You are on page 1of 10

Abdul Rahman Salleh & Satu Lagi lwn.

[2004] CLJ (Sya) Pendakwa Hal Ehwal Agama Terengganu 17

ABDUL RAHMAN SALLEH & SATU LAGI a

lwn.
PENDAKWA HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU
MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH, TERENGGANU b
AHMAD IBRAHIM HR
AHMAD FAIRUZ SHEIKH ABDUL HALIM HR
ENGKU ALWI ENGKU AMBAK HR
[RAYUAN JENAYAH NO: MAS TR 11/032/1/94]
28 OGOS 1994
c
UNDANG-UNDANG JENAYAH: Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama
Islam 1986 [Terengganu] - Seksyen 168(1) - Bersembahyang Jumaat
bukan di tempat yang diluluskan - Pembuktian - Sama ada sabitan
disokong oleh keterangan - Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam
1986 [Terengganu] ss. 113, 168, 180, 198 d

PROSEDUR JENAYAH: Hukuman - Kesetimpalan - Bersembahyang


Jumaat bukan ditempat yang diluluskan - Denda RM4,000 atau 6 bulan
penjara - Sama ada setimpal - Sama ada perlu diganggu - Permintaan
meringan hukuman - Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam
e
Terengganu 1986 [Terengganu] s. 113(17)
KETERANGAN: Pembuktian - Beban - Bersembahyang Jumaat bukan
ditempat yang diluluskan - Pengiktirafan penghakiman mengenai tempat-
tempat yang boleh di adakan sembahyang Jumaat - Sama ada boleh
dibuat - Bukti bahawa surau adalah tempat di mana sembahyang Jumaat f
boleh diadakan - Sama ada tertanggung atas tertuduh - Akta Keterangan
1950 ss. 57, 105, 106
[Nota Pengarang: Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986
telah dimansuh oleh Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam
(Terengganu) 1422H/2001M, dimana s. 180 Enakmen 1986 telah disalin g
semula ke dalam s. 88 Enakmen 2001 itu. Seksyen-seksyen 168 & 198
Enakmen 1986 pula telah diserap ke dalam s. 17 Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, sementara s. 113(17)nya
kini menjadi s. 100(2)(r) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
(Terengganu) 2001. Mengenai s. 94(2), undang-undang mengenai h
keterangan telah dikanunkan oleh Enakmen Keterangan Mahkamah
Syariah (Terengganu) 2001]

i
Laporan Syariah
18 (Kes-Kes Terpilih) [2004] CLJ (Sya)

a Di Mahkamah Rendah Syariah, kedua-dua tertuduh (‘perayu’) telah didakwa


dan disabitkan dengan kesalahan di bawah s. 168(1) Enakmen Pentadbiran Hal
Ehwal Agama Islam Terengganu 1986 (‘Enakmen’), kerana mengambil bahagian
dalam menunaikan sembahyang Jumaat di tempat yang tidak diluluskan untuk
tujuan tersebut, dan dihukum denda RM4,000 atau 6 bulan penjara masing-
b masingnya. Keterangan menunjukkan bahawa perayu, pada waktu material, telah
bersembahyang Jumaat di sebuah surau yang dipanggil Surau Pak Da Malik,
Besut, Terengganu. Perayu merayu dan berhujah, antara lain, bahawa
pendakwaan gagal membuktikan bahawa surau Pak Da Malik tidak diwartakan
sebagai tempat untuk bersembahyang Jumaat. Hujah dan rayuan perayu
c bagaimanapun ditolak oleh hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang bijaksana,
dengan alasan bahawa, walaupun tiada apa-apa pemberitahuan warta mengenai
kedudukan surau berkenaan dikemukakan oleh pendakwaan, mahkamah boleh
bergantung kepada ilmu Kadi dan pengetahuan meluas penduduk setempat,
berakibat, menurut yang arif hakim lagi, “apabila disebut surau Pak Da Malik
semua masyarakat Negeri ini membuat tanggapan bahawa bangunan itu tidak
d
dibenarkan padanya mendirikan sembahyang Jumaat”.
Perayu merayu ke Mahkamah Rayuan Syariah dan persoalan-persoalan penting
yang timbul adalah sama ada: (i) sabitan disokong oleh fakta; (ii) pemberitahuan
warta perlu dikemukakan oleh pendakwaan bagi membuktikan kesnya; (iii)
e mahkamah boleh memberi pengiktirafan penghakiman kepada fakta bahawa
surau berkenaan bukan tempat yang diluluskan untuk mengadakan sembahyang
Jumaat; (iv) beban adalah di atas perayu bagi membuktikan bahawa surau Pak
Da Malik adalah tempat di mana sembahyang Jumaat boleh diadakan; (v)
hukuman boleh dipertahankan, memandangkan yang arif kadi, dalam menjatuhkan
f hukuman, gagal memberi peluang kepada perayu untuk mengemukakan
permintaan untuk keringanan hukuman.
Diputuskan (menolak rayuan sebahagiannya):
Oleh Ahmad Ibrahim HR menyampaikan penghakiman mahkamah

