You are on page 1of 25

SNAP

lwn.
MKAA

[Mahkamah Rendah Syariah Sepang di Negeri Selangor. Saman No.: 10006-014-0279-2019


(Tuan Muhamad Nazri bin Basrawi, HMRS)]

[16 Safar 1441H bersamaan 15 Oktober 2019]

Undang-Undang Keluarga Islam - Tuntutan Fasakh - Seksyen- 53 (1) (b) Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam – Bidang kuasa Mahkamah-Seksyen 61 dan 62
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah – Ketidakhadiran Pihak Defendan -
Seksyen 121 (1) (b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah - Siapa yang menanggung beban
membukti sesuatu fakta - Seksyen 72 hingga 76 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003.

Fakta Kes

[1] Kes ini adalah satu tuntutan perceraian secara fasakh yang telah didaftarkan pada 15 April
2019 oleh Plaintif yang diwakili Peguam Syarienya Atras bin Mohamad Zin dari Jabatan
Bantuan Guaman manakala Defendan tidak diwakili mana-mana Peguam Syarie.

[2] Plaintif dan Defenden telah bernikah pada 27 Ogos 2017 di Masjid Gelang Mas Pasir Mas
Kelantan. Perkahwinan ini adalah pernikahan kali pertama di antara Plaintif dan
Defendan. Hasil perkahwinan tersebut, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[3] Plaintif telah memfailkan Tuntutan di bawah Seksyen 53 (1) (b) Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 15 April 2019. Berdasarkan Penyata
Tuntutan yang difailkan, Plaintif telah menuntut perceraian secara fasakh kepada
Mahkamah berdasarkan alasan-alasan berikut:

[i] Suami telah cuai dan tidak mengadakan peruntukan nafkah untuk Plaintif bagi
tempoh melebihi tiga (3) bulan iaitu sejak Januari 2018 sehingga kini.

[4] Perbicaraan kes ini telah dilaksanakan secara sebelah pihak sebagaimana kehendak
Seksyen 121 (1) (b) setelah Mahkamah berpuas hati dengan bukti penyampaian Saman
dan Penyata Tuntutan kepada Defendan secara ganti iaitu tampalan di alamat terkini
Defendan sebagaimana afidavit yang telah diangkat sumpah oleh Atras bin Mohamad Zin
bertarikh 18 Jun 2019.

[5] Mahkamah telah menetapkan perbicaraan dengan keterangan utama Plaintif pada 15
Oktober 2019 secara Afidavit Keterangan Bertulis. Keterangan saksi Plaintif ditetapkan
pada tarikh yang sama juga iaitu pada 15 Oktober 2019 dan keputusan ditetapkan pada 15
Oktober 2019.

Diputuskan
Setelah meneliti keterangan Plaintif dan saksi-saksi Plaintif, dan setelah berpuas hati dengan
dokumen yang telah dikemukakan serta lafaz Sumpah al-Istizhar oleh Plaintif, maka
Mahkamah memutuskan dan memerintahkan seperti berikut:

1) Mahkamah sabitkan Defendan telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi
nafkah kepada Plaintif selama tempoh melebihi tiga (3) bulan sejak bulan Oktober 2018
sehingga kes ini didaftarkan pada 15 April 2019.
2) Mahkamah dengan ini membubarkan dan memfasakhkan pernikahan di antara SNAP
dengan Defendan MKAA mulai 15 Oktober 2019
2

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
3) Plaintif hendaklah beriddah selama tiga (3) kali suci bermula dari tarikh ini.
4) Mahkamah perintahkan perceraian ini didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah
Sepang dan Sijil Nikah Negeri Kelantan, No. Siri: DAE6348 hendaklah dikembalikan dan
dibatalkan.

Peguam Syarie
1. Plaintif : diwakili oleh En. Atras bin Mohamad Zin dari Jabatan Bantuan Guaman.
2. Defendan : tidak diwakili.

Surah Al-Quran yang dirujuk


1. Al-Baqarah ayat 187, 233 dan 282.
2. Al-Maidah ayat 106.
3. Al-Nisa’ ayat 3, 34 dan 129.
4. Al-Talaq ayat 7.
5. Ar-Rum ayat 21.

Kitab-kitab yang dirujuk


1. Sheikh Al Bakri Muhammad Syatha. I’anat al-Talibin. Juzuk 4. Beirut: Dar Ihya’ al-
Kutub al-Arabiyah.
2. Izzuddin Abdul Aziz ibn Abdus Salam. Qawaid al-Fiqhiyyah. Beirut: Dar Ihya’ al-Kutub
al-Arabiyah.
3. Sheikh Dr. Mustafa Al Bugha. 2011. Al- Fiqh Al- Manhaji Mazhab Al-Syafie, Jilid 4,
Terjemahan dan terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
4. Haji Abdul Malik bin Karim Amrullah (HAMKA). 1981. Tafsir al-Azhar. Juzuk 4.
5. Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya Ibn Syaraf Al Nawawi Al Damsyqi. Raudh al-
Thalib, Juzuk 3. Damsyqi: Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyah.

