You are on page 1of 6

KURSUS : UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

KOD KURSUS : LAW634


KELAS : LWD01A
TUGASAN : ULASAN KES JENAYAH SYARIAH

PENDAKWA SYARIE JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI


SEMBILAN LWN MOHD NOR WAHAB [2017] 3 LNS 46

DISEDIAKAN OLEH: NURUL IZZATI BINTI AHMAD NASARUDDIN (2022954477)

UNTUK PENILAIAN: PUAN NORRASYADA BT OSMAN


(A) Butiran Kes
Kes PENDAKWA SYARIE JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI
SEMBILAN LWN MOHD NOR WAHAB [2017] 3 LNS 46 merupakan perbicaraan bagi
kesalahan jenayah syariah berkaitan keberadaan OKT di tempat perjudian dibawah seksyen
79A(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (EJNS) 1992 (Pindaan 2004) yang
dibicarakan di dalam Mahkamah Rendah Syariah Rembau Dalam Negeri Sembilan Darul
Khusus dengan Kes Jenayah Syariah No.: 05002-138-0001 Tahun 2016 antara Pendakwa Syarie
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan lawan Mohd. Nor Bin Wahab,Orang Kena
Tuduh (OKT)

(B) Fakta Kes


Satu operasi berkala dan tangkapan di bawah Seksyen 79A(1) EJNS 1992 (Pindaan
2004) telah dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) pada 04/02/2014, lebih kurang
jam 3.35 petang di satu premis perjudian iaitu Magnum 4D, No. 8, Jalan Mahkamah, 71300
Rembau, Negeri Sembilan dan diketuai oleh Pegawai Operasi (Saksi Pendakwaan Ketiga)
sebagai pegawai tangkapan bersama- sama Penolong Penguatkuasa (Saksi Pendakwaan
Pertama) yang ditugaskan sebagai jurugambar, seorang lagi PPA (Saksi Pendakwaan Kedua)
ditugaskan pelukis pelan lakar dan Encik Hafi bin Ismail sebagai pegawai dokumentasi yang
tidak dimasukkan sebagai saksi pendakwaan.
Apabila sampai di lokasi, saksi pendakwaan pertama mendapati keadaan di luar lokasi
tangkapan lengang dan hanya seorang lelaki iaitu OKT berada di dalam lokasi tangkapan di meja
tulis sebelah kiri. Saksi pendakwaan kedua juga memberi keterangan yang sama dan melukis
pelan lakar kedudukan OKT sewaktu tangkapan di dalam diari penyiasatan sebelum dipindahkan
dalam bentuk Microsoft Office Word, dan dicetak untuk diserahkan kepada saksi pendakwaan
ketiga. Pelan lakar ini menjadi bukti kedudukan OKT sewaktu tangkapan dibuat, iaitu berada di
dalam lokasi tangkapan, dan diguna pakai dalam pendakwaan sebagai Ekshibit P3. Saksi
pendakwaan ketiga pula menjalankan pemeriksaan kepada OKT dan meminta OKT
menunjukkan kad pengenalan diri namun OKT enggan bekerjasama, menyebabkan saksi
pendakwaan ketiga menahan OKT dan mengarah saksi pendakwaan pertama untuk menggari
OKT dan membawa OKT ke Balai Polis Rembau. Saksi Ekshibit P1A, P1B dan P1C. Saksi
pendakwaan ketiga kemudian membuat laporan polis (Ekshibit P4) di Balai Polis Rembau
sebelum OKT dibawa ke PAID Rembau bagi tujuan jaminan. Oleh yang demikian Mohd. OKT
iaitu Nor bin Wahab No. K/P: 441225-05-5197 telah dituduh melakukan satu kesalahan di bawah
seksyen 79A (1) EJSNS 1992 (Pindaan 2004) kerana didapati berada di tempat perjudian dan

1
jika disabitkan boleh dihukum di bawah Seksyen dan Enakmen yang sama. OKT telah memilih
untuk mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

(C) Isu Undang-Undang Syariah


Isu undang-undang syariah utama dalam kes ini ialah pendakwaan perlu memastikan
wujud prima facie terhadap OKT dan mestilah membuktikan elemen kesalahan yang dinyatakan
di dalam pertuduhan terhadap OKT dibawah seksyen 79A (1) EJNS 1992 (Pindaan 2004) iaitu
(1) mana-mana orang, dan (2) didapati berada di tempat perjudian perjudian.
Antara isu syariah lain yang dibangkitkan oleh OKT didalam kes ini adalah kedudukan
Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) sebagai orang Islam di dalam tempat perjudian ketika
melakukan tangkapan terhadap OKT. Pembelaan turut membangkitkan isu kegagalan
pendakwaan untuk memanggil saksi, Encik Hafi bin Ismail boleh memprejudiskan OKT.