g [1] Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah betul apabila
memutuskan bahawa keterangan yang dikemukakan adalah mencukupi
untuk menunjukkan bahawa kedua-dua perayu telah mengambil bahagian
dalam sembahyang Jumaat seperti yang dituduh terhadap mereka.
(ms 24 g)
h [2] Berhubung soal sama ada pendakwa perlu mengemukakan pemberitahuan
warta yang menunjukkan mana masjid yang telah dilulus untuk
mengadakan sembahyang Jumaat, rujukan harus dibuat kepada Akta
Keterangan 1950. Rujukan sedemikian adalah dibenarkan di bawah
s. 94(2) Enakmen. (ms 24 h)
i
Abdul Rahman Salleh & Satu Lagi lwn.
[2004] CLJ (Sya) Pendakwa Hal Ehwal Agama Terengganu 19

[2a] Mengambilkira peruntukan s. 57 Akta Keterangan 1950, yang secara a


berkesannya membenarkan mahkamah memberi pengiktirafan kehakiman
mengenai undang-undang atau peraturan mengenai masjid-masjid atau
tempat-tempat di mana sembahyang jumaat boleh diadakan, serta ss. 105
dan 106 Akta yang sama, beban untuk membuktikan bahawa
sembahyang Jumaat boleh diadakan di Pak Da Malik adalah dipikul oleh b
perayu. Ini gagal dibuktikan oleh perayu. (ms 25 a-d)
[3] Sayangnya semua pihak termasuk Hakim-Hakim Mahkamah Rendah dan
Tinggi Syariah, serta peguam-peguam semuanya menumpukan perhatian
kepada peruntukan s. 168 Enakmen, sedangkan, pada hakikatnya, tidak
ada masjid atau tempat yang telah diluluskan untuk mengadakan c
sembahyang Jumaat oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama di bawah
s. 168. Rujukan seharusnya dibuat kepada s. 180 Enakmen yang
memperuntukkan bahawa, bagi maksud Enakmen tersebut, masjid-masjid
yang disenaraikan dalam Jadual Kedua dan tiada yang selainnya adalah
masjid-masjid di mana sembahyang Jumaat boleh diadakan dan Duli Yang d
Maha Mulia Sultan boleh dari masa ke semasa dengan perintah yang
disiarkan di dalam Warta meminda Jadual Kedua itu. (ms 25 f-g)
[4] Kedua-dua perayu dituduh di bawah s. 168 Enakmen. Sebetulnya, tidak
ada mana-mana tempat yang telah dilulus untuk mengadakan sembahyang
e
Jumaat oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan tidak ada pemberitahuan
yang diwartakan mengenai kelulusan itu dan oleh kerana itu, perayu
sebetulnya telah melakukan kesalahan di bawah s. 168(1) yang boleh
dihukum di bawah s. 198(1) Enakmen. Sementara itu, surau berkenaan
juga tidak termasuk dalam senarai masjid-masjid di mana sembahyang
jumaat boleh diadakan di bawah Jadual Kedua Enakmen. (ms 26 a-b) f

