You are on page 1of 21

LMCR 3152

KURSUS INTEGRITI ANTI RASUAH

SEMESTER / SESI : SEM 3 SET L1 / SESI 2021-2022

KAJIAN KES INDIVIDU

RASUAH DALAM PERNIAGAAN

TEMA TUGASAN INDIVIDU :

RASUAH DALAM KALANGAN MAJIKAN

PENSYARAH

PROF. MADYA DR. FAZILAH IDRIS

TUAN MOHD NUR LOKMAN SAMINGAN (SPRM)

Disediakan Oleh;

Bil Nama Nom


Pendaftaran
1. Suba Nantini a/p M.Subramaniam A172790
INTIPATI KANDUNGAN M/Surat

1.0 Pengenalan 3-4


1.1 Definisi Rasuah 3-4
1.2 Kesan rasuah kepada individu, organsiasi, masyarakat dan Negara 5-6
2.0 Kajian Lepas 6-8
3.0 Rasuah dalam Negara
3.1 Dua lagi direman kes rasuah kuota pekerja asing 9-9
Kes Rasuah projek MRT lebih RM650 juta, tiga pengarah syarikat
3.2 10-10
kejuruteraan direman.
4.0 Rasuah di luar Negara - Indonesia
Kes Rasuah Airbus.Bekas CEO Garuda dipenjara 8 tahun, denda
4.1 11-12
RM7.6 juta

5.0 Ulasan keseluruhan 13-15


6.0 Kesimpulan 16-16
7.0 Lampiran 17-19
8.0 Rujukan 20-20

“Nearly all men can stand adversity,


but if you want to test a man’s
character, give him power”

-- Abraham Lincoln --

EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 2 | 21


1.0 PENGENALAN
1.1 DEFINISI RASUAH
Rasuah secara umumnya dikenali sebagai satu jenis jenayah yang selalunya melibatkan
golongan kolar putih. Rasuah didefinisi secara keseluruhannya sebagai perspektif negatif
dimana ianya bergantung kepada bagaimana seseorang individu atau masyarakat di sesebuah
negara menafsirkan maksud rasuah itu sendiri. Rasuah didefinisikan sebagai penyalahgunaan
kepercayaan untuk kepentingan peribadi.

Rasuah didefinisikan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan
untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang
berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, harta, bonus, diskaun,
komisen, jawatan, kontrak pekerjaan, perkhidmatan dan lain-lain tafsiran di bawah seksyen 3
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009).

Akta SPRM 2009 ( Akta 694 ) ;


Berdasarkan Undang-undang anti-rasuah di Malaysia iaitu Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009)(Akta 694) yang berkuatkuasa I Januari 2009
merangkumi seksyen-seksyen berikut yang digunapakai dalam sistem pengadilan Undang-
undang Malaysia.

 Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]


 Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
 Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
 Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23
Akta SPRM 2009]

Di Malaysia, rasuah dikategorikan sebagai jenayah serius. Rasuah merupakan kesalahan yang
boleh ditangkap tanpa waran (seizable offence). Perkara ini adalah seperti mana peruntukan
Seksyen 49(1) Akta SPRM 2009. Orang awam boleh membuat tangkapan terhadap pelaku
rasuah seperti mana Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah,

Jenayah rasuah mesti mempunyai elemen berikut :

i. Pemberi rasuah
ii. Penerima rasuah
iii. Suapan - dalam pelbagai bentuk seperti yang dinyatakan sebelum ini
iv. Balasan - tujuan rasuah diberi atau diterima; dan
EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 3 | 21
v. Mens rea (niat jahat) - elemen paling penting dan paling susah dibuktikan dalam siasatan
kes rasuah.

Hukuman bagi Kesalahan Rasuah

Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 menetapkan hukuman


seperti berikut:

 Penjara tidak lebih 20 tahun; dan


 Lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Contoh Hukuman Denda

Situasi 1

Jika suapan RM 5,000, maka hukuman adalah penjara dan denda RM25,000 (RM 5,000 X
5 ).

Situasi 2

Jika jumlah suapan adalah RM 1,000, maka hukuman adalah penjara dan denda RM
10,000.Ini kerana, RM1,000 X 5 hanya RM 5,000.Oleh kerana jumlahnya kurang daripada
RM10,000 (nilai minimum), maka RM 10,000 adalah denda yang akan dikenakan.

EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 4 | 21


1.2 KESAN RASUAH KEPADA INDIVIDU, ORGANISASI, MASYARAKAT DAN
NEGARA

Setiap organisasi tidak kira agensi kerajaan mahupun swasta sentiasa berhadapan dengan
pelbagai bentuk ancaman sama ada dari dalam mahupun luar persekitaran dan ancaman ini
boleh menjejaskan prestasi, produktiviti serta masa hadapan sesebuah organisasi. Rata-rata
ancaman ke atas organisasi berpunca daripada individu-individu dalam organisasi itu sendiri
dan seterusnya melibatkan ahli-ahli lain yang merosakkan identiti organisasi serta mencalar
kreditibiliti dan intergriti organsiasi tersebut.

Lazimnya, ancaman ini mempunyai hubungkait yang erat dengan isu etika dan integriti.
Pengabaian kedua-dua prinsip ini boleh membuka peluang untuk berlakunya penyelewengan,
rasuah, salah laku dan salah guna kuasa dalam sesebuah organisasi (Jabatan Perkhidmatan
Awam Malaysia, 2013).

Sektor ekonomi adalah antara sektor yang menerima kesan langsung akibat amalan rasuah di
negara kita. Pelbagai ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa yang berpunca dari
ketamakan harta dan kekayaan menyebabkan ekonomi kita semakin tenat dirompak oleh
individu yang ada kepentingan.

Pertumbuhan ekonomi negara akan terbantut sekiranya penipuan, salah laku serta rasuah
terus berleluasa tanpa sekatan malah kreditibiliti kerajaan yang memerintah akan menjadi
lemah disebabkan oleh gejala negative ini. Pada dasarnya, gejala rasuah yang berterusan
berisiko melandaikan lengkuk pertumbuhan ekonomi dengan lebih cepat.

Jenayah rasuah dan masalah ketirisan bukan sahaja akan menjejaskan pendapatan kerajaan
tetapi turut memberi kesan besar kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhannya.
Transparency International Malaysia pernah melaporkan negara kerugian lebih kurang RM40
bilion hingga RM50 bilion akibat aktiviti rasuah di mana impak rasuah kepada pertumbuhan
ekonomi ternyata suatu realiti yang pahit untuk ditelan.(Malaysiakini Jan 25,2022)

Secara umumnya ekonomi negara akan menerima beberapa impak ketara akibat rasuah yang
berleluasa antaranya, rasuah menyebabkan peningkatan kadar inflasi yang tentunya akan
meningkatkan kos sara hidup rakyat sekali gus mengurangkan kualiti hidup mereka dan jika
tidak ditangani dengan baik akan turut membawa kepada ketidakstabilan politik negara.

Dalam hal ini, rakyat sebagai pengguna perlu sedar amalan rasuah telah menimbulkan banyak
masalah dalam kitaran ekonomi harian kita. Ironinya, kos amalan rasuah dalam sesuatu sektor
EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 5 | 21
ekonomi itu diagihkan pada setiap rantaian bekalan kepada pengguna dan secara langsung
meningkatkan harga barang serta perkhidmatan di pasaran melalui pelbagai ketirisan
transaksi.

Merujuk daripada data Indeks Persepsi Rasuah (CPI), Skor Malaysia mencatatkan penurunan
buat kali kedua berturut-turut, dengan merosot tiga mata berbanding laporan tahun lalu, dan
berada di bawah paras 50 mata.

CPI 2021 yang dikeluarkan oleh Transparency International-Malaysia (TI-M) pada 25


January 2022 melaporkan, skor Malaysia adalah pada tangga ke-48, berbanding 51 pada
tahun sebelumnya(2020) dan 53 pada 2019. Skala skor 0 adalah negara paling korup,
manakala 100 pula adalah yang paling bersih. Kemerosotan skor itu dicerminkan dalam
kedudukan ranking Malaysia yang telah turun ke tangga ke-62 daripada 180 negara di seluruh
dunia berbanding tempat ke-57 pada 2020.

