You are on page 1of 12

PENGAJIAN ISLAM

MPU 23012
E-FOLIO
SESI 2 2022/2023

NAMA PENSYARAH: PUAN SITI MARYAM


MENCARI REZEKI SEBAGAI SCAMMER

AHLI KUMPULAN:
NAMA NO MATRIK
HAZWANI NADIRAH BINTI MOHD ROSLI 01DKB22F1005
NUR MAISARAH BINTI MOHD NAZRI 01DKB22F1014
NUR NISA NABILA BINTI AZIZ 01DKB22F1024
NIK NUR IZZATI BINTI MOHD RIDZUAN 01DKB22F1025

Open
ISI KANDUNGAN

1) DEFINISI
2) ARTIKEL AKHBAR/KAJIAN/FATWA MUFTI
3) POSTER INFOGRAFIK
4) DALIL BERKAITAN (RUJUKAN BERAUTORITI)
5) FAKTOR-FAKTOR/PUNCA-PUNCA
6) KESAN-KESAN BURUK
7) LANGKAH PENYELESAIAN
8) KESIMPULAN
9) RUJUKAN

Open
DEFINISI

Mencari rezeki sebagai scammer juga dikenali sebagai Jenayah


siber yang merupakan bentuk perlakuan jenayah yang
menggunakan sebarang jenis peranti elektronik melalui
sambungan perkhidmatan internet yang membolehkan sesebuah
perlakuan jenayah secara individu ataupun berkumpulan.
contohnya dengan tujuan mencuri data pelanggan, seperti
maklumat kad kredit atau Nombor Keselamatan Sosial untuk
mendapatkan keuntungan kewangan atau peribadi pelaku.
Jenayah siber ini dilakukan di alam maya oleh itu ia tidak terbatas
dan mampu menjangkaui batasan dari sesebuah negara ke
negara yang lain.

Open
ARTIKEL

JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 71,833 kes jenayah komersial yang disiasat
membabitkan jumlah kerugian lebih RM5.2 bilion sepanjang 2020 hingga Mei lalu.Ketua Polis Negara,
Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sebanyak 48,850 kes atau 68 peratus daripada jumlah
terbabit adalah jenayah komersial yang membabitkan penipuan dalam talian."Sepanjang tempoh 2020
hingga Mei 2022, didapati sebanyak 71,833 kes jenayah komersial sudah disiasat polis dengan
kerugian lebih RM5.2 bilion."Daripada jumlah itu, 48,850 kes (68%) jenayah komersial yang
dicatatkan adalah jenayah penipuan dalam talian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen
Anti Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 di pusat beli-belah Midvalley di sini, hari ini.Beliau
berkata, hal itu dipercayai apabila dunia berdepan pandemik COVID-19 menyebabkan penggunaan
internet yang lebih meluas dan secara langsung menyebabkan penipuan atau kejadian 'scam' secara
dalam talian meningkat."Aspek kesedaran kepada orang ramai tentang modus operandi (MO) terkini
sindiket 'scam' adalah usaha berterusan PDRM dalam mengelakkan lebih ramai orang menjadi
mangsa."Kerugian yang dialami bukan sahaja memberi impak negatif ke atas ekonomi negara malah
boleh menjadi pencetus kepada masalah sosial secara umumnya."la juga mendatangkan masalah
kepada individu atau keluarga daripada aspes kewangan yang turut menjejaskan kesihatan mental
serta emosi mereka yang terbabit secara khasnya," katanya.
Open
Acryl Sani berkata, jumlah kes direkodkan yang agak tinggi itu perlu diberi perhatian bagi memastikan
ia dapat dikawal dan orang awam tidak lagi terjebak atau terpedaya dengan jenayah atas
talian.Katanya, sejak menjalankan kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat, kes membabitkan
'Love Scam' mencatatkan penurunan."Bagi kes 'Love Scam', ia mencatatkan penurunan daripada 1,580
kes pada 2020 menurun kepada 1,460 kes pada 2021 dan sebanyak 361 kes pada tahun ini setakat
bulan lalu."Kebanyakan kes 'Love Scam' ini dilakukan mereka yang menyamar sebagai kekasih kepada
mangsa sebelum memperdayakan mangsa memindahkan duit bagi tujuan penghantaran atau tuntutan
barangan."Bagi kes 'Macau Scam' pula, sebanyak 2,254 kes yang direkodkan pada 2020 mencatatkan
penurunan kepada 1,586 kes pada 2021 dan meningkat kepada 1,612 kes setakat Mei pada tahun ini.

