You are on page 1of 62

FAKULTI UNDANG-UNDANG

UNIVERSITI MALAYA

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Pertunangan
Abd Muhsin Ahmad
Fakulti Undang-Undang , Universiti Malaya
. FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA

➢ Kandungan
✓ Pengertian
✓ Bentuk Pinangan
✓ Wanita Yang Boleh Dipinang
✓ Putus Tunang
▪ al-Maaidah 1
▪ al-Baqarah 235
▪ Al Saf 3
▪ Hadis
▪ Pendapat Jurist
✓ Akta
✓ Kes
Undang-Undang Keluarga Islam -
Pertunangan
Adat Melayu Dalam Pertunangan

Berbisik-bisik
Proses berkenalan antara pihak lelaki dan
perempuan

Merisik
Pihak lelaki menghantar wakil untuk berbincang

Bertunang
Pertukaran barang hantaran dan adat sarung cincin
Daun selasih daun semulih,
Pohon pinang jambatan mandi,
Mari kita bertambat kasih,
Kasih kupinang mengikat janji.
…..
Sirih junjung bertemu urat,
Menjadi hiasan untuk pinangan,
Pertalian kasih biar di erat
Mengikat janji ikatan perkahwinan.
Pertunangan
Haron Din menggambarkan pertunangan
sebagai permulaan kepada pernikahan
yang merujuk kepada proses melamar
seorang wanita oleh pihak lelaki.

Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassol Fi


Ahkam al-Mar‘ah Wa al-Baiti al-Muslim Fi
al-Syariah al-Islamiah, j.6 h.41 menyatakan
bahawa pertunangan atau ‘khitbah’ adalah
“permulaan seorang lelaki atau wakil dari
ahli keluarganya atau orang lain bagi
pihaknya menyampaikan hajat kepada ahli
keluarga pihak perempuan akan hasrat si
lelaki untuk mengahwini seorang
Dr. Abdul Karim Zaidan
perempuan. Kadang-kadang permulaan ini
boleh terjadi apabila dimulakan oleh
seorang perempuan yang memilih
seseorang lelaki untuk meminangnya dan
mengawininya.”
Salbiah Othman lwn Hj. Ahmad Abdul Ghani 22 JH (I) 114 (2006)

“Pertunangan bererti menzahirkan keinginan oleh seorang lelaki


kepada seorang perempuan yang tertentu atau memberitahu
kepadanya atau kepada walinya sama ada melalui dirinya sendiri
atau melalui wakilnya.
Pertunangan mengikut hukum syarak ialah suatu perjanjian sama
ada secara bertulis atau perjanjian mulut untuk berkahwin. Pada
ketika itu haram bagi orang lain untuk mengikat pertunangan
dengan perempuan itu.”
Pesan orang Alim,
Sembunyikan perkara yang belum pasti.
Hebahkan perkara yang sudah terjadi.

Sembunyikan pertunangan,
Hebahkan perkahwinan.

Sembunyikan kehamilan,
Hebahkan kelahiran.

Kerana itu adalah yang lebih baik.

Elak segala hasad & dengki.


Syarat FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA

. i) Syarat Pertama: Perempuan ii) Syarat Kedua: Perempuan


hendak dipinang bukan yang hendak dipinang bukan
menjadi isteri kepada lelaki tunangan lelaki lain.
lain.
Larangan lelaki meminang
Perempuan yang masih perempuan menjadi tunangan
bergelar isteri, haram lelaki lain dinyatakan melalui
dipinang oleh mana-mana sabda Rasulullah bermaksud:
lelaki lain kerana dia menjadi “Seorang Mukmin adalah
hak mutlak suaminya. saudara bagi Mukmin yang lain.
Seorang isteri hanya putus Oleh itu tidak halal dia membeli
hubungan dengan suami pembelian saudaranya, dan
selepas dia diceraikan atau tidak halal pula dia meminang
bercerai mati dan tamat pinangan saudaranya itu.” (Hadis
edahnya. riwayat Muslim).

Undang-Undang Keluarga Islam -


Pertunangan
.

FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA

iii) Syarat Ketiga: Perempuan yang hendak dipinang tidak dalam idah.

Idah ialah masa selepas diceraikan sehingga genap tempohnya


yang membolehkan perempuan berkahwin semula. Masa edah
ialah tiga kali haid atau 100 hari bagi wanita yang diceraikan atau
kematian suaminya. Oleh itu, dalam masa idah perempuan tidak
dibenarkan untuk berkahwin.

iv) Syarat Keempat: Perempuan yang hendak dipinang mestilah sah


nikah dengannya atau bukan muhrimnya.

