You are on page 1of 7

PENGAJIAN AM PENGGAL 1

KEDAULATAN MALAYSIA

SMK KANOWIT

TOPIK 7 : KEDAULATAN MALAYSIA ( CABARAN, PUNCA, DAN PENYELESAIAN)


1. Jelaskan lima jenis jenayah yang akan menggugat keselamatan, keamanan, ketenteraman , dan

mencemarkan imej negara.


Melalui jenayah pembunuhan. Kes bunuh juga meningkat berpunca daripada rompakan, dendam,

hutang dengan along, dan ketagihan dadah.


Melalui jenayah rasuah. Masih berlaku disebabkan sikap materialistik, kurang penghayatan agama,

mempunyai kuasa dan peluang, dan tadbir urus yang lemah.


Melalui jenayah kegiatan cetak rompak. Masih berlaku ke atas lagu-lagu atau filem yang

mendapat sambutan hangat kerana kemudahan teknologi yang canggih.


Melalui jenayah kegiatan penyeludupan. Penyeludupan dadah, senjata api,minyak petrol, dan
minyak masak masih berlaku kerana sikap materialistik masyarakat Malaysia.

2. Terangkan lima faktor berlakunya jenayah.


Faktor Persekitaran. Sikap tamak seseorang individu akan mendorong mereka melakukan jenayah

bagi memaksimumkan kesenangan dan mengurangkan penderitaan


Faktor pertambahan penduduk. Semakin banyak penduduk semakin kurang peluang pekerjaan dan
apabila mereka gagal mendapatkan sesuatu secara halal, mereka akan mendapatkannya secara tidak

halal.
Faktor media massa. Pengaruh unsur ganas dan cara-cara melakukan jenayah banyak disiarkan oleh

televisyen
Faktor kecelaruan mental. Banyak jenayah kejam dilakukan oleh mereka yang menghadapi

kecelaruan mental seperti membunuh dan rogol.


Faktor kurang penghayatan agama. Kebanyakan mereka yang terlibat dengan jenayah tersebut
tidak menghayati ajaran agama masing-masing.

3. Jelaskan lima usaha yang telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah jenayah.
Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang. Semua agensi yang berkaitan dengan
keselamatan dan keharmonian negara hendaklah bekerjasama rapat bagi mengawal dan mencegah

jenayah seperti PDRM, RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, dan lain-lain.
Meningkatkan penggunaan peralatan yang canggih seperti kamera litar tertutup
(CCTV).Terutama di kawasan yang berisiko tinggi dapat membantu mengurangkan kegiatan jenayah

kerana pergerakan penjenayah dalam perhatian pihak berkuasa.


Memberi kesedaran dalam kalangan orang awam.Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam
program dan aktiviti pencegahan jenayah untuk melindungi keselamatan diri, keluarga dan harta

benda mereka.
Memperkasakan kedudukan ekonomi. Kerajaan hendaklah meningkatkan peluang pekerjaan untuk
rakyat dan hal ini dapat mengelakkan mereka terlibat dengan kegiatan haram seperti pengedaran
dadah, merompak, mencuri dan lain-lain lagi.
33

PENGAJIAN AM PENGGAL 1

KEDAULATAN MALAYSIA

SMK KANOWIT

Meningkatkan peranan masyarakat dalam mencegah jenayah yang berlaku dalam kawasan
mereka. Mereka boleh menubuhkan kebab Rukun Tertangga untuk menjaga keselamatan kawasan
mereka sebagai tambahan kepada rondaan PDRM.

4. Terangkan takrifan pemerdagangan orang.


Pemerdagangan orang bererti segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga
kerja dan perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut,
mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud
pemerdagangan orang.
5. Jelaskan lima bentuk pemerdagangan orang.
Mengeksploitasi seks. Mangsa ditipu dengan janji diberi pekerjaan yang lumayan tapi akhirnya

dijadikan pelacur.
Menyeludup buruh terikat. Mangsa diseludup secara haram atau paksa untuk melakukan kerja

yang melampaui keupayaan mereka.


Menjalankan pengabdian domestik secara paksa. Mangsa biasanya terdiri daripada wanita dan

kanak-kanak untuk dijadikan pembantu rumah atau dijadikan pengemis.


Memindahkan organ. Mangsa kebanyakannya dari negara-negara miskin dan 10% daripada 70 ribu

buah pinggang adalah dari pasaran gelap di negara-negara miskin.


