You are on page 1of 26

JTW 103 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
JTW 103 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
SIDANG AKADEMIK 2011/2012
TUGASAN SET A
Soalan A1
Mr. Chong tidak boleh membuat tuntutan ke atas Dr Kamal bersabit dengan
kemungkiran kontrak tersebut kerana :
i- Mr Chong tidak membuat penerimaan ini kerana penerimaan mestilah mutlak dan
tidak bersyarat, sedangkan Mr Chong bersetuju hanya jika dua syarat beliau diterima
Dr Kamal, ini selaras dengan seksyen 7(a) Akta Kontrak 1950 (mulak dan tidak
bersyarat). (Ruj. Undang-undang perniagaan modul 2 elemen-elemen penting
kontrak, kesahan kontrak, pelepasan kontrak dan remedi m/s. 65)
ii- Mr Chong hanya membuat cadangan balas kerana menerima cadangan dengan
meletakkan syarat-syarat tertentu. Cadangan balas ini telah menyebabkan
cadangan asal terbatal dengan sendirinya. Apa-apa pengubahsuaian atau peletakan
syarat untuk penerimaan ke atas cadangan asal tidak menjadikannya penerimaan
tetapi merupakan cadangan balas. Contoh rujukan kes adalah Kes Hgde v Wrench
(1840) 3 ER 334. Dalam kes ini defenden (wrench) telah menawarkan untuk
menjualkan hartanya kepada plaintif (Hyde) pada 6 Jun dengan harganya GBP
1000. Pada 8 Jun, Plaintif telah menyatakan kesediaannya untuk membeli harta
tersebut pada harga GBP950. Defenden enggan menjualkan hartanya pada harga
GBP 950 seperti yang diminta oleh plaintif. Pada 27 Jun, Plantif telah menulis
semula kepada defenden menyatakan persetujuannya untuk membeli harta tersebut
seperti cadangan asal iaitu GBP 1000. Mahkamah telah memutuskan bahawa tidak
wujud penerimaan kerana surat plaintif pada 8 Jun merupakan cadangan balas dan
telah menyebabkan cadangan asal terbatal dan tidak lagi wujud untuk dibuat
penerimaan semula. ( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 2 elemen-elemen
penting kontrak, kesahan kontrak, pelepasan kontrak dan remedi m/s. 60)
Secara ringkasnya, tuntutan Mr Chong tidak berasas bersabit dengan kemungkiran
kontrak kerana kontrak tidak pun wujud sebaik-baik beliau membuat cadangan
balas.


Soalan A2
(a) Perubahan- perubahan struktur hierarki mahkamah Malaysia dari sebelum
kemerdekaan sehinggalah yang terkini ialah pada tempoh di antara Januari 1987
hingga 1994, struktur mahkamah Agong. Pindaan perlembagaan pada tahun 1994
adalah bertujuan untuk mewujudkan semula dua peringkat rayuan sepertimana yang
diamalkan sebelum 1 Januari 1987 iaitu dengan kewujudan Mahkamah Persekutuan
dan Majlis Privi yang berfungsi mendengar rayuan-rayuan bersabit dengan kes-kes
keputusan mahkamah tinggi. Selepas pindaan perlembagaan 1994, Mahkamah
Agong telah dinamakan semula sebagai Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Mahkamah Rayuan yang mempunyai hierarki yang lebih rendah daripadanya telah
diwujudkan. Mahkamah Tinggi Malaya pula dikekalkan namanya manakala
Mahkamah Tinggi Borneo ditukarkan kepada Mahkamah Tinggi Sabah dan
Sarawak. Struktur hierarki mahkamah-mahkamah rendah adalah kekal sepertimana
sebelumnya. ( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 1 Institusi mahkamah:
Hierariki dan bidang kuasa m/s.31)




Susunan Terkini Hierarki Mahkamah-mahkamah Malaysia
Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Rayuan

Mahkamah Tinggi Malaya

Mahkamah Tinggi
Sabah & Sarawak


Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Mahkamah Penghulu
















( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 1 Institusi mahkamah: Hierariki dan bidang
kuasa m/s.30)



Susunan Hierarki Mahkamah dari 1/1/1987 hingga 23/6/1994
Mahkamah Agong

Mahkamah Tinggi Malaya

Mahkamah Tinggi
Borneo


Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Mahkamah Penghulu














( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 1 Institusi mahkamah: Hierariki dan bidang
kuasa m/s.32)





Susunan Hierarki Mahkamah Atas Sebelum 1/1/1987
Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Tinggi Malaya

Mahkamah Tinggi
Borneo


Majlis Privi











( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 1 Institusi mahkamah: Hierarki dan bidang
kuasa m/s.32)