Ikatan pertunangan bermakna persetujuan perempuan dan lelaki


berkahwin pada suatu masa ditetapkan. Namun, ikatan
pertunangan bukanlah sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan
perempuan bergaul bebas. Lelaki dan perempuan yang bertunang
masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti mana
hubungan bukan muhrim.
Undang-Undang Keluarga Islam -
Pertunangan
BUKAN ISTERI KEPADA
0RANG LAIN

Perempuan yang masih bergelar


isteri haram dipinang oleh mana-
mana lelaki lain kerana wanita
tersebut masih lagi menjadi hak
mutlak suaminya. Seseorang
wanita yang dah berkahwin akan
terputus hubungan dengan
suaminya melalui penceraian,
samada bercerai hidup ataupun
bercerai mati. Wanita tersebut
perlu menjalani tempoh iddah yang
telah ditetapkan di dalam Islam.
As-Saff Ayat
3:
Amat besar kebenciannya di sisi Allah
kamu memperkatakan sesuatu yang
amu tidak melakukannya."
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA

✓ Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah


Persekutuan) 1984, selepas ini akan dirujuk
sebagai Akta Wilayah
- Akta Wilayah - S. 15

✓ Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1983,


selepas ini akan dirujuk sebagai Enakmen
Kelantan.
- Enakmen Kelantan - S. 8

Undang-Undang Keluarga Islam -


Pertunangan
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA

"Jika seorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut


Hukum Syara', sama ada secara lisan atau secara bertulis dan
sama ada secara bersendirian atau melalui seorang
perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan
pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah
manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya,
maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan
pemberian-pemberian pertunangan, jika ada atau nilainya dan
membayar apa-apa wang telah dibelanjakan dengan suci hati
oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat
persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang sedemikian boleh
dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah".

Seksyen 15, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah


Persekutuan) 1984.

Undang-Undang Keluarga Islam -


Pertunangan
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA

➢ Perjanjian Yang Sah


✓ lisan
✓ bertulis

➢ Kesan Mungkir Janji

✓ Nas

✓ Pendapat Ahli Fiqh Islam


▪ Hanafi – Pulangkan jika masih ada
▪ Maliki – Lihat siapa yang putuskan
▪ Shafie – Kedua-dua pihak pulangkan
Undang-Undang Keluarga Islam -
Pertunangan
Pendapat ketiga:
Pendapat pertama: Pendapat kedua:
Mazhab Syafii berpendapat pihak
Mazhab Hanafi berpendapat Mazhab Maliki berpendapat ia yang memberi hadiah berhak
pihak harus menarik balik melihat kepada pihak mana yang menuntut balik hadiah-hadiah yang
pemberian hadiah hantaran memutuskan pertunangan tersebut. diberikan. Jika sekiranya pihak yang
pertunangan. Mazhab ini Jika sekitarnya pihak yang memberi satu lagi telah menggunakannya atau
berpendapat hadiah di sini hadiah memutuskan pertunangan, rosak, ia berhak mendapat gantirugi.
mengambil hukum hibah, setiap maka ia tidak berhak mendapat Ini kerana pertukaran hadiah itu
perkara yang menghalang hibah balik hadiah yang diberikan kerana merupakan persiapan kepada majlis
daripada dipulangkan perkara pemutusan itu berlaku di pihaknya. perkahwinan sahaja. Berdasarkan
yang sama juga menghalang hak Sekiranya si pemberi hadiah kepada mazhab ini, jika kedua-dua
pemulangan semula hadiah bukannya memutuskan pihak telah bertukar hadiah semasa
hantaran pertunangan (Ibn pertunangan, maka ia berhak bertunang dan kemudian
‘Abidin 1994). Manakala mendapat balik hadiah yang telah pertunangan mereka terputus, maka
sekiranya pemberian hantaran diberikannya kepada pihak yang kedua-dua pihak hendaklah
telah rosak atau digunakan atau satu lagi itu. Sekiranya pemberian memulangkan semula hadiah masing-
tidak lagi wujud, maka tidak itu telah rosak atau digunakan, ia masing. Jika telah rosak atau
perlu lagi dipulangkan hadiah berhak mendapat gantirugi. digunakan, hendaklah diganti.
pertunangan tersebut.
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA

Perbezaan pendapat ulama bagi Tuntutan ganti rugi Pertunangan

Pendapat pertama:
Sheikh ‘Umar Sulayman (1417), Syeikh Muhammad al-Sartawi, dan Syeikh Muhammad Bakhit al-Muti‘i.
-Tiada tuntutan gantirugi pembatalan pertunangan sama ada daripada sudut kebendaan mahupun gantirugi
am.

Pendapat Kedua :
‘Abd al-Razzaq al-Sanhuri, Dr Wahbah al-Zuhayli, ‘Abd al-Rahman al-Sabuni dan Usamah ‘Umar Sulayman.
-Membenarkan tuntutan gantirugi disebabkan pembatalan pertunangan sama ada gantirugi kebendaan dan
gantirugi am. Ini adalah berdasarkan dalil pembatalan pertunangan tanpa sebab yang sah akan mengakibatkan
mudarat dan kerugian kerana dalam pertunangan kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk mengikat tali
perkahwinan

Pendapat ketiga:
Muhammad Abu Zahrah dan Mustafa al-Siba‘i.
-Membenarkan tuntutan gantirugi disebabkan pembatalan pertunangan terhadap gantirugi kebendaan. Ini
adalah berdasarkan dalil ganti rugi am atau moral tidak boleh dinilai serta mengambil jalan tengah (iaitu antara
kebenaran menuntut gantirugi kebendaaan beserta gantirugi am, dan tidak membenarkan langsung tuntutan
gantirugi) dengan membenarkan tuntutan gantirugi kebendaan sahaja.
Undang-Undang Keluarga Islam -
Pertunangan
KES-KES PERTUNANGAN
1. Kes-kes berkaitan Bidangkuasa
• Mong Binte Haji Abdullah (F) lwn Daing Mokkah Bin Daing Palamai [1935]
• Nafsiah lwn Abdul Majid [1969]
• Norlida Abdul Rahman lwn Hasmawi [2006]

