You are on page 1of 8

BAB 1 INSTITUSI KELUARGA

Dasar dan pengertian keluarga Perspektif Islam suatu struktur yang bersifat khusus, di mana setiap individu di dalam struktur tersebut mempunyai pertalian di antara satu sama lain sama ada melalui darah atau perkahwinan. Bahasa Arab usrah yang membawa maksud baju besi @ usrah seseorang satu kelompok manusia yang dekat atau hampir hubungan dengannya. Pembentukan keluarga Bermula dari perkahwinan yang sah menurut syarak ( selepas seorang lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai hubungan mahram diikat dengan ikatan (aqah) perkahwinan. Zawjun/ al-zawju = suami Zawjatun/ al-zawjatu ( genap / berpasangan)= isteri Abun/ al-abu (memberi makan dan mendidik) = bapa Perkahwinan Jenis-jenis perkahwinan: Kahwin kontrak - lelaki meminang seorang wanita melalui orang tua atau waliya. Jika lamaran diterima, ia perlu segera membayar mahar dan perkahwinan segera dilangsungkan. Nikah al-Istibda (kohabitasi) Nikah mutah Nikah Tabadul al-Zawjat Kahwin beli Nikah al-Daizan Nikah al-Maqt Kohabitasi percubaan Pergundikan Nikah al-Mukhadanah
1

Pelacuran Pengertian nikah Suatu akad yang menghalalkan pergaulan dan persetubuhan dengan lafaz inkah (menikahkan) atau tazwij ( mengkahwinkan) di antara lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai hubungan mahram sama ada dengan sebab nasab (keturunan), penyusuan dan persemendaan. Hukum nikah Fardu (wajib) perkahwinan menjadi fardu ke atas seseorang apabila diyakini bahawa jika tidak berkahwin orang tersebut akan terjatuh ke lembah perzinaan. Haram boleh mendatangkan mudarat kepada wanita apabila dia berkahwin dengan sebab tidak mampu melaksanakan zahir dan batin Sunat - keadaan seseorang itu sedehana di antara dua keadaan di atas (wajib & haram) Makruh bagi seseorang yang tidak mempunyai kemampuan untuk memberi nafkah kepada isteri sama ada nafkah zahir atau batin. Harus bagi lelaki yang tidak terdesak oleh alasan-alasan yang mewajibkan untuk segera berkahwin dan tiada pula alasan yang mengharamkan. Rukun nikah - terdiri drp 5 rukun yg mana tdk sah nikah tersebut Calon suami o Seorang lelaki tertentu o Beragama Islam o Tdk mempunyai hubungan mahram dgn calon isteri o Tdk mempunyai isteri yg ada hubungan mahram dgn calon isteri

Calon isteri o Seorang wanita tertentu o Pada waktu akad tersebut dilakukan calon isteri hendaklah telah habis idah.() o Bukan orang yang haram dihimpunkan o Seorang muslimah. Wali orang yang diberi kuasa untuk mengkahwinkan perempuan. o Orang yang berhak menjadi wali: Bapa Datuk Saudara lelaki yang seibu bapa Saudara lelaki yang sebapa Anak lelaki dari saudara lelaki yang seibu bapa Anak lelaki saudara lelaki yang sebapa Bapa saudara dari pihak bapa Anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa Hakim o Syarat-syarat wali Sempurna keahlian Persamaan agama Lelaki adil

Imam Al-Syafie 7 syarat perkahwinan 1. Tidak ada permusuhan yang nyata di antara wali dengan anak gadisnya 2. Calon suami tersebut adalah seorang yang setaraf dengan gadis tersebut. 3. Mahar atau mas kahwin hendaklah sebanding dengan mahar gadis-gadis lain ketika itu (mahar mithli). 4. Tidak dikahwinkan dengan orang yang tidak mampu membayar mahar. 5. Jika mahar dalam bentuk wang, hendaklah dengan mata wang yang yang digunakan dalam negeri tersebut. 6. Tidak dikahwinkan dengan orang yang tidak kemampuan memberi perlindungan kepada gadis tersebut seperti orang buta, orang yang tersangat tua dan seumpamanya. 7. Gadis tersebut bukan orang yang sudah mencukupi syarat-syarat wajib mengerjakan haji, kerana kemungkinan suaminya akan menghalang gadis tersebut menunaikan haji setelah berkahwin. Dua orang saksi o Merdeka o Lelaki o Adil dalam pengertian agama o Islam o Mukallaf (baligh & berakal) o Tidak cacat pendengaran atau penglihatan o Bukannya orang yang ditentukan untuk menjadi wali
Wali mujbir - bapa atau datuk yang berhak mengahwinkan anak gadisnya.

