You are on page 1of 8

UNDANG-UNDANG KELUARGA DI MALAYSIA (BUKAN ISLAM)

BSC 3343
C
KES SUBASHINI A/P RAJASINGAM V SARAVANAN A/L THANGATHIRAY AND
OTHER APPEALS [2008] 2 M.L.J. 147

SYAHIRAH BINTI JOHAR (B2110043)


FAKULTI UNDANG-UNDANG GOVERNAN DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
IJAZAH SARJANA MUDA PERUNDANGAN SYARIAH DENGAN KEPUJIAN

DISEDIAKAN UNTUK : PUAN RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABDUL RAHMAN


FAKTA KES
• Seorang wanita hindu, Subashini Rajasingham telah berkahwin dengan seorang lelaki hindu bernama
Saravanan Thangathoray pada tahun 2001. Hasil perkahwinan mereka mendapat dua orang anak iaitu
Dharvin Joshua berumur 3 tahun dan Sharvind berumur 1 tahun.
• Saravanan kemudiannya telah memeluk Islam dengan nama Islam nya Muhammad Shafi.
Memandangkan isterinya kekal dalam agama hindu, Muhammad Shafi tidak mempunyai pilihan lain
selain daripada pergi ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan perintah
pembatalan perkahwinannya dengan isterinya yang masih beragama hindu.
• Menurut undang-undang Islam, perkahwinan Muhammad Shafi adalah dikira terbatal secara automatik
apabila dia memeluk agama Islam tatkala isterinya kekal dalam agama hindu.
• Dalam undang-undang sedia ada, Muhammad Shafi perlu mendapatkan perintah Mahkamah terlebih
dahulu bagi membatalkan perkahwinannya mengikut seksyen 46(1) Akta Undang-Undang Keluarga
Islam Wilayah Persekutuan) 1984.
FAKTA KES
• Berdasarkan seksyen 51 pula, Muhammad Shafie dihalang oleh undang-undang sivil sendiri untuk
memfailkan petisyen penceraian di Mahkamah Sivil.
• Meskipun telah mendapatkan perintah pembubaran perkahwinannya di Mahkamah Syariah, namun ia
tidak berkesan membubarkan perkahwinannya di dalam sivil.
• Tetapi Subashini telah memfailkan petisyen penceraian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi
pembubaran perkahwinannya.
• Setelah mendengar permohonan injunksi tersebut, meskipun pada awalnya membenarkan, tetapi
dibatalkan atas beberapa alasan.
• Subashini memfailkan rayuannya di Mahkamah Rayuan & hakim menolak rayuannya.
• Setelah banyak konflik berlaku , Subashini perlu menulis surat kepada Mahkamah Rayuan Syariah untuk
meminta semakan kembali keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan permohonan
Muhammad Shafie
ISU
•Berkaitan Isu Bidang Kuasa Mahkamah Sivil &
Syariah apabila tuntutan hak antara beliau Subashini
dan suami Saravanan aka Muhammad Shafie di
Mahkamah Persekutuan telah menjadi sau kes yang
hangat [Kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan
Thangathoray & lain (2007)]
KEPUTUSAN MAHKAMAH
• Pada 2007, Mahkamah Persekutuan memberikan hak kepada Muhammad Shafi Saravanan
Abdullah untuk mengislamkan kedua-dua anaknya tanpa pengetahuan atau mendapat
persetujuan isterinya, R. Subashini yang masih beragama Hindu. Kes ini dirujuk sebagai
Subashini Rajasingam lawan Saravanan Thangathoray.Mahkamah Persekutuan memutuskan
bahawa bapa kanak-kanak itu mempunyai kuasa mengislamkan anaknya berdasarkan perkara
12 Perlembagaan Persekutuan.
• Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh
Abdul Aziz menyatakan, Hukum syarak menetapkan mereka yang berhak menjaga dan
memelihara anak mesti seorang Islam kerana jika yang menjaga itu bukan Islam, dikhuatiri
akan memberi fitnah kepada agama kanak-kanak di bawah jagaannya.
PRINSIP YANG MAHKAMAH
GUNAKAN
• Dalam kes Subashini a/p Rajasingam v Saravanan a/l Thangathiray and Other Appeals telah diputuskan
bahawa :