2. Isu berkaitan kesahan janji pertunangan


• Mohamad Syawal Jayakumar bin Abdullah v Norzita bt Mat Isa [2010]
• Maria Tunku Sabri v Datuk Wan Johani bin Wan Hussin [2012]

3. Kes-kes di mana pampasan ganti rugi yang tidak dibenarkan


• Husin lwn Moh [1980]

4. Kes-kes di mana pampasan ganti rugi yang dibenarkan


• Aishah bt Mahmud lwn Jamaluddin b. Sulaiman [1983]
• Nor Khadijah Jaafar lwn Haji Abdul Latif Mat Ali [1998]
• Saadiah Hanid & Sabira Ramli lwn Muzammir Salleh & Muzammir,Salleh Awang [2006]
• Mohamad Azla bin Haji Kamaruddin v Mokhtar bin Hashim & Anor [2007]

5. Kes-kes yang diselesaikan secara baik di luar mahkamah


• Muhamad Salleh Muhammad Yusof lawan Nur Diana Ahmad Zubir [2009]
• Mohamad Fahizul Khairi lwn Nor Daliya Mohd. Daud. [2010]
Mong Binte Haji Abdullah (F) lwn Daing Mokkah Bin Daing Palamai [1935] 1 MLJ 147
• The first question, however, that arises is whether Mohammedan • Df menyatakan
Law applies at all and if so to what extent. So far as concerns statute bahawa
law the question is left untouched as Ordinance No. 26 mahkamah tidak
(Mohammedans) is only concerned with Mohammedan women after
marriage.
mempunyai bidang
• Apart from statute law it must be remembered that by virtue of the kuasa dalam
various Charters the English Common Law regulates the right of all tuntutan ganti rugi
persons in the Straits Settlements whatever their religions "so far as • Df turut
circumstances will admit." There is no provision in the Straits menyatakan
Settlements Charters, as there is in some of the Indian Charters, that bahawa kenyataan
Mohammedan Law shall be administered for Mohammedans and tersebut tiada
Hindu Law for Hindus. Nor is the position the same as it is in the kausa tindakan
Federated Malay States where by virtue of the religion of the parties
Mohammedan Law would be applicable.
(cause of action) &
• One starts with the basis that the plaintiff has all the rights which she Pf tidak
would have under English principles of law and one of such rights is mengalami
undoubtedly a right to claim for damages for breach of promise of kerosakan
marriage aggravated by seduction. Therefore, if the principles of • Mengikut
English law were not applied, injustice and oppression might result; Mohammedan
and thus the principles of English law are to be applied in such a Law, tindakan
case. sedemikian tidak
dapat dilayan
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA

Nafsiah v Abdul Majid (1969) 2 MLJ 174


Pada 19 Ogos 1963, Abdul Majid telah membuat perjanjian untuk
berkahwin dengan Nafsiah dan perjanjian ini juga merupakan
perjanjian bertulis. Abd Majid yang sudah mempunyai isteri dan hal ini
memang sudah diketahui oleh Nafsiah. Nafsiah mendakwa bahawa
Abdul Majid telah mungkir janji dan menggodanya. Hasil daripada itu,
mereka mempunyai seorang anak lelaki yang lahir pada 29 July 1964.
Abdul Majid pula mendakwa bahawa perjanjian tersebut
ditandatanganinya bawah paksaan. Dalam kes ini Nafsiah menuntut
ganti rugi kerana keengganan Abd Majid berkahwin dengannya. Kes ini
telah dibawa ke Mahkamah Tinggi dan timbul persoalan samada
bolehkah Mahkamah Tinggi membicarakan kes ini kerana pihak-pihak
yang terlibat adalah orang Islam dan kes mereka sudah diatur oleh
Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam.

Undang-Undang Keluarga Islam -


Pertunangan
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA

Dalam hal ini Hakim Sharma J. memutuskan bahawa Mahkamah


Tinggi boleh membicarakan kes atas pemecahan kontrak.

Kesahihan Perjanjian
Walaupun Defendan mendakwa bahawa perjanjian ditandatangani
secara terpaksa, peguam Defendan tidak membentangkan hujah yang
bergantung kepada dakwaan paksaan maka Sharma J memutuskan
bahawa Defendan menulis, menandatangani dan membuat perjanjian
untuk berkahwin dengan Plaintif secara rela. Sharma J juga
membezakan Undang-undang Syariah dengan Undang-undang Sivil
dimana perjanjian tidak void ab initio sekiranya Plaintif sedar bahawa
Defendan telah berkahwin kerana Islam membenarkan seorang lelaki
untuk berpoligami. Perjanjian adalah sah dan Defendan telah mungkir
janjinya. Gantirugi mungkir janji untuk berkahwin diberi sebanyak
RM1,200.
Undang-Undang Keluarga Islam -
Pertunangan
Norlida Abdul Rahman lwn Hasmawi
(2006) MLJ 361
FAKTA KES

• Pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan gagal


menghadirkan diri pada majlis perkahwinan di
rumah mereka di Felda Ulu Dengar, Kahang
Timur, di sini Sabtu lalu Norlida mengambil
tindakan undang-undang terhadapnya.
• Berita Harian telah melaporkan Norlida terpaksa
melupakan majlis pernikahan dan persandingan
pada saat akhir apabila Hasmawi memutuskan
pertunangan mereka menerusi pesanan
menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
Norlida Abdul Rahman lwn Hasmawi
(2006) MLJ 361
KE KES

• Norlida telah membawa tuntutan ke Mahkamah


Sivil (Mahkamah Tinggi Johor).
• Mahkamah memutuskan bahawa kes putus
tunang dikalangan wanita Islam Malaysia tidak
perlu dibawa ke mahkamah sivil sebaliknya perlu
dibawa ke Mahkamah Syariah kerana ianya
berada di luar bidangkuasa Mahkamah Sivil.
• Jumlah ganti rugi yang dituntut adalah RM
25,470.
Mohamad Syawal Jayakumar bin Abdullah v Norzita bt Mat Isa
[2010] 1 SHLR 112

• Plaintif memfailkan tuntutan ini ialah apabila • Berkenalan sekitar tahun


defendan enggan untuk berkahwin dengan plaintif 2004
setelah plaintif berkorban wang yang begitu banyak • Hubungan semakin rapat
sehingga hidup bersama
demi memenuhi kehendak defendan seperti telefon
seolah-olah pasangan suami
bimbit, kereta, set katil dan lain-lain, membantu isteri
anak-anak defendan bertukar sekolah di samping • Pihak plaintif telah memeluk
mengeluarkan belanja dan juga mengeluarkan wang agama Islam dengan dibantu
untuk proses penceraian defendan dengan suaminya oleh defendan.
yang terdahulu. • Wang hantaran sebanyak
• Pihak plaintif mengemukakan tuntutan ganti rugi RM3,000 tetapi plaintif tidak
pertunangan sebanyak RM5,000 mempunyai wang pada masa
itu dan bersetuju
• Dalam kes ini mahkamah melihat kepada tuntutan
memberikan wang dengan
berkaitan ganti rugi pertunangan sahaja berdasarkan memasukkan RM300 setiap
s15 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 ('EKIP’) bulan ke dalam akaun
• Persoalan adalah sama ada plaintif berhak untuk defendan bermula bulan
menuntut ganti rugi pertunangan daripada defendan. Ogos 2004 sehingga
November 2006.
• Mahkamah merujuk s 15 EKIP dan mendapati bahawa tidak ada langsung
satu majlis ikatan pertunangan yang diadakan oleh pihak-pihak ataupun
pernyataan kepada pihak perempuan atau wakil pihak lelaki dan
perempuan duduk sekali berbincang serta mengikat tali pertunangan.
• Pihak defendan dalam kes ini mencadangkan kepada plaintif sekiranya ingin
berkahwin dengan defendan, plaintif haruslah terlebih dahulu perlu
memeluk agama Islam. Hal ini adalah lebih berbentuk kepada cadangan dan
luahan hasrat pihak-pihak setelah pihak-pihak didapati telah tinggal
bersama seperti suami isteri cumanya ingin mengikut landasan hukum
Syarak dan undang-undang. Mahkamah ingin menegaskan bahawa dalam
tuntutan ini tidak ada satu keadaanpun di mana pihak plaintif dan defendan
atau wakil-wakil pihak-pihak duduk bersama dan membincangankan
berkaitan dengan pertunangan berdasarkan hukum Syarak.
• Mahkamah juga merujuk Enakmen yang sama bahawa hantaran ataupun
pemberian yang diberikan oleh pihak lelaki ataupun pihak perempuan
hendaklah dipulangkan atau dibayar sekiranya salah seorang daripada
pihak-pihak engkar atau enggan meneruskan niat untuk berkahwin.
• Isu RM300 sebulan yang diberikan kepada defendan pada tiap-tiap bulan
tidak boleh dianggap sebagai hantaran malahan apa yang mahkamah
perhatikan ianya lebih merujuk kepada nafkah atau sumbangan plaintif
kepada defendan ketika mereka hidup bersama dan ini dikuatkan lagi
dengan salinan sijil nikah palsu yang di beli di Butterworth dengan harga
RM600 menunjukkan pihak-pihak sudahpun hidup sebagai suami isteri dan
bukannya dalam pertunangan.
• Malahan tiada apa-apa belanja atau hantaran yang diberikan oleh plaintif
kepada defendan ataupun tidak ada apa-apa yang diterima oleh defendan,
sama ada barang atau hantaran dalam satu satu-satu majlis kecuali RM300
yang dimasukkan ke dalam akaun defendan yang dirujuk oleh plaintif
sebagai wang hantaran.
• Tuntutan ditolak
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA
MAHKAMAH TINGGI, KUALA LUMPUR [2012] 7 MLJ 419

Maria Tunku Sabri v


Datuk Wan Johani Bin Wan Hussin

Fakta:

Plaintif membawa kes ke mahkamah untuk menuntut RM5.5 juta yang


dipersetujui oleh Defendan dalam 'Settlement Agreement' yang melibatkan
kedua dua pihak. Namun begitu, 'Settlement Agreement' ini adalah untuk
perjanjian untuk berkahwin yang dipersoal kesahihannya kerana pada masa
perjanjian debut Plaintif adalah wanita bersuami.
Keputusan:
Mahkamah memutuskan bahawa 'Settlement Agreement' tersebut tidak sah
kerana seorang wanita bersuami tidak boleh berjanji untuk berkahwin.
Disebabkan 'Settlement Agreement' tersebut adalah berdasarkan perjanjian
yang tidak sah, maka 'Settlement Agreement' tersebut turut tidak sah maka
tuntutan Plaintif ditolak
Alasan Keputusan Mahkamah

• Di dalam kes ini, s 11AK • Perjanjian pertama diniatkan untuk • Tidak ada
dan0 s14(1)Akta
1 Undang- 02
menentang undang-undang dan 0PP3 perceraian di antara
Undang Keluarga Islam tersebut adalah untuk menguatkuasakan plaintif dan
Wilayah Persekutuan perjanjian pertama, yang adalah untuk suaminya yang sah
1984 beraplikasi. Plaintif melaksanakan kontrak yang secara jelas dan tidak pernah
tidak layak memasuki dilarang oleh undang-undang. ada kejadian
perjanjian (perjanjian Mahkamah tidak akan melaksanakan bahawa defendan
pertama) untuk kontrak yang sedemikian. enggan berkahwin
berkahwin semasa • Ketidaktentuan adalah salah satu faktor dengan plaintif
perkahwinannya dengan penentuan dalam memutuskan sama ada kemudiannya.
suaminya yang sah. atau tidak sesuatu janji/perjanjian • Tidak ada wanita
• Seksyen 14(1) Akta 1984 adalah sah/batal. Oleh sebab perjanjian Islam yang boleh
secara jelas menghalang tersebut adalah berdasarkan kepada katakan secara
atau melarang wanita kontigensi, ia menjadikan janji tersebut selamat bahawa dia
yang telah berkahwin, tidak tentu. Di dalam kes ini, boleh mendapatkan
semasa kesahan kemungkiran perjanjian untuk perceraian daripada
perkahwinannya, berkahwin, yang menyebabkan PP suaminya. Dia
berkahwin dengan lelaki dimasuki oleh pihak-pihak adalah batal bukan satu-satunya
lain, (yang pihak-pihak dan tidak sah, kerana tidak ada pembuat
mengkontrak untuk ketentuan bahawa terdapat perceraian di keputusan.
buat). antara plaintif dan suaminya.
Husin lwn Moh [1980] 1 JH 44
• Mahkamah Kadi jajahan Pasir Mas Kelantan • Perayu/Df (Husin) bertunang
dengan anak
telah bersetuju untuk mengarahkan pihak Responden/penuntut(Moh)
lelaki (Husin) membayar sebanyak RM350.40 • Di dalam kes ini, Husin telah
sebagai ganti rugi perbelanjaaan meminang anak perempuan
perkahwinan yang telah dibatalkan. Moh. Pertunangan telah
dijalankan dan kedua-dua pihak
• Walau bagaimanapun jemaah pengadilan telah bersetuju untuk
rayuan telah membatalkan keputusan mengadakan perkahwinan
tersebut atas alasan mungkir janji dengan mas kahwin sebanyak
disebabkan oleh pihak perempuan RM500.00.
• Pihak penuntut telah
(Responden). membelanjakan wang berjumlah
• Mahkamah menyatakan bahawa mas kahwin RM350.40 untuk persiapan
yang bernilai RM500 turut boleh diterima perkahwinan itu.
dan tidak semestinya dalam bentuk tunai. • Pada hari pernikahan, Husin
telah meminta supaya mas
kahwin itu dibayar secara
RM300.00 tunai dan RM200.00
untuk barang-barang tetapi
permohonan itu telah ditolak.
Hal ini telah menyebabkan
pembatalan perkahwinan dan
plaintif telah menuntut ganti
rugi.
MAHKAMAH KADI BESAR, KEDAH (1983) 3 LNS 14, (1983) SYA 214

Aishah Mahmud lwn Jamaluddin Sulaiman


(1983) 3 JH 104
Fakta:
Plaintif dan Defendan telah bersetuju bahawa akad nikah akan berlangsung
pada September 1977 dan Defendan bersetuju untuk memberi maskahwin
sebanyak RM25.00, perbelanjaan sebanyak RM800.00 dan sebentuk cincin
yang telah pun diberi kepada Plaintif. Plaintif telah pun belanja sebanyak
RM400.00 untuk perkakas rumah. Defendan mendakwa bahawa dia tidak
kenal Plaintiff sedangkan lima orang yang memenuhi syarat saksi di sisi
syarak menjadi saksi bahawa Defendan telah bersetuju untuk berkahwin
dengan Plaintif dan telah memungkiri janji tersebut.