[5] Mahkamah Rendah Syariah telah tidak mematuhi s. 113(17) Enakmen


kerana gagal mendengar atau mempertimbang sebarang permintaan untuk
meringankan hukuman. Dalam halkeadaan kes, walaupun hukuman
pencegahan perlu, hukuman wajar dipinda kepada denda RM2,500 atau g
penjara 1 1/2 tahun (bagi setiap perayu). (ms 26 e)
[English Translation of Headnotes]
CRIMINAL LAW: Administration of Islamic Religious Affairs Enactment
1986 [Terengganu] - Section 168(1) - Performing Friday prayer at place h
not approved for the purpose - Performing Friday prayer at a surau -
Proof - Whether conviction sustainable - Administration of Islamic
Religious Affairs Enactment 1986 [Terengganu] ss. 113, 168, 180, 198

i
Laporan Syariah
20 (Kes-Kes Terpilih) [2004] CLJ (Sya)

a CRIMINAL PROCEDURE: Sentence - Adequacy - Performing Friday


prayer at place not approved for the purpose - Fined RM4,000 in default
6 months’ jail - Whether adequate - Failure to hear plea in mitigation -
Whether fine to be reduced - Administration of Islamic Religious Affairs
Enactment 1986 [Terengganu] s. 113(17)
b
EVIDENCE: Proof - Burden of - Performing Friday prayer at place not
approved for the purpose - Performing Friday prayer at a surau -
Judicial Notice - Judicial notice of places where Friday prayers could
be held - Whether could be taken cognizance of - Proof that surau was
a place where Friday prayers could be held - Whether on the defence -
c Evidence Act 1950 ss. 57, 105, 106
[Editor’s note: The Administration of Islamic Religious Affairs Enactment
1986 was repealed by the Administration of Islamic Religious Affairs
Enactment 1422H/2001M, wherefore s. 180 of the 1986 Enactment was
d reproduced in s. 88 of the 2001 Enactment, its ss. 168 & 198
incorporated into s. 17 of the Syariah Criminal Offences (Takzir)
(Terengganu) Enactment 2001 and its s. 113(17) immersed into s. 100(2)(r)
of the Syariah Criminal Procedure (Terengganu) Enactment 2001. As for
s. 94(2), the matter of evidence had since been canonized vide Syariah
Court Evidence (Terengganu) Enactment 2001.]
e
Before the Syariah Subordinate Court, the two accused herein (‘the appellants’)
were charged with and convicted of an offence under s. 168(1) of the
Administration of Islamic Law Enactment 1986, Terengganu (‘the Enactment’),
for performing Friday prayer at a place not approved for such purpose, and
f was each fined RM4,000 in default to 6 months’ imprisonment. The evidence
showed that the appellants were at the material time performing the Friday
prayer at a place known as surau Pak Da Malik, Besut, Terengganu (‘the
surau’). The appellants appealed against the conviction and sentence and argued
inter alia that the conviction was flawed as the prosecution had not proved
g that the surau was not gazetted as a place where Friday prayers could be
held. The argument was however dismissed by the learned Syariah High Court
judge, on the ground that, notwithstanding the absence of any gazette
notification on the status of the surau, the court could still rely on the kadi’s
and the local resident’s knowledge, such that “whenever surau Pak Da Malik
was mentioned, all the resident’s in the State would assume that no Friday
h
prayer could be held there”.

i
Abdul Rahman Salleh & Satu Lagi lwn.
[2004] CLJ (Sya) Pendakwa Hal Ehwal Agama Terengganu 21

The appellants appealed further and before the Syariah Court of Appeal issues a
arose as to: (i) whether the conviction was supported by the facts; (ii) whether,
to prove its case, the prosecution ought to produce the gazette notification in
question; (iii) whether the court could take judicial notice of the fact that the
surau was not a place approved for holding Friday prayers; (iv) whether the
burden was on the appellants to prove that the surau was a place where Friday b
prayers could be performed; (v) whether the sentence so meted out was
sustainable considering that the learned kadi, in imposing the sentence, had not
accorded the appellants any opportunity to plead their respective mitigation.
Held (allowing the appeal partly):
Per Ahmad Ibrahim AJ delivering the judgment of the court c

