You are on page 1of 25

162 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG A

lwn.

SITI FATIMAH TAN ABDULLAH

MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH, PULAU PINANG B


IBRAHIM LEMBUT HR
MUHAMAD ASRI ABDULLAH HR
ABU BAKAR AHMAD HR
[RAYUAN MAL NO: 07000-043-0003-2008]
16 MAC 2009 C

BIDANGKUASA: Mahkamah Tinggi Syariah - Murtad - Muallaf -


Kembali ke agama asal - Sama ada Mahkamah Syariah berbidangkuasa
untuk mengisytiharkan responden murtad - Enakmen Pentadbiran Agama
Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, ss. 61(3)(b)(x), 107(1), 108 D

PENTAFSIRAN STATUT: Enakmen Pentadbiran Agama Islam


(Negeri Pulau Pinang) 2004 - Seksyen 61(3)(b)(x), 107(1), 108 -
Murtad - Muallaf - Sama ada s. 61(3)(b)(x) memberi kuasa kepada
mahkamah untuk membenarkan seseorang keluar dari Agama Islam -
E
Pentafsiran wajar

PERKATAAN DAN ISTILAH: “bukan lagi” - Seksyen 61(3)(b)(x),


Akta Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 - Makna
dan maksud - Sama ada memberi kebenaran kepada seorang Islam untuk
keluar dari Agama Islam F

Responden, seorang yang beragama Buddha, telah memeluk Islam


apabila berkahwin dengan seorang lelaki rakyat Iran di Pulau
Pinang. Setelah ditinggalkan oleh suaminya, responden ingin
kembali ke agama asalnya dan dengan itu telah membuat G
permohonan ke Mahkamah Tinggi Syariah di bawah s. 61(3)(b)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004
(‘Enakmen 2004’) untuk perisytiharan-perisytiharan berikut: (i)
bahawa beliau bukan lagi seorang yang beragama Islam; dan (ii)
bahawa Majlis Agama Islam Pulau Pinang, iaitu perayu di sini, H
hendaklah membatalkan Sijil Akuan Memeluk Islam yang telah
dikeluarkan untuknya. Di perbicaraan, perayu tidak membantah atau
mempertikai keterangan responden yang menyatakan bahawa beliau
memeluk Islam semata-mata untuk memenuhi keperluan
perkahwinannya, bahawa beliau masih menyembah berhala walaupun I
setelah memeluk Islam dan bahawa sebenarnya beliau tidak pernah
Majlis Agama Islam Pulau Pinang
[2009] 1 CLJ (Sya) lwn. Siti Fatimah Tan Abdullah 163

A meninggalkan Agama Buddhanya. Walaupun begitu, setelah


permohonan responden dibenarkan oleh hakim bicara, perayu merayu
dengan berhujah bahawa hakim bicara khilaf dalam mencapai
keputusannya, terutama dalam membaca maksud dan kehendak
ss. 61(3)(b)(x) dan 107 Enakmen 2004. Isu-isu penting yang
B berbangkit adalah: (i) sama ada Mahkamah Tinggi Syariah di bawah
berbidangkuasa untuk mengisytiharkan seseorang keluar dari Agama
Islam; dan (ii) sama ada pemelukan Islam responden di sini sah
atau sebaliknya.

C Diputuskan (menolak rayuan atas alasan lain dari alasan hakim


bicara):

(1) Kegagalan perayu untuk mempertikai keterangan responden


seolah-olah mengiakan dan bersetuju dengan permohonan
responden tersebut. Perayu juga tidak memberi sebarang
D
keterangan sehinggalah keputusan dibuat oleh yang arif hakim.
(perenggan 14)

(2) Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen 2004 tidak bertujuan untuk


membenarkan seseorang keluar dari Agama Islam. Berdasarkan
E peruntukan s. 107(1) Enakmen 2004 (mengenai proses
pemelukan Islam), perkataan “bukan lagi” di dalam
s. 61(3)(b)(x) tidak boleh diambil sebagai memberi kebenaran
kepada seorang Islam keluar dari Agama Islam. (perenggan 20 -
23)
F
(3) Peruntukan ss. 61(3)(b)(x), 107(1) dan 108 Enakmen 2004
adalah saling berkaitan. Sementara s. 107(1) menjelaskan
mengenai pemelukan sah ke dalam Agama Islam dan s. 108
mengenai saat memeluk Agama Islam di mana sah atau
G tidaknya adalah bergantung kepada pematuhan kepada kehendak-
kehendak s. 107 (tidak syak terhadap lafaz syahadah,
mendustakan semua perkara yang menyalahi bagi maksud
syahadah tersebut dll), s. 61(3)(b)(x) memberi kuasa kepada
mahkamah untuk mengisytiharkan sesuatu pemelukan Islam di
H bawah s. 107(1) sah atau sebaliknya. (perenggan 26 & 30)

(4) Perkataan “bukan lagi” di dalam s. 61(3)(b)(x) Enakmen 2004


adalah ditujukan kepada mereka yang sudah mengucap dua
kalimah syahadah tetapi status seterusnya belum ditentukan,
I
iaitu sama ada mereka telah mengamalkan rukun-rukun atau
syarat-syarat syahadah tersebut. Jika mereka tidak mahu
langsung memenuhi syarat-syarat tersebut, maka Mahkamah
164 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

Syariah berbidangkuasa mengisytiharkan status mereka bukan A


lagi Islam. Sebaliknya, jika mereka memenuhi syarat-syarat
syahadah, maka mereka secara langsung terus menjadi orang
Islam. Dan bagi mereka yang terus menjadi orang Islam
sedemikian, mereka tidak boleh diisytiharkan sebagai bukan
Islam di bawah peruntukan ini. Ini kerana dalam kes murtad, B
seseorang itu hendaklah dipastikan benar-benar penganut Islam
sebelum riddahnya. (perenggan 31 & 32)

(5) Selain itu, memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah


untuk membenarkan seseorang keluar daripada Agama Islam C
adalah juga bercanggah dan bertentangan dengan Hukum
Syarak. (perenggan 33)

(6) Keterangan menunjukkan bahawa responden memeluk Islam


hanya untuk tujuan berkahwin, tidak pernah melakukan amalan-
D
amalan Islam dan masih menyembah berhala walaupun setelah
memeluk Islam. Oleh yang demikian, yang arif hakim betul
bila menyatakan responden “tidak tahu tentang Islam dan tidak
mengamalkan Islam sejak berkahwin sampai sekarang”. Ini
bererti responden gagal memenuhi kehendak s. 107(1)(b)
E
Enakmen 2004 serta syarat-syarat syahadahnya. Ini selanjutnya
bermakna bahawa, berdasarkan peruntukan s. 107(1), lafaz
syahadah yang dilakukan oleh responden adalah satu pemelukan
yang tidak sah ke dalam Islam. (perenggan 38, 42 - 46)

(7) Memandangkan proses pengIslaman responden tidak sempurna, F


maka beliau tidak boleh lagi dianggap sebagai orang Islam.
Beliau kekal semula sebagai seorang Buddha dan kerana itu
tidak boleh dituduh dengan kesalahan murtad. (perenggan 47 &
48)
G
(8) Hakim bicara telah tersalah arah dalam mentafsir s. 107
Enakmen 2004. Namun kami bersetuju dengan perintah yang
dikeluarkan oleh beliau atas sebab-sebab di atas. Rayuan adalah
ditolak dan perintah hakim bicara dikekalkan. (perenggan 64)
H
English Translation Of Headnotes

