You are on page 1of 10

[2021] 1 LNS 2261 Legal Network Series

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU


DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
[PERMOHONAN SEMAKAN JENAYAH NO.: JA- 43-37-12/2021]

ANTARA

PENDAKWA RAYA

LAWAN

MISBAH MARYUN
(NO. K/P : 571221-01-5775)

DIHADAPAN YA DATO’ ABU BAKAR BIN KATAR


HAKIM, MAHKAMAH TINGGI MALAYA
JOHOR BAHRU
DI DALAM MAHKAMAH TERBUKA

PENGHAKIMAN

PENGENALAN

[1] Responden telah dituduh di Mahkamah Sesyen, Kota Tinggi,


Johor Darul Takzim atas pertuduhan yang berbunyi seperti berikut:

PERTUDUHAN:

“Bahawa kamu pada 23/8/2020, jam lebih kurang 10.00 malam


di rumah alamat Blok 1, No. 8, Felda Tenggaroh Selatan 1,
Kota Tinggi, di dalam Daerah Kota Tinggi, di dalam Negeri
Johor telah melakukan persetubuhan dengan NASM [nama

1
[2021] 1 LNS 2261 Legal Network Series

dirahsiakan] yang mana oleh kerana persetubuhan kamu


dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah hukum agama
untuk berkahwin dengannya. Oleh yang demikian kamu telah
melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah s. 376B
(1) Kanun Keseksaan.”

[2] Responden telah mengaku bersalah atas pertuduhan di hadapan


Puan Hakim, Mahkamah Sesyen, Kota Tinggi, Johor [Puan HMS itu].
Puan HMS itu menjatuhi hukuman penjara 18 tahun mulai tarikh
tangkap dan 5 kali sebatan rotan.

[3] Penolong Kanan Mahkamah Rendah, Johor Bahru telah


menerima pertanyaan daripada Jabatan Penjara, Kluang berkaitan
hukuman sebatan rotan yang dijatuhi atas Responden yang berusia 63
tahun semasa hukuman dijatuhi oleh Puan HMS itu pada 19.1.2021.
Mahkamah ini mengarahkan prosiding di hadapan Puan HMS itu
dimajukan ke Mahkamah Tinggi bagi tujuan semakan di bawah s. 323
(1) Kanun Tatacara Jenayah [KTJ].

[4] Mahkamah ini telah menetapkan pendengaran permohonan


semakan jenayah kes Responden pada 16.12.2021 di Mahkamah
Terbuka.

LATAR BELAKANG KES

[5] Bagi memudahkan memahami permohonan semakan jenayah,


eloklah dibentangkan fakta kes pendakwaan seperti berikut : Pada
23.8.2020, jam lebih kurang 10.00 malam, semasa mangsa berada di
dalam bilik rumah yang beralamat Blok 1, No. 8, Felda Tenggaroh
Selatan 1, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim telah didatangi
oleh Responden merupakan ayah kandung kepada mangsa mengajak
mangsa melakukan hubungan seks. Responden melakukan hubungan
seks dengan mangsa tanpa kerelaan mangsa.

2
[2021] 1 LNS 2261 Legal Network Series

[6] Pada 26.8.2020 mangsa telah menceritakan kejadian Responden


merogol mangsa kepada Puan Azizah Binti Asar, Guru Kaunseling di
mana mangsa belajar. Mangsa menceritakan Responden telah
melakukan hubungan seks dengan mangsa sejak mangsa berusia 10
tahun. Perbuatan ini berterusan sehinggalah kejadian yang terakhir
yang menjadi teras pertuduhan iaitu pada 23.8.2020. Guru Kaunseling
itu kemudiannya melaporkan kepada pihak polis sebagaimana Kuala
Sedeli Report No. : 002499/2020 [P2].

[7] Berpadukan P2, Inspektor Mohamad Zulkharnain Bin Abdul,


Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, IPD Kota Tinggi telah mengetuai
sepasukan anggota-anggota polis IPD Kota Tinggi telah membuat
tangkapan ke atas Responden kemudiannya Inspektor Mohamad
Zulkharnain telah membuat laporan tangkapan sebagaimana Kuala
Sedeli Report No. : 002505/2020 [P3].

