You are on page 1of 20

ALASAN

PENGHAKIMAN

Pendakwa Syarie Negeri Johor


lwn
Rasel Sarder & Salimah

[ Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, Johor, (Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz,
HMRS) 6 Zulhijjah 1437H bersamaan 8 September 2016 ]

[Kes Jenayah Syariah Bil : 01002-143-0317-2016, 01002-143-0318-2016]

Enakmen Pentadbiran Agama Islam – Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah – sek.


61 & 62 Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Johor ) 2003
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 – Bidangkuasa Jenayah
Syariah Negeri Johor – Seksyen 1(2) – Kes kesalahan Khalwat – seksyen 27 (1) (a)-
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003 – Bidangkuasa Mendengar
– seksyen 67 & 68 – Bentuk Pertuduhan – sek. 78 & 79 Enakmen Tatacara Jenayah
Syariah ( Negeri Johor ) 2003.

Fakta Kes

Kes ini adalah kes tangkapan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam
Negeri Johor daerah Kulai (PPA JAINJ) dalam satu operasi cegah maksiat. Dalam kes
ini, Rasel Sarder (dikenali selepas ini dengan Tertuduh Pertama) telah ditahan berada
bersama dengan SALIMAH (dikenali selepas ini dengan Tertuduh Kedua) di dalam
hotel oleh sepasukan anggota PPA JAINJ pada 1 September 2016 jam 12.45 pagi di
dalam sebuah bilik No 208, Impress Star Hotel beralamat 1757 Jalan Senai Utama ½
Taman Senai Utama, Senai, Daerah Kulai, Johor. Seterusnya kedua-dua tertuduh
dihadapkan ke Mahkamah Syariah dan dituduh melakukan kesalahan Khalwat di bawah
Seksyen 27 (1)(a) & (b) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Johor) 1997.

1
ALASAN PENGHAKIMAN

Diputuskan

(1) Setelah kedua-dua tertuduh disabitkan bersalah dengan pengakuan salahnya dan
setelah mahkamah mempertimbangkan semua perkara termasuk bidangkuasa
Mahkamah, pertuduhan (bebanan kesalahan), fakta kes, latar belakang tertuduh,
pengakuan salah, rayuan peringanan hukuman dan ulasan Timbalan Pendakwa
Syarie ( Puan Normah binti Abd Rahman), di bawah bidangkuasa yang diberikan
oleh Hukum Syarak dan Undang-undang, tertuduh dihukum penjara selama 6
bulan dan;
(2) Mahkamah juga perintahkan tertuduh membayar denda berjumlah RM 2,500.00 ,
jika engkar membayar denda , tertuduh akan dipenjarakan selama enam bulan
lagi;
(3) Mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan ini boleh memfailkan
Notis Rayuan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan ini dibacakan.
(4) Perintah berkuatkuasa serta merta daripada tarikh keputusan.

Peguam Syarie / Pendakwa Syarie Negeri Johor

Pendakwa Syarie : Puan Normah binti Abd Rahman dari Jabatan Agama Islam
Negeri Johor.
Orang Kena Tuduh : Rasel Sader dan Salimah, hadir dengan tidak diwakili Peguam.

Surah Al-Quran Yang Dirujuk

[1] Surah Ali Imran ayat 81.


[2] surah Al-Qiamah ayat 14 dan 15.
[3] Surah Al-Baqarah ayat 282.
[4] Surah Al-Nisa’ ayat 135.
[5] Surah Al-Nur ayat 24.
[6] Surah Al-Taubah ayat 102.
[7] Surah Luqman, ayat 31.

2
ALASAN PENGHAKIMAN

Kitab-kitab yang dirujuk

1. Al-Khatib,Shams al-Din Muhammad ibn Ahmad Al-Sharbini, Al-Iqna’ fi Hilli


Alfaz Abi Syuja’, Dar al-Khayr, Beirut,1996, Jilid 1, Halaman 9;

2. Al-Syaukani, Muhammad bin Ali, Nayl al-Autar, Mustafa al-Babi al-Halabi,


Mesir, 1961, Jld.7, halaman 100.

3. Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Jld 8, halaman 314.

4. Ibn Hajar, Ahmad ibn Ali Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-
Bukhari, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, 1989, Jld. 12, halaman 165.

5. Muslim, Al-Jami’ al-Sahih, Dar al-Fikr, Beirut, Jld.5, halaman 13;

6. Abdul Hamid Siddiqi, Sahih Muslim, t.t., Jilid 3, halaman 913;

7. Abdul Aziz al-Hallawi, Umar Ibnul Khattab: Keputusan Hukum dan Fatwa-
fatwanya (terjemahan), Darul Nu’man, Kuala Lumpur, 1997, hal. 189.

