You are on page 1of 4

ULASAN KES

A) SM FAISAL SM NASIMUDDIN LWN MARIA CHIN ABDULLAH [2023] 7 MLJ 485

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH (KUALA LUMPUR)

B) FAKTA KES

Pemohon pertama, SM Faisal SM Nasimuddin merupakan bekas suami dan telah bercerai
dengan Emilia bt Hanafi pada 13 April 2016. Pemohon kedua pula adalah bekas ibu mertua
kepada responden. Pada 8 November 2018, Pemohon pemohon telah memfailkan permohonan
kebenaran untuk pengkomitan terhadap bekas isteri pemohon pertama, Emilia bt Hanafi (No K/P
790630–10–5552) melalui Permohonan No 14400–099–0439–2018. Setelah meneliti
keseluruhan keterangan pemohon melalui afidavit yang difailkan, mahkamah telah mengeluarkan
satu perintah kebenaran dan mengeluarkan notis menunjukkan sebab terhadap bekas isteri
pemohon pertama pada 17 Januari 2019. Perintah kebenaran tersebut diputuskan atas keingkaran
bekas isteri pemohon pertama untuk mematuhi perintah bertarikh 23 Julai 2018 (‘penghakiman
persetujuan’), melalui Saman No 14100–028–0798–2015. Bekas isteri pemohon pertama
dikomitkan ke penjara selama tujuh hari (‘perintah pengkomitan bertarikh 4 September 2019’)
kerana keengkaran tersebut.

Responden pula adalah merupakan seorang Ahli Parlimen Petaling Jaya yang telah dipilih dalam
Pilihanraya

Umum yang ke-14 yang lalu. Responden didakwa telah mengeluarkan kenyataan yang menghina
Mahkamah

Syariah dengan menerbitkan (published) kenyataan-kenyataan penghinaan tersebut di dalam


artikel bertajuk ‘05

Sep Injustice Against Muslim Women Still Exist In Legal System’ pada 5 September 2019
melalui laman sesawang
responden vide http://www.mariachinabdullah.org/injustice-against-muslim-women-still-exis t-
in-the-legal-system/

(‘artikel responden tersebut’).

[4]Justeru, pemohon telah memfailkan permohonan ini pada 10 September 2019 bagi
mendapatkan kelulusan

mahkamah ini untuk mengeluarkan notis menunjukkan sebab (NMS) kepada responden kerana
telah melakukan

penghinaan mahkamah berdasarkan s 229(3) ATMMSWP 1998.

Permohonan ini ialah permohonan untuk mengeluarkan notis menunjukkan sebab (NMS)
terhadap responden

berdasarkan s 229 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
(‘ATMMSWP

1998’).

C) ISU-ISU

1) Samada Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan kes


boleh tangkap?

2) samada wujudnya perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar


nikah?
3) samada OKT 1 dan OKT 2 disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 29 Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001

D) PENGHUJAHAN DI PIHAK PENDAKWA SYARIE


Unsur kesalahan dalam kes ini iaitu (i) apakah hubungan OKT 1 dan OKT 2 (ii) wujudkah
perbuatan OKT 1 dan pasangannya OKT 2 sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan
luar nikah.
(i) OKT 1 dan OKT 2 telah didakwa melakukan perbuatan persetubuhan luar nikah.
OKT 1 dan OKT 2 telah menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa
halangan untuk berkahwin di bawah hukum syarak sama ada dengan sebab nasab
keturunan atau susuan ataupun juga persemendaan.

(ii) Antara elemen-elemen dan motif yang didapati dalam perbuatan yang dilakukan oleh
OKT1 dan pasangannya OKT2 semasa ditangkap, yang boleh dianggap sebagai
perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah iaitu:

(a) Keadaan pakaian pasangan OKT1 semasa tangkapan — iaitu didapati tali
pinggang dan zip seluar OKT1 iaitu lelaki telah terbuka dan seluar slacknya hampir
terlondeh. (b) Keadaan perlakuan dan aksi OKT bersama pasangannya semasa
tangkapan — iaitu didapati OKT1 dan OKT2 berada di dalam kereta itu, OKT2
berada di tempat duduk penumpang hadapan, manakala tempat duduk pemandu
direbahkan.
(c) Keadaan persekitaran ketika itu ialah baru lepas waktu tengah hari iaitu lebih
kurang pada jam 2.15 petang. Pada waktu siang hari serta baru lepas tengah hari
keadaannya cerah dan terang benderang, walaupun dilakukan ditempat yang sedikit
jauh dari pandangan ramai. Oleh itu OKT1 dan pasangannya OKT2 menjadikan
suasana dan keadaan tersebut sebagai pelindung daripada orang-orang yang
berkemungkinan lalu di tempat OKT dan pasangannya itu berada.

(iii) Berdasarkan kepada elemen-elemen yang tersebut diatas, terdapat unsur kesalahan
mengikut prinsip perundangan jenayah sivil iaitu :-
‘mens rea’ iaitu niat melakukan kesalahan dan ‘actus reus’ iaitu perlakuan atau
perbuatan salah adalah wujud dalam perlakuan atau perbuatan OKT dan pasangannya
itu.
E) PENGHUJAHAN DI PIHAK TERTUDUH/PEGUAMBELA
OKT 1 dan OKT 2 telah membuat pengakuan dengan jelas bahahwa mereka faham akan tuduhan
yang dibacakan dan telah memberi pangakuan bahawa mereka adalah sihat dan waras fikiran.
Kedua-dua OKT telah menjelaskan bahawa mereka telah dituduh melakukan kesalahan
persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Sabitan pertuduhan adalah berdasarkan pengakuan lisan iaitu Iqrar daripada OKT 1 dan OKT 2.
Pengakuan secara lisan OKT 1 dan OKT 2 telah dibuat di dalam Mahkamah Rendah Syariah
Daerah Kuala Terengganu, pada 19 Jun 2013 di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah
Daerah Kuala Terengganu. OKT 1 dan OKT 2 dengan terang membuat pengakuan bahawa dia
tetap mengaku bersalah diatas tuduhan selepas hukuman dedenda tidak melebihi RM 3,000.00
atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun atau dihukum kedua-dua hukuman itu sekali mengikut
peruntukan di bawah S29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

F) KEPUTUSAN DAN ALASAN PENGHAKIMAN/HUKUMAN


Terdapat faktor pemberatan dan faktor peringanan yang diambil kira oleh Hakim dalam kes ini
seperti berikut :-
A) Faktor Pemberatan
i) Perbuatan OKT 1 dan OKT 2 termasuk dalam kategori muqqadimah zina
dan berkait dengan zina yang diharamkan dan dimurkai Allah SWT;
ii) Perbuatan OKT 1 dan OKT 2 telah dilarang dengan jelas oleh Allah SWT;
iii) Hukuman

You might also like