You are on page 1of 12

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN

ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

KULIYYAH SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG


UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
(SUK 6432)
FATWA KONTEMPORARI BERKAITAN TALAK
DALAM DAN LUAR MAHKAMAH DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR: NURUL ANISA BINTI AHMAD


NIZAM (M192039502)
PENSYARAH: PUAN NUR SARAH BINTI TAJUL URUS
JULAI/2020
PENDAHULUAN

Talak1 berasal daripada perkataan arab yang bermaksud melepaskan atau membuka
ikatan. Talak dari segi syarak pula ialah perkahwinan dengan perkataan yang jelas atau
kinayah (sindiran). Talak adalah perkara halal yang dibenci oleh Allah S.W.T
sebagaimana hadis Nabi yang masyhur maksudnya Al: “Perbuatan halal yang paling
dibenci oleh Allah adalah talak.” Maka kewujudan fatwa atau enakmen di bawah
Undang-undang Keluarga Islam 2 kuasa hakim yang perlu menganalisis dahulu
sesebuah kes penceraian yang berlaku pada mana-mana pasangan untuk memutuskan
samaada penceraian tersebuat jatuh ataupun tidak.
Firman Allah swt di surah At-Talaq ayat 2 yang bermaksud:
"Maka rujuklah mereka dengan cara yang baik atau ceraikanlah mereka dengan cara
yang baik pula".

1
Dua jenis talak; talak raj’i dan talak ba’in.Talak raj’i masih boleh merujuk Kembali tanpa akad nikah dengan syarat
isteri masih dalam tempoh i’dah. Talak bai’in dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu talak ba’in sughra dan
talak ba’in kubra. Talak ba’in sughra ialah talak yang jatuh serta merta pada masa lafaz talak dilafazkan dan
kesemua hak-hak isteri terputus apabila dijatuhkan talak. Jika sekiranya suami ingin kembali bersama isterinya
maka perlulah suami menikahinya dengan mas kahwin yang baru. Dalam Mazhab Syafie, rukun talaq ada lima iaitu:
Pentalaq (suami), Sighah, Qasad, Mahal (isteri), ada kekuasaan (wilayatul alaih) [ Rujukan: I’anat Al-Talibin
2
Seksyen 47 Permohonan Kebenaran Bercerai.
PANDANGAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Apabila berlaku penceraian, setiap pasangan perlu mengambil berat soal hak dan
tanggungjawab serta perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan agar tidak
terjerumus melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum Syarak.
Antara perkara penting yang wajib diketahui ialah berkaitan hukum talak dan rujuk
beserta prosedurnya mengikut ketetapan daripada Mahkamah Syariah.

Dalam perkahwinan yang sah, seorang suami mempunyai hak untuk menceraikan
isterinya sebanyak tiga kali. Penceraian pertama dan kedua masih boleh dirujuk selagi
mana masih dalam tempoh ʿiddah. Sekiranya tempohʿiddah sudah tamat, suami tidak
boleh rujuk isterinya kembali melainkan perlu mengulang semula akad nikah berserta
maharnya sekali seperti perkahwinan pertama kali.

(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 4/180]

Dari segi hukum syarak, sejurus sahaja talak diucapkan maka talak satu akan jatuh
serta-merta tidak kira sama ada lafaz talak diucapkan di mahkamah ataupun luar
mahkamah. Kesannya, tidak boleh bagi bekas suami untuk tinggal bersama isteri yang
telah diceraikan di dalam satu rumah apatah lagi melakukan persetubuhan, sama ada
talak rajʿī [1]atau talak bain[2]. Ini kerana isteri yang sudah ditalakkan adalah wanita
ʿajnabi (asing) kepada bekas suami. Inilah pendapat muktamad seperti yang disebutkan
oleh Imam al- Nawawi Rahimahullah dalam raudhah al-ṭālibīn (8/418).

Kekeliruan timbul apabila ada pihak mengatakan talak hanya jatuh apabila dilafazkan di
depan hakim di mahkamah tidak di luar. Menjawab kekeliruan ini, persoalan di atas
boleh dijawab berdasarkan pembahagian wajib.