JURISDICTION: Syariah High Court - Apostasy - Muslim convert -


Application to revert to former religion - Whether Syariah Court had
jurisdiction to declare the respondent apostate - Administration of the
Religion of Islam (State of Penang) Enactment 2004, ss. 61(3)(b)(x), I

107(1), 108
Majlis Agama Islam Pulau Pinang
[2009] 1 CLJ (Sya) lwn. Siti Fatimah Tan Abdullah 165

A STATUTORY INTERPRETATION: Administration of the Religion


of Islam (State of Penang) 2004 - Sections 61(3)(b)(x), 107(1), 108 -
Apostasy - Muslim convert - Whether s. 61(3)(b)(x) empowered court to
grant leave for renunciation of Islam - Proper construction

B WORDS & PHRASES: “no longer” - Section 61(3)(b)(x)


Administration of the Religion of Islam (State of Penang) 2004 - Meaning
and purport - Whether allowing a Muslim to renounce the religion of Islam

The respondent, a Buddhist, had embraced Islam upon her marriage


to an Iranian man in Penang. Her husband having allegedly left
C
her, the respondent decided to revert to Buddhism and in the
circumstances applied to the Syariah High Court pursuant to
s. 61(3)(b)(x) of the Administration of Religion of Islam (State of
Penang) Enactment 2004 (‘2004 Enactment’) for the following
declarations, namely: (i) that she was no longer a Muslim; and (ii)
D
that the Islamic Religious Council, Penang, ie, the appellant herein,
revoke the relevant Certificate of Conversion to Islam which had
been issued in her behalf. At the trial, the appellant did not in any
way challenge or dispute the respondent’s evidence that she had
professed Islam solely for the purpose of her marriage, that she had
E
still been engaging in idol-worshipping even after her conversion to
Islam and that she had actually never abandoned Buddhism. This
notwithstanding, after the respondent’s application was allowed by
the trial judge, the appellant appealed and argued that the trial judge
was wrong in deciding the way he did, in particular in construing
F
the meaning and import of ss. 61(3)(b)(x) and 107 of the 2004
Enactment. The primary issues that arose were: (i) whether the
Syariah High Court had the jurisdiction to declare the respondent
as having renounced Islam; and (ii) whether the respondent’s
conversion to Islam was valid or otherwise.
G
Held (dismissing appeal but on grounds different from those
relied on by trial judge):

(1) The appellant’s failure to challenge the respondent’s evidence


H was tantamount to accepting or agreeing to the said application
of the respondent. The appellant too had failed to adduce any
evidence even up to the time when judgment was delivered.

(2) Section 61(3)(b)(x) of the 2004 Enactment did not seek to


I
allow anyone to renounce Islam. Bearing in mind s. 107(1) of
2004 Enactment (pertaining to process of conversion), the
words “no longer” in s. 61(3)(b)(x) could not be taken as
giving leave to anyone to renounce Islam.
166 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

(3) The provisions of ss. 61(30(b)(x), 107(1) and 108 of 2004 A


Enactment are inter-related. Whilst s. 107(1) speaks of a lawful
conversion into Islam and s. 108 of the moment upon
conversion whereof the validity or otherwise of the conversion
would be dependent on whether there was any compliance with
the requirements of s. 107 (unshakeable belief in the syahadah, B
rejecting all that were inconsistent with the spirit of the
syahadah etc), s. 61(3(b)(x) empowers the court to declare any
such conversion as was effected pursuant to the said s. 107 valid
or invalid.
C
(4) The words “no longer” in s. 61(3)(b)(x) of 2004 Enactment
refer to those persons who had already taken the declaration of
faith (syahadah) but whose status was yet to be ascertained,
namely as to whether they had put to practice the conditions
and requirements embodied in the syahadah. If they had D
thereafter totally refused to fulfill the conditions, then the
Syariah Court is empowered to declare their status as no longer
Muslims. On the contrary, if they had complied with such
conditions of the syahadah, they would as a matter of course
become Muslims. And, for those who had thus become E
Muslims, they could not be declared as non-Muslims under this
section. This is because, in cases of apostasy, a person must be
shown to be a genuine Muslim prior to his riddah.
(5) The aforesaid aside, clothing the Syariah Court with jurisdiction
to grant leave to anyone to abandon the religion of Islam is F
abhorrent and repugnant to the principles of Hukum Syarak.

(6) The evidence showed that the respondent had professed Islam
only for the purpose of her marriage, had never performed the
practices of Islam and had engaged in idol-worshipping even G
after her conversion to Islam. That being so, the learned judge
was right in concluding that the respondent was “ever since her
marriage, ignorant of Islam and had never practiced the tenets
of Islam”. It follows that the respondent had not complied with
the requirements of s. 107(1)(b) of Enactment 2004 and the H
conditions of her syahadah. It follows further that the
respondent’s declaration of faith herein did not constitute a
valid conversion into Islam as per the requirements of the said
s. 107(1).
I
Majlis Agama Islam Pulau Pinang
[2009] 1 CLJ (Sya) lwn. Siti Fatimah Tan Abdullah 167

A (7) Since the respondent’s conversion process was flawed, she


could no longer be taken as a Muslim. She must remain a
Buddhist and could not therefore be accused of apostasy.

(8) The trial judge had misdirected himself in construing s. 107 of


B the 2004 Enactment. Be that as it may, we agree with his
decision for reasons adverted to above. The appeal is hence
dismissed and the orders of the trial judge affirmed.
Surah-surah al-Qur’an yang dirujuk:
ali-‘Imran ayat 19
C Yunus ayat 99-100

Kes-kes yang dirujuk:


Kamariah Ali & Yang Lain lwn. Kerajaan Negeri Kelantan & Satu Lagi
[2004] 3 CLJ 409 FC (dirujuk)
Lim Yoke Khoon lwn. Pendaftar Muallaf, Majlis Agama Islam Selangor &
D
Yang Lain [2006] 4 CLJ 513 HC (dirujuk)
Lina Joy lwn. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Yang Lain [2007]
3 CLJ 557 FC (dirujuk)
Soon Singh Bikar Singh lwn. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(PERKIM) Kedah & Anor [1999] 2 CLJ 5 FC (dirujuk)
E
Perundangan yang dirujuk:
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004,
s. 83(2)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004,
ss. 7(1), 61(3)(b)(x), 107(1)(b), 108
F Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004,
s. 245

Kitab-kitab yang dirujuk:


Al-Asas fi al-Tafsir
al-Nusus fi al-Uqubat Wa al-Qisas
G
Al-Tafsir al-Wasit
Fatawa Al-Lainah Al-Da'imah Lil-Buhuthi Al-Ilmiyyah Wa Al-Ifta'
Fathu al-Majiid, Sharhu Kitab al-Tauhid
Fiqh al-Islami wa Adillatuhu

H Bagi pihak perayu - Ahmad Munawir Abdul Aziz; T/n Lim Kean Siew &
Co
Bagi pihak responden - Ahmad Jailani Abdul Ghani; T/n Arizal Jailani & Co

Dilaporkan oleh Wan Sharif Wan Ahmad

I
168 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

PENGHAKIMAN A

[1] Pihak perayu Majlis Agama Islam P Pinang diwakili oleh


Peguam Syarie En Ahmad Munawir bin Abdul Aziz daripada Tetuan
Lim Kean Siew & Co, manakala responden Siti Fatimah Tan binti
Abdullah @ Tan Ean Huang diwakili oleh En Ahmad Jailani bin B
Abdul Ghani daripada Tetuan Arizal Jailani & Co.

