You are on page 1of 12

AS lwn SND

[Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor, Rayuan No. 10000-028-0102-2016, YAA


Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim (Pengerusi), YA Haji Saarani bin Ismail (Ahli
Panel), YA Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain (Ahli Panel)]

[1 Rabi’ulawwal 1440H bersamaan 09hb. November 2018M]

[Tuntutan Hadhanah – Seksyen 83 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri


Selangor) 2003]

ALASAN PENGHAKIMAN

[1] Rayuan ini dikemukakan terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah


Tinggi Syariah dalam kes saman no. 10400-028-0172-2015 yang telah diputuskan pada
21 November 2016. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintahkan seperti
berikut:-
a) Mahkamah meluluskan tuntutan Plaintif berdasarkan Seksyen 82 dan
Seksyen 85(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) 2003.
b) Mahkamah memerintahkan hak jagaan anak bernama Muhammad Azeem
Bin Ahmad (No Mykad: xxx), Muhammad Ali Reza Bin Ahmad (No.
MyKad: xxx), Muhammad Kal-El Ashraff Bin Ahmad (No. MyKad: xxx),
Adria Najihah Binti Ahmad (No. Mykad: xxx) dan Leia Sarah Binti Ahmad
(No Mykad: xxx) diserahkan kepada Plaintif (ibu);
c) Defendan (bapa) hendaklah diberikan hak lawatan bersama dan
bermalam dengan anak-anak tersebut sebanyak dua (2) kali sebulan iaitu
pada hujung minggu kedua dan keempat pada setiap bulan dengan cara
1

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH


DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Defendan hendaklah mengambil anak-anak tersebut pada hari Sabtu
mulai jam 10 pagi dan menghantar semula anak-anak tersebut kepada
Plaintif pada hari Ahad jam lebih kurang 6 petang dengan memaklumkan
terlebih dahulu kepada Plaintif;
d) …

[2] Perayu telah menfailkan Notis Rayuan bertarikh 30 November 2016 dan alasan
rayuan pada 06 Mac 2017 dengan memplidkan tiga (3) alasan rayuan seperti di muka
surat 77-78 Rekod Rayuan.

[3] Responden pula telah memfailkan Notis Rayuan Balas bertarikh 05 Disember
2016 dan Alasan Rayuan Balas bertarikh 1 Mac 2017 dengan mengemukakan lima (5)
alasan rayuan seperti di muka surat 79-81 Rekod Rayuan.

Fakta Kes

[4] Perayu dan Responden telah berkahwin pada 27 Julai 1992 dan masih dalam
proses perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

[5] Kes tuntutan hadhanah telah difailkan oleh Responden pada 30 April 2015 iaitu
selepas pihak-pihak selesai menjalankan Majlis Sulh.

[6] Perayu yang tidak bersetuju dengan tuntutan Responden telah memfailkan
Pembelaan dan Tuntutan Balas pada 16 Jun 2015 dengan mendakwa bahawa
Responden telah hilang kelayakan sebagai hadinah kerana telah melakukan kesalahan
yang besar iaitu berkelakuan buruk secara melampau apabila menjalinkan hubungan
terlarang dengan seorang lelaki lain.

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH


DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[7] Perayu dan Responden telah dikurniakan dengan tujuh (7) orang anak. Anak
pertama dan kedua telah mencapai umur dewasa melebihi 18 tahun manakala anak
ketiga, keempat dan kelima telah mencapai umur mumaiyiz. Dua orang anak lagi masih
belum mumaiyiz.
[8] Semasa ditemu bual oleh Hakim Bicara, ketiga-tiga anak yang telah mumaiyiz
memilih untuk tinggal bersama dengan Responden (ibu).

[9] Perayu telah mempertikaikan kelayakan Responden untuk menjadi hadhinah


kepada dua (2) orang anak yang belum mumaiyiz yang masing-masing berumur empat
(4) dan tujuh (7) tahun iaitu Leia Sarah dan Adria Najihah.

DIPUTUSKAN

SETELAH meneliti Alasan Rayuan,Alasan Rayuan Balas, Rekod Rayuan dan hujahan
kedua-dua belah pihak, MAKA kami sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:-

[1] Rayuan Perayu ditolak.


[2] Rayuan Balas Responden ditolak.
[3] Perintah Mahkamah Tinggi Syariah dalam kes saman no. 10400-028-
0172-2015 yang diputuskan pada 21 November 2016 adalah dikekalkan.

Peguam Syarie

Peguam Syarie Perayu : diwakili oleh Encik Moeis Bin Basri daripada Tetuan
Zahir Razak & Co

Peguam Syarie Responden : diwakili oleh Puan Nur Ashikin Binti Abdul Rahim
daripada Tetuan Kin & Co

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH


DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Surah al-Quran yang dirujuk
(1) Surah al-Isra’: ayat 32.