Ulama’ membahaskan wajib ada tiga jenis; wajib dari segi Syarak (Diyānah), wajib dari
segi Undang-undang (Qaḍa’) dan wajib dari segi Syarak & Undang-undang.
Pengertiannya:

 Wajib Diyānah ialah kewajipan yang dilaksanakan semata-mata atas suruhan


Allah. Kewajipan yang perlu dilaksanakan walaupun tiada bukti yang boleh
digunakan untuk membuktikan kewajipan tersebut, khususnya apabila didakwa
dan dibicarakan di mahkamah.

Contohnya, suami mentalakkan isteri tanpa saksi. Apabila isteri ingin mengangkat kes
talak ini ke mahkamah bagi menuntut hak-hak berkaitan sedangkan suami tidak mahu
mengaku sudah melafazkan talak sehingga menyebabkan hakim memutuskan
perempuan itu masih isteri yang sah atas faktor tidak mempunyai saksi dan pengakuan,
si suami tetap tidak boleh menafikan fakta yang dia sudah menceraikan isterinya.
Keputusan hakim berdasarkan apa yang terzahir sahaja, sedangkan Allah Maha
Mengetahui segalanya. Mengikut ketetapan Syarak, talak tetap jatuh dan suami wajib
melaksanakan segala suruhan dan larangan berkaitan talak dan rujuk walaupun hakim
memutuskan sebaliknya.

 Wajib Qada’ ialah kewajipan yang perlu dilaksanakan mengikut kepada


ketetapan undang-undang semata-mata. Kewajipan ini boleh dibuktikan dan
dituntut di mahkamah mengikut akta dan enakmen yang diperuntukan.

Contohnya boleh didapati daripada soalan di atas, undang-undang mewajibkan setiap


penceraian mestilah didaftarkan dan disahkan di mahkamah. Sekiranya penceraian
tersebut masih belum mendapat pengesahan mahkamah, kesannya mereka berdua
masih dianggap suami isteri di sisi undang-undang.

Namun perlu diingatkan, status suami isteri tersebut hanya sah di sisi undang-undang
sahaja, tidak di sisi syarak. Hal ini berlaku kerana syarak menetapkan talak tetap jatuh
apabila syarat-syaratnya dipenuhi tidak kira mahkamah sudah mengesahkannya atau
belum.

 Wajib Diyānah dan Qada’ ialah kewajipan yang syarak dan undang-undang
tetapkan dalam masa yang sama. Jadi, apabila suami menceraikan isterinya
melalui prosedur mahkamah syariah dan mahkamah mengesahkannya, maka
penceraian itu sah di sisi syarak dan undang-undang.

(Lihat: al-Mausūah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 18/41]

Pembahagian wajib di atas menunjukkan bahawa penceraian yang berlaku di luar


mahkamah tetap dianggap sah di sisi agama walaupun mahkamah masih belum
mengesahkannya. Walaupun begitu, dinasihatkan kepada semua pasangan untuk
mendaftarkan sebarang penceraian dan rujuk yang berlaku di Mahkamah Syariah.
Dalam masa yang sama, mematuhi hukum-hakam berkaitan talak dan rujuk.
Pengamalan ini lebih baik dan sempurna.

Menurut Akta Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri, lafaz talak perlulah


dilakukan di dalam mahkamah sebagaimana yang dinyatakan di dalam seksyen 47
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 bagi tujuan rekod
dan memudahkan urusan tuntutan jika terdapat sebarang permasalahan. Sekiranya
lafaz talak tersebut dibuat diluar mahkamah, pihak suami atau isteri hendaklah segera
membuat pengesahan di Mahkamah Syariah dalam tempoh 7 hari bagi mengelakkan
didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan
atau kedua-duanya.

Akta ini diwujudkan demi kebaikan kedua-dua belah pihak. Menyembunyikan lafaz talak
yang dilakukan di luar mahkamah boleh menyebabkan ketiadaan rekod di Pejabat
Agama dan menyukarkan pihak-pihak berkaitan untuk mengingat kembali butir kejadian
sekiranya perkara yang sama berulang kembali di masa hadapan. Sekiranya lafaz telah
berlaku secara kerap pula boleh menyebabkan berlakunya talak tiga tanpa disedari dan
menyebabkan suami isteri tidak boleh berkahwin semula.
PERBINCANGAN FATWA KONTEMPORARI BERKAITAN TALAK
DALAM DAN LUAR MAHKAMAH