[2] Tindakan ini difailkan oleh perayu kerana tidak berpuashati


dengan keputusan YA Hakim Mahkamah Tingggi Syariah Pulau
Pinang dalam kes Mal Bil: 07100-043-0191-2006 bertarikh 8 May
C
2008. Dalam kes tersebut, YA Hakim bicara telah memerintahkan:

a. Bahawa plaintif bukan lagi orang Islam mengikut s. 61(3)(b)(x)


Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang)
2004.
D
b. Bahawa Majlis Agama Islam Pulau Pinang membatalkan Sijil
Akuan Memeluk Islam, bilangan daftar 126/98 bertarikh
11 August 1998.

c. Mahkamah menolak permohonan plaintif supaya Jabatan


E
Pendaftaran Negara memadamkan perkataan Islam pada kad
pengenalan plaintif dan menggantikan dengan perkataan Buddha
kerana mahkamah tidak ada bidang kuasa untuk berbuat
demikian. Plaintif hendaklah menguruskan sendiri dengan
Jabatan Pendaftaran Negara. F
[3] Perayu tidak berpuashati dengan sebahagian keputusan YA
Hakim Bicara tersebut atas alasan:

a. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan


fakta apabila gagal mengambil kira atau menimbangkan fakta G
bahawa ketika responden memeluk Islam pada 25 Julai 1998,
responden telah mengucap dua kalimah syahadah dengan
kerelaan hatinya dan diterangkan implikasi dan makna syahadah
tersebut.
H
b. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan
fakta apabila gagal menimbangkan bahawa sekiranya responden
berterus-terang dengan pihak perayu dan/atau agen perayu yang
bertanggungjawab berkenaan pemelukan Islam, bahawa responden
memeluk Islam hanyalah bertujuan untuk berkahwin, sudah I
tentunya pihak perayu dan/atau agennya akan menolak atau
menunda permohonan pemelukkan Islamnya kerana alasan
tersebut adalah bercanggah dengan ajaran Islam.
Majlis Agama Islam Pulau Pinang
[2009] 1 CLJ (Sya) lwn. Siti Fatimah Tan Abdullah 169

A c. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan


fakta apabila menerima keterangan responden yang jelas berdusta
kepada perayu dan/atau agen perayu ketika memeluk Islam dulu
bahawa ianya dibuat atas kerelaan hatinya tanpa paksaan.
Responden boleh dianggap sebagai fasik dan keterangannya
B harus ditolak oleh mahkamah.

d. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan


fakta apabila gagal mengambil kira tindakan pembohongan
responden adalah bertentangan dengan konsep maslahah umum
C (public policy).

e. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan


fakta apabila gagal mengambil kira keterangan bahawa
sebenarnya responden telah diterima dan dikenali sebagai mualaf
bagi maksud undang-undang selama lebih dari setahun beliau
D
memeluk Islam.

f. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan


fakta apabila membuat andaian dan memutuskan bahawa
permohonan tuntutan responden termasuk di bawah
E s. 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Pulau Pinang) 2004.

g. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan


fakta apabila memutuskan bahawa perayu telah gagal
F menjalankan tanggungjawabnya di bawah s. 7(1) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 apabila
tiada keterangan untuk menyokong dakwaan tersebut dan
penelitian tuntutan dan keterangan responden jelas
menunjukkan bahawa responden tidak memberikan peluang
G untuk perayu melaksanakan amanah di bawah seksyen tersebut.

h. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan


fakta apabila memutuskan membenarkan tuntutan responden dan
pada masa yang sama, mengakui tiadanya tatacara untuk
H
mengawal selia mereka yang menganut Islam untuk keluar
Islam.

i. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan


fakta apabila memutuskan bahawa kes Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan lawan Nyonya Tahir terpakai dan relevan dalam
I tuntutan kes responden di sini apabila fakta dan undang-undang
terpakai adalah berbeza untuk dijadikan panduan.
170 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

[4] Responden pula mempertahankan dan bersetuju dengan A


keputusan yang telah dibuat oleh YA Hakim Bicara dan memohon
agar rayuan ini ditolak dan keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah Pulau Pinang dikekalkan.

Fakta Kes B

[5] Perayu Majlis Agama Islam Pulau Pinang adalah defendan


dalam tindakan asal. Tindakan tersebut bermula di Mahkamah
Tinggi Syariah Pulau Pinang melalui saman No. 07100-043-0191-
2006 bertarikh 10 Julai 2006 yang didengar di hadapan YA Tuan
C
Othman bin Ibrahim.

[6] Responden dilahirkan pada 28 August 1969, berbangsa Cina


dan diberi nama Tan Ban Huang. Agama asal responden ialah
Buddha.
D
[7] Pada 25 Julai 1998, beliau telah memeluk Agama Islam di
Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan status dirinya adalah
bujang.

[8] Pada 4 August 1999, beliau telah berkahwin dengan Ferdoun


E
Aslanian, warganegara Iran di Mahkamah Rendah Syariah Seberang
Perai Selatan dengan menggunakan wali hakim.

[9] Responden menyatakan dalam penyata tuntutan bahawa beliau


memeluk Islam sebagai syarat untuk berkahwin dengan suaminya
Ferdoun Aslanian dan didakwa semasa tuntutan dibuat, suaminya F
telah menghilangkan diri entah ke mana.

[10] Responden juga mendakwa beliau tidak menyakini Agama


Islam sebagai agamanya dan sejak dahulu hingga sekarang, beliau
tidak pernah meninggalkan penyembahan berhala tokpek kong, G
kuang yim neo dan ti kong. Responden mendakwa bahawa beliau
masih lagi beragama Buddha. Oleh itu, beliau memohon
pengisytiharan/perintah agar beliau bukan lagi Beragama Islam, sijil
akuan memeluk Islam dibatalkan, padamkan nama Islam daripada
kad pengenalannya dan menggantikan dengan perkataan Buddha. H

[11] Perayu melalui pembelaannya bertarikh 18 Julai 2007


menyatakan antaranya responden semasa memeluk Islam telah
diterangkan implikasi dan makna syahadah dan responden telah
mengucapkan syahadah dengan rela hati dan membuat pengakuan I
secara terang-terang bahawa ia masuk Islam dengan hati yang suci,
Majlis Agama Islam Pulau Pinang
[2009] 1 CLJ (Sya) lwn. Siti Fatimah Tan Abdullah 171

A tanpa paksaan atau pujukan mana-mana pihak dan dengan


petunjuk Allah jua pada hari dan saat itu, beliau akan berpegang
teguh kepada ajaran Agama Islam yang sebenar hingga ke akhir
hayat.

B [12] Perayu selepas itu, telah dianggap sebagai seorang Islam dan
dikenali sebagai muallaf bagi maksud undang-undang. Perayu
seterusnya menyatakan tidak mengetahui mengenai dakwaan
responden bahawa beliau masih mengamalkan agama asalnya selepas
memeluk Islam.
C
[13] Kes ini telah dibicarakan pada 13 April 2007 tanpa kehadiran
perayu dan Peguam Syarie perayu. Pada tarikh tersebut, responden
dan saksinya yang bernama Tan Jin Khim iaitu adik kepada
responden sendiri telah memberikan keterangan kepada mahkamah.
D [14] Daripada tarikh sebutan sehingga perbicaraan bermula, perayu
dan peguam syarie perayu gagal hadir ke mahkamah walaupun
saman telah sempurna secara kediri pada 20 September 2006.
Walaubagaimanapun, perayu dan peguam syarienya ada hadir selepas
itu ke mahkamah sebanyak 4 kali tetapi adalah pelik dan malang
E sekali, tidak ada apa-apa permohonan dibuat oleh perayu melalui
peguam syarienya samada untuk memanggil semula responden atau
saksi responden untuk disoal balas. Tindakan perayu yang langsung
tidak mempertikaikan keterangan responden dan saksi responden
seolah-olah mengiakan dan bersetuju dengan permohonan responden
F tersebut.

