You are on page 1of 14

NH lwn SMZ

[Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor, Shah Alam. Rayuan No: 10000-016-0065-
2015. (Y.A.A Datuk Aidi b. Moktar (Pengerusi), Y.A Dato’ Yusof b. Musa (Ahli Panel),
Y.A Tuan Mohd. Amran b. Mat Zain (Ahli Panel))]

[Pada 6 Februari 2018/ 20 Jamadil Awwal 1439H]

[Tuntutan Mut’ah di bawah seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri


Selangor) 2003]

[1] Rayuan ini difailkan oleh Perayu ke atas keseluruhan perintah Hakim Bicara
Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dalam kes no. 10100-016-0475-2013 yang telah diberikan
pada 26 Ogos 2015. Perintah tersebut sepertimana berikut;-

1. Mahkamah memerintahkan Defendan (Responden) membayar mut’ah


sebanyak Ringgit Malaysia Satu Juta (RM 1,000,000.00) kepada Plaintif
(Perayu); dan
2. Kos ditanggung masing-masing.

[2] Perayu telah menfailkan Notis Rayuan pada 28 Ogos 2015 dan telah memfailkan
Alasan Rayuan pada 16 Januari 2017. Responden pula telah memfailkan Notis Rayuan Balas
pada 8 September 2015.

Fakta Kes

[3] Perayu dan Responden telah berkahwin pada 31 Julai 1983 dan telah bercerai dengan
talaq satu pada 10 Januari 2013. Tempoh perkahwinan adalah selama lebih 29 tahun. Hasil
perkahwinan, Perayu dan Responden telah dikurniakan 3 orang anak.

[4] Pada 2 Oktober 2013, Perayu telah menfailkan tuntutan mut’ah terhadap Responden di
Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di dalam kes no. 10100-016-0475-2013 dengan jumlah
tuntutan sebanyak RM 10 Juta.

1
[5] Perayu telah memberikan keterangan dan mengemukakan 3 orang saksi manakala
Responden telah memberi keterangan secara bersendirian tanpa memanggil mana-mana saksi.
Pada 26 Ogos 2015 Hakim Bicara telah memutuskan tuntutan tersebut sepertimana perintah di
perenggan [1] di atas.

Diputuskan
Setelah Kami meneliti Alasan-Alasan Rayuan, Rekod Rayuan dan penghujahan bertulis pihak
Perayu dan Responden, MAKA Kami sebulat suara memutuskan seperti berikut;

1. Rayuan Perayu DITOLAK;


2. Rayuan Balas Responden DITERIMA; dan
3. Perintah Mahkamah Tinggi Syariah di dalam kes no. 10100-016-0475-2013 bertarikh
26 Ogos 2015 diubah berkaitan jumlah mut’ah daripada RM 1 juta kepada
RM850,000.00 sahaja.

Peguam Syarie

Pemohon : diwakili oleh Tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co.


Responden : diwakili oleh Tetuan Jamal Lokman & Associates.

Surah al-Quran yang dirujuk

1. Surah al-Baqarah : ayat 236 dan 241.

Kitab - kitab yang dirujuk


1. Al-‘Allamah ‘Abu Bakr Usman bin Muhammad Syata al-Dimyathi al-Bakri, Hasyiah
I’anah at-Tolibin, Juzuk 3.
2. Prof .Dr. Muhammad al-Zuhailiy, al-Mu’tamad fi Fiqh al-Islami, Jilid 4.
3. Prof. Dr Wahbah az-Zuhailiy , “‫ ” الفقه االشافعي الميسر‬, Jilid 2, Dar al-Fikr,2008.
4. Umdah al-Mukmin, Jilid 6.

Undang - undang yang dirujuk


1. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 2, s. 58.
2. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 45, s. 118.

