You are on page 1of 14

ETIKA PROFESIONAL

(UHAK 2132-01)
Langkah-langkah Kerajaan Menangani Salah Guna
Kuasa, Rasuah dan Penyelewengan Dalam
Perkhidmatan Awam di Malaysia.
DR. AZLAH BIN MD. ALI

NAMA: ELDRINE MITCHELL ANAK DONY


NO. MATRIK: A17PP0013
NO. KAD PENGENALAN: 971101-13-5281
PROGRAM: SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN
(SAINS SUKAN)
Isi Kandungan

Bil.
Bil. Perkara
Mukasurat

1. 1.0 Pengenalan. 1

2.0 Isu-isu semasa rasuah.


2.1 Rampasan terbesar RM114.5 juta di Kota Kinabalu.
2. 1-2
2.2 Rasuah dalam kalangan penjawat awam: Di mana silapnya?
2.3 Polis minta rasuah RM13, 000.

3. 3.0 Statistik Transparency International. 3

4. 4.0 Punca-punca. 3-4

5.0 Langkah-langkah.
5.1 Pendekatan Intelligence Based-Investigation(IBI).
5.2 Hubungan dengan Nottingham Trent University(NTU), United
Kingdom.
5.3 Penubuhan mahkamah khas rasuah.
5. 5.4 Mengadakan pelbagai jenis operasi. 4-8
5.5 Menyebarluaskan kesedaran.
5.6 Kempen 3J.
5.7 Rasuah subjek wajib di sekolah.
5.8 Pelan Lima Tahun 2019-2023.
5.9 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT).

6. 6.0 Kesimpulan. 9
LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN MENANGANI SALAH GUNA KUASA, RASUAH
DAN PENYEWELENGAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM DI MALAYSIA.

1.0 PENGENALAN.

Rasuah adalah jenayah atau kesalahan undang-undang. Perkara ini berlaku dimana
seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak atasan dalam bentuk
wang, hadiah, dan keraian. Syed Hussein Alatas telah memberikan tujuh tipologi rasuah.
Antaranya ialah rasuah, perkerabatan, investif, defensif, transaktif, autogenik, memeras dan
dukungan. Bukan itu sahaja, gejala rasuah juga dikenal pasti sebagai perbuatan menyogok
seseorang dengan wang atau barangan agar orang yang disogok dapat menggunakan kuasa atau
kemampuannya untuk menyelesaikan sesuatu tugasan secara tidak bertanggungjawab. Terdapat
empat kesalahan rasuah yang utama menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia. Antaranya ialah
meminta dan menerima rasuah, menawar dan memberi rasuah, membuat tuntutan palsu, dan
menyalahgunakan jawatan serta kedudukan.

Dalam bidang politik dan pentadbiran, rasuah mungkin berbentuk ringan atau berat,
terancang atau tidak. Kesan rasuah bukan sekadar memudahkan atau menggalakkan jenayah
seperti pemalsuan wang, cetak rompak, pelacuran dan penyeledupan. Malah, kesannya lebih
meluas lagi. Rasuah “politik” bermaksud penyalahgunaan jawatan awam untuk kepentingan
peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi mesti mempunyai perilaku rasuah sama ada
kita sedar atau tidak.

2.0 ISU-ISU SEMASA RASUAH.

2.1 Rampasan terbesar RM114.5 juta di Kota Kinabalu. (Berita Awani, 5 October
2016)

Di Malaysia, gejala rasuah masih tidak dapat diatasi hingga ke akar umbinya.
Perkara ini dapat dibuktikan dengan berita yang melaporkan bahawa Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas sebanyak RM 114.5 juta
daripada dua orang pegawai kanan kerajaan Sabah pada 5 Oktober 2016. Dua hari
kemudiannya, pihak SPRM juga telah merampas 19.3kg emas daripada pegawai yang
sama. Perkara ini menunjukkan bahawa gejala rasuah dan salah laku sudah menjadi

1
amalan dalam kalangan segelintir penjawat awam walaupun mereka ketahui bahawa
gejala ini menyalahi undang-undang, bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.