[15] Perayu juga mengikut rekod, tidak ada memberikan keterangan


kepada mahkamah sehinggalah keputusan dibuat.

Isu-isu Yang Berbangkit


G
[16] Berdasarkan pengamatan kami kepada fakta dan persoalan-
persoalan yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak, kami
merumuskan bahawa hanya terdapat dua isu utama yang menjadi
pertikaian dan perlu diputuskan oleh mahkamah untuk menerima
H rayuan perayu atau menolaknya. Jawapan kepada kedua-dua isu ini
dengan sendirinya akan menjawab segala persoalan-persoalan yang
dibangkitkan oleh perayu di dalam alasan rayuannya. Isu-isu tersebut
adalah:

I a. Samada adakah Mahkamah Syariah boleh atau berbidangkuasa


untuk mengisytiharkan seseorang Islam keluar daripada Agama
Islam atau mengisytiharkan seseorang itu bukan lagi Islam?
172 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

b. Samada pemelukan Islam responden adalah sah atau A


sebaliknya?

Isu Pertama: Samada Adakah Mahkamah Syariah Boleh


Atau Berbidangkuasa Untuk Mengisytiharkan Seseorang
Islam Keluar Daripada Agama Islam Atau Mengisytiharkan B
Seseorang Itu Bukan Lagi Islam?

[17] Sebelum kami mengulas isu ini, adalah elok rasanya


permasalahan keluar dari Agama Islam atau murtad ini disentuh
secara ringkas agar ianya dapat memberikan sedikit gambaran dan
C
kefahaman dari sudut Hukum Syarak mengenai perkara ini.
Menurut Agama Islam, perbuatan murtad adalah satu jenayah dan
Islam mencerca sesiapa sahaja yang murtad. Oleh sebab itulah,
persoalan hukuman terhadap orang murtad menjadi satu topik
penting dalam Kitab Jinayah Islam. Allah s.w.t telah berfirman:
D

ÊuЯ##ë^#ʓ̣Ë' ʈÎMЈ%ʏ Ê ¤ËŸÊ£Ì2˘ʦʈСМ¥ÐHÊ€ ̙ ːœÐ— ÌH ÐIÊ0ÌMÊ¥Ê—Ê£

ÐL%Ҝ“$Ë.^#Ê=ÌX Ê&ÊuЯ#ë^#ʓ̣Ë&Ê£ЩÊMDÐ ¶
Ê Ì$ Ê£%ʦ̛ÓI“$«Ðˆ̙ˠ˔ ^#ʘ̀Ê&Ì2ÊÉÐ-Ê<
E

ìíʞ£ËIД^# ÊD%Ê  ¦Ðˆ̙ ˟

Bermaksud:
F
Barang siapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia
mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di
dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka
kekal di dalamnya. (al-Baqarah, 2:217)

[18] Oleh itu, jelas berdasarkan ayat di atas, Islam melarang dan G
mengharamkan umatnya murtad dan menanti mereka yang
mengingkari larangan ini ialah satu bentuk hukuman yang tegas dan
keras telah ditetapkan baik di dunia mahupun di akhirat.

[19] Kembali kepada isu yang dibangkitkan di atas, jika Islam H


melarang dan mengharamkan penganutnya keluar daripada Agama
Islam atau murtad, adakah Mahkamah Syariah diberikan bidangkuasa
untuk membenarkan orang Islam murtad? Jika Mahkamah Syariah
diberikan bidangkuasa ini, adakah ianya tidak bertentangan dengan
Hukum Syarak tersebut? I
Majlis Agama Islam Pulau Pinang
[2009] 1 CLJ (Sya) lwn. Siti Fatimah Tan Abdullah 173

A [20] Jawapan kepada persoalan ini dapat dilihat kepada


peruntukkan s. 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Pulau Pinang) 2004 yang menyatakan:
(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:
B
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan
semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam
tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan
atau prosiding itu adalah berhubungan dengan:

C
(x) perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang
Islam;

[21] Kesemua tindakan yang dibuat oleh pihak-pihak yang ingin


keluar dari Agama Islam di Pulau Pinang ini adalah berpandukan
kepada peruntukkan di atas. Adakah peruntukkan tersebut
D bermaksud atau bertujuan bagi membenarkan seseorang Islam keluar
dari Agama Islam?

[22] Perkataan “bukan lagi” dalam seksyen tersebut telah


digunakan atau ditafsirkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan
E sebagai kebenaran keluar dari Agama Islam sedangkan pada pendapat
kami, perkataan tersebut tidak bermaksud sedemikian.

[23] Pendapat kami berasaskan kepada peruntukkan s. 107(1)


Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.
F
Seksyen ini menjelaskan mengenai proses pemelukan Agama Islam.
Seksyen tersebut menyatakan:
(1) Kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi
pemelukan sah agama Islam oleh seseorang:

G
(a) orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah
dalam bahasa Arab secara yang semunasabahnya jelas;

(b) pada masa dia mengucap dua kalimah Syahadah itu, orang
itu mestilah sedar bahawa kalimah itu bermakna “Aku
menjadi saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
H aku menjadi saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ialah
Pesuruh Allah”; dan

(c) pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan had orang


itu sendiri.

I [24] Seksyen ini adalah selari dengan kehendak Hukum Syarak


bahawa seseorang yang berlafaz dengan dua kalimah syahadah itu
adalah memberi pengakuan berkenaan adanya Tuhan yang sebenar
174 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

iaitu Allah s.w.t dan memberi pengakuan bahawa sebenarnya A


Tuhan telah mengutuskan Rasulnya kepada sekalian alam ini iaitu
Nabi Muhammad s.a.w.

[25] Di dalam dua kalimah syahadah itu terkandung kepercayaan


kepada ketuhanan yang sebenarnya dan kepercayaan kepada B
RasulNya. Jelasnya, seseorang yang hendak mengucap dua kalimah
syahadah hendaklah ia beriman terlebih dahulu dengan rukun iman
dan barulah diikuti dengan lafaz syahadah tersebut yang juga
merupakan rukun Islam yang pertama.
C
[26] Apabila seseorang yang bukan Islam telah mengucap dua
kalimah syahadah disertai dengan kepercayaan di dalam hatinya,
maka jadilah ia seorang Islam dan terpeliharalah dirinya, hartanya
dan nyawanya sepertimana terpeliharanya diri, harta dan nyawa
seseorang Islam. Namun lafaz dua kalimah syahadah tersebut adalah
D
terikat dengan syarat-syarat sah syahadah dan syarat-syaratnya ada
enam perkara iaitu:

a. Seseorang itu hendaklah tertib lafaz-lafaz syahadah itu dengan


berturut-turut.
E
b. Hendaklah melafazkan kedua-dua kalimah syahadah itu dengan
berturut-turut.

c. Hendaklah faham akan makna kedua-dua kalimah syahadah


tersebut. F
d. Hendaklah mendustakan sekalian perkara yang menyalahi bagi
maksud syahadah itu.

e. Hendaklah menggunakan perkataan ‘asyhadu’ pada kedua-


duanya. G

f. Jangan syak pada kedua-duanya.