"Kes 'Macau Scam' ini membabitkan sindiket yang menyamar sebagai pihak berkuasa
memperdayakan mangsa untuk membuat pemindahan wang bagi kes yang didakwa bersabit mereka,"
jelasnya.Acryl Sani berkata, kes penipuan pembelian e-dagang juga mencatatkan peningkatan
daripada 8,851 kes pada 2020 meningkat kepada 9,569 pada tahun lalu dan setakat Mei ini, sebanyak
3,833 kes direkodkan.Sementara itu, mengenai kempen kesedaran itu, ia adalah kesinambungan
kempen yang digerakkan pada November tahun lalu di Kuala Lumpur yang bertujuan memastikan
lebih ramai rakyat di negara ini peka terhadap MO sindiket penipuan."Ini yang kita khuatir sekiranya
kita tidak bendung kesedaran dalam kalangan orang ramai, kes seperti ini akan meningkat tanpa
kawalan.

"Justeru, kita perlu memberikan perhatian selepas jenayah tradisional ragut, samun tepi jalan beralih
kepada jenayah atas talian," katanya.Beliau berkata, sejak 2020 hingga Mei lalu, sebanyak 26,213 kes
yang dilaporkan sudah didakwa di mahkamah.Tambahnya, cabaran yang dihadapi pihaknya untuk
melakukan siasatan apabila mangsa malu untuk tampil membuat laporan kerana tidak mahu
masyarakat tahu mereka menjadi mangsa penipuan dan merasakan tidak berbaloi untuk membuat
aduan.Oleh itu, beliau berkata, polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) akan terus
melaksanakan kempen-kempen bagi memberi kesedaran dan penerangan kepada orang ramai
mengenai MO yang sering digunakan sindiket untuk menipu orang ramai.

Open
ARTIKEL PENTING

1.Kerugian yang dialami bukan sahaja memberi impak negatif ke atas ekonomi negara malah boleh menjadi
pencetus kepada masalah sosial secara umumnya.

2."la juga mendatangkan masalah kepada individu atau keluarga daripada aspes kewangan yang turut
menjejaskan kesihatan mental serta emosi mereka yang terbabit secara khasnya,

3. kes penipuan pembelian e-dagang juga mencatatkan peningkatan daripada 8,851 kes pada 2020 meningkat
kepada 9,569 pada tahun lalu dan setakat Mei ini, sebanyak 3,833 kes direkodkan.

4. "Kebanyakan kes 'Love Scam' ini dilakukan mereka yang menyamar sebagai kekasih kepada mangsa
sebelum memperdayakan mangsa memindahkan duit bagi tujuan penghantaran atau tuntutan barang

5. hal itu dipercayai apabila dunia berdepan pandemik COVID-19 menyebabkan penggunaan internet yang
lebih meluas dan secara langsung menyebabkan penipuan atau kejadian 'scam' secara dalam talian
meningkat.

6. 71833 daripada jumlah ini , 48,850 kes (68%) jenayah komersial yang dicatatkan adalah jenayah penipuan
dalam talian.

7. "Kes 'Macau Scam' ini membabitkan sindiket yang menyamar sebagai pihak berkuasa memperdayakan
mangsa untuk membuat pemindahan wang bagi kes yang didakwa bersabit mereka," jelasnya.

8. "Aspek kesedaran kepada orang ramai tentang modus operandi (MO) terkini sindiket 'scam' adalah usaha
berterusan PDRM dalam mengelakkan lebih ramai orang menjadi mangsa.

Open
POSTER INFOGRAFIK

Open
DALIL

(Surah An-Nisaa: 29)

Maksudnya: Wahai orang-orang beriman ! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan
jalan yang batil (tidak benar), kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka
diantara kamu .

