You are on page 1of 27

[2024] CLJU 49 Legal Network Series

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TAIPING


DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZWAN
PERBICARAAN JENAYAH NO: AB-45A-4-10/2019
DIDENGAR BERSAMA
[PERBICARAAN JENAYAH NO: AB-45-3-10/2019]

PENDAKWA RAYA

v.

DAMANHUR1 YAHAYA
[NO. K.P.: 671024085297]

ALASAN PENGHAKIMAN

PENGENALAN

[1] Ini adalah Alasan Penghakiman Mahkamah ini bagi kes rayuan
oleh pihak Pendakwa Raya dan rayuan balas oleh pihak Tertuduh,
Damanhuri Bin Yahaya, terhadap keputusan Mahkamah ini yang dibuat
pada 31.10.2023 di mana Mahkamah ini telah meminda 3 pertuduhan
pengedaran dadah berbahaya kepada pemilikan dadah berbahaya oleh
Tertuduh di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 324] (“Akta
324”).

[2] Pada asalnya Tertuduh telah dituduh bersama -sama Tertuduh


Kedua iaitu isterinya, Bazariyah Tul Hasna Binti Baharuddin, untuk 3
pertuduhan mengedar dadah berbahaya dan 1 pertuduhan memiliki
dadah berbahaya (dibaca dengan s.34 Kanun Keseksaan) dan kes
didaftarkan atas nombor AB-45A-4-10/2019 dan AB-45-3-10/2019.

[3] Semakan rekod Mahkamah menunjukkan Izin telah dikemukakan


oleh pihak pendakwaan kepada Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman yang
mendengar kes sebelum ini pada permulaan kes. Pada 22.12.2021,
Mahkamah dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bahawa
pertuduhan terhadap Tertuduh Kedua ditarik balik kerana beliau telah

1
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

meninggal dunia semasa dalam tahanan reman di penjara pada 2.8.2021


akibat komplikasi Covid 19 (COVID Pneumonia with multi -organ
failure). Mahkamah seterusnya melepaskan dan membebaskan
Tertuduh Kedua daripada semua pertuduhan. Pada 9.3.2022, TPR
mengemukakan Rekuisisi untuk pertuduhan bagi kes No. AB-45-3-
10/2019 yang tidak dikemukakan sebelum ini. Izin bagi Pertuduhan
Ketiga pula terdapat kesilapan di mana beratdadah dinyatakan sebelum
ini sebagai Cannabis seberat 1,581.4 gram yang mana sepatutnya
ialah 1,851.4 gram.

[4] Pertuduhan asal bagi 2 kes yang didaftarkan ke atas Tertuduh


adalah terdiri daripada seperti berikut:

AB-45A-4-10/2019

PERTUDUHAN PERTAMA
“Bahawa kamu pada 10 Oktober 2018 jam lebih kurang 2.00
petang bertempat di rumah No. JKK 73, Batu 6, Changkat Jering,
34850 Taiping, di dalam daerah LarutMatang, di dalam negeri
Peraktelah didapati mengedardadah berbahaya sejumlah berat
80.5 gram (26.6 gram Heroin dan 53.9 gram
Monoacetylmorphines), dan dengan itu kamu telah melakukan
satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah
Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2)
Akta yang sama.”

PERTUDUHAN KEDUA
“Bahawa kamu pada 10 Oktober 2018 jam lebih kurang 2.00
petang bertempat di rumah No. JKK 73, Batu 6, Changkat Jering,
34850 Taiping, di dalam daerah LarutMatang, didalam negeri
Peraktelah didapati mengedardadah berbahaya iaitu
Methamphetamine seberat 332.3 gram, dan dengan itu kamu
telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta
Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen
39B(2) Akta yang sama.”

2
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

PERTUDUHAN KETIGA
“Bahawa kamu pada 10 Oktober 2018 jam lebih kurang 2.00
petang bertempat di rumah No. JKK 73, Batu 6, Changkat Jering,
34850 Taiping, di dalam daerah Larut Matang, di dalam negeri
Perak telah didapati mengedardadah berbahaya iaitu Cannabis
seberat 1581.4 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan satu
kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya
1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang
sama.”

AB-45-3-10/2019

PERTUDUHAN PINDAAN
“Bahawa kamu pada 10 Oktober 2018 jam lebih kurang 2.00
petang bertempat di rumah No. JKK 73, Batu 6, Changkat Jering,
34850 Taiping, di dalam daerah Larut Matang, di dalam negeri
Perak telah didapati memiliki dadah berbahaya iaitu Cannabis
seberat 40.33 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan satu
kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang
boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. ”

[5] Oleh yang demikian, Izin yang baru bagi ketiga -tiga pertuduhan
di bawah s.39B(1) Akta 324 serta Rekuisisi dikemukakan dengan
pindaan dengan memotong perkataan “bersama seorang yang telah
meninggal dunia, BAZARIYAH TUL HASNA BINTI BAHARUDDIN
NO. KP:640115-08-5100” dan “dibaca bersama seksyen 34 Kanun
Keseksaan”. Izin ditandakan sebagai P3, P4 dan P5 masing -masing dan
pertuduhan pindaan sebagai P6A, P6B dan 6C bagi kes No. AB -45A-4-
10/2019. Rekuisisi bagi kes No. AB-45-3-10/2019 sebagai P1 dan
pertuduhan pindaan sebagai P2 dalam kes tersebut. Kedua-dua kes
dibuat permohonan oleh TPR untuk dibicarakan bersama
memandangkan saksi-saksi dan fakta-fakta adalah sama. Pihak-pihak
akan dirujuk seperti di peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

3
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

[6] Perbicaraan dimulakan di hadapan saya pada 25.10.2022 sehingga


14.7.2023. Pihak pendakwaan memanggil seramai 11 orang saksi untuk
membuktikan kesnya. Hujahan Bertulis seterusnya difailkan oleh
pihak-pihak dan kes ditetapkan untuk hujahan lisan pada 15.8.20 23.
Walau bagaimanapun, ia tidak dapat dijalankan pada tankh tersebut
kerana keadaan kesihatan peguam utama Tertuduh yang tidak
mengizinkan dan ditetapkan semula pada 21.9.2023. Setelah mendengar
hujahan lisan, kes ditangguh untuk keputusan di akhir ke s pendakwaan.
Pada 31.10.2023, Mahkamah ini telah memberikan keputusannya di
mana pertuduhan asal bagi 3 kesalahan pengedaran dadah berbahaya
dipinda seperti berikut:

AB-45A-4-10/2019

PERTUDUHAN PERTAMA
“Bahawa kamu pada 10 Oktober 2018 jam lebih kurang 2.00
petang bertempat di rumah No. JKK 73, Batu 6, Changkat Jering,
34850 Taiping, di dalam daerah Larut Matang, di dalam negeri
Perak telah didapati memiliki dadah berbahaya sejumlah berat
80.5 gram (26.6 gram Heroin dan 53.9 gram
Monoacetylmorphines), dan dengan itu kamu telah melakukan
satu kesalahan di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya
1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.”