[27] Dalam Kitab Fathu al-Majiid, Sharhu Kitab al-Tauhid oleh al-
Syeikh Abdul Rahman bin Hassan Aali-Syeikh, Maktabah Nizar
Mustafa al-Baz, ms. 29 menyatakan: H

I
Majlis Agama Islam Pulau Pinang
[2009] 1 CLJ (Sya) lwn. Siti Fatimah Tan Abdullah 175

A
%Ÿ%œ˜“%ˆL%€%Ÿ™”0—¨&“¡Ï蔓$´$¡“$´ž&I T—”¡“¤Œ

™”“$—¦0H% U“$§ˆI,µˆ$MŸ%|£%œÛ%,%Ÿ%]1-€µ—%€

B
Ê¡^#ʓÐ* ë´Ê £Ë¡Ò› Ê&̙ʔ̀ %ʈ «“%0¡Ï蔓$–%Œ%˜% “¤“I-€•˜“$£¦¦“$£

(86: 43)Ê ž¤Ë˜ ʔ́ Ê¥̙˟ʣÏâÊ= ̓%Ð,ÊIР ÊTÊ— Ò´* ¡“¤Œ£(19: 42) ˡҔ“$Ò´Ð*

C •˜€´£¦¥´£%Ÿ%œ˜“ªˆM—M¦„—%Ÿâɜ“$%—&

–¤“$[µD$£vMU“$—©­$M-“$—¡¦]10%˜-€

CL$¤9“$£.”“$•˜€£ž%Q”“$£.”“$–¤Œ•˜“$£

ƒ%˜8´%,‚ˆ%›M¦…ˆ
D

Bermaksud:

Katanya: sesiapa yang bersyahadah ‘tiada Tuhan melainkan Allah’


E bermaksud sesiapa yang berkata dengannya dalam keadaan dia
mengetahui maknanya, melaksanakan tuntutannya secara batin dan
zahir, maka tidak dapat tidak pada syahadah tersebut, ia mestilah
mengetahui, yakin dan beramal dengan dalil-dalilnya sebagaimana
Firman Allah s.w.t yang bermaksud (Oleh itu, maka tetapkanlah
pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa
F
sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah)
(19:47) dan firman Allah lagi yang bermaksud (kecuali sesiapa yang
memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan
Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya
dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang
G mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu) (86:43). Ada
pun sesiapa yang menuturkan syahadah tanpa mengetahui maknanya
dan tidak ada keyakinan, tidak melaksanakan tuntutan-tuntutannya
dari membersihkan dirinya daripada perkara-perkara yang syirik,
ikhlas dalam pengucapan dan amalan: iaitu perkataan hati, lidah,
dan amal hati dan anggota - maka syahadah tersebut tidak
H
memberikan apa-apa manfaat mengikut ijma’ para ulama’.

Seterusnya, dalam Kitab Fatawa Al-Lainah Al-Da’imah Lil-Buhuthi


Al-Ilmiyyah Wa Al-Ifta’, ­%1ˆ ­´$£ ª¦˜”“$ 7¤=-”“ ª˜® $I“$ ªœ9ϔ“$ ¬£%1ˆ
3/248 ada menyatakan mengenai soal keimanan iaitu:
I
176 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

•˜€£ž %Q”“%,–¤Œž %˜¦€­´$ž&ª€%˜9“$£ªœQ“$• Ÿ& –¤Œ


âɜ“%,u “J§ˆ«‰1¥´£ž%œ9“%,â¥I Y0£ž %L¶% ,
3%—$J$¡”¦ Q…0—%¦›I“$š% <&­$M8­$§ˆ´$ž%Q”“%,
š %<&—u “J¤= D£¦˜ ”Q˜ “$M,%—§ˆ ¡œˆH£¡œ¦‰ 0£ B

¡“$´&©H%  T%—$£¢M‰§]1¥%—¡œ—™”¥™“$J$%¦›I “$


HM9—§‰ ¥´£ ¡Ï蔓$´$â<H¤-—´ %Ÿ%œ˜ ˆ¡Ïè” “$´$
_1˜ “%,•˜ “$£« œ˜“%,ž%˜ ¦€­´$—I,´•,–¤ “$
C

Bermaksud:
E
Iman yang sebenar dan sah mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal
Jama’ah ialah mengucapkannya dengan lidah, beramal dengan
rukun-rukunnya dan membenarkannya dengan hati. Adalah tidak
mencukupi jika sekadar mengucap dengan lidah. Namun jika dia
meninggal dunia dan pada masa yang sama tidak diketahui tanda-
F
tanda kekufurannya, maka mayatnya hendaklah dimandikan,
dikafankan, dan dikebumikan mengikut cara pengurusan jenazah
Islam. Penyaksian bahawa ‘Tiada Tuhan selain Allah’ adalah
bermakna tiada sembahan yang hak melainkan Allah. Penyaksian
seperti ini adalah tidak memadai hanya dengan kata-kata, bahkan
lebih daripada itu mestilah beriman dengan maknanya dan beramal G
dengan segala yang diperintahkan.

[28] Pengucapan dua kalimah syahadah tanpa memenuhi syarat-


syarat yang telah dinyatakan di atas adalah disifatkan sebagai bukan
atau belum sempurna lagi sebagai pemelukan sah sebagaimana
H
kehendak s. 107(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam di atas.
Walaupun s. 108 enakmen yang sama ada menyebut bahawa
seseorang itu menjadi seorang orang Islam sebaik sahaja dia habis
mengucapkan dua kalimah syahadah dan boleh disebut sebagai
muaalaf, namun seksyen tersebut masih mengaitkan keesahan
I
keIslamannya bergantung kepada syarat-syarat sebagaimana
dikehendaki oleh s. 107 Enakmen tersebut. Seksyen 108
Majlis Agama Islam Pulau Pinang
[2009] 1 CLJ (Sya) lwn. Siti Fatimah Tan Abdullah 177

A menyatakan:
Seseorang itu memeluk agama Islam dan menjadi seorang orang
Islam sebaik-baik sahaja dia habis mengucap dua kalimah Syahadah
dengan syarat bahawa kehendak-kehendak seksyen 107 adalah
dipenuhi; dan orang itu selepas itu disebut mualaf.
B
[29] Oleh itu, dengan lain perkataan, status seorang muallaf
sebagai orang Islam (muslim) masih belum sempurna dan jika tidak
terus menyempurnakannya, maka seseorang itu tidak diterima
menjadi muslim malah kembali kepada status asalnya sebagai
C seorang yang bukan Islam pada kepercayaan asalnya melainkan dia
mengucap syahadah semula dengan memenuhi syarat-syarat yang
tersebut di atas.

[30] Peruntukkan s. 61(3)(b)(x), s. 107(1) dan s. 108 Enakmen


D Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 merupakan
peruntukkan-peruntukkan yang saling berkaitan. Seksyen 107(1)
menjelaskan pemelukan sah ke dalam Agama Islam, s. 108
menjelaskan saat memeluk Agama Islam dan ianya bergantung
kepada s. 107. jika sah di bawah s. 107, maka dengan sendirinya dia
E boleh dianggap sebagai seorang mualaf di bawah s. 108. Manakala
s. 61(3)(b)(x) pula memberikan kuasa kepada mahkamah untuk
mengatakan atau mengisytiharkan bahawa pemelukan yang dilakukan
di bawah s. 107(1) adalah sah atau sebaliknya. Jika pemelukan ke
Agama Islam tidak memenuhi kehendak Hukum Syarak dan
F s. 107(1) tersebut, maka mahkamah boleh mengisytiharkan bahawa
orang tersebut bukan lagi seorang muslim.