(b) Bidang-bidang kuasa mahkamah-mahkamah di Malaysia pada hari ini.
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah tertinggi & mahkamah rayuan terakhir untuk kes-kes sivil & jenayah di
Malaysia.
Di ketuai oleh Ketua Hakim Negara.
Perbicaraan didengar oleh korum hakim tak kurang dari 3 orang atau jumlah ganjil
lain yang lebih besar seperti mana diputuskan oleh Ketua Hakim Negara mengikut
keperluan.
Artikel 121(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bidang kuasa
Mahkamah Persekutuan adalah sepert berikut :
(a) Bidang kuasa rayuan
Kebenaran Mahkamah Persekekutuan mestilah terlebih dahulu diperoleh sebelum
sesuatu kes yang akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dirayu kepada
Mahkamah Persekutuan dalam keadaan-keadaan :
(a) Di mana jumlah atau nilai perkara yang menjadi pertikaian ( tidak termasuk faedah)
adalah RM250,000.00 ( Dua ratus lima puluh ribu) atau lebih atau rayuan melibatkan
secara langsung atau secara langsung, tuntutan ke atas harta atau hak-hak sivil
dengan jumlah dan nilai yang sama.
(b) Di mana keputusan berkaitan dengan persoalan ke atas mana-mana peruntukan
perlembagaan termasuk pertikaian mengenai kesahan mana-mana undang-undang
bertulis yang dikatakan bercanggah dengan peruntukan perlembagaan.

(b) Bidang kuasa asal
Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa asal yang eksklusif berkaitan
dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengan perlembagaan iaitu :
(a) Mengenai kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh perundangan
persekutuan atau negeri yang mana ianya diluar bidang kuasa badan-badan
perundangan tersebut.
(b) Pertikaian atau apa-apa persoalan diantara negeri dengan persekutuan atau
diantara negeri dengan negeri yang lain.
(c) Bidang kuasa rujukan
Mahkamah Persekutuan boleh mendengar kes-kes yang dirujukkan kepadanya
untuk memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan persoalan
perlembagaan yang berbangkit dalam perbicaraan di mahkamah-mahkamah lain.
Selepas membuat pertimbangan, Mahkamah Persekutuan akan menyerahkan
keputusan yang ditentukan oleh mereka berkaitan dengan perkara tersebut untuk
diambil tindakan oleh mahkamah yang merujuk.
(d) Bidang kuasa penasihat
YDPA akan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan
pandangan berkaitan perkara-perkara yang telah atau bakal timbul akibat atau
kesan daripada mana-mana peruntukan perlembagaan. Permohonan YDPA untuk
menasihat Mahkamah Persekutuan dijalankan secara terbuka. Keputusan dari
Mahkamah juga secara terbuka.

Mahkamah Rayuan
Di ketuai oleh seorang Presiden dan di anggotai oleh 13 orang hakim mahkamah
rayuan yang lain
Di tubuhkan dengan tujuan untuk menjalankan bidangkuasa yang khusus iaitu
berkaitan dengan rayuan
Dalam kes-kes sivil, tiada rayuan boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan dalam
keadaan-keadaan berikut :
(a) Apabilanya melibatkan jumlah atau nilai yang kurang daripada RM250,000.00 (Dua
ratus lima puluh ribu) tidak termasuk faedah kecuali dengan kebenaran Mahkamah
Rayuan.
(b) Di mana penghakiman ke atas perbicaraan asal dibuat dengan persetujuan kedua-
dua pihak.
(c) Di mana penghakiman adalah berkaitan dengan kos sahaja yang mana terdapat
peruntukkan undang-undang yang memberi kuasa pemutus muktamad kepada
mahkamah di mana perbicaraan asal dijalankan.
(d) Di mana dinyatakan dengan jelas oleh peruntukkan undang-undang bahawa
penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi adalah muktamad dan tidak boleh
dibuat rayuan.