Keputusan:
Berpegang pada S119 Enakmen Pentadbiran
Undang-undang Islam Kedah 1962, Kadi Besar
memerintahkan Defendan membayar gantirugi
sebanyak RM1249 merangkumi hantaran,
gantirugi perbelanjaan, pakaian pengantin dan
cincin yang diberikan kepada Plaintif menjadi
haknya. Defendan juga perlu membayar rugi
bicara kes
. FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA

Muhamad Salleh Muhammad Yusof lawan Nur Diana


Ahmad Zubir - Utusan Malaysia 16 Jun 2009
Di dalam kes ini, Muhammad Salleh yang merupakan seorang
pereka grafik telah membuat tuntutan terhadap Nur Diana
Ahmad Zubir, seorang kakitangan sumber manusia di sebuah
syarikat swasta selepas dua minggu pertunangan mereka
diputuskan. Jumlah tuntutan yang telah dibuat adalah
sebanyak RM 70,000. Nur Diyana telah tidak
bersetuju dengan tuntutan tersebut dan membuat bantahan
dimahkamah.
Bagaimanapun hasil perbincangan menerusi peguam kes
tersebut dapat diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Undang-Undang Keluarga Islam -


Pertunangan
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH, HULU SLANGOR

Muhammad Ezrin Bin Mohd Nazan

21 hari sebelum pernikahan, pada


31 Disember 2016, Defendan
memutuskan pertunangan dengan
Plaintif tanpa alasan tetapi
kemudian diketahui bahawa
Defendan mempunyai hubungan
sulit dengan bosnya. Plaintif
membawa kes ke mahkamah untuk
menuntut ganti rugi di mana
Mahkamah meluluskan
tuntutannya dan memerintah
Defendan membayar ganti rugi
sebanyak RM32,000
Pihak lelaki, Muhammad Ezrin,
30 tahun telah mengalami
kerugian sebanya RM30 000.00
untuk membuat persiapan
perkahwinan yang telah
memakan masa hampir 6 bulan.

Mahkamah Syariah Rendah


Kuala Kubu Bahru telah
memutuskan pihak
defendan untuk membayar
jumlah ganti rugi yang
ditetapkan kepada plaintif
kerana defendan gagal
mengemukakan alasan atau
sebab enggan berkahwin.
Muhammad Ezrin bin Mohd Nazan (2017)
Fakta
⚬ Bakal pengantin
memutuskan
pertunanan secara rasmi
pada 31 Disember 2016, 21
hari sebeum tarikh
pernikahan
⚬ Tiada sebab munasabah
yang diberikan
⚬ Tunang tersebut
mempunyai hubungan
dengan orang lain (Boss)
⚬ Kes berlangsung selama
3 tahun

• Pada 2019, Ezrin memenangi


kes.
• Ganti rugi yang patut dibayar
pihak perempuan ada RM
32,000.
• Kos tersebut merangkumi
daripada majlis tunang,
dewan kahwin, baju
pengantin, kad jemputan,
cenderamata kepada tetamu
dan majlis kenduri
Nor Khadijah Jaafar lwn Haji Abdul Latif Mat Ali (1998)

• Segala urusan berhubung majlis • Pf- businesswoman;


perkahwinan itu termasuk kebenaran • Df- Ahli Dewan
bernikah dan majlis kendurinya telah Undangan Negeri for
Titi Serong
disiapkan maka pada hari tersebut iaitu,
• Tuntutan ganti rugi
10 Oktober 1997 Abdul Latif tidak muncul
• RM16,000 (ganti
• Abdul Latif malah berkahwin dengan rugi persiapan
anak saudara arwah isterinya seminggu perkahwinan
kemudian. sebanyak
• Sekysen 13 Undang-undang Keluarga RM15,000 &
Islam Perak (Pindaan) menyatakan RM1000 kos
bahawa “it is an offence for a person to guaman)
revoke an engagement promise made • Memulangkan
sebentuk cincin
either in writing or verbally”.
berlian kepada
• Mahkamah membenarkan tuntuan ganti
bekas tunangnya
rugi. iaitu Pf
Saadiah Hanid & Sabira Ramli lwn Muzammir Salleh &
Muzammir,Salleh Awang (2006)
• Tuntutan ganti rugi berjumlah RM1160 yang terdiri
• Pf pertama- ibu kepada Pf
daripada
kedua(pihak wanita)
• Set bilik tidur berharga RM450 • Df pertama- pihak lelaki, Df
• Kain cadar RM200 kedua- ayah kepada Df pertama
• Pakaian pengantin RM250 • Sabira yang berusia 32tahun
• Bekas bunga telur RM60 telah bertunang dengan
• Kain langsir RM200 Muzammir yang berumur 31
• Tuntutan ganti rugi oleh mendiang ayah Pf kedua- tahun. Sembilan hari sebelum
Ramli Nopiah tarikh perkawinan, Muzammir
dan ayahnya telah
• Kos membeli & menempah daging dan lain-lain
mengemukakan keinginan
bahan RM3900 membatalkan majlis itu.
• Pinggan mangkuk & khemah RM350 • Pf kedua mendakwa akibat
• Kos pakaian RM250 pembatakan majlis perkahwinan
• Kos sewa lori RM100 telah mendatangkan aib bagi
• Kos pencetakan kad jumputan perkahwinan RM40 keluarganya kerana semua
• Mahkamah membenarkan jumlah tuntutan saman Pf persiapan perkahwinan sudah
yang berjumlah RM5800 yang dikira kos yang siap dan tetamu juga sudah
dijemput.
munasabah oleh mahkamah.
Mohamad Azla bin Haji Kamaruddin v Mokhtar bin Hashim & Anor [2007] 3 SHLR 128
• Penentang kedua telah memutuskan pertunangan atas • Pemohon- bekas tunang;
alasan pihak pemohon telah membuat tuduhan • Penentang pertama- ayah
bahawa dia tidak suci dan ibarat kelapa ditebuk tupai. kepada penentang kedua
(wali mujbir), penentang
• Pemohon menuntut gantirugi dalam pertunangan.
kedua- Siti Masrina
Beliau mendakwa bahawa penentang pertama ada • Mereka berdua, telah
berjanji semasa bertunang akan membayar balik mengikat tali pertunangan
semua pemberian bertunang dua kali ganda jika pihak pada 14 April 1996 di rumah
perempuan mungkir janji, yakni menarik diri dari terus penentang pertama, di
berkahwin. mana majlis pertunangan
• Persoalaan di mahkamah adalah dibuat mengikut adat
• 1. sama ada pemohon yang memutuskan melayu yang tidak
bercanggah dengan hukum
pertunangan itu atau penentang pertama atau
syarak. Dalam masa majlis
penentang kedua yang memutuskan atau kedua-dua bertunang, pemohon telah
sekali bersetuju pertunangan itu diputuskan menyerahkan kepada
• 2. sama ada tuntutan pemohon, antara lain, ganti penentang hantaran, jumlah
rugi am kerana malu disebabkan putusnya keseluruhan sebanyak
pertunangan boleh dibenarkan RM10,050.
Keputusan mahkamah