[1] The Syariah Subordinate Court and the Syariah High Court were correct
in holding that the evidence adduced were sufficient to show that the
appellants had participated in a Friday prayer as per the charges against
them. d
[2] On the issue of whether the prosecution ought to have adduced a gazette
notification identifying the mosques which could be used for Friday
prayers, reference could be made to the Evidence Act 1950. Such
reference is allowed by s. 94(2) of the Enactment.
e
[2a] Bearing in mind s. 57 of the Evidence Act 1950, which in effect enabled
the court to take judicial notice of laws or rules respecting mosques or
places where Friday prayers could be held, and ss. 105 and 106 of that
Act, the burden lay with the appellants to prove that Friday prayers could
be held at the surau. This the appellants failed to do. f
[3] It is unfortunate that the parties herein, including the Syariah Subordinate
Court and High Court judges, and the counsel, were focusing on s. 168
of the Enactment, when the Commissioner for Religious Affairs had
never approved any mosque or place for the holding of Friday prayers
under the said s. 168. Reference ought instead to be made to s. 180 of g
the Enactment which provided that, for the purposes of the Enactment,
“only those mosques as were listed in the Second Schedule, and none
of the others, were mosques where Friday prayers could be held, but
that His Royal Highness the Sultan could from time to time vide orders
published in the Gazette amend the Second Schedule”. h
[4] The appellants were charged under s. 168 of the Enactment. Rightly,
no place had been approved for the holding of Friday prayers by the
Commissioner for Religious Affairs and no notification had been gazetted
in respect of any such approval, and that being so, the appellants must
i
Laporan Syariah
22 (Kes-Kes Terpilih) [2004] CLJ (Sya)

a have committed an offence under s. 168(1) of the Enactment punishable


under s. 198(1) thereof. The surau too was not included in the list of
mosques where Friday prayers could be held under the Second Schedule
of the Enactment.
[5] The Syariah Subordinate Court, in failing to hear or consider the plea in
b
mitigation, had contravened s. 113(17) of the Enactment. In the
circumstances, although a preventive sentence is desirable, the sentence
ought to be amended to a fine of RM2,500 in default to 1 1/2 years’
imprisonment for each appellant.

c Perundangan yang dirujuk:


Akta Keterangan 1950, ss. 57, 105, 106
Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 [Terengganu], ss. 94(2), 113(7), 168,
(1), (2), 180, 198(1)

PENGHAKIMAN
d
Ahmad Ibrahim HR:
Dalam kes ini dua orang yang dituduh telah dituduh berasingan bahawa pada
25 September 1987 kira-kira jam 1.12 petang mereka telah didapati mengambil
bahagian dalam menunaikan sembahyang Jumaat di surau Pak Da Malik, Besut,
Terengganu, iaitu suatu tempat yang tidak diluluskan oleh Pesuruhjaya Hal
e
Ehwal Agama Terengganu dan dengan demikian mereka telah melakukan
kesalahan di bawah s. 168(1) yang boleh dihukum di bawah s. 198 Enakmen
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam, 1986, bilangan 12/86.
Orang yang dituduh telah dibicara bersama di hadapan Mahkamah Syariah
f Rendah, Besut pada 24 Januari 1988. Pihak pendakwa telah memanggil dua
orang saksi, yang pertama Penolong Kanan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama
Terengganu unit qariah dan yang kedua dari Bahagian Penguatkuasa Agama
bertugas di Daerah Besut. Mereka telah memberi keterangan bahawa dua-dua
yang dituduh telah mengambil bahagian dalam sembahyang Jumaat di surau
g Pak Da Malik, Besut sebagai bilal dan imam pada tarikh dan masa yang disebut
dalam pertuduhan-pertuduhan. Saksi-saksi itu juga mengata bahawa tempat itu
tidak diluluskan dan tidak diwartakan sebagai tempat untuk menunaikan
sembahyang Jumaat. Dalam pembelaan mereka dua-dua dituduh itu tidak
menafikan bahawa mereka telah mengambil bahagian dalam sembahyang Jumaat
itu seperti yang dituduh akan tetapi mereka mendakwa mereka berhak membuat
h
demikian mengikut Al Quran dan Sunnah, biarpun apa yang diperuntukkan dalam
Enakmen Negeri. Kadi Mahkamah Rendah Syariah itu telah mensabitkan
kesalahan tiap-tiap dituduh itu dan menghukum tiap-tiap mereka dengan denda

i
Abdul Rahman Salleh & Satu Lagi lwn.
[2004] CLJ (Sya) Pendakwa Hal Ehwal Agama Terengganu 23