Mahkamah Tinggi
Terdapat 2 mahkamah tinggi di Malaysia iaitu Mahkamah Tinggi Malaya &
Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak.
Mahkamah Tinggi Malaya di ketuai oleh Hakim Besar Malaya
Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak di ketuai oleh Hakim Besar Sabah & Sarawak
Mereka bertanggungjawab kepada Ketua Hakim Negara
Bidang kuasa dan tanggungjawab Mahkamah Tinggi boleh dibahagikan kepada :
(a) Bidang kuasa asal
Bidang kuasa asal Mahkamah Tinggi adalah tidak terhad.
Mahkamah Tinggi boleh mendengar kes-kes jenayah yang membawa hukuman
mati.
Mahkamah Tinggi boleh membicarakan kes-kes sivil tanpa had nilai.
Mahkamah Tinggi membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlah dan nilai
yang melebihi RM250,000.00 ( Dua ratus lima puluh ribu) kerana jumlah yang
kurang daripada itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.
(b) Bidang kuasa rayuan
Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mendengar rayuan berkaitan kes-kes-
jenayah dan sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.
Semua perbicaraan adalah dalam bentuk perbicaraan semula.
(c) Bidang kuasa penyeliaan
Mahkamah Tinggi juga di beri kuasa penyeliaan umum dan penyemakan ke atas
semua mahkamah-mahkamah rendah. Ia mempunyai kuasa :
(a) Menyelia tata-laku dan menyemak keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh
mahkamah-mahkamah yang lebih rendah, badan-badan separa kehakiman dan
tribunal.
(b) Meminta rekod-rekod mana-mana perbicaraan di mahkamah-mahkamah rendah
sama ada kes-kes sivil atau jenayah pada mana-mana tahap perbicaraan.
(c) Memindahkan kes-kes yang dibicarakan d mahkamah rendah ke Mahkamah Tinggi
atau memberi apa-apa arahan kepada mahkamah rendah yang mana pada
pendapat mereka adalah perlu untuk kepentingan keadilan.
Mahkamah Sesyen
Hirarki tertinggi di kalangan mahkamah-mahkamah rendah
Mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes sivil serta jenayah kecuali yang
melibatkan hukuman mati. Jumlah dan nilai dalam kes-kes sivil adalah tidak kurang
daripada RM25,000.00 (dua puluh lima ribu) dan tidak lebih RM250,000.00 (dua
ratus lima puluh ribu).
Mahkamah Majistret
Majistret kelas I punya bidang kuasa jenayah untuk bicarakan semua jenis
kesalahan yang mana penetapan hukuman maksima penjara tidak lebih 10 tahun
atau kesalahan yang mana hukuman denda sahaja & kesalahan di bawah Sek. 392
(berkaitan rompakan) & Sek. 457 (pecah rumah).
Majistret kelas II punyai bidang kuasa membicarakan kes-kes jenayah yang mana
penetapan hukuman maksimanya ialah penjara tidak melebihi 12 bulan atau
kesalahan yang mana hukumannya di kenakan denda sahaja.

Soalan A3
Gambarajah berkaitan kelas dan jenis undang-undang

Undang-undang

Undang-undang Awam Undang-undang
persendirian

Perlembagaan Pentadbiran Jenayah

Kontrak Tort Amanah Tanah Keluarga Agensi Perkongsian Syarikat

Jualan
Barang-barang

Bil Pertukaran

Insurans

Sewa Beli

Undang-undang boleh diklasifikasikan kepada 2 bentuk :
(a) Undang-undang awam
Berfungsi mengatur perhubungan antara individu dengan negara.
(b) Undang-undang persendirian
Dikenali sebagai undang-undang sivil dan berperanan mengatur hubungan individu
dengan individu lain.

Undang-undang awam
(i) Undang-undang Perlembagaan
Mentakrifkan struktur Kerajaan dan hak-hak asasi rakyat atau individu di bawah
pemerintahannya.
(ii) Undang-undang Pentadbiran
Mengawal tindak-tanduk dan penggunaan kuasa oleh badan Eksekutif atau
pentadbiran Kerajaan.
(iii) Undang-undang Jenayah
Mengariskan pelbagai jenis kesalahan yang mungkin dilakukan oleh rakyat terhadap
negara serta denda atau hukuman yang menanti mereka yang melakuakan jenayah.
Ianya bertujuan menghalang rakyat dari melakukan jenayah.


Undang-undang Persendirian (Sivil)
(i) Undang-undang Kontrak
Mengariskan hak dan tanggungjawab yang wujud akibat perjanjian yang boleh
dikuatkuasakan di sisi undang-undang.
(ii) Undang-undang Tort
Berkaitan dengan pemberian pampasan berikutan daripada kecederaan peribadi
atau kerosakan harta benda yang diakibatkan oleh kecuaian atau perlanggaran hak
peribadi atau harta seseorang individu oleh individu yang lain.
(iii) Undang-undang Amanah
Berkaitan dengan hak dan tanggungjawab serta perhubungan antara pemegang
amanah dengan waris.
(iv) Undang-undang Tanah
Berkaitan dengan urusan pentadbiran tanah, hak-hak dan tanggungjawab tuan
punya tanah, pendaftaran, penyewaan, cagaran, syarat-syarat dan sekatan ke atas
tanah dan lain-lain.
(v) Undang-undang Keluarga
Berkaitan dengan perkahwinan, penceraian, hak dan tanggungjawab ke atas harta
dan anak-anak.
(vi) Undang-undang Syarikat
Berkaitan penubuhan, pendaftaran, pembubaran syarikat, hak dan tanggungjawab
syarikat sebagai warganegara korporat yang mempunyai entiti undang-undang yang
berasingan, hak dan tanggungjawab pemegang-pemegang saham, pengarah-
pengarah syarikat dan lain-lain.

