You are on page 1of 6

KURSUS INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (KIAR) UHC1032

PENULISAN REFLEKTIF

NAMA NUR AFIQAH ZULAIKHA BINTI ABDUL RAZAK

ID AA23059

SEKSYEN 03G

TAJUK RASUAH DI SEBALIK HEALTH MERIDIAN BERHAD


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA

1 TAJUK

2 PENGENALAN

3 LATAR BELAKANG

4 PERBINCANGAN

5 RUMUSAN
PENGENALAN

Kes ini melibatkan seorang pegawai jualan yang berkhidmat di Syarikat Health Meridian
Berhad yang terkemuka di seluruh dunia dan seorang pegawai perolehan yang berkhidmat
di Kementerian Kesihatan Malaysia.Dalam kes ini,pegawai jualan telah dituduh
mempengaruhi pegawai perolehan dengan wang pendahuluan sebanyak RM 35000.00
sebagai tawaran dalam membekalkan Personal Protective Equipment (PPE) semasa pandemik
Covid -19 pada tahun 2021.Saya berperanan sebagai peguam bela bagi membela nasib dan
menegakkan keadilan terhadap orang kena tuduh (OKT) agar OKT tidak disabitkan
kesalahan dibawah seksyen 17(A) akta SPRM Liabiliti Korporat atas kesalahan rasuah yang
diberi sebanyak RM 35000.00

LATAR BELAKANG

Pada 10 Mei 2023,seorang pegawai jualan telah dituduh mempengaruhi pegawai perolehan
Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dalam membekalkan Personal Protective
Equipment(PPE) semasa pandemik Covid -19n pada tahun 2021.Pegawai Jualan itu telah
memberikan wang pendahuluan sebanyak RM35000.00 kepada pembekalan PPE dengan
jumlah RM400000.00.Wang tersebut diberikan secara tunai dan transaksi elektronik dari Mei
2020 hingga September 2021.

Sewaktu persidangan dijalankan pihak pendakwa raya telah mengeluarkan bukti berbentuk
rakaman kamera litar tertutup yang merakam transaksi secara tunai antara pegawai jualan
dengan pegawai perolehan yang bertempat di Hotel Meridian.Namun, pihak peguam bela
menyangkal bahawa dalam rakaman kamera litar tertutup tersebut bukanlah OKT kerana
sifat fizikal sebenar OKT tidak serupa dalam rakaman kamera litar tertutup tersebut.Bukan
itu sahaja, pihak pendakwa raya juga mengeluarkan bukti gambar OKT yang sedang
menunggu pegawai perolehan di lobi hotel.Setelah pihak pendakwa raya mengeluarkan bukti
tersebut,pihak peguam bela membantah kerana pakaian yang dipakai oleh OKT sewaktu di
lobi tidak sama dalam rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan transaksi secara
tunai dilakukan.Seterusnya, pihak peguam bela menegaskan bahawa OKT tidak berada di
hotel tetapi OKT berada di ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya atas
urusan pemberian sumbangan kepada pihak Kementerian kesihatan Malaysia . Hal ini
kerana,pihak KKM memerlukan dana yang banyak untuk membuka pusat kuarantin dan
keperluan pesakit.Ini kerana ekonomi negara yang merosot akibat pandemik Covid-19 yang
menyebabkan kerajaan tidak mencukupi dana.Syarikat Health Meridian Berhad merupakan
syarikat yang sering memberikan dana kepada kerajaan sejak sebelum Pandemik Covid- 19
melanda seluruh dunia lagi demi kepentingan orang awam.Namun sejak pandemik Covid-19
melanda seluruh dunia, syarikat Health Meridian Berhad hanya mampu memberikan
sumbangan secara berkala akibat ekonomi negara yang merosot.Sumbangan diberikan secara
berkala sebanyak RM 10,000.00 secara tunai pada 5 Mei 2020 dan RM 25,000.00 secara atas
talian.Pihak peguam bela mengeluarkan bukti sijil perhargaan program integriti dan
antirasuah dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).Program ini diwajibkan kepada semua pekerja Health Meridian Berhad.Jika terdapat
pekerja yang tidak menyertai program ini,mereka akan dikenakan penalti oleh pihak atasan
Health Meridian Berhad.Objektif program ini adalah bagi meningkatkan kefahaman semua
pekerja mengenai kesalahan rasuah berdasarkan Akta SPRM 2009 , impak rasuah dan
langkah-langkah mencegah jenayah rasuah sekaligus memperjelaskan isu-isu semasa
berkaitan rasuah bagi mendapatkan sokongan masyarakat terhadap SPRMIni terbukti bahawa
syarikat Health Meridian sangat menitikberatkan isu salah laku rasuah dalam urusan
perniagaan.Ini jelaslah bahawa syarikat Health Meridian ialah Syarikat yang mempunyai
elemen “T.R.U.S.T.” sebagai asas dalam pelaksanaan tatacara mencukupi.