Undang-undang yang dirujuk


1. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 - Seksyen 53 (1) (b)
3

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
2. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 - Seksyen 72 hingga 76
3. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 - Seksyen 121 (1) (b)
dan (2)

Kes-kes yang dirujuk


1. Sharifah Laila Bt Syed Shamdin lwn. Abdul Latif Bin Arshad, [1994] 9 (1) JH 16.
2. Hairun Binti Mohd Sharif lawan Omar Mohd Noor, [1993] JH 8 (2) 293.
3. Hasmah lwn Borhan al-Din, [1988] 1 JH 118.
4. Joan Mary Sulaiman lwn Sulaiman bin Hj. Musa, [1995] 10 (1) JH 86.
5. Roslani Binti Abd. Ghani Lawan Zulkifli, [1989] 6 (2) JH 338.

Penghakiman Tuan Muhamad Nazri bin Basrawi, HMRS

Penyampaian Saman
[6] Peguam Plaintif pada tarikh pendaftaran kes iaitu pada 15 April 2019 telah membuat
Permohonan Interlokotori bagi penyerahan Saman kepada Defendan secara serahan di luar
bidang kuasa dengan alasan bahawa Defendan tinggal di luar bidang kuasa Mahkamah
Syariah Selangor. Mahkamah pada tarikh yang sama telah meluluskan permohonan
tersebut untuk Saman kepada Defendan diserah melalui Mahkamah Rendah Syariah
Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah.

[7] Pada 13 Mei 2019, Mahkamah telah menghantar sesalinan Saman, Pernyataan Tuntutan
beserta Perintah Penyampaian di Luar Bidang kuasa ke Mahkmah Rendah Syariah Padang
Terap Kedah bagi tujuan penyampaian kepada Defendan dan sebutan ditetapkan pada 16
Mei 2019.

[8] Namun pada tarikh sebutan, Mahkamah memaklumkan bahawa Saman tidak sempurna
diserah kepada Defendan memandangkan saman alamat serahan saman tersebut tidak
ditemui atau tidak lengkap.
4

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[9] Pada tarikh tersebut, atas permohonan Peguam Plaintif secara lisan, Mahkamah
membenarkan Saman kepada Defendan dibuat secara ganti iaitu tampalan di alamat
terakhir Defendan. Kes ditangguh pada 16 Jun 2019 untuk Peguam Plaintif memfailkan
Draf Perintah serahan Saman secara gantian tampalan.

[10] Hakim bicara telah berpuas hati bahawa penyampaian ganti telah sempurna berdasarkan
bukti penyampaian Saman dan Pernyataan Tuntutan kepada Defendan secara ganti
sebagaimana afidavit yang telah diangkat sumpah oleh Ananthan A/L Balakuru pada 07
Ogos 2019. Kes ditetapkan untuk perbicaraan secara bertulis dan tetapkan pada 15
Oktober 2019.

Ketidakhadiran Defendan
[11] Mahkamah berpuas hati bahawa penyampaian Saman kepada Defendan telah
sempurna penyampaiannya seperti mana kehendak Seksyen 48 (1) Enakmen Tatacara
Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Dengan ini, Mahkamah
membenarkan kes ini diteruskan dan diputuskan sebagaimana kehendak Seksyen
121(1) (b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang
memperuntukkan:

(1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran-


(a) .....
(b) Defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada
bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan
itu tanpa kehadirannya; atau
(c) .....

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Bidang kuasa Mahkamah
[12] Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 27 Ogos 2017 di Masjid Gelang Mas Pasir
Mas Kelantan dengan Bil. Daftar Sijil Nikah : 244674. Mengenai pemastautinan,
Plaintif telah memenuhi syarat yang diberikan di bawah Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Seksyen 2 enakmen tersebut memperuntukkan
bahawa perkataan “bermastautin” ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya dalam
sesuatu kawasan yang tertentu. Berdasarkan Penyata Tuntutan Plaintif, Mahkamah
berpuas hati Plaintif pada masa ini tinggal di alamat XXXXX, Taman Putra Perdana,
47130 Sepang, Selangor.

[13] Kuasa Mahkamah untuk membicarakan kes ini mengikut Seksyen 4 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, yang memperuntukkan
bahawa:

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya,


Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam
Negeri Selangor dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam
Negeri Selangor tetapi tinggal di luar Negeri itu.

[14] Manakala Seksyen 45 Enakmen yang sama memperuntukkan bahawa:

Mahkamah boleh membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah


mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan
talaq jika permastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada
masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Selangor.”

[15] Di dalam kes Sharifah Laila Bt Syed Shamdin lwn. Abdul Latif Bin Arshad, [1994]
9 (1) JH 16, Mahkamah Rayuan Syariah Selangor telah menyatakan bahawa perkataan
mastautin seperti yang terdapat dalam Seksyen 2 enakmen tersebut hanya
6

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
mensyaratkan seseorang itu tinggal tetap dalam suatu kawasan atau pada lazimnya
tinggal di sesuatu kawasan, tidak disyaratkan hendaklah menjadi rakyat negeri di
dalam kawasan ia berada. Berdasarkan peruntukan Seksyen 62 (2) (b) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa:

Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dalam bidangkuasa Mal,


mendengar, dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang
Mahkamah Tinggi dibenarkan mendengar dan memutuskannya dalam
mana jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi
seratus ribu ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang
(tidak termasuk hadhanah dan harta sepencarian).

