You are on page 1of 7

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
NOTA KULIAH 3 KERAJAAN
PUSAT PENTADBIRAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

SEMESTER SEMESTER 2 TAHUN 1 DIPLOMA


NOTA KULIAH
SESI
3 2019/2020

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD / KURSUS DBF2143 BUSINESS LAW

KOMPETENSI K1 PENGENALAN KEPADA KONSEP PERUNDANGAN DI MALAYSIA


K2 SUMBER UNDANG-UNDANG MALAYSIA
K3 SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA
K4 UNDANG-UNDANG KONTRAK: PEMBENTUKAN KONTRAK
K5 UNDANG-UNDANG KONTRAK: PELEPASAN KONTRAK DAN REMEDI
K6. AGENSI
KO1ETENSI UNIT 3.1 Pengenalan
3.2. Mahkamah Rendah Di Malaysia
3.3 Mahkamah Tinggi Di Malaysia

1. Membincangkan prinsip-prinsip asas sistem perundangan Malaysia, undang-undang kontrak


dan agensi dalam transaksi-transaksi perniagaan di Malaysia.(C3,PLO 1)
2. Menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kontrak perniagaan dengan
HASIL menggunakan prinsip-prinsip dalam undang-undang kontrak dan undang-undang agensi
PEMBELAJARAN yang telah dipelajari di dalam kursus. (C3,PLO 6)
3. Membentangkan hasil perbincangan secara berkumpulan berkenaan dengan isu dalam
sistem perundangan Malaysia dan pembentukan kontrak perniagaan di Malaysia(A2,PLO 5)
PLO 1 Berkeupayaan mengaplikasi pengetahuan yang mempunyai hubungan dengan bidang
Pengurusan Perniagaan

PLO 5 Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam kerja berpasukan untuk
melaksanakan pelbagai bidang tugas

PLO 6 memahami serta memberi komitmen secara professional, beretika dan bertanggungjawab selari
dengan kod amalan
MAKLUMAT
PELAJAR
NAMA

TARIKH
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 7

3.0 SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA

3.1 Pengenalan

- Undang-undang Malaysia berteraskan sistem perundangan common law, sebagai hasil


langsung penjajahan Tanah Melayu, Sarawak, dan Borneo Utara oleh Britain sejak awal
1800-an hingga 1960-an.
- Undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Malaysia menggariskan rangka
perundangan dan hak-hak warganegara Malaysia.
- Undang-undang persekutuan digubal oleh Parlimen Malaysia berkaitan dengan seluruh
negara.
- Terdapat juga undang-undang negeri yang digubal Dewan Undangan Negeri (DUN) dan
berkaitan dengan negeri berkenaan. Perlembagaan Malaysia juga membenarkan sistem
kehakiman berganda yang unik, iaitu undang-undang sekular (jenayah dan sivil) dan
undang-undang syariah.

3.2 Mahkamah Rendah Di Malaysia

- Mahkamah - mahkamah Rendah tidak boleh menjatuhkan hukuman mati dan  tidak


mempunyai  kuasa mendengar kes rayuan.
- Keputusan-keputusan Mahkamah-mahkamah rendah boleh dirayu di Mahkamah Atasan.     

3.2.1 Mahkamah Majistret

i. Majistret Kelas I
- Membicarakan semua jenis kesalahan yang mana penetapan hukuman
maksimanya ialah penjara tidak melebihi 10 tahun atau kesalahan-kesalahan
yang mana hukumannya dikenakan denda sahaja dan kesalahan-kesalahan di
bawah seksyen 392 (berkaitan rompakan) dan seksyen 457 (berkaitan pecah
rumah) kanun keseksaan
- Mahkamah Majistret Kelas 1 berkuasa mengendalikan kes jenayah dan
sivil,termasuk kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi tidak berkuasa
untuk menjatuhkan mati
- Mahkamah ini berkuasa untuk mendengar dan memutuskan rayuan
daripada Mahkamah Penghulu.
- Mahkamah ini juga berkuasa untuk mendengar kes-kes yang melibatkan jumlah
tidak melebihi RM25,000.00.
- Apabila tertuduh disabitkan kesalahan, Majistret kelas I mempunyai kuasa
memberi hukuman tidak melebihi:

o lima tahun penjara


o denda tidak melebihi RM10,000.00
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 7