(D) Penghujahan di Pihak Pendakwa Syarie


Pendakwa Syarie didalam penghujahannya menyatakan Seksyen 79A(1) EJSNS bukan
sahaja menjadikan perbuatan berjudi itu sebagai kesalahan, tetapi perbuatan berada di tempat
perjudian juga adalah satu kesalahan. Beban pembuktian diperkukuhkan lagi dengan keterangan
saksi-saksi pendakwaan yang menjadi 'best evidence rule' kerana bertepatan dengan
kehendak Seksyen 47(1)(a) EKMSNS 2003 dan ia merupakan keterangan langsung (direct
evidence) dari semua saksi iaitu saksi pendakwaan pertama, kedua dan ketiga.
Pendakwa Syarie turut berhujah bahawa tangkapan yang dilakukan oleh PPA tidak
bertujuan untuk menganiaya OKT sebaliknya PPA hanya menjalankan tugas dalam memelihara
Maqasid Syariah bagi menutup segala ruang yang boleh membawa kepada perkara
kemungkaran. Apatah lagi, pembelaan OKT berada di tempat perjudian untuk melepaskan penat
dan lelah tidak sepatutnya diterima pakai emamndangkan OKT adalah mukallaf dan bekas guru
yang secara rasionalnya boleh membezakan kedai perjudian bukanlah tempat yang sesuai untuk
berehat. Pendakwa Syarie memohon agar Mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal ke
atas OKT.

(E) Penghujahan di Pihak Tertuduh/Peguam Bela


OKT di dalam keterangan tidak bersumpah (unsworn oath) telah mengaku bahawa OKT
memang berada di premis Magnum 4D tersebut ketika tangkapan dibuat untuk tujuan
melepaskan lelah dan penat dan dia hanya berdiri di dalam premis tersebut tanpa melakukan apa-

2
apa kegiatan perjudian.Namun, OKT tidak mengemukakan sebarang saksi bagi menyokong
keterangannya.

(F) Keputusan dan Alasan Penghakiman / Hukuman


Mahkamah merujuk kepada hadith Rasulullah S.A.W, yang diriwayatkan oleh Al-
Baihaqi dan Al-Tabrani, yang membawa maksud, “keterangan adalah ke atas orang yang
mendakwa sementara sumpah adalah ke atas orang yang ingkar”. Oleh yang demikian,
keterangan OKT berada di Magnum 4D meskipun untuk melepaskan penat menunjukkan pihak
pendakwaan telah berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap OKT Seksyen 79A(1) dan takrif
tempat perjudian dibawah Seksyen 79A(2) EJSNS berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi
serta ekshibit-ekshibit yang dikemukakan, keterangan tidak bersumpah OKT malah hujahan
bertulis OKT sendiri. Mahkamah turut menambah bahawa keterangan OKT mengaku yang OKT
memang berada di dalam premis perjudian ketika tangkapan dibuat untuk tujuan melepaskan
lelah dan penat bukanlah suatu pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan munasabah
terhadap kes pendakwaan, sebaliknya keterangan nilai tambah terhadap kes pendakwaan.
Mahkamah mendapati pengakuan OKT ini di dalam undang-undang Islam di gelar kaedah
fiqhiyyah yang bermaksud “seseorang itu terikat berdasarkan pengakuannya dan juga
dikategorikan sebagai “best evidence rule”. Mahkamah merujuk kitab Ia’nat Al-Talibin, Jilid
3, halaman 382 yang bermaksud “Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala,
menurut Syara’ diertikan sebagai memberitahu hak seseorang atas dirinya” kerana pengakuan
adalah cara yang terbaik dalam mensabitkan sesuatu kes. Mahkamah juga bersetuju dengan
pihak pendakwaan bahawa keberadaan di premis perjudian merupakan satu kesalahan yang
wajib dibanteras dibawah konsep Sad al-Zharai’ iaitu menutup segala pintu dan jalan yang boleh
membawa kepada kerosakan.
Bagi isu-isu lain, Mahkamah merujuk kepada Seksyen 213 Enakmen Tatacara
Jenayah Negeri Sembilan 2003 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan)
2003 yang mana PPA telah diberikan kuasa oleh undang-undang untuk berada di tempat
perjudian kerana menjalankan tugasan yang telah diamanahkan. Oleh itu, Mahkamah mendapati
PPA tidak mengkhianati amanah ini berbeza dengan OKT yang berada di tempat perjudian tanpa
sebarang justifikasi dan juga kebenaran pihak berkuasa dan undang-undang.
Berkenaan isu ketiadaan sebagai saksi boleh memprejudiskan OKT Mahkamah dengan
merujuk kepada beberapa kes termasuklah kes Muharam bin Anson v PP [1981] 1 MLJ 222
berpendapat tindakan pendakwaan tidak memanggil saksi ini untuk memberikan keterangan,