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA “SCAMMER”

• Kurang kesedaran hal semasa


Walaupun anda seorang yang mahir dan sering menggunakan internet setiap hari, tidak bermaksud
anda tidak akan mudah tertipu. Kebanyakan mangsa juga tertipu hasil dari periklanan media sosial
seperti Facebook dan lain-lain. Individu yang tidak peka dengan keadaan semasa, lebih mudah tertipu.
Antara contoh kes penipuan adalah berkenaan skim rumah yang terlalu murah sehingga menarik
minat ramai orang. Jika anda seorang yang peka dengan kos untuk membina rumah, anda mungkin
sedar yang rumah terlalu murah adalah mustahil.

• Penipu semakin bijak


Penipu pada hari ini bukan sahaja dari golongan biasa-biasa malah golongan profesional juga terlibat
sama. Mereka ini adalah golongan yang bijak pandai tetapi terlibat dalam penipuan semata-mata
kerana wang. Kelicikan mereka menyebabkan pihak berwajib semakin sukar untuk menahan dan
membuktikan yang mereka adalah bersalah. Selain itu, mereka juga bijak dalam melawan segala hujah
orang ramai untuk membuktikan yang mereka adalah benar. Anda sebagai pengguna, harus lebih bijak
dalam berbelanja dan menggunakan wang anda supaya tidak terlibat dalam sebarang bentuk skim
penipuan dan cepat kaya.

• Tiada tindakan tegas dan cepat


Kebanyakan kes penipuan berlaku hari ini biasanya akan viral terlebih dahulu di media sosial sebelum
tindakan dari pihak berwajib diambil. Jika dapat dilihat, individu yang pernah melakukan penipuan
juga tidak serik dan akan melakukan perkara yang sama berulang kali. Mungkin kerana mereka sedar
bahawa hukuman yang dikenakan adalah terlalu ringan. Jika tiada tindakan dari pihak berwajib,
biasanya duit dari pelanggan juga tidak akan dapat dipulangkan semula. Selain itu, kebanyakan
mangsa juga gagal membuat laporan dengan pihak berwajib kerana takut duit mereka tidak akan
dipulangkan semula.

• Orang kenamaan dan artis


Salah satu sebab orang ramai yakin bahawa skim cepat kaya atau penipuan tersebut adalah betul
kerana terlibatnya orang kenamaan seperti menteri dan juga penglibatan artis yang mempunyai ramai
peminat. Apabila kes penipuaan tersebut menjadi hangat, orang kenamaan dan artis serta merta
menafikan penglibatan mereka dalam skim penipuan tersebut. Kebanyakan skim penipuan hanya
menggunakan ‘gambar’ menteri dan artis untuk meyakinkan orang ramai sahaja. Lebih memburukkan
keadaan apabila artis terlibat secara langsung dalam skim penipuan untuk menipu orang ramai.

Open
KESAN-KESAN BURUK

Antara kesan yang membawa daripada scam kepada mangsa ialah menjejaskan hubungan
kekeluargaan dan persaudaraan. Apabila mangsa menghadapi scam, mereka akan mendapatkan duit
dengan cara yang cepat dan selamat iaitu meminjam duit dengan keluarga dan saudara yang
berhubungan baik. Hasilnya, mangsa mengalami kerugian yang serius dan tidak dapat memulangkan
duit yang meminjam daripada saudaranya. Selain itu, perkara seperti saudara menasihat mangsa
bahawa mereka terlibat dalam scam tetapi mangsa tidak mendengar nasihat tersebut. Hal ini
demikian akan menyebabkan saudara mereka rasa sedih dan tidak dipercayai. Kes ini sering berlaku
dalam “love scam” kerana mangsa kekurangan cinta dan akhirnya mereka menjumpai budak atau
gadis yang mereka mencintai. Mangsa akan menghargai hubungan ini dan berkorban banyak untuk
menjaga hubungan ini. Dengan ini, scammer akan cuba mendapatkan manfaat yang maksimum
sebelum mangsa menyedari.