Segelintir masyarakat Islam Malaysia pada masa kini tidak mahu mengikut undang-
undang bertulis yang telah ditetapkan bagi pasangan suami isteri yang hendak bercerai.
Mereka lebih memilih untuk mengikut hukum yang sudah sedia ada tanpa merujuk
hakim atau ahli yang faqih tentang perceraian. Misalnya, suami yang hendak
berpoligami perlu kebenaran dari pihak tertinggi mahkamah tetapi jika mengikut hukum
yang sedia ada suami itu boleh terus menikah dengan pasangan yang lain untuk
berpoligami. Oleh itu, tindakan pemerintah ataupun kerajaan atas Undang-undang
Keluarga Islam akta atau enakmen yang dibuat mestilh didasarkan atas kepentingan
rakyat (siasah) yang menuju kepada negara rahmah, dan mengikut prinsip maqasid
syariah3.

Selain itu, mengikut akta atau enakmen undang-undang keluarga islam asas kepada
perkahwinan dan penceraian mestilah berdasarkan pendaftaran4. Perbandingan kes
cerai masyarakat Islam dengan masyarat yang bukan Islam ada kesamaan asasnya
ialah undang-undang mahu menggalakkan kepada pihak-pihak berkenaan supaya
memastikan perkahwinan dan penceraian mempunyai bukti pendaftaran dan juga sijil.
Masyarat kini yang rata-rata menunjukkan sikap malas untuk mematuhi undang-undang
membuat pertikaian seperti zaman nabi terdahulu tidak mempunyai sijil atau perlu
mendaftar jika mahu berkahwin atau bercerai yang kini menjadi persoalan. Justeru,
tindakan kerajaan mestilah berdasarkan kepada kepentingan rakyat. Allah swt
berfirman di dalam surah An-Nisa’ ayat 59 5“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah
kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-
orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya
kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman
kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih
elok pula kesudahannya. Untuk mengelakkan kekeliruan maka kerajaan atau parlimen
dan juga badan perundangan di negeri menggubal dalam akta enakmen Undang-
undang Keluarga Islam contoh di negeri Selangor, seksyen 57 yang disebut sebagai
penceraian di luar tanpa kebenaran mahkamah.

Dari petikan surah al-baqarah yang bermaksud “Talak yang boleh dirujuk kembali itu
hanya dua kali. Sesudah itu bolehlah ia rujuk dan memegang terus isterinya dengan
cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil semula sesuatu dari apa yang
telah kamu berikan kepada mereka kecuali jika keduanya takut tidak dapat
menegakkan aturan Allah. Oleh itu, kalua kamu khuatir bhawa kedua-dua tidak dapat
3
Menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan, dan harta
4
Akta 164 Seksyen 27 pendaftaran perkahwinan dan seksyen 47 permohonan kebenaran bercerai
5
Al-quran Surah An-Nisa ayat 59
menegakkan aturan Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran tebus
talak yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah aturan-aturan Allah maka
janganlah kamu melanggarnya dan sesiapa yang melanggar aturan Allah maka mereka
itulah orang-orang yang zalim6. Dalam ayat tersebut diterjemahkan dalam bentuk
undang-undang seksyen 47 akta undang-undang keluarga islam menghendaki suami
dan isteri yang mahu bercerai perlu menfailkan permohonan 7di mahkamah. Pihak
tertinggi mahkamah akan lihat sama ada perlu atau tidak adakah ianya mendesak atau
perkahwinan tersebut boleh diselamatkan. Jika boleh diselamatkan, maka pasangan itu
boleh merujuk kepada jawatankuasa pendamai untuk pihak suami dan isteri tersebut
didamaikan. Contoh situasi penceraian yang berlaku di luar mahkamah pada lafaz
pertama suami menyebut lafaz “aku ceraikan kau dengan talak 1” dan berlaku kali
kedua suami meyebut “aku ceraikan kau dengan talak dua” kemudian suami membuat
penjelasa bahwa talak du aitu bukan talak dua tetapi lafaz talak untuk kali yang kedua.
Jika berlaku kecelaruan atau kekeliruan perlulah berjumpa hakim untuk penjelasan
seterusnya, pihak hakim akan ajar cara lafaz yang betul. Firman Allah swt dalam surah
An-Nahl ayat 43 bermaksud “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang
berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui”.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia berkata, lafaz cerai dan rujuk yang berlaku di
luar mahkamah hendaklah segera didaftarkan di mahkamah Syariah terdekat bagi
tujuan pengesahan sebagaimana dinyatakan di bawah seksyen 578, Akta Undang-
undang keluarga islam. Pasangan tersebut masih dikira sebagai suami isteri yang sah
di bawah undang-undang bertulis Malaysia selagimana lafaz cerai dan rujuk9 tersebut
tidak disahkan oleh mahkamah sebekum didaftarkan di pejabat agama. Sehubungan
dengan itu, perintah undang-undang mewajibkan suami yang telah melafaz10kan talak
di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah dalam tempoh tujuh hari wajib
untuk membuat aduan di mahkamah Syariah dan seorang hakim dengan kepakaran
beliau akan tentukan sabit atupun tidak sabit. Jika hakim telah meletakkan keputusan
maka pihak suami dan isteri perlu terima keputusan tersebut kemudian Pejabat Agama
akan kelaurkan sijil penceraian dan jika berlaku rujuk akan keluar pula surat perakuan
rujuk bagi pasangan tersebut sebagai bukti dalam perkahwinan sesebuah pasangan
itu.Seorang hakim sahaja yang dapat menentukan sesebuah penceraian itu jatuh atau
tidak maka bagi pihak yang ingin bercerai perlu rujuk hakim untuk mengelakkan dari
sebarang kekeliruan.