PERTUDUHAN KEDUA
“Bahawa kamu pada 10 Oktober 2018 jam lebih kurang 2.00
petang bertempat di rumah No. JKK 73, Batu 6, Changkat Jering,
34850 Taiping, di dalam daerah Larut Matang, di dalam negeri
Perak telah didapati memiliki dadah berbahaya iaitu
Methamphetamine seberat 332.3 gram, dan dengan itu kamu
telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39A(2) Akta
Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen
yang sama.”

4
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

PERTUDUHAN KETIGA
“Bahawa kamu pada 10 Oktober 2018 jam lebih kurang 2.00
petang bertempat di rumah No. JKK 73, Batu 6, Changkat Jering,
34850 Taiping, di dalam daerah Larut Matang, di dalam negeri
Perak telah didapati memiliki dadah berbahaya iaitu Cannabis
seberat 1,851.4 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan satu
kesalahan di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952
yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. ”

[7] Pertuduhan di bawah s.39A(1) bagi kes No. AB-45-3-10/2019


dikekalkan. Seterusnya Mahkamah menerangkan 3 pilihan kepada
Tertuduh untuk memberi keterangan dan kesannya lalu Tertuduh
memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dan akan
memanggil 3 orang saksi untuk membela dirinya atas keempat -empat
pertuduhan tersebut dan Mahkamah menetapkan tarikh untuk sambung
bicara di peringkat pembelaan. Notis Rayuan difailkan masing -masing
pada 14.11.2023 and 15.11.2023. Atas permohonan TPR, kes ini telah
ditangguh perbicaraannya sementara menunggu rayuan dan rayuan
balas didengar di Mahkamah Rayuan.

KES PIHAK PENDAKWAAN

[8] Semasa perbicaraan, susunan saksi-saksi pendakwaan adalah


seperti berikut:
SP1 - Koperal Noazam Bin Hussain (Penjaga Stor Barang Kes);
SP2 - Sarjan Yusri Bin Hashim (Jurugambar);
SP3 - Faznur-Azilah Binti Mahmud (Ahli Kimia);
SP4 - Inspektor Zulkifli Bin Ariffin (Pegawai Serbuan);
SP5 - Zuraidah Binti Zulkefli (anak tiri Tertuduh);
SP6 - Jamilah Binti Yahaya (kakak Tertuduh);
SP7 - Insp. Mahathir Bin Haji Rashid @ Mohamad (Anggota
Serbuan);
SP8 - Insp. Tayalan A/L Muthirulandi Servai (Pegawai
Penyiasat);
SP9 - Insp Nor Faezah Bt Jaafar (Pegawai Perakam Percakapan);

5
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

SP10 - Jacqueline Bernice A/P John Bosco (Pegawai Sains, JKM);


SP11 - Sarjan Mohamed Fadhil Bin Omar (Penyerah Sapina)

[9] Pada 10.10.2018 jam 1.00 petang SP4 berada di Pejabat Narkotik
IPD Taiping telah menerima satu panggilan telefon orang awam melalui
telefon pejabat mengenai aktiviti sepasang suami isteri yang tinggai di
No. 73, Batu 6, Simpang Changkat Jering, Taiping dis yaki terlibat
dengan aktiviti pengedaran dadah. Lokasi rumah itu diberikan sebagai
berhampiran kedai Perabot Murah Taiping dan bersebelahannya ada
sebuah bengkel membaiki motorsikal. SP4 diberitahu jika ada sebuah
kereta Perodua Axia berwarna kuning di rumah tersebut bermakna
pasangan suami isteri tersebut sedang berada di rumah. Sejurus selepas
itu, SP4 memanggil anggota pasukannya untuk satu taklimat mengenai
serbuan yang akan dijalankan. Anggota yang terlibat ialah D/Si 89466
Anan a/l Veloo, D/Kpl 144005 Ismail Hj Ahmad, D/Kpi 144790
Muhammad Hafiz Bin Hamid, D/Kpl 144599 Mahathir Bin Haji Rashid
@ Mohamad (SP7), D/Kpl 145649 Ananda Kumar a/l Pekirisamy,
D/Kpl 150764 Kasevan a/l Kannan dan Kpl/S 11673 Syamsul Kamal
bin Shaharuddin.

[10] Pada jam 1.30 petang SP4 telah mengetuai serbuan ke rumah yang
diduduki oleh Tertuduh dan isterinya (Tertuduh Kedua) beralamat di
No. 73, Batu 6, Simpang Changkat Jering, Taiping dengan menaiki
bebrapa kenderaan seperti kereta dan motorsikal. Mereka sampai di
tempat yang dituju pada jam 1.45 petang dan memberhentikan
kenderaan yang dinaiki di tepi jalan lalu membuat pemerhatian ke arah
sebuah rumah di mana dilihat terdapat sebuah kereta Perodua Axia
berwarna kuning diparkir. Pemerhatian selama 10 minit di t epi jalan
utama mendapati tiada orang keluar atau masuk ke rumah itu dan
pintunya dalam keadaan tertutup. Mereka kemudian membawa
kenderaan pasukan lebih hampir ke rumah tersebut dan membuat lagi
pemerhatian selama 5 minit, juga tiada kelihatan orang kelua r atau
masuk ke rumah itu. SP4 mengambil keputusan untuk menjalankan

6
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

serbuan dan seterusnya menyusun atur kedudukan anggota pasukannya


di kawasan sekeliling rumah tersebut.

[11] Pada jam 2.00 petang SP4 bersama-sama SP7, D/SI Anan dan
D/Kpl Ismail menghampiri pintu di tingkat bawah rumah itu dan telah
mendengar suara lelaki dan perempuan dari dalam rumah. SP4 cuba
untuk membuka pintu grill dan pintu kayu rumah yang didapati tidak
berkunci dan keempat-empat mereka terus masuk menyerbu ke dalam
rumah itu. Sejurus masuk ke rumah, mereka terhidu bau ganja yang kuat
dan kelihatan seorang lelaki Melayu (Tertuduh) dan seorang perempuan
Melayu (Tertuduh Kedua) sedang duduk di sofa berhampiran meja di
ruang tamu di tingkat bawah rumah. SP4 mengenalkan diri sebagai polis
dan mengarahkan Tertuduh bangun lalu SP4 membuat pemeriksaan
fizikal ke atasnya tetapi tidak menjumpai apa -apa barang salah.
Pemeriksaan dijalankan di ruang tamu tersebut dan di atas meja tadi
dilihat 1 kotak telefon jenama ZTE Blade berwarna putih (P47) yang
mengandungi 5 peket plastik lutsinar berisi ketulan mampat daun -daun
kering disyaki dadah ganja (ditandakan sebagai P29A dan P29B(1 -5)).
Turut dijumpai di atas meja tersebut 1 telefon jenama Vivo (P48), 1
telefon Samsung (P49), 1 kad BSN (P50) dan 1 kad Maybank (P51)
serta serangkai 2 batang anak kunci rumah dan gril (P52).