2.0 KAJIAN LEPAS

Bagi mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kesan rasuah terhadap pertumbuhan
ekonomi ini, beberapa kajian telah dibuat melalui kajian-kajian yang lepas. Salah satunya
ialah kajian daripada Mendez dan Sepulveda (2006) yang membuktikan kesinambungan yang
berlaku secara serentak di antara rasuah dan kadar pertumbuhan ekonomi. Kajian juga telah
menunjukkan rasuah ini berkadar songsang dengan pertumbuhan ekonomi.

Seterusnya, merujuk kepada Mushfiq Swaleheen (2007) yang menyatakan bahawa simpanan
bergantung kepada insentif dan keupayaan untuk menyimpan. Kajian perpustakaan
membuktikan bahawa kebanyakan penentuan bagi simpanan adalah berkaitan insiden rasuah.
Kajian beliau melihat dengan lebih mendalam hubungan antara rasuah dengan pelaburan di
mana analisis empirik yang dibuat adalah melangkaui negara. Bukti yang ditunjukkan, secara
langsung kadar simpanan negara kasar berkurangan akibat daripada galakan pelaburan.

Terdapat juga penyataan yang menyatakan rasuah mungkin mempunyai sedikit kesan kadar
purata pada kadar pertumbuhan KDNK per kapita, ia adalah satu sumber yang tidak
membantu kepada pembangunan negara. Toke S. Aidt (2009) juga menyokong kajian
tersebut dengan turut mendedahkan hubungan negatif yang kuat di antara pertumbuhan
pembangunan dan juga rasuah.

EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 6 | 21


Kajian turut mendapati tahap pendapatan, kadar pertumbuhan pendapatan benar per kapita
dan nisbah cukai-KDNK adalah perkara penting yang menunjukkan kesan rasuah kepada
simpanan yang ditujukan. Keputusan yang di buat adalah penting di mana tahap rasuah itu
dimasukkan dalam pertimbangan untuk menganalisis hubungan dengan penentunya. Bukti
yang ditunjukkan dalam kajian beliau mendapati dengan pengurangan cukai akan
meningkatkan kadar simpanan negara kasar sebanyak 6.1%.

Menurut Fahim A. Al-Marhubi (2000) pula, rasuah adalah penyebab kepada kelemahan
dalam makroekonomi seperti kekurangan pelaburan dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi
yang lembab. Kajian beliau meluaskan kesan negatif rasuah dan dikatakan turut menyumbang
kepada tingkat inflasi. Penyelidikan beliau meliputi 41 buah negara dan bukti kajian
menunjukkan bahawa kadar rasuah yang tinggi menyumbangkan kepada kadar inflasi yang
tinggi. Hubungan terbabit begitu kuat dengan memasukkan pembolehubah inflasi yang lain
termasuklah tahap kebebasan bank pusat, ketidakstabilan politik dan juga bentuk pemboleh
ubah lain. Dari perspektif dasar, kesan utama bagi kajian beliau ialah pembaharuan institusi
ekonomi dan politik bagi mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang dan juga
mengurangkan amalan rasuah perlu menjadi agenda bagi setiap pembaharuan dasar.

Kajian daripada Bruce W. Finnie et al (2006), kajian beliau menggunapakai analisis


penjelasan ekonomi dan sosial pada masa sekarang dan masa lepas bagi fenomena
pembangunan. Pemantauan beliau mengenai rasuah dari kalangan negara, pemilikan,
kebebasan dan individualisme dianalisis dan dibincangkan. Interaksi ini membentuk satu
model yang dinamakan triad of strains dengan tiga sudut, iaitu pemilikan tanggungjawab,
penzahiran kebebasan dan kawalan rasuah. Semua aktiviti ekonomi bergantung kepada
kawalan politik dan sosial.

Namun analisis beliau menunjukkan bahawa kawalan ini selalunya boleh menjadi terlebih
terutamanya kepada negara yang mengamalkan autokrasi. Bagi pembangunan yang optimum,
perlu ada had bagi kawalan terbabit. Birokrasi yang di dorong oleh perundangan dan kuasa
tanpa batasan berbanding dengan sebab kebiasaannya akan jatuh kerana kekurangan
pertimbangan nilai manusia dan keperluan bagi pemilikan untuk membantu memastikan
tindakan yang rasional.

