You are on page 1of 3

1/24/2014

Bahasa Melayu Bahasa Malaysia PMR SPM: Surat rasmi

CONTOH: MENULIS SURAT KIRIMAN RASMI


Soalan :
Di kawasan tempat tinggal anda terdapat pelbagai masalah keselamatan yang timbul berpunca
daripada pendatang asing yang terlalu ramai di kawasan itu. Sebagai wakil penduduk di tempat anda.
tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkuasa bagi mengadukan hal tersebut agar masalah ini dapat
diselesaikan.
Contoh jawapan surat rasmi.

Lin Cheng Heng,


No.6, Jalan Limau Purut 3,
Taman Cheras Perdana,
52400 Kuala Lumpur.
____________________________________________________________________
Ketua Balai,
Balai Polis Cheras,
Jalan Ikan Emas 2,
53000 Cheras,
Kuala Lumpur .16 JULAI 2008
Tuan,
Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana
Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku setiausaha penduduk Taman Perdana, ingin membuat
aduan tentang masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di kawasan tempat tinggal kami.
Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbul sehingga mengganggu ketenteraman
hidup penduduk di kawasan ini.
2.Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin kerana banyak
bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai pekerja tanpa izin bertumpu di kawasan ini
untuk bekerja sebagai pekerja bangunan kerana di mana ada gula, di situ ada semut. Kebanyakan daripada
pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4 dan Jalan Tembikai 3. Mereka tinggal di dalam pondokpondok sementara yang disediakan oleh pemaju dan didirikan daripada kayu. Perkara yang membimbangkan
kami ialah sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut melakukan pelbagai jenayah dan mengancam
keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini.
3..Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan makmur. Namun
begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah segala-galanya. Kejadian kecurian dan
rompakan sering kali berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Sehingga kini terdapat 6 kejadian pecah rumah dan
rompakan yang telah diadukan kepada pihak polis. Kebanyakan rompakan tersebut melibatkan senjata tajam
seperti parang dan senjata tajam yang lain. Hal ini menyebabkan kami berasa takut sekiranya kejadian seperti itu
berulang semula. Kami juga percaya bahawa kejadian jenayah tersebut melibatkan pendatang tanpa izin melalui
pertuturan mereka semasa kejadian jenayah itu berlaku. Hal seperti ini amat merungsingkan penduduk di
kawasan ini.

4..Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak sopan terhadap
penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada bekerja telah diganggu dengan
kata-kata yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata berbau lucah kepada penduduk
di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di
taman ini. Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini
ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah,
sediakan payung sebelum hujan. Kami tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yang akan menjadi
mangsa akibat kelewatan kita mengambil tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur.
5..Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga melakukan pelbagai
http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/07/surat-rasmi.html

1/3

1/24/2014

Bahasa Melayu Bahasa Malaysia PMR SPM: Surat rasmi

jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami maklumi melalui beberapa orang
penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketika melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian
seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini juga amat membimbangkan
penduduk di kawasan ini kerana kami takut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh
dengan gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan mengambil tindakan awal kerana
mencegah lebih baik daripada mengubati.

6..Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan
secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan membuat serbuan dan menangkap
pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga mencadangkan agar pihak tuan dapat membuat
rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian jenayah yang membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya
pihak tuan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami sedia menghulurkan
bantuan yang diperlukan.

7..Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera
demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai
dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


Linchengheng
...................

(LIN CHENG HENG)


Setiausaha,
Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.
.................................................................................................................................
LATIHAN: SURAT KIRIMAN RASMI
Soalan 1:
Kawasan tempat tinggal anda masih tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam. Hal tersebut
amat menyukarkan penduduk yang tinggal di kawasan ini. Selaku wakil penduduk, tulis sepucuk surat
kepada pihak terbabit untuk memohon kemudahan pengangkutan awam itu.
Rangka jawapan:

Isi 1:
- di mana kedudukan kawasan tersebut + berapa ramai penduduk + sejak bila dibuka + bagaimana penduduk
keluar masuk ke kawasan itu + nyatakan kesukatan penduduk secara umum + bandingkan dengan taman lain
yang berhampiran yang memiliki kemudahan tersebut.
Isi 2:
- kesukaran yang dihadapi + sukar ke tempat kerja pada waktu ditentukan + sering terlewat dan menjejaskan
prestasi kerja + terpaksa menaiki kereta sapu + keselamatan tidak terjamin + menaiki motosikal + selalu berlaku
kemalangan + menyukarkan penduduk.
Isi 3:
- Sukar apabila menghadapi kecemasan + terpaksa meminta bantuan jiran tetangga + menyusahkan jiran
tetangga + contoh kejadian pesakit lewat di bawa ke hospital kerana tiada pengangkutan awam + membebankan
kerana ada kereta sapu yang disewa mengenakan tambang yang keterlaluan dan cekik darah + menyukarkan
penduduk yang kebanyakannya berpendapatan miskin.
Isi 4:
- sukar dikunjungi oleh saudara mara kami kerana tidak ada pengangkutan awam + juga menyukarkan warga tua
http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/07/surat-rasmi.html

2/3

1/24/2014

Bahasa Melayu Bahasa Malaysia PMR SPM: Surat rasmi

yang hendak ke bandar atau hospital mendapatkan rawatan + kanak-kanak sekolah terpaksa menaiki van tanpa
permit + keselamatan tidak terjamin + keadaan lebih parah apabila musim tengkujuh (hujan) + sukar untuk
bergerak kerana tiada kenderaan awam.
Isi 5:
- Mencadangkan agar pihak terbabit menyediakan beberapa buah bas awam + serta pondok menunggu bas yang
secukupnya + jumlah bas perlu mencukupi kerana ramai penduduk memerlukannya + memohon perkhidmatan
dijalankan tiap-tiap setengah jam sekali.

http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/07/surat-rasmi.html

3/3

You might also like