
mengutamakan mengelak dari menyebut talak pada ketika itu.

2. Episod pergaduhan meminta cerai adalah perkara yang berulang. Dalam


keterangan Plaintif menyatakan bahawa tiap kali bergaduh, Plaintif ada minta
dan jika perkara ini berulang, Defendan akan bagi cerai yang Plaintif minta. Dan
ini suatu keputusan akhir Defendan setelah diasak berulang kali dengan
penceraian dan akhirnya Defendan hanya menunaikan hajat dan kemahuan
Plaintif.

3. Defendan yang telah mendengar terlebih dahulu lafaz yang dipinta Plaintif pada
waktu itu, iaitu talaq tiga, dan dalam sedar dan waras kemudiannya menyebut
lafaz talak tiga yang diakui disebut dan bukan salah atau tersalah sebut. Ada
ruang walau selama 5 saat sebelum ia dilafaz dari diri Defendan sendiri. Tiga
adalah tiga, tiga bukan dua atau satu. Defendan juga ada pilihan menyebutkan
bilangan talaq yang berbeza asalkan bukan talaq tiga, walaupun didakwa
Plaintif meminta dan mahukan talak tiga. Tapi tiga itu akhirnya muncul dan
disebut dari mulut Defendan sendiri.

4. Defendan bukan tergolong dalam syarat keterpaksaan yang sah. Defendan


bukan benar-benar orang yang lemah atau tidak upaya untuk melawan orang
yang memaksa (Plaintif) ketika itu hingga menjadikan segala akibat dari
perbuatan Defendan seolah tidak diambilkira oleh Hukum Syarak.

5. Defendan lafaz dalam keadaan sedar, faham perkataan dan kesan, tapi dalam
keadaan fikiran yang kosong tidak menjadikannya alasan yang mencacatkan
rukun talaq. Hal ini sama seperti orang yang bergurau atau bermain-main tetapi
melafazkan perkataan cerai, dan kesan penceraian itu diambil kira, seperti
dalam hadith:

ُ‫والرجعة‬
َّ ‫النكاح والطل ُق‬
ُ ‫وه ْزلُ ُه َّن ِجد‬
َ ‫هن ِجد‬
َّ ‫ثلث ِج ُّد‬

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
18
Maksudnya: “Tiga perkara yang dibuat sungguh jadi sungguh dan dibuat
gurauan juga jadi sungguh: nikah, talaq dan rujuk.” – Sunan Tirmidzi, Hasan
Gharib.

Orang bergurau senda, jenaka ) ‫ ( الهازل‬diertikan orang yang memaksudkan


(qasad) lafaz talaq sahaja tetapi tidak pada makna lafaz talaq, manakala orang
yang bermain-main )‫ ( لعب‬diertikan orang yang tidak qasad sesuatupun sama
ada pada lafaz atau maknanya. Maka jika Defendan melafazkan lafaz tersebut
tanpa apa-apa qasad atau makna kepada Plaintif, maka samalah Defendan
seperti orang yang bermain-main dengan lafaz talaq, yang kesannya adalah
diambilkira.

6. Mahkamah menilai juga keadaan Plaintif:


(a) Plaintif memang benar mahukan cerai talak tiga ketika itu.
(b) Perbuatan Plaintif memegang kamera dan mengancam untuk menghempas
kamera menunjukkan Plaintif bersungguh mahukan talaq tiga yang dipinta.
(c) Jika Plaintif beranggapan dengan mengancam Defendan untuk
menghempas kamera itu untuk menguji atau mencabar Defendan semata-
mata, dengan andaian Defendan tidak akan melafazkan talaq tiga yang
diminta, maka itu adalah tindakan yang sia-sia dan merugikan Plaintif
sahaja.

❖ Keadaan-keadaan ini, mahkamah rumuskan menjadi qarinah sebagai suatu


hasrat Plaintif yang telah diterjemahkan dalam bentuk perlakuan, yang
dengan sebenar-benarnya, memang mahukan talaq tiga daripada Defendan
pada waktu itu. Situasi biasa dalam mana-mana kes penceraian, yang mana
ketika kejadian, bersungguh meminta cerai, selepas diceraikan, tidak pula
mahu menerima realiti dari tindakan sendiri. Jangan bermain dalam perkara
penceraian, seperti dalil yang telah disebutkan, bergurau atau bermain boleh
jatuh talaq, apatah lagi jika bersungguh-sungguh.