[12] Seterusnya SP4 dan anggota membawa Tertuduh dan isterinya ke


sebuah bilik di sebelah kiri bersebelahan dapur di tingkat bawah rumah.
Semasa masuk ke bilik itu, SP4 telah melihat sebuah beg dalam keadaan
terbuka di atas tilam bawah sebuah katil dua-tingkat dalam bilik
tersebut. SP4 membuka beg tersebut berjenama High Trails (P53) di
hadapan Tertuduh dan isterinya serta anggota pasukan dan membuat
pemeriksaan ke atas isi kandungannya lalu mendapati:

i. 7 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah heroin


(P30A dan P30BB – P36A dan P36B);
ii. 10 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah
methamphetamine (P37A dan P37B(1-10));

7
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

iii. 3 ketulan mampat daun-daun kering berbalut plastik lutsinar


disyaki dadah ganja (P38A dan P38B(1-3));
iv. 1 peket plastik di dalamnya terdapat peket -peket plastik
kosong bersaiz besar (P54);
v. 1 peket plastik di dalamnya terdapat peket -peket plastik
kosong bersaiz kecil (P55);
vi. 1 bilah pisau (P39(1A)); dan
vii. 1 alat penimbang bertulis SF-400 (P56).

[13] Dari atas katil tersebut juga SP4 telah mengambil sehelai seluar
jeans jenama Levi’s (P57), sehelai T-shirt berkolar jenama Oren Sport
(P58), sehelai baju jenama Sophie (P59), sehelai seluar panjang
berwarna hitam (P60) dan 1 keping surat dengan logo Amway di atas
nama Damanhuri Bin Yahaya (P61). Tiada tangkapan lain dibuat atau
barang salah lain dijumpai di dalam rumah tersebut. SP4 mengambil 1
bil elektrik di ruang tamu untuk pengesahan alamat rumah (P62).

[14] Tangkapan dan rampasan dikawal oleh SP4 sendiri dan dibawa
balik ke IPD Taiping dengan menaiki kereta Perodua Axia berwarna
kuning nombor pendaftaran AJX 4057 bersama-sama 2 anggota serbuan
iaitu SP7 (pemandu kereta) dan D/Kpl Ismail. Di Pejabat Narkotik,
barang-barang kes telah dibuat tandaan oleh SP4 dengan tandaan
khusus beliau dan tarikh 10.10.2018 serta tandatangannya. SP4 juga
telah membuat laporan polls Changkat Jering Report 1471 -1474/18
(P43), menyediakan Borang Bongkar (P44), menyediakan Bora ng
Akuan Serah Terima Barang Kes (P45) dan menyerahkan kesemua
barang kes yang telah dibuat tandaan beliau dan dokumentasi berkenaan
kepada Pegawai Penyiasat kes, iaitu SP8. SP8 turut membuat tandaan
khusus beliau, tarikh dan tandatangannya ke atas barang kes yang
dirampas. Kereta tersebut telah diserahkan kepada pegawai penyiasat
yang lain untuk kes pelucutanhak harta seperti Changkat Jering Report
1475/18 (P46).

[15] Gambar barang kes telah diambil sebanyak 15 keping P23(A -O)
dan barang kes telah dibuat dusting serta diambil gambar sebanyak 5

8
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

keping (P25(A-E) tetapi tidak berjaya menimbulkan capjari untuk


perbandingan. Pada keesokan harinya, SP8 telah pergi ke rumah
tersebut 5 bersama-sama SP4 dan SP2 untuk mengambil gambar tempat
kejadian sebanyak 52 keping (P24(A-ZZ). Pada 20.10.2018, SP8 telah
ke rumah itu semula dan merampas 2 batang anak kunci yang
merupakan kunci spare untuk pintu rumah dan pintu bilik di mana
barang kes dijumpai (P66 dan P67) serta 2 pasang kasut (P68 dan P69).
Pihak Forensik PDRM io telah pergi ke tempat kejadian untuk
mengambil barang-barang peribadi seperti tuala mandi (P78), sikat
rambut (P80), berus gigi (P87 dan P88) dan pisau mencukur (P84) bagi
tujuan ujian DNA serta sampel darah Tertuduh dan isterinya (P91 dan
P92) dan dikemukakan melalui keterangan SP8. Keputusan ujian DNA
yang dijalankan oleh SP10 is menunjukkan kehadiran profil DNA
perempuan (isteri Tertuduh) pada berus gigi dan tuala mandi manakala
profil yang lemah/tidak konklusif pada pisau pencukur dan sampel
rambut. Laporan Kimia oleh Jabatan Kimia Malaysia berkaitan perkara
ini adalah P76 manakala Resit JKM ditandakan P75 serta resit serah -
menyerah P74.

[16] Barang-barang rampasan dadah telah dikawal oleh SP4 sebelum


serahan kepada SP8. Berat kasar timbangan yang dibuat oleh SP4 di
IPD Taiping dicatatkan di dalam P43. Kemudian, semua barang
rampasan dadah dan eksibit lain yang telah ditandakan telah disimpan
di Setor 25 Barang Kes Jabatan Narkotik IPD Taiping. Serahan dibuat
oleh SP8 kepada SP1 seperti Akuan Serah Terima bertarikh 12.10.2018,
22.10.2018, 17.6.2019, 18.6.2019 (jam 2.05pm) dan 18.6.2019 Qam
2.40pm) yang dikemukakan dan ditandakan masing-masing sebagai P8,
P9, P10, P11 dan P12. Salinan Baku Daftar Setor di muka surat yang
berkaitan ialah seperti ditandakan P13.

[17] Keterangan mengenai dadah yang dijumpai telah dikemukakan


melaiui Ahli Kimia iaitu SP3 yang telah mengeluarkan Resit JKM No.
Makmal 18-FR-A-06466 bertarikh 15.10.2018 ditandakan P27 dan hash
analisa di Laporan Kimia bertarikh 23.4.2019 yang ditandakan P28.

9
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

SP3 menerima semua barang kes dadah untuk anaiisa daripada SP8.
Hasil analisa kimia mendapati kandungan dan berat dadah tersebut
adalah dadah berbahaya yang tersenarai dalam Jadual Pertama ADB
1952 seperti berikut:

i. 7 peket plastik lutsinar berisi bahan dadah (P30A dan


P30BB – P36A dan P36B) disahkan mengandungi berat
bersih Heroin 26.6 gram dan Monoacetylmorphines 53.9
gram (jumlah berat 80.5 gram);
ii. 10 peket plastik lutsinar berisi bahan dadah P37A dan
P37B(1-10)) disahkan mengandungi Methamphetamine
berat bersih 332.3 gram;
iii. 3 ketulan mampat daun-daun kering berbalut plastik lutsinar
(P38A dan P38B(1-3)) disahkan mengandungi 1,851.4 gram
berat bersih Cannabis seperti; dan
iv. 5 peket plastik lutsinar berisi ketulan mampat daun -daun
kering (ditandakan sebagai P29A dan P29B(1-5)) disahkan
mengandungi 40.33 gram berat bersih Cannabis.