Pak Hung Mo (2001) yang menjelaskan peranan rasuah dalam pertumbuhan ekonomi dengan
menyediakan penganggar kuantitatif akibat rasuah ke atas pertumbuhan dan kepentingannya
EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 7 | 21
terhadap saluran perubahan. Kajian rasuah beliau adalah tertumpu ke atas 54 buah negara
yang terdapat dalam Corruption Perception Index (CPI). Dengan menggunakan penganggar
kuasa dua terkecil (OLS), beliau mendapati dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan
mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam lingkungan 0.72%.

Dalam perkataan lain ialah, dengan peningkatan satu unit dalam indeks persepsi rasuah akan
mengakibatkan kadar pertumbuhan ekonomi menurun sebanyak 0.545 mata peratus. Apa
yang paling penting dalam saluran yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi ialah
ketidakstabilan politik, yang mana sebanyak 53% jumlah yang mempengaruhi dalam
pertumbuhan ekonomi. Beliau juga mendapati rasuah boleh mengurangkan tingkat modal
insan dan perkongsian pelaburan persendirian.

Paolo Mauro (1995) pula telah menggunakan data yang mengandungi indeks keberkesanan
dan keluhuran birokrasi yang subjektif untuk menjelaskan bukti empirik kesan rasuah
terhadap pembangunan ekonomi. Analisis kajian beliau meliputi 58 buah negara yang mana
kajian ini mempunyai hubungkait di antara pelaburan dan rasuah. Padanan yang negatif
antara rasuah dengan pelaburan dan pembangunan adalah signifikan dari sudut ekonomi dan
statistik. Walaupun berhadapan dengan data yang terhad, artikel tersebut menunjukkan secara
terperinci hubungan tersebut kuat bagi mengawal penentu piawai untuk pelaburan dan
pertumbuhan. Secara jelasnya, terdapat bukti kesan birokrasi yang sama penting dalam
penentu pelaburan dan pertumbuhan sebagaimana kestabilan politik.

EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 8 | 21


3.0 RASUAH DALAM NEGARA

Tajuk Berita Dua lagi direman kes rasuah kuota pekerja asing
Sumber dari Media Berita Harian
Tarikh & Masa 4 August 2022 ; 1:38pm
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/984234/dua-
Link URL
lagi-direman-kes-rasuah-kuota-pekerja-asing

Berdasarkan kepada berita yang dikeluarkan oleh Berita harian bertarikh 4 Ogos 2022,
susulan daripada penangkapan lapan individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
sebuah syarikat teknologi maklumat pada 3hb Ogos 2022 bagi membantu siasatan rasuah
yang melibatkan setengah billion-ringgit bagi menguruskan kuota pekerja asing , pihak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi individu bagi
membantu siasatan kes rasuah ini yang membabitkan kuota pekerja asing. Kedua-dua suspek
merupakan pemilik agensi pekerjaan dan ahli perniagaan yang berumur dalam lingkungan
30-an dan 50-an itu diberkas di Ibu Pejabat SPRM.

Menurut sumber yang diperolehi, ahli perniagaan tersebut disiasat berhubung penerimaan
wang rasuah berjumlah melebihi MYR RM 1juta daripada ejen pekerjaan, dimana suspek
menerima suapan antara RM800 hingga RM1,500 sebagai balasan membantu majikan atau
ejen dalam proses mendapatkan kuota pekerja asing manakala seorang lagi disyaki membayar
rasuah kepada syarikat penyedia platform bagi permohonan pekerja asing. Syarikat teknologi
maklumat itu dipercayai penyedia platform bagi permohonan pekerja asing yang dilantik
kerajaan dan sudah terbabit dalam memproses kira-kira 345,861 kuota bagi tempoh Mei 2022
hingga 29 Julai 2022.

Kes ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Hakim Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin
membenarkan kedua-dua lelaki ini direman tiga hari bermula dari tarikh penangkapan
sehingga 7 Ogos 2022 selepas pihak SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah
Majistret Putrajaya pada 4hb Ogos 2022.