RM4,000 atau enam bulan penjara. Dua-dua yang dituduh telah merayu kepada a
Mahkamah Tinggi Syariah. Alasan utama rayuan itu ialah (a) bahawa pendakwa
telah gagal membuktikan dengan jelas bahawa dua-dua orang yang dituduh itu
telah mengambil bahagian dalam sembahyang Jumaat di Surau Pak Da Malik
itu pada tarikh dan masa yang disebut dalam pertuduhan-pertuduhan dan (b)
bahawa pendakwa telah gagal membuktikan bahawa tempat itu iaitu Surau Pak b
Da Malik bukan tempat yang telah diwartakan sebagai masjid atau tempat yang
diluluskan untuk sembahyang Jumaat. Yang arif hakim Mahkamah Tinggi
Syariah telah menolak rayuan itu. Dalam alasan keputusannya yang panjang
lebar beliau apabila menyentuh alasan pertama seperti disebut diatas telah
berkata: c
Berdasarkan rekod perbicaraan Mahkamah Rendah Syariah mahkamah
berpendapat alasan tersebut tidak dapat diterima. Ini kerana daripada keterangan
saksi di peringkat soal utama, soal balas dan pemeriksaan semula, saksi-saksi
pendakwa dapat membuktikan dengan nyata dan jelas bahawa kedua-duanya
yang kena tuduh bukan sahaja berada di dalam Surau Pak Da Malik pada d
25 September 1987 kira-kira jam 1.12 petang malah kedua-duanya mengambil
bahagian dalam menunaikan sembahyang Jumaat di Surau Pak Da Malik iaitu satu
tempat selain dari masjid di mana sembahyang Jumaat boleh diadakan atau tempat
yang diluluskan bagi maksud itu oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama, iaitu
seorang bertindak sebagai tukang bang dan qasamah dan seorang bertindak
sebagai khatib dan imam sembahyang. Oleh yang demikian mahkamah e
berpendapat adanya prima facie case.

Menyentuh alasan kedua rayuan itu beliau menyatakan bahawa Warta Kerajaan
mengenai masjid-masjid di mana sembahyang Jumaat boleh diadakan tidak
dikemukakan oleh pendakwa dan berpendapat pihak pendakwa seharusnya
mengemukakan Warta Kerajaan itu.Walaubagaimanapun beliau bergantung f
kepada Ilmu Al-Kadi dan pengetahuan yang luas oleh penduduk tempatan.
Beliau berkata:
Dari segi ilmu Al-Kadi yang membicarakan kes ini sedia maklum Warta berkenaan
kerana ianya berkuatkuasa mulai dari 1 Ogos 1987 iaitu pada tarikh yang sama
g
dengan berkuatkuasanya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama, 1986 (Warta
Berkenaan ialah Tr. P.U. 12 bertarikh 16 Julai 1987) dan ada diedarkan kepada
Kadi berkenaan oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama. Mengenai pengetahuan yang
meluas oleh penduduk tempatan pula, masyarakat negeri kita faham, bila sebut
“masjid” maknanya Masjid Jamek dari segi feqah iaitu masjid atau bangunan atau
tempat yang dibenarkan padanya mendirikan sembahyang Jumaat manakala h
apabila disebut “surau” atau “balai sah” atau “madrasah” maknanya masjid dari
segi feqah iaitu tempat sembahyang dan lain-lain kerja ibadat kecuali sembahyang
Jumaat. Oleh itu bila sebut Surau Pak Da Malik semua masyarakat negeri ini
membuat tanggapan bahawa bangunan itu tidak dibenarkan padanya mendirikan
sembahyang Jumaat.
i
Laporan Syariah
24 (Kes-Kes Terpilih) [2004] CLJ (Sya)