2
Kes - kes yang dirujuk

1. Faridah Binti Sulaiman lwn. Mohd. Noh Bin Othman, [2005] JH 19 (1) 124
2. Ida Hidayati bt. Taufiq lwn. Ahmad Shukri b. Kassim [2004] JH18(2) 266
3. Noor Aisyah bt. Abdul Karim lwn. Kamaruddin b. Rahmat [2015] JH42(1) 74.
4. Noorbee lwn. Ahmad Sanusi, [1978] JH 1 (2) 63.
5. Ramli Baba lwn. Wan Zainun Wan Abdullah [2015] JH 40(2) 219.
6. Syed Farouk Azlan b. Syed Abdul Aziz lwn Rooseliwati bt. Hussein [2015] JH 41(2)
263.
7. Zaharah bt. Alias lwn. Jen. (B) Tan Sri Dato’ Zain Hashim [1432H] JH 32 (2).

Penghakiman oleh Y.A.A Datuk Aidi b. Moktar (Pengerusi), Y.A Dato’ Yusof bin Musa
(Ahli Panel), Y.A Tuan Mohd. Amran b. Mat Zain (Ahli Panel), HMRYS.

[6] Di dalam kes rayuan ini, Responden telah memfailkan Notis Rayuan Balas. Oleh yang
demikian, kami akan mengulas kedua-dua rayuan Pemohon dan Responden ini secara satu
persatu.

[7] Sebelum kami mengulas berkenaan kedua-dua rayuan, adalah lebih baik untuk kami
menyentuh terlebih dahulu berkenaan mut’ah mengikut hukum syarak dan undang-undang.
Berdasarkan kitab Umdah al-Mukmin, Vol.6, m.s. 303, mut’ah bermaksud suatu bayaran
saguhati yang diberikan kepada isteri yang diceraikan. Seksyen 2 Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enak. 2 Tahun 2003] menyatakan “mut’ah” ertinya
bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan.

[8] Secara umumnya, hukum membayar mut’ah kepada isteri yang diceraikan adalah wajib
berdasarkan firmah Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah, ayat 241 :

‫ُوف حقًّا على ْال ُمتَّقِين‬


ِ ‫ت متاع بِ ْالم ْعر‬
ِ ‫ولِ ْل ُمطلَّقا‬
“Bagi perempuan-perempuan yang diceraikan, sagu hati dengan cara yang baik
sebagai hak ke atas orang yang bertakwa.”

[9] Di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, mut’ah
telah diperuntukkan di bawah seksyen 58 :
3
58. Mut’ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan
tanpa sebab yang patut.

Selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang


telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah
atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas
mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu
telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar
sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

[10] Hikmah dan tujuan utama diwajibkan pembayaran mut’ah boleh dilihat dalam Kitab
al-Mu’tamad fi Fiqh al-Islami oleh Prof .Dr. Muhammad al-Zuhailiy, jilid 4, m.s. 128:

‫ والتخفيف من‬، ‫و تجب المتعة جبرا لما لحقها من الطالق ولتطييب قلبها عند فراق بيت الزوجية‬
‫ ولكسر حدة األلم والكراهية التي تنتج غالبا عن هذا‬، ‫اإلستيحاش بسبب ما تشعر به من مفارقة زوجها‬
. ‫الفراق‬

Maksudnya: Kewajipan memberi Mutaah adalah kerana menutup sangkaan


buruk orang terhadap isteri yang telah diceraikan serta bertujuan menyukakan
hati bekas isteri ketika berpisah dari rumah kelaminnya , dan Mutaah juga
bertujuan menenangkan emosi yang tidak tenteram, kepedihan hati yang
dialami oleh isteri akibat perceraian dengan suaminya.

[11] Ringkasnya, tuntutan mut’ah bukanlah bertujuan untuk dijadikan sebagai pampasan,
penambahan harta atau keuntungan kepada bekas isteri bahkan ianya hanyalah merupakan
saguhati yang diberikan berdasarkan kemampuan bekas suami dengan tujuan tertentu seperti
yang dinyatakan di dalam nas di atas.