8. Muhammad Abu Zuhrah, Al-Uqubah, Dar al-Fikr al-Arabi, Kaherah;

9. Al-Imam Muhammad Abu Zuhrah, Al-Jarimah wa al-Uqubah fi al-Fiqh al-


Islami, Dar al-Fikr al-Arabi, Kaherah, t.t., Halaman 86;

10. Al-Marbawi, Muhammad Idris Abd al-Rauf Al-Marbawi Al-Azhari, Bahr al-
Mazi, Darul Fikr, t.t., Jilid 5, halaman 49.

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 – seksyen 62 (2) (a).
2. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 – seksyen 1(2), 27(1)
(a)dan(b) .
3. Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (Negeri Johor) 2003 – seksyen 7,
seksyen 67 dan 68, Seksyen 78 (1) dan (2) , Seksyen 79, seksyen 96 (a) dan (b).

3
ALASAN PENGHAKIMAN

Kes-kes Yang dirujuk

1. Abdul Aziz bin Musa@Harun bin Suman dan Hamimah binti Abdullah lwn.
Pendakwa Syarie JAIP. [2002] 16 II JH 197-206.

Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS

Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie
Negeri Johor dari Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor iaitu Puan
Normah binti Abd Rahman, terhadap Tertuduh Pertama iaitu Rasel Sader No pasport :
BA 0070910, beralamat No 35-2 Jalan Fu Sungai Buluh BT3, 40150 Subang Jaya ,
Selangor dan Tertuduh Kedua iaitu Salimah (No Pasport : A8578446), beralamat Perium
GMP Blok A No 15 RT 002 RW 001 Sungai Beduk Batam Indonesia. Tertuduh Pertama
dan Tertuduh Kedua telah dituduh melakukan kesalahan khalwat pada 1 September 2016
pada jam 12.45 pagi di dalam sebuah bilik no 208, Impress Star Hotel beralamat 1757
Jalan Senai Utama ½ Taman Senai Utama 81400 Senai, Daerah Kulai dalam negeri
Johor. Dalam kes ini, tertuduh dituduh melakukan kesalahan yang berhubung dengan
kesucian agama Islam dan Institusinya, iaitu kesalahan khalwat di bawah seksyen
27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997

Pertuduhan ke atas Tertuduh Pertama seperti berikut :

“Bahawa kamu pada 1hb September 2016 jam lebih kurang 12.45
pagi bertempat DI DALAM SEBUAH BILIK NO 208, Impress Star
Hotel beralamat 1757 Jalan Senai Utama ½ Taman Senai Utama
81400 Senai, Daerah Kulai dalam negeri Johor telah didapati
berada bersama dengan SEORANG perempuan bernama
SALIMAH (NO PASPORT : A8578446) yang bukan isteri atau
mahram kamu dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak
bahawa kamu sedang melakukan perbuatan tidak bermoral. Oleh
yang demikian, kamu dituduh melakukan kesalahan Khalwat di
bawah seksyen 27(1)(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan
4
ALASAN PENGHAKIMAN

didenda sehingga RM 3000 atau dipenjarakan selama 2 tahun


atau kedua-dua didenda dan dipenjara sekali.1”.

Pertuduhan ke atas Tertuduh Kedua seperti berikut :-

“Bahawa kamu pada 1hb September 2016 jam lebih kurang 12.45
pagi bertempat DI DALAM SEBUAH BILIK NO 208, Impress Star
Hotel beralamat 1757 Jalan Senai Utama ½ Taman Senai Utama
81400 Senai, Daerah Kulai dalam negeri Johor telah didapati
berada bersama dengan SEORANG Lelaki bernama RASEL
SADER (NO PASPORT : BA 0070910) yang bukan suami atau
mahram kamu dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak
bahawa kamu sedang melakukan perbuatan tidak bermoral. Oleh
yang demikian, kamu dituduh melakukan kesalahan Khalwat di
bawah seksyen 27(1)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan
didenda sehingga RM 3000 atau dipenjarakan selama 2 tahun
atau kedua-dua didenda dan dipenjara sekali.2”.

Mahkamah ini berpuashati bahawa pertuduhan ini adalah bertepatan dengan


peruntukan Seksyen 78 (1) dan (2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor)
2003, Enakmen mengenai derihal pertuduhan iaitu:-.

“(1) Tiap-tiap pertuduhan di bawah Enakmen ini hendaklah


menyatakan kesalahan yang atasnya tertuduh dipertuduh.