“ … Proviso seksyen 51(1) AMU dengan jelas mencerminkan keperluan ‘imperative’ atau penting yang
harus dipatuhi sebelum satu petisyen untuk penceraian dapat dilakukan. Mengikut terma-termanya, proviso
tersebut memperuntukkan satu kaveat terhadap si isteri untuk tidak memfailkan petisyen penceraian
sehingga luputnya tiga bulan daripada tarikh si suami memeluk agama Islam. Ia adalah kewajipan
Mahkamah untuk memberikan kesan kepada perkataan-perkataan yang digunakan oleh badan perundangan.
Dengan itu, kecuali proviso tersebut dipatuhi, Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kerana untuk
melayan petisyen si isteri …”
“ … Status pihak-pihak pada masa perkahwinan adalah pertimbangan penting untuk tujuan memutuskan soal
bidangkuasa. Si suami tidak boleh melindungi dirinya disebalik klausa kebebasan beragama di bawah Perkara III
Perlembagaan Persekutuan untuk mengelakkan kewajipan dahulunya di bawah AMU atas alasan bahawa Mahkamah
Sivil tidak mempunyai bidangkuasa ke atasnya. Sesuatu perkahwinan bukan Islam tidak secara otomatik terbubar
apabila salah seorang memeluk agama Islam. Dengan itu, apabila suatu perkahwinan sivil dilaksanakan si suami dan si
isteri diikat dengan peruntukan-peruntukan AMU berhubungan dengan perkara-perkara penceraian dan hak jagaan anak
hasil dari perkahwinan dan dengan itu Mahkamah Sivil terus mempunyai bidangkuasa terhadapnya walaupun dia telah
memeluk agama Islam.”

Tambah Mahkamah lagi:

“ … Dengan bidangkuasa yang berlainan, Mahkamah-Mahkamah masing-masing tidak boleh campurtangan dalam
bidangkuasa masing-masing. Dengan itu, Mahkamah Sivil tidak boleh bertindak untuk menginjunksikan satu perintah
yang telah diperolehi secara sah dari Mahkamah Syariah yang merupakan Mahkamah yang berbidangkuasa yang
kompeten. Injunksi yang diperolehi oleh si isteri, walaupun dialamatkan kepada kepada si suami, sebenarnya
mempunyai satu kesan penggantungan prosiding terhadap permohonan si suami ke Mahkamah Tinggi Syariah dan ini
merupakan satu campurtangan oleh Mahkamah Tinggi akan hak si suami yang menggunakan haknya sebagai seorang
Islam untuk memperolehi remedinya di Mahkamah Syariah. Ini dengan jelas mempamerkan bahawa undang-undang
tidak membenarkan campurtangan sebegini.”
RUJUKAN
Datin Nor Aini Abdullah. Undang-Undang Keluarga Malaysia. Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Kuala Lumpur. MDC Publisher
Sdn Bhd.

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Penceraian) 1976 (Akta 164) &
Kaedah-Kaedah. International Law Book Services.

Norliah Ibrahim, NOraini Md Hashim, Najibah Mohd Zin, Azizah Mohd, Nora Abdul Hak, Normi Abdul Malek, Roslina Che Soh & Mohd
Hisham Mohd Kamal (2018). Family Law Non-Muslims In Malaysia. IIUM Press.

Malaysia Kini Berita (2008). “ Kes Subashini Dan Suaminya Dalam Bidang Kuasa Mahkamah Sivil”
Kes Subashini dan suaminya dalam bidangkuasa mahkamah sivil (malaysiakini.com)

Malaysia Kini Berita (2008). “ Mahkamah Persekutuan Umum Keputusan Kes Subashini Esok”.
Mahkamah Persekutuan umum keputusan kes Subashini esok (malaysiakini.com)

Bebas News (2019). “ Subashini Dan Saravanan Kini Bahagia Sebagai Pasangan Islam”.
Subashini, Saravanan kini bahagia sebagai pasangan Islam - BebasNews

Berita Berita (2007). “Kes Subashini : Satu Ketidakadilan Kepada Orang Islam, Kenapa Didiamkan ?”
Subashini, Saravanan kini bahagia sebagai pasangan Islam - BebasNews

You might also like