• Penentang pertama dan penentang kedua


Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
hendaklah membayar balik kepada Selangor No 4 1984 ('EUUKIS')
pemohon sebanyak RM22,500 iaitu secara
dua kali ganda pemberian pertunangan
setelah dikecualikan perkara No 2, 3 dan 9 Seksyen 15 memperuntukan iaitu jika
perengan 12B(i) Penyata Tuntutan iaitu seseorang itu mengikat satu kontrak
bayaran kenduri, tempat khemah dan cincin pertunangan mengikut hukum syarak sama ada
tanda. secara lisan atau bertulis dan sama ada
• Mahkamah berpendapat perasaan terhina sendirian atau melalui orang perantaraan dan
dan tertekan adalah satu perasaan yang di kemudian enggan berkahwin dengan pihak
dalam hati seseorang yang boleh yang satu lagi kepada kontrak itu tanpa apa–
diibaratkan sebagai rahsia bagi seorang itu, apa sebab manakala pihak yang satu lagi
maka sebagai hakim, tidak boleh bersetuju berkahwin denganya dan pihak yang
memutuskan atau menjatuhkan hukuman di mungkir adalah bertangunjawab memulangkan
atas rahsia itu atau bagi yang tersembunyi pemberian–pemberian pertunangan jika ada
dan selanjutnya ianya tidak terdapat di atau nilainya, dan membayar apa-apa wang
dalam peruntukan undang-undang. Dengan yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh
yang demikian, mahkamah menolak atau antara pihak-pihak yang satu lagi untuk
permohonan ganti rugi am kerana malu membuat persediaan bagi perkahwinan itu dan
disebabkan putusnya pertunangan sebanyak yang demikian boleh dituntut melalui tindakan
RM50,000 dalam mahkamah.
• Pihak penentang gagal menunjukkan bukti-bukti yang kukuh yang menunjukkan
bahawa putus tunang itu adalah disebabkan oleh pemohon dan dalam keadaan
paksaan dan rasa terhina dengan sikap keluarga pemohon yang membuat tuduhan tak
sepatutnya terhadap penentang kedua iaitu tuduhan ibarat kelapa ditebuk tupai.
• Tuduhan yang begitu berat adalah tidak sepatutnya sama sekali pihak penentang
pertama dan penentang kedua berdiam diri tidak mengambil apa-apa tindakan kata
orang membuat tuduhan itu, sekurang-kurangnya mencabar yang membuat tuduhan
itu siapakah yang dikatakan 'ibarat tupai' itu, dan di mana berlaku, dan bagi yang
membuat tuduhan itu gagal memberi buktinya yang cukup, sepatutnya satu tindakan
undang-undang diambil ke atasnya kerana tuduhan yang dibuat adalah sangat besar
dan tuduhan mengikut hukum syarak adalah dosa dan jika terbukti boleh disebat
sebanyak 80 kali sebatan

• Penentang pertama, juga bersetuju dan merestui anaknya penentang kedua,


memutuskan pertunangan dan tidak ditunjukkan kepada mahkamah unsur-unsur ugut
sehingga menakutkan kepada penentang kedua untuk membuat keputusan yang baik
yang boleh mengelakkan daripada putus tunang.
• Mahkamah juga menekankan bahawa penentang pertama tidak memujuk penentang
kedua supaya jangan putus tunang atau memaksa anaknya terus berkahwin, pada hal
beliau berhak hendak berbuat demikian kerana beliau sebagai wali mujbir bagi
mengelakkan daripada menaggung malu dan kerugian daripada putus tunang ini.
Plaintiff dan defendan kedua, Siti
Masrina binti Mokhtar bertunang
pada 14 April 1996 di mana majlis
pertunangan dibuat mengikut adat
Melayu.
Plaintiff telah menyerahkan kepada
defendan kedua hantaran berjumlah
RM10,050 dan menetapkan tarikh
nikah iaitu 18 Mei 196 dan bersanding
pada 19 Jun 1996..
Defendan kedua memutuskan
pertungan kerana keluarga plaintiff
telah menuduh bahawa dia tidak suci
dan ibarat kelapa ditebuk tupai serta
terdapat khabar angin bahawa plaintif
akan mencerikannya apabila plaintif ke
luar negara untuk meneruskan
pelajarannya.
Plaintif menuntut ganti rugi dalam
pertunangan dan mendakwa bapa
tunangnya, defendan pertama, telah
berjanji semasa bertunang akan
membayar balik semua pemberian
pertunangan dua kali ganda jika pihak
perempuan menarik diri daripada
berkahwin.