(2) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu


memberinya apa-apa nama tertentu, kesalahan itu boleh
diperihalkan dalam pertuduhan itu dengan nama itu sahaja.

1
Sila rujuk Kertas Pertuduhan.
2
Sila rujuk Kertas Pertuduhan.
5
ALASAN PENGHAKIMAN

Manakala Seksyen 79 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003,


Enakmen mengenai derihal pertuduhan iaitu:-.

“Pertuduhan itu hendaklah mengandungi apa-apa butir


tentang waktu dan tempat kesalahan yang dikatakan itu dan
orang, jika ada, yang terhadapnya atau benda, jika ada, yang
berkenaan dengannya kesalahan itu telah dilakukan
sebagaimana yang semunasabahnya mencukupi supaya
tertuduh maklum tentang perkara yang mengenainya dia
dipertuduh”.

Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan bahawa pertuduhan yang telah
dikemukakan oleh Pendakwa Syarie terhadap tertuduh telah memenuhi kehendak seksyen
78 (1), (2) dan 79 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003, Enakmen itu
menyebut nama kesalahan (telah didapati berada bersama dengan SEORANG
perempuan bernama SALIMAH (NO PASPORT : A8578446) yang bukan isteri atau
mahram kamu dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa kamu sedang
melakukan perbuatan tidak bermoral. Oleh yang demikian, kamu dituduh melakukan
kesalahan Khalwat di bawah seksyen 27(1)(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Johor 1997)

Sebelum Mahkamah mensabitkan sesuatu kesalahan yang dipertuduhkan di


hadapan Mahkamah, Mahkamah ini perlulah menentukan sama ada mahkamah ini
mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kes ini atau tidak, Oleh yang demikian,
Mahkamah merujuk kepada beberapa peruntukan undang-undang antaranya Seksyen 1(2)
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 memperuntukkan:

Seksyen 1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian.

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997
dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang
Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

6
ALASAN PENGHAKIMAN

(2) Enakmen ini hendaklah terpakai hanya bagi-


(a) Negeri Johor; dan
(b) Orang Islam sahaja.

juga seksyen 62 (2) (a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003,:

2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah –

(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan


apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam
di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997,
Enakmen Keluarga Islam Negeri Johor 2003 atau mana-mana
undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-
kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya
hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau
mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu
ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau
kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman
yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan

Dalam kes ini, tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 27 (1) (a)
& (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997, ini merupakan
kesalahan yang berhubung dengan kesalahan yang berhubungan dengan kesusilaan di
Bahagian IV, iaitu atas kesalahan Khalwat .Peruntukan tersebut ialah:-

Seksyen 27. Khalwat.

“(1) Mana-mana-
(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang
atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau
mahramnya; atau

7
ALASAN PENGHAKIMAN

(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan


seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau
mahramnya,
di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau
bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa
mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.

Bagi kesalahan jenayah syariah, setiap kesalahan akan dibicarakan di tempat kesalahan
itu dilakukan dan bukannya berdasarkan permastautin tertuduh. Berdasarkan alamat
kesalahan ini dilakukan jelaslah kesalahan tersebut dilakukan di daerah Kulai dalam
Negeri Johor sebagaimana peruntukan seksyen 7 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
(Negeri Johor) 2003, seksyen tersebut memperuntukan bahawa :-

Fasal 7. Bidang kuasa jenayah Hakim

Tertakluk kepada Enakmen ini, tiap-tiap Hakim hendaklah


mengambil perhatian dan mempunyai kuasa untuk –

(a) mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan


pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan keseluruhannya
atau sebahagiannya di dalam bidang kuasa tempatan Hakim
itu dan yang boleh diambil perhatian oleh Hakim itu;

Sebagai memenuhi tuntutan prosedur didalam perbicaraan, Mahkamah ini merujuk


kepada seksyen 96 (a) dan (b) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003,
peruntukan menyebut:-

8
ALASAN PENGHAKIMAN

96. Tatacara dalam perbicaraan

Tatacara yang berikut hendaklah diikuti oleh Hakim dalam


perbicaraan:

(a) apabila tertuduh hadir atau dibawa ke hadapan


Mahkamah, maka pertuduhan yang mengandungi butir-
butir kesalahan yang dia dituduh melakukannya itu
hendaklah dibentuk, dibaca dan dijelaskan kepadanya, dan
dia hendaklah ditanya sama ada dia bersalah atas
kesalahan yang dipertuduh itu atau meminta dibicarakan;