2.2 Rasuah dalam kalangan penjawat awam: Di mana silapnya? (Utusan, 11 April
2016)

Menurut Berita Utusan pada 11 April 2016, seramai 398 penjawat awam
ditangkap kerana rasuah pada tahun 2015 dan jumlah ini meningkat kepada 173 orang
berbanding tahun 2014. Peningkatan ini berlaku hampir sekali ganda. Tambahan pula,
untuk dua bulan pertama iaitu Januari dan Februari pada tahun 2016, telah berlakunya
tangkapan sebanyak 98 kakitangan kerajaan di peringkat paling tinggi sehinggalah ke
staf sokongan ditahan oleh SPRM. Statistik ini belum termasuk dengan kes seorang
penjawat awam yang berpangkatkan Setiausaha Bahagian di Kementerian Belia dan
Sukan yang telah menghadapi pertuduhan sebanyak 32 tuduhan membabitkan nilai
RM 38.4 juta. Gejala ini amatlah serius. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku dalam
sesebuah sektor penting yang telah diberi tanggungjawab untuk memberikan
perkhidmatan kerajaan terbaik kepada rakyat Malaysia. Ini boleh menghakis
kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan dan memburukkan imej kerajaan di mata
dunia.

2.3 Polis minta rasuah RM13, 000. (Berita Harian, 23 Februari 2018)

Selain itu, menurut sumber Berita Harian pada 23 Februari 2018, terdapat
tangkapan anggota polis berpangkat sarjan direman enam hari kerana kes meminta
dan menerima wang rasuah RM 13,000 bagi menyelesaikan kes dadah. Perkara ini
telah berlaku di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Kedah. Anggota tersebut
telah ditahan oleh pihak SPRM pada jam 10.30 malam ketika sedang bertugas.
Jenayah ini sememangnya semakin menjadi-jadi di Malaysia.

2
3.0 STATISTIK TRANSPARENCY INTERNATIONAL.

Rank Mata Indeks Persepsi Rasuah


Negara
2018 (CPI) 2018
1 Denmark 88
2 New Zealand 87
3 Finland 85
4 Singapore 85
5 Sweden 85

61 Malaysia 47
( Sumber: https://www.transparency.org/cpi2018 )

Terdapat banyak kes dilaporkan yang membabitkan jenayah rasuah. Pada tahun 2004,
Transparency International telah mendedahkan indek persepsi rasuah global dan Malaysia
merupakan salah satu negara yang mempunyai kadar jenayah rasuah yang tinggi termasuklah
Haiti, Bangladesh, Nigeria, Myanmar, Chad, Paraguay dan Azerbaijan. Pada tahun 2017 pula,
Transparency International telah mendedahkan indek persepsi rasuah global dan kedudukan
Malaysia adalah ditangga ke-62 berbanding 180 negara. Pada tahun 2018 pula, kedudukan
Malaysia berubah menjadi tangga ke-61. Perkara ini membuktikan negara Malaysia berlakunya
peningkatan dari tangga ke-62 kepada tangga ke-61 dan hal ini dapat menunjukkan bahawa
korupsi yang berlaku di dalam kalangan penjawat awam meningkat dan semakin kronik.

4.0 PUNCA-PUNCA.

Rasuah ini berlaku dalam pelbagai bentuk dan jenayah ini sudah semestinya mempunyai
punca kenapa perkara ini sering berlaku. Antara punca-puncanya ialah kelemahan peribadi
seperti kurang iman dan takwa. Sikap mahu hidup mewah, menunjuk-nunjuk, tamak, dan
sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.
Mereka juga tahu bahawa amalan rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, akan tetapi
dilakukan juga dengan seribu satu alasan. Selepas itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan
organisasi juga merupakan salah satu punca berlakunya gejala rasuah. Kepimpinan yang kurang
teguh menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, dan lambat menjalankan tugas

3
akan lebih terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah. Politik juga merupakan salah satu
skop dimana amalan rasuah berlaku. Sebagaimana kita ketahui, sesetengah ahli politik
menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat. Oleh itu, dengan menerima dan
memberi rasuah, mereka dapat mendominasi kuasa, memenangi pemilihan jawatan ahli politik,
mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya. Sebenarnya, terdapat perpuluh-puluh
lagi punca gejala rasuah ini berlaku dan salah satunya telah diterangkan sebelum ini.