6
Surah al-baqarah ayat 229
7
Tujuannya ialah untuk menyelamatkan perkahwinan pihak mahkamah akan lihat samaada boleh atau tidak boleh
diselamatkan perkahwinan pasangan yang hendak bercerai.

8
Penceraian yang berlaku di luar mahkamah.
9
Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, ruju' bermaksud perkembalian kepada
nikah yang asal. Fuqaha Mazhab Syafi'e mendefinisikan ruju' ialah mengembalikan isteri yang ditalak (bukan bain)
kepada nikah semasa dalam iddah berdasarkan kaedah tertentu.
10
Jenis lafaz talak pula terbahagi kepada dua jenis iaitu lafaz yang jelas (sarih) atau tidak jelas (kinayah). Lafaz yang
jelas itu disepakati ulama iaitu kesannya menggugurkan talak apabila dilafazkan oleh suami. Lafaz sarih
menggunakan perkataan cerai atau talak itu sendiri atau dengan lafaz membawa maksud cerai.
Seterusnya, penceraian dalam mahkamah;

(1) Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah
menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah dalam borang
yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan mengandungi—
[Pin. Akta A902:s.13]
(a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur dan jantina anak-anak,
jika ada, hasil daripada perkahwinan itu;
(b) butir-butir mengenai fakta yang memberi bidang kuasa kepada Mahkamah di
bawah seksyen 45;
(c) butir-butir mengenai apa-apa prosiding yang hal ehwal suami isteri yang
dahulu di antara pihak-pihak itu, termasuk tempat prosiding itu;
(d) suatu pernyataan tentang sebab hendak bercerai;
(e) suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan, jika ada, apakah langkah
yang telah diambil untuk mencapai perdamaian;
(f) syarat-syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat
kediaman bagi isteri dan anak-anak daripada perkahwinan itu, jika ada,
peruntukan bagi pemeliharaan dan jagaan anak-anak daripada perkahwinan itu,
jika ada, dan pembahagian apa-apa aset yang diperolehi melalui usaha bersama
pihak-pihak itu, jika ada, atau, jika tiada, suatu persetujuan tersebut telah
tercapai, cadangan pemohon mengenai hal-hal itu; dan
(g) butir-butir mengenai perintah yang dipohon.
(2) Selepas menerima sesuatu permohonan untuk perceraian, Mahkamah hendaklah
menyebabkan satu saman diserahkan kepada pihak yang satu lagi itu bersama-sama
dengan satu salinan permohonan itu dan akuan berkanun yang dibuat oleh pemohon,
dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan
Mahkamah untuk membolehkan Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi
itu bersetuju atau tidak terhadap perceraian itu.