(b) jika tertuduh mengaku bersalah atas sesuatu


pertuduhan, sama ada atas pertuduhan asal atau yang
dipinda, akuan itu hendaklah direkodkan dan dia boleh
disabitkan atas kesalahan itu:

Pembuktian dan Pensabitan

Kesalahan tertuduh dibuktikan dengan pengakuan salahnya (Iqrar). Setelah mahkamah


memeriksa, menerima dan merekodkan pengakuan salah tertuduh, maka mahkamah
mensabitkan kesalahan ke atasnya.Dalam mazhab Syafie Iqrar diertikan sebagai
pemberitahuan seseorang tentang sesuatu hak yang wajib ke atas dirinya3. Dalil
penerimaan Iqrar sebagai satu pembuktian ialah antaranya:

(1) Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali Imran ayat 81 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari nabi-nabi (dengan
firmannya) “Sesungguhnya apa juga kitab dan hikmat yang aku berikan kepada
kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa
yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan

3
Al-Khatib,Shams al-Din Muhammad ibn Ahmad Al-Sharbini, Al-Iqna’ fi Hilli Alfaz Abi Syuja’, Dar al-
Khayr, Beirut,1996, Jilid 1, Halaman 9.
9
ALASAN PENGHAKIMAN

hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman lagi


(bertanya kepada mereka), “ Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu
menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?”, Mereka menjawab,
“Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”, Allah berfirman lagi, “Jika
demikian, maka saksikanlah kamu dan aku juga menjadi saksi bersama-sama
kamu”.4

(2) Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qiamah ayat 14 dan 15 yang bermaksud:

“Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,


walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri)”.5

(3) Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah ayat 282 yang bermaksud;

“Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu
merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas) dan hendaklah ia bertaqwa
kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari
hutang itu”.6

(4) Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Nisa’ ayat 135 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang


sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan
kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa
dan kaum kerabat kamu”.7

(5) Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Nur ayat 24 yang bermaksud:

4
Surah Ali Imran ayat 81.
5
Surah Al-Qiamah ayat 14 dan 15.
6
Surah Al-Baqarah ayat 282.
7
Surah Al-Nisa’ ayat 135.
10
ALASAN PENGHAKIMAN

“Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi
atas diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka telah lakukan”.8

(6) Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Taubah ayat 102 yang bermaksud:

“Dan (sebahagian) yang lain mengakui akan dosa-dosa mereka. Mereka telah
mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk. Mudah-
mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah amat
pengampun lagi amat mengasihani”.9

Sabda Rasulullah s.a.w. yang ditujukan kepada Maiz:

“Telah sampai kepadaku bahawa engkau telah bersetubuh dengan hamba


(jariyah) seorang yang tertentu?”. Maiz berkata: “Ya”. Maiz telah mengaku
sehingga empat kali. Dengan itu diperintahkan hukuman rejam ke atasnya.10

(7) Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari, Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Wahai Unais! Segeralah pergi kepada wanita itu dan bertanyalah kepadanya
sekiranya ia mengaku maka rejamlah dia”. Wanita tersebut telah mengaku, maka
dia pun direjam.11

(8) Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Ingatlah aku akan memberitahu kamu akan sebaik-baik saksi iaitu orang yang
menjadi saksi sebelum diminta”.12

8
Surah Al-Nur ayat 24.
9
Surah Al-Taubah ayat 102.
10
Al-Syaukani, Muhammad bin Ali, Nayl al-Autar, Mustafa al-Babi al-Halabi, Mesir, 1961, Jld.7, halaman
100.
11
Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Jld 8, halaman 314.
12
Ibn Hajar, Ahmad ibn Ali Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah, Beirut, 1989, Jld. 12, halaman 165.
11
ALASAN PENGHAKIMAN

(9) Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya hukuman rejam adalah hukuman yang wajib dilaksanakan


ke atas mereka yang melakukan perbuatan zina jika dia telah muhsan apabila
keterangan saksi dibuat, (nampak) kandungan ataupun melalui pengakuan”.13

(10) Kes Maiz yang masyhur. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa, ketika
Rasulullah saw berada di dalam sebuah masjid, baginda didatangi seorang
dari kalangan Muslim yang berada di situ lalu berkata, “Ya Rasulullah,
sesungguhnya aku telah berzina”, lalu baginda memalingkan mukanya ke
arah lain dan hanya setelah lelaki itu mengulanginya sebanyak empat kali,
barulah Rasulullah saw bertanya kepadanya: “Adakah kamu tidak siuman?”
Dia menjawab: “Tidak”. Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Bawalah dia
pergi dan rejamkanlah dia”.14

(11) Rasulullah saw telah melaksanakan hukuman hudud ke atas Amru ibn
Sumrah setelah dia berkata:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah mencuri unta milik Bani Polan,
maka sucikanlah saya”.15

(12) Ijma’. Penerimaan Iqrar sebagai satu cara pembuktian telah diterima
semua ulamak. Ini kerana Iqrar merupakan satu perkhabaran yang menafikan
semua bentuk tohmahan atau keraguan. Seseorang yang berfikiran waras tidak
mugkin membohongi dirinya semata-mata untuk menanggung kemudharatan
dan kesusahan.