Banyak masalah sosial akan berlaku hasil daripada pemberian rasuah jika tidak
dibendung dan hal ini akan berlaku kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan
sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa dengan lebih pesat. Oleh
itu, pihak kerajaan perlulah berganding bahu dalam mengerahkan tenaga bersama-sama dalam
memerangi gejala rasuah di negara Malaysia.

5.0 LANGKAH-LANGKAH.

5.1 Pendekatan Intelligence Based-Investigation(IBI).

Terdapat pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memerangi isu
negatif ini. Antaranya ialah menggandakan tindakan penguatkuasaan melalui pendekatan
Intelligence Based-Investigation (IBI). IBI merupakan kaedah yang bersifat proaktif dan
telah membolehkan kadar sabitan kes-kes yang disiasat mencecah 95 peratus. SPRM juga
telah mempertingkatkan kaedah IBI ini kerana kaedah ini mula memperlihatkan impak
besar dalam menyelesaikan kes salah guna kuasa dan rasuah membabitkan kepentingan
awam. Menurut Pengarah Bahagian Perisikan, Datuk Mohd Azam Baki pada majlis
penutup Kursus Intelligence Based Investigation (IBI) di Akademi Pencegahan Rasuah
Malaysia (MACA) berkata bahawa “Kadar sabitan hasil penggunaan kaedah IBI ini telah
mengatasi kadar sabitan keseluruhan SPRM iaitu sekitar 85 peratus.” “Melalui kaedah
ini, tindakan, arahan dan pengendalian aktiviti perisikan diletakkan di bawah kelolaan
pusat perisikan di ibu pejabat dan ia mampu meningkatkan pengendalian dan pengurusan
kes-kes yang berprofil tinggi, bersindiket dan berkepentingan awam,” kata Datuk Mohd
Azam Baki. Kaedah IBI ini juga merangkumi strategi 'undercover', dan dimantapkan
dalam usaha meningkatkan kejayaan kes-kes yang disiasat oleh SPRM. Perkara ini dapat

4
kita lihat bahawa pihak SPRM sudah membuka langkah dalam menangani gejala rasuah
di Malaysia.

5.2 Hubungan dengan Nottingham Trent University(NTU), United Kingdom.

Seterusnya, SPRM juga telah mengambil langkah dengan menjalinkan hubungan


dengan Nottingham Trent University (NTU), United Kingdom dengan memeterai
Memorandum Pelaksanaan Program Akreditasi Kursus Asas Pegawai SPRM. Program
ini dijalankan bagi mencapai objektif untuk meningkatkan kompetensi, kelayakan dan
daya saing pegawai lantikan baharu SPRM serta menepati profesion pembanterasan
rasuah domestik dan antarabangsa. SPRM juga mempromosikan pengalaman dan
perkongsian amalan terbaik serta kepakaran di platform antarabangsa. Sebanyak 19
pembentangan telah dilakukan melibatkan aspek seperti keberkesanan pencegahan
rasuah, pengesanan asset dan undang-undang berkaitan rasuah. Ini merupakan usaha dan
kesungguhan SPRM dalam menguatkuasakan undang-undang rasuah serta pencegahan
rasuah di peringkat antarabangsa.

5.3 Penubuhan mahkamah khas rasuah.

Selain itu, menurut Berita Harian pada 19 Mac 2019, Perdana Menteri iaitu Tun
Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan bahawa kerajaan akan menubuhkan mahkamah
khas rasuah. Hal ini demikian bagi membolehkan kes rasuah dikendalikan dengan lebih
cepat dan efisien. Beliau juga menyatakan bahawa menubuhan mahkamah khas rasuah
tidak akan menjejaskan mahkamah biasa. Beliau berkata, “Ini cadangan baharu kerana
kita perlu menentukan kes-kes rasuah diberi masa oleh mahkamah khusus yang tertumpu
semata-mata kepada kes rasuah dan ianya juga memerlukan undang-undang kerana ia
akan mengubah ciri-ciri asas mahkamah, jadi perlu ada kesungguhan untuk melawan
rasuah.” Pernyataan ini memberi gambaran yang cukup meyakinkan mengenai
kesungguhan pihak berkuasa dalam memerangi jenayah yang boleh menghancurkan
negara Malaysia.

5
5.4 Mengadakan pelbagai jenis operasi.