[16] Dalam kes ini, Mahkamah berpuas hati dengan pemastautinan salah satu pihak iaitu
Plaintif adalah dalam daerah Sepang, Negeri Selangor. Hal ini dibuktikan melalui
Akuan Pengesahan Pemastautinan Plaintif yang mana perkara ini tidak dipertikaikan
oleh pihak-pihak. Oleh itu, Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar
dan memutuskan kes ini.

Kesaksian
[17] Mahkamah dalam kes ini telah menetapkan keterangan diberikan secara Afidavit
Keterangan Bertulis. Plaintif telah mengesahkan afidavit keterangannya dan diterima
sebagai keterangan dalam Mahkamah ini pada 15 Oktober 2019, manakala saksi-saksi
Plaintif pula iaitu saksi pertama SP1 SBP (kakak Plaintif) telah mengesahkan afidavit
keterangan bertulis dan diterima sebagai keterangan dalam Mahkamah ini pada 15
Oktober 2019.

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[18] Allah SWT telah berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat 282 sebagaiamana berikut:

ِ
‫أََت ِن‬ َ ُ‫يد يْنِ ِم ْن رِ َج ال كُ ْم ۖ فَإِ ْن ََلْ يَك‬
َ ‫وَن َرجُ لَ ْْيِ فَ َرجُ لٌ َو ْام َر‬ َ ‫اس تَ ْش ِه ُد وا َش ِه‬
ْ ‫َو‬
‫َّن تَ ْرضَ ْو َن‬ ِ
ْ ‫ِم‬

Bermaksud:

… bersaksilah oleh kamu dengan dua orang saksi daripada lelaki kamu,
maka jika sekiranya kamu tidak mendapati dua orang lelaki, bersaksilah
dengan seorang lelaki bersama dua orang perempuan yang engkau
redhai… .

[19] Allah SWT juga telah berfirman di dalam Surah al-Maidah ayat 106 sebagaimana
berikut:

‫ْارتَ بْ تُ ْم ََل نَ ْش ََتِي‬ ِ ‫ََتْ بِس و ََنُم ا ِم ن ب ع دِ ال صَّ ََل ةِ فَ ي ْق ِس م‬


‫ان ِِب ََّّللِ إِ ِن‬ َ ُ َْ ْ َ ُ
‫اَّللِ إِ ََّن إِذً ا لَ ِم َن‬
َّ َ‫َب ۙ َوََل نَ ْك تُمُ َش َه ادَ ة‬ ٰ َ ‫بِهِ ََثَنًا َولَ ْو َك ا َن ذَ ا قُ ْر‬
‫ْي‬ ِِ
َ ‫ْاْل َث‬

Bermaksud:

(kalau kamu meragui kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan
mereka sesudah selesai solat, kemudian mereka disuruh bersumpah
dengan nama Allah (dengan berkata: “(demi Allah) kami tidak akan
menjual sumpah kami dengan harga yang sedikit (untuk mendapat
sesuatu yang berbentuk duniawi) walaupun orang itu daripada kaum

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami
ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah.
(kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu
termasuk dalam golongan orang yang berdosa.

[20] Di bawah Seksyen 86 (4) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
2003 memperuntukkan bahawa:

Keterangan seorang perempuan adalah mencukupi untuk membuktikan


apa-apa fakta yang biasanya dilihat oleh atau dalam pengetahuan
seorang perempuan.

[21] Di bawah Seksyen 121 (2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri
Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa:

Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman


mengenai tuntutan Plaintif di bawah perenggan (1) (b) atau tuntutan
balas Defendan di bawah perenggan (1) (c), mengarahkan Plaintif atau
Defendan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengangkat sumpah
istizhar.

[22] Sementara itu, Seksyen 129 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri
Selangor) 2003 memperuntukkan sebagaimana berikut:

Jika hal keadaan berkehendakkan sedemikian atau pemeriksaan saksi di


bawah Bahagian ini tidak dapat dijalankan dan suatu pihak kepada
prosiding itu membuat permohonan kepada Hakim supaya saksi itu
mengangkat sumpah sebagai saksi benar bagi menguatkan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
keterangannya, Hakim hendaklah memerintahkan saksi itu mengangkat
sumpah sedemikian dan hendaklah mengingatkan saksi itu bahawa jika
dia tidak berbuat demikian keterangannya tidak boleh diterima.

[23] Di dalam kes Hasmah lwn Borhan al-Din, [1988] 1 JH 118, Plaintif telah menuntut
cerai taklik. Yang kena dakwa tidak hadir perbicaraan. Plaintif telah membawa dua
orang saksi. Mahkamah meminta kedua-dua saksi untuk bersumpah dan ditambah lagi
dengan sumpah istizhar Plaintif. Mahkamah mensabit telah jatuh talak khuluk.