Datuk Seri Hishamuddin Hashim selaku Pengarah Kanan Siasatan SPRM, mengesahkan
penahanan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 9 | 21


Kes Rasuah projek MRT lebih RM650 juta, tiga pengarah
Tajuk Berita
syarikat kejuruteraan direman.
Sumber dari Media Utusan Malaysia
Tarikh & Masa 22 Mac 2022 ; 5.23 pm
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/kes-rasuah-projek-
Link URL
mrt-lebih-rm650-juta-3-pengarah-syarikat-kejuruteraan-direman/

Berdasarkan kepada berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 22 Mac 2022,
sat u kes rasuah telah menyingkap tirai penghakiman apabila tiga individu berstatus
warganegara Malaysia ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan
projek pembinaan transit aliran massa (MRT) bernilai dianggarkan melebihi RM650 juta.

Tiga individu yang ditahan merupakan pengarah syarikat kejuruteraan termasuk seorang
wanita berusia dalam lingkungan 43 hingga 52 tahun, manakala dua lagi suspek lelaki berusia
dalam lingkungan 54 dan 63. Kedua-dua suspek lelaki ini tidak direman atas faktor kesihatan.

Didapati kedua-dua bekas pengarah syarikat kejuteraan tersebut dipercayai menerima rasuah
dalam anggaran RM27 juta daripada sebuah syarikat kejuteraan lain sebagai balasan melantik
syarikat terbabit sebagai perunding membabitkan projek berkenaan pada tahun 2017.

Perintah tahunan reman dikeluarkan oleh Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim di
Mahkamah Majistret Putrajaya selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua tiga individu terbabit ditahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 10 | 21


4.0 RASUAH DI LUAR NEGARA
4.1 KES RASUAH BERLAKU DI - INDONESIA
Kes Rasuah Airbus.Bekas CEO Garuda dipenjara 8 tahun,
Tajuk Berita
denda RM7.6 juta
Sumber dari Media Berita Harian
Tarikh & Masa 9 May 2020 ; 11:00pm
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2020/05/687010/bekas-
Link URL
ceo-garuda-dipenjara-kerana-rasuah

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan Indonesia, Garuda Indonesia


diberkas atas dakwaan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan satu skandal rasuah
besar sehingga menyebabkan syarikat pembuat enjin Britain, Rolls-Royce membayar denda
lebih AS$600 juta.

Menurut Juruaudit Negara Indonesia, urus niaga tersebut telah menyebabkan Indonesia
mengalami kerugian anggaran sebanyak hampir AS$600 juta iaitu bersamaan ringgit
Malaysia sebanyak RM 2.6 billion.

Emirsyah Satar yang memegang jawatan Chief Executive Officer (CEO) dari 2005 hingga
2014 dikenakan hukuman penjara selama lapan tahun pada 8 Ogos 2020 kerana kesalahan
menerima rasuah (wang sogokan) daripada Rolls-Royce sebagai pertukaran untuk membeli
pesawat serta enjin daripada Rolls-Royce.

Menurut laporan Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK), Emirsyah Satar yang dianggap
ramai telah berjaya menghidupkan semula Garuda dituduh menerima sekitar AS$1.4 juta dan
AS$180,000 dalam bentuk wang tunai semasa dia menerajui Garuda dari 2005 hingga 2014.

KPK menyatakan dakwaan-dakwaan itu berkaitan kontrak-kontrak "bernilai berbilion dolar"


yang ditandatangani Garuda bersama Rolls-Royce dan tiga pengilang penerbangan yang lain
iaitu Airbus dan Avions de Transport Regional (ATR) dari Perancis serta Bombardier dari
Kanada semasa di bawah kepimpinan Emirsyah Satar.

Bayaran (wang sogokan) itu adalah bagi menguruskan pemerolehan enjin jenis Rolls-Royce
Trent 700 dan pesawat Airbus A320 serta A330 oleh Garuda. Selain berkaitan perolehan
pesawat Airbus untuk PT Citilink Indonesia iaitu anak syarikat Garuda.