(3) Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan Mahkamah
berpuas hati selepas siasatan dan penyiasatan yang wajar bahawa perkahwinan itu
telah pecah belah yang tidak dapat dipulihkan, maka Mahkamah hendaklah
menasihatkan suami supaya melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah.

(4) Mahkamah hendaklah merekodkan fakta satu talaq telah dilafazkan itu, dan
hendaklah menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang
berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

(5) Jika pihak yang satu lagi itu tidak bersetuju terhadap perceraian itu atau jika
Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu
perdamaian antara pihak-pihak itu, Mahkamah hendaklah dengan secepat yang
mungkin melantik suatu jawatankuasa pendamai terdiri daripada seorang Pegawai
Agama sebagai Pengerusi dan dua orang lain, seorang untuk bertindak bagi pihak
suami dan seorang lagi bagi isteri, dan merujukkan kes itu kepada jawatankuasa itu.
(6) Dalam melantik dua orang itu di bawah subseksyen

(5) Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara


karib pihak-pihak itu yang mengetahui akan hal keadaan kes itu.

(7) Mahkamah boleh memberi arahan kepada jawatankuasa pendamai mengenai


penjalanan pendamaian dan ia hendaklah menjalankannya mengikut arahan itu.

(8) Jika jawatankuasa itu tidak dapat bersetuju atau jika Mahkamah tidak berpuas hati
mengenai penjalanan perdamaian itu, Mahkamah boleh memecat jawatankuasa itu dan
melantik jawatankuasa lain bagi menggantikannya.

(9) Jawatankuasa itu hendaklah berusaha mencapai perdamaian dalam tempoh enam
bulan dari tarikh ia dibentuk atau dalam
tempoh yang lebih lama mengikut sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.

(10) Jawatankuasa itu hendaklah meminta pihak-pihak itu hadir dan hendaklah
memberi tiap-tiap seorang daripada mereka peluang untuk didengar dan boleh
mendengar mana-mana orang lain dan membuat apa-apa penyiasatan yang
difikirkannya patut dan boleh, jika ia fikirkan perlu, menangguhkan prosidingnya dari
semasa ke semasa.

(11) Jika jawatankuasa pendamai itu tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat
memujuk pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai suami isteri,
jawatankuasa itu hendaklah mengeluarkan suatu perakuan tentang hal yang demikian
itu dan boleh melampirkan pada perakuan itu apa-apa syor yang difikirkannya patut
berkenaan dengan nafkah dan jagaan anak-anak belum dewasa daripada perkahwinan
itu, jika ada, berkenaan dengan pembahagian harta, dan berkenaan dengan hal-hal lain
berhubungan dengan perkahwinan itu.

(12) Tiada seorang Peguam Syarie boleh hadir atau bertindak bagi mana-mana pihak
dalam apa-apa prosiding di hadapan sesuatu jawatankuasa pendamai dan tiada
sesuatu pihak pun boleh diwakili oleh mana-mana orang, selain seorang ahli
keluarganya, tanpa kebenaran jawatankuasa pendamai itu.

[Pin. Akta A902:s.13]

(13) Jika jawatankuasa itu melaporkan kepada Mahkamah bahawa perdamaian telah
tercapai dan pihak-pihak itu telah hidup semula bersama sebagai suami isteri,
Mahkamah hendaklah menolak permohonan untuk perceraian itu.

(14) Jika jawatankuasa mengemukakan kepada Mahkamah suatu perakuan bahawa ia


tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu supaya
hidup semula bersama sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah menasihatkan
suami yang berkenaan itu melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah, dan jika
Mahkamah tidak dapat mendapatkan suami itu hadir di hadapan Mahkamah untuk
melafazkan satu talaq, atau jika suami itu enggan melafazkan satu talaq, maka
Mahkamah hendaklah merujuk kes itu kepada Hakam untuk tindakan menurut seksyen
48.

(15) Kehendak subseksyen (5) tentang rujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai
tidak terpakai dalam sesuatu kes.