Wali

Wali nasab - orang yang berhak melakukan akad perkahwinan dari calon isteri berdasarkan hubungan darah Wali hakim - seorang yang kerana kedudukannya berhak melakukan akad perkahwinan kerana ketiadaan wali nasab

Wali akrab - paling dekat hubungan darahnya dengan wanita tersebut

Wali pilihan Wali ab'ad - sudah jauh pertalian darahnya dengan wanita tersebut.

Ijab dan Qabul o Ijab Ucapan daripada pihak wanita iaitu wali kepada calon isteri yang menyatakan bahawa ia bersetuju mengahwinkan atau menikahkan anaknya atau perempuan yang diwalikan dengan lafaz nikah atau tazwij o Qabul Lafaz persetujuan dan penerimaan dari pihak calon suami Hubungan mahram Anggota keluarga yang haram dikahwini. Sebab : 1. Keturunan 2. Susuan 3. Perkahwinan Pembubaran perkahwinan 1. Talak melepaskan ikatan perkahwinan denga lafaz talaq atau seumpamanya. 2. Fasakh membatalkan ikatan perkahwinan melalui kuata qadi atau hakim syarie kerana sesuatu sebab samaada pada isteri atau suami. Hukum talak: 1. Talak sunnah menceraikan isteri dengan talak satu pada waktu si isteri suci daripada haid atau nifas, yang mana dalam masa suci tersebut isteri tidak disetubuhi 2. Talak bidaah menceraikan isteri pada waktu haid atau nifas, atau pada waktu suci daripada haid atau nifas tetapi telah disetubuhi dalam tempoh suci tersebut. Jenis-jenis talak 1. Talak bain a. Bain sughra (bain yang ringan) menghilangkan hak suami ke atas
3

isteri untuk merujuk kembali melainkan dengan akad perkahwinan yang baru syaratsyarat yang tertentu dan dengan persetujuan bekas isterinya. i. Bain Sughra suami hilang hak untuk merujuk semula isterinya melainkan dengan jalan akad perkahwinan dan mas kahwin yang baru dengan persetujuan bekas isteri. ii. Bain Kubra (Bain yg berat) talak tiga sama ada dilakukan secara berasingan atau dengan lafaz tiga atau isyarat. Jenis-jenis fasakh 1. Wajib jika perselisihan antara suami isteri telah sampai kemuncaknya dan sudah tiada jalan damai lagi dan pihak hakim syarie berpendapat mereka perlu bercerai 2. Sunat apabila suami sudah tidak mampu lagi untuk menanggung nafkah secukupnya atau jika telah pasti isteri tidak menjaga kehormatan dirinya lagi. 3. Haram- iaitu menjatuhkan talaq di waktu isteri dalam haid atau ketika isteri sedang suci yang telah disetubuhi di waktu suci itu. 4. Makruh jika menceraikan isteri yang baik dan tidak terdapat apa-apa kesalahan. 5. Harus asal bagi hukum ini. Perbezaan Fasakh dan Talak: 1. Dari segi makna : Fasakh ialah pembatalan perkahwinan daripada asas menghilangkan sifa halal yang menjadi kesan ke atasya secara serta merta. Talak ialah menamatkan akad pernikahan,

2.

3.

4.