[8] Siasatan kes ini dijalankan oleh Inspektor Syamil Bin Suhami,
Pegawai Penyiasat. Beliau pada 1.9.2020 jam 3.30 petang telah pergi
melawat tempat kejadian iaitu No. 8, Blok 1, Felda Tenggaroh
Selatan, Kota Tinggi. Mangsa telah menunjukkan sehelai kain selimut
(Tandaan “S”) dan kain pelikat (Tandaan “S1”) kepada Pegawai
Penyiasat untuk siasatan lanjut.

[9] Pada 26.8.2020, mangsa telah dibawa berjumpa Dr. Daniel Chu
Mun Chung, Pakar O & G, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk
pemeriksaan perubatan. Dr. Daniel telah menyediakan laporan
perubatan bertarikh 24.11.2020 [P7]. Dr. Daniel dalam P7 telah
mengesahkan “old tear at 4, 6 and 9 oclock”.

[10] Sebaik Pegawai Penyiasat selesai menjalankan siasatannya ke


atas Responden bagi kesalahan s. 376B Kanun itu, Responden telah

3
[2021] 1 LNS 2261 Legal Network Series

dituduh di Mahkamah Sesyen, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim pada


9.9.2020.

MERIT PERMOHONAN SEMAKAN JENAYAH PEMOHON

[11] Sebelum Mahkamah ini menyentuh merit semakan Pemohon,


eloklah diperturunkan peruntukan s. 323(1) KTJ yang
memperuntukkan seperti berikut :

“s. 323(1) A Judge may call for and examine the record of any
proceeding before any subordinate Criminal Court for the
purpose of satisfying himself as to the correctness, legality or
propriety of any finding, sentence or order recorded or passed,
and as to the regularity of any proceedings of that subordinate
Court.”

[12] Mahkamah ini sedar tujuan kuasa semakan ini ada dirungkai
dalam kes tersohor Liaw Kwai Wah & Anor v. Public Prosecutor
[1987] 1 CLJ 35; [1987] CLJ (Rep) 163; [1987] 2 MLJ 69 di mana
YAA Abdul Hamid KHN (pada ketika itu) menyatakan seperti berikut:

“We would observe that the power of revision is to be exercised


in accordance with the law for the time being in force relating
to criminal procedure. In the present case that law is the
Criminal Procedure Code. We would also observe that the
object of the revisionary powers provided for in the Code is :

... to confer upon criminal courts a kind of paternal or


supervisory jurisdiction, in order to correct miscarriage of
justice arising from misconception of law, irregularity of
procedure, neglect of proper precautions or apparent harshness
of treatment, which has resulted on the one hand in some injury

4
[2021] 1 LNS 2261 Legal Network Series

to the due maintenance of law and order, or on the other hand,


in some undeserved hardship to individuals. ”

[13] Mahkamah ini terus akan meneliti isu utama dalam permohonan
semakan jenayah ini iaitu sama ada Puan HMS itu menuruti
peruntukan undang-undang apabila menjatuhi hukuman sebatan rotan
ke atas Responden yang ketika itu berusia lebih 50 tahun. Sama ada
peruntukan s. 289(c) KTJ yang menetapkan hukuman sebatan rotan
dibenarkan walaupun lelaki berusia lebih 50 tahun atas kesalahan
merogol di bawah s. 376 Kanun Keseksaan [Kanun itu] termasuk
kesalahan di bawah s. 376B Kanun itu.

[14] Bagi kemudahan rujukan diperturunkan peruntukan s. 289(c)


KTJ yang berbunyi seperti berikut :

“(c) males whom the Court considers to be more than fifty years
of age, except males sentenced to whipping under section 376,
377C, 377CA or 377E of the Penal Code.”

[15] Dalam kes di hadapan Mahkamah sekarang, Responden semasa


dijatuhi hukuman berusia 63 tahun iaitu melebihi 50 tahun.
Persoalannya sama ada kesalahan di bawah s. 376 Kanun itu yang
membolehkan sebatan rotan walaupun lelaki berusia lebih 50 tahun
termasuk kesalahan di bawah s. 376 B Kanun itu.