a Dalam keputusan beliau yang arif hakim Mahkamah Tinggi Syariah juga
menyentuh kedudukan perkara itu di bawah hukum syarak. Beliau berkata:
Di dalam perkara ini hikmah difardhukan sembahyang Jumaat ialah untuk
menghimpun seluruh muslimin dalam satu tempat dan sama-sama menyembah
Allah dengan cara khusyuk. Tetapi jika terdapat berbilang-bilang masjid, hikmah
b ini akan terburai. As Syafi’ah berpendapat sekiranya berbilang-bilang masjid atau
tempat mendirikan sembahyang Jumaat tanpa hajat dalam satu balad, hanya dikira
sah sembahyang Jumaat ahli balad yang mendirikan sembahyang terdahulu
daripada yang lain dan jika masing-masing mendirikan Jumaat di waktu yang sama
maka kesemuanya tidak sah. Sila rujuk Kitab Al Fiqh ada Mazhabil al arbaah
Juzuk pertama halaman 385.
c
Mengenai hukuman yang dikenakan, yang arif hakim Mahkamah Tinggi Syariah
berkata bahawa rekod di Mahkamah Rendah Syariah tidak menunjukkan
bahawa peluang telah diberi kepada orang-orang yang dituduh merayu di atas
hukuman yang akan dijatuhkan dan ini adalah merupakan satu kelemahan
d mahkamah, akan tetapi beliau berpendapat perkara itu tidaklah mencacatkan
keputusan itu. Kadi di Mahkamah Rendah Syariah telah berkata walaupun kes
ini adalah kes pertama keatas kedua-dua yang kena tuduh beliau telah
mengenakan hukuman itu “untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada
kedua-dua yang kena tuduh juga pada umat Islam yang lain yang cuba hendak
e melakukan atau yang sedang melakukan perkara ini mudah-mudahan dengan
adanya hukuman itu perkara ini iaitu sembahyang Jumaat berasingan di
bangunan atau surau yang tidak diluluskan oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Ugama
Terengganu itu beransur-ansur reda dan seterusnya berhenti kembali seperti
sediakala beramai-ramai bersembahyang di masjid yang diluluskan.
f Dalam rayuan di hadapan Mahkamah Rayuan Syariah, peguam syarie bagi
pihak perayu telah berhujah pada matannya atas alasan-alasan yang sama. Atas
soal fakta, sama ada pendakwa telah membuktikan bahawa perayu-perayu telah
mengambil bahagian dalam sembahyang Jumaat pada hari dan masa seperti yang
dituduh, kami berpendapat Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah
g telah betul memutuskan bahawa keterangan yang dikemukakan adalah mencukupi
untuk menunjukkan bahawa dua-dua orang yang dituduh telah mengambil bahagian
dalam sembahyang Jumaat seperti yang dituduh terhadap mereka.
Atas soal undang-undang sama ada pihak pendakwa perlu mengemukakan
Pemberitahuan Warta yang menunjukkan mana masjid yang telah dilulus untuk
h
mengadakan sembahyang Jumaat, kami berpendapat rujukan hendaklah dibuat
kepada Akta Keterangan, 1950. Seksyen 94(2) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal
Agama Islam, 1986, memperuntukkan bahawa selain berkenaan dengan saksi
atau keterangan yang dikehendaki untuk membuktikan sesuatu fakta dan berat,
bilangan, taraf atau mutunya, mahkamah hendaklah mengambil perhatian kepada
i
Abdul Rahman Salleh & Satu Lagi lwn.
[2004] CLJ (Sya) Pendakwa Hal Ehwal Agama Terengganu 25