Memperdagangkan bayi. Permintaan yang tinggi telah menyebabkan bayi dijual dengan harga
antara RM 10 ribu hingga RM 20 ribu.

6. Jelaskan dua usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani dan membanteras

pemerdagangan orang
Menguatkuasakan undang-undang
Menubuhkan Majlis Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran

7.

Nyatakan lima peranan Majlis Anti-Pemerdagangan dan Anti Penyeludupan Migran.


Menyelaras pelaksanaan akta tersebut
Memantau corak imigrasi dan emigrasi di Malaysia
Mengumpul dan menyemak data dan maklumat
Melaksanakan apa-apa fungsi lain bagi pelaksanaan akta ini dengan sewajarnya.
Merumuskan program perlindungan untuk orang yang diperdagangkan

8. Nyatakan lima agensi penguatkuasa yang terlibat dalam memerangi pemerdagangan orang dan

penyeludupan migran
Agensi penguatkuasa yang terlibat dalam memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan

migran ialah Polis Diraja Malaysia


Agensi penguatkuasa yang terlibat dalam memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan
migran ialah Jabatan Imigresen Malaysia
34

PENGAJIAN AM PENGGAL 1

KEDAULATAN MALAYSIA

SMK KANOWIT

Agensi penguatkuasa yang terlibat dalam memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan

migran ialah Kastam Diraja Malaysia


Agensi penguatkuasa yang terlibat dalam memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan

migran ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia


Agensi penguatkuasa yang terlibat dalam memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan
migran ialah Jabatan Tenaga Kerja

9. Nyatakan empat implikasi kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PATI) ke Malaysia.


Meningkatkan kejadian jenayah yang melibatkan kaum pendatang seperti rompakan, samun

dan rogol.
Menyebarkan penyakit berjangkit yang dibawa oleh PATI seperti AIDS, batuk kering, penyakit
kelamin, dan lain-lain lagi kerana tidak menjalani pemeriksaan perubatan sebelum datang ke

Malaysia.
Menimbulkan masalah petempatan di Malaysia kerana mereka akan mendirikan kawasan
perumahan secara haram di kawasan tanah kerajaan seperti kawasan setinggan dan kawasan

hutan yang berhampiran dengan tempat kerja mereka.


Menjejaskan hak rakyat Malaysia akibat kemasukan PATI kerana pihak majikan suka
mengupah PATI dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji
mereka jauh lebih murah berbanding dengan pekerja tempatan.

10. Jelaskan empat usaha yang dijalankan oleh kerajaan bagi mengatasi implikasi yang dibawa oleh

Pendatang Tanpa Izin (PATI) ke Malaysia.


Meningkatkan kesedaran semua pihak tentang tanggungjawab mereka untuk memastikan hanya
pekerja yang layak dan sah sahaja bekerja di Malaysia.Contohnya, pihak berkuasa hendaklah

melaksanakan tanggungjawabnya dengan membanteras kemasukan PATI ke Malaysia.


Melaksanakan Program 6 P iaitu pendaftaran, pemutihan, penguatkuasaan, pengusiran, pemantauan,
dan pengampunan iaitu satu program untuk mengenal pasti keperluan jumlah pekerja yang diperlukan

setiap sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing di negara ini


Meningkatkan kesedaran masyarakat dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat

majikan yang menggaji PATI.


Mengenakan hukuman yang sewajarnya kepada majikan yang mengambil PATI sebagai pekerja
mereka seperti hukuman denda dan penjara wajar dikenakan ke atas majikan dan PATI dihantar
pulang ke negara mereka.

11. Jelaskan empat faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi Malaysia.

35

PENGAJIAN AM PENGGAL 1

KEDAULATAN MALAYSIA

SMK KANOWIT

Faktor permintaan dalam negeri yang teguh seperti perbelanjaan pengguna yang teguh dan
meningkat telah merancakkan ekonomi yang turut disokong oleh peningkatan kemasukan

pelaburan swasta sama ada dari dalam atau luar negara.


Faktor permintaan luar negeri meningkat semula dengan kukuh pada separuh tahun pertama

disokong oleh permintaan serantau yang kukuh.


Faktor keadaan pasaran pekerja bertambah baik
kekosongan

jawatan

yang lebih banyak

pada tahun

2010

dengan

bilangan

dan peningkatan dalam guna tenaga serta

pemberhentian pekerja yang rendah.