Undang - undang yang dirujuk

(1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 –s.76, s.82,
s.82(1), s.84(b), s.85(2), 87(2)

(2) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s.7

(3) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s.140

Penghakiman oleh YAA Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim (Pengerusi), YA
Haji Saarani bin Ismail (Ahli Panel), YA Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain (Ahli
Panel), HMRYS

[10] Dalam rayuan ini, Responden telah memfailkan Notis Rayuan Balas. Oleh yang
demikian, kami akan mengulas kedua-dua rayuan Perayu dan Responden secara satu
persatu.
i) Rayuan Perayu

[11] Bagi maksud rayuan Perayu, kami telah meneliti Alasan Rayuan, Rekod Rayuan
dan hujah bertulis yang difailkan oleh kedua-dua pihak dan kami berpendapat terdapat
satu sahaja isu dalam rayuan ini iaitu sama ada Responden telah hilang hak kelayakan
sebagai hadinah atau tidak berdasarkan peruntukan Seksyen 84(b) Enakmen Undang-
undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH


DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[12] Seksyen 84(b) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
2003 memperuntukan bahawa hak seseorang perempuan terhadap hadhanah
adalah hilang:
“Jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka”
Berdasarkan peruntukan di atas, dapat difahami bahawa terdapat dua elemen yang
perlu dibuktikan untuk membolehkan hak penjagaan seseorang perempuan itu hilang
iaitu:
i) berkelakuan buruk secara keterlaluan; dan
ii) berkelakuan buruk secara terbuka.
Kegagalan Perayu membuktikan kedua-dua elemen ini akan mengakibatkan rayuan
Perayu ditolak.

[13] Perayu menghujahkan bahawa Responden telah hilang kelayakan sebagai


hadhinah kerana Responden telah berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka
seperti yang telah diakui oleh Responden sendiri dan pengakuan Responden tersebut
telah diterima oleh YA Hakim Bicara. Daripada Qarinah pula boleh dilihat berdasarkan
video pengakuan Responden, gambar-gambar terlampau yang dihantar kepada lelaki
berkenaan serta keterangan saksi Perayu yang mengesahkan pengakuan Responden
di hadapan anak-anak lelaki mereka juga menjuruskan kepada kebenaran tentang
kelakuan buruk Responden secara terbuka. Pengakuan ini adalah selaras dengan
peruntukan Seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
2003. Pengakuan Responden juga telah dibuat di hadapan anak-anak lelaki mereka
yang mana dua daripada anak mereka telah mencapai umur melebihi 18 tahun. Dalam
keadaan ini, setidak-tidaknya wujud satu qarinah yang kuat tentang perlakuan buruk
Responden tersebut.

[14] Perayu juga menghujahkan bahawa tindakan Responden yang telah menjalinkan
hubungan terlarang dengan lelaki lain juga telah menunjukkan akhlak yang tidak baik
5

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH


DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
serta suatu perbuatan yang tanpa ragu satu akhlak yang ditegah oleh syarak. Terlalu
banyak larangan dalam syarak yang menegah hubungan bukan mahram, lebih-lebih
lagi antara lelaki dan perempuan yang telah mempunyai suami atau isteri masing-
masing. Perayu merujuk kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 32.

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu


adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa
kerosakan).

[15] Responden pula menghujahkan bahawa YA Hakim Bicara secara jelas dalam
Perenggan 13, Alasan Penghakiman telah memutuskan bahawa “Mahkamah melihat
kesemua keterangan yang ditandakan sebagai ID tersebut perlu dijelaskan oleh
Defendan dengan lebih lanjut dan ia tidak boleh diberi pertimbangan...”.Adalah
jelas daripada perbicaraan tersebut bahawa bukti-bukti yang disandarkan oleh Perayu
iaitu IDD-2, IDD-3, IDD-5 DAN IDD-6 kesemuanya tidak dibuktikan dan masih
ditandakan “ID” sehingga ke akhir perbicaraan.

[16] Responden menegaskan sekalipun Mahkamah menerima pengakuan


Responden sebagai iqrar di bawah Seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah
Syariah (Negeri Selangor) 2003, tetapi YA Hakim Bicara tidak pernah mengatakan
apakah kandungan iqrar yang diterima tersebut dan tidak mengulas hakikat bahawa
iqrar itu dibuat dalam keadaan terpaksa oleh Responden. Oleh kerana itu Responden
berhujah bahawa Responden bersetuju dengan penghakiman yang dibuat oleh YA
Hakim Bicara apabila beliau memutuskan isu ini dengan mengatakan “Dakwaan
Defendan seperti yang telah dijelaskan di atas menunjukkan terdapat kekurangan
dari sudut pembuktian yang mana Defendan gagal untuk mengaitkan atau
6

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH


DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
menjelaskan sama ada hubungan Plaintif dan lelaki tersebut adalah suatu
kelakuan buruk dan adakah ia telah dijalankan secara terbuka atau
tertutup.Justeru itu, Mahkamah dapati bahawa Plaintif pada peringkat ini tidak
hilang kelayakan kerana Defendan gagal memenuhi elemen yang ditetapkan
undang-undang”.