Rayuan Perayu

[12] Perayu telah memplidkan satu Alasan Rayuan seperti di mukasurat 473-474 Rekod
Rayuan. Kami simpulkan alasan rayuan Perayu adalah seperti berikut; Bahawa YA Hakim
Bicara telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau Hukum Syarak apabila menetapkan
jumlah mut’ah RM 1 Juta sahaja di mana jumlah tersebut adalah rendah. YA Hakim Bicara

4
gagal mengambilkira kemampuan Responden sebagaimana diakui oleh Responden di dalam
keterangannya bahawa dia seorang jutawan dan memiliki pegangan saham syarikat yang
tinggi. YA Hakim Bicara juga gagal mengambilkira tempoh perkahwinan selama 29 tahun
dalam menentukan jumlah mut’ah.

[13] Berdasarkan alasan rayuan dan penghujahan yang difailkan pihak-pihak, kami
berpendapat hanya 1 isu sahaja yang perlu diulas di dalam rayuan Perayu iaitu sama ada YA
Hakim Bicara terkhilaf apabila menetapkan jumlah mut’ah sebanyak RM 1 juta sahaja.

[14] Di dalam hujahnya, Perayu menyatakan bahawa beberapa elemen perlu diambilkira
dalam menentukan jumlah mut’ah yang munasabah iaitu; (1) mengambilkira tempoh
perkahwinan, (2) kemampuan Responden untuk membayar tuntutan mut’ah dan (3)
Pengorbanan/Sumbangan khidmat Perayu terhadap perkahwinan. Perayu telah merujuk
kepada autoriti kes-kes Ida Hidayati bt. Taufiq lwn. Ahmad Shukri b. Kassim [2004] JH18(2)
266, Faridah bt. Sulaiman lwn. Mohd. Noh b. Othman [2005] JH19(1)124 dan Nor Bee lwn.
Ahmad Sanusi [1978] JH1(2)63.

[15] Perayu berhujah bahawa tempoh perkahwinan selama 29 tahun perlu diambilkira oleh
Mahkamah bagi menentukan kadar mut’ah yang munasabah kepada Perayu. Selama tempoh
tersebut, Perayu telah membantu dari segi sokongan modal, moral dan berkorban masa dan
tenaga sehingga Responden mencapai kejayaan. (p.23, ms 9 Hujah Perayu).

[16] Perayu juga berhujah bahawa semasa perceraian, Responden berpendapatan tinggi dan
mewah. Responden merupakan Pengarah Urusan Syarikat TRC dan memiliki jumlah saham
yang besar di dalam syarikat tersebut. Responden juga telah mengakui di dalam keterangannya
bahawa beliau mempunyai pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM 30 ribu sebulan tanpa
mengambilkira pendapatan lain. (p.25 & 26, ms 10 Hujah Perayu)

[17] Responden pula berhujah bahawa Perayu gagal mengemukakan tentang kekhilafan
Hakim Bicara semasa memutuskan perintah mut’ah sebelum ini kerana tidak ada sebarang
rujukan dibuat oleh Perayu di mana-mana muka surat Rekod Rayuan berkenaan kekhilafan
yang didakwa tersebut kerana ianya dibuat secara umum sahaja. Ini amat menyukarkan

5
Mahkamah Rayuan untuk meneliti dakwaan tepat kekhilafan Hakim Bicara yang dimaksudkan
Perayu. (p.12 & 13, ms 3 Hujah Responden)

[18] Responden berhujah bahawa Perayu telah gagal menunjukkan dengan spesifik di mana
khilafnya Hakim Bicara apabila menetapkan jumlah RM 1 juta sebagai kadar nafkah yang
munasabah. Keseluruhan hujah Perayu dilihat tidak menjurus kepada kesilapan atau kehilafan
Hakim Bicara.

[19] Perayu telah tidak membuat penghujahan balas terhadap hujah Responden sama ada
secara lisan ataupun bertulis.