[18] Laporan Kimia P28 juga menyebut bahawa pisau P39A(1))


mempunyai kesan cannabis resin manakala pakaian yang dirampas
tiada kesan dadah.

[19] TPR telah memohon supaya Pertuduhan Ketiga dikemukakan


pindaan sebagai P103 di akhir kes pendakwaan bagi kes No. AB -45A-
4-10/2019 oleh sebab terdapat perbezaan berat dalam pertuduhan asal
dan Laporan Kimia di P28. Walaupun pihak pembelaan telah
membantah kemasukan pertuduhan pindaan tersebut, Mahkamah
membenarkannya kerana keterangan SP3 dengan jelas menerangkan
bahawa berat bersih dadah ialah 1,851.4 gram seperti dalam Izin
Mendakwa (P5) manakala berat dalam pertuduhan asal iaitu 1,581.4
gram dan Ucapan Pembukaan pihak pendakwaan (P7) adalah kesilapan
menaip (clerical error). Mahkamah berpandangan P7 ini tidak bersifat
mengikat kepada Mahkamah berbanding P28 yang disahkan oleh
seorang pakar.

10
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

DAPATAN DAN PENILAIAN MAHKAMAH

[20] Di akhir kes pendakwaan tugas Mahkamah adalah untuk


memutuskan di atas penilaian maksimum setiap keterangan yang
dikemukakan samada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan
suatu kes prima facie sepertimana peruntukan s. 180(1) Kanun Tatacara
Jenayah (KTJ). Suatu kes prima facie akan dibuktikan apabila pihak
pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan -keterangan yang
boleh dipercayai (credible evidence) bagi membuktikan setiap elemen
kesalahan yang dipertuduhkan yang mana sekiranya gagal dipatahkan
atau dijelaskan akan membawa kepada sabitan: s.180(4) KTJ.

[21] Di dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457,
Mahkamah Persekutuan telah memutuskan:

“[15] For the guidance of the court below, we summarise as


follows the steps that should be taken by trial court at the close
of the prosecution’s case: (i) the close of the prosecution ’s case,
subject the evidence led by the prosecution in its totality to a
maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each
of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable
inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence
admits of two or more inferences, then draw the inference that is
most favourable to the accused; (ii) ask yourself the question: if
I call upon the accused to make his defence and he elects to
remain silent am I prepared to convict him on the evidence now
before me? If the answer to that question is “Yes”, then a prima
facie case has been made out and the defence should be called. If
the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out
and the accused should be acquitted;”

[22] Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 AMR 321, Hakim


Augustine Paul menyatakan:

11
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

“A prima facie case is one that is sufficient for the accused to


answer, and the evidence adduced must be such that it can only
be surmounted by evidence in rebuttal. The force of that evidence
must, if unrebutted, be sufficient to induce a state of belief that
the facts as they stand are a stated in the charge. In order to make
a finding the court must, at the close of the prosecution ’s case,
undertake a positive evaluation of the credibility and reliability
of all the evidence adduced to determine whether all the eleme nts
of the offence have been established. If the evidence is
unrebutted, and the accused remain silent, he must be convicted.
Therefore, the test to be applied at the end of the prosecution ’s
case is whether there is sufficient evidence to convict the
accused if he chooses to remain silent, which if answered in
the affirmative means that a prima facie case has been made
out. This requires a consideration of the existence of any
reasonable doubt in the prosecution’s case, which if it exists,
cannot lead to the finding of guilt of a prima facie case having
been made out.”.

[Penekanan ditambah]

[23] Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak


pendakwaan adalah bahawa:

i. Tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan ke atas dadah


tersebut serta mempunyai pengetahuan bahawa dadah
tersebut adalah dadah berbahaya;
ii. Dadah tersebut tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya
1952 dan dengan berat seperti yang dinyatakan dalam
pertuduhan; dan
iii. Tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut.

[24] Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Denish a/l Madhavan


[2009] 2 CLJ 209 telah membincangkan maksud perkataan milikan atau
‘possession’ dan di antara lain memetik dan menyatakan:

12
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

“Thompson J. in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956]


22 MLJ 237, said “possession” for the purposes of criminal
law involves possession itself - which some authorities term
“custody” or “control” - and knowledge of the nature of thing
possessed. As to possession itself he cited the following
definition in Stephen’s Digest (9th Edition, p. 304), in which the
exclusive element mentioned by Taylor J appears: -
‘A moveable thing is said to be in the possession of a
person when he is so situated with respect to it that he
has the powers to deal with it as owner to the exclusion
of all other persons, and when the circumstances are
such that he may be presumed to intend to do so in case
need.’

Once the elements needed to constitute possession are


established, including the element of exclusive power to deal,
when what is established is possession, not exclusive
possession. So much for exclusive possession.”

[Penekanan ditambah]

[25] Dihujahkan oleh pihak pembelaan bahawa pertuduhan ketiga bag!


Cannabis tidak boleh dipertahankan oleh pihak pendakwaan atas alasan
terdapat perbezaan yang sangat ketara antara dokumen sanksi,
pertuduhan dan keputusan analisa ahli kimia. Perbezaan tersebut adalah
sangat material dan tidak ada sebarang penjelasan diberi oleh mana -
mana saksi pendakwaan. Izin (P5) dikeluarkan untuk mendakwa
Cannabis seberat 1,851.4 gram. Walaubagaimanapun ucapan
pembukaan P7 pula merujuk kepada 1581.4 gram. Pertuduhan meru juk
kepada 1,581.4 gram manakala keterangan SP3 dalam PSSP3 (m/s 6,
para 12.4.1) pula menyatakan berat bersih bahan tumbuhan tersebut
adalah 1,851.4 gram. Isu di sini bukanlah berat Cannabis yang dituduh
masih di dalam kuasa pendakwa raya melalui izin P5 t etapi adakah
benar barang kes tersebut yang menjadi sabjek pertuduhan sama dengan
barang kes yang dirampas di rumah Tertuduh.

13
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

[26] Dihujahkan juga bahawa terdapat perbezaan material dalam


identifikasi barang-barang kes dadah tersebut. Jika dibandingkan antara
SP4 dan SP3, pembelaan mengatakan terdapat perbezaan keterangan
antara mereka yang tiada penjelasan. Perbezaan warna dan bentuk
menimbulkan persoalan adakah mereka merujuk kepada barang kes
yang sama seperti dalam pertuduhan. Menurut SP4 apa yang dilihat dan
dirampas masa serbuan adalah berwarna ketulan hijau, kelabu cerah dan
putih manakala SP3 pula menyatakan barang yang dikemuk akan untuk
analisa adalah ketulan dan serbuk perang dan kristal jernih. Peguambela
Tertuduh telah cuba mencabar identiti dadah yang telah diterima dan
dianalisa oleh SP3.