[58] Mahkamah memutuskan bahawa tiada paksaan yang memenuhi paksaan mengikut
hukum Syarak ketika lafaz ini dibuat. Mahkamah belum cukup berpuashati rukun
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
19
paksaan yang digariskan hukum Syarak dipenuhi menerusi keterangan pihak-pihak.
Rukun yang tidak dipenuhi bermakna paksaan tidak boleh diiktiraf berlaku dalam kes
ini. Mahkamah berpendirian situasi Plaintif dan Defendan ketika kejadian lafaz ini
berlaku, bukan paksaan yang dapat menggugurkan ketaklifan Defendan semasa
berlafaz talaq tiga tersebut, dan lafaz tersebut masih mendatangkan kesan penceraian
antara Plaintif dan Defendan dengan talaq tiga.

[59] Justeru, diperingkat ini, unsur paksaan tidak wujud dan paksaan tidak boleh disabitkan,
maka rukun penceraian bagi rukun Qasad dan rukun Suami, adalah sempurna.

ADAKAH SABIT TALAQ TIGA DENGAN SEKALI LAFAZ


[60] Berkenaan jumlah talaq yang dilafazkan, Mahkamah setelah mendengar keterangan dan
pengakuan Plaintif dan Defendan, telah mensabitkan bahawa telah gugur talaq kali
pertama berjumlah tiga talaq terhadap Plaintif. Ini berdasarkan lafaz yang telah disebut
atau dilafazkan oleh Defendan.

[61] Mahkamah dalam membincangkan isu ini telah merujuk beberapa perkara utama
seperti:

i. Arahan Amalan No. 9 Tahun 2001 berkaitan Pemakaian Pendapat Mazhab


Fiqh yang dijelaskan ”Pengambilan Pendapat Mazhab Mu’tabar hendaklah
kepada dasar yang telah ditetapkan oleh Raja Pemerintah bagi negeri yang
mengeluarkan ”tauliah” kepada Hakim-hakim Syarie”.
ii. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Seksyen 2 (1)
berkaitan tafsiran ”Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab
Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hanbali;

iii. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Seksyen 54 (1)
berkaitan Qaul muktamad yang hendaklah diikuti ” Dalam mengeluarkan apa-
apa fatwa di bawah seksyen 48 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah
seksyen 53 enakmen yang sama Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya
mengikut qaul muktamad (pendapat-pendapat yang diterima Mazhab Shafie).

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
20
[62] Kes ini didengar dan diputuskan oleh Hakim Syarie didalam Negeri Selangor, yang
mana tauliahnya diberikan oleh Sultan Selangor yang bermazhab Syafie. Berdasarkan
peruntukkan Undang-undang di Negeri Selangor, Mahkamah berpendapat pengunaan
Mazhab Shafie adalah yang lebih utama. Sekiranya dalam Mazhab Shafie tidak terdapat
hukum yang dikehendaki maka bolehlah Mahkamah memilih mana-mana pendapat
Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hanbali. Ini kerana, umum mengetahui bahawa Malaysia
dan negeri-negeri di bawahnya mengamalkan pegangan Mazhab Shafie sejak
kesultanan Melayu Melaka lagi. Ini telah dijelaskan oleh Allahyarham Profesor Tan
Sri Datuk Ahmad Ibrahim dalam bukunya Undang-undang Keluarga Islam di
Malaysia muka surat 3 iaitu:
”Sebelum kedatangan British, undang-undang Islam adalah undang-undang negara
Malaysia. Mazhab yang diikuti ialah Mazhab Shafie.

[63] Allahyarham Profesor Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim telah mendatang contoh dalam
kes Shaik Abdul latif, dll lwn Shaik Elias Bux (1915) 1 FMSLR 204, Edmonds JC
dalam penghakimannya berkata;
”Sebelum triti-triti pertama, penduduk negeri-negeri ini hampir semuanya terdiri
daripada orang Melayu (Islam) bersama pelombong dan pengusaha Cina. Satu-
satunya undang-undang yang terpakai kepada orang-orang Melayu ialah undang-
undang Islam yang diubahsuai oleh adat-adat tempatan.