Pada 8 September 2016, tertuduh hadir secara bersendirian di hadapan Hakim Mahkamah
Rendah Syariah Johor Bahru untuk di dakwa atas kesalahan tersebut oleh Pegawai
Pendakwa Syarie JAINJ. Setelah pertuduhan dibacakan oleh Pembantu Pendaftar,

13
Muslim, Al-Jami’ al-Sahih, Dar al-Fikr, Beirut, Jld.5, halaman 13.
14
Abdul Hamid Siddiqi, Sahih Muslim, t.t., Jilid 3, halaman 913,
15
Ibn Hajar, op.cit., halaman 195.
12
ALASAN PENGHAKIMAN

tertuduh mengaku faham akan pertuduhkan dibacakan terhadap beliau dan tertuduh
mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atas beliau.

Hukuman
Setelah tertuduh disabitkan bersalah dengan pengakuan salahnya dan setelah
mahkamah mempertimbangkan semua perkara termasuk bidangkuasa Mahkamah,
pertuduhan (bebanan kesalahan), fakta kes, latar belakang tertuduh, pengakuan salah,
rayuan peringanan hukuman dan ulasan Pendakwa Syarie, di bawah bidangkuasa yang
diberikan oleh Hukum Syarak dan Undang-undang, tertuduh dihukum penjara selama 6
bulan dan dihukum denda sebanyak RM2500, jika engkar membayar denda, tertuduh
akan dipenjarakan selama 6 bulan lagi.

Alasan Hukuman

1. Kesalahan dalam lingkungan bidangkuasa.


Kesalahan khalwat adalah satu kesalahan yang tergolong di dalam kesalahan
ta’zir. Mahkamah diberi bidangkuasa atas kesalahan ini berdasarkan Hukum Syarak yang
berasaskan al-Quran, al-Sunnah dan Ijma’. Antara dalil-dalilnya ialah:

1) Firman Allah swt dalam Surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud;

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”16.

2) Khalwat juga adalah satu kesalahan di zaman pemerintahan Saidina Umar,


diriwayatkan oleh Abdul Razak, dari Qasim bin Abdul Rahman, dari ayahnya
mengatakan: “Ibnu Mas’ud datang membawa seorang lelaki yang dijumpai bersama
seorang wanita di dalam bilik. Ibnu Ma’sud memukul keduanya, setiap seorang di antara
mereka disebat empat puluh kali. Keluarga lelaki dan wanita itu kurang senang
kemudian pergi mengadu kepada Saidina Umar bin Khattab. Umar bertanya kepada
Ibnu Mas’ud: “Apa rupanya kata mereka?” Kata Ibnu Mas’ud: “Mereka tidak setuju

16
Surah Al-Isra’ ayat 32.
13
ALASAN PENGHAKIMAN

tentang hukuman yang saya jatuhkan”. Umar bin Khattab kemudian tidak membuat apa-
apa tindakan.17

3) Diriwayatkan oleh Abdul Razak juga, yang diterima dari Makhul, katanya
seorang lelaki dijumpai di rumah orang lain di dalam bilik, setelah hari gelap. Ertinya
telah disyaki berkhalwat dengan wanita. Melihat yang demikian, Umar bin Khattab
memukulnya seratus kali.

Dari segi bidangkuasa berdasarkan undang-undang, Seksyen 1(2) Enakmen


Kesalahan Jenayah Syariah 1997 memperuntukkan;
1.(2) Enakmen ini hendaklah terpakai hanya bagi-
(a) Negeri Johor; dan
(b) orang Islam sahaja.18
Seksyen 27.(1) Enakmen yang sama memperuntukkan;
27.(1) Mana-mana-
(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih
daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau
(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau
lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,
di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam
keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan
yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya.19

2. Kesalahan Umum al-Balwa


Kesalahan khalwat adalah satu kesalahan yang telah diketahui umum akan
larangannya dan juga satu kesalahan yang wajib diketahui atau diambil tahu oleh setiap
muslim.Ia bukanlah peruntukan yang baru diwujudkan. Selain daripada itu, kesalahan

17
Abdul Aziz al-Hallawi, Umar Ibnul Khattab: Keputusan Hukum dan Fatwa-fatwanya (terjemahan),
Darul Nu’man, Kuala Lumpur, 1997, hal. 189.
18
Seksyen 1.(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.
19
Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.
14
ALASAN PENGHAKIMAN

khalwat adalah kesalahan yang banyak dibicarakan di Mahkamah Syariah, seringkali


dilaporkan di media massa dan mendapat perhatian masyarakat. Oleh yang demikian, jika
seseorang muslim melakukannya juga, dia tidak boleh dimaafkan begitu sahaja.