[31] Oleh itu, kami berpendapat bahawa peruntukkan


s. 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang)
2004 yang memperuntukkan pengisytiharan bahawa seseorang itu
G
bukan lagi orang Islam adalah bermaksud untuk mereka yang telah
mengucap syahadah tetapi status seterusnya belum ditentukan
samada mereka mengamalkan rukun-rukun atau syarat-syarat
syahadah tersebut. Jika mereka tidak mahu langsung memenuhi
syarat-syarat tersebut seterusnya, maka Mahkamah Syariah
H
berbidangkuasa mengisytiharkan status mereka bukan lagi Islam.
Sebaliknya, jika mereka memenuhi syarat-syarat syahadah seperti
faham akan makna kedua-dua kalimah syahadah tersebut,
mendustakan segala perkara yang menyalahi maksud syahadah
tersebut, yakin dan beramal dengan segala tuntutan-tuntutan Allah
I
s.w.t, maka mereka secara langsung adalah terus menjadi orang
Islam yang memenuhi syarat syahadah dan menjadi sebahagian dari
178 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

masyarakat atau umat Islam. A

[32] Sebaliknya, bagi mereka yang memeluk Islam dan seterusnya


telah memenuhi syarat-syarat syahadah dan juga telah diterima oleh
masyarakat sebagai seorang Islam, maka mereka tidak boleh
diisytiharkan sebagai bukan lagi Islam di bawah peruntukkan ini. Ini B
kerana dalam kes murtad, seseorang itu hendaklah dipastikan telah
benar-benar menjadi penganut Islam sebelum riddahnya. Seterusnya
jika ia hendak menukar semula agamanya dari Islam kepada mana-
mana kepercayaan lain, maka perkataan yang harus digunapakai di
dalam seksyen tersebut adalah penukaran agama atau pengisytiharan C
bahawa dia telah murtad.

[33] Kami juga percaya bahawa jika Mahkamah Syariah diberikan


bidangkuasa untuk membenarkan seseorang Islam keluar daripada
Agama Islam, maka ianya telah bercanggah dan bertentangan
D
dengan Hukum Syarak itu sendiri sedangkan matlamat undang-
undang syariah diwujudkan adalah bagi menjaga maqasid syariiyah
dan maqasid syari’iyah yang paling utama ialah menjaga Agama
Islam.

[34] Sebagai bukti bahawa undang-undang syariah yang sedang E


berkuatkuasa meletakkan Hukum Syarak mengatasi yang lain dapat
dilihat antaranya peruntukkan s. 245 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Pulau Pinang) 2004 ada memperuntukkan:
(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah F
Enakmen ini yang tak konsisten dengan Hukum Syarak adalah
terbatal setakat yang ia tak konsisten itu.

(2) Jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak


diperuntukkan dengan nyata oleh Enakmen ini, Mahkamah
hendaklah memakai Hukum Syarak. G

[35] Berdasarkan peruntukkan tersebut, adalah jelas bahawa Hukum


Syarak telah diletakkan ditempat yang paling tinggi dan mana-mana
peruntukkan undang-undang syariah yang bertentangan dengannya,
peruntukkan tersebut adalah terbatal. Jika ada apa-apa perkara yang H
tidak diperuntukkan pula, Hukum Syarak hendaklah mengambil
tempat tersebut.

[36] Dalam isu ini juga, kami ingin menyentuh berkenaan hujah
I
Majlis Agama Islam Pulau Pinang
[2009] 1 CLJ (Sya) lwn. Siti Fatimah Tan Abdullah 179

A perayu bahawa jika responden adalah bukan Islam, adakah dia


boleh bertindak di Mahkamah Syariah? Kami berpendapat bahawa
isu ini tidak seharusnya ditimbulkan lagi kerana kedua-dua pihak
samada perayu mahupun respondent telah menerima dan mengakui
bahawa Mahkamah Syariah adalah mahkamah yang berbidangkuasa
B untuk membicarakan kes responden. Tambahan lagi, persoalan
mengenai perkara ini juga tidak pernah ditimbulkan semasa
perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah.

[37] Kami seterusnya bersetuju dengan hujah Peguam Syarie


C perayu dan responden dalam hal ini dan ianya juga adalah selari
dengan kes-kes yang pernah diputuskan oleh Mahkamah Sivil
seperti kes Kamariah Ali & Yang Lain lwn. Kerajaan Negeri Kelantan
& Satu Lagi [2004] 3 CLJ 409 FC, Lina Joy lwn. Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan & Yang Lain [2007] 3 CLJ 557, Lim
D Yoke Khoon lwn. Pendaftar Muallaf, Majlis Agama Islam Selangor &
Yang Lain [2006] 4 CLJ 513, Soon Singh Bikar Singh lwn.
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah & Anor
[1999] 2 CLJ 5 dan sebagainya lagi yang memutuskan bahawa
Mahkamah Syariah adalah berbidangkuasa untuk mendengar kes-
E kes murtad atau mengenai status keIslaman seseorang.

Isu Kedua: Samada Pemelukan Islam Responden Sah Atau


Sebaliknya?

[38] Bagi menjawab persoalan ini, kami merujuk kepada catatan


F perbicaraan di dalam rekod rayuan di ms. 17-19. Responden semasa
memberikan keterangan telah menyatakan antaranya:

a. Sekarang agama Buddha.

b. Saya tidak pernah buat amalan Islam. Saya ikut amalan


G
Buddha. Nama tuhan 3, tokpek kong, tin kang dan kuang yim
neo. Setiap hari satu kali kami semua sembah tiga berhala dan
setiap hari saya sembah berhala-berhala tersebut.

c. Saya tidak pernah percaya agama Islam sebagai agama saya.


H
d. Saya bukan Islam, saya memeluk Islam hanya suami yang bawa
pergi.

[39] Keterangan saksi responden:


I a. Nak kahwin peluk Islam.
180 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

b. Tak biasa melihat kakak buat Agama Islam sebab saya tahu A
kerana duduk bersama kakak saya di dalam rumah yang sama
dengan mereka.

c. Dia sembahyang cara tok kong Buddha.


B
d. Setiap pagi mesti sembah satu kali tok kong itu.

e. Saya tak biasa nampak dia sembahyang mengikut cara Islam


dan dia tak sembahyang pun.

[40] Keterangan saksi responden boleh diterima oleh mahkamah C


sebagai bayyinah berdasarkan peruntukkan s. 83(2) Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004 yang
menyatakan:
Seorang yang bukan Islam adalah berwibawa untuk memberikan
D
bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima
mengikut Hukum Syarak

[41] Kami juga merujuk kepada dua keping gambar tentang amalan
responden menyembah tokong Buddha yang telah ditandakan
sebagai eks. P4 dan P5. E

[42] Berdasarkan keterangan yang ada dan keterangan ini tidak


dipertikaikan oleh perayu di Mahkamah Bicara, maka kami bersetuju
dengan hujah responden dan alasan penghakiman YA Hakim Bicara
apabila beliau membuat rumusan fakta bahawa “semua perkara yang F
dijelaskan di atas adalah gambaran yang menunjukkan plaintif/
responden tidak tahu tentang Islam dan tidak mengamalkan Islam
sejak berkahwin sampai sekarang ini.

[43] Dalam keadaan yang seperti ini, persoalan yang timbul ialah
adakah syahadah yang dilafazkan atau pemelukan Islam responden G

pada 25 Julai 1998 di Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang


adalah sah mengikut peruntukkan s. 107(1) Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 dan Hukum Syarak?
Kami berpuashati bahawa responden telah gagal memenuhi
H
kehendak s. 107(1)(b) dan syarat-syarat sah syahadah sebagaimana
yang telah disebutkan terdahulu iaitu:

a. Tiada kepercayaan di dalam hati mengenai lafaz syahadah


tersebut.
I
b. Gagal melaksanakan tuntutan syahadah secara zahir dan batin.

c. Tidak yakin dan beramal dengan dalil-dalil Allah s.w.t.