Plaintiff berjaya memberi bukti-bukti


yang menunjukkan bahawa defendan
kedua yang memutuskan pertunangan itu
manakala defendan pertama bersetuju
dengan keputusan itu dan sanggup
membayar balik dua kali ganda daripada
pemberian semasa pertunangan itu.
Penentang kedua telah memutuskan
pertunangan itu dengan perkataan 'tak
nak' sebanyak 3 kali dalam majlis
perbincangan yang telah diadakan di
rumah plaintiff. Rakaman yang
dikemukakan oleh plaintif pada majlis itu
juga menunjukkan penentang pertama
berkata 'sanggup bayar balik sebanyak 2
kali ganda'.

Mahkamah meluluskan permohonan


dan memeriintahkan bayaran dua kali
ganda pemberian pertunangan.
Kes-kes yang diselesaikan secara baik di luar
mahkamah
Muhamad Salleh Muhammad Yusof lawan Nur Diana Ahmad Zubir
(2009)

• Pf telah membuat tuntutan


terhadap Df selepas dua
minggu pertunangan mereka
diputuskan.
• Jumlah tuntutan yang telah
dibuat adalah sebanyak RM
70,000. Nur Diyana telah
tidak bersetuju dengan
• Pf- seorang pereka grafik tuntutan tersebut dan
• Df- seorang kakitangan sumber membuat bantahan
manusia di sebuah syarikat dimahkamah.
swasta • Bagaimanapun hasil
perbincangan menerusi
peguam kes tersebut dapat
diselesaikan secara baik di
luar mahkamah
Mohamad Fahizul Khairi lwn Nor Daliya Mohd. Daud. (2010)
• Kedua-dua pihak bertunang pada 6 Disember • Pf- Pengarah Urusan
2007 sebaik tempoh edah perkahwinan sebuah syarikat swasta
terdahulu Nor Daliya berakhir. Ikatan (54thn); Df- Pegawai
pertunangan yang baru berusia empat bulan sebuah bank(34thn)
telah diputuskan oleh Nor Daliya dan • Tuntutan ganti rugi
seterusnya Fahizul menfailkan tuntutan ganti • RM 871,186.67 ganti
rugi pada 21 April 2008. rugi kewangan (kos
• Salah satu terma dalam perjanjian ialah pengubahsuaian
Fahizul akan menerima wang ganti rugi rumah, pembelian
sebanyak RM600,000 daripada bekas perabot, kos ejen
tunangnya. Df akan membayar ganti rugi hartanah, bayaran
dengan menggunakan wang hasil daripada pendahuluan
menjual sebuah rumah di Bandar Utama, pembelian kereta
Petaling Jaya. Honda Civic)
• Maka, kedua-dua pihak mencapai persetujuan • RM100, 000 ganti rugi
di luar mahkamah dengan mengikuti terma kewibaan
pertama dimana Fahizul bersetuju menerima • Berlandaskan seksyen 13,
RM600,000 sebagai penyelesaian keseluruhan Enakmen Undang-
terhadap tuntutan ganti rugi. undang Keluarga Islam
(Negeri Sembilan) 2003
Dato' Abdullah Hishan Bin
Hj Mohd Hashim V Sharma
Kumari Shukla
• Plaintif, seorang lelaki islam
telah menuntut di Mahkamah
terhadap Defendan, seorang
perempuan bukan Islam, atas
pelanggaran perjanjian untuk


berkahwin.
Di mana dalam kes ini, plaintiff
Fakta
telah memberi duit kepada
defendan dengan harapan Kes
defendan bercerai dengan
suaminya, memasuki Islam dan
berkahwin dengannya, namun
defendan gagal melakukannya.
Namun, defendan berhujah
bahawa perkara itu menyalahi
undang-undang kontrak dan
bercanggah dengan polisi
umum.
❖ Mahkamah memutuskan bahawa
plaintif tidak ada menghasut dan
memujuk defendan untuk bercerai
maka permohonan defendan pada
Enakmen adalah gagal.
Diputuskan ❖ Mahkamah juga memutuskan
bahawa 'bertentangan dengan
polisi umum' gagal kerana
defendan telah bersetuju untuk
memeluk Islam dan menyebabkan
kontrak untuk berkahwin itu tidak
menyalahi undang-undang.
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA

Undang-Undang Keluarga Islam -


Pertunangan
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA

Undang-Undang Keluarga Islam -


Pertunangan
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA

Sekian
Wassalam
Abd Muhsin Ahmad
Fakulti Undang-Undang
Universiti Malaya

Undang-Undang Keluarga Islam -


Pertunangan

You might also like