undang-undang keterangan yang pada masa ini berjalan kuatkuasanya di dalam a


negeri ini dan hendaklah berpandu kepada prinsip-prinsip yang tersebut di
dalamnya, tetapi tidaklah terwajib menurutnya dengan tepat. Seksyen 57 Akta
Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa mahkamah hendaklah memberi
pengiktirafan kehakiman antara lain mengenai semua Enakmen dan Peraturan
yang berkuatkuasa sebagai undang-undang di Malaysia atau mana-mana b
bahagiannya dan oleh kerana itu mahkamah syariah boleh memberi pengiktirafan
kehakiman mengenai undang-undang atau peraturan mengenai masjid-masjid
atau tempat-tempat di mana sembahyang Jumaat boleh diadakan. Di bawah
s. 105 Akta Keterangan 1950 apabila seorang dituduh atas suatu kesalahan,
maka beban membuktikan hal keadaan yang membawa kes itu termasuk di c
dalam pengecualian am di dalam undang-undang atau dimana pengecuaian khas
atau syarat yang terkandung dalam mana-mana bahagian undang-undang itu
adalah terletak atasnya dan mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan
yang tersebut itu sebagai tidak ada. Seksyen 106 pula memperuntukkan bahawa
apabila suatu fakta adalah khasnya diketahui oleh seorang maka beban bagi
d
membuktikan fakta itu terletak atasnya. Dalam kes ini boleh dikatakan bahawa
beban membuktikan bahawa sembahyang Jumaat boleh diadakan di surau yang
berkenaan itu adalah dipikul oleh orang-orang yang dituduh itu. Yang dituduh
itu sebetulnya tidak membuktikan bahawa surau itu telah diluluskan sebagai
tempat di mana boleh diadakan sembahyang Jumaat.
e
Dalam kes ini sayangnya semua pihak, termasuk hakim-hakim di Mahkamah
Rendah Syariah dan di Mahkamah Tinggi Syariah dalam keputusan-keputusan
beliau dan peguam-peguam dalam menghujahkan kes ini, menumpukan perhatian
kepada peruntukan s. 168 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam,
1986. Sebetulnya selepas diadakan penyelidikan lanjut nyatalah tidak ada masjid f
atau tempat yang telah diluluskan untuk mengadakan sembahyang Jumaat oleh
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dibawah s. 168(2).
Rujukan seharusnya dibuat kepada s. 180 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal
Agama Islam yang memperuntukkan bahawa bagi maksud-maksud Enakmen
itu, masjid-masjid yang disenaraikan dalam Jadual Kedua dan tiada yang g
selainnya, adalah masjid-masjid di mana sembahyang Jumaat boleh diadakan
dan Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dari masa ke semasa dengan perintah
yang disiarkan dalam Warta meminda Jadual Kedua itu dan memberi senarai
masjid-masjid di mana sembahyang Jumaat boleh diadakan - lihat Perintah
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Pindaan kepada Jadual Kedua) 1987 h
(Tr PU 12/1987). Senarai itu telah dipinda pada tahun 1989 oleh Perintah
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Pindaan kepada Jadual Kedua), 1989
(Tr PU 12/1989) dan Perintah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Pindaan
Jadual Kedua) 1992 (Tr PU 12/1992).
i
Laporan Syariah
26 (Kes-Kes Terpilih) [2004] CLJ (Sya)

a Dua-dua orang yang dituduh dalam kes ini telah dituduh di bawah s. 168
Enakmen Pentadbiran hal Ehwal Agama Islam, 1986. Sebetul tidak ada mana-
mana tempat yang telah dilulus untuk mengadakan sembahyang Jumaat oleh
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan tidak ada pemberitahuan yang diwartakan
mengenai kelulusan itu dan oleh kerana itu orang-orang yang dituduh itu
b sebetulnya telah melakukan kesalahan di bawah s. 168(1), yang boleh dihukum
di bawah s. 198(1). Surau yang berkenaan itu juga tidak dimasukkan dalam
senarai masjid-masjid di mana sembahyang Jumaat boleh diadakan di bawah
Jadual Kedua Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam, 1986 itu.
Dalam Kitab Al Umm Imam Shafie telah menyebut antara lain maksudnya
c “Tidaklah diadakan Jumaat pada suatu negeri walaupun besar penduduknya dan
banyak pcnduduk dan masjid-masjidnya selain pada tempat masjid yang terbesar.”
Dikhabarkan juga Imam Shafie telah berkata maksudnya “Apabila luaslah negeri
dan banyaklah bangunannya, lalu didirikan pada banyak masjid, yang besar dan
yang kecil nescaya tidak memadai, pada saya, bahawa dikerjakan Jumaat padanya
d selain pada satu masjid.” (Kitab Al-Umm “Wajib Jumaat”)
Oleh sebab-sebab yang disebut itu kami telah menolak rayuan terhadap sabitan.
Mengenai hukuman, kami berpendapat bahawa Mahkamah Rendah Syariah
yang membicarakan kes itu telah tidak mematuhi kepada s. 113(17) Enakmen
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam, 1986, yang memperuntukkan bahawa jika
e
yang dituduh itu disabitkan kesalahannya, mahkamah bolehlah diberitahu akan
kesalahan-kesalahan yang terdahulu daripada itu dan hendaklah mahkamah
memberi pertimbangan kepada sebarang permintaan kerana mengurangkan
hukuman. Kami telah diberitahu bahawa orang-orang yang dituduh itu adalah
petani dan pendapatan tiap-tiap orang mereka adalah hampir RM2,000 setahun
f dan mereka ada isteri dan anak sebagai tanggungan. Sungguhpun kami bersetuju
hukuman pencegahan mungkin perlu dalam kes-kes seperti itu, kami
memutuskan dalam keadaan kes ini untuk mengurangkan hukuman itu kepada
RM2,500 atau penjara 11/2 tahun bagi tiap-tiap mereka.

You might also like