[17] Untuk memutuskan isu ini kami telah meneliti Alasan Penghakiman di muka
surat 41-64 Rekod Rayuan. Kami dapati dalam isu ini Hakim Bicara telah membuat
dapatan seperti berikut:-

Perenggan 13
Mahkamah mendapati bukti yang dilampirkan oleh Defendan bagi menunjukkan
Plaintif telah mempunyai hubungan dengan lelaki tersebut adalah di dalam
bentuk rakaman video yang dibuat oleh Defendan mengenai pengakuan Plaintif
terhadap perbuatan zina yang telah dilakukan oleh Plaintif bersama lelaki
tersebut yang telah ditandakan sebagai ID D2. Begitu juga dengan salinan resit
hotel yang didakwa telah digunakan untuk tujuan Plaintif dan lelaki tersebut
berzina telah ditandakan sebagai ID D5. Mahkamah melihat kesemua
keterangan yang ditandakan sebagai ID tesebut perlu dijelaskan oleh Defendan
dengan lebih lanjut dan ia tidak boleh diberi pertimbangan atas alasan yang
berikut:
a) “Pin hole camera” dan telefon bimbit di mana rakaman dibuat tidak
dikemukakan di Mahkamah bagi memastikan peralatan tersebut berada
dalam keadaan baik;
b) Tiada transkrip rakaman perbuatan disediakan dan/atau dibuat oleh pihak
pembelaan untuk dikemukakan di Mahkamah.
Namun begitu, Mahkamah melihat bahawa Plaintif mengaku ada membuat
pengakuan kepada Defendan berdasarkan apa yang telah direkodkan oleh
7

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH


DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Defendan tersebut. Pengakuan Plaintif ini jelas bertepatan dengan peruntukan
Seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Perenggan 14
Persoalannya, sama ada perbuatan Plaintif ini boleh menyebabkan hak
hadhanah terhadapnya digugurkan? Sebelum mengulas lanjut, Mahkamah
merujuk kembali kepada Seksyen 84 (b) Enakmen Undang-undang Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2003 yang mana peruntukan tersebut menyatakan
bahawa jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka.
Ini bermakna kelakuan buruk yang membolehkan suatu hak penjagaan hilang
daripada seorang perempuan hendaklah secara terbuka. Dakwaan Defendan
seperti yang telah dijelaskan di atas menunjukkan terdapat kekurangan dari
sudut pembuktian yang mana Defendan gagal untuk mengaitkan atau
menjelaskan sama ada hubungan Plaintif dan lelaki tersebut adalah suatu
kelakuan buruk dan adakah ia telah dijalankan secara terbuka atau
tertutup.Justeru itu, Mahkamah dapati bahawa Plaintif pada peringkat ini tidak
hilang kelayakan kerana Defendan gagal memenuhi elemen yang ditetapkan
undang-undang.

[18] Berdasarkan ulasan YA Hakim Bicara tersebut kami mendapati Mahkamah telah
menerima dakwaan Perayu berkaitan fakta bahawa Responden mempunyai hubungan
sulit dan pernah berzina dengan seorang lelaki lain semasa dalam tempoh perkahwinan
berdasarkan pengakuan yang telah dibuat oleh Responden sendiri. Persoalannya
adakah perbuatan mempunyai hubungan sulit dan pernah berzina dengan seorang
lelaki lain dalam tempoh perkahwinan itu boleh menghilangkan hak Responden sebagai
hadinah berdasarkan peruntukan Seksyen 84(b) Enakmen Undang-undang Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2003.

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH


DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[19] Berdasarkan pertimbangan kepada hujah yang telah dikemukakan oleh Perayu
kami dapati hujah Perayu hanya menyentuh tentang dua perkara iaitu:
i) Pembuktian tentang wujudnya perlakuan buruk bahawa Responden mempunyai
hubungan sulit dan pernah berzina dengan seorang lelaki lain dalam tempoh
perkahwinan; dan
ii) Perbuatan Responden tersebut merupakan akhlak yang tidak baik serta suatu
perbuatan yang ditegah oleh syarak.