[20] Setelah kami meneliti penghujahan kedua-dua pihak, kami bersetuju dengan hujah
Responden bahawa Perayu telah tidak menunjukkan kepada kami dengan tepat dan spesifik
bahagian manakah yang dikatakan Hakim Bicara telah terkhilaf untuk kami meneliti dan
mempertimbangkannya. Sedangkan menjadi tanggungjawab Perayu di dalam kes rayuan untuk
menunjukkan di manakah khilafnya Hakim Bicara tersebut di dalam memberikan
penghakiman sesuatu kes.

[21] Oleh kerana kami telah tidak ditunjukkan dengan jelas oleh Perayu di manakah silap
dan khilafnya Hakim Bicara, maka kami tidak dapat mempertimbangkan rayuan Perayu ini.

Rayuan Balas Responden

[22] Responden telah memfailkan Notis Rayuan Balas dan telah memfokuskan
penghujahannya kepada 2 isu iaitu:

a. Sama ada Hakim Bicara terkhilaf dari segi perkiraan berkenaan kemampuan
Responden semasa berlakunya perceraian.

b. Sama ada Hakim Bicara terkhilaf apabila membuat perintah bergantung kepada
pengakuan Responden sahaja.

6
[23] Perayu telah tidak menjawab penghujahan rayuan balas Responden sama ada secara
lisan ataupun bertulis. Oleh yang demikian, berkaitan dengan rayuan balas Responden, kami
hanya mempunyai hujahan sebelah pihak sahaja iaitu daripada pihak Responden.

[24] Sebelum kami mengulas berkenaan rayuan balas Responden, ada baiknya kami
menyentuh secara ringkas berhubung dengan kadar mut’ah mengikut Hukum Syarak. Al-
Quran telah menetapkan panduan asas berkenaan kadar mutaah melalui ayat 236 Surah al-
Baqarah :
ِ ِ
ُ‫وه َّنَعلىَالْ ُموس ِعَقد ُرهَُوعلىَالْ ُم ْق ِِتَقد ُرَه‬
ُ ‫ِّع‬
ُ ‫َومت‬
Maksudnya: ....hendaklah kamu memberi mut'ah (saguhati) kepada mereka (yang
diceraikan) iaitu suami yang senang (hendaklah memberi saguhati) menurut ukuran
kemampuannya dan suami yang susah menurut kemampuannya.

[25] Berdasarkan ayat tersebut, adalah jelas bahawa sesuatu kadar mut’ah hendaklah
ditentukan berdasarkan kemampuan pembayarnya iaitu suami. Sekiranya ada persetujuan
diantara suami dan isteri berkenaan jumlah mut’ah, maka itulah kadar mut’ah yang wajib
diberikan berdasarkan matan Kitab Hasyiah I’anah at-Tolibin, Juzuk 3, m.s. 596 :

Adapun kadar mut’ah yang wajib jika kedua-dua belah bersetuju dengan sesuatu
yang tertentu maka itulah kadar mut’ahnya.

[26] Al-‘Allamah ‘Abu Bakr Usman bin Muhammad Syata al-Dimyathi al-Bakri di dalam
kitabnya Hasyiah I’anah at-Tolibin di m.s.702, ada menyatakan:

“jika tiada persetujuan, maka ditentukan oleh hakim dengan ijtihadnya dan kaedah
penentuan dengan mengambilkira akan kedudukan kedua-duanya waktu mereka
bercerai”.

Isu Pertama: Sama ada Hakim Bicara terkhilaf dari segi perkiraan berkenaan
kemampuan Responden semasa berlakunya perceraian.

[27] Di dalam rayuan balasnya, Responden telah berhujah bahawa Hakim Bicara telah
terkhilaf dalam menentukan kadar mut’ah sebanyak RM 1 juta. Secara umumnya, Responden

7
menyatakan bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf membuat perkiraan mut’ah berdasarkan
gandaan kepada pendapatan bulanan Responden serta taraf, keturunan dan sifat Perayu yang
dikatakan sederhana oleh Hakim Bicara.