[24] Di dalam kes ini, bilangan saksi ialah seorang lelaki dan seorang perempuan disokong
sumpah daripada Plaintif.

Keharusan Tuntutan Fasakh

[25] Mahkamah merujuk kepada pendapat-pendapat ulama mu’tabar berkaitan keharusan


permohonan isteri mendapatkan pembubaran perkahwinan melalui fasakh. Antaranya
di dalam kitab I’anah al-Talibin, Juzuk 4, hlm. 100 membincangkan perkara ini seperti
berikut:

‫ وشرع دفع لضرر املرأة جيوز ( لزوجة مكلفة ) أي ِبلغة عاقلة َل‬: ‫فرع يف فسخ النكاح‬
‫لويل غري مكلفة (فسخ نكاح من) أي زوج (أعسر) ماَل وكسب َلئقا به حَلَل (أبقل‬
‫ خبَلف حنو‬، ‫نفقة) جتب وهو مد (أو) أقل (كسوة) جتب كقميص ومخار وحبة شتاء‬
‫سراويل ونعل وفرش وخمدة واألواين لعدم بقاء النفس بدوَنما فَل فسخ ِبإلعسار ِبألدم‬
‫وإن َل يسغ القوت وَل بنفقة اخلادم وَل ِبلعجز عن النفقة املاضية كنفقة األمس وما‬
)‫قبله لتنزيلها منزلة دين آخر (او) اعسر (مبسكن) وإن َل يعتادوه (أو) أعسر (مبهر‬
)‫واجب حال َل تقبض منه شيئا حال كون اإلعسار به (قبل وطء‬
10

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Bermaksud:

Cabang pada membicarakan fasakh nikah: fasakh disyariatkan untuk


menolak darar di pihak perempuan. Harus bagi sesearang isteri yang
mukallaf tetapi tidak harus bagi wali kepada seseorang isteri yang tidak
mukallaf memfasakhkan nikah daripada suami yang papa (iksar) sama
ada papa dari segi harta atau tidak mempunyai pekerjaan yang boleh
menghasilkan harta yang halal dengan nafkah wajib yang paling sedikit
iaitu secupak atau pakaian yang paling sedikit seperti baju kurung,
tudung kepala dan baju sejuk; berbeza dengan pakaian lain seperti
seluar, kasut, hamparan seperti tikar, bantal, tilam dan seumpamanya
dan peralatan-peralatan kerana ketidakboleh berterusan hidup tanpa
kedua-duanya (nafkah dan pakaian yang paling sedikit). Oleh itu tidak
boleh fasakh dengan sebab kepapaan dari memberi nafkah lauk-pauk
sekalipun makanan ataupun pakaian yang sedikit itu tidak memberikan
tenaga dan kekuatan dan tidak boleh juga atas sebab ketidakmampuan
menanggung nafkah orang gaji dan ketidakmampuan membayar nafkah
kebelakangan seperti nafkah kelmarin kerana kedudukan nafkah
kebelakangan adalah sama dengan hutang-hutang yang lain (yang tidak
boleh menjadi alasan untuk fasakh bilamana suami tidak mampu
membayar hutang-hutang tersebut ) atau papa untuk menyediakan
tempat tinggal sekalipun tempat tinggal yang menjadi kebiasaan pada
adat ataupun papa dari membayar mahar yang wajib dibayar dengan
segera.

[26] Seterusnya merujuk kepada pendapat yang diutarakan oleh Profesor Madya Tuan Haji
Mohd Salleh Bin Haji Ahmad di dalam bukunya yang bertajuk Qawaid al-Fiqhiyyah
di halaman 592, beliau telah memberikan contoh-contoh hukum yang termasuk di
bawah kaedah ini antaranya “Suami isteri yang telah lama tinggal bersama, apabila
11

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
isteri mendakwa tidak diberi pakaian dan nafkah, maka dakwaan isteri akan diambil
kira kerana pada asalnya kedua-dua perkara itu kekal tanggungjawab suami dan
tidak ditunaikan”. Ini selaras dengan apa yang disebut dalam kitab I’anah al-Talibin,
juzuk 4, halaman 71 yang menyebut:

‫))وهي يف عدم النشوز واإلنفاق (( أي وتصدق هي فيما لو اتفقا على التمكْي وادعى‬
‫ وذلك ألن‬،‫هو نشوزها بعده وهي عدمه أو ادعى هو اإلنفاق عليها وادعت هي عدمه‬
‫األصل عدم النشوز وعدم اإلنفاق‬

Bermaksud:

Diterima dakwaan isteri di dalam situasi kedua-dua suami isteri tinggal


bersama dan suami mendakwa isterinya itu nusyuz dan isteri pula
mendakwa sebaliknya atau suami mendakwa ia memberi nafkah tetapi
dinafikan oleh isteri kerana pada asalnya isteri tidak nusyuz dan pada
asalnya nafkah tidak diberi.”

[27] Menurut tafsiran dalam Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) 2003, telah memperuntukkan bahawa fasakh bermaksud:

Pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang


diharuskan oleh Hukum Syarak mengikut Seksyen 53.

