You are on page 1of 2

Soalan Wawancara Mahkamah Syariah Johor Bahru.

1. Apakah yang diatur didalam enakmen 17 tahun 2003 terkait dengan permohonan
mut’ah?
Permohonan tuntutan mutah boleh dilihat dalam seksyen 58 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003. Seksyen tersebut menyebut:
Mut’ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan. Selain daripada haknya
untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut
oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan
Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa
perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar
sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

2. Bagaimanakah cara seorang wanita ingin mengajukan permohonan mut’ah di


Mahkamah?
Seorang Wanita yang ingin mengajukan permohonan mutah di mahkamah syariah melalui
Peguam Syarie atau diri sendiri, beliau hendaklah terlebih dahulu memfailkan satu
permohonan di mahkamah syariah melalui dokumen “penyataan tuntutan”. Wanita tersebut
boleh menyatakan berapa nilai atau jumlah tuntutan yang dipohon oleh beliau di dalam
penyataan tuntutan tersebut. Sekiranya nilai kurang daripada RM100,000.00, hendaklah
difailkan di Mahkamah Rendah Syariah dan sekiranya nilai melebihi RM100,000.00
hendaklah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah.

3. Apakah kelayakan yang perlu ada bagi seorang istri untuk memohon tuntutan
mut’ah di mahkamah?
Kelayakan seorang isteri untuk memohon mutah mestilah seorang perempuan yang telah
diceraikan oleh suami tanpa sebab yang munasabah disisi syarak dan seorang isteri tersebut
merupakan seorang isteri yang taat sepanjang tempoh pernikahan beliau. Selain itu, Isteri
hendaklah mempunyia fakta yang reliven untuk menuntut mutah dan bukan emosi semata-
mata.

4. Bagaimanakah seorang hakim memutuskan bayaran mut’ah yang perlu diberikan


kepada bekas isteri?
Seorang hakim memutuskan bayaran mutah berdasarkan kepada keterangan isteri dan saski-
saksi yang dikemukakan serta bukti-bukti yang ditentutan dengan mengikut kadar nilaian
harta sepanjang tempoh perkahwinan
5. Kaedah apa seorang hakim gunakan untuk memutuskan mut’ah di mahkamah?
Kaedah seorang hakim yang digunakan di dalam Mahkamah adalah:
1- Berapa tahun mereka bernikah.
2- berapa nilaian (harga) makanan untuk isteri sepanjang mereka bernikah sehingga
mereka bercerai (ikut bilangan hari).
3- Pastikan isteri yang taat sepajang tempoh pernikahan.
4- pendapatan suami ketika ini
5- pembuktian isteri di dalam mahkamah tentang kemampuan suami.
6- Siapa yang failkan cerai..

You might also like