[28] Responden berhujah bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf apabila membuat 2 dapatan
berkaitan pendapatan bulanan Responden semasa bercerai iaitu RM 30,000 sebulan dan RM
40,000 sebulan dengan merujuk kepada 2 dokumen yang berlainan. Sedangkan kedua-dua
dokumen tersebut iaitu penyata gaji dan penyata cukai tahunan hanya merujuk kepada satu
sahaja pendapatan Responden (p.55, m.s. 19 Hujah Responden).

[29] Responden berhujah bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf apabila merujuk kepada
dokumen D1 (Penyata Cukai Tahunan) untuk membuat dapatan berkaitan pendapatan bulanan
Responden semasa bercerai sedangkan dokumen tersebut adalah bagi tahun taksiran 2012 dan
bukannya 2013.

[30] Kami telah meneliti alasan penghakiman Hakim Bicara di muka surat 464-466 Rekod
Rayuan, kami bersetuju dengan Responden bahawa dokumen D1 bukanlah merujuk kepada
penyata cukai bagi tahun perceraian 2013. Walau bagaimanapun, kami mendapati bahawa
Responden sebenarnya telah terkeliru dengan penghakiman Hakim Bicara yang menyatakan
bahawa Responden mempunyai pedapatan tambahan lain selain dari gaji bulanan sebanyak
RM 30,000 sebulan ketika bercerai.

[31] Hakim Bicara telah menjelaskan bahawa dapatan fakta berkaitan pendapatan tambahan
Responden tersebut bukan sahaja dibuat berasaskan kepada dokumen D1 semata-mata, tetapi
juga berdasarkan keterangan lain iaitu berkaitan simpanan ASB, saham-saham di dalam
syarikat, simpanan KWSP dan simpanan dalam akaun Public Bank. Hakim Bicara telah
membuat kesimpulan berkaitan dapatannya tersebut di muka surat 466 Rekod Rayuan seperti
berikut;

“ berdasarkan 5 fakta tersebut, mahkamah boleh membuat kesimpulan bahawa


Defendan mempunyai pendapatan sampingan lain selain gajinya pada bulan dan tahun
perceraian. Oleh itu, fakta qarinah pendapatan tambahan Defendan ini akan dijadikan
pertimbangan tambahan bagi menentukan kadar mut’ah yang layak diperolehi Plaintif
bukan setakat RM 30,000 sahaja...”
8
[32] Selanjutnya Responden berhujah bahawa Hakim Bicara terkhilaf apabila membuat
dapatan fakta berkaitan pendapatan tambahan Responden bukan berpandukan kepada
keterangan yang dibuktikan ketika perbicaraan. Responden telah menyatakan di muka surat 27
hingga 41 penghujahan bertulis Responden bahawa Hakim Bicara antara lain telah
mengaplikasikan kaedah qarinah secara silap dan tidak berdasarkan keterangan yang
dikemukakan.

[33] Kami meneliti nota keterangan di dalam Rekod Rayuan dan mendapati bahawa
Responden telah memberikan keterangan seperti berikut;-

a. Ketika disoalbalas oleh Peguam Plaintif berkenaan jumlah ASB pada Disember
2012, Responden menjawab : Antara RM 600 ke 700 ribu” (m.s. 111 Rekod
Rayuan)
b. Ketika disoalbalas oleh Peguam Plaintif berkenaan saham syarikat “ saya tidak
ada duit berbelas-belas juta dalam akaun saya. Saya setuju ada kepentingan
dalam saham TRC Synergy Sdn. Bhd. Saham-saham tersebut di daftarkan atas
nama saya, RM 17 dan RM 24 juta” (m.s. 106 Rekod Rayuan)
c. Ketika disoalbalas berkenaan wang KWSP, Responden menjawab “ ya, saya
mengeluarkan wang RM 1 juta wang pencen saya untuk membayar margin
kepada share saya. Selebihnya saya pergi haji dan umrah bersama keluarga
dan anak saudara. Seramai 25 orang untuk umrah, satu orang RM 8 ribu. Dan
haji 4 orang berjumlah RM 500 ribu. Ya, betul gaji bulanan RM 30 ribu”