[28] Mahkamah juga merujuk kepada Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan:

12

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
53. (1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang
berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk
mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh
atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu:

a- bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak


diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;
b- bahawa suami telah cuai dan telah tidak mengadakan peruntukan bagi
nafkahnya selama tempoh tiga (3) bulan;
c- bahawa suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga (3)
tahun atau lebih;
d- bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang
munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh
satu tahun;
e- bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi
sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami
telah mati pucuk;

Beban Pembuktian
[29] Di dalam kes Mal, beban pembuktian adalah terletak kepada pihak Plaintif. Ini selari
dengan kaedah:

‫البينة على املدعى واليمْي على من انكر‬

13

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Bermaksud:

Bayyinah (Keterangan)bagi orang yang mendakwa dan Sumpah bagi


orang yang menafikan”.(rujuk: Sayid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, Juzuk 3,
hlm. 400).

[30] Ianya selari dengan peruntukan Seksyen 72, 73. 74 dan 75 Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) No 5 Tahun 2003. Plaintif bertanggungjawab
untuk membuktikan segala dakwaan dan alasan-alasan permohonan beliau. Seksyen-
seksyen tersebut memperuntukkan bahawa:

72. Beban mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal terletak


pada pada orang yang mengatakan atau menegaskan sesuatu fakta (al
Mudda’ii) dan orang yang mengangkat sumpah untuk menafikan atau
mempertikaikan sesuatu fakta al Mudd’a’alaih).

73. (1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah


memberi penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di
sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang
ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.

(2) Apabila seseorang terikat membuktikan kewujudan sesuatu


fakta, maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletak
pada orang itu.

74. Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding


adalah terletak pada orang yang akan gagal sekiranya tiada apa-apa
keterangan langsung diberikan oleh mana-mana pihak.

14

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
75. Beban membuktikan tentang apa-apa fakta tertentu terletak
pada orang yang berkehendakkan Mahkamah mempercayai tentang
kewujudan fakta itu.

[31] Sepanjang prosiding kes ini, Defendan telah gagal menghadirkan diri ke Mahkamah
pada setiap tarikh sebutan yang ditetapkan. Justeru itu, beban pembuktian adalah di
pihak Plaintif sepenuhnya.

Fakta Yang Menjadi Isu


[32] Setelah Mahkamah meneliti Pernyataan Tuntutan Plaintif dan keterangannya bersama
keterangan saksi-saksinya, Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat satu (1) isu yang
perlu diteliti dan diputuskan oleh Mahkamah, iaitu:

[i] Sama ada Defendan telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan nafkah
untuk Plaintif bagi tempoh melebihi tiga (3) bulan iaitu sejak Januari 2018
sehingga kini.

Isu Pertama: Plaintif mendakwa bahawa Defendan telah cuai atau telah tidak mengadakan
peruntukan nafkah melebihi tempoh tiga bulan berturut-turut.

[33] Plaintif mendakwa bahawa Defendan merupakan seorang suami yang tidak
bertanggungjawab yang telah cuai dan gagal memberi nafkah yang mencukupi dan
sepatutnya kepada Plaintif melebihi tiga (3) bulan iaitu sejak bulan Oktober 2018
sehingga sekarang. [P5]

[34] Plaintif menegaskan bahawa Defendan hanya beberapa kali sahaja ada memberi
nafkah kepada Plaintif tetapi ianya tidak tetap dan tidak mencukupi. Menurut Plaintif,
jumlah keseluruhan pemberian nafkah Defendan sepanjang tempoh perkahwinan

15

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
sehingga sekarang adalah tidak melebihi RM 300.00 sahaja sedangkan tempoh
perkahwinan mereka adalah hampir dua (2) tahun lamanya. [P9]

[35] Plaintif di dalam keterangannya menyatakan bahawa, sepanjang tempoh perkahwinan


mereka, Defendan sebagai suami telah gagal untuk menyediakan nafkah yang
sepatutnya kepada Plaintif melebihi tiga (3) bulan berturut-turut dan hujah ini
disokong dengan keterangan oleh seorang saksi yang merupakan kakak kandung
Plaintif bersama bekas suami yang tinggal bersama Plaintif. Menurut keterangan saksi
tersebut, Defendan sudah tidak pulang ke rumah Plaintif sejak Oktober 2017 dan ini
menjadi bukti bahawa Defendan telah gagal untuk memberikan nafkah kepada Plaintif.
[P13]

[36] Menurut hukum syarak, apabila suami tidak memberi nafkah kepada isterinya
sedangkan ia mempunyai harta atau pekerjaan, haruslah bagi isteri menuntut fasakh
kerana memberi nafkah adalah wajib. Sabda Rasulullah s.a.w (Ahmad bin Ali bin
Hajar al- ‘Asqalani, Bulugh al-Maram Min Adillati al-Ahkam, Jilid 2, hlm. 117):

‫وهلن عليكم رزقهن وكسوهتن ِبملعروف‬

Bermaksud:

Dan bagi isteri-isteri itu wajib atas kamu (suami-suami) memberi nafkah
dan pakaian mereka dengan cara yang baik.