(a) di mana pemohon mengatakan bahawa dia telah ditinggal langsung oleh
pihak yang satu lagi itu dan tidak tahu di mana pihak yang satu lagi itu berada;
(b) di mana pihak yang satu lagi itu bermastautin di luar Semenanjung Malaysia
dan dia tidak mungkin masuk ke dalam bidang kuasa Mahkamah yang
berkenaan itu dalam masa enam bulan selepas tarikh permohonan itu;
(c) di mana pihak yang satu lagi itu sedang dipenjarakan selama suatu tempoh
tiga tahun atau lebih;
(d) di mana pemohon mengatakan bahawa pihak yang satu lagi itu sedang
mengidap penyakit mental yang tidak boleh sembuh; atau
(e) di mana Mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang luar biasa
yang menyebabkan rujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai tidak boleh
dilaksanakan.
(16) Suatu talaq raj’i yang dilafazkan oleh suami melainkan dibatalkan terlebih dahulu,
sama ada secara nyata atau tafsiran, atau dengan perintah daripada Mahkamah, tidak
boleh berkuat kuasa untuk membubarkan perkahwinan itu sehingga tamatnya tempoh
‘iddah.
[Gan. Akta A902:s.13]

(17) Jika isteri hamil pada masa talaq itu dilafazkan atau pada masa perintah itu dibuat,
talaq atau perintah itu tidak boleh berkuat kuasa untuk membubarkan perkahwinan itu
sehingga berakhir kehamilan itu.
[Pin. Akta A902:s.13]

KESIMPULAN
Kesimpulannya, hak talak yang diberikan oleh Allah kepada suami seharusnya
digunakan dalam keadaan perkahwinan yang tidak dapat dipertahankan lagi dan
janganlah penceraian tersebut memudaratkan isteri dan ia hendaklah dilakukan secara
yang ma'ruf. Adalah amat malang bagi orang Islam bilamana perkara halal yang paling
dibenci Allah iaitu penceraian, berlaku pula dengan cara yang tidak baik. Dalam Ayat 1,
Surah al-Talaq, Allah S.W.T berfirman; “Wahai Nabi, apabila kamu mahu menceraikan
isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan
eddahnya dan hitunglah masa eddah itu dengan betul serta bertaqwalah kepada Allah,
Tuhan kamu dan janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediama
mereka dan janganlah pula dibenarkan mereka keluar dari situ kecuali jika mereka
melakukan perbuatan keji yang nyata dan itulah aturan-aturan hukum Allah dan
janganlah kamu melanggarnya dan sesiapa yang melanggar aturanaturan hukum Allah
maka sesuangguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya 10 sendiri. Patuhilah
hukum-hukum itu kerana engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan
sesudah itu perkara lain.” Umat Islam digesa supaya tidak terburu-buru menceraikan
isteri sekalipun ia tersangat benci kepada isterinya. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-
Nisa’ ayat 20; Ertinya: “Dan bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara
yang baik. Kemudian jika kamu merasa benci kepada mereka dengan sebab
tingkahlakunya, janganlah terburu-buru menceraikannya kerana boleh jadi kamu
bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu
kebaikan yang banyak.” Atas semangat dan roh Hukum Syara’ ini maka pihak berkuasa
menggubal undang-undang untuk mengatur dan mentadbir perkara berkaitan
penceraian orang-orang Islam dengan menetapkan talak mesti dilafazkan di hadapan
Mahkamah dan dengan kebenaran Mahkamah supaya ia berlaku dengan cara baik dan
tidak mendatangkan penganiayaan atau kezaliman kepada kedua-dua pihak lebih-lebih
lagi isteri dan anak-anak. Ini amat selari sekali dengan kehendak Hukum Syarak.

RUJUKAN
1) https://www.jakess.gov.my/pdffile/KoleksiPenghakimanMRS/Rohana%20lwn
%20Syed%20Mohd%20Abduh.pdf
2) https://sites.google.com/view/peguamsyariefaiznur/rujukan/pengesahan-ruju
3) Undang-undang Malaysia (versi dalam talian teks cetakan semula yang kemas
kini) AKTA 164
4) Akta 303 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1984 BAHAGIAN V - Pembubaran Perkahwinan
5) https://www.hmetro.com.my/addin/2019/11/521377/perlu-rujuk-mahkamah
6) https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4230-al-kafi-1630-adakah-
dibenarkan-bersetubuh-jika-penceraian-masih-belum-disahkan-di-mahkamah

You might also like