[27] Setelah meneliti keseluruhan keterangan pihak pendakwaan atas


standard penilaian maksimum di bawah s. 180(1) KTJ, Mahkamah ini
berpuas hati bahawa tiada pecahan rantai keterangan barang kes
daripada mula dirampas oleh SP4 sehinggalah semua dadah tersebut
diterima semula daripada SP3 dan disimpan di dalam Setor Barang Kes
oleh SP1. Semua saksi pendakwaan yang berkenaan iaitu SP4, SP7 dan
SP8 telah mengecam dengan positif brang -barang kes dadah berbahaya
dan rampasan lain. Mahkamah mendapati barang kes a dalah yang sama
semasa tangkapan dan seterusnya dianalisa oleh SP3 dan tiada pecahan
rantaian keterangan barang kes di peringkat JKM juga apabila telah
diperjelaskan oleh SP3 mengenai pengasingan dan penyimpanan barang
kes ini daripada barang kes yang lain . Isu bahawa berat dadah yang
salah dinyatakan dalam Ucapan Pembukaan kes oleh pihak pendakwaan
juga tidak bermerit kerana ia tidak mengikat Mahkamah sedangkan
dokumen itu bukan sebahagian daripada keterangan kes.

[28] Keterangan SP3 diterima oleh Mahkamah ini bahawa berat dadah
dan jenis dadah seperti dalam keempat-empat pertuduhan dan ini teiah
dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Di dalam kes Munusamy
Vengadasalam v. PP [1987] CLJ (Rep) 221, Mahkamah Persekutuan
teiah memutuskan bahawa “...the Court is entitled to accept the opinion
of the expert of its face value, unless it is inherently incredible of the

14
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the


opinion. So long as some credible evidence is given by the Chemist to
support his opinion, there is no necessity for him to go into details of
what he did in the laboratory, step by step.” Oleh yang demikian,
Mahkamah ini menerima keputusan hasil analisa yang dibuat oleh SP3
berkaitan dengan identiti dan kuantiti dadah berbahaya tersebut dan
mendapati elemen kedua dalam semua pertuduhan teiah dibuktikan oleh
pihak pendakwaan.

ISU AKSES DAN PENYEWA RUMAH TERSEBUT

[29] Beralih kepada isu pemilikan dan pengetahuan mengenai bahan


disyaki dadah tersebut oleh Tertuduh, SP4 menyatakan apabila beliau
dan pasukannya memasuki rumah tersebut, mereka terhidu bau ganja di
dalam rumah tersebut dan mendapati Tertuduh dan isterinya be rada di
ruang tamu. Di ruang tamu tersebut SP4 menjumpai sebahagian barang
kes dadah di atas meja (Pertuduhan di dalam Kes No. AB -45-3-
10/2019) dan pemeriksaan lanjut menjumpai sebahagian lagi barang
dadah di bilik sebelah kiri sebelah dapur rumah tersebut Di dalam bilik
tersebut selain barang-barang kes dadah, turut dijumpai sebuah beg
jenama High Trails yang mengandungi alat penimbang dan pisau yang
disyaki teiah digunakan untuk memotong ketulan dadah. SP4 juga
menyita dokumen Amway yang tertera nama Tertuduh dan bil elektrik
rumah itu. SP4 menyatakan bahawa dalam pemerhatiannya sebelum
menyerbu masuk ke rumah itu, beliau mendapati tiada orang lam yang
masuk atau keluar dari rumah tersebut. Selain Tertuduh serta isterinya
yang ditangkap dan barang-barang kes dadah dirampas dan dibawa
balik ke balai, tiada tangkapan lain yang dibuat di rumah tersebut

[30] Dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor. v. PP [2011] 4 CLJ 113,
Mahkamah Persekutuan telah memutuskan, antara lain, seperti berikut:

“[6] It is trite law that possession is an important ingredient in


the charge of trafficking. Unless there is direct evidence of
trafficking, the prosecution must prove the ingredient of

15
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

“possession” and the trial judge must make an affirmative finding


of “possession” before the presumption of trafficking under s.
37(da) of the Act can be invoked.”

[31] Untuk membuktikan elemen milikan, 2 unsur utama yang perlu


wujud adalah actus reus iaitu perbuatan milikan yang merujuk kepada
jagaan atau kawalan fizikal (physical custody or control) ke atas dadah
berbahaya tersebut dan elemen mens rea iaitu pengetahuan (mens rea
possession): rujuk kes Chan Pean Leon (supra). Oleh itu, Tertuduh
hendaklah mempunyai kawalan atau jagaan ke atas barang kes dadah
berbahaya tersebut dan bebas berurusan atau mengendalikan barang
tersebut sepenuhnya tanpa penglibatan orang l ain (power of disposal to
the exclusion of others) serta pada masa yang sama mempunyai
pengetahuan ke atas barang kes dadah berbahaya tersebut. Di dalam kes
Teh Hock Leong v. PP [2008] 4 CLJ 764 Mahkamah Rayuan
menyatakan:

“it is true that mens rea possession is an element of the offence


of trafficking. But it is an element like the mental element in other
crimes which cannot be established by direct evidence save in a
case where an accused expressly admits the commission of the
offence. It has, like the mens rea in other offences, to be
established by circumstantial evidence. In other words it is an
ingredient that is to be inferred from the totality of the
circumstances of a particular individual case.”

[32] Daripada peringkat awal kes pendakwaan lagi pembelaan telah


menimbulkan karekter seorang yang bernama “Sham” atau “Hisham”.
SP4 dari awal kes pendakwaan telah menafikan yang Tertuduh ada
memberitahu tentang “Hisham” yang menyewa bilik tempat barang kes
dadah dijumpai iaitu Bilik 2 (B2). Cadangan telah dikemukakan kepada
SP4 bahawa apabila pasukannya gaga] menangkap Hisham/Sham maka
mereka telah menangkap Tertuduh dan isterinya dan seterusnya mereka
berdua yang dituduh di mahkamah. Peguambela Tertuduh telah
mengemukakan Ekshibit IDD 94 (semakan SSM) dan IDD 95 (gambar

16
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

skrin mesin ATM yang tertera nama Hisham A&A Enterprise) semasa
sesi sambung bicara beberapa bulan kemudian. SP8 telah menyatakan
bahawa melalui maklumat tersebut beliau telah dapat mengesan
Sham/Hisham dan nama sebenarnya adalah Muhammad Kamarul
Hisham bin Muhammad Jilani. Salinan kad pengenalan penama ini juga
telah diambil oleh SP8 (P100A).

[33] SP4 telah disoal balas:


S: OKT juga masa dibawa balik ke IPD Taiping telah
memberikan maklumat mengenai siapakah Hisham yang
menyewa bilik tersebut?
J: Berkenaan maklumat mengenai Sham (bukan Hisham)
sahaja saya setuju dan bukannya berkenaan dia menyewa
bilik tersebut.

[34] SP6 pula semasa diperiksa balas menyatakan bahawa beliau tahu
ada penyewa di rumah Tertuduh tetapi tidak pernah berjumpa dengan
penyewa tersebut. Saksi ini juga menyatakan bahawa setiap seorang
adik-beradiknya mempunyai kunci rumah tersebut yang merupakan
rumah pusaka arwah bapa mereka. Ramai saudara mara mereka
berkunjung ke rumah itu semasa musim perayaan. SP6 tidak tahu sama
ada penyewa tersebut ada datang semula ke rumah itu selepas Tertuduh
ditangkap.