[34] Kami bersetuju dengan hujahan Resonden bahawa keterangan-keterangan yang


diberikan tersebut bukanlah berkenaan pendapatan Responden ketika perceraian berlaku.
Malahan Hakim Bicara juga di dalam penghakimannya telah menjustifikasikan keterangan-
keterangan tersebut sebagai qarinah bahawa Responden mempunyai pendapatan tambahan
selain dari pendapatan bulanannya RM 30,000 sebulan. Fakta tersebut bukanlah untuk mengira
secara objektif jumlah pendapatan sebenar Responden tetapi sekadar fakta yang boleh diterima
berkenaan adanya pendapatan tambahan yang akan diberi pertimbangan oleh Hakim Bicara
dalam menentukan kadar mut’ah yang sesuai.

[35] Kami mendapati Hujah Responden berkenaan Hakim Bicara silap mengaplikasikan
kaedah qarinah telah tidak disokong dengan peruntukan undang-undang dan nas syarak yang
9
berkaitan untuk kami teliti dengan lebih lanjut. Oleh yang demikian, hujah Responden tersebut
tidak dapat kami pertimbangkannya.

[36] Responden juga ada membangkitkan berkenaan dokumen Responden yang


dikemukakan dalam perbicaraan telah diterima dan ditandakan sebagai dokumen Plaintif
antaranya dikumen P-22 (Salinan Buku ASB) dan P-23( Penyata KWSP).(p.84, m.s. 32 Hujah
Responden). Dalam hal ini, kami merujuk kepada seksyen 118 Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 yang menjelaskan berkenaan kuasa Hakim Bicara untuk
memerintahkan apa-apa dokumen dikemukakan untuk mendapatkan bukti wajar mengenai
fakta yang relevan dengan qarinah yang dinyatakan terdahulu. Berikut adalah seksyen 118
tersebut;-

Seksyen 118. Kuasa Hakim untuk mengemukakan soalan atau memerintahkan


pengemukaan.

Hakim boleh, untuk mengetahui atau mendapatkan bukti wajar mengenai fakta
relevan, menanya apa-apa soalan yang dihasratinya, dalam apa-apa bentuk, pada
bila-bila masa, kepada mana-mana saksi atau pihak, mengenai apa-apa fakta sama
ada relevan atau tak relevan; dan boleh memerintahkan supaya dikemukakan apa-
apa dokumen atau benda; dan mana-mana pihak atau ejen mereka tidak berhak
membuat apa-apa bantahan terhadap mana-mana soalan atau perintah sedemikian,
atau, tanpa kebenaran Mahkamah, memeriksa balas mana-mana saksi atas apa-apa
jawapan yang diberikan dalam menjawab mana-mana soalan itu:

Dengan syarat bahawa penghakiman itu mestilah berasaskan fakta yang ditetapkan
oleh Enakmen ini sebagai qarinah dan dibuktikan dengan sewajarnya.

[37] Selanjutnya Responden berhujah bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf apabila tidak
menggunapakai kaedah pendapatan bulanan sebagai penetapan kadar mut’ah sebagaimana
yang telah diputuskan di dalam kes-kes Syed Farouk Azlan b. Syed Abdul Aziz lwn
Rooseliwati bt. Hussein [2015] JH 41(2) 263 dan Ramli Baba lwn. Wan Zainun Wan
Abdullah [2015] JH 40(2) 219. Menurut Responden, jumlah mut’ah yang wajar hanyalah
setakat RM 30,000 sahaja berdasarkan kaedah penetapan berdasarkan pendapatan bulanan
Responden.