(vii) Undang-undang Perkongsian
Berkaitan hak dan tanggungjawab ahli-ahli perkongsian, antara ahli perkongsian
dengan pihak ke tiga, peraturan-peraturan berkaitan dengan penubuhan, tempoh
serta pembubarab perkongsian.
(viii) Undang-undang Agensi
Berkaitan dengan perhubungan antara prinsipan dan agen, hak dan tanggungjawab
prinsipal dan agen, bidang kuasa agen, pewujudan dan penamatan hubungan
agensi dan lain-lain. ( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 1 pengenalan kepada
sistem perundangan Malaysia, Pelajaran 1: Undang-undang, sistem perundangan
dan sistem pemerintahan Malaysia ms6,7,8, dan 9)




Soalan A4
Ratifikasi ialah tindakan mengesahkan sesuatu perbuatan atau kontrak yang pada
asalnya tidak sah. Ini dinyatakan di bawah seksyen 149 AK 1950 bahawa seorang
prinsipal berhak menolak atau menerima kontrak yang dibuat oleh agennya tanpa
pengetahuannya atau melampaui kuasanya.
Pembentukan Kontrak agensi boleh berlaku secara ratifikasi jika :
Perbuatan atau kontrak yang dimasuki oleh agen mestilah tidak dibenarkan.
(Seksyen 149 AK 1950)
Agen mestilah bertindak sebagai agen kepada prinsipal pada masa
kontrak berkenaan, bukannya untuk dirinya sendiri.
Prinsipal mestilah mempunyai pengetahuan mengenai urusan yang hendak
disahkan melainkan prinsipal sanggup memikul tanggungjawab walau apa pun
berlaku. (Seksyen 151 AK 1950)
Agen mestilah mempunyai prinsipal yang sebenarnya wujud atau boleh ditentukan
semasa urusan tidak sah itu dilakukan dan semasa penggesahan hendak dibuat.
Pengesahan tidak boleh memudaratkan pihak ketiga. (Seksyen 153 AK 1950)
Contoh kes: Lloyd lawan Grace Smith & Co [1912] A.C. 716 dalam kes ini Puan
Grace adalah seorang balu yang memiliki dua buah kotej dan sejumlah wang hasil
dari gadai janji harta. Dia mahu meningkatkan pendapatannya dengan
menggunakan kedua-dua sumber yang dia miliki dan ingin meminta nasihat dari
firma peguam. Semasa di firma tersebut, dia ternampak seorang pengurus kerani
yang (tanpa sebarang pemantauan, tanpa pengetahuan Pn Grace) memindahkan
hak membuat keputusan oleh firma kepada dirinya sendiri. Kerani tersebut telah
dengan sendirinya menasihatkan Pn Grace agar menjual hartanya dan wang gadai
janji tersebut kesemuanya diserahkan kepada dia untuk membantu Pn Grace
mencapai niatnya dengan alasan mahu membantu. Puan Grace telah memberikan
dokumen perjanjian hartanya kepada kerani tersebut. Kerani tersebut dengan cara
memperdaya, berjaya memperolehi tandatangan Pn Grace ke atas dokumen yang
membolehkan semua milik Pn Grace menjadi miliknya. Firma tersebut sebagai
principal kepada kerani itu bertanggungjawab ke atas penipuan yang telah dilakukan
oleh keraninya. Ini merupakan contoh penggunaan kuasa yang jelas dimana kerani
tersebut telah melewati bidang kuasanya yang sepatutnya dengan menggambarkan
kepada balu tersebut bahawa dia mempunyai kebenaran/kuasa.


Soalan A5
Syarat ialah janji yang penting kepada tujuan utama kontrak. Kemungkirannya
memberikan hak bagi menganggap kontrak sebagai ditolak. Seksyen 12(2) Akta
Jualan Barang 1957. ( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 3 kontrak-kontrak
khusus m/s. 139)
Waranti adalah janji kolateral kepada tujuan utama kontrak atau sesuatu yang
bukan merupakan perkara utama kontrak. Kemungkirannya memberikan hak bagi
tuntutan ganti rugi tetapi tiada hak bagi menolak barangan dan menganggap kontrak
sebagai batal. Seksyen 12(3) Akta Jualan Barang 1957. Contoh. En Duan
menempah sebuah kereta proton waja campro 1.8(A) bewarna hitam dari Proton
Edar. Pihak Proton Edar telah menyerahkan kereta proton waja campro 1.8(A)
bewarna perak metalik. Dalam contoh yang diberikan ini kita boleh katakan bahawa
proton waja 1.8(A) campro adalah merupakan syarat (perkara utama) kepada
perjanjian manakala warna kereta samada hitam yang ditempah oleh pelanggan
atau perak metalik seperti yang dibekalkan oleh penjual adalah merupakan waranti
(perkara sampingan) kepada perjanjian antara En. Duan dengan Proton Edar. Jadi
apa yang berlaku dalam contoh yang diberikan ini hanyalah pelanggaran waranti
yang tidak membolehkan En Duan menolak barangan tersebut dan menganggap
kontrak tidak perlu diteruskan lagi. Apa yang boleh dilakukan oleh En. Duan
hanyalah menuntut ganti rugi pelanggaran waranti tersebut. Warna kereta dianggap
sebagai waranti (perkara sampingan) dalam perjanjian kerana walau apa warna
sekalipun, kereta proton waja yang dibekalkan itu berupaya memberikan kuasa
pecutan yang ada juga keselesaan pengendalian yang sama kerana ianya tetap
merupakan proton waja 1.8(A) Campro.
Prinsip am menyatakan jika syarat dalam kontrak jualan barangan dimungkiri, pihak
yang mana janji itu dimungkiri boleh menolak barangan tersebut dan menganggap
perjanjian tersebut telah dibatalkan. Namun terdapat beberapa pengecualian kepada
prinsip am seperti yang digariskan oleh s.13(1)AJB 1957 yang membolehkan pihak
yang mana janji telah dimungkiri untuk memilih sama ada membatalkan kontrak atau
meneruskan kontrak dengan menganggap kemungkiran suatu syarat itu sebagai
kemungkiran waranti dan menurut ganti rugi yang berpatutan. Walau bagaimanapun
pengecualian kepada syarat ini adalah diberikan dalam keadaan-keadaan berikut:-
(i) Pembeli mengetepikan syarat berkenaan
(ii) Pembeli menganggap kemungkiran syarat sebagai kemungkiran waranti dan
menuntut ganti rugi sahaja.
(iii) Kontrak jualan tidak membezakan antara syarat dan waranti dan pembeli telah
menerima barang atau sebahagian daripadanya.
(iv) Kontrak jualan bagi barangan tertentu dan pembeli telah menerima barangan
tersebut.