[16] Peruntukan s. 289(c) KTJ telah dipinda melalui Akta Kanun


Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 [Akta A1274] apabila
menyenaraikan kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum sebatan
rotan ke atas lelaki walaupun berusia lebih 50 tahun bagi kesalahan
“s. 376, 377C, 377CA atau 377E”. Pindaan s. 289(c) KTJ ini
berkuatkusa mulai 6.3.2007 (P.U.(B) 68/2007). Selanjutnya, Badan
Parlimen menggubal peruntukan baru khas untuk sumbang mahram

5
[2021] 1 LNS 2261 Legal Network Series

iaitu s. 376B Kanun itu melalui Akta Kanun Tatacara Jenayah


(Pindaan) 2014 (Akta A1471) yang berkuatkuasa mulai 31.12.2014.

[17] Mahkamah ini berpendapat semasa pindaan s. 289(c) KTJ


digubal, kesalahan di bawah s. 376B Kanun itu tidak wujud lagi.
Persoalannya selanjutnya sama ada kesalahan yang dilakukan oleh
Responden termasuk di dalam s. 376 Kanun itu?

[18] Mahkamah ini berkesempatan untuk merujuk kes Abd Khalid


Hussin v. PP [2020] 1 LNS 259 di mana YA Muniandy Kannyappan
PK ada merungkai isu yang sama. Fakta kes Abd Khalid Hussin
[supra] secara ringkas seperti berikut : Tertuduh berusia 68 tahun
semasa Hakim, Mahkamah Sesyen, Kuala Kangsar, Perak Darul
Ridzuan menjatuhi hukuman ke atas Tertuduh bagi kesalahan s. 376B
Kanun itu iaitu penjara 20 tahun dan sebatan rotan sebanyak 12 kali.
Tertuduh juga dijatuhi hukuman penjara 5 tahun bagi kesalahan di
bawah s. 354 Kanun itu. Hakim Mahkamah Sesyen memerintahkan
hukuman penjara berjalan secara berasingan. Tertuduh yang terkilan
dengan hukuman tersebut merayu ke Mahkamah Tinggi, Taiping atas
hukuman. YA PK setelah mendengar rayuan Tertuduh, mengekalkan
hukuman penjara 5 tahun bagi kesalahan s. 354 Kanun itu. Sebaliknya
bagi kesalahan s. 376B Kanun itu, YA PK telah mengurangkan
hukuman penjara 20 tahun kepada 10 tahun dan mengakaskan sabitan
atas alasan pengecualian s. 289(c) KTJ tidak termasuk kesalahan di
bawah s. 376B Kanun itu. YA PK memerintahkan hukuman penjara
berjalan secara berturutan.

[19] TPR yang terpelajar yang terkilan dengan keputusan YA PK itu


telah memfailkan rayuan atas hukuman ke Mahkamah Rayuan. Rayuan
ini telah didaftarkan sebagai Mahkamah Rayuan, Rayuan Jenayah No.
: A-09(H)-595-12/2019. Semasa pendengaran rayuan di Mahkamah
Rayuan pada 1.10.2020, TPR telah membangkitkan antara lainnya isu

6
[2021] 1 LNS 2261 Legal Network Series

YA PK terkhilaf apabila mengakaskan 12 sebatan atas alasan s. 376B


Kanun itu tidak termasuk dalam s. 376 Kanun itu bagi maksud
pengecualian s. 289(c) KTJ. TPR yang terpelajar dalam hujahan
bertulisnya telah menghujahkan kesalahan s. 376B Kanun itu
sebahagian kepada s. 376 Kanun itu. TPR yang terpelajar cuba
menyakinkan Panel Mahkamah Rayuan iaitu s. 376B Kanun itu
termasuk dalam pengecualian s. 289(c) KTJ dan memohon perintah
Hakim Mahkamah Sesyen dikembalikan semula.

[20] Mahkamah ini berpeluang meneliti penghujahan bertulis TPR


yang terpelajar di para 36 hingga 40 seperti berikut :

“36. Pihak Perayu dengan hormatnya menghujahkan YA


Pesuruhjaya Kehakiman telah khilaf dalam membuat takrifan
seksyen 376B tidak dinyatakan di dalam Seksyen 289 Kanun
Prosedur Jenayah.

37. Pihak Perayu hujahkan Seksyen 376B Kanun Keseksaan


tersebut masih lagi sebahagian daripada peruntukan Seksyen 376
secara keseluruhan. Jika diteliti peruntukan Seksyen 376B
Kanun Keseksaan merupakan peruntukan hukuman kepada
kesalahan sumbang mahram dan penjelasan maksud sumbang
mahram itu terdapat pada Seksyen 376A.