[64] Dalam Kitab al-Umm, jilid 8 halam 243, Imam Shafie menjelaskan bilangan talaq itu
gugur atas bilangan yang disebut. Dalam kitab Kifayah al-Akhyar, jilid 2, Imam
Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhamad Alhusaini menjelaskan bahawa kalau seseorang
berkata kepada isterinya ”engkau tertalaq tiga” maka jatuhlah talaq tiga.

[65] Imam an-Nawawi dalam Raudhah al-Thalibin ada menyebutkan “Apabila seorang
suami berkata : “Engkau tertalaq tiga, maka yang shahih jatuh talak tiga pada saat
selesai mengucapkan perkataan “tiga”.
Firman Allah:

َ ‫ضوا لَ ُه َّن فَ ِر‬


‫يضة‬ ُ ‫وه َّن أ َْو تَ ْف ِر‬
ُ ‫س‬ُّ ‫اء َما لَ ْم تَ َم‬ َّ ِ
َ ‫ِّس‬
َ ‫اح َعلَْي ُك ْم إ ْن طَل ْقتُ ُم الن‬
َ َ‫ََل ُجن‬

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
21
Ertinya: Tidak ada kewajiban membayar (mahar) atas kamu, jika kamu melakukan talaq
terhadap isteri-isteri kamu sebelum kamu bercampur dengan mereka dan sebelum kamu
menentukan maharnya. (Q.S. al-Baqarah: 236)

[66] Melakukan talaq pada ayat ini berlaku mutlaq, tidak mesti harus dilakukannya dengan
satu persatu. Dengan demikian, ayat ini menjadi dalil bahwa talaq tiga sekaligus jatuh
tiga. Al-Mawardi telah menempatkan ayat ini sebagai dalil talaq tiga sekaligus jatuh
tiga, dalam kitabnya, al-Hawi al-Kabir.

Firman Allah dalam Surah Al-Talak ayat 1:

ُ‫ود ٱللَّ ِه فَ َقدۡ ظَلَ َم نَفۡ َسه‬


َ ‫ود ٱللَّ ِهۡ َوَمن يَتَ َع َّد ُح ُد‬
ُ ‫َوتِلۡ َك ُح ُد‬
“Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya) dan
sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya dia telah
berlaku zalim kepada dirinya”

[67] Para ulamak salaf telah berijmak bahawa talak tiga dengan satu lafaz dikira jatuh talak
tiga. Antara mereka yang berpendapat demikian ialah Abu Bakar al-Razi, al-Baaji, Ibn
Arabi dan Ibn Rajab.

[68] Dalam kes ini jelas bilangan talak yang disebut oleh Plaintif adalah tiga dan bukan satu
atau dua. Mahkamah juga merujuk autoriti kes Rayuan antara Mohd Zuhdi Mohd
Nawawi Vs. Norsharifah Sharif (JH XVII/II – 1425h – ms 175-191) yang mana kes
ini telah dirayu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan di mana
YA hakim Mahkamah tinggi telah menolak rayuan tersebut dan dikekalkan keputusan
Hakim MRS Jelebu yang mensabitkan gugur talak tiga ke atas Norsharifah Sharif
berdasarkan kata-kata talak Mohd Zuhdi pada 09/01/2003 yang berbunyi “I ceraikan U
talak 3.”

[69] Berdasarkan pandangan ulama’-ulama’, peruntukan Undang-undang dan kes yang


disebutkan ini, mahkamah dengan ini berpuashati bahawa lafaz didalam kes ini, jika
disabitkan, boleh menggugurkan talak tiga.