3
serta tidak memberikan saksi ini kepada OKT dan menawarkan saksi ini kepada OKT untuk
disoalbalas adalah tidak menyebabkan berlakunya kegagalan keadilan.
Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman keatas OKT, mahkamah menyatakan
Seksyen 79A(1) EJSNS adalah satu kesalahan liabiliti ketat yang memperuntukkan kesalahan
dan hukuman ta’zir iaitu hukuman dera sebagai bentuk pencegahan, pembalasan, dan pemulihan
(ta‟dib) ke atas pesalah-pesalah yang telah disabitkan kesalahannya dalam Mahkamah selain
daripada kesalahan hudud dan qisas. Mahkamah telah merujuk beberapa kes di Malaysia kerana
menimbang tara hukuman dibawah Seksyen 79A(1) EJSNS iaitu denda tidak melebihi RM
3,000-00; atau pemenjaraan tidak melebihi 2 tahun; atau kedua- duanya sekali. Mahkamah
mendapati semua hukuman tersebut adalah tidak sesuai untuk dikenakan terhadap OKT apabila
mengambil kira mitigasi pembelaan berkaitan keadaan kewangan OKT yang hanya bergantung
kepada duit pencen sebagai pesara kakitangan awam dan usia OKT yang telah mencapai 73 tahun
serta mempunyai penyakit.
Akhirnya, dengan merujuk kepada Seksyen 133(1) ETJSNS 2003 mengenai pesalah kali
pertama dan peribadi, latar belakang, umur dan kesihatan OKT, Mahkamah berpendapat
hukuman dalam bentuk bon berkelakuan baik adalah yang paling wajar dan sesuai atas OKT
sejajar dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT dan bersesuaian dengan prinsip
penghukuman dan undang-undang yang ditetapkan. Mahkamah memerintahkan OKT untuk
mengikat bon berkelakuan baik selama tempoh 6 bulan bermula dari 12/04/2017 sehingga
11/10/2017, dengan seorang penjamin dan wang cagaran sebanyak RM 1,000-00 dan OKT wajib
melapor diri ke Pejabat Agama Islam daerah Rembau, Negeri Sembilan, pada setiap hari Jumaat
minggu ke-3 setiap bulan selama tempoh bon berkelakuan baik tersebut berkuatkuasa.

(G) Ulasan Pelajar (Pendapat, Syor, Kritikan dan Lain-Lain)

Pada pendapat saya, kes ini merupakan satu kes jenayah syariah berkaitan perbuatan
berada di tempat perjudian yang sangat bagus untuk dianalisa dan dijadikan rujukan dalam
membanteras jenayah perjudian kerana judi ini adalah satu jenayah dosa besar yang di sebut di
dalam Al-Quran sendiri berdasarkan surah al-Baqarah ayat 219, yang bermaksud,

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada
keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya
lebih besar daripada manfaatnya…”

4
Apatah lagi, kita kini di dalam era serba moden dan sangat mudah terdedah dengan kegiatan
perjudian bukan hanya secara fizikal malah di alam maya dan jenayah judi ini tidak mudah untuk
dibanteras secara total.

Namun begitu, jika kita merujuk kepada undang-undang syariah di Wilayah Persekutuan,
iaitu Seksyen 18 Akta Undang-Undang Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan
memperuntukkan jenayah dan hukuman yang sama seperti di dalam kes diatas. Oleh yang
demikian adalah dicadangkan kepada pihak berkuasa setiap negeri untuk mengadaptasikan
modus operandi seperti yang digunapakai oleh Penguatkuasa Agama Islam Daerah Tampin
dalam operasi membanteras kes perjudian di negeri masing-masing yang mana kitab oleh melihat
didalam kes ini PPA dalam melakukan operasi telah bersedia dengan sistem yang terperinci dan
sistematik malah semua saksi- saksi pendakwaan dengan teliti tidak hanya memberikan
keterangan malah gambar-gambar bukti, lakaran OKT di premis kedjadian dan laporan polis
yang dibuat dalam tempoh secepat yang mungkin sebaik sahaja OKT ditangkap sebagai alibi
yang tidak boleh disangkal.

Bukan itu sahaja, kita dapat melihat Pendakwa Syarie malah Hakim di dalam kes ini telah
memberikan jawapan secara terperinci bagi setiap isu yang diketengahkan dengan otoriti-otoriti
yang bukan hanya merujuk kepada hukum Syara’, ayat Al-Quran dan dalil-dalil disepakati,
malah undang-undang negeri dirujuk bersama kes-kes yang belaku di Malaysia sama ada di
mahkamah syariah mahupun sivil bagi memastikan tuduhan jenayah dan hukuman di pihak
pendakwaan yang dikenakan adalah setimpal, tidak memprejudiskan OKT malah selari dengan
hukum Syara’ dan undang-undang Syariah yang terdapat di negeri tersebut iaitu Negeri
Sembilan.

Kesimpulannya, apa-apa perbuatan yang berkaitan dengan aktiviti perjudian seharusnya


dipandang sebagai isu yang serius dan dengan adanya pensabitan di atas keberadaan individu di
tempat perjudian seperti kes jenayah syariah di atas boleh dijadikan sebagai peringatan dan
amaran kepada umat Islam supaya tidak sesekali mencuba untuk mendekatkan diri dengan
tempat perjudian sama ada atas alasan bekerja, menemani kawan ataupun hanya untuk
melepaskan penat lelah.

You might also like