Sementara itu, SPRM juga telah melakukan pelbagai jenis operasi dalam
menangani isu rasuah ini. Antaranya ialah Ops Indah, Ops Relax dan sebagainya. Ops
Indah telah melibatkan tangkapan tujuh orang iaitu empat daripadanya ialah Pegawai
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan tiga lagi merupakan kontraktor yang telah
membuat tuntutan palsu berhubung dengan Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai
Melaka Pakej 1 bernilai RM118,767,929.95. Projek ini membabitkan kerja-kerja
infrastruktur untuk kesejahteraan rakyat negeri Melaka. Pengarah syarikat yang
dahulunya merupakan bekas Naib Presiden MIC bergelar Tan Sri telah dituduh di bawah
seksyen 18 Akta SPRM 2009 dengan nilai pertuduhan sebanyak RM12,888,000.00.
Manakala Ops Relax pula melibatkan rasuah oleh pegawai-pegawai daripada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT), seperti Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan agensi
penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Seramai 15 individu telah ditahan dan direman kerana dipercayai meminta rasuah secara
bulanan daripada pengusaha premis rumah urut di daerah Kajang sebagai balasan bagi
melindungi aktiviti haram rumah urut, pelacuran, perniagaan tanpa lesen dan
menggajikan pendatang tanpa izin. Jumlah wang rasuah bernilai sebanyak RM15,400.00
telah dirampas. Operasi ini telah dijalankan tidak kira skala jenayahnya tinggi atau
rendah. Hal ini demikian kerana impak dan kesannya adalah sama sahaja iaitu
merosakkan negara melalui ancaman jenayah, kesejahteraan rakyat untuk pembangunan
modal insan, infrastruktur, ekonomi serta keselamatan dan kedaulatan negara.

5.5 Menyebarluaskan kesedaran.

Di samping itu, dalam usaha menangani gejala rasuah dan salah laku, kerajaan
telah menyebarluaskan kesedaran dan mendapatkan sokongan masyarakat terhadap
usaha-usaha pencegahan rasuah. Pada 8 Mei 2017, SPRM telah memperkenalkan
Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH). Gerakan ini sebagai pemangkin dalam
perubahan kepada masyarakat. Perkara ini merupakan revolusi minda dan pemikiran
masyarakat untuk membenci dan memandang hina terhadap rasuah dan salah guna kuasa.
Penjawat awam, industri, belia, wanita, ilmuan, pelajar dan kanak-kanak, seniman dan
sukan serta NGO merupakan golongan sasar utama yang telah diberi tumpuan dalam

6
gerakan ini. ‘Jangan Memberi Rasuah, Jangan Menerima Rasuah’ merupakan mesej yang
akan dibawa oleh golongan sasar utama untuk disebarkan ke serata pelusuk negara.
GERAH juga berpotensi dalam melahirkan masyarakat yang berani dan sanggup
bekerjasama membanteras pelaku rasuah.

5.6 Kempen 3J.

Dalam pada itu, SPRM juga telah mengada kempen 3J iaitu Jangan Hulur, Jangan
Kawtim dan Jangan Settle. Kempen ini dilaksanakan supaya memberi kesedaran kepada
orang awam bagi tidak memberi rasuah, tidak berunding mahupun menawarkan rasuah
dalam penyelesaian kes. Pihak MARA juga menunjukkan komitmen bagi terus bersama-
sama SPRM dalam memerangi rasuah. Pihak MARA dengan tajaan melitupi tiga buah
bas MARA Liner bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor, Kedah dan Perlis untuk
menyebarkan mesej anti-rasuah kepada pengguna jalan raya di Malaysia. SPRM akan
mempergiatkan lagi kempen memerangi pemberi rasuah sebagai peringatan untuk
menolak dan melaporkan rasuah untuk mencegah perlakuan rasuah oleh penjawat awam.

5.7 Rasuah subjek wajib di sekolah.

Menurut Utusan pada 13 November 2018, SPRM mencadangkan kepada


Kementerian Pendidikan agar menjadikan rasuah sebagai subjek wajib di sekolah. Ketua
Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, “Sikap membenci rasuah
perlu ditanam dalam diri pelajar daripada peringkat awal lagi bagi mengelak merebak
sehingga dewasa.” Beliau juga menyatakan bahawa rasuah ini dijadikan subjek wajib dan
diadakan peperiksaan. Beliau juga risau kerana amalan rasuah juga berlaku di dalam
kawasan sekolah. Antaranya ialah terdapat guru meminta ‘anu’ atau seks daripada pelajar
bagi meluluskan peperiksaan. Bukan itu sahaja, ada juga kes dimana pelajar memberi
wang rasuah kepada rakan sekelas agar memilih dan mengundi individu tersebut sebagai
ketua kelas atau ketua pengawas sekolah. Pelakuan rasuah sangat memalukan dan amat
membimbangkan kerana sehingga hari ini negara luar memandang Malaysia sebagai
negara kleptokrasi.