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
22
TEMPOH IDDAH PLAINTIF DISEBABKAN DARAH YANG SENTIASA KELUAR
[70] Plaintif tidak dapat membezakan antara darah haidh dan darah istihadhah. Wanita yang
mengalami keadaan seperti ini disebut al-mutahayyirah (wanita yang ragu), dan
masa ‘iddahnya adalah selama 3 bulan. [Lihat Fat-hul Baari (IV/312), Ad-Dasuqi
(II/470), Mughni Muhtaaj (III/385), Al-Mughni (III/468), dan Ensiklopedi Fiqh
Wanita (II/ 421)]. Hal ini berdasarkan keumuman firman Allah Ta’ala,

‫إِ ِن ْارتَ ْبتُ ْم فَ ِع َّدتُ ُه َّن ثََلثَةُ أَ ْش ُه ٍر‬


“…jika kamu ragu-ragu (tentang masa ‘iddahnya), maka ‘iddahnya adalah tiga
bulan…” (Qs. Ath-Thalaaq: 4)

Dari tafsir ibn kathir:

:‫ {إِ ِن ْارتَ ْبتُ ْم} فِ ِيه قَ ْوََل ِن‬:ُ‫َوقَ ْولُه‬

‫َي إِ ْن‬ ٍ ِّ ‫الزْه ِر‬


ْ ‫ أ‬:-‫ َوابْ ِن َزيْد‬،‫ي‬
ِ ‫ َكمج‬،‫ف‬
ُّ ‫ َو‬،‫اه ٍد‬ َّ ‫ َو ُه َو قَ ْو ُل طَائَِف ٍة ِم َن‬- ‫َح ُد ُه َما‬
َ ُ ِ َ‫السل‬ َ‫أ‬

.‫ َو ْارتَ ْبتُ ْم فِ ِيه‬،‫اضة‬


َ ‫استِ َح‬ ِ ِ
ْ ‫َرأَيْ َن َدما َو َش َك ْكتُ ْم في َك ْونِه َح ْيضا أَ ِو‬

ُ ‫ َولَ ْم تَ ْع ِرفُوهُ فَ ُه َو ثََل‬،‫ إِ ِن ْارتَ ْبتُ ْم فِي ُح ْك ِم ِع َّدتِ ِه َّن‬:‫َوالْ َق ْو ُل الثَّانِي‬


.‫ث أَ ْش ُه ٍر‬
Maksudnya: " Firman Allah:( jika kamu ragu-ragu), ada dua pendapat:
Salah satu pendapat iaitu golongan salaaf seperti Mujahid, Az-Zuhri dan Ibn
Zaid; bermakna, darah yang dilihat oleh orang-orang perempuan itu diragui
oleh mereka keadaannya samada haid atau istihadhah, maka mereka ragu-
ragu padanya.
Dan satu lagi pandangan: sekiranya mereka ragu-ragu pada menghukumkan
tempoh iddah perempuan-perempuan itu, sedang mereka tidak tahu, maka ia
adalah tiga bulan.

[71] Jadi berdasarkan apa yang zahir, Mahkamah di peringkat akhir ini, setelah meneliti
rukun, syarat penceraian, rukun dan syarat paksaan, kesan talaq tiga dalam sighah lafaz
serta keadaan Plaintif ketika kejadian lafaz ini, berdasarkan undang-undang dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
23
Hukum Syarak, Mahkamah meluluskan permohonan pengesahan lafaz cerai dalam kes
ini dan mensabitkan telah berlaku dan jatuh talaq tiga ke atas pihak Plaintif.

[72] Memetik kaedah yang masyhur di kalangan ulama’

‫إنما نحكم بالظاهر واهلل يتولى السرائر‬


Sesungguhnya kami menghukum berdasarkan yang zahir, dan hanya Allah yang
meliputi perkara yang tersembunyi (rahsia).

KEPUTUSAN

Setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak serta meneliti dokumen yang difailkan, maka
dengan ini mahkamah memutuskan dan memerintahkan seperti berikut:

1. Mahkamah meluluskan tuntutan Plaintif di bawah Seksyen 57 Enakmen Undang-


Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memutuskan lafaz cerai secara lisan yang dibuat oleh Defendan pada 23
Disember 2017 antara jam 11.45 pagi hingga ke 12 tengahari adalah sah dan
menjatuhkan talaq.
3. Mulai tarikh dan waktu tersebut, jatuhlah talaq tiga berjumlah tiga talaq secara talaq
bain-kubra terhadap Plaintif dengan beriddah selama tiga (3) bulan.
4. Mahkamah perintahkan perceraian ini didaftarkan di Pejabat Agama Islam Hulu Langat
dan Surat Perakuan Nikah No. Sijil: xx/2001 Negeri Sembilan dibatalkan.

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI
HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
24

You might also like