38. Namun begitu, kewujudan Seksyen 376A Kanun Keseksaan


ini mempunyai persamaan dengan maksud dan kesalahan
sepertimana Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan
rogol keatas seorang perempuan dimana hubungan perempuan
itu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang,
hukum agama, adat atau kebiasaan, untuk berkahwin dengan
perempuan itu.

7
[2021] 1 LNS 2261 Legal Network Series

39. Justeru, adalah menjadi hujahan pihak Perayu bahawa


Seksyen 376A dan 376B Kanun Keseksaan ini suatu peruntukkan
yang diharmonikan selaras dengan keseluruhan Seksyen 376
Kanun Keseksaan dan masih lagi termasuk dalam peruntukkan
Seksyen 376 secara keseluruhan. Cuma perbezaan di bawah
Seksyen 376A Kanun Keseksaan telah ditambah sekiranya
pelaku kesalahan itu termasuk seorang lelaki.

40. Maka dengan itu, hukuman sebatan masih perlu


dilaksanakan sepertimana pengecualian di dalam Seksyen 289(c)
Kanun Prosedur Jenayah. Ini kerana sepertimana kesalahan-
kesalahan luar tabii iaitu Seksyen 377 Kanun Keseksaan,
peruntukan Seksyen 289 Kanun Prosedur Jenayah menyatakanya
dengan spesifik pengecualian tersebut, tetapi berbeza dengan
kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang mana
Seksyen 376B merupakan sebahagian daripadanya.”

[21] Di akhir pendengaran rayuan, Panel Mahkamah Rayuan yang


bersidang telah menolak rayuan TPR berkaitan hukuman termasuk isu
pengecualian s. 289(c) KTJ. Panel Mahkamah Rayuan telah
mengesahkan keputusan YA PK dalam kes Abd Khalid Bin Hussin
[supra] berkaitan isu ini iaitu kesalahan s. 376B Kanun itu tidak
termasuk dalam pengecualian s. 289(c) KTJ sehubungan itu Tertuduh
tidak boleh dijatuhi hukuman sebatan rotan sebaik melebihi usia 50
tahun.

[22] Berbalik kepada kes semakan semasa, Mahkamah ini bergantung


kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Abd Khalid Bin
Hussin [supra], iaitu Puan HMS itu telah terkhilaf dari segi undang-
undang apabila memerintahkan sebatan rotan sebanyak 5 kali ke atas
Responden yang mana ketika hukuman dijatuhi telah melepasi usia 50
tahun. Pengecualian s. 289(c) KTJ terpakai bagai kesalahan s. 376

8
[2021] 1 LNS 2261 Legal Network Series

Kanun itu tetapi tidak termasuk kesalahan di bawah s. 376B Kanun


itu.

KESIMPULAN

[23] Berdasarkan alasan-alasan yang diperincikan di atas, Mahkamah


ini mengunakan kuasa semakan di bawah s. 323(1) KTJ mengakaskan
hukuman sebatan rotan 5 kali ke atas Responden atas alasan kesalahan
s. 376B Kanun itu tidak termasuk dalam s. 376 Kanun itu bagi maksud
peruntukan s. 289(c) KTJ . Hukuman yang lainnya dijatuhi oleh Puan
HMS itu disahkan.

Bertarikh: 16 DISEMBER 2021

(ABU BAKAR KATAR)


Hakim
Mahkamah Tinggi
Johor Bahru

KAUNSEL:

Bagi pihak pemohon - TPR Mohd Shafiq Mohd Ghazali; Pejabat


Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
Aras 2, Bangunan Dato’ Ja’afar Muhammad
Kota Iskandar,
79100 Nusajaya,
Johor

Bagi pihak responden - Hadir Sendiri

Kes-kes yang dirujuk:

9
[2021] 1 LNS 2261 Legal Network Series
Liaw Kwai Wah & Anor v. Public Prosecutor [1987] 1 CLJ
35; [1987] CLJ (Rep) 163; [1987] 2 MLJ 69

Abd Khalid Hussin v. PP [2020] 1 LNS 259

Perundangan yang dirujuk:

Kanun Tatacara Jenayah, ss. 289(c), 323 (1)

Kanun Keseksaan, ss. 354, 376(3), 376A, 376B, 377, 377C, 377CA,
377E

10

You might also like