[35] Keterangan SP5 juga dalam pemeriksaan balas telah bersetuju


bahawa beliau tahu daripada bapa tirinya (Tertuduh) yang sebuah bilik
di rumah tersebut disewa kepada orang lain. SP5 menyatakan bilik ibu
dan bapa tirinya ialah bilik dalam gambar P24GG dan kemud ian SP5
memperbetulkan kenyataannya bahawa:

“SP5: Saya pun tak pasti samada mereka tidur di sana atau
pun tidak sebab dia orang memang tidur di depan
selalu. Dia guna bilik ke tak saya tak tahu. Saya rasa
bilik ini dia guna untuk ambil baju, pakai baju ke apa
saya tak tahu. Tetapi setahu saya dia tak guna bilik.

17
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

Bukan bilik betul ke apa saya tak tahu sebab saya


jarang balik ke sana.

Mahkamah: Kamu kata dia orang selalu tidur di depan


SP5: Ya kalau kami balik memang dia orang tidur di depan
televisyen di ruang tamu. Kalau kami di KL pun kami
video call atau apa memang dia orang tidur di situ
juga.


Setahu saya almari baju mereka kat iuar daripada bilik
itu. So saya tak tahu mana yang dia orang pakai bilik.”

[36] Keterangan SP8 adalah bahawa setelah beberapa lama mencari


termasuk sehingga ke Cameron Highlands, SP8 telah dapat berjumpa
Sham, mengambil gambar KP dan mengambil keterangan di bawah s.
112 KAJ. Pada hari terakhir perbicaraan di peringkat kes pendakwaan
(TPR sebelum itu menyatakan Sham akan hadir memberi keterangan)
Sham tidak muncul. Sebaliknya pendakwaan telah mengemukakan
keterangan melalui SP11 untuk menunjukkan usaha telah dibuat oleh
pihak polls untuk mengesan Sham di alamat rumahnya di Melaka. ID
yang dikemukakan oleh saksi ini (P96) menunjukkan cubaan untuk
menyerahkan sapina di alamat yang sama berbelas kali dalam tempoh
beberapa minggu sebelum tarikh terakhir perbicaraan. Oleh itu, pihak
pendakwaan telah membuat permohonan untuk memasukkan rakaman
percakapan Sham sebagai bukti untuk menyokong kes pendakwaan.
Walaupun terdapat bantahan daripada pihak pembelaan, Mahkamah
membenarkan permohonan TPR di bawah s.32(1)(i) dan (j) Akta
Keterangan 1950. Rakaman percakapan yang diambil oleh SP8 pada
25.1.2023 ditandakan sebagai ID101. Tetapi apa yang menghairankan
Mahkamah ialah SP8 setelah bersusah payah mengesan Sham tersebut,
langsung tidak bertanya kepada Sham dalam ID101 untuk pengesahan
sama ada benar dia telah menyewa bilik di rumah Tertuduh pada tahun
2018, berapa bayaran sewa bilik, khususnya bilik di mana dadah
dijumpai dan apakah kaitannya dengan dadah yang dijumpai tersebut.

18
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

Oleh itu, Mahkamah mendapati ID101 ini langsung tidak membantu kes
pihak pendakwaan, malah menimbulkan keraguan apakah tujuan SP8
mengambil rakaman percakapan yang sangat ringkas tersebut.
Kewujudan Sham/Hisham yang dikatakan penyewa bilik di mana
dijumpai dadah dalam pertuduhan dan “keengganan” Sham/Hisham
untuk tampil sebagai saksi di Mahkamah telah menimbulkan keraguan
terhadap kes pendakwaan bagi isu pemilikan dan pengedaran dadah. Di
dalam kes Bunya Jalong v. PP [2015] 5 CLJ 893 mahkamah
menyatakan:

“[9] The duty of the investigators is to investigate the facts


and to collect all the evidence. The police as investigators are
public officers. Their concern must be to investigate the facts
without fear or favour, so that all wrongdoers may be brought
to justice. ...A completed investigation is one that includes
investigation of the defences that emerged from the
investigation... Such investigation may eliminate the gaps or
weaknesses, and provide substance to be tested against the
defences when raised. This is important as it ensures that if
charges are to be preferred, there are no gaps or weak links in
the prosecution case in the way of a successful prosecution. ”.

[37] Tertuduh mengatakan keterangan SP4 dan SP7 tidak boleh


dipercayai, namun Mahkamah mendapati saksi polis ini adalah jujur
dalam keterangan mereka bahawa serbuan dibuat pada 10.10.2018 dan
bukan 11.10.2018 seperti cadangan pihak pembelaan. Namun,
kewujudan Sham ini telah diberikan “Alcontara notice” dan dia
bukanlah io seorang karekter yang diada-adakan.

[38] Keterangan lain yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan ialah


rakaman percakapan isteri Tertuduh di bawah s.12 KTJ yang juga
dimasukkan di bawah s.32(1) Akta Keterangan 1950 dan ditandakan 15
sebagai P93. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat membantu kes
pendakwaan sebab ada kekeliruan dalam jawapannya. Soalan
ditanyakan kepada isteri Tertuduh seperti berikut:

19
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

“S: SEMASA POLIS PERIKSA DI DALAM RUMAH KAMU


TELAH JUMPA DI ATAS ATAS MEJA DIDALAM
KOTAK 95) PEKET GANJA DAN DI 20 BILIK PERTAMA
SEBELAH KIRI DALAM RUMAH BAHAGIAN DAPUR
(7) PEKET PLASTIK DISYAKI DADAH HEROIN, (10)
PEKET PLASTIK DISYAKI DADAH JENIS METH DAN 3
KETULAN GANJA DARI DALAM BEG ATAS KTIL ITU
KEPUNYAAN SIAPA?
J: DADAH TERSEBUT ADALAH KEPUNYAAN SAYA
SUAMI SAYA DAN DIA MENGAKU KEPADA POLIS,
SAYA TIDAK TAHU APA-APA”.

[39] Soalan dan jawapan yang paling penting dalam P93 tersebut,
terdapat kekeliruan pada pandangan Mahkamah ini apabila ia boleh so
dibaca dan difahamkan dengan pelbagai cara. Ini boleh dibuat
perbandingan dengan ayat Inggeris yang mahsyur itu “Eats shoots and
leaves”. Oleh itu tidak banyak pertimbangan yang boleh diberikan oleh
Mahkamah mengenai keterangan ini.

[40] Kembali kepada kes Denish Madhavan (supra), saya merujuk


kepada perenggan yang berikut di mana Mahkamah Persekutuan
menyatakan:

“[17] The idea of exclusivity features in the meaning of


“possession” in criminal law as one of the elements necessary
to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim
v. Reg. [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53:

... It is often said that ‘possession must be exclusive*. This


is ambiguous. Possession need not be exclusive to the
accused. Two or more persons may be in joint possession
of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive
element of possession means that the possessor or
possessors have the power to exclude other persons from
enjoyment of the property.