Berikutan penangkapan ini Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) telah menyita sebuah
rumah di Jakarta sebagai sebahagian daripada siasatan yang melibatkan beberapa negara.
EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 11 | 21
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) dan Pejabat Penipuan Britain turut menyiasat kes
rasuah melibatkan pembelian pesawat oleh pembuat kapal terbang Kanada, Bombardier
kepada Garuda antara tahun 2011 dan 2012.

Peguam Negara iaitu Sanitiar Burhanuddin memutuskan bahawa Emirsyah bertanggungjawab


terhadap semua transaksi yang berlaku ketika beliau menjawat jawatan CEO Garuda
Indonesia.

Juruaudit Indonesia, Badan Pengawasan Keuangan dan Pembangunan (BPKP) mendapati


Garuda membayar untuk 23 pesawat Bombardier CRJ dan ART72, menyebabkan kos operasi
yang tinggi dengan anggaran kerugian AS$594.39 juta (RM2.6 bilion) dari 2011 hingga
2011. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Nasional (NACC) pula masih lagi menyiasat
dakwaan berkenaan.

Airbus bersetuju membayar saman AS$4 bilion (RM17.3 juta) selepas mencapai rundingan
pengakuan dengan pendakwa raya di Britain, Perancis dan AS berhubung dakwaan rasuah
dan penyelewengan yang berlangsung selama 15 tahun.

Peguam, Luhut Pangaribuan, mengesahkan bahawa anak guamnya, Emirsyah Satar,


dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan denda sebanyak AS$2 juta (RM7.67 juta) oleh
mahkamah rasuah republik itu.

EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 12 | 21


5.0 ULASAN KESELURUHAN
Budaya rasuah dianggap remeh oleh segelintir masyarakat di negara ini malah seolah-olah
sebati dalam kehidupan.

Terdapat juga peniaga yang terpalit dengan rasuah walaupun mereka berniaga secara kecil-
kecilan kerana banyak melibatkan urusan pinjaman, lesen atau tender sehingga ada yang
beranggapan “kalau berniaga, tak merasuah itu tidak sah”. Rasuah makin menjadi suatu
budaya dan perkara wajib dalam dunia perniagaan.

Bagi sesetengah masyarakat yang sedar akan bahayanya rasuah, masing-masing perlu bangkit
membanteras gejala tersebut dengan sebaik mungkin termasuk membenci sepertimana
membenci jenayah yang lain.

Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Akhbar Satar yang
juga Pemegang Kerusi Profesor di Institut Jenayah dan Kriminologi, Universiti HELP
menyarankan supaya Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) melalui Belanjawan 2022 perlu
menggariskan langkah inovatif dan kerangka menyeluruh bagi membanteras rasuah,
pendorong kepada aktiviti perdagangan haram dan ketirisan lain dalam ekonomi Malaysia.

Program kesedaran dan pendidikan kepada semua peringkat masyarakat dan sektor awam
mengenai bahayanya rasuah demi masa depan lebih baik perlu dipertingkatkan demi
memastikan ianya berkesan di dalam jiwa setiap orang bahawa menjadi tanggungjawab
semua untuk memerangi rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


(SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali mengulas bahawa Jawatankuasa Khas Kabinet
memutuskan supaya Kursus Integriti dan Antirasuah diwajibkan di semua institusi pengajian
tinggi (IPT).

Kursus ini akan menjadi subjek sistematik dan berstruktur untuk pemahaman pelajar
mengenai rasuah. Inisiatif berkenaan membolehkan pelajar lebih peka dengan kesan rasuah
yang bukan sahaja menjejaskan diri mereka tetapi juga meruntuhkan asas sesebuah negara.

Kerajaan perlu komited dan telus membanteras gejala salah guna kuasa dan rasuah, bermula
daripada pemimpin negara khususnya yang berlaku di kementerian dan jabatan atau agensi
kerajaan. Budaya kronisme dan nepotisme mesti dirobohkan kerana ia telah menjadi benteng
EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 13 | 21
bagi melindungi para pelaku rasuah dan salah guna kuasa dalam struktur pentadbiran
Kerajaan.

Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti mengutamakan fokus pada sektor
atau bidang tertentu yang dikenal pasti menjadi titik punca merebak dan giatnya gejala
rasuah. Jaminan untuk menjalankan siasatan secara bebas, telus dan kuasa untuk mendakwa
juga mesti diberikan kepada SPRM.