Majlis Agama Islam Pulau Pinang
[2009] 1 CLJ (Sya) lwn. Siti Fatimah Tan Abdullah 181

A [44] Kami juga menegaskan, niat sentiasa memainkan peranan


yang sangat penting dan sangat berkait rapat dengan syarat-syarat
sah syahadah. Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w yang berbunyi:

¬¤›%— ±M—$ •“ %˜„$£ 3%¦œ“%, –%˜€´$ %˜„$


B

Bermaksud:

Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat, dan


sesungguhnya yang sabit bagi setiap orang itu apa yang yang
C diniatkan. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

[45] Berdasarkan fakta kes dan keterangan yang ada, kami


berpendapat walaupun responden telah melafazkan syahadah, namun
tujuannya tidak lain dan tidak bukan, hanya semata-mata untuk
berkahwin dengan rakyat Iran bernama Ferdoun Aslanian. Ikrar
D
responden bahawa beliau tidak pernah percaya Agama Islam sebagai
agamanya dan membuat ikrar bahawa dia masih beragama Buddha
serta terus mengamalkan ajaran Buddha selepas syahadah, jelas
menunjukkan bahawa responden tidak pernah berniat untuk menjadi
orang Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
E
[46] Oleh itu, berdasarkan kegagalan respondent memenuhi
syarat-syarat sah syahadah tersebut, maka kami berpendapat lafaz
syahadah yang dilakukan oleh responden pada 25 Julai 1998 di
Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang adalah pemelukan yang
F tidak sah ke dalam Agama Islam berdasarkan peruntukkan s.
107(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang)
2004.

[47] Apabila dikatakan pemelukan Islam responden tidak sah,


G maka responden tidak boleh lagi dianggap sebagai seorang Islam
seterusnya dan sebaliknya responden adalah kekal semula dengan
agama asalnya.

[48] Responden seterusnya tidak boleh dikatakan sebagai seorang


H
yang murtad sebagaimana alasan yang telah kami nyatakan di atas.
Ini kerana, proses keislaman responden masih tidak sempurna.

[49] Bagi memberi lebih kefahaman kepada perkara ini, adalah


perlu untuk kita melihat kepada pengertian murtad. Dr. Wahbah
Zuhaily di dalam Kitabnya Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jilid 6,
I halaman 183 mentakrifkan murtad ialah memutuskan hubungan
keislaman dengan niat kufur atau kata-kata yang boleh membawa
kepada kekufuran ataupun perbuatan yang boleh membawa
kekufuran samada ia dilakukan secara bergurau senda, bantahan
182 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

ataupun iktikad. A

[50] Berdasarkan takrifan di atas, asas seseorang itu dianggap


murtad ialah:

i. Seseorang yang telah pasti kelslamannya berniat untuk kufur;


B
atau

ii. Melalui kata-kata yang boleh membawa kepada kekufuran; atau

iii. Melalui perbuatan yang boleh membawa kekufuran samada ia


dilakukan secara bergurau, bantahan ataupun iktikad. C

[51] Dr. Zulkifly bin Muda pula di dalam Kitabnya Fiqh al-Nusus
fi al-Uqubat Wa al-Qisas halaman 48 menyatakan bahawa bagi
mempastikan kesahihan riddah seseorang, ada dua perkara yang
mesti diteliti iaitu:
D
i. Orang yang murtad itu benar-benar menjadi penganut Islam
sebelum riddahnya. Ini bermakna seseorang yang munafiq iaitu
menzahirkan Islam tetapi menyembunyikan kekufuran di dalam
hatinya, riddahnya tidak dikira kerana dari awal lagi Islamnya
adalah tidak sah di sisi Allah. E

ii. Ia memutuskan Islamnya (keluar dari agama Islam) dengan rela


dan redanya. Ini bermakna sesiapa yang terlepas cakap yang
boleh membawa kepada riddah seperti ia melatah, memuji
berhala, maka riddahnya tidak dikira kerana ia bukan datang F
dari hatinya dan redanya.

[52] Keterangan responden di peringkat Mahkamah Tinggi Syariah


menunjukkan hal keadaan bahawa responden masih berpegang
dengan ajaran agama Buddha meskipun telah mengucap dua G
kalimah Syahadah dan tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Ini
membuktikan bahawa status keislaman responden adalah tidak pasti
dan meragukan sejak awal lagi. Oleh itu, apabila status keislaman
seseorang dari awal lagi dipersoalkan atau tidak dipastikan, maka
ianya tidak boleh sesekali dianggap sebagai seorang yang murtad H
bahkan sebenarnya dia tidak pernah diterima secara sah ke dalam
Islam dan masih kekal di dalam agama asalnya.

[53] Agama Islam adalah satu Agama yang suci dan tinggi. Ianya
ditegah dari dipermain-mainkan oleh sesiapapun samada secara
sengaja mahupun tidak. Hanya Agama Islam sahaja yang diterima I

oleh Allah s.w.t sebagaimana firmanNya dalam Surah ali-‘Imran ayat


Majlis Agama Islam Pulau Pinang
[2009] 1 CLJ (Sya) lwn. Siti Fatimah Tan Abdullah 183

A 19 yang berbunyi:

Ê.^# Ê1А̓$$̤Ë0£Ë&ʝ¥ÐKғ$ʊʔÊ1ÌD$%ʗʣ˙^#ʔÌPкÌ$ СҔ“$ÊIœÐ€ʝ¥ÐÏI“$ҞÐ*

B Ð2#^#Ê¥%ʯÐ,ÌMˉ̐ʥÊ— Ê£̙ ˠʜ̦Ê,%ʦ̅Ê,˙̔Ё̓$˙˟ʭë%Ê8%ʗÐÍÊ,šÐ—Ò´Ð*

ìíÐ/%ÊQÐ=“Ì $˂¥ÐMÊPʡҔ“$ҞÐ+ ʈС Ҕ“$

Bermaksud:
C
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah
Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab
itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan
menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula)
D semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka
dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan
Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
[54] Perkara ini seterusnya ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW
menerusi sabdanya yang berbunyi:
E
¡¦”€ µ¥ ´£ ¤”¥ šµP ´$
Bermaksud:

Islam itu tinggi, dan tidak ada agama yang lebih tinggi
F daripadanya. (Hadis riwayat al-Baihaqi)

[55] Islam datang daripada Allah yang Maha Bijaksana. Ia sesuai


dengan fitrah manusia. Terkandung dalam persuratan ajarannya
keadilan untuk semua golongan. Menjadi tanggungjawab setiap
G individu Muslim memulihara imej Islam.

[56] Semua umat Islam hendaklah meneguhkan pegangan kepada


agama yang mulia ini dan memeliharanya daripada segala apa yang
boleh merosakkan, kerana agama Islam saja yang diredai Allah dan
yang menentukan nasibnya untuk mencapai kebahagiaan yang
H
sebenarnya khususnya di akhirat kelak.