Contoh kes adalah Associated Metal Smelters Ltd. v Tham Cheow Toh (1971)
1MLJ 271. Dalam kes ini defenden bersetuju untuk menjual relau besi kepada
plaintif dan telah memberi jaminan bahawa relau tersebut mempunyai keupayaan
untuk mengeluarkan suhu sekurang-kurangnya 2600 Farenheit. Walau
bagaimanapun relau tersebut telah gagal mengeluarkan suhu seperti yang
diperlukan. Mahkamah memutuskan bahawa kegagalan defenden membekalkan
peralatan seperti yang diperlukan adalah merupakan suatu kemungkiran syarat yang
membolehkan pihak plaintif menganggap ianya sebagai kemungkiran waranti dan
boleh memilih untuk teruskan kontrak tersebut dan menuntut ganti rugi daripada
defenden. ( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 3 kontrak-kontrak khusus m/s.
139, 140 dan 141)
Priviti Kontrak adalah syarat-syarat dan waranti tersirat dalam suatu kontark jualan
barang-barang adalah mengikat pihak-pihak yang berkontrak iaitu pembeli dan
penjual. Sekiranya pihk ketiga menggunakan barangan yang dibeli oleh orang lain
dan mengalami kecederaan berpunca dari kecatatan (defect) barangan tersebut,
dibawah common law beliau tidak boleh saman penjual barangan tersebut kerana
tiada hubungan kontraktual antara mereka. Begitu juga keadaan jika pihak ketiga (
pembeli) yang membeli barangan dari penjual (pekedai runcit atau peniaga borong
atau pasarnya) ingin menyaman pengilang akibat kecacatan barangan yang dibeli
yang mendatangkan mudarat kepadanya (pembeli). Pembeli tidak boleh saman
pengilang kerana tiada hubungan kontraktual antara mereka. Namun demikian,
mereka boleh mengambil tindakan melalui undang-undang tort. Mereka kena
membuktikan bahawa terdapat kecuaian di pihak pengilang dalam pengeluaran
barangan mereka. Contoh kes: Donoghue v Stevenson (1932) Ac562, dimana dalam
kes ini seorang telah jatuh sakit selepas meminum sebotol bir halia yang dicemari
bangkai siput yang terdapat dalam botol bir yang telah dibeli oleh kawannya.
Peminum bir halia yang tercemar itu telah menyaman pengilang bagi menuntut ganti
rugi atas alasan kecuaian pengilang dalam proses pembotolan minuman bir halia
tersebut yang seterusnya menyebabkan beliau jatuh sakit. Plaintif telah memenangi
kes tersebut dan keputusan kes ini telah menyediakan asas bagi kaedah am
bahawa pengilang mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap pengguna berkaitan
keselamatan penggunaan produk mereka.