3. Fakta kes diakui benar dan tidak dibantah oleh tertuduh.


Di dalam fakta kes yang dibentangkan oleh Pendakwa Syarie dan diakui kesemua
fakta tersebut oleh tertuduh tanpa sebarang bantahan. Hukuman yang dijatuhkan ke atas
tertuduh diberatkan berdasarkan fakta ketika tangkapan dilakukan, iaitu dinyatakan;
i) Ketika tangkapan, tertuduh sedang berdua-duaan sahaja dengan seorang
perempuan iaitu Tertuduh Kedua. Tiada orang lain di dalam bilik tempat kejadian.
ii) Tertuduh tiada sebarang hubungan mahram dengan Tertuduh Kedua dan tiada
hubungan nikah dengannya.
iii) Sampai di tempat kejadian, Ketuk pintu bilik no. 208. Lebih kurang 5 minit
pintu dibuka oleh seorang lelaki Bangladesh iaitu Tertuduh Pertama yang tidak berbaju
dan hanya berseluar jenis jeans warna biru. Buat pemeriksaan dalam bilik. Didapati
seorang perempuan berada di dalam bilik berpakaian baju blaus ungu lengan panjang dan
berseluar jeans hitam panjang.
iv) Tertuduh Pertama statusnya sudah berkahwin dan masih mempunyai Isteri di
Bangladesh, manakala status Tertuduh Kedua juga masih dalam perkahwinan dan
mempunyai suami di Indonesia .
v) Kesalahan dilakukan di dalam bilik hotel. Ini menunjukkan kesalahan ini
memang sengaja dilakukan, bukannya kerana tersalah atau tidak disengajakan.
vi) Waktu tangkapan pada jam 12 tengahari. Sebagaimana rekod daftar
kemasukan , telah dibuktikan mereka menginap di dalam bilik tersebut sejak 31 Ogos
2016 sehinggalah ditangkap keesokan harinya iaitu pada 1 September 2016. Amat tidak
wajar pada tempoh masa semalaman, sepasang lelaki dan perempuan berdua-duaan di
dalam bilik hotel tanpa sebarang hubungan nikah atau mahram.

4. Tiada kenyataan insaf dan taubat daripada tertuduh.


Tertuduh dalam kes ini, di sepanjang perbicaraan dan ketika diberi peluang untuk
merayu hukuman diringankan, tidak menunjukkan dan tidak menzahirkan keinsafan dan
taubatnya di atas kesalahan yang dilakukan. Matlamat hukuman adalah untuk memberi

15
ALASAN PENGHAKIMAN

keinsafan dan mendidik tertuduh. Jika tertuduh ada mengatakan bahawa beliau sudah
bertaubat, insaf dan menyesal di atas kesalahan yang dilakukan, berazam tidak
mengulangi kesalahan yang sama dan tidak akan lagi melakukan kesalahan tersebut,
maka mahkamah boleh menerima kenyataannya dan berkemungkinan boleh
mempertimbangkan hukuman yang lebih ringan atau pun melepaskan tertuduh dengan
amaran keras dan perintah berkelakuan baik.
Dengan lain perkataan, jika benar tertuduh telah bertaubat, maka tidak perlu lagi
hukuman berat ke atasnya kerana hukuman itu adalah bertujuan agar tertuduh bertaubat
kepada Allah swt.

Dalam Kitab Al-Uqubah oleh Imam Muhammad Abu Zuhrah, ada dinyatakan,
bahawa syarat bertaubat ada tiga iaitu;
i) Menyesali di atas kesalahan yang dilakukan.
ii) Berazam tidak mengulangi kesalahan yang sama.
iii) Tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Syarat pertama dan kedua, hanya Allah sahaja yang tahu hakikatnya kerana ia
berada di dalam hati. Manakala syarat yang ketiga juga hanya ada di dalam ilmu Allah
swt kerana ia belum berlaku. Tidak diketahui sama ada benar tertuduh akan tidak
mengulanginya atau akan mengulanginya. Namun begitu, beliau menyatakan memadai
seorang hakim menerima kenyataan seseorang tertuduh jika dia mengatakan dan
mengakui bahawa dia telah bertaubat dengan mencukupi ketiga-tiga syarat tadi. Kita
menghukum dengan yang zahir, manakala Allah sahajalah yang mengetahui yang
tersembunyi.).