[37] Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali membenarkan fasakh jika suami gagal memberi
nafkah. Mengikut Mazhab Syafie, sekiranya suami tidak memberi nafkah kerana
kemiskinan dan isteri masih bersabar serta tetap tinggal bersama suami, maka semua

16

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
jumlah nafkah yang tidak dijelaskan dikira hutang dan perlu dilangsaikan oleh suami
(Al-Khatib al-Syarbini, Mughni al-Muhtaj, Juzuk 3, Dar al-Fikr, hlm. 442-445).

[38] Mazhab Syafie berpendapat tempoh masa suami diberi peluang memberi nafkah
setelah isteri mengadu tidak diberi nafkah ialah tiga (3) hari. Pada hari keempat
sekiranya suami masih gagal memberi nafkah, apabila isteri membuat aduan, maka
Hakim boleh memerintahkan fasakh (Imam Muhammad Abu Zahrah di dalam kitab
al-Ahwal al-Syakhsiah, Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi, hlm. 352).

[39] Nabi S.A.W bersabda:

‫كفى ِبملرء إَثا أن يضيّع من يقوت‬

Bermaksud:

Memadailah seseorang itu menanggung dosa, apabila dia melalaikan


orang yang dalam tanggungannya.”

[40] Di dalam kitab Al-Fiqh Al- Manhaji Mazhab Al-Syafie karangan Dr. Mustafa Al-Khin,
Dr. Mustafa Al- Bugha dan Dr. Ali Al- Syarbaji, Jilid 3 tahun 2009 di halaman 221
menjelaskan pengertian nafkah sebagaimana berikut:

Menurut bahasa: mengeluarkan atau menghabiskan sesuatu.

Menurut istilah: semua keperluan asas manusia seperti makanan, minuman,


pakaian dan juga tempat tinggal. Ia dinamakan nafkah kerana ia dikeluarkan atau
dihabiskan untuk keperluan asas tersebut.

17

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[41] Dalil wajib nafkah suami kepada isteri berdasarkan Surah al-Nisa’ ayat 34:

‫ض َو ِمبَا‬ َّ َ‫س اءِ ِمبَا فَضَّل‬


ٍ ْ‫اَّللُ بَ عْ ضَ ُه ْم عَ لَ ٰى بَ ع‬ ِ ِّ
َ ّ‫الر َج ا ُل قَ َّوامُ و َن عَ لَ ى ال ن‬
‫أَم َواهلِِ ْم‬ ِ
ْ ‫أَنْ فَ قُ وا م ْن‬

Bermaksud:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab


terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-
orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang
perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan
(memberi nafkah) sebahagian harta mereka…

[42] Begitu juga firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah ayat 233:

ِ ‫وع لَى ا لْم ولُودِ لَه رِ ْزقُ ه َّن وكِس و ُهتُ َّن ِِب لْم ع ر‬
‫وف‬ ُْ َ َْ َ ُ ُ َْ ََ

Bermaksud:

…. Dan kewajipan ayah (suami) memberikan makanan dan pakaian


dengan cara yang maaruf.

[43] Ayat-ayat Al-Quran diatas jelas menunjukkan bahawa suami adalah orang yang
bertanggungjawab untuk memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri.

18

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[44] Berdasarkan hadith, daripada Jabir RA katanya:

‫فاتقوا هللا يف النساء فإنكم اخذمتوهن ِبمان هللا واستحللتم فروجهن بكلمة هللا ولكم‬
‫ فإن فعلن ذلك فاضربوهن ضرِب غري مربح‬.‫عليهن ان َل يوطئن فروشكم احدا تكرهونه‬
‫وهلن عليكم رذقهن وكسوهتن ِبملعروف وقد تركت فيكم ما لن تضلوا بعده إن اعتصمتم‬
.‫به كتاب هللا‬

Bermaksud:

Bertakwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita.


Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan dihalalkan bagi
kamu kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib
ditunaikan oleh isteri kamu ialah mereka tidak membenarkan orang
yang kamu benci masuk ke tempat tidurmu. Jika mereka melakukannya,
pukullah mereka dengan cara yang tidak menyakitkan. Kewajipan kamu
pula ialah memberikan nafkah dan pakaian yang sepatutnya kepada
mereka. Sesungguhnya, aku tinggalkan satu perkara yang kamu tidak
akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang dengannya, iaitu
kitab Allah.” (riwayat muslim)

[45] Kadar nafkah isteri berdasarkan kedudukan suami, berdasarkan hadith:

:‫ فقلت‬،‫ أتيت رسول هللا صلّى هللا عليه وسلّم‬:‫عن معاوية القشريي رضى هللا عنه قال‬
،‫بوهن‬
ّ ‫ وَل تضر‬،‫اكسوهن ِمّا تكتسون‬
ّ ‫ و‬،‫أطعموهن ِمّا أتكلون‬
ّ :‫ قال‬.‫ما تقول يف نسائنا‬
.‫حوهن‬
ّ ّ‫تقب‬ ‫وَل‬

19

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Bermaksud:

Daripada Mu’awiyah al-Qushayri katanya, “aku menemui Rasulullah


S.A.W. dan bertanya, apakah pandanganmu tentang isteri-isteri kami?
Rasulullah menjawab, berilah mereka makan sama seperti yang kamu
makan, berilah mereka pakaian sama seperti yang kamu pakai, jangan
pukul mereka dan jangan hina mereka.