Faktor kedudukan luaran Malaysia kekal berdaya tahan pada tahun 2010 disebabkan oleh
lebihan akaun semasa yang besar dan aliran keluar bersih yang lebih rendah dalam akaun
kewangan.

12. Huraikan empat punca berlakunya peningkatan jenayah siber di Malaysia.


Punca berlakunya peningkatan jenayah siber di Malaysia ialah sukar dikenalpasti penjenayah.
Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah susah
untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa,bagaimana, dan dari mana.
Punca berlakunya peningkatan jenayah siber di Malaysia ialah kepentingan ekonomi. Malaysia
mengamalkan K-ekonomi yang menggunakan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat
untuk menjadi negara maju telah memberi jaminan tiada penapisan internet yang
mendedahkan negara Malaysia kepada ancaman penjenayah siber.
Punca berlakunya peningkatan jenayah siber di Malaysia ialah sikap manusia. Sikap manusia yang
sukar dikawal terutamanya golongan remaja yang suka menyerang sistem hanya sekadar sukasuka ataupun mencuba ilmu baharu yang mereka pelajari
Punca berlakunya peningkatan jenayah siber di Malaysia ialah berbeza takrifan jenayah.
Perbezaan takrifan antara jenayah siber dengan jenayah biasa seperti negara Islam
menganggap judi, bahan ponografi, dan pengiklanan seks adalah jenayah.
13. Jelaskan empat usaha yang diambil oleh kerajaan bagi membanteras Jenayah Siber .
Meningkatkan kerjasama antara negara secara global iaitu Malaysia perlu bekerjasama dengan
negara-negara lain terutamanya negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dengan membawa
masuk pakar-pakar komputer mereka untuk meningkatkan keupayaan dalam menghadapi serangan
penjenayah siber.
Meningkatkan kemampuan Bahagian Jenayah Perdagangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Bank Negara untuk menangani
jenayah siber.
Meningkatkan kerjasama antara kerajaan dengan syarikat serta pengguna komputer saling berkongsi
pengetahuan atau memberi cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan tahap forensik komputer
kerajaan, sektor swasta, dan komputer persendirian daripada digodam oleh penjenayah siber
Mengkaji lebih mendalam lagi tindakan atau hukuman yang harus dikenakan terhadap pelaku
penjenayah siber.

36

PENGAJIAN AM PENGGAL 1

KEDAULATAN MALAYSIA

SMK KANOWIT

14. Terangkan takrifan integrasi dan perpaduan dalam konteks Malaysia.


Integrasi dan perpaduan dalam konteks Malaysia bermaksud satu proses dan sistem hidup yang
menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya setiap
anggota masyarakat itu dapat membentuk satu indentiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan
yang tunggal dalam kalangan mereka.
15. Jelaskan empat faktor yang menghalang pengintegrasian dan perpaduan kaum di negara ini.
Faktor pemisahan fizikal. Jarak antara wilayah yang jauh, pola petempatan dan pemisahan ini
menyebabkan anggota masyarakat tidak dapat mengenali kehidupan lain.
Faktor sosial. Wujud sikap prasangka, prejudis yang menghalang interaksi antara kaum.
Faktor Ekonomi. Anggapan agihan ekonomi yang tidak seimbang dan perasaan cemburu terhadap
kekayaan kaum lain.
Faktor politik. Wujudnya politik mengikut kaum, setiap parti bebas menyuarakan pandangan
masing-masing .
16. Huraikan tiga keadaan yang mempengaruhi masalah perpaduan dan integrasi Nasional dalam aspek

sosial.
Mempunyai tahap kefahaman yang rendah tentang cara hidup dan masalah-masalah hidup

kaum-kaum lain yang menyebabkan tiada rasa hormat dan menghargai antara kaum.
Mempunyai sekolah jenis kebangsaan (vernacular) yang menggunakan bahasa ibunda masing-

masing
Mempunyai masyarakat yang lebih cenderung untuk tinggal di satu kawasan yang terdiri dari
penduduk yang sama kaum.

17. Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi wujudnya masalah perpaduan dan integrasi dalam aspek

kebudayaan.
Faktor proses pemasyarakatan yang terbatas dalam kumpulan etnik sendiri ialah mereka tidak
terdedah dengan adat-adat dan cara hidup etnik lain.
Faktor perbezaan kebudayaan yang meliputi agama, kepercayaan , adat resam, dan cara hidup juga
menjadi penghalang kepada perpaduan dan integrasi nasional.
Faktor kebanyakkan masyarakat di Malaysia lebih cenderung untuk tinggal di satu kawasan yang
terdiri dari penduduk yang sama kaum.