TUGASAN SET C
Soalan C1
Perjanjian antara En Zulkifli dan Puan Zaharah adalah perjanjian domestik yang
tidak mempunyai niat untuk mewujudkan hubungan disisi undang-undang kerana
perjanjian yang dibuat diantara suami dan isteri. Jika dilihat dalam sek.2(a) terdapat
keadaan dengan maksud manakala dalam sek.2(d) pula mengandungi perkataan
kehendak, kedua-dua seksyen tersebut secara amnya menekankan elemen niat
perlu ada dalam mewujudkan kontrak yang mengikat. Oleh itu untuk menentukan
sama ada terdapat niat untuk mewujudkan hubungan disisi undang-undang dalam
kalangan pihak-pihak yang berkontrak, mahkamah selalunya akan melihat kepada
bentuk perjanjian sama ada ianya perjanjian domestik (kekeluargaan) atau
perjanjian kormersial. Perjanjian domestik atau kekeluargaan ialah perjanjian antara
suami-isteri, adik-beradik, sedara-mara, anak-ibu, anak-bapa dan juga diantara
rakan-rakan selalunya dianggap tidak disertai dengan niat untuk mewujudkan
hubungan disisi undang-undang. Namun demikian anggapan ini boleh disangkal jika
fakta atau bukti-bukti menunjukkan sebaliknya. Perjanjian kormersial pula
melibatkan urusan-urusan perniagaan antara dua atau lebih pihak. Anggapan umum
ialah perjanjian jenis ini sememangnya disertai dengan niat untuk mewujudkan
hubungan disisi undang-undang. Namun demikian jika tedapat bukti yang
menunjukan sebaliknya maka mahkamah boleh menentukan sama ada perjanjian
yang mengikat atau tidak. Contoh kes: Balfour v Balfour (1919)2 KB 571 dalam kes
ini defenden iaitu si suami merupakan seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di
ceylon. Semasa kedua-dua mereka balik bercuti di England, si isteri mengalami
masalah kesihatan dan tidak dapat mengikut si suami pulang ke Cylon. SI suami
telah berjanji untuk memberikan kepada si isteri sebanyak 30 sebulan sebagai
perbelanjaan selama masa mereka tinggal berjauhan. Apabila si suami gagal
membayar, si isteri telah membuat tuntutan di mahkamah. Mahkamah memutuskan
bahawa tidak ada niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang. Oleh itu
tindakan isteri telah gagal. Dalam kes ini Ketua Hakim Atkin telah menyatakan
Adalah perlu diingat bahawa sesetengah perjanjian tidak boleh dianggap sebagai
kontrak yang sah di sisi undang-undang. Contohnya adalah seperti bilamana dua
pihak bersetuju untuk berjalan bersama ataupun adanya tawaran dan penerimaan
berkaitan layanan baik (hospitality). Salah satu bentuk biasa perjanjian yang tiada
niat untuk mewujudkan hubungan disisi undang-undang-undang ialah perjanjian
yang dibuat di antara suami dan isteri.( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 3,
Pelajaran 6 Balasan, Niat Dan Keupayaan m/s.83 dan 84)



Soalan C2
En Hamat telah meratifikasi tindakan En Param yang menjual rumah pada harga
yang lebih murah. Ini menyebabkan tindakan En Param sah di sisi undang-undang
sepertimana seksyen 149 Akta Kontrak 1950. menyatakan jika tindakan-tindakan
dibuat oleh seseorang bagi pihak seorang lain tanpa pengetahuan atau kuasanya,
ia boleh memilih untuk meratifikasi atau untuk tidak mengakui tindakan-tindakan itu.
Jika ia meratifikasi tindakan-tindakan itu, natijah yang sama akan menyusuli seolah-
olah tindakan-tindakan itu telah dilaksanakan dengan kuasanya.

Tindakan En Tham menjual sayur tanpa kebenaran En Hamat boleh dituntut oleh En
Hamat kerana beliau tidak meratifikasi tindakan tersebut sepertimana seksyen 149
Akta Kontrak 1950.
En Tham juga gagal mematuhi arahan-arahan prinsipal mengikut seksyen 164 Akta
Kontrak 1950 iaitu kegagalan untuk mematuhi arahan prinsipal boleh dianggap
sebagai pecah kontrak dan agen akan bertanggungjawab terhadap kesemua
kerugian yang dialami oleh prinsipal akibat dari pecah kontrak tersebut. Walau
bagaimanapun, bukanlah menjadi tanggungjawab agen untuk mematuhi arahan
yang salah di sisi undang-undang seperti yang diputuskan di dalam kes Cohen vs.
Kittel (1889) dimana agen itu telah gagal untuk meletakkan pertaruhan. Dalam
ketiadaan arahan daripada prinsipal, agen telah bertindak mengikut kelaziman
dalam menjalankan tanggungjawabnya dan berjaya mengelak kerugian yang lebih
nyata terhadap prinsipal. Maka dengan ini dengan secara tidak langsung, En Tham
telah membantu En Hamat daripada menerima kerugian yang lebih besar.


Soalan C3
Aktiviti penjualan dan pembelian barang dikawal oleh Akta Jualan Barangan 1957.
Mengikut Seksyen 4 AJB 1957 (Jualan dan persetujuan untuk menjual), kontrak
jualan telah terbentuk apabila penjual bersetuju memindahkan milikan barang-
barang kepada pembeli bagi suatu harga. Maksudnya, Aileen dan KoolBeg Sdn Bhd
telah membentuk satu kontrak.
Walaubagaimanapun, dalam situasi Aileen, jenis syarat kontrak dia adalah syarat
tersirat iaitu syarat yang tidak disebut dengan nyata. Syarat tersirat meliputi empat
aspek menurut AJB 1957 iaitu :
Hak milik - pihak penjual berhak menjual barang yang disenaraikan dalam kontrak
Jualan melalui perihalan - Barang yang dijual hendaklah secocok dengan
perihalan atau deskripsi.
Kualiti dan Kelayakan - Barang yang dijual hendaklah sesuai dan boleh memenuhi
maksud yang dikehendaki oleh pembeli. Dan mempunyai kualiti boleh dagang (tiada
kecacatan)
Jualan melalui contoh-contoh atau sampel barang hendaklah sepadan dengan
barang yang dibeli.
Syarat adalah satu stipulasi utama kontrak. Jika berlaku pelanggaran syarat di
dalam kontrak jualan barang-barang, hal ini akan menimbulkan hak kepada pihak
yang tidak bersalah untuk menolak kontrak tersebut.

