You are on page 1of 1

Lina Joy v Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia [2007] 4

MLJ 585 –
Seorang wanita Islam telah mengaku keluar daripada Islam dan telah
membuat rayuan untuk mengeluarkan perkataan ‘Islam’ daripada kad
pengenalannya. Beliau mengemukakan permohonan berkanun untuk
menyokong permohonan beliau. Kerani kaunter, walau bagaimanapun telah
menolak untuk menerima permohonan beliau atas alasan bahawa ianya tidak
lengkap tanpa perintah Mahkamah Syariah yang mengesahkan beliau telah
meninggalkan Islam. Melalui saman pemula, perayu memohon relif di
Mahkamah Tinggi memohon antara lainnya, untuk beberapa perintah
deklarasi terhadap Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kerajaan
Malaysia berkenaan dengan hak beliau kepada kebebasan beragama,
keperlembagaan seksyen 2 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Wilayah Persekutuan) 1993, keterterapan Enakmen Syariah kepada beliau
yang menganut agama Kristian dan keperlembagaan undang-undang negeri
dan persekutuan yang melarang keluar daripada Islam. Hakim Mahkamah
Tinggi telah mendengar saman pemula dan menolak secara keseluruhan
tanpa memberikan apa-apa remedi yang diminta perayu. Di Mahkamah
Rayuan, isu-isu perlembagaan digugurkan dan rayuan difokuskan hanya atas
isu undang-undang pentadbiran, ianya adalah, sama ada Ketua Pengarah
JPN dengan sebenarnya melaksanakan budi bicara yang diletakkan hak
kepadanya di bawah undang-undang. Secara majoriti, Mahkamah Rayuan
menjawab dengan mengesahkannya. Beliau merayu sekali lagi. Namun
begitu, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuannya dan menetapkan
bahawa orang Islam mestilah menggunakan prosedur Mahkamah Syariah
untuk meninggalkan Islam, sekiranya mereka hendak berbuat demikian
secara rasmi.

You might also like