[38] Hakim Bicara di dalam penghakimannya menyatakan bahawa oleh kerana wujudnya
fakta Responden mempunyai pendapatan tambahan selain dari pendapatan bulanannya RM
30,000, maka kaedah asas penetapan kadar mut’ah berdasarkan pendapatan bulanan tidak

10
boleh diambilkira (m.s.464 Rekod Rayuan). Dengan hormatnya kami bersetuju dengan Hakim
Bicara di dalam hal ini. Kes-kes yang dikemukakan sebagai autoriti oleh Responden iaitu kes-
kes Syed Farouk Azlan dan kes Ramli Baba adalah mempunyai fakta yang berbeza dengan
kes di hadapan kami ini. Di dalam kes-kes tersebut, tiada sebarang pembuktian berkaitan
pendapatan tambahan bekas suami kecuali bergantung kepada fakta gaji/pendapatan bulanan
semata-mata. Di dalam kes Syed Farouk Azlan, Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
Wilayah Persekutuan menyatakan ;-
“ Berdasarkan ketiga-tiga kes tersebut, Mahkamah Bicara berkenaan telah
memutuskan satu prinsip iaitu di dalam membuat penetapan kadar mut’ah, maka
pendapatan bulanan suami boleh dijadikan panduan setelah Mahkamah
mengambilkira dan menimbang pembuktian terhadap pendapatan dan perbelanjaan
pihak-pihak ”

[39] Responden juga berhujah bahawa Hakim Bicara sepatutnya memberi penekanan
kepada kemampuan kewangan Responden pada tarikh perceraian berlaku dan bukannya
kemampuan kewangan Responden pada tarikh sebelum itu ataupun selepas itu. Responden
telah merujuk kepada autoriti kes Noor Aisyah bt. Abdul Karim lwn. Kamaruddin b. Rahmat
[2015] JH42(1) 74.

[40] Kami telah meneliti kes Noor Aisyah tersebut dan kami bersetuju bahawa pemilikan
harta atau aset bukanlah menjadi kayu ukur kepada penentuan amaun mut’ah tetapi ianya boleh
menunjukkan kepada Mahkamah kemampuan Responden pada masa perceraian.

[41] Adalah menjadi suatu prinsip yang kukuh di Mahkamah Syariah, selain daripada
kemampuan bekas suami, status kehidupan pasangan ketika perkahwinan, keadaan, sifat dan
taraf bekas isteri juga hendaklah diberikan pertimbangan di dalam menentukan jumlah mut’ah.
Ianya sebagaimana dinyatakan di dalam kitab “‫ ” الفقه االشافعي الميسر‬karangan Prof.Dr Wahbah
az-Zuhailiy , hlm 99 jilid 2 ,cetakan Dar al-Fikr tahun 2008 ada menyebut :

‫ مراعيا أو‬، ‫ أى بإجتهاده بحسب ما يليق بالحال‬، ‫ قدرها القاضي بنظره‬، ‫إن تنازع الزوجان في قدر المتعة‬
، ‫ ونسبها وصفاتها‬، ‫معتبرا حالهما من يسار وإعسار‬

11
Jika suami isteri bertelingkah pada kadar mut’aah , maka hakim akan menentukan
mengikut ijtihadnya berdasarkan kelayakan semasa dari sudut susah senang mereka
berdua serta melihat dari sudut nasab perempuan dan paras rupa perempuan
tersebut.

[42] Selain daripada itu, tempoh perkahwinan pihak-pihak selama 29 tahun juga hendaklah
diambilkira sebagaimana yang dinyatakan oleh Panel Rayuan Syariah Selangor dalam kes
Zaharah bt. Alias lwn. Jen. (B) Tan Sri Dato’ Zain Hashim [1432H] JH 32(2);

”Kami juga bersetuju tempoh perkahwinan Perayu dan responden selama 34 tahun
yang diulas oleh YA Hakim menjadi sandaran untuk meluluskan mut’ah kepada
perayu. Pada pendapat kami tempoh 34 tahun bukanlah satu masa yang pendek.
Perayu dan responden telah mengalami segala pahit manis kehidupan dan
kesengsaraan mahupun kesenangan ketika hidup bersama...”