20
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

Custody likewise may be sole or joint and it has the same


element of excluding others. The main distinction between
custody and possession is that a custodian has not the power
of disposal. The statement that ‘possession must be exclusive’
is often due to confusion of the fact to be proved with the
evidence by which it is to be proved. It is essential to keep
this distinction clearly in mind, especially when applying
presumptions.

[19] Once the elements needed to constitute possession are


established, including the element of exclusive power to
deal, then what is established is possession, not exclusive
possession. So much for exclusive possession. ”.

[Penekanan ditambah]

[41] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak


pendakwaan, Mahkamah mendapati Tertuduh sebagai tuan rumah
mempunyai kawalan dan jagaan ke atas rumah tersebut. Namun, elemen
eksklusif pemilikan dadah berbahaya dalam pertuduhan tidak dapat
dibuktikan terhadap Tertuduh. Kawalan dan jagaan eksklusif terhadap
rumah tersebut juga gagal dibuktikan oleh pendakwaan dengan
kegagalan megecualikan akses orang lain terhadap rumah pusaka yang
didiami oleh Tertuduh dan isterinya. Adalah jelas bahawa SP6 dan SP5
adalah saksi yang berkepentingan oleh sebab pertalian darah/hubungan
kekeluargaan dengan Tertuduh. SP6 terutamanya dilihat sebagai
“biased” apabila saksi ini mencurigai keseluruhan kejadian yang
berlaku di rumah tersebut pad 10 dan 11.10.2018 sedangkan pihak polis
hanya menjalankan tugas mereka di situ. Namun, keterangan saksi -
saksi pendakwaan ini sendiri yang mengesahkan bahawa terdapat
seorang penyewa di rumah itu sedangkan ini bercanggah dengan
keterangan SP8 dan SP4. Tetapi keterangan mengenai penyewa bi lik itu
tidak dibuat permohonan untuk dikeluarkan oleh pihak pendakwaan

21
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

daripada Nota Keterangan dan oleh itu, masih kekal sebagai fakta dalam
kes ini.

[42] Mengguna pakai prinsip pemilikan dalam kes Danish Madhavan


(supra), Mahkamah telah membuat dapatan fakta bahawa rumah
tersebut di bawah kawalan dan jagaan Tertuduh tetapi dia tidak
mempunyai “exclusive power to deal with the drugs ”. Ini kerana-

i. Jika pun ada saudara mara yang datang ke rumah itu atau
ada kunci rumah itu, mereka tidak tinggal di situ;
ii. Cadangan Tertuduh kepada saksi pendakwaan juga
bukanlah tertumpu kepada saudara mara mereka yang
menyewa bilik tetapi Sham yang menyewa bilik itu;
iii. SP5 menumpang semasa balik bercuti 1-2 kali setahun
semasa musim perayaan dan tidak tidur di bilik di mana
dadah dijumpai; dan
iv. Jika pun semua dadah itu disimpan (diedar) oleh Sham,
Mahkamah mendapati Tertuduh mempunyai kawalan dan
jagaan tetapi bukan exclusive possession ke atas dadah yang
dijumpai dalam rumah pusaka itu.

[43] Mengambil kira keterangan SP4 dan SP7, Mahkamah mendapati


adalah mustahil Tertuduh dan isterinya tidak mencium bau ganja yang
begitu kuat pada hari kejadian dan sebelumnya. Semasa perbicaraan,
tidak ada pun sebarang keterangan atau cadangan bahawa Tertuduh
seorang yang cacat deria bau atau sedang selsema pada masa hari
kejadian sehingga tidak mencium bau ganja yang kuat tersebut. Pada
hemah saya peguambela tertuduh hanya membuat andaian bahawa saya
tidak dapat mencium bau ganja semasa saya meneliti bar ang kes
tersebut. Saya mendapati baunya tidak kuat tapi masih ada bau distinct
ganja tersebut. Pisau yang masih ada kesan cannabis resin juga
menunjukkan ia baru digunakan untuk memotong ketulan cannabis
tersebut dan adanya plastik kosong kecil yang banyak memberikan
inference bahawa ia akan dibungkus semula. Namun, ia tidak dapat

22
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

dikaitkan bahawa Tertuduh adalah orang yang membuat pembungkusan


semula dadah ke dalam peket plastik plastik kecil.

[44] Seperkara lagi, adalah tidak logik dadah yang umumnya tahu
adalah bernilai tinggi (sebab ia barang yang diharamkan) akan
ditinggalkan begitu sahaja di rumah itu oleh Sham tanpa niat untuk dia
kembali semual ke situ, jika benar dadah itu kepunyaan Sham. Ini
membawa inference bahawa Tertuduh telah membenarkan /
membiarkan dengan pengetahuan tentang barang salah itu berada di
dalam rumahnya. Kenapa Tertuduh tidak melaporkan dadah yang
berada di dalam rumahnya dan awal-awal lagi memberi keterangan
tentang Sham kepada pihak polis, sebaliknya selepas ditangkap baru dia
hendak menimbulkan isu Sham. Mahkamah berpandangan Tertuduh
boleh sahaja membuang dadah tersebut daripada rumahnya supaya dia
tidak dikatakan terlibat dengan dadah itu. Adakah dia memerlukan
kebenaran Sham untuk melupuskan dadah tersebut? Oleh itu Mahkamah
mendapati bahawa Tertuduh adalah “complicit” atau terlibat dengan
dadah yang dijumpai tersebut apabila membiarkan dadah dalam kuantiti
yang banyak disimpan dalam bilik di rumahnya. Mahkamah mendapati
ini adalah satu illegal omission di pihak Tertuduh dan tergolong kepada
perbuatan yang salah dan boleh dipertuduhkan.

[45] Mahkamah merujuk kepada peruntukan s.32 Kanun Keseksaan di


mana ia menyatakan:

32. Words referring to acts include illegal omissions.


In every part of this Code, except where a contrary intention
appears from the context, words which refer to acts done extend
also to illegal omissions.

[46] Mahkamah juga perlu memberi perhatian ke atas bentuk dadah


terlibat dan cara ianya dibungkus dengan jumlah paket -paket yang
banyak yang menjadikan mahkamah ini berpendapat ianya bukanlah
bagi tujuan pengunaan sendiri (Ong Ah Chuan v. PP [1980] CLJU 181;
[1980] 1 LNS 181; [1981] 1 MLJ 64). Walaubagaimanapun, elemen

23
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

pengecualian akses kepada rumah tersebut yang tidak dipenuhi oleh


pendakwaan.