[46] Berdasarkan hukum fiqh yang yang disebut dalam kitab Sunan al-Matalib bin Syarki
Raudi al-Matalib ) ‫ )أسنى المطالب شرح روض المطالب‬karangan Zakariya al-Ansari, ada
menjelaskan mengenai perihal sekiranya seorang suami tidak mampu untuk memberi
nafkah kepada seorang isteri sebagaimana berikut:

Bagi seorang isteri kepada seorang suami yang tidak mampu memberi
nafkahnya dan dia mempunyai hak fasakh atas perkahwinannya. Dan
bahawa jika ia (isteri) memilih untuk bersabar ia boleh bersabar dan
membelanjakan wang ringgitnya sendiri untuk dirinya dengan
perkiraan perbelanjaan itu ditanggung oleh suaminya hingga suami itu
terlepas dari kesusahan yang dihadapi. Dan sekiranya ia (isteri)
memilih fasakh, maka ia berhak berbuat demikian.”

[47] Begitu juga, isu mengenai suami tidak dapat memberi nafkah kepada isteri ada disebut
di dalam Hadith yang diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan al-Baihaqi, Sabda Rasulullah
s.a.w.yang bermaksud:

Telah bersabda Rasullullah s.a.w berkenaan seorang laki-laki yang


tiada dapat memberi nafkah kepada isterinya hendaklah dipisahkan
antara keduanya. ”

20

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[48] Nafkah yang dimaksudkan di sini adalah terdiri daripada nafkah pakaian, minuman dan
makanan. Jelas sekali bahawa adalah menjadi kewajipan seorang suami memberi nafkah
terhadap isterinya. Walau bagaimanapun, bagi nafkah tempat tinggal pula, ianya
hendaklah mengikut kadar kemampuan suami tersebut. Allah S.W.T telah berfirman di
dalam Surah al-Talaq ayat 7:

ِ ِ ِ ‫لِيُ نْ فِ ْق ذُ و َس عَ ةٍ ِم ْن‬
ۚ ُ‫اَّلل‬ َ ‫َس عَ تِ هِ ۖ َومَ ْن قُد َر عَ لَ يْ هِ رِ ْزقُهُ فَ لْ يُ نْ ف ْق ِمَّا‬
َّ ُ‫آَت ه‬
ِ
‫اَّللُ بَ عْ َد عُ ْس رٍ يُ ْس ًرا‬
َّ ُ‫ج عَ ل‬ َ ‫إِ ََّل مَ ا‬
ْ َ‫آَت َه ا ۚ َس ي‬ ‫سا‬ً ‫اَّللُ نَ ْف‬
َّ ‫ف‬ُ ّ‫ََل يُ َك ل‬

Bermaksud:

Hendaklah yang mampu memberikan nafkahnya menurut


kemampuannya. Barang siapa yang sampai (sedikit) rezekinya,
hendaklah dia memberikan nafkah menurut yang diberikan oleh Allah
kepadanya, Allah tidak memberati diri seseorang itu melainkan sekadar
apa yang Allah berikan kepadanya.

[49] Di dalam kitab Al- Fiqh Al- Manhaji Mazhab Al-Syafie karangan Dr. Mustafa Al-Khin,
Dr. Mustafa Al- Bugha dan Dr. Ali Al- Syarbaji, Jilid 4 tahun 2011 di halaman 386 ada
menjelaskan tambahan kepada nafkah tempat tinggal yang perlu disediakan oleh suami
kepada isterinya adalah berbeza-beza mengikut kadar kemampuan suami tersebut seperti
rumah yang sesuai dengan kemampuan suami yang boleh didiami oleh isterinya,
sekurang-kurangnya mempunyai keperluan asas yang sewajarnya.

[50] Di bawah Seksyen 53 (1) (b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa seseorang perempuan atau lelaki, mengikut
mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak

21

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu
atau lebih daripada alasan-alasan berikut, iaitu:

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi
nafkahnya selama tempoh tiga bulan.

[52] Di dalam kes Joan Mary Sulaiman lwn Sulaiman bin Hj. Musa, [1995] 10 (1) JH 86
yang mana menjelaskan nafkah adalah hak dari orang yang mempunyai dan hak itu
harus dipenuhi oleh orang yang berkewajipan membayarnya. Seperti bapa kepada
anaknya atau kepada keluarganya, suami kepada isterinya.

[53] Di dalam kes Hairun Binti Mohd Sharif lawan Omar Mohd Noor, [1993] JH 8 (2) 293
yang mana dalam kes ini, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Haji Mohd Azmi menjelaskan
bahawa berdasarkan qaul Imam Shafi’i, yang memutuskan bahawa perkahwinan hanya
boleh difasakhkan setelah dibicarakan dan diputuskan oleh Kadi atau Hakim
Mahkamah, dan hak untuk fasakh tersebut sekiranya kerana papanya, adalah seperti
berikut:

i. Tiada kuasa memberi belanja makan dan minum.


ii. Tiada mampu memberi pakaian yang layak dan patut.
iii. Tidak dapat mengadakan rumah tempat kediaman yang patut.
iv. Tidak kuasa membayar maharnya yang tunai sebelum bersetubuh.