[43] Kami selanjutnya merujuk kepada asas pengiraan mut’ah oleh Hakim Bicara di mana
penetapan jumlah mut’ah dibuat dengan 10 kali gandaan kadar asas gaji Responden. Dengan
hormatnya kami menyatakan kami tidak bersetuju dengan asas pengiraan yang dibuat oleh
Hakim Bicara dalam penetapan kadar mut’ah.

[44] Pada hemat kami kemampuan pembayar hendaklah menjadi keutamaan sebagaimana
maksud ayat 236 Surah al-Baqarah. Sekiranya bekas suami bukanlah seorang yang
berpendapatan lumayan dan terlalu tinggi, kadar yang digandakan tersebut adalah terlalu tinggi
dan akan membebankannya. Kami berpuashati bahawa Responden telah menunjukkan kepada
kami bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf apabila menetapkan jumlah mut’ah sebanyak RM
1 juta terhadap tuntutan Perayu.

[45] Dengan kata lain, kami berpendapat jumlah mut’ah sebanyak RM 1 juta adalah terlalu
tinggi berbanding dengan kemampuan Responden. Kami bersetuju bahawa pertimbangan
Hakim Bicara hendaklah berasaskan kepada pendapatan bulanan dan pendapatan tambahan
Responden dan hendaklah mengambilkira elemen-elemen lain seperti status kehidupan pihak-
pihak dalam tempoh perkahwinan, sifat dan pengorbanan Responden serta tempoh
perkahwinan yang panjang.

12
[46] Oleh yang demikian, satu jumlah yang munasabah dan berpatutan hendaklah diberikan
dan mudah-mudahan dengan jumlah tersebut hikmah pensyariatan mut’ah akan dapat dirasai
kedua-dua pihak.

Isu 2: Sama ada Hakim Bicara terkhilaf apabila membuat perintah bergantung kepada
pengakuan Responden sahaja

[47] Responden berhujah bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf apabila hanya
mengambilkira pengakuan Responden terhadap dakwaan Perayu sahaja sedangkan telah
menolak pengakuan Responden terhadap dakwaan diri sendiri.

[48] Kami merujuk kepada seksyen 45 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Selangor)
2003 di mana apa-apa fakta yang telah diakui tidak lagi perlu dibuktikan. Di dalam perbicaraan
ini, Perayu yang mendakwa bahawa Responden berkemampuan dan mempunyai kewangan
yang banyak, mempunyai tanggungjawab untuk membuktikan fakta tersebut. Melainkan fakta
itu telah diakui oleh Responden, maka ianya tidak lagi perlu dibuktikan. Berikut adalah sekyen
45 berkenaan;-

Seksyen 45. Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan.

(1) Tertakluk kepada subseksyen 17(2) tiada fakta perlu dibuktikan dalam mana-
mana prosiding jika pihak-pihak dalam prosiding itu atau ejen mereka bersetuju
untuk mengakuinya dalam pendengaran itu atau sebelum pendengaran itu mereka
bersetuju untuk mengaku dengan apa-apa tulisan di bawah tandatangan mereka, atau
yang menurut apa-apa kaedah pliding yang sedang berkuat kuasa, mereka disifatkan
telah mengakuinya dengan pliding mereka

[49] Oleh yang demikian, kami berpuashati bahawa Hakim Bicara tidak terkhilaf di dalam
perkara ini.

13
KEPUTUSAN
SETELAH Kami meneliti Alasan-Alasan Rayuan, Rekod Rayuan dan penghujahan bertulis
pihak Perayu dan Responden, MAKA Kami sebulat suara memutuskan seperti berikut;

1. Rayuan Perayu DITOLAK;


2. Rayuan Balas Responden DITERIMA; dan
3. Perintah Mahkamah Tinggi Syariah di dalam kes no. 10100-016-0475-2013 bertarikh
26 Ogos 2015 diubah berkaitan jumlah mut’ah daripada RM 1 juta kepada
RM850,000.00 sahaja.

14

You might also like