[47] Dalam kes ini juga terdapat 2 inference dalam perkara mengenai
Sham tetapi Mahkamah mendapati ia tidak memihak kepada
pendakwaan iaitu dari aspek kegagalan SP8 untuk mengambil
percakapan Sham dengan teliti dan comprehensive: Tai Chai Keh v.
Public Prosecutor [1948] CLJU 122; [1948] 1 LNS 122; Public
Prosecutor v. Kasmin bin Soeb [1974] CLJU 116; [1974] 1 LNS 116;
[1974] 1 MLJ 230).

[48] Berdasarkan keadaan beg jenama High Trails yang mengandungi


dadah serta dadah yang dijumpai atas meja berhadapan kedua -dua
Tertuduh dan isterinya serta bau ganja yang kuat pada masa itu,
Mahkamah mendapati Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai
dadah yang disimpan dalam bilik di rumah Itu: PP v. Lin Lian Chen
[1992] 1 CLJ 285 (Rep) dan Parian Bin Dadeh [2008] 6 MLJ.

[49] Walaubagaimanapun, disebabkan pihak pendakwaan tidak boleh


exclude access rumah itu kepada Sham, Mahkamah tidak boleh
mengatakan Tertuduh yang mempunyai milikan dan kuasa untuk
dispose dadah tersebut. Perkara utama ialah Tertuduh mempunyai
kawalan dan jagaan ke atas rumah itu dan pengetahuan mengenai dadah
yang dijumpai. Jarak dadah dalam kotak berwarna putih di hadapan
Tertuduh dan isterinya cuba dikaitkan oleh pihak pendakwaan dengan
milikan dadah dalam bilik dan seterusnya berat dadah menimbulkan
anggapan di bawah s.37(da). Namun, Mahkamah terikat dengan
keputusan kes-kes terdahulu mengenai isu kewujudan orang lain yang
berkemungkinan besar adalah tuan punya dadah berbahaya dalam
kuantiti yang banyak dalam bilik B2 di rumah tersebut,

[50] Pemilikan telah diputuskan sebagai kawalan atau jagaan dan


mempunyai pengetahuan mengenai dadah. Pengetahuan boleh dicerap
daripada fakta dan keadaan sekeliling. Pengetahuan juga boleh timbul
melalui anggapan statutori. Peruntukan s. 37(d) Akta 324 adalah:

24
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

Any person who is found to have had in his custody or under his
control anything whatsoever containing any dangerous drug shall,
until the contrary is proved, be deemed to have been in possession
of such drug and shall, until the contrary is proved, be dee med to
have known the nature of such drug;

[51] Dalam kes Mahkamah Persekutuan, Francis Okechukwu


Nwankwo v. PP, Criminal Appeal No.: B-05(m)-631-12/2019
Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa:

“[21] We have noted the trite principle mere possession of a


thing without the mental element or mens rea and knowledge
of the nature of the thing will not incriminate the possession.
Both the physical and mental elements must be fulfilled to
establish possession in the criminal context. [See Saad bin
Ibrahim v. PP [1968] 1 MLJ 58; Chan Pean Leon v. PP [1956]
MLJ 237].

[22] The thrust of the Appellant’s defence that the LJC had
purportedly failed to appreciate was that mere proximity with
the dangerous drugs would not suffice to prove the core
element of custody and control.

[40] It was correctly noted by the LJC that the hub of the
defence contention was that there was a material gap in the
PP’s case that created a reasonable doubt by reason of the non -
calling of 2 material witnesses, namely, the said Paschal and
Onyeka, both of whom bore the same surname Okafor. He duly
considered the Appellant’s contention that S.114(g), Evidence
Act ought to be invoked for the said non -calling but declined
to do so on account of the circumstances surrounding the
recovery of the drugs which we have adverted to. According
to the LJC, the narrative of the PP’s case was complete without

25
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

them being called and they were not necessary witnesses to


complete the narrative. Neither were they present at the scene
at or around the material time which we accept is an important
factor. Nor did their non-calling leave a gap in the PP’s
narrative.

[41] We appreciate the trite principle that the onus is on


the PP to exclude the possibility of access by others to the
place of discovery. [See Abdullah Zawawi bin Yusoff v. PP
[1993] 2 MLJ 1]. Be that as it may, it is trite law that the duty
on the PP is only to produce in Court all witnesses necessary
for the unfolding of the narrative. Besides that, the PP has the
discretion as to which witness to call. In the landmark case o f
Ti Chuee Hiang v. PP [1995] 2 MLJ 433, Edgar Joseph Jr, FCJ
speaking for the FC remarked: “On the other hand, it is clear
law that the prosecution must have in court all witnesses from
whom statements have been taken, but they have a discretion
whether to call them or not. (See Teh Lee Tong v. PP [1956]
MLJ 194). That discretion, however, must be exercised having
regard in the interests of justice, which includes being fair to
the accused (per Lord Parker CJ in R v. Oliva [1965] 3 All ER
116 at p 122; [1965], 2 WLR 1028 at p 1035), and to call
witnesses essential to the unfolding of the narrative on which
the prosecution case is based, whether the effect of their
testimony is for or against the prosecution (per Lord Roche in
the Ceylon Privy Council case of Seneviratne v. R [1936] 3
All ER 36 at p 49, applied in R v. Nugent [1977] 3 All ER 662;
[1977] 1 WLR 789”.

[Penekanan ditambah]

[52] Keterangan-keterangan yang didapati oleh Mahkamah ini


memadai di peringkat kes prima facie iaitu sesuatu keterangan yang
credible atau boleh dipercayai. Keterangan ini adalah mencukupi untuk
Mahkamah ini memanggil Tertuduh untuk membela diri bagi

26
[2024] CLJU 49 Legal Network Series

pertuduhan di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu


memiliki kesemua dadah berbahaya dalam 3 pertuduhan tersebut dan 1
pertuduhan kekai di bawah s.39A(1) Akta. Pertuduhan pindaan dibuat
oleh Mahkamah di bawah peruntukan s.158 KTJ telah dibacakan kepada
Tertuduh dan dia mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan
pindaan. Seterusnyam Tertuduh telah diterangkan dengan 3 pilihan
untuk membela dirinya dan memilih untuk memberi keterangan secara
bersumpah. Perbicaraan ditangguhkan ke tarikh yan g lain untuk
persediaan kes Tertuduh membela dirinya.

KESIMPULAN

[53] Berdasarkan dapatan-dapatan di atas, Mahkamah telah mendapati


pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie bahawa
Tertuduh telah mengedar dadah seperti dalam 3 pertuduhan tersebut.
Namun, Mahkamah telah memanggil Tertuduh untuk membela dirinya
atas pertuduhan pindaan memiliki dadah berbahaya di bawah s.39A(2)
manakala 1 pertuduhan kekai di bawah s.39A(1) Akta 324 tersebut.

Dated: 10 JANUARI 2024

(NOOR RUWENA MD. NURDIN)


Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Malaya, Taiping

Counsel:

Bagi pihak pendakwa raya - TPR Sally Chay Mei Ling,


Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perak, Taiping

Bagi pihak tertuduh - Rosli Kamaruddin, Muhammad Zahier Rosli &


Muhammad Zaim Rosli; T/n Rosli Kamaruddin & Co, Skudai

27

You might also like