Selain itu, scam akan menyebabkan mangsa kehilangan simpanan untuk masa depan.
Kebanyakan orang mempunyai simpanan untuk perancangan masa depan seperti yuran pelajaran diri
atau anak, pembelian rumah dan kenderaan, atau melindungi diri daripada kerugian perniagaan.
Scammer suka menyamar sebagai pihak-pihak berkuasa seperti pihak polis atau pihak bank untuk
menjalankan scam. Mereka akan menakutkan mangsa dan cuba mendapatkan kata laluan akaun bank
mangsa. Simpanan mangsa yang berjumlah besar akan dicuri oleh scammer dan hal ini akan
menjejaskan perancangan masa depan mereka. Mangsa mungkin kehilangan peluang untuk
melanjutkan pelajaran mereka di universiti yang lebih baik kerana tidak dapat menanggung
perbelanjaan. Oleh hal yang demikan, masa depan mangsa telah terjejaskan dan perkara ini akan
memberi impak yang serius kepada mangsa bahawa kehilangan harapan dan sasaran hidup mereka.

Scam juga akan menjejaskan imej mangsa tersebut. Kini, terdapat pelbagai skim pelaburan
yang menjanjikan pulangan yang cepat dan tinggi. Kebanyakan mangsa yang terlibat dalam jenis scam
tersebut adalah disebabkan oleh ketamakan diri sendiri. Scammer menggunakan ketamakan manusia
yang ingin mendapatkan duit dengan senang dan cepat untuk menjalankan scam. Scammer akan
menggalakkan mangsa untuk melabur dengan jumlah duit yang banyak untuk mendapatkan pulangan
yang lebih banyak. Hal ini menyebabkan mangsa mencari saudara mara dan kawan serta pihak luar
untuk melabur bersama dan membahagikan risiko. Apabila mereka menyedari pelaburan ini adalah
scam, nama mangsa akan menjadi buruk dan diklasifikasikan sebagai mudah ditipu. Oleh sebab itu,
imej mangsa akan terjejas dan imej seseorang amat penting kerana imej boleh membina atau
memusnahkan kepercayaan orang terhadap kita.

Open
LANGKAH PENYELESAIAN

1) Mengambil langkah keselamatan apabila menggunakan gajet atau komputer.

- Langkah keselamatan yang boleh diambil adalah dengan memuat turun dan memasang aplikasi
perisian antivirus yang boleh menghalang ancaman siber daripada menyerang gajet yang kita
gunakan setiap hari.

2) Laporkannya pada bank secepat mungkin

- Minta bank nyahaktifkan atau bekukan kad anda untuk sementara waktu, sehinggalah anda dapat
butiran kad atau log masuk baharu.

3) Jangan kongsi maklumat peribadi

- Maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, kata laluan perbankan dalam talian, kod CVV pada
kad bank

4) Hubungi talian khidmat pelanggan

- Sekiranya anda ada menerima panggilan yang mencurigakan berulang kali, catatkan butiran dan
nombor berkenaan dan terus hubungi talian khidmat pelanggan untuk menyatakan segala butiran
perbualan anda.

Open
KESIMPULAN

Kesimpulannya, jenayah siber juga merupakan masalah sosial kerana berkaitan dengan tingkah laku
manusia. Walaubagaimanapun, perbuatan ini sukar dibendung kerana sukar untuk mengenal pasti
penjenayah akibat penggunaan laman-laman rahsia seperti 'DARK WEB’. Seterusnya , Kebanyakan
penjenayah siber tidak dapat ditangkap kerana sukar dikesan. Oleh itu , kita hendaklah berwaspada
pada setiap masa seperti sediakan payung sebelum hujan , kita hendaklah melindungi sistem
komputer kita dengan perisian-perisian dan berhati-hati semasa menggunakan rangkaian internet.

Open
RUJUKAN

• https://www.google.com/amp/s/www.beritasatu.com/nasional/1031969/dampak-memberi-
makan-anak-uang-haram-doa-ditolak-sampai-malas-ibadah/amp

• https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/10/07/langkah-pencegahan-dari-penipuan-scam/

• https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/969890/penipuan-dalam-talian-jadi-
jenayah-komersil-utama-negara

Open

You might also like