You are on page 1of 2

Kesan-Kesan Jenayah Siber

Rujukan: http://karanganpelajarstpm.blogspot.com/2013/12/kesan-kesan-jenayah-
siber.html

Kehidupan yang dilingkari dengan teknologi canggih tanpa sempadan telah melahirkan
satu kelompok manusia yang hidup serba mudah dan ringkas. Oleh demikian, jenayah
juga mula bertukar wajah seiring dan sejalan dengan arus modenisasi. Jenayah siber
adalah antara penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di negara-negara yang
maju seperti Amerika Syarikat,China,Jepun dan Korea selain itu negara yang sedang
membangun seperti Malaysia juga turut menerima ancaman daripada jenyah siber.

Antara faktor utama penyumbang jenayah siber dalam masyarakat ialah kurangnya
maklumat dalam penggunaan teknologi dengan selamat. Dalam teknologi komunikasi
dan maklumat;ICT, masyarakat kurang didedahkan dalam melindungi hak mereka
sebagai pengguna. Kebanyakannya menggunakan teknologi atas desakan trend atau
tidak mahu dilabelkan ketinggalan zaman. Oleh demikian, pengguna sering alpa dalam
mengikuti arus globalisasi. Misalnya apabila kemunculan laman sosial bertambah bak
cendawan tumbuh selepas hujan, menyebabkan ramai berlumba-lumba menyertai
laman sosial tanpa mengetahui risiko dan kesan sekiranya tidak prihatin dalam
penggunaannya. Facebook,Twitter,My Space, Skype dan Yahoo Masengger antara
laman sosial yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna. Ramai pengguna
cuai dalam penggunaan laman sosial iaitu mempamerkan butir-butir peribadi yang
penting seperti nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Oleh demikian individu
yang tidak bertanggungjawab akan “mencuri” atau “meniru identiti” pengguna untuk
keuntungan mereka atau menjatuhkan individu lain. Merujuk kepada situasi ini, maka
tidak hairanlah jenayah siber semakin meluas dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, jenayah siber juga didorong oleh kemunculan Internet sebagai alat
komunikasi terkini yang menjanjikan wadah penyebaran makumat yang cepat dan
mudah diakses. Oleh kerana perjalanan maklumat di dunia siber tidak diselia atau
dikawal oleh mana-mana organisasi mahupun individu, berjuta-juta laman web telah
dihidupkan.Menurut Cybersecurity Malaysia, peningkatan kadar jenayah siber
merupakan fenomena biasa berikutan perkembangan mendadak pengguna Internet
setiap tahun.

Di samping itu, graf peningkatan jenayah siber bertambah apabila penggunaan


perbankan online secara meluas diperkenalkan kepada pengguna. Aplikasi
pembayaran melalui atas talian atau online telah mendapat tempat dalam kalangan
pihak perbankan,pentadbir dan laman sesawang untuk membeli-belah atas talian atau
shopping online. Mudah, menjimatkan masa dan tenaga juga fleksibel menyebabkan
ramai pengguna beralih arah menggunakan aplikasi ini. Tiada lagi ramai beratur
membayar bil di bank mahupun di pejabat pos malahan membeli-belah atas talian
juga menjadi ikutan pengguna terutamanya golongan remaja.Antara laman web yang
menawarkan aplikasi ini ialah Amazon.com yang memasarkan buku-buku, pengiklanan
produk-produk terbaru dan tawaran promosi melalui tempahan dan pembayaran,
yang kesemuanya diurus secara online.Begitu juga seperti syarikat-syarikat
penerbangan di Malaysia seperti Airasia, Fireflyz dan Malaysia Airline yang
menjalankan urusniaga seperti tempahan tiket dan pembayaran online.

Terdapat pelbagai kesan yang menyumbang kepada jenayah siber. aplikasi atas talian
akan memberi impak buruk kepada penguna jika tiada sekuriti atau keselamatan
dalam proses transaksi pembayaran online. Laman web yang tidak rasmi dalam proses
berbankan online akan memudaratkan pengguna iaitu tanpa sedar,mereka
sebenarnya telah memberi kata laluan atau password kepada penjenayah siber. Hal
ini akan memudahkan penjenayah siber untuk menggodam atau mencuri informasi
perbankan pengguna bertujuan mencuri atau memindahkan wang pengguna kepada
akaun penjenayah siber. Selain pengguna, organisasi atau laman sesawang yang
mengunakan aplikasi online ini juga akan menerima ancaman dan gangguan daripada
penjenayah siber dengan menggodam maklumat sulit organisasi dengan niat untuk
membantutkan operasi organisasi tersebut. Jenayah siber seperti ini pernah berlaku
kepada perbankan Maybank pada tahun 2007 apabila pengguna Maybank telah
menggunakan laman web tidak rasmi dalam proses transaksi pemindahan wang dalam
akaun. Malang sekali, pengguna tersebut kehilangan sejumlah wang apabila maklumat
transaksi perbankan diakses mudah oleh penggodam. Kes ini telah pun membuka
banyak mata pihak organisasi dan pengguna dalam berhati-hati mengunakan aplikasi
perbankan, pemindahan atau pembayaran wang secara online.

Di samping itu, Pelbagai maklumat tidak kira sama ada benar atau salah, idea,
ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.
Hanya satu klik sahaja, pengguna bebas dalam menyampaikan dan menerima
maklumat tanpa ditapis kebenarannya dan hal ini akan memberi kemudahan kepada
jenayah siber. Contonhya dalam kes penyebaran maklumat palsu mengenai kematian
Ketua Polis Diraja Malaysia,Tan Sri Ismail Omar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Maklumat palsu ini telah memberi kekeliruan kepada masyarakat dan pihak pentadbir
dalam dan luar negara. Maka daripada kes ini, jelaslah penyampaian dan penerimaan
maklumat dan informasi tanpa ditapis akan menyumbang kepada gejala jenayah siber.

Secara tuntasnya, pelbagai pihak haruslah mengembeleng tenaga dalam mengatasi


faktor-faktor jenayah siber. Usaha dan idea berterusan dalam mengekang jenayah
siber oleh setiap lapisan masyarakat dan pihak kerajaan serta pihak berwajib amat
perlu menangani gelaja ini agar tidak menjadi duri dalam daging yang akan memberi
impak negatif dalam kehidupan seharian.

You might also like