PERBINCANGAN

Berdasarkan persidangan yang dijalankan,pihak OKT telah mengaku telah mengaku tidak
bersalah atas tuduhan yang dikenakan.Pihak OKT memberikan keterangan bahawa wang
yang telah disalurkan kepada pihak KKM adalah sumbangan dana bagi keperluan pandemik
Covid-19.OKT menegaskan bahawa OKT tidak berada di hotel seperti yang telah pendakwa
raya katakan.OKT berkata dia telah merentas negeri ke Putrajaya atas urusan
sumbangan.dana kepada KKM.Hal ini demikian jelaslah bahawa OKT tidak didapati
dibawah seksyen 17(A) akta SPRM Liabiliti Korporat dan boleh dipenjara selama 20 tahun
bagi setiap tuduhan dan denda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai suapan iaitu RM
35000.

Salah laku Rasuah amat memberikan kesan buruk kepada diri,masyarakat dan negara.Antara
implikasi salah laku rasuah kepada diri adalah orang sekeliling kita akan pandang serong
terhadap kita sekaligus merendahkan tahap kepercayaan dan keyakinan masyarakat.Selain
itu,amalan rasuah menyebabkan pemimpin dan individu yang terlibat menjadi kaya
sementara rakyat biasa dan golongan yang kurang bernasib baik semakin terjejas. Ini akan
meningkatkan jurang sosioekonomi dalam masyarakat dan menjejaskan kesetaraan ekonomi.

Bagi mencegah dan memerangi perbuatan rasuah dalam masyarakat, banyak amalan yang
dapat diterapkan untuk mengekang gejala rasuah. Setiap individu harus mengelakkan diri
daripada terjebak dalam gejala rasuah dengan mengamalkan nilai-nilai kejujuran dan amanah.
Selain itu, sistem keadilan yang baik dan kuat dalam badan kehakiman perlu diselaraskan dan
dipertingkatkan. Pengawasan yang ketat dan telus terhadap urusniaga dan penggunaan dana
awam perlu diwujudkan bagi membanteras gejala ini daripada berleluasa. Selain itu,
menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang dan kewajipan penyiasatan secara
berterusan. Penyiasatan yang berterusan akan membantu mengurangkan peluang untuk
melakukan tindakan rasuah. Sekaligus dapat memperkukuhkan kecekapan dan kualiti
perkhidmatan awam. Kecekapan dan kualiti perkhidmatan awam yang tinggi dapat
membantu mengurangkan kemungkinan untuk melakukan tindakan rasuah. Selain itu,
sumber-sumber awam harus dikelola dengan telus dan cekap agar dapat mengurangkan ruang
untuk melakukan tindakan rasuah.Sebagai pengajaran,kita hendaklah menghindari diri
daripada terlibat dalam salah laku rasuah untuk menjamin kesejahteraan negara dan bangsa.
RUMUSAN

Pembendungan gejala rasuah perlu ditangani secara proaktif oleh semua lapisan masyarakat
serta pihak-pihak yang bertanggungjawab melalui pelaksanaan undang-undang di Malaysia
serta amanah dan jujur dalam menjalankan tugasan. Kejujuran serta amanah amat
dititikberatkan dalam masyarakat agar dapat dipraktikkan untuk menjamin kesejahteraan
negara dan bangsa. Gejala rasuah ini dapat dibendung apabila semua aspek masyarakat
mengamalkan anti rasuah dalam diri mereka kerana kesedaran tentang pentingnya
mempunyai jati diri yang kuat, disiplin dalam menjalankan kerja dan berintegriti untuk
membantu pemulihan sosioekonomi di Malaysia. Individu perlu berpegang pada nilai-nilai
yang benar dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan untuk
memastikan keharmonian dan keadilan dalam masyarakat.
RUJUKAN

Bil. Rujukan

1
S‌ URUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM). (n.d.).
Sprm.gov.my.
https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=75&articleid=692

2 Perdagangan, K., Negeri, D., Kos, D., & Hidup, S. (n.d.). SEKSYEN 17A AKTA

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009 & TATACARA

MENCUKUPI Kursus ini dikendalikan dalam Bahasa Melayu.

https://www.ssm.com.my/Pages/Training_Academy/Training_Calendar-and_Br

ochure/2023/SEKSYEN%2017A%20AKTA%20SURUHANJAYA%20PENCE

GAHAN%20RASUAH%20MALAYSIA%202009%20%26%20TATACARA%

20MENCUKUPI.pdf

3 Mohd.Rafie Azimi (25 Mei 2023)CEO MARii sekali lagi ke Mahkamah ,Sinar
Harian,13

4 Faiz Anuar (21 Julai 20222) Pengarah LKIM Selangor didakwa terima rasuah
Rm 5000,Berita Harian,16

5 Ahmad Ismadi Ismail (11 Mei 20220) Zizie Izette mengaku terima 2.8 juta
-saksi,Utusan Malaysia ,10

6 SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM). (n.d.).

Sprm.gov.my.

https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=75&articleid=1524

7 Rasuah. (2020, December 13). Wikipedia.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rasuah

You might also like