[57] Di dalam kesempatan ini juga, kami berhajat untuk


menyentuh secara ringkas soal kebebasan beragama yang sering
dibangkitkan atau diperjuangkan oleh sesetengah pihak sehinggakan
I ada yang mengatakan seseorang itu boleh masuk dan keluar apa-apa
agama yang mereka inginkan termasuk Agama Islam. Mudah-
mudahan apa yang kami nyatakan di sini dapat memperjelaskan
184 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

kekeliruan tersebut. Hujah kepada pendapat mereka adalah A


berpandukan kepada firman Allah s.w.t:

Н¥ÐÏI“$ «Ðˆ Ê¢$ÊM̏Ð* ë´Ê


B
Bermaksud:

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) (al-Baqarah, 2:256)

[58] Hakikatnya, ‘tiada paksaan’ itu membawa maksud dan


pengertian yang lain. Said Hawa dalam Kitab Al-Asas fi al-Tafsir, Juz. C
1, hlm. 600-601 mengegaskan bahawa ayat tersebut bermaksud, tidak
boleh memaksa mana-mana orang supaya menganut Islam kerana
Islam mesti ditegakkan atas hujah yang jelas. Hal ini ditegaskan
dalam ayat yang sama iaitu:
D

ÌMˉ̐ʥÊ˜Êˆ;Ðϫʅ̓$ʝ ЗËIÌTÓM“$ʝҦÊ-Ò0Iʌ Н¥ÐÏI“$«ÐˆÊ¢$ÊM̏ Ð*ë´ Ê

Ê´^«ÊÌ4ˤ̓$ЩʣÌMˁ̓%Ð,ÊuQ
Ê Ì˜Ê1ÌP$ÐI ʍʈ СҔ“%Ð,šÐ—̳˥ Ê£Ð3¤Ë…#^#ÒÉ “%Ð,

ìíΙ¦Ð”Ê€΂¦Ð˜ÊPˡҔ“$Ê£%ʠʓʚ%ÊYЉ›$
E

Bermaksud:
F
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah
nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa
yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah,
maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali
agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah, 2:256) G

[59] Dalam Kitab Al-Tafsir al-Wasit, karangan Dr. Wahbah


al-Zuhalily, Juz. 1 tahun 2000, hlm 148 menyatakan:
Syeikh Masruq menyebutkan sebab turun ayat ini adalah berkaitan
dengan seorang lelaki golongan Ansar daripada Bani Salim bin Auf. H
Beliau mempunyai dua orang anak yang beragama Nasrani sebelum
kebangkitan Rasulullah. Beberapa ketika selepas itu, kedua-duanya
kembali ke Madinah bersama-sama qabilah Nasrani membawa
barang makanan. Lalu kedua-duanya didatangi ayahanda mereka
memaksa mereka memeluk Islam. Namun kedua-dua anaknya
I
enggan berbuat demikian. Hal ini diadukan kepada Rasulullah s.a.w.
Beliau berkata, “wahai Rasulullah! Apakah aku hanya membiarkan
kedua anakku dicampakkan ke neraka? Lalu turunlah ayat ini.
Majlis Agama Islam Pulau Pinang
[2009] 1 CLJ (Sya) lwn. Siti Fatimah Tan Abdullah 185

A [60] Oleh itu, konteks sebenar “la ikraha” ialah tidak boleh
memaksa orang bukan Islam supaya memeluk Islam, bukannya
sebagai hujjah untuk membenarkan orang Islam bebas memilih
i’tiqad lain.

B [61] Seseorang yang belum beragama Islam tetapi telah menerima


mana-mana kepercayaan lain, maka dia bebas memilih mana-mana
kepercayaan yang dia mahu. Islam tidak sesekali memaksa mereka
menerima Islam. Jika mereka hendak menganut Agama Islam
dengan rela hati adalah tidak mengapa.
C
[62] Islam menjamin kebebasan peribadi orang yang bukan lslam.
Mereka bebas di dalam menunaikan syiar agama mereka di tempat-
tempat dan kampung-kampung mereka yang khusus (sempadan
Negara mereka), tetapi sekiranya mereka berada di kampung-
kampung atau daerah dalam Negara Islam, harus pihak berkuasa
D
Islam memberikan kebebasan penuh kepada mereka untuk
menunaikan syiar agama mereka atau meletakkan batas-batas
tertentu kepada mereka.

[63] Islam datang sebagai Agama yang memberikan kebebasan


E beragama dan i’tikad. Oleh itu, tidak boleh memaksa manusia
menganuti Islam atau juga agama-agama lain. Firman Allah s.w.t
dalam al-Qur’an, Surah Yunus ayat 99 - 100:

F
;
%́¦Ð˜Ê8̙ˠӔˏ ÐaÌLʶÌ$«ÐˆÊ—ʝʗ ʶÊÊuÓ,ÊLÊ­ë%ÊT̤“Ê Ê£ 

ìíʝ ¦ÐœÐ— ̳—Ë $̤˛¤ËÊ¥^« Ò1Ê<ÊS%Ҝ“$Ë¢ÐM̐Ë0Ê2›Ê'ʈ Ê&

˕ ʁÌ9 ʥʣ ;СҔ“$ʞÌJ Ð+Ð,Ò´Ð*ʝЗ ̳Ë0žÊ&ÑR̉ʜГʞ%ʏ%ʗʣ 

ìíʞ¤Ë”Ѝ́ʥÊ´ ʝ¥ÐK ғ$«Ê”Ê€ ÊR Ì8MÐϓ$


G

Bermaksud:

Dan jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian


H
manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang
kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak
menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa
manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? (99)

I
186 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman A


melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan
peraturanNya) dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang
tidak mahu memahami (perintah-perintahNya). (100)

[64] Seterusnya Firman Allah s.w.t lagi:


B

ìíʞËIË-́Ê0%ʗËIË- ̀Ê&ëÊ´ìíʞ£ËM Љʐ̓$%Ê Ó¥ Ê'#ë^###Ê¥ ̕ˌ 

%җÎI ,Ð%ʀÌ% ʛÊ& ëÊ´Ê£ìíËIË-̀Ê&ë%ʗ ʞ£ËIÐ-#^#ʀ̙Ë1›Ê&ëÊ´Ê£ C

ìíËI Ë-̀ Ê&ë% ʗʞ£ËIÐ-^#ʀ̙Ë1›Ê&ëÊ´Ê£ìí̙Ó0IÊ-ʀ

ìíН¥ÐH«Ê“ÐÊ£̙ː˜ ¥ÐH̙ːʓ
D
Bermaksudnya:

Katakanlah (Wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir! Aku tidak


akan menyembah apa Yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu
menyembah (Allah) Yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan
beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu E
beribadat secara Aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan
bagiku ugamaku. (Surah al-Kafirun, 109: ayat 1-6)

Keputusan/Perintah

[65] Sebelum kami memberikan keputusan, kami dengan F

hormatnya menyatakan bahawa kami berpendapat Hakim Bicara


telah tersalah arah dengan mentafsirkan s. 107 Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 sebagai
membenarkan pengisytiharan seseorang bukan lagi Islam tanpa
terlebih dahulu membuat pengesahan samada pemelukan Islamnya G

sah atau tidak. Walaubagaimanapun, kami bersetuju dengan perintah


yang telah dikeluarkan. Dengan itu, setelah kami mendengar,
membaca dan meneliti rekod rayuan, hujah bertulis perayu, hujah
responden dan alasan-alasan yang telah dinyatakan, maka kami
sebulat suara berpuashati bahawa perayu telah gagal mengemukakan H

alasan-alasan bagi membolehkan mahkamah ini menimbangkan


semula keputusan yang telah dikeluarkan oleh Hakim Bicara dan
kami juga mendapati pihak responden telah tidak sempurna
pengislamannya mengikut kehendak peruntukkan Enakmen
I
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. Oleh itu,
kami memutuskan seperti berikut:

1. Rayuan perayu adalah ditolak.

2. Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dalam kes


Mal Bil: 07100-043-0191-2006 bertarikh 8 May 2008 adalah
dikekalkan.

You might also like