Akan tetapi, dalam kes ini, tertuduh tidak mengatakan bahawa dia telah bertaubat
(dengan perkataan/lidah) dan perlakuan tertuduh juga tidak menunjukkan bahawa dia
telah bertaubat (dengan perbuatan seperti wajah yang sedih dan menyesal, gerak tubuh
dan sebagainya). Ada pun di dalam hatinya, hanya Allah swt sahaja yang tahu.

Oleh yang demikian, dengan suci hati, saya memutuskan untuk menjatuhkan
hukuman sebagaimana yang tersebut sebagai pengajaran kepada tertuduh dan sebagai
pendidikan kepadanya agar dia bertaubat kepada Allah swt. Dan saya tiada halangan

16
ALASAN PENGHAKIMAN

hukuman saya diubah jika kes ini dirayu dengan alasan tertuduh telah bertaubat setelah
hukuman dijatuhkan kerana itulah tujuan sebenar saya, iaitu agar tertuduh bertaubat.
Namun Mahkamah yang kepadanya rayuan dibuat, hendaklah memastikan kebenaran
taubatnya tertuduh.

5. Hukuman di dalam lingkungan bidangkuasa.


Hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh adalah di dalam lingkungan
bidangkuasa yang dibenarkan Hukum Syarak dan Undang-undang. Seksyen 27 Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 menyebutkan, antaranya ‘…boleh didenda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya.” Dalam kes ini, tertuduh hanya dihukum denda sebanyak RM2500
dan penjara selama enam bulan sahaja, masih jauh lagi bezanya dengan hukuman
maksimum iaitu denda RM3000 dan dua tahun penjara.

Selain daripada itu, peruntukan hukuman bagi kesalahan ini juga tidak dinyatakan
tahap minimumnya. Ini bermakna, terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara hakim
bicara untuk menjatuhkan hukuman dalam lingkungan bidangkuasa yang diberi. Ini juga
bermakna, dalam kesalahan “Khalwat’, hukuman seseorang pesalah mungkin berbeza
dengan pesalah yang lain. Inilah yang selalu menjadi isu, sama ada hukuman yang
dijatuhkan itu memadai atau tidak memadai, wajar atau tidak wajar, setimpal atau tidak
dan sebagainya. Kesimpulannya, saya berpuashati bahawa hukuman yang saya jatuhkan
ke atas pesalah dalam kes ini adalah di dalam lingkungan bidangkuasa saya.

6. Pengakuan salah
Pengakuan salah seseorang tertuduh seringkali dijadikan hujah di dalam
permohonan peringanan hukuman. Alasannya ialah kerana telah menjimatkan masa
Mahkamah, menjimatkan kos dan wang awam, memudahkan Hakim dan Mahkamah dan
sebagainya. Walaupun di dalam kes ini, tertuduh tidak pun menyebutkan tentang faedah
pengakuan salahnya kepada Mahkamah, akan tetapi jika kes ini dirayu, tertuduh atau
peguamnya pasti akan menyebutkannya nanti. Dalam kes ini, walaupun tidak disebutkan
oleh tertuduh, Mahkamah tetap mengambil kira pengakuan salah tertuduh di dalam
mempertimbangkan hukuman ke atasnya. Mahkamah mendapati pengakuan salah

17
ALASAN PENGHAKIMAN

tertuduh adalah menjadi tanggungjawabnya sendiri. Jika benar dia bersalah, maka
pengakuannya adalah yang terbaik baginya. Jika dia tidak bersalah, tetapi mengaku
bersalah, maka pengakuannya adalah bebanan ke atasnya. Jika Mahkamah mendapati,
dengan apa-apa cara, tertuduh mengaku bersalah sedangkan sebenarnya dia tidak
bersalah, Mahkamah boleh menolak pengakuan salahnya dan mengarahkan kes
dibicarakan. Lebih-lebih lagi jika dia mengaku bersalah kerana mengharapkan hukuman
ringan dijatuhkan Mahkamah atau kerana mengetahui hukuman maksimum yang boleh
dijatuhkan Mahkamah adalah rendah dan mampu dibayar.