5.

sedang sifat halal masih kekal kecuali talal bain (talak tiga). Dari segi sebab : Fasakh boleh berlaku sama ada dengan sebab hal-hal yang mendatang ke atas akad yang menfikan perkahwinan atau berlaku disebabkan perkara yang berhubung dengan akad itu sendiri yang menyebabkan ia tidak lazim dari segi hukum. Dari segi kesannya : Fasakh tidak mengurangi bilangan talak yang menjadi hak lelaki, sedangkan talak mengurangi bilangan tersebut. Fasakh tidak terbahagi kepada sunni dan bidi. Manakala talak terbahagi kepada sunni dan bidi Talak adalah hak khusus bagi suami, Fasakh pula kedua-dua (suami & isteri) berhak membuat tuntutan di hadapan kadi apabila mereka merasa tertipu dalam perkahwinan tersebut kerana wujudnya keaiban atau kecacatan pada pasangannya.

3. Talak tersebut adalah talak raji. 4. Rujuk berlaku dalam tempoh idah. 5. Sighah atau lafaz rujuk. Lafaz rujuk mestilah memberi makna segera tidak sah dengan taliq atau tertakluk denga syarat tertentu. Keredaan atau persetujuan isteri. Perkara yang tidak menjadi syarat sah rujuk. Memberi tahu isteri tentang rujuk. Sah rujuk walaupun suami tidak memberitahu isteri tentang rujuk tersebut kerana isteri selama dalam idah raji adalah hak sepenuhnya bagi suami. Persaksian di atas rujuk. Khulu ( tebus talak) Khulu pada bahasa bermaksud cabut atau buang. Dari segi istilah ialah perceraian antara suami isteri dengan bayaran atau tebusan dengan menggunakan lafaz talak atau lafaz khulu seperti suami berkata kepada isteri aku ceraikan kamu dengan syarat sekian.... atau aku khulu kamu dengan sekian dan isteri menerima khulu tersebut. Rukun khulu Menurut jumhur ulama khulu dikira sah apabila memenuhi lima iaitu: 1. Ijab mesti keluar daripada suami atau walinya jika suami masih kanak-kanak atau suami seorang yang bodoh atau tidak matang. 2. Kedua-dua suami isteri masih ada hubungan perkahwinan yang sah dari segi hukumnya pada waktu berlaku khulu 3. Tukaran atau gantian itu mestilah sesuatu yang berharga dan sesuai untuk dijadikan mahar sama ada dalam benuk harta atau manfaat yang boleh dinilai dengan harta. 4. Sighah, atau lafaz khulu yang tertentu yang datang daripda suami sama ada sarih ( jelas )

Rujuk Rujuk dari segi bahasa bererti kembali. Dari istilah syarak rujuk boleh didefinikan sebagai mengembalikan isteri yang telah talak rajl ke dalam ikatan perkahwinan sebelum berakhir tempoh idah dan dengan syarat-syarat tertentu. Rukun Rujuk Suami yang merujuk Isteri yang dirujuk Ucapan yang menyatakan rujuk (sighat) Saksi

Syarat-syara Sah Rujuk 1. Perujuk (suami) hendaklah baligh, berakal, tidak mertad dan bukan dipaksa. 2. Perempuan yang dirujuk adalah isteri yang telah disetubuhi melalui perkahwinan yang sah.
4

atau kinayah (kiasan). Tidak sah khulu; dengan semata-mata memberi tukaran harta. 5. Penerimaan di pihak isteri, kerana khulu daripada pihaknya adalah pertukaran ( gantian atau tebusan).

Terdapat dua perkara yang menjadi sebab kepada lian iaitu: o Seorang lelaki yang menuduh isterinya dengan tuduhan yang membawa had zina. o Menafikan anak kandungan, walaupun daripada persetubuhan sybhah ataupun nikah yang fasid. Rukun Lian

Ila Ila dari segi bahasa bererti sumpah Dari segi istilah ialah sumpah seorang suami untuk tidak melakukan hubungan jenis dengan isterinya secara mutlak atau dalam tempoh yang melebihi empat bulan. Membatalkan ila Membayar kafarah sumpah Sekiranya tidak membayar kafarah lebih empat bulan hakim atau kadi boleh memberi kata dua kepada suami iaitu : o Menarik balik sumpahnya dan dia dikehendaki membayar kafarah sumpah sebelum bercampur semula dengan isterinya. o Mentala isterinya dengan talak satu, atau jika ia enggan hakim boleh menetapkan jatuh satu talak bagi tujuan membebaskan isteri daripada penderitaan dan kesusahan yang menimpanya. Rukun dan syarat ila Ila dikira sah apabila memenuhi empat rukun iaitu: o Orang yang bersumpah ( al-haif). o Sandaran sumpah ( al-mahluf bihi). o Perkara sumpahan ( almahluf alaih). o Tempoh masa. Lian
5

1. 2. 3. 4.