[54] Maka, apabila cukup syarat-syarat fasakh, iaitu isteri tidak melakukan nusyuz dan si
suami tidak mempunyai harta yang hadir (ada bersamanya), hendaklah Kadi atau Hakim
itu memberi tempoh tiga (3) hari. Kemudian selepas tiga (3) hari serta malamnya tiada
juga kuasa suami mengadakan sekecil-kecil nafkah (iaitu separuh nafkah yang biasa)
maka barulah Kadi atau Hakim tersebut menfasakhkan nikah tersebut.

22

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[55] Di dalam kes Roslani Binti Abd. Ghani lwn. Zulkifli, [1989] 6 (2) JH yang mana
Hakim Bicara dalam kes ini, Yang Arif Tuan Hakim Abu Bakar Bin Ahmad yang
merupakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia telah menjelaskan
dengan panjang lebar berkaitan pengertian nafkah tersebut. Menurutnya:

Nafkah adalah segala yang dibelanjakan, kata nafkah hanya


dipergunakan untuk kebajikan, sebab-sebab wajib nafkah ada tiga
perkara iaitu disebabkan nikah, qarabah dan milik. Hak isteri dari
suaminya itu ada tujuh iaitu 1) makan 2) lauk 3) pakaian 4) kebersihan
5) pakaian 6) perkakas rumah tempat tinggal 7) khadam jika biasa
berkhadam. Kesimpulannya adalah wajib suami memberi nafkah kepada
isteri atau di dalam tanggungannya sepertimana di dalam syarah Kitab
Raudh al-Thalib Juzuk 3, Bahagian an-Nafkah muka surat 426.”

[56] Dengan itu, Mahkamah berpuas hati dengan hujah-hujah dan otoriti yang dikemukakan
oleh Peguam Plaintif berkaitan Defendan cuai atau telah gagal untuk menyediakan
nafkah kepada Plaintif melebihi tiga bulan berturut-turut sesuai di bawah peruntukan
Seksyen 53 (1) (b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
iaitu sejak 17 Oktober 2003.

Rumusan

[57] Mahkamah ingin menyatakan kepada pihak Plaintif bahawa setiap dakwaan hendaklah
senantiasa konsisten bagi membuktikannya. Pemilihan kes yang sesuai dengan matan
dan keadaan Plaintif juga menyumbang kepada kelancaran dalam sesuatu perbicaraan.

[58] Peruntukan Seksyen 53 (1) dengan jelas menyatakan bahawa pembubaran


perkahwinan melalui fasakh boleh dibuat atas satu atau lebih daripada alasan yang
dinyatakan yang terdiri daripada 1 alasan.
23

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[59] Mahkamah mengucapkan syabas kepada Plaintif di atas kesabaran dan ketabahan
dalam menghadapi proses yang dilalui bagi mendapatkan perintah perceraian secara
fasakh. Mahkamah juga mengucapkan terima kasih kepada Peguam Plaintif di atas
kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam membantu Plaintif dan juga
Mahkamah bagi memberikan keputusan pada hari ini.

[60] Pada pendapat Mahkamah, Mahkamah hanya menghukum berdasarkan apa yang
dizahirkan sahaja sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

‫امرت أن أحكم ِبلظواهر وهللا يتوىل ِبلسرائر‬

Bermaksud:

Aku di suruh menghukum dari segi zahirnya, Allah sahaja mengetahui


batinnya.”

[61] Oleh kerana Defendan tidak hadir sepanjang perbicaraan kes ini, maka Mahkamah
mengarahkan Plaintif bersumpah Yamin al-istizhar bagi mengelakkan tohmah sebelum
kes ini diputuskan. Perkara ini selari dengan kehendak Seksyen 121 (2) Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

24

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Keputusan
Setelah meneliti keterangan Plaintif dan saksi-saksi Plaintif, dan setelah berpuas hati dengan
dokumen yang telah dikemukakan serta lafaz Sumpah al-Istizhar oleh Plaintif, maka
Mahkamah memutuskan dan memerintahkan seperti berikut:

1) Mahkamah sabitkan Defendan telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi
nafkah kepada Plaintif selama tempoh melebihi tiga (3) bulan sejak bulan Oktober 2018
sehingga kes ini didaftarkan pada 15 April 2019.
2) Mahkamah dengan ini membubarkan dan memfasakhkan pernikahan di antara SNAP
dengan Defendan MKAA mulai 15 Oktober 2019
3) Plaintif hendaklah beriddah selama tiga (3) kali suci bermula dari tarikh ini.
4) Mahkamah perintahkan perceraian ini didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah
Sepang dan Sijil Nikah Negeri Kelantan, No. Siri: DAE6348 hendaklah dikembalikan dan
dibatalkan.

25

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

You might also like