Kami dapati Hujah Perayu gagal menjelaskan kepada kami dengan lebih lanjut
perkaitan antara perbuatan Responden dengan dua elemen yang perlu dibuktikan
berdasarkan kehendak Seksyen 84(b) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003. Oleh yang demikian kami bersetuju dengan dapatan YA Hakim
Bicara bahawa Perayu gagal menunjukkan sama ada perbuatan Responden tersebut
merupakan suatu kelakuan buruk secara keterlaluan dan sama ada perbuatan tersebut
merupakan suatu kelakuan buruk secara terbuka atau tertutup yang boleh memberi
kesan terhadap anak-anak.

[20] Dalam membuat perintah mengenai penjagaan, pertimbangan utama yang perlu
diberi perhatian oleh Mahkamah ialah persoalan kebajikan kanak-kanak berdasarkan
peruntukan Seksyen 87 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) 2003. Untuk mengimbangi antara faktor kebajikan kanak-kanak dengan
keterangan berkaitan akhlak buruk semasa perkahwinan berlangsung dan dengan
tiadanya keterangan baru berkaitan perlakuan buruk tersebut berterusan selepas
berlakunya perceraian maka kami boleh membuat anggapan bahawa dakwaan Perayu
selagi mana tidak dapat dibuktikan bahawa Responden telah hilang kelayakan, maka
Mahkamah terikat dengan prinsip anggapan berdasarkan seksyen 82(1) Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 bahawa ibu adalah orang

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH


DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
paling berhak mendapat hak jagaan selari dan bertepatan dengan kaedah fiqhiyyah
iaitu:

‫األصل بقاء ماكان على ماكان‬

“Sesuatu itu adalah kekal seperti mana asalnya

[21] Dari segi penyediaan Rekod Rayuan pula kami dapati Perayu tidak
membekalkan kami dengan rakaman video seperti yang dinyatakan di muka surat 85
Rekod Rayuan. Gambar-gambar yang masih dilampirkan sebagai ID pula tidak jelas
dan kabur. Perkara ini telah menyukarkan kami dalam membuat pertimbangan. Rekod
Rayuan juga tidak lengkap kerana tidak disertakan dengan hujah pihak-pihak di
Mahkamah Tinggi Syariah.

[22] Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang telah dinyatakan kami berpuas
hati merumuskan bahawa Perayu gagal menunjukkan kepada kami kekhilafan YA
Hakim Bicara yang mewajarkan kami untuk campur tangan dalam keputusan yang telah
diberikan.

Rayuan Balas Perayu

[23] Bagi menimbangkan rayuan balas Responden, kami telah meneliti Notis Rayuan
Balas, Alasan Rayuan Balas, Rekod Rayuan dan penghujahan yang dikemukakan oleh
kedua-dua pihak dan kami dapati Rayuan Balas Responden tidak disertakan hujah-
hujah yang menyokong kenapa keputusan YA Hakim Bicara patut diubah, seperti
kehendak Seksyen 140 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
2003.
Notis Rayuan Balas

10

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH


DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Seseorang responden dalam mana-mana rayuan boleh, dalam masa tujuh hari
dari tarikh penyampaian notis rayuan itu kepadanya, memfailkan di Mahkamah
yang mendengar rayuan dan menyampaikan kepada perayu notis dalam Borang
MS 31 tentang cadangannya untuk mengemukakan hujah pada pendengaran
rayuan itu bahawa keputusan yang dirayukan itu patut diubah

[24] Kami dapati Rayuan Balas Responden lebih kepada permohonan untuk
mengubah terma perintah berkaitan lawatan dan bermalam supaya menjadikan lebih
spesifik. Alasan-alasan yang dikemukakan pula tidak menunjukkan kekhilafan YA
Hakim Bicara serta tidak disokong dengan hujah-hujah kenapa keputusan tersebut
patut diubah. Oleh yang demikian, Rayuan Balas Responden tidak dapat kami
pertimbangkan.

[25] Suka kami nyatakan di sini bahawa apa-apa perintah berkenaan jagaan dan
lawatan anak, boleh diubah pada bila-bila masa tertakhluk kepada syarat-syarat yang
ditetapkan di bawah Seksyen 76 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) 2003.

KEPUTUSAN

SETELAH meneliti Alasan Rayuan,Alasan Rayuan Balas, Rekod Rayuan dan hujahan
kedua-dua belah pihak, MAKA kami sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:-

[1] Rayuan Perayu ditolak.


[2] Rayuan Balas Responden ditolak.
[3] Perintah Mahkamah Tinggi Syariah dalam kes saman no. 10400-028-
0172-2015 yang diputuskan pada 21 November 2016 adalah dikekalkan.

11

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH


DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
12

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH


DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

You might also like