7
5.8 Pelan Lima Tahun 2019-2023.

Lebih-lebih lagi, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah


melancarkan pelan lima tahun 2019-2023. Pada 29 Januari 2019, kerajaan telah
melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NAPC) yang dibentuk bagi membanteras gejala
rasuah di Malaysia. Pelan ini telah dilancarkan di pusat pentadbiran Putrajaya. “Pelan ini
adalah satu kenyataan tegas dari kerajaan, iaitu pesalah yang lalu telah dan sedang kita
kejar akan kita hukum, manakala pemberi dan penerima rasuah sekarang dan masa depan
akan dikenakan tindakan yang lebih tegas. Ini juga membuktikan bahawa tindakan yang
kita ambil terhadap perasuah yang lalu bukan satu tindakan berlandaskan dendam atau
benci,” kata Perdana Menteri. NAPC juga menggariskan enam strategi dan 115 inisiatif
antirasuah. Perkara ini melibatkan sektor-sektor politik, perolehan awam, penguatkuasaan
undang-undang, pentadbiran sektor awam, perundangan dan kehakiman, serta tadbir urus
korporat. Perkara ini akan menjadi asas dalam usaha menangani rasuah dan membentuk
ekosistem bebas rasuah. Kerajaan yakin Malaysia akan memperoleh semula kedudukan
yang sepatutnya jika berjaya dalam usaha memerangi amalan rasuah ini. Pernyataan ini
juga telah disokong kuat oleh Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF).
Halim Ishak yang merupakan pengerusi bagi MCCF berkata ia merupakan satu jalan
penyelesaian dan tindakan yang lebih konkrit untuk menangani gejala rasuah sehingga ke
peringkat akar umbi.

5.9 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT).

Akhir sekali, kerajaan juga telah membuat satu sistem bagi memudahkan urusan
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Prosedur yang leceh, sukar dan
lambat perlu dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan boring,
proses temu duga dan seumpamanya perlulah diringkaskan dan dipadatkan. Perkara ini
bertujuan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para pelabur, kontraktor
dan peniaga. Proses yang telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu
disogok semata-mata bagi mempercepatkan proses sesuatu prosedur. Jabatan-jabatan
kerajaan bijak dalam menggunakan ICT bagi urusan permohonan dan kelulusan sebagai
elemen penting dalam membendung gejala rasuah.

8
6.0 KESIMPULAN.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah untuk membendung gejala rasuah di negara


kita. Rasuah merupakan musuh pembangunan. Rasuah membantutkan perkembangan perjalanan
politik, ekonomi dan sosial. Rasuah akan memberi kesan yang sangat dahsyat kepada individu
yang terlibat dan juga kepada masyarakat negara tersebut. Oleh itu, semua pihak haruslah bersatu
padu bagai aur dengan tebing bagi mewujudkan satu negara yang bebas daripada gejala rasuah.
Secara keseluruhannya gejala rasuah merupakan suatu gejala yang kronik dan rumit untuk
dihapuskan dan dimatikan. Akan tetapi bagi menghapuskan gejala rasuah ini, setiap individu
perlu tahu bahawa rasuah seperti nyawa yang diberi untuk perkara yang sia-sia.

Penerapan dalam etika professional juga perlu diberikan kepada semua penjawat awam
dan juga swasta. Jika mereka ini mempunyai penerapan yang bagus dan kukuh didalam etika ini
maka perkara seperti rasuah ini tidak akan terjadi di negara kita. Semua pekerja perlu diberikan
kursus yang secukupnya untuk memupuk nilai etika dalam diri mereka semua.