Jenis Waranti
Waranti tersirat adalah waranti yang tidak dinyatakan tetapi ia adalah perlu.
Terdapat 2 jenis waranti tersirat :
(i) Milikan aman/bebas dari gangguan - pembeli berhak menggunakan barang yang
dibeli tanpa gangguan daripada penjual, ejen, wakil atau pihak ketiga.
(ii) Bebas daripada bebanan- barang yang dijual patut bebas daripada sebarang
gadaian atau bebanan bagi mana-mana pihak ketiga yang tidak diberitahu kepada
pembeli semasa atau sebelum kontrak dibuat. Contohnya barang belum jelas cukai.
Maka dengan ini, Aileen boleh menolak bukan hanya barangan tetapi juga kontrak
yang telah dipersetujui sepertimana seksyen 17(2) Akta Kontrak 1950 kerana
keseluruhan barangan mestilah sama dengan sampel dari segi kualiti. Selain itu,
barangan juga mestilah bebas dari kecacatan dan boleh diperiksa oleh pembeli
keseluruhan.
Waranti adalah satu stipulasi sampingan kepada tujuan utama kontrak. Pelanggaran
waranti hanya memberi hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk menuntut ganti
rugisahaja tetapi tidak boleh menolak kontrak tersebut. Pihak yang tidak bersalah
akibat perlanggaran syarat, boleh menganggap bahawa pelanggaran syarat itu
sebagai pelanggaran waranti dan hanya menuntut ganti rugi sahaja.
Contoh Kes :-
Kes Tham Cheow Toh vs Associated Metal Smelters Ltd.(1972) 1MLJ 171, Pihak
defenden telah bersetuju untuk menjual relau pelebur besi kepada plantif dan telah
memberi satu janji bahawa relau itu akan mempunyai suhu tidak kurang daripada
2600F. Ini tidak memuaskan hati pihak plantif. Plantif telah membuat tuntutan
dengan mendakwa hal ini ialah perlanggaran syarat kontrak dan menuntut
RM29301.38 sebagai ganti rugi. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kegagalan
defenden untuk membekalkan relau mengikut spesifikasi telah membawa kepada
pelanggaran syarat kontrak yang mana memberikan hak kepada plantif untuk
menganggap ianya sebagai pelangaran waranti dan memberikan RM 7501.38
sebagai ganti rugi. Defenden membuat rayuan tetapi Mahkamah Tinggi telah
menolah rayuan mengatakan bahawa hakim telah membuat keputusan yang betul
terhadap perlanggaran syarat yang melayakkan plantif untuk menganggap sebagai
pelangaran waranti sahaja seperti dalam Seksyen 13(1) AJB 1957.
Soalan C4
Undang-undang bertulis terdiri dari Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan
Negeri, Perundangan Persekutuan (Parlimen), Perundangan Negeri (Enekmen) dan
Undang-undang subsidiari.
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang teragung persekutuan dan
mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas hari kemerdekaan yang
bercanggah dengan perlembagaan ini adalah tidak sah setakat mana ia bercanggah.
Perlembagaan Persekutuan mengariskan hubungan serta kuasa antara persekutuan
dan negeri melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Perlembagaan Negeri mempunyai peruntukan-peruntukan penting bagi perkara
berkaitan pertabalan dan kuasa pemerintah, perlantikan menteri besar, persidangan
Dewan Undangan Negeri, majlis mesyuarat negeri peruntukan kewangan,
kakitangan kerajaan negeri serta pindaan ke atas perlembagaan negeri.
Perundangan Persekutuan adalah undang-undang yang digubal dan diluluskan
oleh Parlimen. Undang-undang yang diluluskan selepas 1946 sehingga 1957
dikenali sebagai Ordinan manakala undang-undang yang diluluskan selepas 1957
dikenali sebagai akta.
Perundangan Negeri adalah undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh
badan perundangan negeri iaitu Dewan Undangan Negeri. Di Sarawak, undang-
undang ini dikenali sebagai Ordinan manakala di semua negeri lain ia dikenali
sebagai Enakmen. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa bagi membuat
undang-undang berkaitan perkara-perkara di bawah Senarai Negeri dan Senarai
Bersama sepertimana di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Perundangan Subsidiari
Ia dikenali juga sebagai perundangan perwakilan atau perundangan subordinat. Ia
merupakan suatu bentuk undang-undang bertulis yang digubal dan diluluskan oleh
pihak-pihak dan badan-badan tertentu seperti YDPA, Menteri dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT). Contoh undang-undang tersebut adalah undang-undang berkaitan
cukai pintu, pelesenan premis serta aspek lain berkaitan pentadbiran kerajaan
tempatan.