Mahkamah juga boleh menganggap faedah daripada pengakuan salah tertuduh


sebagai satu bentuk rasuah, jika dengan pengakuannya tadi, Mahkamah terpaksa atau
terdorong untuk menjatuhkan hukuman yang minimum. Memang benar, apabila
seseorang mengaku bersalah, insaf dan taubat dengan kesalahannya, maka Mahkamah
boleh memaafkan tertuduh dengan melepaskannya atau menjatuhkan hukuman minimum,
tetapi ia bukanlah semata-mata kerana pengakuan salahnya, akan tetapi kerana taubatnya.
Sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya:


Rasulullah saw telah melaknat orang yang memberi suap dan orang yang menerima
suapan (rasuah) pada hukum.20

7. Pesalah kali pertama.


Di dalam seksyen 129(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 2003, ada
dinyatakan tentang pesalah kali pertama dan bagaimana memperlakukannya.

129. (1) Apabila mana-mana orang yang bukan seorang pesalah muda telah
disabitkan di hadapan mana-mana Mahkamah atas apa-apa kesalahan yang boleh
dihukum dengan hukuman pemenjaraan, maka jika didapati oleh mahkamah itu bahawa
dengan mengambil kira watak, latarbelakang, umur, kesihatan atau keadaan mental
pesalah itu atau kepada hakikat ringannya jenis kesalahan itu atau kepada apa-apa hal

20
Al-Marbawi, Muhammad Idris Abd al-Rauf Al-Marbawi Al-Azhari, Bahr al-Mazi, Darul Fikr, t.t., Jilid
5, halaman 49.
18
ALASAN PENGHAKIMAN

keadaan peringan yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan adalah suaimanfaat
bahawa pesalah itu dilepaskan dalam cubaan akhlak untuk berkelakuan baik, Mahkamah
boleh, dengan tidak menghukumnya serta merta dengan apa-apa hukuman, mengarahkan
supaya pesalah itu dilepaskan apabila dia mengikat bon dengan penjamin-penjamin dan
sepanjang apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah untuk hadir
dan menerima penghakiman jika dan apabila dipanggil dan sementara itu hendaklah
berkelakuan baik.21

Akan tetapi dalam kes ini, Mahkamah mendapati tertuduh tidak suaimanfaat
dilepaskan dalam cubaan akhlak untuk berkelakuan baik. Ini setelah mengambil kira
watak, latarbelakang, umur, kesihatan dan keadaan mental tertuduh itu, dan kepada
hakikat tidak ringannya jenis kesalahan itu, dan tiada apa-apa hal keadaan peringanan
yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan yang membolehkan peruntukan ini
diaplikasikan kepada tertuduh. Terutamanya mahkamah mengambil berat status kedua-
dua tertuduh merupakan suami orang dan juga isteri orang bermalam bersama-sama di
bilik hotel. Oleh yang demikian, Mahkamah tidak boleh membenarkan tertuduh
dilepaskan dalam cubaan akhlak.

Kesimpulan

Setelah mempertimbangkan semua perkara termasuk bidangkuasa Mahkamah,


pertuduhan (bebanan kesalahan), fakta kes, latar belakang tertuduh, pengakuan salah,
rayuan peringanan hukuman dan ulasan Pendakwa Syarie, maka saya berpendapat dan
berpuashati bahawa hukuman yang saya jatuhkan ke atas tertuduh adalah sah dan
takatnya tidak berlebih-lebihan bahkan memadai kepada tertuduh.

21
Seksyen 129 (1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003 (Enakmen 19/2003).
19
ALASAN PENGHAKIMAN

Keputusan

(1) Setelah kedua-dua tertuduh disabitkan bersalah dengan pengakuan salahnya


dan setelah mahkamah mempertimbangkan semua perkara termasuk
bidangkuasa Mahkamah, pertuduhan (bebanan kesalahan), fakta kes, latar
belakang tertuduh, pengakuan salah, rayuan peringanan hukuman dan ulasan
Timbalan Pendakwa Syarie, di bawah bidangkuasa yang diberikan oleh
Hukum Syarak dan Undang-undang, tertuduh dihukum penjara selama 6
bulan dan;
(2) Mahkamah juga perintahkan tertuduh membayar denda berjumlah
RM 2,500.00 , jika engkar membayar denda , tertuduh akan
dipenjarakan selama enam bulan lagi;
(3) Mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan ini boleh
memfailkan Notis Rayuan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan ini
dibacakan.
(4) Perintah berkuatkuasa serta merta daripada tarikh keputusan.

(HAJI MOHD FAIRUZ BIN ABD AZIZ)


Hakim Syarie
Mahkamah Rendah Syariah Negeri Johor

20

You might also like