o Rotan tidak melebihi 12 sebatan


o Apa-apa hukuman yang terdiri daripada campuran hukuman-hukuman di
atas

.
Bidang Kuasa Majistret Kelas I

ii. Majistret Kelas II


- Mempunyai bidang kuasa membicarakan kes-kes jenayah yang mana penetapan
hukuman maksimanya ialah penjara tidak melebihi 12 bulan atau kesalahan
yang
mana hukumannya dikenakan denda sahaja.
- Majistret Kelas II mempunyai bidang kuasa sivil untuk mendengar kes-kes
tuntutan
hutang yang melibatkan jumlah tidak melebihi RM5,000.00.
- Bidang kuasa tambahan Mahkamah Majistret ialah menjalankan perbicaraan
awal
ke atas kes-kes jenayah yang akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi
memastikan
wujudnya kes prima facie untuk diteruskan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi.
- Majistret kelas II mempunyai kuasa memberi hukuman tidak melebihi:
o 6 bulan penjara
o Denda tidak melebihi RM1,000.00
o Apa-apa hukuman yang terdiri daripada campuran kedua-dua di atas
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 7

3.2.2 Mahkamah Sesyen

- Merupakan Mahkamah Tertinggi dalam komponen Mahkamah Rendah


- Membicarakan kes jenayah dan sivil.
- Kes sivil melibatkan nilai yang tidak melebihi RM250000
- Kes jenayah -membicarakan apa juga jenis kesalahan jenayah, kecuali
menjatuhkan hukuman mati.

3.2.3 Mahkamah untuk Kanak-Kanak

- Mahkamah Bagi Kanak-Kanak membicarakan individu yang berusia 10 hingga 18


tahun dan diberi kuasa membicarakan semua kesalahan kecuali yang membawa
hukuman mati
- Perbicaraan akan diadakan secara tertutup dan orang awam tidak dibenarkan hadir.
- Perkataan “sabitan” atau “hukuman” tidak boleh digunakan dalam perbicaraan
mahkamah ini.
- Pesalah akan dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak sehingga berumur 21 tahun.

3.2.4 Mahkamah Adat

- Membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku kaum di sabah dan


Sarawak
- Contoh kes seperti pelanggaran adat suku kaum , adat perkahwinan , undang-
undang adat, adat-adat keagamaan dan sebagainya.

3.3 Mahkamah Tinggi Di Malaysia


- Dihakimi oleh hakim-hakim yang dilantik DYMM atas nasihat Perdana Menteri setelah
berunding dengan Majlis Raja-raja.
- Mahkamah atasan memiliki kuasa yang lebih tinggi dari segi perundangan, iaitu boleh
menjatuhkan hukuman mati serta berkuasa mendengar rayuan kes sivil dan jenayah.

3.3.1 Mahkamah Tinggi


- Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa asal yang tidak terhad bagi kes-kes
jenayah dan sivil 
- Mahkamah Tinggi mendengar dan menentukan rayuan bagi kes-kes jenayah dan
sivil daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret
- Mahkamah Tinggi mengawasi dan menyemak keputusan semua kes sivil dan
jenayah Mahkamah Rendah 
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 7

- Anggota Mahkamah Tinggi terdiri daripada:

a)     Hakim Besar Mahkamah Malaya


b)     Hakim Besar Mahkamah Sabah dan Sarawak
c)      47 orang hakim Mahkamah Tinggi di Semenanjung
d)     10 orang hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
- Keputusan prosiding oleh seorang hakim sahaja

3.3.2 Mahkamah Rayuan

- Tujuan kewujudannya untuk memberi satu lagi peluang kepada tertuduh untuk membuat
rayuan bagi kes jenayah di Mahkamah Rayuan, selain di Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Persekutuan.
- Mahkamah Rayuan terdiri daripada:

a)     Presiden Mahkamah Rayuan


b)     10 org hakim yang diperuntukkan oleh DYMM
c)      Hakim-hakim Mahkamah rayuan dilantik oleh DYMM atas nasihat Perdana Menteri
selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

- Hakim Mahkamah Rayuan boleh dipilih sebagai hakim Mahkamah Persekutuan oleh
Hakim Negara bagi kes-kes tertentu demi keadilan.
- Presiden Mahkamah Rayuan menentukan prosiding dan jumlah hakim yang mendengar
dan memutuskan sesebuah kes terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 orang hakim
atau lebih(angka ganjil)
- Keputusan prosiding ini berdasarkan Akta Seksyen 77, iaitu mengikut pendapat majority
hakim yang menganggotai mahkamah ini