Soalan C5
Berkenaan pindah milik tanah dan motosikal yang dibuat oleh Song Seng memang
memenuhi semua syarat-syarat dalam Sek. 26(a) iaitu pindah milik hakmilik tanah
dan motosikal memang dilakukan secara bertulis melalui pejabat tanah dan jabatan
pengangkutan jalan. Perjanjian juga dibuat atas kasih sayang semula jadi iaitu
antara ayah angkat dan anak angkat. Contoh kes. Tan Soh Sim, Deseased, Re,
Chan Lam Keong v Tan Saw Keong (1951) MLJ, suatu perjanjian telah dibuat oleh
mendiang Puan Tan Soh Sim bahawa harta peninggalan beliau hendaklah
dibahagikan di antara dua anak perempuan dan dua anak angkat lelakinya sebagai
memenuhi hasrat mendiang Puan Tan Soh Sim. Isu utama dalam kes ini ialah
adakah anak angkat lelaki mempunyai hubungan rapat dengan ayah angkat atau ibu
angkatnya. Mahkamah memutuskan isu tersebut berdasarkan adat resam
masyarakat cina iaitu anak angkat lelaki mempunyai hubungan rapat dengan
angkatnya sahaja dan bukan dengan keluarga ibu angkatnya. Oleh yang demikian
dalam kes ini didapati tidak wujudnya hubungan yang rapat di antara pihak-pihak
yang berjanji, maka dengan ketiadaan balasan serta tiadanya hubungan yang rapat,
mahkamah memutuskan perjanjian di antara mereka adalah tidak sah. Ini berlainan
dengan kes Ahleng dan Soon Seng iaitu mereka adalah hungan ayah angkat dan
anak angkat lelaki, hakim dalam kes Tan Soh Sim menyatakan dalam masyarakat
cina memang wujud hubungan karib antara ayah angkat dan anak angkat lelaki dan
kesemua syarat dalam sek. 26(a) adalah dipenuhi dan kontrak pindahan hakmilik
antara Soon Seng dan Ah Leng adalah sah. ( Ruj. Undang-undang perniagaan
modul 2 Pelajaran 6, Balasan, Niat Dan Keupayaan m/s. 77 dan 78)


Manakala kes antara Ah Leng dan Soon Ho iaitu abang angkatnya perlu dilihat
dalam sek. 26(b) iaitu Soon Ho berjanji untuk membayar balik bayaran denda yang
dibuat oleh Ah Leng bagi kesalahan bagi kesalahan berjudi yang dilakukannya. Ah
Leng telah membuat bayaran tersebut secara sukarela dan selepas beliau
membayarnya barulah Soon Hoo berjanji untuk membayar balik bayaran denda
tersebut kepada kepada Ah Leng. Jika Ah Leng tidak membayar denda tersebut
Soon Ho memang mempunyai obiligasi dari segi undang-undang untuk melunaskan
denda tersebut. Contoh Kes J.M Wotherspoon & Co Ltd V henry Agency House
(1962) MLJ 86 Kedua-dua plantif dan defenden telah bertindak sebagai ejen bagi
pebagai barangan. Plaintif merupakan firma dari England telah menyaman efenden
iaitu firma dari malaysia menuntut bayaran ganti rugi akibat pembeli di Malaysia
yang tidak membuat bayaran. Mahkamah Tinggi mendapati bahawa terdapat janji
oleh firma Malaysia (Defenden) kepada firma England (Plantif) untuk membayar
ganti rugi tetapi telah tidak disokong oleh balasan yang membolehkan mereka
menguatkuasakannya disisi undang-undang. Jadi, Isu yang timbul dalam kes ini
ialah sama ada tindakan yang dibuat lebih awal oleh firma plaintif iaitu
membekalkan barangan dari England kepada firma defenden di Malaysia adakah
suatu yang dilakukan secara sukarela? Mahkamah telah memutuskan bahawa
plaintif bertindak mengikut cadangan defenden. Oleh itu tindakannya bukanlah
sesuatu yang dilakukan secara sukarela. Maka, Janji yang dibuat oleh firma
defenden dan membayar ganti rugi kepada firma plaintif tidak dapat dikuatkuasakan
mengikut pengecualian Sek. 26(b) kerana tindakan firma plaintif yang membekalkan
barangan daripada England kepada firma Defenden tidak dibuat secara sukarela
tetapi adalah atas permintaan firma defenden. Dalam Kes antara Ah Leng dan Soon
Ho ini pula, perbuatan Ah Leng adalah secara sukarela tanpa ada permintaan oleh
pihak lain termasuk Soon Seng. Jadi Ah Leng berhak untuk menuntut Soon Ho
membayar balik Jumlah Bayaran denda yang beliau bayar bagi pihak Soon Ho
setelah Soon Ho telah berjanji membayar balik wang tersebut. ( Ruj. Undang-
undang perniagaan modul 2 Pelajaran 6, Balasan, Niat Dan Keupayaan m/s. 78 dan
79)

You might also like