Suami Isteri Sebab lian Lafaz liaan

Syarat Lian ada tiga: 1. Hendaklah lian itu berlaku antara suami isteri. 2. Ia perlu didahului dengan tuduhan zina terhadap isteri. 3. Hendaklah isteri secara berterusan menafikan tuduhan tersebut sehingga selesai sumpah lian. Kesan Lian Akibat daripada lian seorang suami ke atas isterinya, maka timbul beberapa hukum iaitu: Suami tidak dikenakan had qazaf zina walaupun tidak mampu membawa empat saksi. Si isteri wajib dikenakan had zina. Suami isteri bercerai selama-lamanya, di mana mereka tidak boleh merujuk atau berkahwin semula dengan isterinya. Jika ada anak, anak tersebut tidak dapat diakui oleh suami. Zihar Perkataan zihar adalah berakar kata kepada perkataan zahru yang bermaksud belakang, diambil dari kata-kata seorang yang melakukan zihar terhadap isterinya dengan ungkapan engkau bagai sama seperti belakang ibuku. Dari

segi hukum, zihar dalam islam adalah perbuatan yang haram. Lafaz zihar Ada dua bentuk: o Lafaz sarih : lafaz yang tidak boleh ditakwilkan dengan maksud lain selain dari zihar seperti suami berkata belakang kamu sama seperti belakang ibuku, kakakku @ adikku. o Lafaz kinayah : ialah lafaz yang ada kemungkinan mengandungi makna lain dan ia memerlukan niat untuk menziarkan isterinya seperti dia berkata kamu seperti ibu saya.

Rukun zihar 1. 2. 3. 4. Orang yang melakukan zihar Orang yang diziharkan Lafaz atau ungkapan zihar Orang yang disamakan atau dibandingkan

Idah Dari segi bahasa bererti bilangan atau hitungan. Dari segi istilah iadah ialah satu tempoh menunggu bagi perempuan yang diceraikan bertujuan mengetahui kebersihan rahimnya daripada benih suami yang tela berpisah dengannya. Untuk memastikan rahim wanita yang diceraikan itu benar-benar bersih dari benih bekas suaminya agar tidak mungkin akan menimbulkan kesulitan untuk menentukan status zuriat keturunan. Memberi masa kepada kedua-dua pasangan suami isteri untuk berfikir san mengkaji kesilapan-kesilapan diri masing-masing yang membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina. Bagi isteri yang kematian suami, idah menjadi satu tempoh berkabung dan lambang kesucian cinta seorang isteri terhadap
6

suaminya di samping ia menjadi tempoh untuk menenteramkan jiwa selepas kehilangan suami tersayang. Idah seorang wanita terbahagi kepada beberapa bahagian : 1. Idah wanita yang kematian suaminya. a. Wanita hamil sehingga melahirkan anak sama ada tempoh melahirkan itu lama atau singkat. b. Wanita itu tidak hamil tempoh idahnya ialah empat bulan sepuluh hari. 2. Idah kerana perceraian kerana talak atau fasakh selepas dijimak ialah : a. Sedang hamil maka idah ialah sehingga ia melahirkan anak. b. Jika tidak hamil dan berhaid maka idahnya ialah tiga kali suci haid. c. Jika tidak hamil dan tidak berhaid maka idahnya adalah tiga bulan bermula dari tarikh perceraiannya. Tujaun islam menggalakkan perkahwinan dan menyusun undang-undang mengenai perkahwinan dan kekeluargaan adalah supaya perasaan dan naluri manusia dapat dipenuhi di samping pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dapat dihindari. Di antara matlamat islam mensyariatkan perkahwinan ialah : 1. Penurusan keturunan manusia. 2. Kestabilan hubungan kerohanian, kebaikan dan kasih sayang. 3. Jaminan sosial dan ekonomi 4. Keazaman untuk berusaha. 5. Menundukkan syahwat 6. Meramaikan zuriat 7. Menenangkan jiwa 8. Menjalin hubungan kerjasama 9. Menyelamatkan masyarakat dari perbuatan tidak bermoral 10. Menyelamatkan masyarakat dari penyakit.

