You are on page 1of 4

ULASAN KES : DR MOHD ASRI ZAINAL LWN PEGUAM SYARIE SELANGOR

PERUNTUKAN BAGI KES :

- s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 iaitu mengajar perkara
yang berkaitan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan oleh Majlis Agama Islam
Selangor.

RINGKASAN KES :

● Responden di dalam kes ini telah dipertuduhkan dengan pertuduhan di bawah s 119(1)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 iaitu mengajar perkara yang
berkaitan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan oleh Majlis Agama Islam
Selangor.
● Berdasarkan notis bantahan awal, responden menyatakan bahawa mahkamah ini tidak
berbidang kuasa untuk mendengar dan membicarakan pertuduhan terhadap responden
dengan alasan bahawa;

i) kesalahan yang dinyatakan di dalam s 119(1) tersebut bukan kesalahan terhadap


rukun-rukun agama Islam dan tidak konsisten dengan hukum Syarak
ii) s 119(1) tersebut adalah ultra vires Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara
10(1)(a) dan 11(1) berkaitan dengan hak asasi manusia.

● Responden di dalam hujahnya menyatakan bahawa kesalahan yang dipertuduhkan


terhadapnya bukanlah merupakan kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Selangor
1995 dan juga bukan kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.

FAKTA KES :

● Pada 1 November 2009 jam antara 8.10 malam sehingga 9.45 malam, di dalam sebuah
rumah premis kediaman beralamat di No.2, Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang;
dalam Daerah Gombak dalam Negeri Selangor didapati telah mengajar perkara yang
berkaitan Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan oleh Majlis Agama Islam
Selangor.
● Maka dengan itu Responden telah melakukan kesalahan di bawah sek 119(1)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan jika sabit kesalahan
boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3000.00 atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya mengikut seksyen dan enakmen
yang sama.

12 November 2009

- Pihak pemohon telah memasukkan satu permohonan untuk memindahkan kes dari
Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur ke Mahkamah Tinggi Syariah, Shah
Alam, Selangor.
- Pemohon telah mengemukakan permohonan tetapi dibantah oleh peguam pihak
responden
- Pada hari yang sama, hakim bicara telah mengarahkan pihak pemohon dan responden
berhujah sama ada permoonan yang dilakukan adalah wajar atau tidak wajar
- Akhir sebutan, hakim telah menolak permohonan untuk memindahkan kes ke
Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

1 Disember 2009

● Pemohon telah memasukkan permohonan semakan terhadap perintah hakim bicara itu
di Mahkamah Tinggi Syariah, Selangor di Shah Alam

10 Disember 2009

● Pihak responden telah memasukkan notis bantahan awal terhadap permohonan


semakan tersebut dengan menimbulkan isu bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri
Selangor untuk mendengar dan membicarakan permohonan semakan dan kes jenayah
tersebut dengan alasan-alasan berikut :
a) Mahkamah Syariah Negeri Selangor dibawah bidang kuasanya di bawah s 61
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 hanya mempunyai kuasa untuk
membicarakan apaapa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang :
- Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995
- yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap
rukun-rukun agama Islam sahaja;

b) Pertuduhan yang dihadapkan kepada responden adalah mengenai ‘mengajar perkara


yang berkaitan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan oleh Majlis Agama Islam
Selangor’ dan ianya bukanlah merupakan satu kesalahan terhadap rukun-rukun agama
Islam maka dengan itu responden tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah kerana
ianya bertentangan dengan s 61 Enakmen Pentadbiran.

c) bahawa peruntukan s 119(1) Enakmen Pentadbiran adalah bertentangan dengan


Perlembagaan Persekutuan Jadual Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri) kerana
kesalahan yang didakwa terhadap responden bukan suatu kesalahan terhadap
rukan-rukun Islam.

d) Bahawa peruntukan s 119(1) Enakmen Pentadbiran melampaui kuasa Perlembagaan


Persekutuan khususnya perkara 11(1) yang menjamin setiap orang berhak untuk
menganuti dan mengamalkan agamanya serta mengembangkan agamanya.

● Oleh yang demikian s 119(1) Enakmen Pentadbiran adalah terbatal di bawah perkara
4(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai
undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang berlawanan
dengannya hendaklah terbatal.

● Respon pemohon terhadap notis bantahan awal telah memohon kepada mahkamah
agar mengetepikan dan menolak notis bantahan awal tersebut dengan alasan

1) perkara perkara yang dikemukan tidak harus didengar di mahkamah ini


2) bahawa sebenarnya perkara yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah
adalah pada takat isu permohonan pemindahan kes sahaja dan bukannya bantahan kes
induk ( secara menyeluruh ). Sebarang bantahan terhadap kesalah yang dituduhkan
sepatutnya difailkan di mahkamah di mana pendengaran kes tersebut ( Mahkamah
Rendah Syariah )
3) fakta bahawa Mahkamah Tinggi Syariah berbidang kuasa mendengar dan
memutuskan permohonan semakan atas kuasa yang diberi mengikut undang-undang
di bawah s 66(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

KEPUTUSAN KES

a) Peruntukkan s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 adalah


termasuk di dalam kesalahan-kesalahan terhadap rukunrukun agama Islam.
b) Peruntukan s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 adalah
tidak bercanggah dengan prinsip dan ruh Islam dan konsisten dengan hukum Syarak.
c) Peruntukan s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 adalah tidak
ultra vires dengan perkara 10(1)(a) dan perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan.
d) Mahkamah Syariah Negeri Selangor berbidang kuasa untuk membicarakan dan
memutuskan kes kesalahan di bawah s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Selangor) 2003.
e) Bantahan awal pihak responden yang menyatakan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri
Selangor tidak berbidang kuasa untuk mendengar kes di bawah s 119(1) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 adalah ditolak.

You might also like