Saya berharap generasi akan datang akan lebih berintegriti dan berakauntibiliti dalam
menjalan sesebuah negara. Diharapkan pemimpin pada masa hadapan dapat menjalankan tugas
dalam melahirkan negara yang sihar rasuah. Berdasarkan Transparency International, diharapkan
agar Malaysia dapat memperbaiki kedudukan. Perkara ini memerlukan kerjasama daripada
individu, masyarakat dan juga negara dalam membuktikan kepada negara membangun bahawa
Malaysia juga dapat mencapai kemajuan tanpa mengamalkan gejala rasuah dan salah guna
kuasa.

9
Rujukan.

Badrul Alias. (2019, Januari 29). 9 punca rasuah dikenal pasti. Berita Harian Online. Dilayari
pada April 2, 2019, di
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/525238/9-punca-rasuah-dikenal-pasti

Bernama. (2016, Oktober 5). Rampasan terbesar RM114.5 juta di Kota Kinabalu-SPRM. Berita
Awani. Dilayari pada April 1, 2019, di
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rampasan-terbesar-rm114-5-juta-di-kota-
kinabalu-sprm-118536

E.V., T. I. (2018). Corruption Perceptions Index 2018. Dilayari pada April 2, 2019, di
https://www.transparency.org/cpi2018

Hashimah Jalaluddin. (2008). Rasuah dalam Karya Sastera Melayu Klasik. Satu Analisis
Semantik Kognitif Nor Hashimah Jalaluddin Rozaimah Rashidin. 5(1), p.1-32.

Irwan Shafrizan. (2019, March 19). Kerajaan tubuh mahkamah khas rasuah-PM. Berita Harian
Online. Dilayari pada April 3, 2019, di
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/543010/kerajaan-tubuh-mahkamah-
khas-rasuah-pm

Juani Munir. (2018, November 13). SPRM syor rasuah dijadikan subjek wajib di sekolah.
Utusan Online. Dilayari pada April 4, 2019, di
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sprm-syor-rasuah-dijadikan-subjek-wajib-di-
sekolah-1.786450

Kamil Maslih. (2017, Ogos 8). Manfaatkan ICT untuk bending rasuah-TPM. Utusan Online.
Dilayari pada April 4, 2019, di
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/manfaatkan-ict-untuk-bendung-rasuah-tpm-
1.512410
Maisarah Sheikh. (2016, April 11). Rasuah dalam kalangan penjawat awam: Di mana silapnya?.
Utusan Online. Dilayari pada April 2, 2019, di
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rasuah-dalam-kalangan-penjawat-awam-di-
mana-silapnya-1.239865

Muhaamad Hafis. (2018, Februari 23). Polis minta rasuah RM13, 000. Berita Harian Online.
Dilayari pada April 2, 2019, di
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/02/391878/polis-minta-rasuah-rm13000

Nur Syakiran Akmal Bt Ismail & Md Zawawi Abu Bakar. (2004). Seminar Antarabangsa Nilai
dalam Komuniti Pasca Modenisme. Rasuah….? Katakan Tidak. p.1-15.

Rashid, R.A. (1990). Rasuah: Satu kajian mengenai sebab-sebab kenapa berlakunya rasuah.
Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, 1989/90.

Rasuah. (2018, February 14).Wikipedia. Dilayari pada April 1, 2019, di


https://ms.wikipedia.org/wiki/Rasuah

Ray Sherman & Zam Yusa. (2019, Januari 1). Malaysia Perkenal Pelan Lima Tahun Tangani
Rasuah. Berita Benar. Dilayari pada April 4, 2019, di
https://www.benarnews.org/malay/berita/my-nacp-190129-01292019161502.html

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2016). Intelligence Based-Investigation. Dilayari


pada April 2, 2019, di
https://www.sprm.gov.my/index.php/en/maca/course-and-programme/program-
antarabangsa/book/115/1?page=2

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2016). Hubungan dengan Nottingham Trent


University. Dilayari pada April 3, 2019, di
https://www.sprm.gov.my/index.php/maca/kerjasama-strategik-maca

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2016). Laporan Tahunan. Dilayari pada April 3,
2019, di
https://www.sprm.gov.my/index.php/korporat/pusat-sumber/laporan-tahunan/category/6
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2016). Arkib Berita SPRM. Dilayari pada April 3,
2019, di
https://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-berita-pengumuman/2297-kempen-gerah-dan-3j-
mara-bersama-sprm-kolaborasi-sebarluas-mesej-anti-rasuah

You might also like