Keibubapaan
Tanggungjawab suami isteri Suami isteri mempunyai hak dan kewajipan yang mesti dilaksanakan. Hak ialah sesuatu yang dapat dikuasai atau dipunya, baik berupa benda, kuasa atau sebagainya. Manakala kewajipan pula ialah sesuatu yang perlu diberi atau dilaksanakan, baik berupa benda ataupun perbuatan. Hak untuk isteri merupakan suatu yang menjadi kewajipan ke atas suami untuk diberikan atau dilaksanakan. Hak bagi suami menjadi kewajipan ke atas isteri untuk melaksanakan. Di antara kewajipan suami isteri secara bersama ialah : o Suami isteri hendaklah sentiasa menjaga adab dan kesopanan dalam pergaulan sama ada perkataan ataupun perbuatan. o Saling hormat-menghormati antara satu sama lain di atas dasar cinta dan kasih sayang kerana Allah. o Sentiasa berusaha mengukuhkan kasih sayang san menghargai pasangan baik dari segi pandangan, minat mahupun perasaannya. o Berlaku adil dalam perkataan mahupun perbuatan. o Berusaha mewujudkan hubungan komunikasi yang baik. o Berlapang dada o Bersederhana dalam segala perkara yang diharamkan. Tanggungjawab suami yang menjadi hak bagi isteri ialah: 1. Memberikan mahar 2. Memberikan nafkah : pemberian nafkah oleh suami kepada isteri tersebut bergantung kepada dua syarat iaitu: a. Isteri tidak menolak keinginan suami pada dirinya selama mana keinginan tersebut tidak bercanggah dengan syariat. b. Isteri itu mengikut suami atau tinggal bersama suami selama
7

mana tempat tinggal tersebut sesuai dan layak untuk didiami. c. Pergaulan dan layanan yang baik. Tanggungjawab isteri 1. Mentaati suami a. Apa yang diharapkan oleh suami dari isteri itu mestilah berada dalam kategori perbuatab yang diharuskan syariat. b. Mestilah sesuatu yang berkaitan dengan hak suami. 2. Menjaga harta suami 3. Khidmat isteri kepada suami 4. Tidak membenarkan orang masuk ke rumah tanpa izin suami. 5. Berhias untuk suami Tanggungjawab ibubapa 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Azan dan iqamah di telinga bayi. Melakukan tahnik Mencukur rambut Melakukan aqiqah Memberi nama yang baik. Menumpahkan kasih sayang. Menyediakan kemudahan makan dan minum yang halal 8. Memberikan pendidikan agama 9. Tanggungjawab pendidikan sosial Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa 1. Mentaati ibubapa 2. Berlemah lembut dengan kedua mereka 3. Menghormati dan memberikan layanan yang baik. 4. Mengorbankan harta benda untuk ibu bapa. 5. Berdoa dan memohon ampun untuk kedua-dua mereka. 6. Menyelesaikan hutang dan nazar serta menunaikan janji. 7. Berpuasa dan menunaikan haji untuk mereka serta menqadakan sembahyang. 8. Menziarahi kubur. 9. Bersedekah bagi pihak kedua mereka.

Kesimpulan Keluarga merupakan batu asa yang utama dalam pembinaan masyarakat dan tamadun ummah. Kesempurnaan peraturan yang mengatur sistem kekeluargaa akan menghasilkan sebuah masyarakat yang sempurna dan tamadun yang ternama. Islam telah menjadikan rumah tangga sebagai asas kehidupan berkeluarga yang baik. Perlaksanaan hak dan bertanggungjawab dianggap sebagai kebajikan dan pahala. Manakala pengabaiannya dianggap sebagai mungkar dan dosa.

You might also like