3.3.3 Mahkamah Persekutuan

- Keanggotaan Mahkamah Persekutuan terdiri daripada:

a)     Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai presiden Mahkamah


b)     Presiden Mahkamah Rayuan
c)      Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya
d)     Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
e)     7 orang hakim lain
f)      Hakim-hakim tambahan yang dilantik atas tempoh atau tujuan tertentu
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 7

- Perbicaraan kes-kes mahkamah ini dijalankan secara panel dalam persidangan


sekurang-kurangnya 3 orang hakim(jumlah panel mesti dalam angka ganjil) ditentukan
oleh Ketua Hakim Negara

- Keputusan prosiding ini berdasarkan Akta Seksyen 77, iaitu mengikut pendapat majority
hakim yang menganggotai mahkamah ini.

- Semua keputusan Mahkamah Persekutuan mesti dipatuhi oleh mahkamah-mahkamah


lain.

3.3.4 Mahkamah Syariah

- Menghakimi kesalahan-kesalahan yang melanggar norma-norma agama Islam untuk


orang- orang yang beragama Islam sahaja. Mempunyai bidang kuasa atas perkara sivil
dan jenayah menurut agama islam.

3.3.5 Mahkamah Industri (Mahkamah Perusahaan)

- Ditubuhkan untuk mewujudkan suasana keharmonian perhubungan perusahaan melalui


proses timbangtara dan keputusan Mahkamah (Award) selaras dengan Akta
Perhubungan Perusahaan 1967.
- Membicarakan dan menurun keputusan atau award pertikaian perusahaan sama ada
yang dirujuk Y.B. Menteri atau rujukan terus oleh pihak yang bertikai.
- Mendaftar dan memberi pengiktirafan perjanjian kolektif yang diamanahkan oleh
majikan/kesatuan
- Rayuan tidak boleh dibuat terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan dan Award
Mahkamah Perusahaan adalah muktamat dan konklusif. Walaubagaimana pun ianya
boleh dicabar di Mahkamah Tinggi atas alasan kesilapan undang-undang atau tiada
atau melampaui bidang kuasa secara certiorari.
- Contoh jenis kes-kes yang dikendalikan oleh Mahkamah Perusahaan ialah:

o Kes pembuangan kerja yang telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan oleh Y.B.
Menteri Sumber Manusia
o Kes pertikaian perusahaan di antara majikan/kesatuan majikan dan kesatuan
sekerja yang telah dirujuk ke Mahkamah oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia atau
rujukan terus ke Mahkamah Perusahaan
o Permohonan oleh mana-mana pihak yang terikat dengan mana-mana award
atau perjanjian bersama untuk interpretasi/pindaan/variasi keputusan atau
perjanjian bersama tersebut
o Permohonan oleh mana-mana pihak yang terikat dengan mana-mana award
untuk merujuk kepada Mahkamah Tinggi soalan-soalan perundangan
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 7

o Aduan atas ketidakpatuhan mana-mana syarat award atau perjanjian bersama


o Kes penganiayaan berhubung dengan aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja

- Untuk kes pembuangan kerja, Yang Di Pertua atau Pengerusi Mahkamah akan
mengendalikan kes secara berseorangan. Manakala bagi kes pertikaian perusahaan,
mahkamah akan bersidang dengan Presiden atau Pengerusi dan dua orang ahli panel
iaitu wakil pekerja dan wakil majikan.

3.3.6 Mahkamah Khas (Mahkamah Khas Raja-raja)

- Dianggotai oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (pengerusi), Hakim-hakim Besar


Mahkamah Tinggi, dua orang lain yang pernah memegang jawatan sebagai hakim
mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-raja.
- Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa khusus untuk membicarakan
segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja
sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau
Raja sesuatu negeri.
- Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa yang sama dengan mahkamah-
mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan yang diperuntukkan
dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang persekutuan.
- Prosiding di dalam Mahkamah Khas hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti
anggota dan keputusannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau
dipertikaikan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Lee Mei Pheng & Ivan Jeron Detta. (2017). Commercial Law Polytechnic Series Third
Edition. Shah Alam : Oxford Fajar. ISBN 13: 9789834721695
2. Nasreen Miza Hilmy Nasrijal, Mimi Sofiah Ahmad Mustafa, Salmiah Salleh, Aliyah
Abdullah & Marziana Abd Malib. (2019). Business Law: Compilation of Notes.

You might also like