Penjawat awam perlu berani tampil sebagai pemberi maklumat atau saksi bagi mendedahkan
salah laku yang berlaku dalam perkhidmatan awam. Pada masa sama, kerajaan perlu
menyediakan suasana yang kondusif – termasuk pada aspek peruntukan undang-undang –
bagi membolehkan mereka berbuat demikian.

Orang awam mesti menolak semua bentuk dan unsur rasuah, memberikan sokongan dan
bantuan kepada agensi penguatkuasa yang berkaitan dan memastikan individu yang telah
didakwa atau disabitkan dengan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa ini tidak lagi
menduduki mana-mana jawatan berkaitan kepentingan orang awam dan negara, termasuk
lantikan politik.

Berdasarkan artikel-artikel yang dilampirkan jika diuraikan, terbukti teori mengenai punca
rasuah dapat dikenalpasti. Teori Corruption Equation dapat dikaitkan di dalam kes-kes yang
dilampirkan.

Teori Corruption Equation


Kuasa + Peluang – Integriti = RASUAH
Teori ini menjelaskan 3 faktor berlakunya rasuah ;

 Memiliki Kuasa
 Mempunyai ruang dan peluang melakukan rasuah
 Ketiadaan integrity dalam diri.

Apabila dikaji daripada keratan-keratan kes akhbar dapat dirumuskan bahawa setiap pesalah
mempunyai sikap tamak dan peluang untuk melakukan perbuatan yang terkutuk ini. Sifat
tamak dalam diri dan wujud peluang untuk melakukan rasuah antara faktor utama berlakunya
rasuah.

Peluang wujud apabila tugas mereka membuka ruang untuk melakukan rasuah dan
penyelewengan. Ditambah pula, kurang pemantauan daripada pegawai atasan dan sistem
yang boleh dimanipulasi secara mudah.
EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 14 | 21
Peluang juga wujud apabila seseorang pekerja itu mempunyai pengetahuan mendalam
mengenai selok belok sesuatu proses kerja, memegang jawatan yang mendapat kepercayaan
pegawai atasan atau menjadi satu-satunya individu yang tahu mengenai sesuatu tugas atau
prosedur.

Perkara ini dapat dilihat dalam Kes Rasuah Airbus dimana bekas CEO Garuda dipenjara
8 tahun dan denda RM7.6 juta. Emirsyah Satar yang memegang jawatan Chief Executive
Officer (CEO) dalam tempoh yang lama iaitu hampir 9 tahun lebih mengetahui selok belok
proses perniagaan dan mendapat kepercayaan ahli lembaga syarikat yang lain membuka
peluang untuk beliau melakukan kesalahan rasuah.

Bagi Kes rasuah projek MRT pula, tiga pengarah syarikat didapati dituduh dibawah
Seksyen 16 Akta SPRM 2009 iaitu atas kesalahan menerima rasuah. Kedudukan mereka
sebagai kontraktor utama membuka peluang bagi mereka bagi mendapatkan rasuah daripada
sub-kontraktor dan artikel tersebut hanya menyatakan kesalahan bagi pihak kontraktor utama,
tetapi tidak jelas akan tindakan yang diambil bagi kesalahan sub-kontraktor yang memberi
rasuah yang amat tinggi iaitu RM 27 juta. Ketiga-tiga pengarah yang merupakan kontraktor
utama projek MRT menggunakan kuasa dan kedudukan mereka bagi mendapatkan rasuah
daripada syarikat sub-kontraktor kejuruteraan yang merupakan syarikat perunding.

Hal yang sama boleh dilihat dalam Kes Dua lagi direman dalam kes rasuah kuota pekerja
asing dimana ahli perniagaan ini menggunakan jalan yang singkat bagi mendapatkan kuota
pekerja asing berikutan karenah birokrasi yang timbul apabila kerajaan membuka balik pintu
sempadan negara bagi kemasukan pengambilan pekerja asing dan ini membuka peluang
kepada segelintir orang seperti ahli perniagaan terbabit menyalahgunakan status ahli
perniagaan dan berkomplot dengan agensi pekerjaan menjalankan perniagaan secara salah
dan menerima suapan antara RM800 hingga RM1500 bagi satu kuota pekerja asing. Jika satu
majikan mendaftar untuk 100 kuota pekerja asing maka anggaran nilai suapan daripada
seorang majikan adalah RM150,000. Bayangkan berapa nilai suapan yang diterima oleh ahli
perniagaan ini tanpa cukai kerajaan dikenakan. Hal ini boleh menyebabkan kerajaan kerugian
perolehan kerajaan.

EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 15 | 21


6.0 KESIMPULAN

Ironinya, banyak cara yang boleh diadaptasi di negara kita untuk membendung gejala rasuah
yang semakin membarah. Masyarakat umum perlu sentiasa diingatkan supaya tidak terjebak
dengan gejala ini kerana sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Pemberi dan penerima rasuah wajar dihukum dengan hukuman yang setimpal sebagai
pengajaran kepada orang ramai. Semoga setiap di antara kita menjalankan obligasi masing-
masing khususnya penguatkuasa agar polemik ini diselesaikan dengan cepat.

Kesannya, masyarakat kita akan bertambah intergriti dan dipercayai oleh negara asing untuk
menjalankan urusan dan perihal-perihal lain yang boleh meningkatkan imej negara di persada
dunia. Masyarakat perlu fokus untuk melahirkan generasi masa hadapan yang boleh menjadi
warganegara bertanggungjawab, berani menolak rasuah dan memiliki jati diri dan integriti
yang tinggi. Usaha menerapkan nilai-nilai positif ke dalam sanubari anak perlu dimulakan
dari rumah.

Dalam konteks ini, ibu bapa perlu memainkan peranan yang lebih serius melalui pendidikan
secara tidak formal dan santai sekali gus membentuk watak dan karakter anak yang kalis
rasuah sejak kecil. Justeru, di samping ibu bapa menolak rasuah, pastikan anak-anak juga
dididik untuk katakan tidak kepada rasuah sejak kecil. Anak merupakan cerminan ibubapa.
Pepatah Melayu yang tidak lekang dik panas serta menjadi ingatan sepanjang zaman ;
Melentur buloh biarlah dari rebungnya.

Pendidikan dan pembentukan keperibadian anak-anak hendaklah bermula dari kecil lagi.
Ajaran secara santai membolehkan mereka memahami apa itu rasuah, terangkan contoh
amalan rasuah serta kesannya kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Harus diingat
ibu bapa adalah idola pertama anak-anak lantas gerak-geri dan tingkah laku ibu bapa mudah
mempengaruhi sikap dan membentuk karakter anak hingga akhir hayat mereka.

EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 16 | 21


7.0 LAMPIRAN

EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 17 | 21


EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 18 | 21
EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 19 | 21
8.0 RUJUKAN
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/868186/rasuah-ahli-perniagaan-pemilik-agensi-
pekerjaan-direman-tiga-hari

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/kes-rasuah-projek-mrt-lebih-rm650-juta-3-
pengarah-syarikat-kejuruteraan-direman/

https://www.mekanika.com.my/kes-rasuah-airbus-bekas-ceo-garuda-dipenjara-8-tahun-denda-rm7-
6-juta/

https://www.malaysiakini.com/news/608331

https://transparency.org.my/filemanager/files/shares/CPI%202021_compressed.pdf

https://origin.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/867794/inisiatif-banteras-rasuah-ketirisan-
dalam-belanjawan-2022

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/962659/kursus-integriti-dan-antirasuah-
wajib-di-ipt

Al-Marhubi, Fahim A. 2000. Corruption and inflation. Economic Letters. 66: 199-202.

Swalehen, Mushfiq. 2007. Corruption and saving in a panel of countries. Journal of Macroeconomics
(2007). 1-23

Bruce, W. F. Linda K. G & David E. M. 2006. Economic development: corruption, complexity, wealth
and a contribution to the theory of economic growth. www.emeraldinsight.com/0828- 8666.htm.
22(4): 185-204

Pak, Hung Mo. 2001. Corruption and economic growth. Journal of Comparative Economics. 29: 66-79

EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 20 | 21


EPPA2423 – KAJIAN KES INDIVIDU M / s 21 | 21

You might also like