18. Jelaskan empat usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah perpaduan dan

integrasi Nasional.
Memperkenalkan Dasar Pendidikan. Melalui dasar pendidikan semua sekolah di Malaysia
menggunakan sukatan pelajaran yang sama, kurikulum yang sama,peperiksaan yang seragam, dan
Bahasa Kebangsaan (bahasa melayu) sebagai bahasa pengantar.

37

PENGAJIAN AM PENGGAL 1

KEDAULATAN MALAYSIA

SMK KANOWIT

Menjalankan kegiatan sukan sebagai alat perpaduan. Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan
dan integrasi nasional iaitu melalui penglibatan semua kaum dengan pelbagai kegiatan sukan pada

peringkat sekolah , institusi Pengajian Tinggi, dan pada peringkat awam.


Memperkenalkan Konsep 1 Malaysia. 1Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan
meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta

rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan untuk menghadapi sebarang cabaran.
Mengamalkan perkongsian kuasa politik. Para pemimpin tiga kaum utama Malaysia iaitu Melayu
(termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak), Cina, dan India telah menyedari bahawa tolak ansur
dan perkongsian politik amat perlu dijaga dan dilaksanakan dengan adil bagi mengelakkan
berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan

19. Nyatakan takrifan rasuah


Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang yang mana seseorang
mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat
selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut
20.

Nyatakan empat kesalahan yang dianggap sebagai rasuah.


Membuat tuntutan palsu
Menawar dan memberi rasuah
Meminta dan menerima rasuah
Menyalahguna jawatan dan kedudukan seseorang yang mempunyai kuasa

21. Terangkan empat punca yang menyebabkan berlakunya rasuah dalam kalangan masyarakat
Punca yang menyebabkan berlakunya rasuah dalam kalangan masyarakat ialah sikap materialistik.
Contohnya, mahu hidup mewah, dan ingin cepat kaya menyebabkan mereka menerima rasuah.
Punca yang menyebabkan berlakunya rasuah dalam kalangan masyarakat ialah kelemahan
kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya
penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan
khususnya rasuah.
Punca yang menyebabkan berlakunya rasuah dalam kalangan masyarakat ialah proses modenisasi.
Proses pembangunan negara menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan dan para
kontraktor berlumba-lumba untuk mendapatkan pelbagai projek sehingga sanggup memberi
rasuah kepada pegawai yang meluluskan projek-projek tersebut.
Punca yang menyebabkan berlakunya rasuah dalam kalangan masyarakat ialah politik . Sesetengah
ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima
dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik,
mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.
22. Huraikan empat kesan rasuah kepada negara sekiranya rasuah berlaku berleluasa dalam kalangan
masyarakat.
38

PENGAJIAN AM PENGGAL 1

KEDAULATAN MALAYSIA

SMK KANOWIT

Menjejaskan imej negara. Tahap kepercayaan rakyat akan luntur akibat daripada ketidakadilan yang

berlaku yang boleh menjatuhkan maruah negara.


Meruntuhkan akhlak. Akan meruntuhkan akhlak dan peribadi seseorang insan yang telah

melakukan rasuah.
Menganggu pentadbiran. Sistem pentadbiran sesuatu institusi mahupun negara akan lumpuh dan

daya saing negara juga terjejas.


Menggugat ekonomi negara. Rasuah akan menggugat kemajuan negara dari sudut ekonomi,
menurunkan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan, dan pelabur asing tidak berminat untuk
melabur di dalam negara.

23. Jelaskan empat usaha yang dijalankan oleh kerajaan bagi membanteras rasuah dari berleluasa dalam

negara.
Meningkatkan integriti. Pelbagai program atau aktiviti dilaksanakan untuk meningkatkan integrity

individu/organiasi/masyarakat.
Menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Malaysia (SPRM). Untuk mengawal

gejala rasuah daripada menular dalam negara ini.


Memperkasa tindakan undang-undang dan hukuman. Mengambil tindakan tegas ke atas mereka

yang disabitkan kesalahan rasuah dan meningkatkan penguatkuasaan


Melaksanakan tadbir urus baik. Memudahkan pengurusan dan mengurangkan karenah birokrasi,
bersikap lebih telus dan bertanggungawab, serta penggunaan teknologi komunikasi.

39

You might also like